Anda di halaman 1dari 10

Kertas Kerja Gotong Royong Perdana Sempena Hari Tanpa Aedes dan 3K 2013 Peringkat Sekolah Mac 2013

Anjuran: SEKOLAH KEBANGSAAN TEH, JERANTUT PAHANG


Dengan Kerjasama

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK TEH, JERANTUT

1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong Perdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan Daerah Jerantut yang akan dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan `fogging` atau menyembur asap di sekitar sekolah.

Adalah menjadi harapan agar para pelajar, ibu bapa, guru serta warga SK Teh akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.

2.0 OBJEKTIF

2.1

Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria.

2.2 2.3

Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

2.4

Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.

2.5

Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.

3.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan : 16 Mac 2013 (Sabtu) Tempat Masa Pakaian : Kawasan sekitar SK Teh : 8.00 pagi 12.00tengah hari : Pakaian sukan

4.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS 4.1

Pembersihan Longkang Tugas membersihkan longkang ini dilakukan adalah untuk melancarkan aliran air yang melalui kawasan tersebut agar tidak tersumbat. Selain itu sebagai satu usaha untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan memberi kesan kepada murid khususnya semasa berada di sekolah.

4.2

Kolam Kedudukan kolam ikan yang berada di hadapan pejabat merupakan kawasan tarikan bagi pelajar dan pelawat yang datang ke sekolah ini. Melalui kerja gotongroyong di kawasan kolam ini, ibu bapa, guru-guru dan para murid akan membersihkan kolam dan kawasan di sekitarnya serta menghindari pembiakan nyamuk aedes.

4.3

Koridor bangunan Bagi yang membersihkan di kawasan ini, mereka akan membersihkan sampah di sekitar koridor bangunan di bangunan pejabat, bilik guru, bangunan pra-sekolah dan kelas tahun 3.

4.4

Taman Herba dan kawasan tanaman bunga Di kawasan tanaman pokok-pokok bunga dan tanaman herba kebiasaanya menjadi tempat pembiakan nyamuk terutamanya jika wujudnya takungan air. Dengan pembersihan kawasan sekitar, tempat pembiakan nyamuk dapat dicegah dan dihapuskan.

4.5

Mengecat laluan keselamatan

Bagi memberikan kesan keselamatan pada sekolah, di sepanjang bahagian koridor tepi longkang dicat menggunakan warna kuning tanda keselamatan

4.6

Bilik J-Qaf dan tempat berwuduk Agihan tugas di sekitar aras bilik J-Qaf ini meliputi longkang, kawasan perhiasan seperti pokok bunga dan bahagian dalaman J-Qaf itu sendiri seperti susunan sejadah dan telekung (sekiranya ada) serta kawasan di sekitar tempat wuduk (lelaki dan perempuan).

4.7

Kelas/Darjah Setiap kelas/darjah akan diagihkan mengikut guru-guru dan wakil dari ibu bapa disamping akan dibantu oleh beberapa kumpulan murid dari beberapa kelas untuk membersih dan menceriakan setiap kawasan yang telah ditetapkan.

5.0

JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN MENGIKUT AGIHAN KAWASAN

BIL.

KAWASAN Longkang

KETUA DAN KUMPULAN YANG TERLIBAT 1. En. Kamil Hilmi b ZainAllah 2. Wakil PIBG
3. Murid Kelab Doktor Muda

1.

1.Dibahagian sekitar kantin dan dewan makan

2.

Kolam & Lanskap

1. En. Rozi b Jamel 2. Wakil PIBG

3. Murid Tahun 6
1. Pn. Zamna bt Hassan

3.

Taman herba dan kawsan tanaman bunga

2. Pn. Salmah bt Mohd Zain 3. Wakil PIBG


1. En Ghazali b Mamat

3.

Kawasan Koridor

2. Wakil PIBG 3. Murid Tahun 4


1. En. Mohd Akram b Che Aziz

4.

Mengecat Laluan Keselamatan

2. Wakil PIBG 3. Pekerja


1. Ust Awis Qurni b Abdullah

5.

Bilik J-Qaf & Tempat mengambil wuduk

2. Wakil PIBG 3. Pelajar Tahun 4 (10 orang)

Agihan Tugas mengikut kelas/darjah

Bil 1.

Kawasan/Kelas/Tingkatan Blok Pejabat ( Bahagian Dewan )

Ketua dan Kumpulan Terlibat 1. Pn Endong bt Abdullah 2. Pekerja 3. Murid Tahun 5 & 6 (15 orang)

2.

Blok Kelas ( Kelas Tahun 6 & 5 )

1. Pn Norhalyuri bt Che Ahmad

2. Pn. Yong Yoke Lian 3. Murid Tahun 6 & 5 (15 orang)

3.

Blok Kelas ( Kelas Tahun 2 & 4 )

4.

Blok Kelas ( Kelas Tahun 3)

5. Bengkel Kemahiran Hidup ( Kerja Kayu ) 6.

Bilik Sains

1. Ust Noriza bt Mohd Zain 2. Ust Khalidah Adibah Hanum bt Omar 3. Murid Tahun 2 & 4 (15 orang) 1. Pn. Zuraida bt Salleh 2. Ibubapa murid Tahun 3 3. Pelajar Tahun 3 (15 orang) 1. En. Naeiman b Che Nazar 2. En. Muhamad Firdaus b Nordin 3. Pelajar Tahun 5 (8 orang) 1. Pn. Simantarkar Umbiratini bt Sulaiman 2. En. Rozi b Jamel 3. Pelajar Tahun 4 (10orang)

6.0 MASA

TENTATIF PROGRAM AKTIVITI Ketibaan Ibu bapa/Penjaga ke sekolah Taklimat agihan tugas Gotongroyong bermula

8.00 pagi 8.15 pagi 8.30 pagi

11.00 pagi 11.30 pagi 12.00 petang 12.30 petang 5.00 petang

Aktiviti gotong-royong Aktiviti gotong-royong Aktiviti gotong-royong Makan tengahari dan majlis bersurai Semburan asap oleh Jabatan Kesihatan

6.0

SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATAN

Sumbangan diperolehi daripada:


a) PIBG b) Sumbangan Guru c) Sk Teh

= RM200.00 = RM100.00 = RM300.00 = RM600.00

Jumlah Keseluruhan

7.0

ANGGARAN PERBELANJAAN = 70orang = 100 orang = 30 orang __________ Jumlah = 200 orang

a) Pelajar b) Ibu bapa c) Guru

7.1 Makan dan minum untuk rehat a) Makan = Bihun Goreng ( 1 orang = RM1.50) b) Minum = Sirap ( RM50) Keseluruhan = RM 350 JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN = RM350 7.2 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan

Bil 1. 2. 3. 4.

Peralatan Tin Cat ( Batu perhiasan ) Harga Seunit (1 x RM30.00) Tin Cat ( Tiang garaj kereta ) Harga seunit ( 1 x RM20.00 ) Sabun Pencuci Harga Seunit (1 x RM10.00) Berus Longkang Harga Seunit (1 x RM6.00)

Harga Bil tin cat yang diperlukan=2 unit 3 unit x RM30.00 = RM 60.00 Bil tin cat yang diperlukan=3 unit 3 unit x RM20.00 = RM 60.00 Bil yang diperlukan=3 unit 3 unit x RM10.00 = RM 30.00 Bil berus longkang diperlukan; 5 unit x RM6.00 = RM 30.00

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM250.00 JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN (Makanan + Peralatan) RM350 + RM250 = RM600 JAWATANKUASA AKTIVITI Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi 1 2 Setiausaha : En. Ghazali b Hamzah : En. Abd Razak b Abd Aziz : Pn. Endong bt Abdullah : Pn. Noraini bt Abd Malek : Pn Noriza bt Mohd Zainn

Bendahari

: Pn. Zamna bt Hassan

Buku Program : Cik Shantini Chandra a/p : Pn. Maziani bt Ibrahim Makanan : Pn Nor Aini bt Ahmad Pn. Asiah bt Yusoff Pn. Rosnani bt Mamat Pn. Noraini bt Ismail : En Muhamad Akram b Che Aziz En.Rozi b Jamel En. Zambri b Idris En.Rofizi b Rosli En Kasmin b Hj. Abd Kadir : En. Kamil Hilmi b ZainAllah
Pn.Simantarkar Umbiratini bt Sulaiman Pn. Haliza bt Hassan

Peralatan

Disiplin dan
Keselamatan

Disediakan oleh ( ) Setiausaha 3K, SK Teh, Jerantut.

Anda mungkin juga menyukai