Anda di halaman 1dari 7

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBLS3103 : ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

SEMESTER MEI 2011 TUGASAN KURSUS (30%)

NAMA: MOHD AZLI BIN MUDA 770311-11-5165 alibaba.776@gmail.com

NAMA PENSYARAH :

SIOW HING SIONG

SOALAN 2 SALIRAN BAWAH TANAH Pembuangan air kotor dan air permukaan yang baik dari sesuatu bangunan sangat penting bagi kesihatan awam dan merupakan perkara yang penting dalam binaan sesuatu bangunan. Jika saliran tidak kemas dan boc or, air yang terlepas dapat mencemarkan bekalan air atau udara. Air yang terlepas juga boleh memusnahkan tanah di bawah tapak asas dan boleh menyebabkan pemendapan bahagian bangunan. Peraturan Bangunan 1985 menyentuh tentang saliran bawah tanah. SISTEM SALIRAN Jenis sistem yang digunakan bergantung pada peraturan pihak berkuasa tempatan. Terdapat 3 jenis sistem saliran ya ng utama iaitu : 1 Sistem Berasingan Air kotor diluah kan dari mangkuk tandas besen, sink tempat mandi, dan lainlain, disalu rkeluar oleh saliran air kotor ke betung air kotor, atau loji pembuan gan kumbahan persendirian. Air hujan atau air permukaan dari bumbung dan kawasan turap disalurkan oleh saliran air permukaan ke betung air permukaan awam atau penyerap.

Rajah 1 Sistem Berasingan Dengan merujuk kepada Rajah 1, sistem ini menggunakan dua paip salir untuk menyalirkan najis, air sisa dan air permukaan ke sistem pembetungan. Satu paip berfungsi menyalirkan najis dan air sisa manakala paip salir yang kedua berfungsi untuk menyalirkan air permukaan sahaja. Najis serta air sisa kumbahan dalam bangunan akan disalirkan ke pembetung awam yang akan membawa sisa-sisa tersebut ke loji rawatan kumbahan. Air permukaan pula akan disalirkan kepada paip salir kedua. Paip salir kedua berfungsi menyalirkan air permukaan ke pembetung air permukaan untuk disalirkan terus ke sungai atau laut yang berhampiran.

1.1 Jenis paip yang digunakan a. Paip salir air permukaan b. Paip salir najis dan air sisa c. Paip bolong d. Paip air hujan 1.2 Kelebihan Sistem Saliran Berasingan a. Kuantiti kumbahan yang disalirkan melalui paip salir kumbahan akan kecil kerana air permukaan disalirkan melalui paip berasingan b. Dapat meminimunkan risiko pencemaran alam sekitar yang boleh memberi kesan negatif kepada bumi dan penghuninya 1.3 Kelemahan Sistem Saliran Berasingan a. Melibatkan kos yang tinggi untuk membina dan menyelenggarakannya. b. Kerja pembinaan dan pemasangan paip lebih banyak

2. Sistem Gabungan Sistem bergabung ialah sisa kumbahan seperti najis, air basuhan dari sinki, tandas dan sebagainya akan terus mengalir ke dalam longkang di sekeliling rumah sebelum masuk ke dalam pembentungan ribut dan seterusnya ke dalam parit atau pun sungai. Rajah 2 menunjukkan contoh sistem gabungan yang digunakan dalam sesebuah bangunan.

Rajah 2 Sistem Gabungan 2.1 Jenis paip yang digunakan a. Paip salir najis, air sisa dan air permukaan b. Paip bolong dan paip najis c. Paip air hujan 2.2 Kelebihan Sistem Gabungan a. Sistem ini menjimatkan kos. Ini kerana pemilik premis seperti rumah-rumah di kawasan kampung dan setinggan tidak perlu membayar kos pengurusan sisa pepejal oleh syarikat yang dilantik oleh kerajaan. b. Kerja-kerja pemasangan lebih mudah kerana semua paip bangunan disambungkan kepada satu paip salir sahaja c. Kurangnya risiko tersalah sambung 2.3 Kelemahan Sistem Saliran Gabungan a. Perlu menggunakan paip salir yang berdiameter besar berbanding dengan paip salir sistem yang lain

b. Jumlah aliran kumbahan dan air permukaan berkemungkinan terlalu tinggi apabila berlakunya hujan lebat dan ini menyebabkan perlunya pembinaan loji rawatan kumbahan yang lebih besar c. Pembetungan ini akan melimpahkan keluar air yang mengandungi sisa perbandaran apabila tiba musim hujan, ini boleh menyumbang kepada peningkatan peluasan pencemaran alam sekitar dan boleh mengakibatkan penyebaran pelbagai penyakit seperti taun dan denggi. d. Kehilangan kedapan perangkap dalam gegeluk air hujan membenarkan gas kotor dari saliran lepas ke udara bebas di sekeliling bangunan 3. Sistem Berasingan Separa Sistem Berasingan Separa merupakan sistem yang menggunakan dua paiip salir. Sistem berasingan ialah sisa kumbahan akan terus mengalir ke dalam paip saliran bawah tanah yang terdapat di premis seperti rumah kediaman dan bangunan kilang. Sisa kumbahan ini akam melalui satu pembentung perangkap yang terdapat di luar kawasan rumah untuk melalui proses enapan sisa-sisa najis. dan dialirkan ke longkang utama. Manakala bagi sesetengah kawasan perumahan yang terancang, air sisa buangan tersebut akan dialirkan ke tangki pembetung yang dibina oleh pihak pemaju dan akan melalui proses bagi mengasingkan sisa najis dan air kumbahan. Rajah 3 menerangkan Sistem Berasingan Separa

Rajah 3 Sistem Berasingan Separa 3.1 Jenis paip yang digunakan a. Paip salir air permukaan b. Paip salir najis dan air sisa c. Paip bolong d. Paip air hujan 3.2 Kelebihan Sistem Berasingan Separa a. Dapat meminimunkan risiko pencemaran alam sekitar yang boleh memberi kesan negatif kepada bumi dan penghuninya. b. Penggunaan paip dapat dikurangkan kerana paip salir air permukaan yang kedudukannya berhampiran dengan salir najis dan air sisa akan disambungkan terus ke paip salir najis dan air sisa 3.3 Kelemahan Sistem Berasingan Separa a. Sistem ini ialah melibatkan kos yang tinggi untuk membina dan menyelenggarakannya.