Anda di halaman 1dari 2

PEMBERIAN INSENTIF GAGAL MEWUJUDKAN SEMANGAT KESUKANAN YANG TINGGI DALAM DIRI ATLET NEGARA

TYDP seperti yang kita sedia maklum, pemberian insentif bertujuan untuk memberi galakan dan dorongan kepada atlet supaya mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing. Malangnya TYDP, galakan ini akan membuatkan atlet negara kita bersifat materialistic. Mereka hanya akan berusaha semata-semata untuk mendapatkan wang ringgit. Sekiranya tiada ganjaran, mereka akan kurang bersemangat bahkan ada yang lupa diri kerana tidak mendapat habuan yang ditawarkan. Hal ini sekaligus TYDP, akan menjejaskan mutu sukan Negara kerana atlet kita hanya berjuang atas kepentingan diri sendiri bukan kerana cintakan tanah air atau mahu mengharumkan nama Negara. Berdasarkan kenyataan Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, beliau pernah mengulas bahawasanya tidak ada cara lain lagi untuk membuatkan atlet Negara kita bersemangat melainkan dengan pemberian insentif, hal ini kerana mereka bersifat materialistic. Beliau juga ada menyatakan keadaan atlet yang bersifat materialistic ini sungguh menyedihkan kerana secara idealnya wang tersebut digunakan untuk menyediakan kelengkapan sukan. Selain itu, beliau juga ada menyatakan pemain-pemain ketika dulu mempunyai nilai-nilai murni dan mereka tidak pernah terfikir akan insentif yang mereka perolehi selepas menang. Malah TYDP, sekiranya kita membuat perbandingan dengan Negara Britain, mereka langsung tidak mengamalkan pemberian insentif atau ganjaran sebaliknya hanya anugerah yang diberikan.

Hasilnya TYDP, budaya berfikir yang tinggi tentang sukan dalam kalangan rakyat dapat diterapkan sekaligus dapat menyumbang kepada peningkatan mutu sukan Negara. Jelaslah TYDP, pemberian insentif gagal mewujudkan semangat kesukanan yang tinggi dalam diri atlet Negara merupakan antara IMPAK PEMBERIAN INSENTIF DALAM MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA DARI ASPEK KUANTITI DAN KUALITI DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG.

Anda mungkin juga menyukai