Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PRESTASI CALON

SOALAN 9.

9.(a)

Prestasi Calon
Rendah – Kebanyakkan calon prestasi ini tidak menjawab soalan ini walaupun
soalan ini adalah aras yang rendah iaitu dengan membaca jawapan
sahaja daripada graf laju-masa tersebut.
Sederhana – Prestasi calon sederhana pula adalah baik dan ada segelintir sahaja yang
yang membuat kesilapan di mana mereka menjawab dengan mengambil
perbezaan laju iaitu 20 – 12 = 8
Tinggi – Calon daripada prestasi ini adalah tidak menpunyai masalah kerana
semuanya dapat menjawab betul kerana jawapan soalan ini tidak
menggunakan kemahiran mengira.

9.(b)

Prestasi Calon
Rendah – Kebanyakkan calon dalam kategori ini tidak menjawab soalan ini.
Sederhana – Calon dapat menjawab soalan ini dengan betul tetapi ada sebilangan
kecil calon yang membuat kesilapan dengan memberi jawapan 4ms-1
bukan 2ms-1 kerana terlupa hendak bagi dengan 4 saat pertama.
Tinggi – Para calon prestasi ini dapat menjawab dengan baik dan mendapat
markah penuh (K1N1).

9.(c)

Prestasi Calon
Rendah – Soalan ini tidak dijawab oleh kebanyakkan calon kerana ia merupakan
soalan arah yang tinggi dan sukar bagi mereka untuk mencari nilai t.
Sederhana – Calon daripada prestasi ini kurang menjawab kerana ia tidak tahu
mencari keluasan kawasan dibawah graf terutamanya bagi luas
trapizium.
Tinggi – Calon dapat menjawab soalan ini dengan baik .

10.(a)

Prestasi Calon
Rendah – Kebanyakkan calon tidak menjawab soalan ini
Sederhana – Calon prestasi ini dapat menjawab soalan ini tetapi tidak memperolehi
markah penuh kerana ia tiada menyenaraikan kesemua ruang sampel
iaitu dapat markah P0K1N1 dan ramai calon menggunakan kaedah
pendaraban.
Tinggi – Calon dapat markah penuh iaitu P1K1N1 kerana mereka dapat
menyenaraikan kesemua kesudahan peristawa yang berlaku dengan
kaedah gambarajah pokok atau kaedah grid.

10.(b)

Prestasi Calon
Rendah – Kebanyakkan calon dalam kategori ini langsung tidak menjawab soalan
ini.
Sederhana – Calon menjawab soalan ini tetapi tidak memperolehi markah penuh
kerana tidak menyenaraikan kesemua kesudahan peristiwa yang berlaku
dan menyebabkan pengiraan mereka silap.
Tinggi – Calon mendapat markah penuh (K1N1) kerana mereka dapat
menyenaraikan peristiwa yang berlaku dan menjawab dengan keadah
kebangkalian P(A) = n(A)/ n(S).
– Mereka dapat menyenaraikan peristiwa bagi A ={ (3,Y), (6,Y), (3,R),
(6,R), (2,R)}

Beri Nilai