Anda di halaman 1dari 31

Globalisasi, walau dikatakan punca banyak gelora and perubahan, mempunyai maksud kesan kolektif perubahan itu sendiri.

Globalisasi (secara khusus perubahan yang kita lihat dalam kilang, kedai, dan seluruh spektra ekonomi dan cara kehidupan kita) adalah disebabkan pergerakan empat bentuk modal dalam ekonomi global. Keempat-empat modal ini adalah:

Modal pekerja (Imigrasi, Migrasi, Emigrasi, Penghantaran pulang, dll.) Modal kewangan (Bantuan, Ekuiti, Hutang, Miutang, Pinjaman, dll.) Modal sumber (Tenaga, Besi, Mineral, Kayu, dll.) Modal kuasa (Ketenteraan, Perikatan, Pakatan, dll.)

Kebanyakan tekanan dan kekompleksan yang dihadapi adalah dalam hal ehwal macro negara, masyarakat, dan interaksi antara mereka, boleh didasarkan kepada empat pergerakan ini. Perhubungan yang dipermudah dengan kos telekomunikasi dan perjalanan yang lebih rendah memungkinkan lebih ramai bilangan manusia kini, berbanding masa lampau, berinteraksi dengan situasi yang tidak pernah dipertanding dalam sejarah. Perbezaan budaya dan politik di semua peringkat berlaku dan boleh diterangkan sebagai perbezaan pendapat antara dua atau lebih pihak tentang asas, layanan, masa, milikan atau harga satu atau lebih pergerakan modal. Perdebatan dan makna Dana Kewangan Antarabangsa menakrifkan globalisasi sebagai pergantungan ekonomi yang semakin berkembang antara negara melalui kenaikan jumlah dan kepelbagaian tukaran barangan dan perkhidmatan, pergerakan pelaburan antarabangsa bebas, dan peresapan teknologi yang lebih pesat dan meluas . Pada masa yang sama, Forum Antarabangsa mengenai Globalisasi mendefinasikan ia sebagai "gerakan dunia kepada satu sistem ekonomi sejagat yang didominasi perdagangan koperat dan institisi supranasional yang tidak dipertanggungjawab kepada proses demokrasi atau kerajaan-kerajaan negara".
[1]

Walaupun

ahli teori yang kritikal seperti Immanuel Wallerstein menekankan yang globalisasi tidak boleh difahami secara berasingan daripada sejarah perkembangan sistem kapitalis dunia [2] definasidefinasi berlainan dan saling bertentangan ini menggariskan debat berterusan mengenai peranan dan perhubungan kerajaan, koperasi dan individu dalam memaksimakan kebajikan sosial dalam paradigma globalisasi. Kendatipun, ia jelas bahawa globalisasi mempunyai aspek ekonomi, politik, budaya dan teknologi yang terikat. Oleh kerana aspek-aspek ini adalah kunci kepada kualiti kehidupan seseorang individu, kebaikan dan keburukan yang menimpa disebabkan globalisasi mewujudkan pertikaian yang kuat. Aspek ekonomi yang ditekankan dalam globalisasi adalah perdagangan, pelaburan dan migrasi. Penglobalan perdagangan bermakna bahawa manusia kini mempunyai akses kepada pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan yang tidak pernah dilihat dalam sejarah. Dari kereta buatan Jerman ke kopi tumbuhan Colombia, dari pakaian China ke kapas Mesir, dari muzik Amerika ke program computer India, manusia boleh membeli dan memiliki pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan. Globalisasi pelaburan berlangsung melalui pelaburan langsung asing, dimana syarikat-syarikat asing melabur secara terus aset mereka dalam satu negara, atau melalui pelaburan tidak terus dimana individu dan institusi membeli dan menjual aset kewangan negara lain. Migrasi bebas membenarkan individu mencari peluang perkerjaan dimana ada kekurang tenaga buruh. Pengkritik perdagangan bebas mendakwa bahawa ini menyebabkan kemusnahan industri asal suatu negara, alam sekitar dan/atau kehilangan perkerjaan. Pengkritik pelaburan asing pula berkata bahawa penerimaan skim kewangan ini meyebabkan negara-negara kehilangan kedaulatan ekonomi mereka dan dipaksa menggubal dasar ekonomi yang bertentangan dengan kepentingan dan kehendak rakyat mereka. Tambahan pula, syarikat-syarikat yang melabur dalam satu negara mungkin mendapat terlalu banyak kuasa ekonomi dan politik

berbanding rakyatnya. Akhirnya, migrasi mungkin akan memungkinkan eksploitasi pekerja daripada negara lain dan penhijrahan beramai-ramai tenaga pakar yang diperlukan daripada suatu negara. Pengkritik globalisasi juga mengatakan bahawa sistem-sistem ekonomi berbeza antara negara yang menambah atau mengambil daripada globalisasi mungkin memaksimakan kebajikan sosial lebih daripada kecekapan dan kesaksamaan. Aspek politik globalisasi ternyata apabila kerajaan-kerajaan menggubal peraturan-peraturan global dan institusi untuk meregulasi isu seperti perdagangan, hak asasi manusia, dan alam sekitar. Contoh organisasi antarabangsa yang ditubuhkan untuk menangani masalah ini adalah Pertubuhan Perdangangan Dunia (WTO), mata wang antara negara Eropah Euro, Persejutuan Perdagangan Bebas Benua Amerika Utara dll. Sama ada suatu kerajaan negara mahu secara sukarela membuka dirinya kepada perhubungan antara-sempadan adalah persoalan tengah aspek ini. Aktivis sosial dan organisasi bukan bermotifkan keuntungan seperti Amnesti Antarabangsa dan Greenpeace juga semakin global dalam skop mereka. Sesetengah daripada organisasi ini menjadikan aspek ekonomi dan politik globalisasi sebagai satu isu kerana mereka bimbang bahawa kepentingan ekonomi akan menggugat kebolehan satu negara bangsa untuk melindungi rakyat mereka daripada eksploitasi ekonomi atau menyokong kerajaan yang melanggar hak asasi manusia rakyat mereka. Perhubungan budaya juga berkembang melalui globalisasi sementara idea dan gaya fasyen berkembang melalui perdagangan, perjalanan dan media dengan kepantasan umpama kilat menyambar. Jenama global seperti Coca-Cola, Nike dan Sony dirujuk secara sama pengguna seluruh dunia. Satu individu di China boleh minum minuman bergas yang sama dengan seseorang lagi di Argentina--di penghujung bertentangan glob. Walau bagaimanapun, perhubungan ini juga boleh mengakibatkan kerenggangan: sebagai contoh fikiran Barat

tentang kebebasan bersuara berlanggaran dengan ajaran agama Islam tentang apa yang melampaui batas. Kalau tidak pun, pengkritik mengakatan bahawa ini sebenarnya adalah satu bentuk imperialisme budaya untuk menjaga kepentingan ekonomi. Satu lagi aspek globalisasi adalah revolusi perubahan teknologi, secara khususnya dalam bidang pengangkutan dan komunikasi, yang secara langsung membentuk perkampungan global. Pada tahun 1850 ia mengambil hampir setahun untuk berlayar mengelilingi dunia. Kini anda boleh menaiki kapal terbang mengelilingi dunia dalam masa satu hari, menghantar emel kemana sahaja dalam beberapa saat sahaja, atau menjadi satu daripada 1.5 penonton perlawanan akhir Piala Dunia. Kos pengangkutan kini menurun disebabkan kemajuan teknologi yang memungkinkan pembukaan pasaran asing kepada perdagangan. Tuna yang ditangkap di lautan Atlantik Utara umpamanya mungkin dihidangkan dalam satu restoran sushi di Jepun pada hari keesokannya. Secara mudah, globalisasi mengembangkan segalanya. Sejarah Rencana utama: Sejarah globalisasi Dengan perkataan ini mempunyai makna teknikal dan politik, secara tentunya kumpulan berlainan mempunyai penakrifan sendiri tentang sejarah "globalisasi". Dalam penggunaan am dalam bidang ekonomi dan politik ekonomi, ia adalah satu sejarah perkembangan perdagangan antara negara berdasarkan institusi-institusi stabil yang membenarkan firma dalam negara berlainan betukar barangan dan perkhidmatan dengan geseran minima. Istilah "liberalisasi" menjadi penerimaan model ekonomi Neoklasik yang berdasarkan pergerakan barangan dan perkhidmatan tampa sekatan antara bidang ekonomi berasingan. Ini menyebabkan pengkhususan negara-negara dalam eksport, dan tekannan untuk memansuhkan tarif perlindungan dan halangan lain kepada perdagangan. Waktu standard emas dan

liberalisasi abad ke-19 selalunya dirujuk sebagai "Era Pertama Globalisasi". Berdasarkan Pax Britannica dan pertukaran antara barangan dan mata wang yang digantung. era ini berkembang pada masa yang sama dengan pengindustrian. Asas kepada teori ini terdapat dalam hasil kerja David Ricardo tentang kelebihan Bandingan dan Hukum Say mengenai ekuilibrium Am. Pada dasarnya, ia didebatkan bahawa negara akan berdagang secara berkesan, dan apa-apa gangguan sementara dalam permintaan dan penghasilan akan perbetulan dirinya. Institusi standard emas menjadi dalam langkah di negara-negara berindustri maju bermula pada pertengahan tahun 1850 dan 1880, walaupun masa bermulaan tepatnya sering dipertikai. "Era Pertama Globalisasi" dikatakan beransur-ansur luput dengan permulaan Perang Dunia Pertama dan runtuh dengan krisis standard emas pada hujung dekad 1920an dan permulaan dekad 1930an. Negara yang terlibat dalam era globalisasi pada waktu itu berkembang pesat, termasuk pusatnya Eropah, sesetengah periperinya dan pelbagai benihnya di benua Amerika dan Oceania. Ketidaksamaan antara negara-negara ini jatuh dengan pergerakan barangan, modal dan buruh secara bebas antara negara. Globalisasi pada era selepas Perang Dunia Kedua dipandu oleh pusingan rundingan perdagangan, pada mulanya dibawah perjanjian GATT (Perjanjian Am Tarif dan Perdagangan) yang kemudiannya menghasilkan perjanjian-perjanjian untuk memansuhkan halangan kepada "perdagangan bebas". Pusingan Uruguay memhasilkan satu triti untuk mencipta Organisasi Perdagangan Antarabangsa atau WTO, untuk menjadi anggota tengah penyelesaikan pertikaian perdagangan. Perjanjian perdagangan bebas antara negara yang lain, termasuk beberapa bahagian Triti Maastricht Eropah dan Perjanjian Perdagangan Bebas Benua Amerika Utara juga ditandatangani dalam tujuan mencapai matlamat menghampuskan tarif, cukai dan lain-lain halangan kepada perdagangan bebas.

[sunting] Sifat dan kewujudan globalisasi Terdapat banyak perbincangan akademik tentang fenomena globalisasi sebagai sesuatu yang benar atau hanya khayalan. Walaupun penggunaan istilah ini meluas, ramai pengarang berhujah bahawa ciri-ciri yang diatribusi kepada globalisasi telah dilihat dalam detik lain bersejarah. Juga, ramai menotakan bahawa ciri-ciri berkenaan, seperti kenaikan perdagangan antarabangsa dan peranan lebih penting badan koperat antarabangsa tidak begitu mendalam sebagaimana disangka. Sesetengah pengarang lebih menyukai istilah keantarabangsaan daripada globalisasi. Dalam keantarabangsaan, peranan yang dimainkan negara-negara lebih besar, dimana globalisasi dalam bentuknya yang paling sempurna menghampuskan keperluan negara bangsa. Maka, mereka berhujah bahawa sempadan negara-negara, dalam maksud meluas, jauh daripada dimansuhkan, dan proses globalisasi tidak berlaku, dan berkemungkinan tidak akan berlaku (lihat Linda Weiss) terutama apabila mengira bahawa dalam sejarah dunia, keantarabangsaan tidak pernah menjadi globalisasi (Kesatuan Eropah dan NAFTA pun masih belum membuktikan kes mereka). Walau bagaimanapun, dunia semakin berkongsikan masalah dan cabaran yang tidak mengikut sempadan negara-bangsa, paling ketaranya adalah pencemaran alam sekitar semulajadi dan gerakan yang dahulunya anti-globalisasi telah menukar menjadi gerakan untuk gerakan untuk globalisasi dari bawah, yang mencar cara melalui eksperimentasi, bentuk organisasi sosial yang merentasi negara-bangsa dan demokrasi perwakilan. Dimana hujah asal yang globalisasi sedang berlangsung boleh dinafikan dengan argumentasi keantarabangsaan, seperti diatas, kemunculan suatu gerakan antarabangsa tidak boleh dipertikai dan kita boleh berbincang tentang satu proses benar kearah satu masyarakat global pelbagai masyarakat. Pengarang lainnya pula mengemukakan hujah bahawa kita kini berada dalam alam transisi ke satu fasa

ketamadunan; bentuk dan ciri-ciri masyarakat global dipertikaikan dan akan ditentukan dengan pilihan-pilihan yang kita akan buat dalam dekad-dekad masa hadapan. Sebagai contoh, Kumpulan Senario Global[3] telah menggariskan wawasan alternatif masa depan dunia, dengan "kuasa pasaran" atau globalisasi ekonomi hanya merupakan satu pilihan, diperbandingkan dengan "reformasi dasar", "dunia kubu", "kegagalan", "eko-komunalisme", dan "paradigma pertahanan baru". Sesetengah tetap dengan pendirian bahawa globalisasi adalah geografi khayalan; iaitu, satu alat politik neo-liberalis, yang cuba menggunakan sesetengah imej dan wancana politik dunia untuk menjustifikasi agenda politik mereka. Pengarang buku-buku seperti No Logo (Tiada Logo) mendakwa bahawa dengan mengemukakan satu gambaran dunia yang telah diglobalisasikan, institusi-institusi Bretton Woods boleh menuntut negara-negara membuka ekonomi mereka kepada liberalisasi dibawah Program Penyesuaian Struktur yang menggalakkan kerajaan-kerajaan membayai program-program penswastaan sebagai lebih utama daripada kebajikan sosial dan perkhidmatan awam. [4]. [sunting] Ciri-ciri Globaliasi telah dikenal pasti sebagai dalang disebalik beberapa anjakan, dengan kebanyakannya bermula dari era Perang Dunia Kedua. Ini merangkumi pergerakan komoditi, mata wang, maklumat dan orang secara lebih kerap di peringkat antarabangsa, serta perkembangan teknologi, organisasi, sistem perundangan, dan infrastruktur yang

membenarkan pergerakan ini. Kendatipun, kewujudan sesetengah anjakan ini diperdebatkan.

Anjakan dari segi ekonomi


o

Penambahan perdagangan antarabangsa pada kadar lebih cepat berbanding pertumbuhan ekonomi dunia

Penambahan dalam aliran modal antarabangsa termasuk pelaburan langsung asing

Penubuhan organisasi-organisasi antarabangsa seperti WTO dan OPEC melalui perjanjian

o o

Pembangunan sistem kewangan global Peranan organisasi antarabangsa WTO, WIPO dan IMF yang megendalikan urusniaga-urusniaga antarabangsa yang bertambah penting

Peningkatan amalan-amalan ekonomi seperi penyumberan oleh perbadanan multinasional

Anjakan dari segi budaya


o o

Penukaran antara budaya pada peringkat antarabangsa yang lebih kerap, Perebakan dan akses yang lebih baik kepada kepelbagaian budaya, misalnya melalui ekspot filem Hollywood dan Bollywood. Akan tetapi, budaya yang diimpot boleh diasimilisasikan kedalam budaya tempatan, dan seterusnya menyebabkan penghibridan. Bentuk yang paling prominen adalah Kebaratan, tetapi Kecinaan budaya juga berlaku.

o o o

Perjalanan dan perlancongan antarabangsa yang semakin bertambah Imigrasi secara sah dan haram yang terus meningkat Perebakan makanan-makanan tempatan seperti pizza, makanan Cina dan makanan India kepada negara lain (sering digubah mengikut cita rasa tempatan)

Minat sementara dan budaya pop yang sama di seluruh dunia seperti Doraemon, Pokemon, Sudoku, Origami, siri Idol, YouTube, MySpace dan pelbagai lagi yang lain.

Penggunaan istilah asing yang semakin bertambah. Contohnya perkataan "Amigo" dan "Adios" adalah istilah bahasa Sepanyol yang difahami kebanyakan orang Malaysia. Penduduk Malaysia juga fasih sedikit bahasa Jepun, Korea, dan Hindi tampa mengenali pun bahasanya.

pembangunan satu infrastruktur telekomunikasi global dan aliran data antara sempadan yang lebih kerap menggunakan teknologi-teknologi seperti sebagai internet, komunikasi satelit-satelit dan telefon-telefon.

Penambahan standard yang digunapakai di peringkat antarabanga seperti undangundang hak cipta dan paten

Pembentukan nilai-nilai universal Tekanan untuk menubuhkan satu mahkamah jenayah antarabangsa oleh gerakangerakan keadilan antarabangsa (lihat Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa).

Ia juga dikatakan bahawa keganasan juga telah mengalami globalisasi kerana serangan pengganas masa kini tidak mengira kaitan tempatnya dengan tempat perjuangan mereka sendiri [5][6].

Halangan kepada perdagangan anatarabangsa beransur-ansur dihampuskan semenjak era Perang Dunia Kedia melalui perjanjian antarabangsa seperti Persetujuan Am mengenai Cukai dan Perdagangan (GATT). Beberapa inisiatif telah diambil sebagai hasil GATT dan kemudiannya WTO yang lahir hasil GATT, dan ini merangkumi:

Promosi perdagangan bebas,


o

Barangan:

Pengurangan atau penghampusan terus cukai dan pembentukan zon perdagangan bebas dengan sedikit ataupun tampa cukai

Pengurangan

kos

pengangkutan,

terutama

dengan

penciptaan

pengkontenaan untuk perjalanan laut.


o o

Modal: pengurangan atau penghampusan kawalan modal Pengurangan, penghampusan, atau pengharmonian subsidi untuk perniagaanperniagaan tempatan

Lindungan harta hak cipta


o

Pengharmonian undang-undang hak cipta semua negara dengan perlindungan lebih ketat

Pengiktirafan supranasional terhadap hak cipta, sebagai contoh, paten yang dikeluarkan oleh China akan diiktiraf di Amerika Syarikat

[sunting] Pendapat pro-globalisasi (globalisme) Rencana utama: Globalisme Para penyokong globalisasi demokratik boleh dilabelkan sebagai pro-globalis. Mereka menimbang bahawa fasa pertama globalisasi, yang berteraskan ekonomi pasaran bebas, seharusnya dilengkapkan dengan fasa pembinaan institusi-institusi politik global yang mewaliki kehendak rakyat dunia. Perbezaan dengan globalis lain adalah mereka tidak menakrifkan secara awal apa-apa ideologi untuk mendasarkan kehendak ini, yang seharusnya dibiarkan kepada rakyat berkenaan untuk memilih melalui suatu proses demokratik. Para penyokong perdagangan bebas menotakan bahawa teori-teori ekonomi kelebihan bandingan mencadangkan bahawa perdagangan bebas mewujudkan penagihan sumbersumber yang lebih berkesan, dengan semua negara bersama meraih manafaat daripadanya.

Secara am, ini juga mewujudkan harga yang lebih rendah, penangguran yang lebih kurang, dan hasilan siap yang lebih banyak. Ahli liberal dan penyokong lain laissez-faire berkata bahawa kenaikan paras kebebasan politik dan ekonomi dalam bentuk demokrasi dan kapitalisme dalam dunia maju kedua-duanya merupakan matlamat dalam dirinya dan juga mewujudkan kekayaan material yang lebih tinggi. Mereka melihat globalisai sebagai perebakan bermanafaat kebebasan dan kapitalisme. Pengkritik golongan anti-globalisasi berkata bahawa mereka hanya menggunakan bukti anekdot untuk menyokong pandangan mereka dan statistik dunia sebaliknya menyokong kuat globalisasi:

peratus kemiskinan mereka yang tinggal di negara membangun (iaitu yang tinggal dengan hanya berbelanjakan AS$ 1 setiap hari, diubah untuk mengira inflasi dan kuasa membeli) telah dapat dikurangkan separuh jumlahnya dalam hanya masa dua puluh tahun[7], walaupun sesetengah kritik berpendapat bahawa faktor variasi yang lebih telus harus dikira bersama[8].

Jangka hayat rakyat negara membangun telah digandaduakan semenjak Perang Dunia Kedua dan mula merapatkan jurang antara negara maju dimana pembaikan tidak begitu menonjol. Mortaliti kanak-kanak telah turun di semua kawasan dunia.[9] Ketidaksamaan pendapatan beransur musnah.[10]

Demokrasi telah merebak dengan jayanya dengan hampir tiada negara tanpa hak mengundi sejagat pada tahun 1900 ke 62.5% semua negara seratus tahun kemudian pada tahun 2000.[11]

Kadar populasi dunia yang tinggal di negara dimana per-kapita bekalan makanannya kurang daripada 2,200 kalori (9,200 kilojoule) setiap hari turun daripada 56% pada pertengahan dekad 1960an ke kurang daripada 10% menjelang dekad 1990an.

Antara tahun 1950 dan 1999, literasi global naik dari 52% kepada 81% dengan wanita sebagai golongan yang meraih manafaat paling banyak. Literasi golongan wanita sebagai berbanding literasi golongan lelaki meningkat dari 59% pada tahun 1970 ke 80% pada tahun 2000.

Peratus kanak-kanak dalam pemburuhan menuruh dari 24% pada tahun 1960 ke 10% pada tahun 2000.

Terdapat anjakan serupa untuk kuasa tenaga, kereta, radio dan telefon per kapita, dan juga kadar penduduk yang mempunyai akses kepada air bersih.[12]

Namun, sesetengah daripada pembaikan ini mungkin tidak berlaku disebabkan globalisasi, atau mungkin tampa globalisasi sebagaimana berlaku kini atau kesan negatifnya yang dibantah gerakan keadilan dunia. Sesetengah pro-kapitalis juga kritikal terhadap Bank Dunia dan IMF, dengan mengemukakan hujah bahawa mereka merupakan bureau kerasuahan yang dikawal dan dibayai negara dan bukan badan koperat. Banyak pinjaman telah diberikan kepada diktator yang tidak menjalankan apa-apa reformasi sebagaimana dikatakan, dan sebaliknya menambah kepada hutang negara mereka yang terpaksa dibayar oleh rakyatnya. Mereka secara keseluruhannya melihat terlalu sedikt kapitalisme berlaku, dan bukan terlalu banyak. Mereka juga menotakan bahawa sesetengah tentangan pada globalisasi datang daripada mereka yang bertentangan matlamat, seperti kesatuan sekerja dunia Barat. Walau bagaimana pun, secara lazimnya protes

terhadap Bank Dunia dan IMF dikaitkan dengan mereka yang anti-kapitalis kerana mereka membuat andaian bahawa kedua-dua organisasi ini terlalu bermotifkan keuntungan. Yang lainnya, seperti Senator Douglas Roche Orde Kanada hanya melihat globalisasi sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan menyokong pembentukan institusi seperti Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dipilih secara langsung untuk memantau bandan antarabangsa yang tidak dipilih secara langsung. [sunting] Pendapat anti-globalisasi Rencana utama: Anti-globalisasi Pengkritik aspek ekonomi globaliasi berhujah bahawa globalisasi bukanlah, seperti penyokongnya dakwa, suatu proses yang mengalir secara semulajadi dan tidak dapat disekat oleh sebab sebab ekonomi semua orang. Pengkritik secara lazimnya menekankan bahawa globalisasi adalah suatu proses yang dimeditasi oleh kepentingan mustahak para elit, dan secara lazimnya pendekatan alternatif dasar-dasar dan institusi-institusi berlainan wujud, yang boleh mengendalikan tuntutan bermoral kelas pekerja dan miskin di seluruh dunia, disamping juga kebimbangan alam sekitar dalam cara yang lebih saksama.Dalam istilah migrasi global yang berkontroversi pula, pertikaian berpusingkan kedua-dua penyebab, iaitu sama ada jika dan setakat apa ia adalah sukarela atau tidak sukarela, perlu atau tidak perlu; dan juga kesannya, sama ada ia bermanfaat atau tidak, dan sebagainya. Penyokong beranggapan bahawa migrasi hanyalah satu proses dimana pekerja kolar putih dan biru boleh pergi dari satu negara ke satu negara lain untuk menawarkan perkhidmatan mereka, manakala pengkritik lazimnya menekankan kesan-kesan negatif seperti pencabulan sekuriti ekonomi, politik dan alam sekitar, dan memetik satu kesan yang dinota, iaitu pertalian antara migrasi dan perkembangan kawasan sesak bandar. Mengikut "Cabaran Kawasan Sesak Bandar" (The

Challenge of Slums), satu laporan habitat PBB pada tahun 2003, "ciri-ciri kitaran kapitalisme, dengan penambahan permintaan bagi buruh mahir berlawanan buruh tidak mahir, dan kesan-kesan negatif bagi globalisasi khususnya, dentuman dan letupan global yang menggalakan pertumbuhan ekonomi yang tidak sama serta pengagihan kekayaan baru yang tidak rata menyumbang kepada pertumbuhan yang besar kawasan sesak".Program Penyediaan Tempat Tinggal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]</ref> Pelbagai aspek globalisasi dilihat sebagai berbahaya kepada aktivis kepentingan umum dan pundukung negara nasionalis kuat. Pergerakan ini tidak mempunyai nama. "Anti-globalisasi" adalah istilah yang paling disukai media dan boleh menyebabkan berlakunya kekeliruan, kerana lazimnya para aktivis menentang aspek atau bentuk khusus globalisasi, tapi bukan globalisasi per se. Para aktivis sendirinya, sebagai contoh, Noam Chomsky, telah berkata bahawa nama ini tidak membawa makna kerana tujuan pergerakan ini adalah untuk menglobalisasikan keadilan. Memang, Gerakan Keadilan Antarabangsa adalah satu nama yang sering diperkatakan. Ramai aktivis juga bersatu dibawah slogan "dunia lain adalah mungkin", yang memberi kepada peningkatan nama seperti altermondialisme (secara tafsiran dunia-lain-adalah-mungkin-isme) dalam bahasa Perancis. Terdapat pelbagai jenis variasi "anti-globalisasi". Pada amnya, pengkritik mendakwa bahawa hasil globalisasi tidak seperti yang dijanji apabila cubaan untuk meningkatkan perdagangan bebas bermula, dan bahawa ramai institusi terlibat dalam globalisasi tidak mengambil kira kepentingan negara miskin, kelas pekerja dan alam sekitar dalam agenda mereka. Argumentasi ekonomi oleh ahli teori perdagangan bebas mendakwa bahawa perdagangan bebas tidak berhad akan membawa manafaat kepada yang mempunyai lebih banyak keumpilan kewangan (iaitu yang kaya) dengan diperbelanjaan yang miskin.

Ramai aktivis "anti-globalisasi" melihat globalisasi sebagai promosi agenda koperat yang mahu tetap menyekat kebebasan invididu dalam nama keuntungan. Mereka juga mendakwa bahawa autonomi dan kuasa entiti koperat yang semakin besar juga semakin membentuk polisi politik negara-negara bangsa. Sesetengah kumpulan "anti-globalisasi" mengemukakan argumentasi bahawa globalisasi ada secara sifatnya imperialistik dan adalah satu dalang disebalik perang Iraq dan memaksa wang simpanan supaya memasuki Amerika Syarikat dan bukannya negara membangun; dan ia dipercayai oleh sesetengah pemerhati bahawa Amerika Syarikatlah antara negara-negara sedikit (jika tidak satu-satunya) negara yang betul-betul meraih manfaat daripada globalisasi. Sesetengah lagi pula berhujah bahawa globalisasi mengenakan ekonomi berdasarkan kredit dan seterusnya menghasilkan peningkatan hutang kerajaan yang tidak stabil dan krisis hutang. Krisis kewangan di negara-negara Asia Tenggara yang bermula dalam ekonomi berhutang Negara Thai dan terus menular ke Malaysia, Indonesia dan Korea Selatan dan seterusnya dirasai diseluruh dunia, mendemonstrasikan risiko-risiko baru dan volatiliti dalam pasaran global yang kerap bertukar. Pakej-pakej 'pertolongan' IMF yang mengenakan syarat-syarat politik (seperti pengenaan sekatan terhadap perbelanjaan kerajaan) dilihat sebagai pengkritik sebagai cubaan mencabuli kedaulatan negara dalam bentuk neo-penjajahan. Aktivis antiglobalisasi menunjuk kepada peleburan-peleburan ini sebagai bukti kos tinggi kemanusiaan oleh ekonomi global yang tidak bertimbang rasa. Penambahan undang-undang dan tekanan terhadap keamanan dengan pengurangan campur tangan kerajaan adalah bertujuan untuk melindungi kekayaan dan perniagaan. Bantahan utama terhadap globalisasi tampa had (kapitalisme laissez-faire neoliberal) dikawal oleh kerajaan-kerajaan dan apa yang didakwa sebagai quasi-kerajaan seperti Dana Kewangan

Antarabangsa dan Bank Dunia, dan seterusnya tidak dipertanggungjawabkan kepada penduduk yang mereka perintah dan sebaliknya lebih mewakili kepentingan badan koperat. Ramai persidangan antara menteri perdagangan dan kewangan di negara-negara pusat globalisasi sekali-sekala dikejutkan dengan protes-protes ganas pembangkang "globalisme koperat". Sesetengah aktivis "anti-globalisasi" membantah kepada hakikat bahawa "globalisasi" kini mengglobalisasikan wang dan badan koperat, tetapi tidak orang dan kesatuan pekerja. Ini boleh dilihat dalam kawalan imigrasi yang ketat dalam hampir semua negara, dan kekurangan hak buruh dalam banyak negara dunia membangun. Satu lagi kumpulan yang lebih konservatif adalah para nasionalis pendukung kuat negara dan menentang globalisasi sebagai memusnahkan peranan negara dalam politik global dan menunjuk kepada pertubuhan bukan kerajaan sebagai mengambil semakin banyak kuasa negara-negara individu. Para penyokong waran ini adalah Pat Buchanan dan Jean-Marie Le Pen. Gerakan ini amat meluas merangkumi kumpulan gereja, puak-puak pembebasan kebangsaan, parti politik sayap kiri, aktivis lindungan alam sekitar, kesatuan petani, kumpulan antiperkauman, ahli anarki, mereka yang menyokong pertempatan semula dan lain-lain. Kebanyakannya adalah bersifat reformasi (mahukan kapitalisme yang lebih berkemanusiaan) manakala lainnya bersifat revolusi (mahukan satu sistem yang lebih berkemanusiaan daripada kapitalisme). Ramai telah mengeluh kekurangan kesatuan dan arah dalam gerakan ini, tetapi sesetengah seperti Noam Chomsky mendakwa bahawa kekurangan ini mungkin merupakan satu kekuatan.

Bantahan-bantahan oleh gerakan keadilan global telah memaksa perjumpaan antarabangsa dari bandar-bandar besar kepada tempat terpencil dimana tunjuk perasaan besar-besaran tidak dapat diadakan secara praktikal. Block quote [sunting] Penggunaan lain "Globalisasi" boleh bermaksud:

Globalisme, jika hanya aspek ekonominya yang diggariskan, boleh dikatakan bertentang dengan nasionalisme ekonomi dan keperlindungan. Ia berkait kapitalisme dan neoliberalisme.

Ia berkongsi beberapa ciri-ciri dangan keantarabangsaan dan sering digunakan sebagai kata ganti dengannya, walaupun sesetengah lebih suka menggunakan globalisasi untuk menekankan hakisan negara bangsa atau sempadan kebangsaan.

Membuat perhubungan antara dua tempat atas skala global. Pada hari ini, semakin banyak tempat-tempat di seluruh dunia dihubungkan antara satu sama lain dalam bentuk yang sebelumnya tidak dapat dibayangi. Dalam istilah geografi, proses ini dikenali sebagai perhubungan kompleks, dimana semakin ramai tempat-tempat dihubung dalam semakin banyak cara. Arjun Appadurai mengenalpasti lima jenis perhubungan global:
o

Skop manusia: pergerakan orang, termasuk pelancong, pendatang, pelarian, dan pejalan bisnes.

Skop idea: perebakan global idea-idea dan ideologi-ideologi politik. Sebagai contoh, Green Peace telah menjadi gerakan alam persekitaran global.

Skop kewangan: pergerakan mata wang yang sering dipandu pasaran wang yang diperhubung, pertukaran stok, dan pasaran komoditi.

Skop media: penyebaran global imej-imej bawaan media yang muncul pada skrin komputer kita serta akhbar-akhbar, televisyen dan radio.

Skop teknologi: perkembangan teknologi dan penyebarannya ke seluruh dunia. Sebagai contoh, Revolusi Hijau dalam membajakan memperkenalkan amalan pertanian barat ke dalam banyak negara membangun.

Walaupun taksonomi Appadurai boleh dipertikai, ia boleh menjadi tunjuk sebab globalisasi sebagai sesuatu yang lebih daripada ekonomi pada skala global.

Dalam bentuk budaya, globalisasi telah digunakan sebagai label untuk mengenalpasti cubaan untuk menghakis budaya-budaya kebangsaan di Eropah dan Asia, dan memasukkan ia kedalam satu budaya global yang ahlinya lebih mudah dipengaruhi melalui media massa dan kerajaan boneka. Dalam konteks ini, imigrasi besar-besaran telah dibenarkan di kebanyakan negara-negara Eropah, sama ada sah atau haram di sisi undang-undang.

Pembentukan satu perkampungan global hubungan lebih dekat antara tempattempat berlainan dunia, dengan peluang-peluang penukaran peribadi semakin muncul, kefahaman dan persahabatan antara "rakyat dunia" dan pembentukan satu tamadun global.

Globalisasi ekonomi ada empat aspek pada globalisasi globalisasi iaitu empat pergerakan merentasi sempadan, secara nama pergerakan barangan/perkhidmatan, iaitu perdagangan bebas (ataupun sekurang-kurangnya perdagangan lebih bebas), pergerakan manusia (migrasi), pergerakan modal dan akhirnya pergerakan teknologi. Satu hasil globalisasi ekonomi adalah pergiatan perhubungan antara ahli suatu industri

dalam bahagian-bahagian berlainan dunia (globalisasi suatu industri), dengan pada masa yang sama diikuti penghakisan kedaulatan kebangsaan pada sphera ekonomi. IMF menakrifkan globalisasi sebagai perkembangan pergantungan antara negara di serata dunia melalui peningkatan jumlah dan kepelbagaian urusniaga dalam barangan dan perkhidmatan, pergerakan modal yang lebih bebas, dan penyebaran teknologi maklumat yang lebih meluas dan kerap (IMF, World Economic Outlook, May, 1997). Bank Dunia menakrifkan globalisasi sebagai "Kebebasan dan keupayaan para individu dan firma-firma untuk melakukan urusniaga ekonomi secara sukarela dengan penduduk negara lain".

Dalam bidang pengurusan, globalisasi adalah satu istilah pemasaran atau strategi koperat yang merujuk kepada kemunculan pasaran-pasaran antarabangsa untuk barangan pengguna yang bercirikan serupa pada keperluan dan kehendak pengguna dan memungkinkan, sebagai contoh, menjual kereta, sabun atau makanan dengan kempen iklan yang serupa kepada orang dalam budaya berlainan. Penggunaan ini dipertentangkan dengan keantarabangsaan yang menerangkan tentang aktiviti-aktiviti syarikat multinasional yang berdagang merentasi sempadan dalam instrumen kewangan, komoditi, atau produk yang diperkhaskan kepada pasaran tempatan. Globalisasi juga bermaksud aktiviti pengurusan antara sempadan atau proses-proses pembangunan untuk diadaptasikan kepada kemunculan suatu pasaran global atau untuk mencari dan merealisasikan manafaat dari ekonomi skala atau skop atau dari pemelajaran merentasi sempadan antara organisasi-organsasi yang lain negara asalnya.

Dalam bidang perisian, globalisasi adalah satu istilah teknikal yang menggabungkan proses-proses pembangunan keantarabangsaan dan menjadikan perisian tempatan.

Ramai, sebagai contoh para perserta dalam Forum Social Dunia, menggunakan istilah "globalisasi koperat" atau "penkoperatan global" untuk menggariskan impak badan

koperat multinasional dan penggunaan cara undang-undang dan kewangan untuk mengenepikan undang-undang dan standard piawai tempatan untuk meleverajkan buruh dan perkhidmatan kawasan-kawasan pembangunan tidak sekata berlawanan sesama mereka.

Penyebaran kapitalisme daripada negara maju ke negara membangun. "Konsep globalisasi merujuk kepada pemadatan dunia dan penyungguhan kesedaran dunia secara keseluruhan" - Benedikt Kiesenhofer

[sunting] Sukatan globalisasi Setakat mana satu negara-bangsa atau budaya telah diglobalisasikan dalam tempoh satu tahun sehingga baru-baru ini disukat dengan menggunakan proksi-proksi mudah seperti pergerakan perdagangan, migrasi, atau pelaburang asing secara langsung. Satu lagi pendekatan yang lebih sophisticated untuk menyukat globalisasi adalah indeks yang diperkenalkan badan pemikir Swiss KOF baru-baru ini. Indeks menyukat tiga dimensi utama globalisasi: ekonomi, sosial dan politik. Sebagai tambahan kepada tiga indeks-indeks menyukat ketiga-tiga dimensi ini, satu indeks menyeluruh globalisasi dan sub-indeks merujuk kepada pergerakan ekonomi yang tulen, halangan ekonomi, data tentang perhubungan peribadi, data tentang pergerakan informasi, dan data mengenai jarak antara budaya dikira. Data baru terdapat setiap tahun bagi 122 negara. Mengikut indeks, negara yang paling berglobalisasi adalah Amerika Syarikat diikuti oleh Sweden, Canada dan United Kingdom, manakala negara-negara paling kurang globalisasinya adalah Togo, Chad dan Republik Afrika Tengah.[13] [sunting] Rujukan dan nota 1. Forum Antarabangsa mengenai Globalisasi 2. Immanuel Wallerstein, "Globalisasi atau Era Perubahan?"

3. Kumpulan Senario Global 4. Isu Global Yang Berkait Semua 5. Keith Porter, "Masa Depan Keganasan" 6. Asta Maskaliunaite, "Keganasan dan Globalisasi: Debat Kebelakangan Ini" 7. PovcalNet, iResearch.worldbank.org 8. Michel Chossudovsky, "Penipuan Global" 9. Guy Pfefferman, "Lapan Yang Kalah dalam Globalisasi" 10. David Brooks, "Berita Baik mengenai Kemiskinan" 11. Freedom House 12. ScienceDirect 13. Indeks Globalisasi KOF
Apakah globalisasi?

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber.

Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini.

Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi menjangkau sempadan ekonomi,teknologi ,bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat.

Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. Disamping itu, ia memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi saintifik serta teknologi Kesungguhan Kerajaan dalam menangani tiga jenis globalisasi ini jelas kelihatan pada berbagaibagai bentuk wacana di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan forum dan juga pada penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan projek. Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi.

Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir & gaya bertindak dari satu daerah dunia kpd daerah dunia yg lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia.

Lodge

(1993)

mendefinisikan

globalisasi

sebagai:

"... a process forced by global flows of people, information, trade and capital. It is accelerated by technology, which is driven by only a few hundred multinational corporations and may be harmful to the environment. There in lies the conundrum of whether it is wise to leave globalization in the hands of these few corporations, or might it not make more sense to seek greater involvement from the global community.

Apakah

impikasi

serta

kesan

globalisasi

terhadap:

(A)

Ekonomi

Dalam globalisasi ekonomi, telah berlaku peningkatan dalam kebergantungan perniagaan terhadap ekonomi. Firma-firma dan perniagaan terus meningkat dan berlakunya peningkatan dalam pelaburan asing secara langsung di dalam aktiviti ekonomi sesebuah negara. Globalisasi ekonomi dapat di lihat melalui perluasan perusahaan melampaui sempadan negara .

Perspektif

ini

dapat

dilihat

melalui

tiga

tahap.

* Pertama ialah perusahaan antarabangsa yang mempunyai aktiviti diluar sempadan nasional dan meliputi eksport,import dan penghasilan bukan mentah.

* Kedua ialah perusahaan multi nasional, iaitu perusahaan yang menjalankan aktivitinya di berbagai negara.

* Ketiga ialah perusahaan global yang melihat ekonomi dunia sabagai satu. Perusahaan tersebut mendapatkan bahan mentah dan menjual barangan secara global.

Di samping perdagangan bebas, globalisasi ekonomi juga boleh dikaitkan dengan perkembangan syarikat-syarikat korporat di dunia. Syarikat-syarikat korporat juga menuju ke arah globalisasi. Telekom Malaysia Berhad juga mempunyai matlamat ke era globalisasi iaitu menjadi Syarikat bertaraf dunia "world class telecommunications"

Apakah

impikasi

serta

kesan

globalisasi

terhadap

(B)

Teknologi

Kehidupan manusia di masa akan datang banyak bergantung kepada teknologi. Teknologi akan menjadi begitu canggih hinggakan komputer yang ada pada hari ini yang mempunyai sistem yang berubah dengan cepat dan laju. Era globalisasi yang sedang berlaku hari ini pasti akan memberikan peningkatan dan perubahan yang lebih ketara dalam bidang teknologi.

Antara bidang teknologi yang cepat maju dan canggih adalah bidang teknologi maklumat dan

komputer. Bill gates (1996), peneroka bidang komputer yang terkenal, dapat memasarkan aplikasi keluaran Window ke serata dunia . Perkembangan teknologi yang begitu pesat pada masa ini di seluruh dunia memerlukan tindakan segera pembangunan sumber manusia untuk memberi latihan, pengetahuan dan kemahiran tentang teknologi maklumat, robotik dan sebagainya.Kehidupan manusia semakin banyak bergantung kepada komputer dan teknologi di era globalisasi hari ini

Pembangunan sumber manusia menjelang tahun 2000 akan mencapai nisbah tenaga manusia saintifik dan teknologi yang lebih tinggi daripada sekarang iaitu kira-kira 1000 bagi setiap sejuta penduduk di Malaysia .

Pengetahuan dan kemahiran pula akan berorientasikan gabungan disiplin teknikal, statistik dan berasaskan komputer. Gabungan disiplin ini akan melengkapkan tenaga manusia masa hadapan untuk mengendalikan teknologi baru dan yang akan muncul seperti teknologi pembuatan berautomasi, bahan-bahan terbaru, bio-teknologi, elektronik dan teknologi maklumat.

Di samping itu, kegiatan institusi pendidikan dan latihan akan ditumpukan ke arah menghasilkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan literasi komputer. Langkah kerajaan Malaysia membina Lebuh Raya Multi Media , Universiti Multi Media dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Berelektronik yang kita telah maklum sekarang adalah langkah yang bijak untuk persediaan tenaga manusia yang akan menggunakan teknologi maklumat dalam tugas-tugas harian dan juga dalam kehidupan seharian nanti di dalam era globalisasi.

Apakah

impikasi

serta

kesan

globalisasi

terhadap

(C)

Kebudayaan

sebuah

negara

Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat atau organisasi. Pada zaman dahulu manusia dalam sesebuah masyarakat itu sanggup berperang kerana mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemar atau dicerobohi oleh pihak lain. Bagaimana pun cara hidup manusia hari ini sudah banyak berubah dan menuju globalisasi.

Terdapat beberapa kategori kebudayaan di dunia ini yang telahpun berada dalam bentuk

globalisasi.

Budaya

Makan

Makanan Jepun sudah ada di Amerika. Makanan Amerika pula semakin popular di JepunMc Donald mempunyai 10,500 restoran di 50 buah negara di dunia Kentucky Fried Chicken mempunyai lebih daripada 7,750 restoran di 58 buah negara.

Budaya

Fesyen

Antara jenis fesyen pakaian yang digemari di seluruh dunia adalah seperti : seluar Jean Levi, Pierre Cardin (pakaian perempuan), Yves Saint Laurent, pakaian sukan Esprit dan pakaian Laura Ashley.

Budaya

Kerja

Syarikat pengeluaran di era globalasasi juga terdiri daripada berbilang kaum dari negara-negara di dunia. Umpamanya, syarikat Esprit - di mana ketua grafiknya dari Jepun, juru gambarnya dari Itali, arkiteknya dari Perancis dan Itali.

Budaya

Muzik

dan

Hiburan

Muzik Jazz dan disco telah menguasai dunia. Tempat hiburan seperti Disneyland juga diadakan di negara di luar Amerika , seperti di Jepun dengan panggilan Tokyo Disneyland (1987) dan di Marnela-Valle di Paris dengan panggilan Euro Disneyland (1992).

Budaya

Bahasa

Pada masa ini, bahasa Inggeris adalah alat yang penting untuk perhubungan secara global. Sekarang terdapat satu bilion manusia yang bercakap dalam bahasa Inggeris dan pada tahun 2000 jumlah tersebut meningkat kepada 1.5 bilion.

Kesimpulan

Cabaran globalisasi masa kini memerlukan pembentukan generasi muda yang berdaya tahan melalui ilmu dan kemahiran Berdasarkan beberapa aspek globalisasi yang telah dibicarakan dapatlah dikatakan bahawa dunia hari ini atau di abad ke-21 sedang menghadapi satu cabaran dan perubahan yang sangat hebat yang belum pernah berlaku di abad yang lalu. Cabaran globalisasi dan implikasi terhadap ekonomi, budaya dan teknologi adalah luas dan mempunyai kesan yang negatif dan positif. Penerimaan terhadap perubahan haruslah difikirkan dan diterima secara positif dan membina untuk kemajuan diri,keluarga,agama,bangsa dan negara.

Pengaruh Globalisasi Ekonomi Dan Hukum Ekonomi Internasional Dalam Pembangunan Hukum Ekonomi Di Indonesia
I. Pendahuluan.

Kata globalisasi dalam dekade terakhir ini tidak saja menjadi konsep ilmu pengetahuan sosial dan ekonomi, tetapi juga telah menjadi jargon politik, ideologi pemerintahan (rezim), dan hiasan bibir masyarakat awam di seluruh dunia. Teknologi informasi dan media elektronik dinilai sebagai simbol pelopor yang mengintegrasikan seluruh sistem dunia, baik dalam aspek sosial, budaya, ekonomi dan keuangan.

Globalisasi bukanlah sesuatu yang baru, semangat pencerahan eropa di abad pertengahan yang mendorong pencarian dunia baru bisa dikategorikan sebagai arus globalisasi. Revolusi industri dan transportasi di abad XVIII juga merupakan pendorong tren globalisasi, yang membedakannya dengan arus globalisasi yang terjadi dua-tiga dekade belakangan ini adalah kecepatan dan jangkauannya. Selanjutnya, interaksi dan transaksi antara individu dan negaranegara yang berbeda akan menghasilkan konsekuensi politik, sosial, dan budaya pada tingkat dan intensitas yang berbeda pula. Masuknya Indonesia dalam proses globalisasi pada saat ini ditandai oleh serangkaian kebijakan yang diarahkan untuk membuka ekonomi domestik dalam rangka memperluas serta memperdalam integrasi dengan pasar internasional. Sangat menarik apa yang dikemukakan oleh Joseph E. Stiglitz, peraih hadiah Nobel Ekonomi tahun 2001 yang menyatakan bahwa Globalisasi sendiri sebenarnya tidak begitu baik atau buruk, Ia memiliki kekuatan untuk melakukan kebaikan yang besar, dan bagi negara-negara di Asia Timur yang telah menerima globalisasi dengan persyaratan mereka sendiri, dengan kecepatan mereka sendiri, globalisasi memberikan manfaat yang besar, walaupun ada kemunduran akibat krisis 1997.[2] Prof. A.F.K. Organski menyatakan bahwa negara-negara yang sekarang ini disebut negara modern menempuh pembangunanannya melalui tiga tahap pembangunan, yaitu unifikasi (unification), industrialisasi (industriali-zation), dan negara kesejahteraan (social welfare).[3] Pada tingkat pertama, yang menjadi masalah berat adalah bagaimana mencapai integtarsi politik untuk menciptakan persatuan dan kesatuan nasional. Tingkat kedua, perjuangan untuk pembangunan ekonomi dan modernisasi politik. Akhirnya dalam tingkat ketiga, tugas negara yang terutama adalah melindungi rakyat dari sisi negatif industrialisasi, membetulkan kesalahan pada tahap sebelumnya, dengan menekankan kesejahteraan masyarakat. Tingkattingkat tersebut dilalui secara berurutan (consecutive) dan memakan waktu relatif lama.

Persatuan nasional adalah prasyarat untuk memasuki tahap industrialisasi, industrialisasi merupakan jalan untuk mencapai negara kesejahteraan.[4] Pada dasarnya setiap kegiatan atau aktivitas manusia perlu diatur oleh suatu instrumen yang disebut sebagai hukum. Hukum disini direduksi pengertiannya menjadi perundang-undangan yang dibuat dan dilaksanakan oleh negara.[5] Cita-cita hukum nasional merupakan satu hal yang ingin dicapai dalam pengertian penerapan, perwujudan, dan pelaksanaan nilai-nilai tertentu di dalam tata kehidupan bernegara dan bermasyarakat yang berasaskan Pancasila dan berdasarkan Undang-Undang Dasar 1945. khusus dalam bidang kehidupan dan kegiatan ekonomi pada umumnya dan dalam rangka menyongsong masyarakat global, cita hukum nasional sangat membutuhkan kajian dan pengembangan yang lebih serius agar mampu turut serta dalam tata kehidupan ekonomi global dengan aman, dalam pengertian tidak merugikan dan dirugikan oleh pihak-pihak lain.[6] Lembaga hukum adalah salah satu di antara lembaga/pranata-pranata sosial, seperti juga halnya keluarga, agama, ekonomi, perang atau lainnya.[7] Hukum bagaimanapun sangat dibutuhkan untuk mengatur kehidupan bermasyarakat di dalam segala aspeknya, baik dalam kehidupan sosial, politik, budaya, pendidikan, dan yang tak kalah penting adalah fungsinya atau peranannya dalam mengatur kegiatan ekonomi. Dalam kegiatan ekonomi inilah justru hukum sangat diperlukan karena sumber-sumber ekonomi yang terbatas disatu pihak dan tidak terbatasnya permintaan atau kebutuhan akan sumber ekonomi dilain pihak, sehingga konflik antara sesama warga dalam memperebutkan sumber-sumber ekonomi tersebut akan sering terjadi.[8] Berdasarkan pengalaman sejarah, peranan hukum tersebut haruslah terukur sehingga tidak mematikan inisiatif dan daya kreasi manusia yang menjadi daya dorong utama dalam pembangunan ekonomi.

Tuntutan agar hukum mampu berinteraksi serta mengakomodir kebutuhan dan perkembangan ekonomi dengan prinsip efisiensinya merupakan fenomena yang harus segera ditindaklanjuti apabila tidak ingin terjadi kepincangan antara laju gerak ekonomi yang dinamis dengan mandeknya perangkat hukum.[9] Di samping itu ahli hukum juga diminta peranannya dalam konsep pembangunan, yaitu untuk menempatkan hukum sebagai lembaga (agent) modernisasi dan bahwa hukum dibuat untuk membangun masyarakat (social engineering).[10] Perubahan tatanan dunia saat ini ditandai oleh perkembangan teknologi yang memungkinkan komunikasi dan informasi antara masyarakat internasional menjadi sangat mudah, dan hukum internasional saat ini bercirikan hukum yang harmonis atau setidak-tidaknya hukum transnasional. Harmonisasi hukum di sini diartikan bahwa hukum internasional dipengaruhi hukum nasional dan hukum nasional juga dipengaruhi hukum internasional. Dalam proses harmonisasi hukum, dimana hukum internasional mempengaruhi hukum nasional, berarti negara nasional harus membuat aturan-aturan nasional yang mendorong realisasi kesepakatan guna mencapai tujuan bersama.[11] Sebagai contoh dalam bidang perdagangan internasional, ketentuan-ketentuan perdagangan internasional dalam rangka World Trade Organization (WTO) telah mendorong negara-negara membuat aturan-aturan nasional sebagai tindak lanjut penerapan ketentuan tersebut dalam suasana nasional. Sebagai akibat globalisasi dan peningkatan pergaulan dan perdagangan internasional, cukup banyak peraturan-peraturan hukum asing atau yang bersifat internasional akan juga dituangkan ke dalam perundang-undangan nasional, misalnya di dalam hal surat-surat berharga, pasar modal, kejahatan komputer, dan sebagainya. Terutama kaidah-kaidah hukum yang bersifat transnasional lebih cepat akan dapat diterima sebagai hukum nasional, karena kaedah-kaedah hukum transnasional itu merupakan aturan permainan dalam komunikasi dan perekonomian internasional dan global.[12] Akibatnya semakin memasuki abad XXI,

semakin hukum nasional Indonesia akan memperlihatkan sifat yang lebih transnasional, sehingga perbedaan-perbedaan dengan sistem hukum lain akan semakin berkurang. Berdasarkan uraian tersebut di atas, penulis tertarik untuk melakukan suatu kajian mengenai pengaruh globalisasi ekonomi dan hukum ekonomi internasional dalam pembangunan hukum ekonomi di Indonesia.
Globalisasi ekonomi tuntut negara lakukan transformasi
Oleh Mohd Ayop Abd Razid Globalisasi merupakan salah satu isu utama abad ke-21. Apakah maksud globalisasi ? Globalisasi adalah satu proses perubahan kesan daripada peningkatan pelbagai aktiviti manusia sejagat merentasi sempadan geo-politik yang dipacu oleh kemajuan pesat teknologi maklumat di seluruh dunia. Ini bermakna segala bentuk idea, kegiatan serta interaksi ekonomi, sosial dan politik berkembang tanpa mengambil kira persempadanan politik sesebuah negara. Kemajuan teknologi komunikasi dan pemerosesan maklumat menjadi semakin canggih membolehkan kita mengetahui segala peristiwa dan kejadian yang telah dan sedang berlaku di seluruh penjuru dunia dalam tempoh yang singkat sahaja. Ia menyebabkan batasan geografi dan sosial juga turut mengecil. Kesan globalisasi terhadap mana-mana negara adalah besar.Globalisasi dikatakan membawa pelbagai peluang kepada masyarakat dunia (negara). Namun, di sebalik itu timbul pelbagai cabaran yang harus dihadapi dan ditangani dengan bijaksana. Bentuk globalisasi yang paling menonjol ialah globalisasi ekonomi, manakala ciri dan sifat utama globalisasi ialah persaingan . Bagi negara yang mahu terus maju maka ia harus bergiat aktif dengan melibatkan diri dalam keseluruhan ekonomi antarabangsa. Ini adalah kerana globalisasi ekonomi menjadikan persaingan, pengeluaran, kawalan pasaran, pengurusan, teknologi dan modal insan turut menjadi global. Proses ini menyebabkan faktor-faktor pengeluaran bergerak mudah merentasi sempadan geo-politik negara lantaran persempadanan pasaran dan ekonomi dunia yang semakin mengecil itu. Semuanya ini mempunyai kesan terhadap pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara. Corak dan aliran ekonomi dunia hari ini mempamerkan suatu keadaan di mana wujudnya peningkatan terhadap pergantungan pasaran asing bagi pemasaran barangan domestik, pergerakan pesat aliran modal yang merentasi batasan geo-politik dan pergerakan migrasi buruh (modal insan) daripada sebuah negara ke negara yang lain. Pertumbuhan dan kemajuan ekonomi di era globalisasai ini juga mengutamakan elemen-elemen kreativiti dan inovasi yang tinggi. Hakikatnya, globalisasi ekonomi menuntut kita melakukan perubahan berubah dari masa ke semasa. Negara perlu memiliki kelebihan bersaing (competitive edge) dalam pasaran antarabangsa.Daya saing kita mesti dipertingkatkan melalui pembangunan modal insan. Kepemimpinan dan pengurusan, sama ada di sektor awam atau pun swasta mestilah bersifat dinamik dan akomodatif. Ini penting bagi memastikan negara mampu berhadapan dengan cabaran persaingan ekonomi sejagat yang semakin meningkat. Globalisasi dalam perdagangan antarabangsa juga memerlukan kita berinteraksi dengan pelbagai pihak dan pelbagai latar belakang budaya. Oleh itu, penguasaan dan kemahiran dalam bahasa-bahasa asing

tertentu akan memberi kelebihan kepada kita untuk berpartisipasi dengan berkesan di arena antara bangsa. Negara seharusnya sedia membuat pelaburan besar dalam bidang pendidikan dan pembangunan pengurusan. Modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, berinovasi, kreatif, beretika dan kompetitif merupakan aset penting buat negara. Para pengurus dan pemimpin organisasi yang dinamik, bertenaga dan berwawasan pula diperlukan untuk melonjak prestasi organisasi berasaskan standard atau piawai antarabangsa. Pengurus dan pemimpin yang memiliki ciri-ciri tersebut akan berupaya membina dan membangun suasana koporat yang dapat menggalakkan penghasilan yang berkualiti serta prestasi yang cemerlang. Rakyat juga mesti bersedia dan menyesuaikan diri dengan perubahan pesat dalam senario ekonomi dunia hari ini. Tiada mana-mana negara pun yang mampu mengasingkan diri daripada globalisasi ekonomi. Justeru, rangka pembangunan ekonomi nasional mestilah terus bersifat dinamik, kreatif dan inovatif bagi memastikan ekonomi negara dapat bertindak balas terhadap perubahan dan cabaran ekonomi global yang semakin kompetitif sifatnya. Justeru, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Model Baru Ekonomi (MBE) merupakan tindak balas kerajaan terhadap senario dan cabaran ekonomi global hari ini. Pelancaran Pelan Hala Tuju ETP yang dilancarkan Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC pada 25 Oktober lalu membuktikan kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk membawa perubahan dan kemajuan ekonomi negara setanding dengan ekonomi negara-negara maju negara maju berpendapatan tinggi. Kesimpulan, kita perlu menyedari bahawa kejayaan atau kegagalan negara adalah bergantung kepada keupayaan dan kemampuan kita merencanakan agenda transformasi ekonomi dan pengurusan serta perkhidmatan yang dinamik dan peka kepada perkembangan domestik dan antarabangsa dapat menggerakkan organisasi ke satu tahap kecemerlangan melalui usaha-usaha konkrit bagi memupuk sikap yang positif ke arah budaya kerja dan pengurusan yang cemerlang.

( JABATAN HAL EHWAL KHAS ( JASA ) KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

Anda mungkin juga menyukai