Anda di halaman 1dari 6

Yang berbahagia tuan pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang sentiasa

di bawah lembayung kebenaran, penjaga masa yang tidak pernah alpa


dengan loceng keramatnya, guru-guru, kawan-kawan serta para hadirin
sekalian.






Kawan-kawan tentu tahukan siapakah Nabi Luth?
Ya .Nabi Luth merupakan anak saudara kepada Nabi Ibrahim.
Ayahnya bernama Hasan b Tareh, adalah saudara kandung Nabi Ibrahim.
Baginda diutuskan sebagai rasul kepada satu kaum yang mendiami kota
Sadum di Negara Jordan.
Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang tidak mempunyai
pegangan agama yang kukuh. Kemaksiatan dan kemungkaran
bermaharajalela. Begitu juga halnya dengan kecurian dan rompakan yang
menjadi rutin harian mereka. Mereka yang berkuasa menindas yang lemah.
Mereka adalah kaum yang dilaknat Allah. Firman Allah dalam surah Al-
Anbiya ayat 74:

_^^) W-O+^~E 4O~ 7OEc
4-O ^_j
sesungguhnya mereka adalah kaum yang keji lagi fasik@




Kisah Nabi Luth saya paparkan
Halwa telinga sajian minda PANTUN
Sambil berhibur ambillah pengajaran
Jadikan pedoman petunjuk yang Esa

Kaumlah Sadum diutusnya nabi
Membawa cahaya kasih Ilahi Syair
Segala sengketa dapat diatasi
Agar hidup aman harmoni.2x

Kawan-kawan tahu tak, apakah kemungkaran yang paling digemari
oleh kaum Sadum?

Ya kawan2..perbuatan homoseks dan lesbian adalah kemungkaran
yang bermaharajalela di dalam masyarakat sehinggakan ianya menjadi
suatu budaya bagi kaum Sadum. Tapi.kawan-kawan tahukah apa itu
homoseks dan lesbian? Homoseks adalah hubungan sejenis sesama lelaki
manakala lesbian pula hubungan sejenis sesama
perempuan.Astagfirullahal azim.







Kawan-kawan
Dewasa ini kita dikejutkan dengan isu LGBT..tahukah kawan2 apa itu
LGBT.ianya adalah singkatan kepada Lesbian, Gay, Biseksual dan
Transgender. Amalan LBGT amat berleluasa dalam masyarakat kita hari ini.
Mereka telah menyalahi hukum Allah dengan melepaskan hawa nafsu
bukan pada fitrahnyaakibatnya penyakit Aids dan Siflis semakin
membarah dan masih tiada ubat untuk merawatinya.
Nauzubillah..jauhilah kami ya Allah daripada amalan tersebut.







Dalam kelembutan dan kasih sayang Nabi Luth mengajak mereka
beriman dan beribadah kepada Allah
Siang dan malam silih berganti
Tanpalah jemu nabi menyeru
Amalan keji hendaklah dijauhi
Kelak datang azab tiada terperi

Tanpa agama manusia binasa
Tanpa ilmu manusia buta lagu kumpulan
Tanpa iman manusia sengsara hijjaz
Tanpa ukhuwah manusia terseksa


^O) 4~ +O -O7= NOO7
4pO+-> ^g O)E+) 7 NOc4O
-g` ^gg W-OE> -.-
pONOgC4 ^g@
Seru Nabi Luth Mengapa kamu tidak bertakwa? Sesungguhnya aku
adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu, maka
bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku. (Asy-Syuara: 160-163)

Nabi Luth terus berdakwah Wahai kaumku Mengapa kamu mengerjakan
perbuatan keji itu sedang kamu melihat(nya). Mengapa kamu mendatangi
laki-laki untuk (memenuhi) nafsu(mu), bukan mendatangi wanita?
Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak dapat mengetahui (akibat
perbuatanmu). (QS. an-Naml: 54-55) seru nabi Luth

Ajaran nabi tidak dihiraukan
Dibalas dengan nista dan ancaman
Hari demi hari semakin angkuh
Angkara nafsu syaitan durjana

wahai Luth sekiranya kamu tidak berhenti nescaya kami akan menghalau
kamu dari negeri ini teriak mereka. Ha.ha.seandainya kamu benar
dengan azab yang kamu ancamkan kepada kami segerakanlah ia kepada
kami tambah mereka sambil mengejek

E ]~ =-4OE_ gOg`O~ )
p W-EO7~ W-EON_@Ou= 4-47
lOO7 }g)` 7g-4CO~ W _^^)
/E4^q 4pNOO_C4-4C ^)g
(An-Naml: 56)
Ya kawan2
Itulah bentuk ancaman dan ejekan yang diterima oleh para nabi dan
pendakwah. Mereka diancam bunuh, diusir bahkan ada yang dibakar
hidup-hidup Namun hati mereka tetap teguh kerana yakin akan kebenaran
dari Allah. Oleh itu kita sebagai umat Islam seharusnya memantapkan iman
agar tidak gentar menghadapi musuh Allah. Jika tidak kita dapat lihat umat
Islam mudah mengalah dan ditipu seperti yang berlaku di Iraq dan Palestin.

Nabi Luth memerangi mereka dalam jihad yang besar. Namun tak
seorang pun yang mengikutinya dan tiada yang beriman kepadanya
kecuali keluarganya, bahkan keluarganya pun tidak beriman semuanya.
Isteri Nabi Luth kafir sebagaimana firman Allah

4Og +.- 1EV4` -g~--g
W-NOEE =4O^`- EO+^
=4O^`-4 lOO7 W 44^~ =e^4`
^E:4N ;}g` 4^g14lgN u-E)U=
E-44^EC U 41gL^NC
4gu+4N ;g` *.- 6*^1E- Og~4
E7=u1- 4OEL- E74`
4-)-=O- ^

Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth perumpamaan bagi orang- orang
kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang
soleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada
kedua suaminya, (At-Tahrim: 10)

Ya kawan-kawan
Dalam menyampaikan dakwah di jalan Allah, kita tidak terlepas
daripada gangguan musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan.
Hanya dengan keikhlasan kepada Allah menjamin kedudukan kita di sisi
Allah. Janganlah kita mudah tergoda dengan habuan dunia yang
sementara.
Hai manusia
Yang hidup di dalam dunia ini
Jangan kita lupa... pada godaan dunia
Hidup ini adalah untuk sementara waktu
Apa yang ditanam
Itulah nanti yang dipetik



Dengan sikap angkuh dan biadap kaumnya, Nabi Luth memohon
kepada Allah agar melenyapkan mereka dari muka bumi ini. Akhirnya, doa
Nabi Luth dimakbulkan Allah, lalu diutuskan 3 orang malaikat yang
menyerupai lelaki yang tampan berbadan sasa dan tegap.
Ya kawan2
Malaikat adalah makhluk Allah yang taat dan patuh kepada perintah
Allah dan tidak sekali-kali mengingkarinya. Ia boleh menyerupai pebagai
bentuk mengikut ketetapan Allah. Kita wajib beriman dengan semua
Malaikat sebagaimana tercatat dalam rukun iman.

Mereka telah dijemput untuk bermalam di rumah Nabi Luth. Namun
sebelum itu Nabi Luth telah berpesan kepada ahli keluarganya
wahai keluargaku, hendaklah kamu merahsiakan kedatangan
tetamuku ini kerana aku khuatiri mereka akan diganggu oleh kaumku yang
kehausan seks sejenis itu.
Ibarat gunting dalam lipatan dan sekam dalam api, isterinya telah
membocorkan rahsia tersebut. Akibantnya, berduyung-duyunglah kaum
lelaki datang dan berkumpul kerana mahukan tetamu Nabi Luth itu..
Sambil mengetuk pintu mereka berteriak Wahai Luth serahlah
tetamu mu kepada kami.
Nabi Luth lalu menjawab Baliklah kamu kepada keluargamu.
Janganlah kamu mengganggu tetamuku ini lagi. Jika kamu mahu aku
relakan anak perempuanku sebagai isteri kamu. Tawaran Nabi Luth tidak
diendahkan. Desakan mereka semakin kuat. Hati Nabi Luth semakin resah.
Akhirnya para Malaikat itupun menyatakan hal sebenar kedatangan
mereka. Disuruhnya Nabi Luth membuka pintu rumah seluas-luasnya.

Hakawan-kawan apakah yang terjadi selepas itu?
Ya..sebaik sahaja pintu rumah dibuka maka mereka menyerbu
masuknamun dengan tidak semena-mena pandangan mereka menjadi
gelap dan tidak melihat apa-apa.
Eh kenapa ni?apakah yang berlaku?tolong aku aku tidak
nampakmereka berteriak sambil meggosokkan mata. Ternyata mata
mereka telah butadalam kelam kabut malaikat menyeru kepada Nabi
Luth dan kaum keluarganya
Wahai Luth tinggalkanlah perkampungan ini, dan janganlah seorang pun
dari kamu menoleh ke belakang kerana azab mereka telah tiba.
Namun isteri Nabi Luth yang berada dibelakang sekali sering memandang ke
belakang utuk mengetahui apa yang berlaku.
Tatakala fajar subuh menyinsing, sesudah Nabi Luth dan anaknya
melangkah ke luar dari kota Sadum(bunyi angin rebut/dentuman kuat)
terjadilah gempa yang menakutkan diiringi oleh angin kencang dan hujan
batu yang menghancurkan kota Sadum dan warganya, isteri Nabi Luth tidak
terkecuali akibat keingkarannya sendiri
Firman Allah dalam surah Hud ayat 82
OU 47.E_ 4^+O E4UEE_
E_41)U4N E_UgEc 4^OC^`4
E_^1U4N LE4OEgO }g)` 1-c l1O_LE`
^gg
Maka tatkala datang azab kami kami jadikan negeri kaum luth yang di atas
ke bawah dan kami hujani dengan batu dari tanah yang terbakar dengan
bertubi-tubi

Ya kawan-kawan
Begitulah kesudahan kisah Nabi Luth bersama kaumny. Akhirnya Allah
menyelamatkan nabinya dan menghancurkan kaum yang tidak mahu
mengikut ajaran nabi dengan tragis dan dahsyat sekali.
Peristiwa tsunami dan ribut taufan yang terjadi adalah amaran Allah
kepada hambaNya yang alpa dan lalai dari tanggungjawab. Oleh itu
sepatutnya kita sentiasa bertaubat akan dosa yang pernah kita lakukan.
Sentiasalah bersyukur atas nikmat kurniaan Allah.






Semoga ia menjadi pengajaran kepada kita semua dan ingat jangan
melampaui batas syariat Allah di muka bumi inisesungguhnya hanya Alah
yang bekuasa
Sekian
Wassalam alaikum warahmatullah hi wabarakatuh.
Syukur-syukur
Syukur Ya Allah
Syukur Alhamduliilah

Anda mungkin juga menyukai