Anda di halaman 1dari 9

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

TAJUK 4 KEMUDAHAN DALAM MATEMATIK


SINOPSIS Tajuk ini meliputi idea tentang kemudahan-kemudahan matematik yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Kemudahan-kemudahan ini akan menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan bermakna. Tiga jenis kemudahan yang difokuskan dalam perbincangan tajuk ini adalah: (a) Makmal Matematik, (b) Sudut Matematik dan (c) Taman Matematik. HASIL PEMBELAJARAN Membincang peranan Makmal Matematik, Sudut Matematik dan Taman Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Mereka bentuk Makmal Matematik dan Sudut Matematik yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat dijalankan di Taman Matematik. KERANGKA TAJUK

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

4.1 Makmal Matematik Makmal matematik mungkin merupakan istillah yang nampaknya baru kepada anda. Walau bagaimanapun, ideanya adalah serupa dengan idea makmal sains. Sekiranya digunakan dengan baik, makmal matematik boleh memainkan peranan yang penting dalam jaminan kualiti proses pembelajaran matematik di sekolah. Peranan Makmal Matematik Makmal matematik memainkan pelbagai peranan dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran matematik di sekolah. Antara peranan penting makmal matematik adalah fungsinya sebagai pusat bagi menjalankan aktiviti penerokaan matematik menjalankan aktiviti praktikal matematik menyimpan bahan resos matematik memaparkan bahan resos matematik Setiap peranan ini perlu diberikan pertimbangan yang wajar dalam reka bentuk sesebuah makmal matematik. Reka Bentuk Makmal Matematik Susunan ruang fizikal dalam makmal matematik akan mempengaruhi proses pembelajaran yang berlaku di dalamnya secara signifikan. Oleh yang demikian, reka bentuk makmal perlu dipertimbangkan secara teliti agar ia dapat berfungsi dengan baik dalam menentukan kejayaan proses pembelajaran matematik. Selain daripada reka bentuk fizikal, kelengkapankelengkapan bagi melicinkan proses pembelajaran juga perlu diberikan pertimbangan yang terperinci. Rajah 1 menunjukkan satu contoh reka bentuk makmal matematik yang dibina dengan pelbagai kelengkapan.

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

Rajah 1. Contoh reka bentuk makmal matematik. Antara untuk kelengkapan-kelengkapan slaid-slaid dalam ke makmal skrin matematik putih yang yang boleh

ditunjukkan Rajah 1 adalah projektor LCD dan rak-rak. Projektor LCD diguna memaparkan Powerpoint mempermudahkan proses pengajaran guru. Rak-rak pula boleh diguna untuk menyimpan pelbagai resos matematik samada yang dibeli di pasaran atau dibina oleh pelajar dan alat-alat tulis seperti pen marker, pembaris, gam dan kertas. Kelengkapan alat tulis dengan bilangan yang mecukupi pada awal semester serta mudah diperolehi bila diperlukan dalam pengajaran akan memudahkan persediaan dan pengurusan pengajaran. Tambahan pula, murid juga boleh dilatih untuk mengambil alat-alat secara cepat dan tanpa diarah apabila mereka memerlukan alat-alat berkenaan. Walau bagaimanapun, Satu kekurangan yang barangkali wujud ialah alat-alat ini mungkin tidak disimpan dalam tempat yang betul setelah digunakan. Namun demikian, masalah ini boleh diatasi dengan melatih murid-murid untuk mengembalikan alat-alat ke rak-rak yang betul supaya sentiasa dalam keadaan kemas. Selain daripada itu, stok alat-alat ini mungkin 3

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

cepat habis kerana senang diakses oleh murid-murid.

Oleh yang demikian,

pengawasan yang rapi adalah kritikal untuk menjaga stok yang sedia ada. Aktiviti kumpulan boleh membawa kesan positif kepada pembelajaran matematik. Justeru itu, meja-meja berbentuk heksagon digunakan dalam makmal matematik ini. Kelengkapan meja heksagon ini dapat memberi peluang maksimum untuk murid-murid berinteraksi secara bersemuka dalam aktiviti kumpulan tanpa mengubah tempat duduk. Hal ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan pengurusan bilik darjah. Tambahan pula, meja berbentuk heksagon ini mempunyai ruang yang lebih besar dan ini memudahkan muridmurid menjalankan aktiviti penerokaan yang melibatkan pengolahan bahanbahan konkrit dan manipulatif. Namun demikian, satu kekurangan penggunaan meja seperti ini adalah kawasan bilik yang lebih luas diperlukan.

Perbincangan 1 Selain daripada projektor LCD, rak dan meja heksagon, senaraikan kelengkapan-kelengkapan lain dalam makmal matematik yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Seterusnya, bincangkan peranan kelengkapan-kelengkapan tersebut.

Latihan 1 Lukis dan labelkan satu pelan makmal Matematik yang sesuai untuk sekolah anda dan beri justifikasi tentang pelan anda Latihan 2 1. Apakah makmal matematik? 2. Mengapakah makmal matematik penting untuk pembelajaran matematik di sekolah rendah? 4.2 Sudut Matematik Sudut matematik menyerupai makmal mini untuk matematik. Oleh itu, ia memainkan peranan yang lebih kecil berbanding dengan makmal matematik. Penyediaan sudut matematik hanya memerlukan ruang yang sedia ada di dalam atau di luar bilik darjah. 4

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

Peranan Sudut Matematik Secara umum sudut matematik direka untuk menyokong program pembelajaran matematik dalam bilik darjah. Secara spesifik, ia berfungsi sebagai: pusat maklumat pusat pameran pusat penerokaan Sebagai pusat maklumat, pelbagai maklumat berkaitan kandungan matematik boleh diperolehi dari sudut matematik. Maklumat ini boleh berbentuk elektronik seperti CD-rom atau bukan elektronik seperti buku dan poster. Sebagai pusat pameran, sudut matematik merupakan ruang yang sangat sesuai untuk mempamerkan hasil kerja matematik yang diusahakan oleh murid. Sebagai pusat penerokaan, pelbagai aktiviti penerokaan matematik boleh dilaksanakan oleh murid-murid sama ada secara berkumpulan atau individu. Rajah 2 menunjukkan contoh sudut matematik yang digunakan sebagai pusat maklumat dan pusat pameran, manakala Rajah 3 menunjukkan contoh sudut matematik sebagai pusat penerokaan.

Rajah 2. Sudut matematik sebagai pusat maklumat dan pusat pameran.

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

Rajah 3. Sudut matematik sebagai pusat penerokaan Tiga fungsi sudut matematik yang baru sahaja dibincangkan pula menunjukkan bahawa ia juga boleh memainkan peranan sebagai sudut untuk menyimpan dan mempamer resos matematik murid-murid menjalani aktiviti sponge murid-murid menjalani aktiviti pengayaan Reka Bentuk Sudut Matematik Sudut matematik boleh disediakan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Rajah 4 menunjukkan contoh sudut matematik di dalam bilik darjah manakala Rajah 5 menunjukkan contoh sudut matematik di luar bilik darjah.

Rajah 4. Contoh sudut matematik di dalam bilik darja. 6

Rajah 5. Contoh sudut mateatik di luar bilik darjah.

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

Beberapa perkara asas yang perlu diberikan pertimbangan semasa penyediaan sudut matematik ialah: Di manakah tempat yang sesuai? Apakah yang hendak dipamerkan? Apakah medium pameran yang hendak digunakan? Memikir 1. Di manakah tempat yang sesuai untuk menyediakan sudut matematik di sekolah anda? 2. Bandingkan kekuatan dan kelemahan antaa sudut matematik di dalam bilik darjah dan sudut matematik di luar bilik darjah. Perbincangan 2 Bincangkan kekuatan dan kelemahan antara sudut matematik di dalam bilik darjah dan sudut matematik di luar bilik darjah. Latihan 3 1. Apakah sudut matematik? 2. Mengapakah sudut matematik penting untuk pembelajaran matematik di sekolah rendah? 4.3 segar Taman Matematik boleh mengaktifkan minda kanak-kanak Oleh dan yang seterusnya demikian,

Alam semulajadi berupaya menyegarkan suasana pembelajaran. Suasana yang mempertingkatkan keberkesanaan pembelajaran.

pembelajaran matematik tidak semestinya hanya berlaku di dalam bilik darjah. Pengajaran matematik yang memberi peluang kepada murid-murid berinterasi dengan alam semulajadi di luar bilik darjah telah mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pendidik matematik sedunia. Sehubungan dengan itu, taman matematik merupakan satu kemudahan yang boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang semulajadi untuk kanak-kanak mempelajari matematik.

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

Peranan Taman Matematik Taman matematik sesuai digunakan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran matematik dalam situasi yang lebih fleksibal dan menyeronokkan. Ia bertujuan mewujudkan suasana pembelajaran di luar bilik darjah yang boleh meningkatka semangat murid-murid untuk belajar matematik secara berkumpulan kecil. Secara umum, taman matematik berperanan sebagai stesen pembelajaran di luar bilik darjah dan sebagai pusat aktiviti matematik. Reka Bentuk Taman Matematik Kawasan lapang di luar bilik darjah diperlukan untuk menyediakan taman matematik. Mana-mana taman sedia ada di sekolah boleh dijadikan taman matematik dengan membina stesen-stesen aktiviti yang berkaitan dengan matematik. Setiap stesen dibina khas untuk menjalani aktiviti pembelajaran bagi tajuk-tajuk tertentu dalam matematik.

Rajah 6. Contoh stesen dalam taman matematik. Rajah 6 menunjukkan contoh stesen dalam taman matematik. Stesen ini terdiri daripada petak seratus di bahagian tengah yang berbentuk oktagon dan lapan kaki yang bercabang dari setiap sisi octagon. Aktiviti ini boleh melibatkan 8 pasangan murid yang berdiri di setiap kaki. Setiap pasangan murid diberi kadkad angka yang merupaka hasil darab (atau hasil tambah) dari carta fakta asas. Secara bergilir-gilir, setiap pasangan murid dikehendaki membina sifir tertentu 8

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

dengan meletakkan kad-kad angka sebagai jawapan sifir berkenaan pada petak seratus di tengah. Pasangan yang berada di kaki bertentangan dikehendaki menyemak sama ada jawapan itu adalah betul.

Rajah 7. Contoh stesen dalam taman matematik. Rajah 7 menunjukkan satu lagi contoh stesen yang terdiri darpada 10 pasang petak segiempat tepat dan petak octagon. Memikir Apakah aktiviti yang sesuai dijalankan pada stesen dalam Rajah 7? Latihan 4 Kenal pasti satu ruang di luar bilik darjah di sekolah anda yang sesuai dijadikan sebagai taman matematik. Rancang satu stesen matematik yang sesuai dibina dalam taman matematik itu. Latihan 5 1. Apakah taman matematik? 2. Mengapakah taman matematik penting untuk pembelajaran matematik di sekolah rendah?

TAMAT Rujukan Institute of Scientific Research and Training. (n.d.). Mathematics lab in your school. Available online at: http://www.isrt.in/lab.html downloaded on 24 June 2012. 9