Anda di halaman 1dari 19

Pengenalan Menjadi seorang guru yang baik bukanlah suatu perkara yang mudah.

Seseorang guru yang baik sudah semestinya dapat menguasai kemahiran pedagogi dengan baik. Namun begitu, kemahiran pedagogi sahaja tidak cukup untuk membuat seseorang itu menjadi seorang guru yang baik. Oleh sebab itu, pelajar-pelajar kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan diperkenalkan dengan dengan subjek EDU 3107 iaitu Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak bagi melengkapkan ilmu bakal guru untuk menjadi seorang guru yang berkualiti dan progresif. Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4, bimbingan boleh didefinisikan sebagai perbuatan membimbing iaitu petunjuk tentang cara melakukan sesuatu. Menurut Shertzer dan Stone (1964) pula bimbingan ialah suatu proses yang membantu individu memahami diri dan dunia seseorang. Menurut mereka lagi, proses seseorang individu itu memahami diri dan dunianya memerlukan oleh seseorang yang pakar dalam hal ini iaitu guru bimbinga atau kaunselor. Definisi lain oleh Alice Crow (1964) yang mentakrifkan bimbingan sebagai bantuan yang diberi kepada seseorang individu bagi mengurus diri mereka dengan lebih baik samada dalam menentukan matlamat jangka pendek atau panjang, merancang cara-cara bertindak serta memperbaik sikap dan tingkah laku individu tersebut. Kaunseling pula didefinisikan sebagai proses teratur yang melibatkan perbincangan yang rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat oleh Kamus Dewan Edisi Ke 4. Blocher (1974) mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. James (1982) pula mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu. Berdsarkan definisi-definisi yang telah diberikan, ia memberi gambaran kepada kita bahawa Bimbingan dan Kaunseling kanak-kanak menjadi salah satu tunjang yang penting kepada seseorang guru untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Tugasan bagi subjek Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak pada kali ini dibahagi kepada dua bahagian. Di dalam bahagian yang pertama, akan

prinsip dan ciri-ciri teori tersebut. di dalam bahagian ini juga kan di sertakan dengan pendapat tokoh-tokoh setiap teori seperti Ivan Pavlov untuk Teori Beheviorisme. Di dalam bahagian kedua pula. Di dalam bahagian ini. Kami tertarik untuk memilih teori kerana konsep teori yang diutarakan oleh Ellis itu sendiri iaitu manusia perlu mengubah atau memperbetulkan pemikiran tidak rasional dalam kehidupan mereka. Carl Rogers untuk Teori Pemusatan Insan dan Albert Ellis untuk Teori Rasional Emotif.menghuraikan konsep asas kepada teori-teori bimbingan dan kaunseling iaitu Teori Beheviorisme. Setiap teori akan diperincikan mengikut konsep. Hal ini jelas menunjukkan bahawa teori ini lebih menekankan perubahan ke atas seseorang individu itu lebih bersifat kendiri dimana individu itu sendiri yang perlu mencabar pemikiran tidak rasional mereka supaya mereka boleh hidup di dalam tingkah laku sepatutnya. kami bersepakat untuk memilih Teori Rasional Emotif oleh Albert Ellis. . Selain itu. Teori Rasional Emotif dan Teori Perorangan. Di dalam tugasan ini kami akan mengupas isu kaunseling yang berlaku kepada murid berdasarkan teori yang bawa oleh Albert Ellis ini. sebuah teori akan dipilih untuk diaplikasikan di dalam kelas bagi membantu kami sebagai seorang guru.

1. 1.1 Pengenalan Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009) menyatakan pengasas teori ini adalah J. Prinsip ini juga disebut sebagai pelaziman responden. Golongan mazhab ini menolak pendapat yang menghubungkan operasi kognitif dengan pemerolehan bahasa. tetapi pabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan serentak dengan kemunculan tikus tersebut. Oleh itu mereka tidak mementingkan peranan otak dalam pemerolehan bahasa. John B Watson merupakan seorang lagi ahli psikologi yang menggunakan perkataan behaviorisme untuk menerangkan perubahan tingkah laku dalam proses pembelajaran. Mereka membuat analogi otak manusia sama seperti sebuah kotak hitam yang gelap. Mereka adalah Skinner. Teori Behavioris pada zaman sebelum ini lebih menekankan tingkah laku yang dapat dilihat sahaja. Selain Ivan Pavlov. Prinsip ini diasaskan oleh Ivan Pavlov (1960) dan Hull (1943) berdasarkan kajian yang dijalankan mereka. .B Watson yang popular dengan teori Little Albert. Pada mulanya kanak–kanak tersebut tidak menunjukkan perasaan takut pada tikus tersebut. beliau telah menunjukkan kepada kanak–kanak tersebut seekor tikus putih. Bagi mereka perkara yang berlaku dalam otak manusia tidak dapat dikenalpasti.2 Komponen Terdapat beberapa kompoen penting yang menjadi prinsip dan tunjang utama kepada teori ini. yang berumur 11 bulan. Antaranya ialah: A.B Watson terdapat tokoh lain yang turut mengkaji tentang teori ini.0 Konsep Asas Teori Behavorisme 1. Thorndike dan Pavlov. Komponen Pertama ( Pelaziman Klasik ) Komponen bagi teori ini yang pertama merupakan kesinambungan daripada prinsip pelaziman klasikal. Selain daripada J. beliau juga telah menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan seorang kanak–kanak lelaki bernama Albert. Dalam kajiannya.

Pada masa hadapan. B. Sebagai contoh. Contoh peneguhan positif ialah wang atau pujian. Contoh peneguhan negatif ialah seperti menghilangkan ransangan yang negatif seperti kejutan elektrik atau bunyi loceng yang kuat. Contoh ini penting untuk difahami kerana ia menjadi asas kefahaman teori behaviorisme. Sebagai contoh. Guru boleh memberi peneguhan positif kepada murid tersebut seperti memberinya pujian supaya dia dicontohi oleh rakan-rakan sekelas yang lain. peneguhan digunakan untuk mempastikan sesuatu tingkah laku berulang. Skinner (1953). Komponen Kedua ( Pelaziman Operan ) Komponen kedua ialah pelaziman operan yang telah diasaskan oleh B. Contoh kepada peneguhan negatif pula ialah seorang murid tidak menyiapkan tugasan mata pelajaran Matematik. Peneguhan adalah sesuatu yang memungkinkan sesuatu tingkah laku itu diulang kerana ada unsur keselesaan atau rasa senang. seorang murid yang selalu gagal dalam ujian Matematik mendapat keputusan yang cemerlang didalam ujian yang lain. Oleh itu. guru perlulah menyediakan rangsangan yang betul dan sesuai dengan murid berkenaan untuk menarik minatnya kepada subjek berkenaan. terdapat dua kemungkinan yang akan berlaku kepada perubahan tingkah laku murid tersebut samaada murid tersebut akan menyiapkan kerja sekolahnya ataupun murid tersebut akan menjadi takut untuk mengikuti kelas guru tersebut pada masa akan datang. Keadaan ini diulang beberapa kali sehingga menimbulkan perasaan takut kanak–kanak tersebut pada tikus putih. dan ia menunjukkan bahawa emosi seseorang boleh dipelajari dan diubah dengan menggunakan prinsip pembelajaran.kanak–kanak tersebut menjadi takut dan menangis. Dalam pelaziman operan. seorang murid yang mempunyai masalah kerana tidak berminat dengan mata pelajaran Matemati. Guru memarahi murid tersebut dihadapan kelas. . F.

Terapi ini adalah gabungan daripada dua aliran pemikiran yang berbeza. Melalui teori ini seseorang yang mempunyai masalah akan di bantu oleh kaunselor berdasarkan tiga aspek diatas. fisolofikal dan tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET). tetapi kita juga perlu mengambil kira proses pemikiran. iaitu satu pendekatan yang berunsur ketingkahlakuan sahaja. Teori ini mempunya tiga aspek utama iaitu kognitif.C. Hal ini bermaksud teori ini memberi penekanan kepada pemikiran. Beliau mendapati teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak mendalam dan teori tersebut merupakan satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik. perlakuan dan membuat keputusan. emosi dan aspek tingkah laku. penilaian. emosi dan tingkah laku. 2. penganalisaan. Kita tidak dapat menjelaskan kejadian atau tingkah laku manusia dari perspektif ketingkah lakuan sahaja. teori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif. Teori ini bercorak deduktif . dan yang satu lagi berunsurkan kognitif.2 Konsep Asas Konsep asas kepada Teori Rasional Emotif ialah seperti Yng berikut : i. Komponen Ketiga ( Terapi Tingkah Laku Kognitif ) Komponen ketiga dikenali sebagai terapi tingkah laku kognitif atau cognitive behaviour therapy. Proses pemikiran itu adalah proses kognitif. Menurut Albert Ellis. 2.1 Pengenalan Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan oleh Albert Ellis. Pada awal tahun 1955. beliau telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan. Amerika Syarikat. Semenjak itu beliau terkenal sebagai bapa kepada teori RET.0 Teori Rasional Emotif 2. Berdasarkan kelemahan yang terdapat di dalam teori Freud maka terbinalah Teori Rasional emotif oleh beliau. ii. Beliau dilahirkan pada tahun 1913 di Pittsburgh.

masalah yang lain dalam kehidupan dan juga masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. seorang pelajar yang selalu tidak menyiapkan kerja sekolahnya perlu berusaha melawan pemikirannya yang malas membuat kerja sekolah dimana rasional. Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran dan tindakan. ii. Antaranya ialah: i. sudah pasti kerja sekolah akan disiapkan. Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. 2. Teori ini dilihat sebuah teori yang mempunyai kelainan dengan teori-teori yang lain.4 Pendekatan Teori Rasional Emotif juga dikenali sebagai Terapi A-B-C. Berbalik kepada contoh yang dinyatakan di atas.Hal ini bermaksud teori ini mengajar.3 Prinsip Teori ini juga berpegang kepada beberapa prinsip utama. Hal ini bermaksud teori ini bersifat menyeluruh samada buat masa sekarang ataupun untuk masa hadapan. Prinsip teori ini boleh digunakan kepada masalah semasa. Hal ini menjadi tunjang kepada teori ini di mana manusia perlu mengubah cara berfikir supaya membetulkan fikiran yang tidak rasional. Sebagai contoh. bukan hanya mengikut perasaan. Sekiranya pelajar dapat berfikir dengan rasional. mengarah dan mengutamakan pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional. emosi dan . Hal ini demikian kerana teori ini menjadikan kognitif. pelajar yang malas melakukan kerja sekolah perlu berfikir dengan rasional apakah implikasi daripada tindakannya tersebut. pemikiran tersebutlah dipanggil pemikiran tidak 2. Seseorang yang menghadapi masalah perlu berfikir secara rasional sebelum mengambil sesuatu keputusan atau tindakan.

Mulai hari ini saya akan gandakan usaha dan memastikan ujian akan datang saya akan lulus dengan cemerlang.Activating event „A‟ di dalam teori ini merujuk kepada suatu peristiwa." B2 . Perkara ini boleh juga disebut sebagai peristiwa pencetus kepada permasalahan seseorang individu. Cara penilaian di dalam bahagian „B‟ ini mempunyai 2 cara iaitu :   Rasional Tidak rasional Pemikiran rasional ialah pemikiran dimana idividu itu dapat berfikir dengan baik sebelum mengambil sesuatu tindakan. Sebagai contoh: B1 .Penilaian tidak rasional " Saya telah gagal dalam ujian Matematik. Saya berasa kecewa.Believe „B‟ pula merujuk kepada sistem kepercayaan yang dimiliki oleh seseorang individu. Mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan Terapi A-B-C.aspek tingkah laku sebagai aspek yang utama. sikap atau tingkah laku yang dialami seseorang. Pemikiran tidak rasional pula ialah tingkah laku terganggu yang menyebabkan klien tidak dapat berfungsi mengikut norma masyarakat. i. B . fakta.Penilaian rasional " Saya telah gagal dalam ujian Matematik. Contohnya: " Saya selalu gagal dalam ujian Matematik" ii. Saya berputus asa dan terasa sudah tiada harapan untuk cemerlang dalam subjek ini.” . A .

Sekiranya penilaian di „B‟ dibuat secara tidak rasional. Maksudnya di sini. D . yang mana kesemuanya menggambarkan bahawa manusia mampu bertindak sendiri mengikut pembawaan semulajadinya. (Usaha untuk mengatasi penilaian tidak rasional). Teori yang dikemukakan oleh Rogers adalah menganggap manusia adalah aktif. mencabar dan membetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional dalam diri klien.Disputing „D‟ merupakan kaedah-kaedah dan strategi saintifik yang digunakan untuk berhujah.1 Pengenalan Teori Pemusatan Klien atau Perorangan telah diperkenalkan oleh Carls Rogers dalam bukunya yang pertama. Sebagai contoh: Guru bimbingan dan kaunseling akan membantu anda untuk melawan penilaian yang tidak rasional. sedia membaiki diri. maka „C‟ atau emosi akan menjadikan individu terganggu. iv. Rogers memulakan pemusatannya kepada pengalaman klien dan juga pandangan subjektifnya terhadap fenomena dunia ini. Sebagai contoh: Penilaian B1 : Anda akan berasa sedih dan putus asa. Emosi ini merupakan perkara yang mengganggu kefungsian klien. dan cuba tumpukan untuk mendapat markah yang lebih tinggi.0 Teori Perorangan(Pemusatan Insan) 3.Consequences „C‟ pula merupakan emosi yang dirasai hasil daripada penilaian „B‟ akan peristiwa di „A‟. Penilaian B2 : Anda akan cuba mengatasi perasaan kecewa. Counseling and Psychotherapy yang telah diterbitkan pada 1942 . C . mempunyai tujuan.iii. 3. . matlamat. seseorang yang mengalami peristiwa pencetus di „A‟ akan menjalani proses di „B‟.

Teori Rogers mengenai personaliti manusia adalah berasaskan kepada pengalaman beliau sendiri. jika seseorang individu itu mengalami keadaankeadaan tertentu yang menyebabkan individu tersebut terpaksa . iii. diberi ganjaran dikawal dan diuruskan oleh orang lain yang lebih berkuasa dan mahir ( Corey. ii.3 Prinsip Prinsip-prinsip teori ini mengandungi 3 bahagian yang penting iaitu : i. disuruh. Rogers menolak konsep Freud tentang manusia yang mengandaikan manusia pada asasnya adalah tidak rasional tidak bersosial dan merosakkan diri sendiri. manusia akan mengurangkan mekanisma bela diri dan akan lebih bersikap terbuka terhadap pengalamanya dan persekitarannyadan kelakuan mereka akan mengikut lunas-lunas sosial dan lebih konstruktif.3. 3) Empati Rogers cukup percaya jika sikap ini diguna dalam perhubungan. keadaan proses hasil Hal ini bermaksud. dimotivasi. 1982 ). dihukum. 2) Ketulenan dan keterbukaan(Kongruen). 3. Rogers tidak meenggemari denga sistem yang mengatakan bahawa manusia tidak boleh dipercayai dan sebaliknya individu perlu diarah. Iaitu : 1) Penerimaan tanpa syarat. Rogers menyarankan tiga keadaan untuk mewujudkan suasana galakan pertumbuhan supaya individu dapat berkembang mengikiut keupayaannya.2 Konsep Asas Rogers menganggap manusia itu adalah positif dan konstruktif jika suasana menghargai dan mempercayai diwujudkan.

4) Sejauh mana semua keadaan di atas diamati oleh klien. 3) Sejauh mana kaunselor memperlihatkan kefahaman empati yang tepat mengenai rangka tujuan dalam diri klien. Perasaan ambil berat ini pula tidak seharusnya tercemar oleh penilaian-penilaian tentang perasaan. fikiran. Hal ini kerana ada .4 Pendekatan a) Penerimaan Tanpa Syarat Menurut teori ini. Sebagai contoh. 2) Sejauh mana kaunselor mengalami pertimbangan positif tanpa syarat. tingkah laku klien sebagai baik atau tidak baik ( Corey.menjalankan beberapa proses tertentu dan sekali gus melahirkan perubahan dalam personaliti dan tingkah laku (Grummon. Sebaliknya beliau percaya bahawa sikap yang dipegang dan perhubungan dua hala oleh kaunselor adalah ramuan terpenting untuk membawa kejayaan kepada klien. Inilah yang dikatakan oleh Rogers sebagai pertimbangan positif tanpa syarat. 3. Klien haruslah dapat mengesani 1-3 itu sekurang-kurangnya secara minimum. Kaunselor perlu memberi penghargaan yang tinggi kepada klien dan menerimanya dengan penuh kemesraan tanpa meletakkan sebarang syarat terhadap penerimaan itu. seorang guru perlu menerima semua murid sebagai kliennya tanpa mengira latar belakang atau status murid tersebut. 1982 ). sejauh mana perubahan personaliti akan bergantung kepada : 1) Sejauh mana kaunselor berkeadaan kongruen dan ikhlas dalam perhubungan.1979) Rogers tidak percaya bahawa kemahiran teknik dan latihan ada sumbangannya kepada kejayaan. Menurut Rogers. sikap yang perlu ada pada seorang kaunselor ialah sikap mengambil berat yang mendalam dan ikhlas terhadap klien sebagai seorang manusia.

dalam kalangan guru yang membezakan klien yang mempunyai status seperti ibu bapa mereka orang berada dengan klien yang berasal dari keluarga yang miskin. walaupun klien memakai pakaian yang kurang sopan. Ahli terapi mestilah menerima klien dengan fikiran. Sebagai contoh. tidak bermakna guru akan terus menjarakkan hubungan dengan kliennya. seorang guru yang sedang menjalani sesi kaunseling dengan kliennya menyatakan rasa kesal dengan kliennya yang berpakaian tidak sopan ketika sesikaunseling dijalankan. ‘Dia adalah dirinya’. Maka dengan tindakannya itu membuatkan klien akan terus megubah cara berpakaiannya pada sesi akan datang. Kaunselor yang ikhlas adalah spontan dan menyatakan sikap dan perasaan yang mengalir dalam dirinya dengan terbuka. bimbang dan sebagainya semasa proses perhubungan. suka. Genuine pula adalah kejujuran kaunselor dalam menjalinkan hubungan dengan klien. b) Kongruen dan Genuine Kongruen bermakna semua aspek pengalaman organismik kaunselor pada masa sesi temu bual itu boleh dengan bebas di bawa dengan kesedaran dan bahawa konsep kendiri adalah kongruen dengan pengalaman itu. Sebagai contoh. kecewa. guru perlu bersikap profesional dan sentiasa menjaga kepentingan kliennya. Kaunselor mestilah bersikap mesra dengan klien walaupun nilai-nilai yang dipegang oleh klien bertentangan dengan nilai-nilai kaunselor. Kongruen boleh membantu melahirkan perasaan marah. baik kepada perasaan yang selesa mahupun tidak. c) Empati Empati ialah cuba memahami dengan sensitif dan tepat pengalaman dan perasaan klien dan makna pengalaman dan . Sebagai guru kaunseling yang baik. tanggapan dan sikap terbuka.

Ini bermakna kaunselor seperti betul-betul berada dalam dunia persepsi klien.perasaan itu kepadanya bila didedahkan pada masa interaksi dalam proses kaunseling. Empati yang tepat menggalakkan penyelesaian kepada keadaan tak kongruen di antara kendiri dengan pengalaman. . Matlamat empati yang tepat ialah untuk membantu klien mendekati pengalamannya sendiri yang pula menjadi rujukan bagi memandu tingkah lakunya dan pemahaman kendirinya. Kesedihannya itu telah jmengganggu emosinya. namun guru tidak boleh memandang rendah terhadap masalah tersebut. Walaupun masalah yang dihadapi oleh murid tersebut dilihat kecil. seorang murid datng menyatakan masalah mengenai kesedihannya kerana kehilangan kucing kesayangan. Rogers percaya bahawa empati berada bersama orang lain dengan cara empati adalah satu cara yang cukup berkuasa untuk membawa perubahan personaliti (Grummon. Guru perlu menghalusi jiwa murid tersebut untuk memahami keadaannya yang sebenar. Sebagai contoh. 197s9).

kami bersepakat untuk memilih teori ini kerana teori ini percaya bahaya. Teori Rasional Emosi ini menggunakan pendekatan A-B-C-D dalam proses bimbingan dan kaunseling.0 Teori Rasinal Emotif Sebagai Pembantu Proses Bimbingan dan Kaunseling Berdasarkan ke tiga-tiga teori yang telah kami bincangkan di atas. Setelah melihat daripada beberapa aspek dan melakukan perbandingan dengan teori-teori yang lain. teori ini juga telah menggariskan empat langkah yang perlu dipatuhi oleh seseorang kaunselaor bagi memudahkan kaunselor menjalakan proses bimbingan dan kaunseling. Klien akan berjaya menyelesaikan maslah mereka sendiri apabilia klien betul-betul memahami punca yang menjadi gangguan kepada emosi mereka. kami memilih teori ini juga kerana teori ini mempunyai pendekatan yang menarik dan lain dari teori yang lain. Mari kita lihat contoh kes yang telah kami kendali menggunakan pendekatan Teori Rasional Emotif. Hal ini bermaksud. setiap individu mempunyai kuasa untuk mengubah atau mengubati emosi mereka yang terganggu dengan kemampuan mereka sendiri iaitu dengan menggantikan pemikiran tidak rasional yang mengganggu emosi mereka dengan pemikiran yang rasional. Pendekatan ini dilihat begitu baik kerana klien dibimbing untuk melihat dan menganalisis peristiwa yang diaktifkan dan ganguan emosi yang dialami. setiap manusia mempunyai tanggungjawab ke atas perasaan gangguan yang di timbulkan oleh mereka sendiri sama ada keadaan sedar atau tidak sedar. Banyak aduan yang diterima mengatakan dia selalu bergaduh dengan rakan-rakan sekelas. Secara ringkasnya murid ini merupakan seorang murid perempuan tahun enam yang cemerlang dalam bidang akademik. kami telah bersetuju untuk memilih teori Rasional Emotif oleh Abert Ellis untuk membantu kami menjalankan proses bimbingan dan kaunseling. Disamping itu. namun dia mempunyai masalah dengan pergaulan sesama rakan sebayanya.4. Mari kita soroti apakah masalah dan jalan penyelesaian yang dapat kita berikian untuk murid ii menggunakan Teori Rasional Emostif: . Selain itu.

Shima Sihat? : Sihat cikgu. macam mana kita naka tahu punca masalah Shima. Hal ini merupakan peringkat pertama yang telah digariskan di dalam proses kaunseling Rasional Emotif. Hal ini penting kerana pada peringkat ini lah klien akan mengukur ketulusan dan keikhlasan yang ada pada seseorang kaunselor. :Mengapa belum makan? :Saya dah kenyang cikgu. Ibu suri rumah. : Shima dah makan? : Belum cikgu. KS KL KS : Baiklah. maka sesi kaunseling tidak dapat berjalan dengan lancar kerana klien mungkin tidak senang untuk berkongsi masalah dengan kaunselor tersebut. : Baiklah. Kalau Shima Berdiam diri. : Waalaikummussalam cikgu. ada apa-apa yang cikgu boleh bantu Shima hari ini? : Hemm… (Dima beberapa ketika) : Shima. : Cantik Shima hari ini. Ayah saya tukang kasut. Saya malu dengan rakan-rakan. Saya malu dengan cikgu-cikgu. Guru perlu embina hubungan baik dengan klien dengan menjadi pendengar yang baik dan mewujdkan suasana yang kondusif antara guru dan klien itu sendiri. KL : Saya malu cikgu. Saya anak orang miskin. . ada apa-apa yang cikgu boleh bantu Shima hari ini? Berdasarkan dialog di atas. Alhamdulillah. Kalau ada masalah cikgu sedia mendengar. kita dapatt lihat bagaiman kaunselor cuba membina hubungan dengan murid tersebut.KS KL KS KL KS KL KS KL KS : Assalamualaikum Shima. Sekiranya pembawakan kaunselor itu membuatkan klien tidak selesa. Kawan-kawan selalu ejek saya.

KL : Saya malu cikgu. Melauli peringkat ini. Guru perlu bijak dala memujuk klien untuk berkongsi masalah yang dihadapi. fakta. Kawan-kawan selalu ejek saya. Kadang-kadang saya rasa hidup ini tidak adil. KS KL : Jadi Shima tertekan kerana selalu diejek oleh rakan-rakan? : Ya cikgu. Kawan-kawan selalu ejek saya. Dalam Islam. Ayah saya tukang kasut. guru akan dapat melihat dengan lebih jelas apakah punca kepada permaslahan murid tersebut.Dialog di atas pula menunjukkan guru sudah mula melangkah ke peringkat kedua proses Kaunseling Rasional Emotif iaitu guru cuba untuk membimbing klien supay mendedahkan tingkah laku emotif di bawah pendekatan A-B-C-D. Hal ini bermaksud. Saya naka orang miskin. Mengikut pendekatan A-B-C-D oleh teori Rasional Emotif. Dialog di atas juga menunjukkan klien telah memberitahu gurunya apakah punca masalah yang dihadapinya iaitu: “Saya malu cikgu. Saya malu dengan cikgu-cikgu. Saya tertekan. Saya anak orang miskin. Saya malu dengan rakan-rakan. Ayah saya tukang kasut. Guru tidak boleh terlalu tergopoh gapah dalam mendapatkan maklumat daripada klien kerana hal itu akan membuatkan klien berasa tidak selesa dengan sikap guru. kejayaan yang abadi adalah apabila cemerlang di dunia dan berjaya di akhirat…… . klien di atas teleah terganggu emosinya akibat daripada peristiwa dimana kawan-kawan yang selalu mengejeknya kerana dia seorang yang miskin.” Dialog ini menerangkan tentang peristiwa pencerus kepada permasalahan yang dihadapi oleh klien. KS : Shima. Ibu suri rumah. Ibu suri rumah. Saya malu dengan cikgu-cikgu. Kenapa saya dilahirkan miskin. kejayaan di dunia ini belum tentu menjamin kebahagiaan di akhirat sana. perkara ini boleh di letakkan di bawah „A‟ dimana ia menjadi suatu peristiwa. Saya malu dengan rakan-rakan. sikap atau tingkah laku yang dialami seseorang yang menyebabkan berlakunya gangguan emosi klien tersebut. Saya rasa tak semangat untuk ke sekolah.

Saya tertekan. Kadang-kadang saya rasa hidup ini tidak adil. seseorang yang mengalami peristiwa pencetus di „A‟ akan menjalani proses di „B‟. Kenapa saya dilahirkan miskin. Klien mungkin merasa terlalu merendah diri sehingga dia malu untuk berhadapan dengan rakanrakannya di sekolah. klien tersebut telah menyatakan kepercayaan iaitu: “Ya cikgu. klien telah menyatakan peristiwa pencetus kepada gangguan emosinya iaitu rakan-rakan yang selalu mengejeknya kerana dia sorang yang miskin.Berdasarkan dialog di atas. maka „C‟ atau emosi akan menjadikan individu terganggu. Saya rasa tak semangat untuk ke sekolah. Begitulah keadaan yang berlaku kepada klien kami di mana dia telah mengambil kepercayaan tidak rasional pada peringkat „B‟. Berdasarkan dialog di atas. . Hal ini merujuk kepada peringkat „C‟ di dalam pendekatan A-B-C-D teori ini. Hal ini merujuk kepada peringkat „B‟ di dalam pendekatan A-B-C-D Teori Rasinal Emotif ini. Peringkat ini merujuk kepada emosi yang dirasai hasil daripada penilaian „B‟ akan peristiwa di „A‟. Sekiranya penilaian di „B‟ dibuat secara tidak rasional. Hal ini merujuk kepada kata-kata klien yang telah di tebalkan di dalam petikan di atas. Hal ini menyebabkan klien menimbulkan banyak masalah di sekolah sperti bergaduh dengan rakan-rakan dan bersifat pasif di dalam kelas.” Berdasarkan dialog di atas. Guru terus merangsang klien supaya klien menyatakan apakah kepercayaan klien terhadap peristiwa pencetusnya. Maksudnya di sini. Dialog di atas juga menunjukkan emosi klien yang terganggu kerana tertekan dengan ejekan-ejekan dari rakannya.” Patah kata di atas jelas menunjukkan bahawa emosi klien sedang terganggu. jelas menunjukkan bahawa klien mempunyai tindak balas yang tidak rasional kepada masalahnya. Emosi ini merupakan perkara yang mengganggu kefungsian klien. Hal ini jelas dilihat pada ayat : “Saya tertekan. Kepercayaan ini boleh terjadi samaada kepercayaan yang rasional atau kepercayaan yang tidak rasional.

belum bererti Allah memuliakan kita… Allah baru menguji kita. Dalam Islam. rupa yang buruk. semuanya baik. positif mahupun positif KL KS : Maksudnya. Dengan taqwa walaupun berada . Orang miskin boleh berjaya jika dia sentiasa mengingati Allah dengan kesabarannya. Dialog di atas menunjukkan guru sedang meyakinkan klien bahawa fitrah tentang kehidupan manusia sebagai seorang hamba Allah di muka bumi. Kita perlu menghadapinya dengan hati yang sabar. bukan bererti gagal. Begitu juga apabila Allah berikan kemiskinan buat kita… itu bukan menunjukkan Allah sedang menghina kita tetapi sebaliknya Allah sedang menguji kita. Jika kita positif maka positiflah ia. kejayaan yang abadi adalah apabila cemerlang didunia dan Berjaya di akhirat. kejayaan di dunia ini belum tentu menjamin kebahagiaan di akhirat sana. menarik kuasa. tindak balas kitalah yang menentukannya.” KL KS : Apa maksud dengan ujian kehidupan? : Bila Allah beri kita kaya. yang negatif pun jadi positif? : Ya. mentaatinya atau tidak. Adakah kita sentiasa ingat kepada Allah ketika kita senang? Seorang hamba Allah sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan. Orang kaya. syukur atau redha. seorang buruh setelah berusaha bersungguh-sungguh. KL KS : Ujian untuk apa cikgu? : Ujian sama ada kita mengingati-Nya atau tidak. Berdasarkan dialog di atas. mengingati Allah dengan kesyukurannya.KS : Shima. rupa yang cantik. Itu hanya ujian dalam kehidupan. Guru perlu membimbing klien supaya mengubah pemikiran yang tidak rasional kepada pemikiran yang rasional. kita dapat melihat bagaimana guru cuba membantu klien dengan membezakan kepercayaan rasional dengan tidak rasional dan memahami bagaimana percayaan rasional membawa hasil positif manakala kepercayaan tidak rasional membawa hasil negatif. Yang berkuasa. Hal ini merupakan peringkat ketiga proses kaunseling teori. menegakkan keadilan kerana Allah. semuanya ujian untuk kita. apabila Allah kurniakan kuasa. Menjadi miskin. Hal ini dapat mengembalikan fikiran klien kepada tujuan asal manusia diciptakan iaitu untuk mnyerahkan diri dan bertaqwa kepada Allah. Bukan itu sahaja. Dialog diatas juga menunjukkan bahawa guru sudah masuk ke peringkat ke empat proses kaunseling Teori Rasional Emotif di mana guru telah menggunakan teknik pertikai dari masa ke semasa untuk melatih klien mencabar percayaan tidak rasionalnya. ternama atau biasa-biasa sahaja.

KL :Baik cikgu. Saya tak akan peduli apa yang kawan-kawan ejek saya. syukur atau redha. saya sudah faham cikgu! Maksudnya semua yang terjadi di dunia ini adalah ketetapan Allah. semuanya baik. Terima kasih. Jika kita positif maka positiflah ia. (sambil menangis). KS : Ya. Saya saying mereka cikgu.pada tahap kesukaran. kepayahan mahupun kemewahan yang melanda diri. Apabila klien berjaya mengubah pemikiran tidak rasional kepada pemikiran yang rasional. Kita sebagai hambanya perlu sentiasa bersyukur. Klien juga berjanji akan mengubah tingkah lakunya untuk mengubah nasib keluarganya. Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk bantu ibu dan ayah saya. selepas ini apa tindakan kamu? KL : hmm. Anggap sahaja ejekan kawan kamu itu sebagai cabaran kepada kamu. hati tetap akan tenang kerana kita sedar bahawa segala yang diberikan kepada kita hanyalah sebagai satu ujian untuk menguji kita sebagai hamaba. KS : Betul tu Shima. KS : Bagus Shima bagus. sabra dan redha atas ketentuan-Nya. Ibu dan ayah pasti bangga ada anak macam Shima. Saya berjanji kepada diri saya untuk mengubah nasib keluarga saya. Dialog di atas menunjukkan kepada kita bahawa guru telah berjaya mengubah fikiran tidak rasional klien kepada pemikiran yang rasional. maka tingkah laku klien juga akan diubah secara tidak langsung. KL : Oh. Jadi. . Klien juga akan menganggap ejekan daripada rakan-rakannya sebagai satu cabaran atau motivasi ekstrinsik untuk dia menempah kejayaan. tindak balas kitalah yang menentukannya.. Hal ini jelas membuktikan teori ini sangat sesuai diaplikasikan oleh seorang kaunselor. Kita perlu menghadapinya dengan hati yang sabar.

Selain itu. Walau bagaimanapun. wajar bagi kita untuk khatam segala ilmu berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling ini bagi membantu kita pada masa akan datang. guru boleh menggunakan pendekatan Pelaziman operan dimana guru boleh memberi peneguhan positif kepada murid tersebut. guru juga dapat meningkatkan keyakinan mereka dalam menjadi seorang kaunselor. Sebagai contoh. Secara keseluruhannya. . Hal ini demikian kerana penguasaan terhadap ilmu-ilmu teori ini diyakini dapat meningkatkan kemahiran guru dalam menjadi seorang guru dan kaunselor yang baik. Secara amnya. Oleh itu. sebagai seorang bakal guru. Oleh itu. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan motivasi murid tersebut untuk terus berusaha pada masa mendatang. Penguasaan terhadap teori-teori ini akan memudahkan guru meilih instrumen yang perlu digunakan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien mereka. penguasaan teori-teori ini juga dapat mempelbagaikan instrumen yang boleh digunakan oleh guru tersebut. kami juga telah memilih Teori Rasional Emotif untuk dijadikan teori yang dapat membantu proses bimbingan dan kaunseling. Kaedah pemikiran logik yang diajarkan kepada klien dapat digunakan dalam menghadapi gejala yang lain dan kebiasaannya klien akan merasakan diri mereka mempunyai keupayaan intelektual dan kemajuan dari cara berfikir.5. mereka bebas untuk memilih antara tingkah laku negatif dan tingkah laku positif. untuk merangsang murid yang baru sahaja lulus dalam ujian.0 Kesimpulan Berdasarkan huraian-huraian yang telah dibuat jelaslah kepada kita bahawa teori-teori kaunseling yang terdapat di dalam subjek Bimbingan Dan Kaunseling kanak-kanak ini boleh dan wajar diaplikasikan kepada murid-murid di sekolah. teori ini kami lihat sangat berkesan kerana teori ini mengajar klien berfikir dan bertingkahlaku secara rasional. Selain itu. Dengan kata lain mereka diajar untuk bertanggungjawab atas pemikiran masing-masing dan konsekuen tingkah laku yang berikutan. dapat dilihat pendekatan ini cepat sampai kepada masalah yang dihadapi oleh klien. Selain itu. dengan menguasai teori-teori ini. penyelesaian masalah juga dapat dilakukan dengan segera.