Anda di halaman 1dari 8

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEYELESAIKAN PERSAMAAN LINEAR DALAM SATU ANU

MENGGUNAKAN KACU DI KALANGAN PELAJAR 2 KARISMA

Oleh :

MAZURA BINTI TAJULLUDIN

SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman ,Jalan Sawah 81500 Pekan Nanas
Pontian ,Johor

ABSTRAK
Kajian Tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan persamaan linear
dalam satu anu menggunakan kaedah KACU dikalangan pelajar 2 Karisma .Beberapa sesi pengajaran
menyelesaikan persamaan linear dalam satu anu menggunakan kaedah di dalam buku teks iaitu operasi
songsang atau terbalik ( Inverse Operation), kaedah penyemakan (inspection method ), kaedah cuba dan
pembaikan ( trial and improvement ) serta kaedah menyeimbangkan persamaan (balancing the equation)
telah dijalankan kepada kumpulan sasaran ini. Namun, sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran,
didapati pelajar amat sukar menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.Masalah ini juga dapat dikesan
melalui pemerhatian melalui semakan buku latihan,tingkah laku pelajar sebelum dan selepas pengajaran
dan pembelajaran serta ujian pra.Kaedah KACU telah diperkenalkan pada 17 Mei 2007 untuk
membantu para pelajar 2 karisma menguasai kemahiran menyelesaikan persamaan linear dalam satu anu
setelah kaedah sedia ada di dalam buku teks tidak dapat dikuasai oleh pelajar.Kajian ini telah dijalankan
ke atas 42 orang pelajar tingkatan 2 Karisma yang kesemuanya adalah melayu.Hasil dapatan kajian
menggunakan KACU menunjukkan daripada 42 orang pelajar seramai 34 orang (85.78%) mencapai
markah lulus di dalam ujian pos berbanding ujian pra seramai 25 orang ( 59.5%) sahaja..Kaedah KACU
yang telah diperkenalkan ini menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dan para pelajar juga
menunjukkan sikap yang positif serta dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran .

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Sewaktu saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam topik persamaan linear
dalam satu anu di dapati bahawa para pelajar tidak memberikan perhatian sepenuhnya.Mereka
tidak menunjukkan minat dengan matapelajaran matematik. Ini dapat dilihat melalui tingkah laku
para pelajar di dalam kelas. Dapatan ini di sokong apabila saya membuat semakan buku latihan
dan ujian pra yang telah diberi kepada pelajar. Antara kesalahan yang di kesan adalah seperti
mengumpulkan sebutan yang mempunyai anu yang sama akibat dari kelemahan konsep
meringkaskan ungkapan algebra dan juga dari segi menambah dan menolak nombor integer.
Masalah ini merupakan penyebab utama ramai pelajar tidak dapat menyelesaikan persamaan
linear dengan baik.

2.0 FOKUS KAJIAN

Walaupun saya telah mengesan banyak masalah pelajar mengenai tajuk ini , namun sebagai
seorang guru saya tidak pernah berputus asa dalam menjalankan tanggungjawab sebagai
pendidik. Kaedah aliran carta dan undur ( KACU ) ini dicetuskan atas dasar pengkaji percaya
setiap pelajar boleh di ajar menguasai tajuk ini menggunakan kaedah yang bersifat “ Hand-
On”dan berunsur permainan serta ringkas,mudah difahami dan cepat .Fokus utama kajian ini
adalah

1. Supaya pelajar dapat menguasai teknik aliran carta dan undur (KACU) untuk
menyelesaikan persamaan linear dalam satu anu.
2. Dengan membantu pelajar melalui kaedah ini,saya yakin para pelajar saya dapat
menjawab soalan berkenaan tajuk di atas dengan baik walaupun tajuk tersebut sukar
dan diharap akan dapat membantu mereka lulus dengan baik dalam kertas
Matematik sekaligus meningkatkan peratusan matematik sekolah saya.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am

Meningkatkan prestasi pelajar-pelajar tingkatan 2 karisma dalam mata pelajaran matematik

3.2 Objektif Khusus

Di akhir kajian ini di harap pelajar-pelajar akan dapat :

1 Menguasai kemahiran Kaedah Aliran Carta Dan Undur (KACU) untuk mencari nilai anu
yang dikehendaki.

2 Para pelajar dapat menjawab sekurang-kurangnya 80 % betul dalam ujian pos yang
diadakan.

3 Dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai bagaimana menyelesaikan


persamaan linear dalam satu anu.

4 Guru dapat mempelbagaikan kaedah Pengajaran dan pembelajaran.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 42 orang pelajar tingkatan 2 karisma SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman
Semasa pengajaran dijalankan, pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan yang semuanya terdiri
daripada pelajar melayu .

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian serta ujian pra
dan ujian pos.

5.1.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian . Sebelum kajian dijalankan murid kurang
memberi respon kepada soalan yang diajukan. Kebiasaannya murid perempuan yang lebih
bersedia dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya murid lelaki kurang bersungguh dan kurang
mengambil bahagian di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan disebabkan
topik ini agak sukar. Pemerhatian dan tinjauan juga dijalankan ke atas buku latihan pelajar bagi
mengesan kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar.

5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan
ingatan mereka terhadap topik ini. Item ujian pra merupakan item berbentuk subjektif. Selepas
saya menyemak jawapan pelajar, saya tidak memulangkan kertas jawapan pelajar dan juga tidak
membincangkan jawapannya. Sebaliknya saya telah memperkenalkan kaedah (KACU) dan 28
hari selepas itu saya telah memberikan Ujian pos menggunakan set soalan yang sama dengan
ujian pra.
5.1.3 Temubual

Saya juga telah menjalankan temubual dengan beberapa orang pelajar sebelum dan selepas
kaedah KACU ini dijalankan

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Analisis pemerhatian


Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati:

i. Suasana pengajaran menjadi lebih menyeronokkan dan memberangsangkan


disebabkan kaedah ini bersifat Hands On dan Minds On.
ii. Murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru
samada secara lisan. Mereka juga berani kehadapan kelas untuk mencuba
kaedah ini.

5.2.2 Analisis ujian pra dan Pos

BIL KEPUTUSAN UJIAN PRA UJIAN POS


BILANGAN BILANGAN
1 BETUL SEMUA - -
2 BETUL 14 - -
3 BETUL 13 - -
4 BETUL 12 - 1
5 BETUL 11 - 3
6 BETUL 10 1 3
7 BETUL 9 3 9
8 BETUL 8 3 6
9 BETUL 7 5 7
10 BETUL 6 9 4
11 BETUL 5 4 1
12 BETUL 4 10 3
13 BETUL 3 2 -
14 BETUL 2 3 -
15 BETUL 1 2 -
16 SALAH SEMUA - -
17 TIDAK HADIR 1 2
JUMLAH PELAJAR 42 42

5.2.3 Analisis temubual

Murid telah memberikan respons positif terhadap kaedah KACU ini berdasarkan beberapa
temubual. Berikut adalah beberapa respon temubual yang telah diberikan oleh para pelajar:

“ Satu pendekatan yang menarik , cepat faham dan cepat ingat sebab kaedah ini ringkas dan
macam permainan……’’

“ suasana pembelajaran semakin seronok, kaedah ini tak perlu seimbangkan persamaan atau
guna kaedah penggantian, belajar tak susah sangat ….’’
5.3 Tindakan yang dijalankan

1. Selepas murid menjalani Ujian Pra, Saya telah membentuk 7 kumpulan pelajar kerana
saya merasakan pembelajaran secara kumpulan amat baik dan dapat membina
semangat kerjasama dikalangan mereka.

2. Seterusnya saya membekalkan setiap kumpulan dengan modul bercetak dan model
kaedah KACU yang telah saya cipta khas untuk para pelajar.

3. Saya membimbing pelajar bagaimana menggunakan kaedah KACU yang telah direka
menggunakan kad manila, disamping kad nombor, kad anu serta kad operasi di papan
hitam bagi memudahkan pelajar melihat bagaimana menyelesaikan persamaan linear
menggunakan satu anu dengan mudah dan pelajar melakukan kaedah KACU ini
menggunakan model KACU yang telah disediakan sesuai untuk saiz pelajar .

4. Saya akan memanggil beberapa pelajar secara rawak untuk mencuba keberkesanan
kaedah ini berdasarkan modul dan akan menerangkan tentang kesalahan yang dilakukan
serta membetulkan kesilapan pelajar.

5. Saya mengarahkan pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menyelesaikan semua


bentuk soalan dengan menggunakan kaedah kacu (rujuk latihan).

6. Seterusnya saya akan membimbing pelajar yang masih lemah dalam kemahiran kaedah
KACU ini dan akan membincangkan jawapan bersama-sama dengan pelajar.

7. Murid menjalani ujian pos. Selepas ujian pos saya dan murid akan membincangkan
jawapan sebagai langkah pengukuhan .

5.4 Pelaksanaan tindakan dan pemerhatian / Penilaian

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan selama 7- 8 minggu bermula daripada 23 April – 14 Jun
2007. Semasa saya menjalankan kajian ini saya telah menyempurnakan topik 4 iaitu Linear
equation. Saya telah memperuntukkan waktu kelas tambahan dan 2 waktu P& P untuk
membimbing murid cara-cara mengunakan kaedah KACU ini. Selepas 28 hari murid telah
menjalankan Ujian Pos dan sesi temubual telah dijalankan.Untuk mendapatkan pandangan
mereka tentang kaedah KACU ini. Murid juga telah diberi masa semasa cuti sekolah untuk
memahirkan diri dengan kaedah ini sebelum ujian Pos diadakan.

Berdasarkan pemerhatian saya , Kaedah KACU ini berjaya membantu murid meningkatkan
pencapaian di dalam subtopik Equation Linear. Murid juga kelihatan lebih berkeyakinan dan
berlumba-lumba hendak menjawab soalan. Skor yang baik diperolehi semasa menjawab ujian
Pos dan latihan di dalam buku teks. Guru pula dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran
menjadikan pembelajaran tidak membosankan malahan menyeronokkan.
5.5 Refleksi kajian

Pencapaian murid dalam ujian pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Kaedah KACU
ini tidak memerlukan proses menyeimbangkan persamaan dan penggantian seperti yang
terdapat di dalam buku teks tetapi kaedah ini menjurus kepada kemahiran pelajar melukis carta
aliran dan melakukan operasi songsangan sahaja . Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
kaedah KACU ini banyak membantu murid meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan
kefahaman terhadap apa yang dipelajari disamping menjadikan suasana pengajaran dan
pembelajaran lebih ceria dan menyeronokkan.

Masih terdapat 4 orang pelajar yang gagal dalam ujian pos kerana pada hari saya
memperkenalkan kaedah KACU ini pelajar ini tidak hadir kesekolah disebabkan menghadapi
masalah kesihatan . Selain daripada itu ada 2 orang pelajar tidak hadir ke sekolah dan mereka
yang tidak hadir inilah yang gagal dalam ujian Pos. Walaupun mereka tidak hadir ke sekolah,
saya akan memastikan para pelajar ini dibimbing agar mereka memahami kaedah KACU ini dan
bukan hanya sekadar menyalin dari rakan-rakan .Saya juga sepatutnya lebih tegas terhadap
segelintir murid lelaki yang agak malas dan bersikap sambil lewa.

Saya juga berasa tersentuh dan terharu di atas komitmen yang diberikan terutama pelajar-pelajar
perempuan yang bersungguh-sungguh memahami kaedah ini dan saya yakin kaedah ini dapat
meningkatkan pencapaian mereka di dalam subjek matematik.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Oleh sebab penggunaan kaedah KACU berjaya meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik
Linear Equation khasnya untuk tingkatan 2 Karisma,saya bercadang untuk menggunapakai
kaedah ini untuk mengajar dikelas lain .Di samping itu kajian juga tidak tertumpu kepada satu anu
sahaja tetapi untuk menyelesaikan persamaan linear dalam dua anu.Guru juga boleh
menyediakan satu modul penggunaan kaedah KACU di dalam pengajaran dan pembelajaran
secara lebih terancang dan teratur.

Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari
segi pengajaran guru dan pembelajaran murid. Diharapkan hasil kajian ini dapat dimanafaatkan
dan menjadikan proses pengajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. Akhir kata:

“Seseorang itu tidak harus menyerah kalah apabila berhadapan dengan masalah. Setiap
masalah dan kesukaran yang dihadapi itu jika diteruskan usaha untuk menyelesaikannya,
seseorang itu akan mendapat lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan ”

RUJUKAN

Sebastian Chan (2007). My Tutor. Kuala Lumpur: Penerbitan Pan Earth .Sdn . Bhd.

H.L.Chua ( 2006) .New Vision . Kuala Lumpur : Penerbitan SNP Pan


LAMPIRAN 1
Model Kaedah KACU
Lampiran 1

KAEDAH ALIRAN CARTA DAN UNDUR (KACU)


Contoh