Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN KOMUNIKASI

Komunikasi memainkan peranan penting dalam kehidupan kita sama ada dalam sesebuah organisasi mahupun masyarakat. Komunikasi diperlukan bagi melaksanakan beberapa peranan seperti yang diutarakan oleh Mintzberg (1973). Menurut beliau, tingkah laku komunikasi bergantung kepada kemahiran berkomunikasi dan cara melaksanakannya. Komunikasi juga dianggap sebagai penentu bagi prestasi kerja dan kepuasan kerja Di samping itu, kepuasan kerja juga adalah komponen afektif dalam interaksi komunikatif. Ia adalah hasil yang penting dalam kebanyakan konteks komunikatif. Komunikasi dari segi sejarahnya menunjukkan kepentingannya dalam organisasi (Barnard, 1968; Bavelas dan Barrett, 1951; Rogers dan Agarwala-Rogers, 1976). Sehingga kini, kajian-kajian yang dijalankan tidak menyeluruh sebagaimana

perhubungan superior dan subordinat dalam konteks kumpulan kerja organisasi antara rakan-rakan Weinstein (1969) mencadangkan keupayaan berkomunikasi supaya individu lain melakukan sesuatu adalah kemahiran penting dalam hidup bermasyarakat. Walau bagaimanapun, tidak semua individu mempunyai kemahiran yang sama. Gagal melakukan kemahiran komunikasi ini dapat menghasilkan kesan yang mungkin teruk. Secara amnya, permintaan adalah tingkah laku komunikatif. Agen merupakan individu yang cuba membuatkan sasaran melakukan suatu tindakan pada masa tertentu. Namun begitu, semasa mendapatkan pematuhan, berlaku pula tentangan. Menurut Labov dan Fanshel (1977) gagal membuat permintaan dengan sewajarnya ataupun gagal bertindak balas pada permintaan dengan baik membuktikan pihak itu tidak dapat memenuhi peranan sosial. Hubungan superior-subordinat tidak dapat melibatkan penggunaan kuasa kerana kuasa diperlukan dalam organisasi. Kuasa dikatakan mempunyai pengaruh positif dan negatif yang tinggi pada komunikasi superior-subordinat dan kerja-kerja organisasi. Superior yang koperatif dijangkakan membantu, berkomunikasi secara menyokong,

berinteraksi secara konstruktif dan membentuk sikap positif pada subordinat berbanding dengan superior yang kompetitif dan individualistik. Oleh itu, komunikasi dan kuasa adalah unsur-unsur yang saling timbal-balik. Tanpa komunikasi, kuasa tidak dapat disampaikan melalui taktik-taktik tertentu. Dengan adanya perkaitan ini, sesuatu permintaan itu dapat disampaikan sebaik-baiknya dengan mengambil kira beberapa faktor lain. Permintaan itu dapat menghasilkan kesan-kesan tertentu iaitu pematuhan ataupun penentangan dan kesan-kesan yang tercetus daripadanya. Namun begitu, dengan memiliki sumber-sumber yang kurang tidak bermakna sudah cukup bagi menunjukkan kuasa. Individu itu perlu sedar akan hal-hal yang berkaitan dengan kontekstual dan mengawal serta menggunanya dengan bersesuaian. Ini bermakna seseorang itu haruslah sedar dan mempertimbangkan perjalanan politik yang berlaku dalam organisasi supaya kuasa yang ada dapat direalisasikan dengan sewajarnya. Tambahan pula, pembangunan organisasi tidak efektif tanpa aktiviti politik yang melibatkan perubahan dalam pengagihan kuasa. Lebih-lebih lagi, komunikasi juga amat penting bagi meluahkan perasaan dan persepsi. Perasaan manusia boleh digambarkan melalui luahan kata-kata, gerak badan, penulisan dan lainlain. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak menangis untuk menarik perhatian ibunya untuk makan.

Selain itu, komunikasi juga sangat penting dalam mengeratkan hubungan. Keupayaan seseorang itu berkomunikasi secara berkesan dapat menggambarkan tahap hubungan individu. Komunikasi dapat membantu kita dalam menyampaikan maklumat, arahan dan pesanan kerana melalui maklumat, pesanan yang tepat dapat disampaikan dengan komunikasi berkesan dalam organisasi, institusi keluarga dan sebagainya. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran juga salah satu kepentingan komunikasi di mana keeupayaan pelajar mendapat ilmu bergantung kepada keupayaannya menguasai komunikasi berkesan dan pelajar harus meningkatkan keupayaan menerima ilmu dengan berkesan.