Anda di halaman 1dari 25

Polis Cerdik Pada suatu hari, seorang penunggang (Mamat) motosikal telah ditahan polis.

Dia ni kena tahan kerana tak pasang lampu waktu malam di bandar berhampiran rumah dia. Dia bagi la.. alasan. Mamat: Apa ni? Nak pasang lampu nak buat apa? Polis: La.. tak kan tak tau kot.Untuk keselamatan ko la. Mamat: oitt.. sana ada lampu, sini ada lampu, situ ada lampu, mau pasang lampu lagi ka? Polis: Kuang ajo punya budak. Jaga ko!!! Lalu polis tu pun buang angin kat tayar motor budak tu. Mamat: oi! oi! apa ni gilo apa. Camna aku nak balik? Polis: La...sana ada angin, sini ada angin, situ ada angin, mau angin lagi ka? Asal Usul Negara Denmark Arakian telah tertulis dalam kitab maktub sejarah-sejarah asal usul negara dunia,tersebut sebuah kisah bagaimana kisahnya negara Denmark mendapat nama untuk negaranya. Adapun, Makcik Rabeah, seorang pencuci kapal layar milik tentera portugis yang berasal dari Tampin, Nogori Sombilan. Ketika Kapal layar portugis mendarat di Melaka, makcik Rabeah telah meng'apply'kan kerja tukang cuci didalam kapal tersebut. Setelah lebih 3 tahun Portugis menjajah Melaka, kini tibalah masa untuk mereka meninggalkan Melaka. Makcik Rabeah yang sangat rajin dan disayangi oleh ketua Portugis itu turut dijemput untuk ikut belayar meninggalkan melaka. Maka makcik Rabeah kenelah ikut sambil membawa 11 orang anak lelakinya. Arakian setelah sepurnama belayar, tibalah mereka di sebuah negara yang tidak diketahui namanya. Maka inginlah dijajah juga oleh orang portugis ini. Maka mendaratlah tentera Portugis untuk menyerang, namun tentera negara itu sudah bersiap sedia untuk menahan asakan tentera portugis. Akhirnya semua tentera portugis mati dalam peperangan. Tinggallah makcik rabeah dan 11 orang anaknya. Mereka ditangkap dan dibawa ke hadapan raja. Raja itu bertanya kepada makcik Rabeah " Hoi pompuan tua, tahukah kau nama negara ini?". Makcik Rabeah pun berkata "tidak tahu tuanku!". "Ciss..Pompuan bodoh, nama negara ini pun kau tak tau." tempik Raja. Makcik Rabeah terasa malu apabila beliau dikatakan bodoh dihadapan anak-anaknya. Lalu makcik Rabeah menjerit ke anaknya. "Tak guno punya anak, namo negaro ni pon ekau tak tau, sapo bodo? Mak ko ekau bodoh?". Lalu anak pertamanya menjawab "

Den mak". Ditanya berulang-ulang kali dan kesemua anaknya menjawab "den mak". Raja yang tak paham bahasa nogori tu mendengar berulang-ulang kali sebutan 'den mak' lalu berkenan pula dengan perkataan itu. Raja terus menamakan negara mereka sebagai nama DENMARK kerana nama lama negara mereka sangat buruk iaitu 'LOMBU'. Lalu makcik rabeah dilepaskan dan 11 org anak mereka dilatih untuk menjadi pemain bolasepak negara denmark

Tiada Wang Peguam: "Baiklah, awak inginkan perkhidmatan saya. Tapi adakan awak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar perkhidmatan saya?" Pelanggan: "Tidak, saya tidak mempunyai wang sedikit pun. Saya sangat miskin, tapi saya mempunyai sebuah kereta BMW!" Peguam: "Baiklah, awak boleh membayar saya dengan kereta awak. Sekarang, katakan apa tuduhan yang dikenakan terhadap awak?" Pelanggan: "Mencuri BMW!" Makan Semut Ketika memeriksa seorang pesakit, Doktor mendapat panggilan telefon daripada seorang suri rumah. Suaranya begitu cemas dan kalut. Suri rumah:Doktor! Doktor! Anak saya makan semut.! Doktor :Tak apa, jangan cemas. Semut tidak berbahaya. Suri rumah:Tapiiiii....saya dah beri dia makan racun serangga agar semut tu mati. Doktor :Apa?????Cepat bawa dia ke hospital! Kisah Asal-Usul Perkataan ASAL PERKATAAN UBAT Semasa Melaka dijajah Portugis, Hang Nadim telah bekerja sebagai penjaga kaunter klinik untuk askar-askar Portugis. Pada hari pertama dia bekerja tidaklah tahu dia apakah yang perlu di sebut di deretan botol-botol di rak almari. Dia pun bertanya kepada Doktor yang bertugas. "Sir, air dalam botol-botol ni saya nak panggil apa?" tanya Hang Nadim. Semasa Hang Nadim bertanya, doktor omputih itu tengah membuka sebuah botol lama untuk mengenalpasti apa isi kandungannya. Lalu terkeluarlah baubauan yang busuk dan membuatkan doktor omputih tu berkata " Uhhh...bad...". Hang Nadim pun mengangguk sambil berkata "ooo..ubat".

ASAL PERKATAAN CELEBRATE Semasa British menjejak kaki ke Johor, sebuah kampung sedang mengadakan pesta keramaian bagi meraikan hari keputeraan ketua kampung yang ke 59. Pegawai British yang sedang mengkaji adat budaya orang melayu ini pun pergilah hadir ke majlis tersebut. Semasa majlis sedang berlangsung ada 3 orang pemuda yang 3 suku akalnya (mereng) telah membuat kacau di majlis tersebut dengan mengadakan tarian separuh bogel di hadapan ketua kampung. Pegawai British yang baru tiba terkejut dengan suasana huru-hara sambil menjerit-jerit (macam parti omputih). Lalu pegawai British itu bertanya kepada salah seorang penduduk " Apa yang mereka lakukan?(slang omputih)". Orang itu mempedulikan pertanyaan omputih tetapi berkata pada dirinya sendiri " Selebet betul la mamat-mamat 3 suku ni, rosak majlis ni...heee...heeee...slebet betul." Maka tahulah omputih itu bahawa majlis keramaian macam itu dipanggil selebet. Lalu di'slang'kan omputih jadilah celebrate. Sebab itulah bila omputih selebret je apaapa, mesti ada tarian separuh bugil. ASAL PERKATAAN AYAM Ketika Parameswara menobatkan pemerintahaannya di Melaka, berjalan-jalanlah beliau sambil memerhati keadaan sekeliling kampung untuk bertanya khabar dengan orangorang kampung. Semasa beliau berjalan-jalan ternampaklah beberapa ekor ayam lalu tanyalah parameswara kepada pengiringnya " Kalao disini, binatang seperti burung itu dipanggil appa?". Pengiring itu tidak tahu kerana berasal dari negara yang sama dengan parameswara. Ketika mereka terpinga-pinga untuk mencari jawapannya, maka lalulah seorang budak yang sedang membawa kuih yang dikirim maknya untuk dihantar ke rumah jiran. Lalu parameswara bertanya "Hoi Budak..binatang seperti burung tu kalau disini dipanggil appa?". Budak itu berkata "Kejap tuanku saya ada hal ni". Budak itu pun terus mengetuk pintu rumah jirannya. Parameswara bengang dengan kelakuan budak itu kemudian bertanya buat kali kedua "Hoi aku tanya ni. Apa nama binatang itu?". Budak itu ketakutan sambil menjerit " Makcik Yam..ooo makcik Yam, ni mak hantar kuih ni. Cepat sikit, tuanku ada depan umah makcik Yam ni." Parameswara masih belum puas hati, kali ini tempiknya sangat kuat "APA NAMA KAU CAKAP TADI?" Budak itu terkejut sambil melatah " mmmaakkcik Yammm...yam..". Puaslah hati parameswara kerana sudah tahu namanya. Binatang itu dipanggil makcik yam sehinggalah baginda mangkat. Kemudian ditukarkan ke Ayam kerana makcik Yam telah mengemukakan saman malu terhadap budak tersebut.

Telefon Seorang lelaki berjalan masuk menuju ke tempat kerjanya, dengan kedua-dua belah telinganya dibalut ( seolah-olah luka ).Bosnya bertanya "Apa dah jadi dengan telinge kamu?". Lelaki itu menjawab "Semalam, ketike saye sedang menyeterika baju, tiba-tiba telefon berdering dan saye dengan tak sengajanyer meletakkan seterika ke telinge". Bos itu kemudian bertanya lagi " Well, itu mungkin menyebabkan luka pada sebelah telinge. Tapi, apa dah jadi dengan telinga satu lagi?" Lelaki itu menjawab,"Well,saye pon kene telefon doktor!"
Penyajak Yang Hebat Osmang Tawang ialah seorang penyajak yang hebat di Malaysia. Karya-karyanya sangat tersohor sehingga ia menerima anugerah Sasterawang Negara. Apabila dia bersajak pasti para hadirin terpegun sehingga mengalirkan air hingus. Namun pada suatu hari reputasinya jatuh akibat dari satu kejadian ketika ia berada di pentas untuk bersajak. Mari kita saksikan kejadian tersebut: Usmang dengan gaya sasterawang hebat naik ke pentas sambil diberi tepukan gemuruh oleh para hadirin. Dia dengan muka bangganya menyeluk poket bajunya untuk mengambil nota sajaknya. Setelah dibuka lipatan nota sajaknya dia pun memulakan bacaan sajaknya. "Pada hari ini saya ingin menyampaikan sebuah sajak yang saya anggap paling agung yang pernah saya cipta. Sajak ini diberi judul 'BBYPDB'". Setelah memberitahu judulnya beliau pun memulakan membaca sajaknya walaupun dia kelihatan sedikit hairan. Sajaknya berbunyi begini: BBYPDB (Barang2 Yang Perlu Di Beli) 1. Beras sekampit 2. Gula 2 kilo 3. Bawang 6 bijik 4. Minyak sebotol (beli yang cap sampan punya) 5. Beehon sekapik (tanak yang cap ketiak tu!!) 6. Ikan sardin cap itik.. 3 tin udah le. "YA TUHAN....ini senarai barang bini aku suh beli, mamfus aku...malu...malu...". Usmang Tawang berlalu dari pentas dengan iringan gelak tawa para hadirin. Sejak hari itu, Usmang mengalami kincit tak terurus dan kini menetap di daerah Batang Ai bersama cucu itiknya.

Temuduga Ali pegi interview kerja sebagai setiausaha. Bila pengurus nampak dia dengan pakaian yang tak kena konsep dan juga rambut yang berwarna belang putih dan emas, dalam hati dia mula membentak; "Argghhh! Orang macam ni pun ada!". Tapi apa-apapun dia kena interview juga si Ali ni. Jadi dia pun tanyalah Ali, "Kalau awak dapat buat ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan yang saya bagi, saya rasa awak ada peluang untuk kerja ni! Perkataan-perkataannya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK!". Jadi Ali pun berfikir sejenak dan kemudian menjawab... "I hear the phone GREEN, GREEN... GREEN..., then I go and PINK up the phone, I say YELLOW...BLUE's that? WHITE did you say? Aiya...! wrong number la... Don't PURPLEy disturb people and don't call BLACK, ok? Thank you." Lepas tu pengurus tu terus pengsan!

Rumput dan Kuda Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas. Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?" Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!" Cikgu : "Rumputnya mana?" Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu," Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?" Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?" A ...maafkan aku...(warkah buat kekasih) A, Maaf kerana tidak dapat membantu mu Di kala parang ayah mengurang Di kala wajah ayah memerah Di kala suaramu tersekat A, Maafkan sekali lagi Bukan aku tidak mahu membantu Bukan aku tidak sayu Bukan...Bukan...Bukan... A, Tika ayah mengacu parangnya

Hatiku meruntun sayu Melihat kau cuba lari bertempiaran Bersama rakan-rakan Untuk hidup sehari lagi A, Realitinya aku tidak mampu Menghulurkan tangan untuk kau sambut Supaya dapat ku bawa kau lari Jauh dari parang ayah... A, Aku tidak mengerti Mengapakah ayah terlalu benci akan dirimu? Aku sudah tidak sanggup lagi melihat sandiwara ini Aku hanya mampu menjadi pemerhati Bersama seribu belas dihati Bersama kasih yang tebal di nurani Namun aku hanya seorang puteri A, Larilah kau Jangan menyerah pada ayahku yang kejam itu Ah A, Tidak dapat aku gambarkan Dikala parang ayah menetak lehermu Air mataku mengalir menuruni pipi Tak tertahan lagi...sedih...sayu... Yeah...! Seluruh isi keluargaku bersorak Semua berpesta Atas kematian mu...? A...Ayamku... Kematianmu, nyata amat pedih Tetapi kau menjanjikan santapan istimewa untuk kami Ayam goreng bersambal!!! Nyam...nyammm...Nyammm..

Surat minta keroje Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar 25 Jalan 3/4 Taman Bukit Indah 68000 Ampang Selangor. (Rumah pakcik saya) Malaysia Airlines System 12 mei 2004 Tuan, Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System. Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja disini. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya. 2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan. 3.Akademik. Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000 Matapelajaran :(gred) Bahasa Malaysia 6D Bahasa Inggeris 6D Sains. 7E Matematik 6D Pendidikan Islam 5C Sejarah 7E Lukisan geometri 7E Teknologi air-condition 6D Kerja bengkel 3B Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK). Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari

Institut Latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia. 4. Pengalaman kerja. Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh, Perak. Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok) p/s (alignment kat situ tipu). Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka.(pusat serenti) 5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Sekian terima kasih. Sekian, terima kasih Yang benar, (Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar) 25 Jalan Taman Bukit Indah 68000 Ampang Selangor Terlambat... Pagi itu, Aku dan Mimi telah pun berada di Stesen Bas Pudu Raya.Kami sedang menunggu May dari pukul 9.30 pagi lagi. Suasana di sana agak sibuk pada hari sebegini. Hari kerja. Dari tadi Mimi tidak bersuara langsung walaupun menjamah makanan yang dijual. Tiba-tiba, Mimi pun bersuara,Manalah kawan kita tu? Janjinya tak pernah ditepati!" Sabarlah,Mimi.Lagipun baru setengah jam berlalu.kataku untuk menenangkannya. Mimi membalas,Itulah awak,Lisa!Terlalu beri muka kepada May tu!Tengoklah apa yang jadi sekarang!Dia sudah pijak kepala kita!sergah Mimi.Aku terkejut. Sebelum ini dia tak pernah marahkan aku dan May.Mungkin ada apa-apa yg berlaku di antara mereka.

15-minit selepas itu May pun sampai. Aku pun segera bertanya kepada May mengapa dia datang lambat. May menjawab korang tak nampak ke yang aku ni siput babi?! Sebab itulah aku datang lambat! Ishhhdah lima tahun kita berkawan, ko tak tahu aku ni siapa?!Ish,ish,ish!!! Mimi pun membalas semula kata-kata May itu,Ler!!!Sori May,aku terlupa plak!! Jangan cepat melatah Ada satu cerita, nak dengar tak? Ceritanya cam ni, Ada seorang pompuan , masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil melihat keadaan keretanya yang kemek. hari dah nak masuk magrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tu sempit, lampu jalan tak de pulak. Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Dah lah tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit. Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit " Hoi.. Babiiiiiiiii....... Slow sikit....." Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu pun menjerit balas .. "Celaka!!!!! F**k you!!!, Pu**mak kau!!!".." Bagerooo..." sedap jer cakap babi...." Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat.... Perempuan tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut.. Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semak manakala motosikal nya remuk sama sekali. Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah dilanggar oleh perempuan tadi. Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukanya marah... tapi nak bagi tau jer....yang ada babi tergolek kat depan....hehehehehehe. Kisah Ngeri Kengkawan.. nie aku ada satu cerita ngeri aku nak share ngan korang.. kisah nie berlaku kat kawan aku kat Ipoh la.. Kawan aku nama dia Ahmad.. dia nie kerja kilang ikut shif.. dia nie shif petang so balik tengah

malam la.Satu malam tu dia lalu la kat jalan nak ghi airport kat Ipoh nie.. then sampai kat satu masjid.. depan masjid nie ada tempat sampah.. ala tempat sampah busuk gile.. tapi malam tu tempat tu jadi wangi..then ada sorang pompuan pakai baju serba putih tahan dia. Kata nya nak tumpang sampai kat hujung kampung. So yang kawan aku nie bagi la tumpang. So pompuan nie pun naik la.. dia punya wangi punya la semacam aje..Then kawan aku nie dah naik seram sejuk.. so sampai la kat satu jalan yang berbukit so dia nie press la minyak moto dia coz nak cepat dan dah rasa semacam bawak pompuan nie.. lepas aje kawasan bukit tu.. dia rasa ringan aje moto dia.. so dia paling la muka dia kat belakang.. tengok-tengok pompuan tu dah hilang..tapi masih wangi.. dia nie apa lagi terus pecut moto balik ghumah.. terus masuk selimut tidoq bawah katil. So esok tu dia ghi keja lagi.. balik ikut jalan yang sama jugak. Sampai kat tempat semalam, pompuan semalam ada lagi kat situ. Then dia nie dah naik bulu roma terus pecut moto.. tapi moto dia macam tak nak jalan bila betul-betul depan pompuan tu.. apa nak buat dah terstop kat situ.. pompuan tu celapak naik (tumpang la tu) moto si Ahmad nie.. so dalam keadaan seram sejuk Ahmad nie terus aje.. bawak moto tanpa tengok belakang sambil baca ayat apa yang patut.. sampai tempat berbukit kelmarin.. pompuan yang tumpang tu tepuk bahu si Ahmad nie so si Ahmad nie tak nak paling belakang jugak.. pompuan nie tepuk lagi bahu dia.. so bila dah dua tiga lagi tepuk dia pun paling la.. si pompuan tu masih kat belakang moto dia.. then pompuan tu cakap kat Ahmad cam nie "Abang, jangan bawak laju sangat, semalam adik jatuh tergolek kat sini". MEMO KEPADA SEMUA STAFF Staff Sekalian, Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2013, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:a. PENGANGKUTAN. Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN. Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad. c. WAKTU LUNCH: 1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan. 2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil. 3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan. d. CUTI SAKIT: Mulai 2005 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga. e. PENGGUNAAN TANDAS: Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2005 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala. Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'. f. PEMBEDAHAN: Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak. g. PENGGUNAAN INTERNET Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak

dari gaji anda. Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka. Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain. Sekian, terima kasih. Siapa Mary bang? Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar.....tiba2 dtg si isteri membawa tudung periuk....PANG!!....diketuknya atas kepala si suami.....si suami yg terpinga2.....bertanya..... "Aper hal ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??....si isteri pun menjawap...."nah! awak tengok nih....sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama....'Mary'....si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary....dgn tenang si suami menjawab.... ooo....itu nama kuda yg saya bertaruh semalam.....namanya Mary.....si isteri pun agak puashati ngan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur..... Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu.... PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....si suami pun bertanya....aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???...dengan selamba..si isteri menjawap...."kuda awak telefon!!"..... P/s: Lain kali nak tipu bini tu cariklah alasan yang lebih selamat :) Cerita sedey bila lif rosak Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi....

si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali? si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..? si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik

si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita. Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita.... si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku...aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku....bla bla bla bla bla..... Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata...kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita.... si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya...aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla...... Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk si C : Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi...cerita aku lagi sedihhhh punya. si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...? si C : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah... si B : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi si C : aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA Moral of the story....jangan anggap sejarah hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih. Buka Cawangan Seorang pengemis berdiri di pinggir jalan dengan memegang 2 buah topi yang lubangnya menengadah keatas di kedua tangannya. Datang seorang pejalan kaki dan memasukan wang kesalah satu topi sambil bertanya : Pejalan kaki : Pakcik, kenapa pakcik memegang 2 buah topi ? Apa fungsi topi yang lagi satu? Pengemis : Ketika ini dunia perniagaan sedang berkembang pesat, jadi saya memutuskan untuk menambah cawangan.

Sepit Sorang husband balik dari outstation dgn mata lebam kiri dan kanan. Bila bini dia tanya, katanya... masa kat escalator airport, sorang awek cun berskirt di depan dia. Elok je depan mata dia, skirt awek tu tersepit gak kat celah ponggong dia, so, dengan baik atinya, dia tarik le... so, awek tu bengang, terus tumbok dia... "Debuk" lebam nombo 1 kat mata kanan. Dalam ati dia kata... 'mungkin awek ni marah sbab aku tarik kain dia tadi'...so, dia pun tolak le balik kain tu masuk... dan seterusnya "debuk" untuk lebam ke2 di mata kiri... Kesian... kan? dan lepas husband ni abis bercerita, idung dia plak berdarah dan patah kerana ditumbok oleh bini dia sebab baru tau laki dia menggatal... Perfume Special Ada sorang mamat tu masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan. Sampai tingkat satu, tetiba je masuk sorang awek cun lagi bergaya lalu menyembur perfume ke tubuhnya."Ini perfume mahal tau..jenama Beverly Hills, RM400 sebotol," katanya angkuh. Bengang giler mamat tu. Sampai tingkat tiga, masuk lak sorang mak datin juga menyembur perfume ke tubuhnya. "Perfume Vecinza dari Itali, RM1000 sebotol tau," kat mak datin tu lagi angkuh berbanding awek cun tadi. Lagilar menyampah giler mamat tu. Sampai je tingkat lapan, pintu lif pun terbuka dan mamat tu sedia lar nak keluar dari lif. "Proootttt!!! Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan "gas aslinya" dalam lif tu. "Telur rebus kedai mamak. Tak mahal, lima puluh sen sebiji jer..,"kata mamat tu selamba lalu berjalan meninggalkan kedua pompuan kerek yang mula termuntah dalam lif. Tipah tertipu! Ada satu mlm tu Tipah balik dari tiusen kena naik bas. Leceh betul,dah la ngantuk! Biasanye pakwe Tipah yang jemput tapi dia ada hal pulak hari tu. So dengan perasaan boring gila babas, terpaksalah Tipah menapak ke bus stop berhampiran.Masa tu lebih kurang pukul 11 malam. Orang lain takde, Tipah sensorang ajer. Takut gak tau! Tunggu punyer tunggu?dari jauh Tipah dah nampak sebuah bas yang bergerak slow motion cam orang jalan kaki lenggang kangkung jer lagaknya. Maleh lak Tipah nak pikir ngapenye? yang penting nak cepat sampai rumah. So, Tipah tahan ler bas tu tapi ngengada tau, ta nak berenti la pulak. Tipah tak kira? terus jer Tipah lompat naik ke dalam bas tu.

Yang peliknya,ngaper lampu lampu dia baik luar dan dalam tak nyaler? Tipah peratikan takde penumpang lain, terus Tipah duk kat kerusi blakang sekali. Lepas dah duduk tu? Laaa baru Tipah perasan yang bas tu bergerak tanpa drebarnya. Alamak! konduktor pun tak de gak. Maknanya takde sesapa dalam bas tu melainkan Tipah only. Apalagi Tipah rasa seram sejuk ler? peluh jantan mula memercik dan nyaawa rasa nak melayang. Seram sungguh rasanya. Dalam masa yang sama, Tipah terdengar pulak bunyi orang bernafas kuat? Menyaspenkan sungguh jiwa dan raga Tipah. Adakah bas ni dibawa oleh Han?? Adakah kondukturnya To?.? Adakah?adakah? Aarrrghhh ! ! ! Seramnye, ngerinye, takutnye, sadisnye, kejamnye ! "Tt?tolong?toolongggg!" Tipah melontarkan segala suara yang ada. "Hoh! Apsal terpekik pekik nih??" Sergah satu suara dari blakang bas. Alahaiii, sapa pulak tu ? Tipah memberanikan diri menoleh. Ceh! Ropa-ropa nyer drebar sama konduktor tengah tolak bas tu laa?rosak enjin dia. Patut la slow aje?patut pun tak der drebarnya? patut sangat laaa pun Tipah rasa tertipu. Hee hee heehhhhh... malu Tipah tau! Puteri Ayu Batu Selonggok Cerita ni mengenai sebuah negeri Batu Selonggok diberi nama.. negeri Batu Selonggok ni merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil buminya dan mempunyai raja yang baik hati dan bijaksana yang bernama Raja Derewa. Raja negeri ni mempunyai seorang puteri yang cantik, yang pada zaman tu tiada tandingnya lagi. Tetapi satu masalah yang menjadi kerungsingan Raja Derewa iaitu mengenai jodoh anaknya. Masalah yang menimpa anaknya itu ialah apa saja benda yang tuan puteri sentuh ia akan cair, tak kira besi atau tembaga sekalipun. Setelah puterinya genap berusia 25 tahun Raja Derewa ingin mencarikan jodoh untuk anaknya ini. Ramai anak raja dan rakyat tempatan yang ingin menjadikan tuan puteri isteri mereka. Raja Derewa pula tidak mengira pangkat atau darjat untuk jodoh anaknya ini. Untuk mencari suami yang betul-betul sesuai untuk anaknya ini Raja Derewa mengadakan satu syarat dimana sesiapa lelaki yang dapat membawa satu benda yang jika disentuh oleh tuan puteri benda itu tidak cair maka orang itulah yang akan berkahwin dengan tuan puteri. Setelah mendengar perkhabaran itu berpusu-pusulah rakyat, anak raja semua untuk mengadu

nasib. Ramai yang tidak berjaya. Akhirnya tinggallah 4 orang sahaja yang belum mencuba. Lelaki pertama, dia datang membawa sebatang besi yang sangat keras, lalu mempersembahkan kepada tuan puteri, apabila tuan puteri menyentuh besi itu, besi itu pun cairlah. Sampai pulak kepada peserta kedua terakhir. Dia datang membawa sebilah pedang yang bersalut emas, apabila tuan puteri menyentuhnya pedang itupun cairlah. Datang peserta ketiga, dia membawa benda yang paling keras didunia yang mana hanya boleh dipotong oleh benda yang sama juga, iaitu batu permata. Seperti peserta yang sebelumnya,permata itu juga cair apabila disentuh oleh tuan puteri. Sampailah kepada peserta terakhir, dimana peserta ini berjalan berlenggang tanpa membawa apa-apa barang untuk berjumpa tuan puteri. Apabila sampai ditempat tuan puteri dia menyuruh tuan puteri memasukan tangan tuan puteri kedalam poket seluar lelaki itu. Selapas memasukkan tangannya kedalam poket seluar lelaki itu, tuan puteri berlari masuk kedalam bilik peraduannya dengan muka yang merah menahan malu. Raja Derewa yang dalam kehairanan menyoal lelaki tu, benda apa yang disentuh oleh tuan puteri sehinggakan tuan puteri berlari masuk ke bilik peraduan dan adakah cair benda tersebut? Lelaki tu berkata dengan bangganya' "Tidak cair Tuanku". Raja Derewa begitu takjub dan benar-benar ingin tahu apakah benda yang di bawa lelaki tu sehinggakan ia tidak boleh cair apabila dipegang tuan puteri. Lelaki tu pun berbisik kepada Raja Derewa dan menujukkan apa benda yang tidak cair tu... "Ini dia tuanku, coklat M&M cair di mulut tidak ditangan...". Pak Pandir Berniaga Durian Pada suatu musim durian Pak Pandir bercadang memulakan perniagaan buah durian di tepi lebuhraya. Setelah berjaya mendapatkan bekalan durian maka terpacaklah bangsal durian Pak Pandir di tepi Lebuhraya berhampiran kampungnya. Setelah beberapa ketika datanglah seorang pelanggan bertanyakan harga durian-durian yg dijual Pak Pandir. Diberitahu akan Pak Pandir harganya dan pembeli tersebut bersetuju dgn harga tersebut dan seterusnya meminta Pak Pandir memasukkan kesemua durian yg dijual kedalam traknya. Tiba-tiba Pak Pandir kelihatan marah-marah seraya memberitahu pembeli tersebut,

Pandir : "Minta maaf En! saya tak jadilah jualkan kepada en. durian2 ini." Pembeli : "Kenapa pula? Tadikan dah setuju dgn harganya... saya bayarlah kesemuanya!" Pandir : "Habis kalau En dah beli kesemuanya apa lagi saya nak jual?" Pembeli : "???" Malam Pertama Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku. "Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu. "Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku. "Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju. Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur. Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji isteriku. "Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun... "Kringggggg...." "Tik..tik..tik..tik..." "Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku. Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru, Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim. Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!! TAMAT Lesson learn nye kat sini ...... buka leerRRRR hadiah tuu duluu>>> hihihee Mentol Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu. Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai,sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya. Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling. Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai. "Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?" jawab pesakit dengan nada marah. "Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling ?" tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yg lagi satu. "Oh.. Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit.. Dia ingat dia tu mentol lampu!" jawab pesakit tadi. "Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti ?" soal doktor lagi. "Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?"

Kisah Seorang Doktor Muda Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku. Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang. Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata, "Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang." Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi. Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya, "Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya." Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih... Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata, "Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan... Teliti itu penting! Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan.. "Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu. "Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu. "Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu. Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk..... SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!! Tiga Sudu Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari. Pesakit: Eh! tak boleh la doktor. Doktor>: Kenapa? Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer. Mayat Suatu pagi di satu kelas darjah dua... Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.' Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah. Kancil Semasa cuti penggal persekolahan,Amirul yang baru menduduki kelas tadika di ibu kota dibawa ibunya pulang ke kampung datunknya di Temerloh,Pahang. Disebabkan terlalu seronok menyambut cucu sulung pulang ke kampung,si datuk ghairah menunjukan khazanah yang ada di kampung itu.tidak ketinggalan binatang liar yang masih boleh ditemui sesekali di pinggir hutan berhampiran hujung kampung..... Datuk:Ha......sekejap lagi kancil akan muncul celah-celah pokok itu. Amirul:Tapi...itu kan semak. Datuk:memang kancil suka tinggal kat situ. Kalau nampak kelibat orang ia akan menyelinap dan hilang di celah-celah belukar. Amirul:kat KL kancil lagi berani.Kalau traffic jam,ia cilok sana,cilok sini....dah lepas kat depan. Datuk:(Sambil menggaru kepala)Tengoklah bsbudak sekarang.. Surat dari Hospital Mental Seorang pesakit jiwa di sebuah Hospital Mental sedang asyik menulis surat yang kemudiannya siap dimasukkan dalam sampul. Selepas itu dia memberikan sampul tue pada seorang misi. Pesakit : "Misi, boleh tolong poskan surat saya nie?" Misi : "Boleh. Surat untuk saper nie?" Pesakit : "Surat untuk saya lar..". Misi : "Ye ke...apa isi kandungannya tu?..." Pesakit : "Eh! cik misi ni banyak pulak soalannya.Nak tau tunggu la posmen hantar surat tue besok...barulah boleh baca isi dia".

Misi berlalu sambil geleng kepala Mandi Kucing Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8thn membeli sekotak serbuk pembasuh daripada sebuah kedai runcit. Pekedai: Banyak sangat ke pakaian nak dibasuh? Budak: Saya nak mandikan kucing saye Pekedai: Eh..tak boleh gunakan serbuk ni,ia terlalu kuat untuk kucing awak,silap-silap kucing awak mati nanti. Budak itu terus berlalu selepas membayar harga serbuk basuh itu. Seminggu kemudian budak itu kembali ke kedai runcit tersebut. Pekedai: Bagaimana kucing kamu? Budak: Mati! Pekedai: kan saye dah kata...! Budak: Tapi saye tak fikir serbuk itu yg membunuhnya. Pekedai: Habis siapa yg membunuhnya? Budak: Mesin basuh itu..ia berpusing terlalu laju..! p/s : MIzan..aku mintak maap byk2 kat ko. Pemandu dan Profesor Seorang pemuda yg bekerja sebagai pemandu seorang profesor yg bijaksana sedang duduk di belakang dewan kuliah untuk menunggu tuannya itu habis menyampaikan kuliah. Boleh dikatakan setiap hari pemandu itu mendengar setiap ilmu yg disampaikan oleh profesor itu dan boleh hafal apa yg akan diperkatakan oleh profesor. Semua soalan yg dikemukakan oleh para pelajar dijawab dengan mudah oleh profesor. Semakin hari semakin jemu untuk mendengar apa yg disampaikan oleh profesor. Pada suatu hari si pemandu ingin menukar tempat dengan si profesor, dengan rasa hati yg terbuka mereka pun menukar tempat. Si profesor menjadi pemandu, si pemandu menjadi profesor, dalam hati kedua-dua berkata "Sungguh seronok yer kerja macam ni". Sampai di satu dewan kuliah yg lain si pemandu yg menyamar pun masuk ke dalam dewan kuliah dan menyampaikan segala apa yg patut disampaikan oleh si profesor. Si profesor yg sebenar duduk di belakang mendengar apa yg di sampaikan oleh pemandu itu. Si profesor berasa bangga apa yg disampaikan oleh pemandu itu. Apabila tiba sesi bertanya semua soalan dapat dijawab dengan mudah dan lancar.

Tiba-tiba seorang student yg boleh diperkatakan bijak menanyakan satu soalan yg tak pernah didengari olehnya, dengan muka selamba si pemandu itu berkata "Soalan awak terlalu mudah untuk dijawab, soalan sebegitu pemandu saya pun boleh jawab.....driverrr tolong bagitau jawapannya". Dengan bangga si profesor yg menyamar sebagai pemandu itu menjawab soalan itu..... dengan mudah. Siapa menjumpai Austaralia? Cikgu : Mat, di mana letaknya Australia ? Mat : Di sini, Cikgu! ( sambil menunjuk pada peta ) Cikgu : Bagus! Sekarang Chot, siapa yang menjumpai Australia? Chot : Mat, Cikgu! Pak Pandir ke zoo Suatu hari pak Pandir pergi ke zoo bersama anak kecilnya dengan membawa kereta sorong. Sedang mereka asyik melihat binatang di situ, Pak Pandir terasa hendak buang air besar. Oleh kerana tiada sesiapa bersama mereka, Pak Pandir terpaksa meninggalkan anak kecilnya di dalam kereta sorong itu bagi melepaskan hajatnya yang sudah tak dapat ditahan-tahannya lagi. Setelah selesai menunaikan hajatnya, Pak Pandir kembali kepada anaknya di dalam kereta sorong itu. "Hmmm...baik budak ni. Tak buat ragam pun." Pak Pandir pun terus menyambung lawatan mereka dengan konfidennya di zoo itu. Setelah itu mereka pun pulang ke rumah. Sampai di rumah, dia terus mendapatkan Mak Andeh. "Baik betul anak kita ni, langsung tak menyusahkan saya", Pak Pandir memberitahu Mak Andeh dengan gembira. "Awak pergilah bawak dia mandi, mungkin dia nak berehat agaknya". Mak Andeh pun menurut kata Pak Pandir itu. Sedang Pak Pandir berehat-rehat di ruang tamu, kedengaran Mak Andeh memanggil dari bilik air. "Bang, kenapa anak kita ni penuh bulu satu badan?" Jawab Pak Pandir, "Ooohhh....itu tak hairan. Tadi di zoo lagi dahsyat. Saya lihat seekor gorila betina mendukung anaknya yang langsung tiada bulu. Rupa anaknya pula tak ubah seperti muka anak kita!" Kacang Hijau Dalam Telinga Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

Doktor: "Selamat petang..." Pesakit: "Selamat petang Doktor!" Doktor: "Ada masaalah apa ...?" Pesakit: "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..." Doktor: "Biar saya periksa telinga anda!" Doktor pun lalu memeriksa telinganya,dan rupanya biji kacang tersebut cukup susah di ambil malah mungkin perlu pembedahan. Doktor: "Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..." Pesakit: "Apa caranya doktor?" Doktor: "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..." Pesakit: "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?" Doktor: "Yang percuma kena sabar..." Pesakit: "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?" Doktor: "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi 'tauge' anda tinggal tarik keluar." Pesakit: "???????????" Monyet Terbuang Di suatu kaunter pandu bayar... sebuah kereta didapati masuk untuk membuat pembayaran bil.. Setelah selesai urusan pembayaran.. cashier itu terpandang ke belakang kereta dan ternampak seekor monyet sedang duduk disitu... Melihat cashier itu kehairanan... pemandu itu berkata.. "Saya bertemu dengannya di tepi jalan. kerana kesihan saya mengambilnya... err.. cik ada idea apa yang perlu saya buat?" Cashier itu berkata sambil tersenyum... "Ya! saya rasa baik encik membawanya ke Zoo" Pemandu itu tersenyum dan berkata.."Betul juga.. Mengapa saya tidak terfikir sejauh itu?" Beberapa bulan selepas itu...di tempat yang sama cashier itu bertemu lagi dengan pemandu itu. Alangkah terkejutnya dia kerana mendapati monyet itu masih berada di belakang kereta itu... "Saya ingat encik sudah membawanya ke Zoo" katanya. Pemandu itu terus menjawab... "Ya.. Saya telah membawanya ke Zoo dan setelah kami puas berjalan-jalan.. saya merancang ingin bawanya ke pantai pula". Profesional Muda Seorang profesional muda sedang membuka pintu kereta BMW nya, tiba-tiba sebuah kereta

dengan laju melanggar pintu kereta itu hingga tercabut. Profesional muda itu memaki hamun kereta yang laju tu dan meratapi kereta mewahnya yang rosak tanpa pintu. "Tuan, lihat apa yang dilakukan orang gila tadi terhadap kereta saya!" katanya histeria kepada polis yang tiba di tempat kejadian. "Kamu orang-orang kaya nie benar-benar materialistik, kamu semua membuatkan aku muak!" kata polis. "Kamu begitu bimbang pada BMW kamu, kamu tak sedar ke tangan kamu juga dah hilang sebelah?!" "Ya Tuhaaaaaaaannn!!!!!" teriak profesional ketika ia melihat lengannya sudah tidak ada lagi. "Mana jam Rolex-ku?!" Lawak Pendek SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut? DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati. -----------------------------------------------------SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu? DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit -----------------------------------------------------SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas? DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air! -----------------------------------------------------SAM: Semalam aku nampak hantu! DOL: Uih! kau terkejut tak? SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku. DOL: Mana kau tahu? SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer.... -----------------------------------------------------SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin? DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal? DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah -----------------------------------------------------SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka. DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong! -----------------------------------------------------SAM: Aku ada AIDS? mana ada... DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu... -----------------------------------------------------SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk! DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi. -----------------------------------------------------SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita. DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Anda mungkin juga menyukai