Anda di halaman 1dari 3

PERANAN RAKYAT DI DALAM DEMOKRASI

Demokrasi berasal dari perkataan Yunani (Greek) iaitu Demo dan kratos dan diterjemahkan sebagai Kuasa Rakyat.

Kuasa Rakyat bukan semata-mata tentang berapa ramai rakyat yang akan Turun Ke Jalanraya dalam menunjukkan sokongan besar-besaran bagi sesuatu perkara. Kuasa Rakyat adalah tentang bagaimana melibatkan rakyat dalam urus tadbir negara. Kuasa Rakyat bermula dengan penyertaan Rakyat dalam pemilihan kerajaan dan seterusnya dengan rakyat memantau pemimpin yang dipilih dan memastikan mereka melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan setelah dipilih.

Malaysia adalah dalam keadaan kini kerana selama 55 tahun kita telah membenarkan pemimpin yang dipilih terlalu banyak kebebasan untuk berbuat sesuka hati mereka. Dan kerana itu, para pemimpin telah menyalahgunakan undang-undang dan sistem untuk memastikan bahawa mereka boleh terus kekal berkuasa.

Analisis pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008 menunjukkan bahawa rejim penyandang cuma memenangi 112 kerusi buat kali pertama dengan hanya meraih 16.9% daripada undi popular. Ini dilakukan dengan menggunakan kuasa majoriti 2/3 Parlimen untuk meminda dan penyalahgunaan undang-undang yang mengawal saiz kawasan pilihan raya. Hasilnya, kawasan Parlimen penyokong telah dipecahkan supaya mendapat lebih kerusi bagi mereka mengambil kembali semua kerusi yang telah hilang pada PRU ke 11.

Bebalik kepada sentimen semasa, jika Pilihanraya Umum ke-13 menjadi bebas dan adil, Pakatan Rakyat boleh berharap untuk menang dengan margin yang besar. Walau bagaimanapun, kerana pelbagai penyelewengan dalam keseluruhan sistem, Barisan Nasional masih mempunyai harapan untuk kekal berkuasa. Ini bermakna sistem pilihanrayalah yang menafikan Rakyat bagi memilih pemimpin mereka. Ejen utama penipuan ini adalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Butiran mengenai bagaimana mereka menipu telah diterbitkan sebelum ini di dalam Nota lain di dalam Page ini.

Pilihan Raya Umum ke-13 bukan lagi tentang Pakatan Rakyat menentang Barisan Nasional. Ia kini adalah tentang Rakyat menentang Suruhanjaya Pilihan Raya, mengenai rakyat menentang sistem yang korup. Jika rakyat mahu hak memilih mereka dikembalikan, maka perlu berjuang untuk mengatasi penipuan di dalam sistem Pilihanraya. Mereka perlu melakukan apa saja yang diperlukan untuk menjadikan perlawanan yang adil dan seterusnya memastikan parti gabungan pilihan mereka boleh memenangi pilihanraya.

Rakyat boleh menyumbang bahagian mereka pada 4 peringkat.

1. Peranan yang pertama dan yang paling penting adalah PACABA - PACABA adalah mereka yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengaudit sistem pilihan raya dan dibenarkan untuk campur tangan bagi mengelakkan penyelewengan. Mereka dilantik oleh Calon-calon yang bertanding dan ditempatkan DI DALAM Tempat Mengundi. Di sinilah tempat di mana penyelewengan paling teruk berlaku. Kehadiran PACABA yang cekap dan berkeyakinan adalah kritikal untuk mengembalikan keputusan pilihan raya yang adil. Beribu-ribu sukarelawan diperlukan sebagai Penyelia Tempat Mengundi di seluruh negara. Anak Malaysia diseru untuk tampil ke hadapan dan melakukan Khidmat kepada Negara mereka semasa PRU 13 yang akan datang.

2. Peranan kedua adalah sebagai Pemerhati - Pemerhati adalah orang yang dilantik oleh NGO yang diiktiraf oleh SPR dan yang diberi kuasa untuk memasuki Pusat Mengundi. Skop mereka adalah terhad dengan beberapa sekatan yang dikenakan oleh SPR terhadap mereka tetapi mereka masih memberikan fungsi yang berguna jika mereka dibenarkan untuk melakukan pekerjaan dengan baik. Jika mereka adalah pak pacak semata-mata demi untuk menunjukkan kepada dunia bahawa pilihan raya sedang dipantau, maka tidak banyak yang boleh dikatakan.

3. Peranan ketiga adalah sebagai Pemantau - Pemantau dilatih dan digunakan oleh mereka yang mempunyai banyak pengalaman di dalam pemantauan pilihanraya. Malangnya, sejak SPR enggan untuk meakreditasikan NGO yang membentuk Pemantau, Pemantau Rakyat ini hanya boleh menjalankan tugas mereka dari LUAR Pusat Pengundian sahaja. Tetapi mereka juga akan memantau aktiviti semua parti politik semasa Pencalonan serta semasa tempoh berkempen. Mereka akan melaksanakan beberapa tugas penting seperti mengumpul bukti penyelewengan serta mencegah penyelewengan oleh itu kehadiran mereka sangat diperlukan. Jika kekalutan serius dicatatkan di mana-mana lokasi pengundian, bukti kukuh yang dikumpul boleh menjadi bahan penting di dalam urusan mahkamah.

4. Peranan keempat adalah sebagai Pengundi - kepentingan pengundi tidak boleh dipandang remeh. Walaupun penambahan besar-besaran pada daftar pemilih dengan pengundi yang diragui, jika peratusan pengundi yang sah hadir dengan jumlah yang sangat tinggi , kesan penipuan boleh dikurangkan dan keputusan rakyat yang sebenar dapat diperolehi dalam pilihanraya. Inilah apa yang kempen JOM 100 maksudkan. Para pengundi diminta untuk Turun Padang keseluruhannya untuk mencapai sasaran 100% pengundi. Rakyat Malaysia di luar negara digesa untuk Jom Balik Undi jika mereka mampu atau mendaftar sebagai Pengundi Pos dan menggunakan hak mereka sebagai warganegara.

Adalah penting bahawa setiap orang yang berdaftar sebagai pengundi MESTI mengundi! Jika anda gagal berbuat demikian, undi anda pasti akan dicuri oleh pengundi hantu. Ini termasuk rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara yang tidak pun mendaftar sebagai pengundi. Sila semak status pengundi anda di (http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/) dan jika seseorang telah menipu daftar pengundian anda dan menggunakannya untuk mengundi. Lagipun, ia adalah hak anda sebagai warganegara. Tetapi jika ia adalah mustahil untuk anda mengundi secara fizikal, kemudian sila failkan aduan kepada SPR yang disertakan dengan Laporan Polis.

Saudara dan Saudari ku rakyat Malaysia, ini adalah masa anda, ini adalah waktu anda. Anda diminta untuk mencipta sejarah. Pada tahun 1957, Bapa Kemerdekaan telah membawa negara kita kepada kemerdekaan daripada British. Pada tahun 2013, kini tiba masanya anda diminta untuk mengambil tempat anda di dalam usaha ini secara besar-besaran untuk membebaskan demokrasi kita daripada satu kelompok elit korup yang telah merompak dan menjarah untuk memperkayakan diri dan kroni mereka. Melangkah ke hadapan dengan bangganya sebagai Anak Malaysia dan mainkan peranan anda dalam misi yang amat penting ini.

Bangkit Anak Malaysia. Diterjemah Oleh, IAR.

Anda mungkin juga menyukai