Anda di halaman 1dari 21

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

Unit 2

MENTAKSIR BACAAN

9 JAM

SINOPSIS Tajuk ini menghuraikan tentang kemahiran bacaan dan pendekatan mengajarkan bacaan. Permasalahan bacaan dan cara mentaksir bacaan dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas turut dibincang. Tidak ketinggalan matlamat pengajaran kemahiran bacaan akan disentuh sama. (Unit ini merupakan Tajuk 5 dalam proforma PKU 3106 Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas)

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda dapat: 1. 2. 3. 4. Mengenal pasti kemahiran-kemahiran dalam bacaan Menghuraikan pendekatan pengajaran bacaan Membincangkan masalah memecahkan kod dan kefahaman Membanding beza kaedah pentaksiran bacaan iaitu senarai semak, analisis ralat dan pengujian berdasarkan kurikulum.

KERANGKA TAJUK

MENTAKSIR BACAAN

PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN

KEMAHIRAN MEMBACA

MASALAH BACAAN

CARA PENTAKSIRAN

16

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

2.0

PENDAHULUAN

Membaca adalah satu proses kompleks yang melibatkan pelbagai kemahiran. Ia merangkumi keupayaan individu mengenal pasti dan memecahkan kod teks bercetak serta memahami kandungan yang dibaca. Oleh itu, aspek - aspek ini akan diuji dalam kalangan murid sama ada di aliran perdana mahupun yang mengikuti pendidikan khas. Jika individu dapat menguasai kemahiran ini , ia boleh dianggap sebagai orang yang telah menguasai sebahagian daripada kemahiran literasi selain daripada menguasai kemahiran menulis. Tujuan atau matlamat pentaksiran bacaan dalam pendidikan khas adalah i) menentukan kelayakan murid memasuki program pendidikan khas ii) merangka pengajaran dan pembelajaran iii) memastikan kekuatan dan kelemahan khusus untuk menentukan keupayaan tahap membaca semasa

2.1

KEMAHIRAN MEMBACA

Apabila membicarakan kemahiran membaca, tidak dapat tidak kita akan menyentuh aspekaspek berikut yang terangkum dalam kemahiran membaca. Ianya terdiri daripada i) ii) iii) iv) Kesediaan membaca Kemahiran memecahkan kod Kefasihan membaca Kefahaman

Ketiga-tiga aspek ini sering menjadi masalah kepada murid-murid untuk menguasainya. Ini disebabkan ketiga-tiga kemahiran berkait antara satu sama lain. Sekiranya gagal menguasai salah satu kemahiran ianya akan memberi kesan kepada kemahiran membaca yang lain. Contohnya jika murid bermasalah dalam kesediaan membaca seperti pengamatan, ia akan memberi kesan kepada penguasaan memecahkan kod dan juga kefahaman.

2.1.1

Kesediaan Membaca

Kesediaan membaca bermaksud adakah murid telah menguasai asas-asas dalam menguasai kemahiran membaca yang lebih kompleks. Pihak guru dan ibu apa perlu mengetahui sama ada kanak-kanak / murid telah bersedia dari segi fizikal dan mental serta emosi untuk melakukan tugasan yang mencabar khususnya membaca. Maklumat daripada pentaksiran kesediaan membaca dapat membantu guru mahupun ibu bapa tahap bacaan murid dan tahap bacaan yang akan dihasilkan. Dalam kesediaan membaca, aspek yang merangkumi asas penggunaan kemahiran pengamatan, deria dengar dan alat pertuturan serta pemprosesan maklumat perlu berfungsi dengan baik. 17

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

2.1.2

Kemahiran Memecahkan Kod / Decoding

Memecahkan kod atau decoding adalah asas dalam membaca sama ada membaca kuat atau senyap. Dua pendekatan yang biasa digunakan untuk mendekod adalah analisis kata / word analysis dan mengenal pasti kata / word recognition.(Lutfig,1989). Analisis kata dikenali juga sebagai fonik. Ianya merangkumi aspek fonologi seperti vokal, konsonan, diftong, vokal berganding dan konsonan berganding . Analisis kata atau fonik banyak membantu murid untuk mengenal pasti bentuk dan bunyi huruf yang betul. Kemahiran ini amat penting dalam menguasai bacaan dan seterusnya menulis. Ketidakupayaan menguasai asas bunyi-bunyi huruf akan memberi kesan kepada bacaan yang ada kaitan dengan kemahiran lain. Mengenal pasti kata / word recognition pula merujuk kepada keupayaan individu menyebut atau membunyikan perkataan dalam teks. Apabila murid dapat mengenal pasti kata dan menyebutnya dengan lancar bererti murid telah menguasai kemahiran mengenal pasti kata. Seterusnya murid berkeupayaan untuk mebmaca frasa dan ayat serta seteruanya teks bacaan. Oleh itu ,.menguasai kemahiran memecahkan kod adalah penting kerana ia merupakan asas dalam bacaan.

2.1.3

Kefasihan membaca

Kefasihan membaca merujuk kepada keupayaan individu membaca dengan kuat. Apabila murid berupaya membaca dengan lancar, ia dianggap fasih dalam membaca. Tingkah laku membaca yang dianggap sebagai menguasai bacaan kuat dan lancar terdiri daripada i) ii) iii) iv) v) sebutan yang betul mengetahui tanda baca dan menterjemahnya dengan betul spt. noktah , koma dsb. intonasi suara yang betul dan sesuai membaca dengan lancar menunjukkan keyakinan / tanpa ragu-ragu

Walaupun kefasihan membaca banyak merujuk kepada aktiviti membaca kuat, kemahiran ini dapat dilihat dalam membaca senyap atau mentalis. Kefasihan ini lebih menjurus kepada memaham kandungan teks atau petikan. Jika murid fasih membaca , kebarangkalian untuk memaham apa yang dibaca adalah tinggi.

18

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

2.1.4

Kefahaman

Kefahaman boleh didefinisikan sebagai proses yang mengenal pasti sama ada individu memahami apa yang dibaca atau tidak. Jika gagal mentafsir maklumat sudah pasti ia gagal memberi tindak balas yang betul atau sewajarnya. Menurut Smith (1983) Once we get a word into common use, we like to give it as many meanings as possible; this is a characteristic of all the worlds languages and seems to reflect the way the human brain works best, using a few elements very productively rather than many elements in a restricted manner. (m.s. 4) Tiga aspek kefahaman yang diberi penekanan adalah i) ii) iii) Makna perkataan / perbendaharaan kata Memahami soalan-soalan pelbagai aras Membuat ringkasan / rumusan / analisis terhadap bahan bacaan

Tahap-tahap kefahaman terdiri daripada i) ii) iii) Literal Inferens Kritik

Manakala elemen-elemen yang mempengaruhi kefahaman individu apabila membaca termasuklah i) ii) i) Pemilihan teks kandungan, struktur dan bahasa Kesesuaian teks menurut pengetahuan sedia ada dan pengalaman murid Tugasan yang disediakan penguji arif tentang apa yang murid perlu lakukan

Oleh itu menguasai kemahiran memaham merupakan matlamat akhir dalam membaca. Untuk mencapai tahap ini murid perlulah menguasai kemahiran-kemahiran lain yang terangkum dalam bacaan.

Latihan 1 Anda tahu tentang kemahiran membaca bukan? Oleh itu, senaraikan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam membaca. Pilihlah bentuk grafik yang menarik untuk senarai tersebut.

19

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

2.2

PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN

Untuk menguasai kemahiran membaca, banyak pendekatan dan kaedah yang boleh dilaksanakan. Dua pendekatan yang sering dilaksanakan adalah kaedah bottom-up dan kaedah top-down.

2.2.1

Kaedah bottom-up

Dalam membaca, kaedah bottom-up memberi penekanan kepada penguasaan asas membaca sebelum membaca pada peringkat yang lebih tinggi. Ini bererti murid-murid akan diajari atau diperkenalkan kepada elemen yang paling kecil atau asas dalam bahasa iaitu mempelajari bunyi dan abjad untuk menguasai kemahiran fonologi. Ini diikuti dengan perkataan, pembinaan ayat, membaca teks atau petikan dan seterusnya memproses teks untuk kefahaman. Kaedah ini memberi tumpuan khusus bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa perlu berbentuk sequential atau menurut turutan. Murid-murid perlu mahir dalam mendekod sebelum kemahiran kefahaman. Oleh itu, kaedah fonik, kaedah abjad dan kaedah suku kata menjadi asas utama untuk murid belajar membaca menurut kaedah in.

Tata tingkat Kemahiran Membaca Menurut Kaedah Bottom-up Kefahaman Membaca teks Membina ayat Perkataan Abjad Bunyi 2.2.2 Kaedah top-down

Kaedah top-down juga dikenali sebagai kaedah pemprosesan maklumat. Ia memerlukan muridmurid memproses teks pada peringkat tinggi terlebih dahulu. Ini dikuti dengan memberi tumpuan kepada struktur teks / petikan, proses pembinaan ayat dan perkataan. Contohnya meramal maksud perkataan daripada petikan yang dibaca. Kaedah ini memberi peluang kepada murid untuk menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada / prior knowledge dengan apa yang diajari oleh guru. Pendapat , pengetahuan dan pengalaman murid memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pendekatan ini. Melalui kaedah ini memberi peluang yang luas untuk murid memberikan pendapat atau fikiran mereka . Soalansoalan yang dikemukakan juga merangkumi aras aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian selain daripada pengetahuan dan kefahaman.

20

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

Tata tingkat Kemahiran Membaca Menurut Kaedah Top-down Kefahaman Membaca teks Membina ayat Perkataan Abjad Bunyi Kesimpulan Kedua-dua kaedah membaca yang dibincangkan mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Ini disebabkan tidak semua murid boleh membaca menggunakan sesuatu kaedah. Sebagai contoh murid-murid disleksia lebih sesuai mempelajari kemahiran membaca dengan kaedah fonik. Manakala murid-murid autistik lebih sesuai dengan kaedah seluruh bukannya kaedah fonik ataupun kaedah suku kata. Dengan keperluan yang pelbagai, adalah wajar untuk guru mentaksir keupayaan membaca dengan cara yang pelbagai juga. Apa yang mustahak adalah murid boleh membaca sebaik mungkin. Walau bagaimanapun, kelemahan murid dalam membaca bukan sahaja terletak kepada diri murid-murid berkenaan. Faktor guru juga boleh menyebabkan murid lemah dalam membaca. Kepekaan guru untuk menggunakan pelbagai kaedah membaca amat penting. Ini disebabkan tidak semua murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan menggunakan satu kaedah yang sama khususnya murid-murid berkeperluan khas.

Berehat seketika

2.0 Pelbagai cara pengumpulan maklumat Anda masih mengikuti modul ini dengan penuh minat. Sekarang masa untuk berehat dan minum secawan kopi.

21

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

2.3

MASALAH BACAAN

Pada kebiasaannya murid sering menghadapi masalah memecahkan kod, kefasihan membaca dan kefahaman. Sebagai contoh, jika murid bermasalah dalam memecahkan kod, adalah sukar untuknya menguasai kemahiran kefasihan dan memaham. Ini menunjukkan bahawa masalah dalam membaca sering berkait rapat antara satu sama lain.

2.3.1

Masalah berkaitan kebolehan memecah kod

Masalah memecahkan kod merupakan masalah asas yang menyebabkan wujudnya masalah membaca. Masalah-masalah yang sering dikenal pasti dalam masalah memecahkan kod adalah Keliru dengan bunyi Keliru dengan abjad Hubung kait antara bunyi dan abjad Menyebut kata dengan betul

Masalah-masalah yang dinyatakan di atas boleh menjadi lebih serius jika murid menghadapi masalah fizikal terutama pada alat artikulasi. Namun,guru atau ibu bapa / penjaga perlu lebih prihatin terhadap murid-murid tersebut. Bantuan yang diberi kepada mereka hendaklah sesuai, agar tidak terlalu ketinggalan dalam menguasai kemahiran ini.

2.3.2

Masalah kefasihan membaca

Pelbagai kesilapan dilakukan oleh murid untuk membaca dengan lancar. Dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas wujud masalah apabila diminta membaca dengan kuat. Menurut Pierangelo & Giuliani (2009), kesilapan yang sering dikenal pasti berlaku dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas semasa membaca terdiri daripada : Peninggalan / Omission Penambahan / Insertion Penggantian / Substitution Salah sebutan / Mispronunciation Teragak-agak / Hesitation Terbalik / Inversion Meninggalkan tanda baca / Disregard punctuation Pengulangan / Repetition 22

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

Didapati membaca kuat merupakan satu masalah utama dalam menguasai kemahiran membaca. Ini boleh menyebabkan mereka enggan membaca atau mendiamkan diri apabila disuruh membaca. Kekurangan dalam membaca kuat ini juga boleh memberi kesan ke atas emosi dan jati dirinya.Kesilapan-kesilapan di atas akan berterusan jika intervensi tidak diambil dengan segera. Kedua-dua pihak iaitu guru dan ibu bapa / penjaga memainkan peranaan penting dalam membantu murid berkenaan.

2.3.3

Masalah berkaitan kefahaman

Kefahaman merupakan matlamat akhir dalam membaca. Namun begitu terdapat sebilangan murid yang gagal menguasai kemahiran ini. Masalah-masalah kefahaman yang wujud terdiri daripada Tidak faham apa yang dibaca Tidak memahami soalan beraras tinggi Tidak tahu makna perkataan Tidak memahami konsep-konsep yang abstrak Gagal membuat generalisasi tentang petikan

Jika masalah-masalah yang dinyatakan di atas gagal diatasi, murid akan menghadapi masalah memaham petikan atau bahan bertulis. Masalah akan berlanjutan sekiranya intervensi tidak dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Latihan 2

Bincangkan tindakan telah anda dan pihak sekolah lakukan untuk mengatasi masalah membaca. Nyatakan kesan tindakan atau programprogram yang telah dilaksanakan untuk membantu murid bermasalah dalam membaca.

23

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

2.4 CARA PENTAKSIRAN Kemahiran membaca boleh ditaksir dengan pelbagai kaedah. Instrumen mentaksir bacaan juga terdiri daripada pelbagai bentuk. Ini termasuklah senarai semak, analisis ralat, inventori bacaan, ujian kloz dan sebagainya. 2.4.1 Senarai semak

Dalam kesediaan membaca, aspek yang merangkumi asas penggunaan kemahiran pengamatan, deria dengar dan alat pertuturan serta pemprosesan maklumat perlu berfungsi dengan baik. Untuk mentaksir aspek yang dinyatakan tadi, perlulah diuji agar tindakan seterusnya lebih bermakna dan berkesan sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh murid berkenaan. Senarai semak boleh digunakan untuk mentaksir pelbagai aspek membaca. Contohnya kesediaan membaca. Contoh I : Senarai semak Kesediaan Membaca Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Aspek Kesediaan Membaca Dapat membezakan persamaan dan perbezaan objek. Dapat membezakan persamaan dan perbezaan dalam gambar. Membaca dari arah kiri ke kanan. Mengenal warna. Dapat melihat dan mengingati objek dalam gambar. Dapat menghafal alamat dan nombor telefon. Mengetahui nama sendiri. Mengetahui tarikh lahir. Dapat menulis nama dengan ejaan yang betul. Dapat memadan perkataan dengan warna. 1 2 3 4

Skala: 1. 2. 3. 4. Menunjukkan kemajuan. Masih perlu menunjukkan kemajuan. Tiada menunjukkan kemajuan. Belum diajari.

Diubah suai drp. Modul 2 : Pentaksiran dan Penilaian dalam Masalah Pembelajaran KPLILPBS, 2005.

24

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

2.4.2

Analisis Ralat

Analisis ralat atau analisis kesilapan bermaksud menganalisis kesilapan atau kesalahan yang sering dilakukan oleh murid semasa melaksanakan tugasan atau latihan yang diberi. Matlamat analisis ralat adalah untuk mengenal pasti corak atau paten kesilapan yang sering dilakukan oleh murid. Walau bagaimanapun tidak semua corak kesilapan dapat dikenal pasti dengan mudah kerana banyak kesalahan dilakukan secara serentak / pada masa yang sama. Tambahan pula analisis kesilapan merupakan teknik pentaksiran yang subjektif yang bergantung kepada kemampuan guru untuk membuat penilaian dan pertimbangan. Oleh itu adalah baik jika analisis kesilapan digunakan sebagai panduan untuk pentaksiran lanjut / seterusnya. Bentuk kesilapan yang sering dilakukan oleh murid-murid semasa membaca termasuklah : Pengulangan kesilapan yang sama Corak / paten kesilapan yang sama Kesilapan yang tertentu sahaja / spesifik

Langkah-langkah Pelaksanaan Analisis Ralat adalah seperti berikut : Memberi skor / menyemak hasil kerja Kenal pasti kesilapan Mengasingkan kesilapan menurut kategori

2.4.3 Salah kiu / miscue Analisis kesilapan atau ralat banyak digunakan dalam mentaksir bacaan. Analisis ralat dalam bacaan turut dikenali sebagai miscue atau salah kiu. Salah kiu atau miscue bermaksud perbezaan antara apa yang disebut oleh pembaca semasa membaca teks dengan apa yang sebenar tercetak pada muka surat yang dibaca. Perbezaan ini wujud atau ditentukan oleh pembaca menurut pemikiran dan bahasa sipembaca yang cuba mentafsir kandungan petikan tersebut. Kaedah salah kiu juga boleh membantu guru untuk melihat sejauhmana murid mengguna dan menyesuaikan unsur-unsur grafik, bunyi, ayat dan makna dalam maklumat yang dibaca. Dua bentuk salah kiu atau miscue adalah Salah kiu kuantitatif / quantitative miscues Penilai mengira jumlah kesilapan bacaan yang dilakukan oleh murid. Salah kiu kualitatif / qualitative miscues Penilai memfokus kepada kualiti kesilapan yang dilakukan oleh murid.

25

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

2.4.4 Kesignifikanan Salah Kiu Salah kiu dianggap sebagai signifikan jika memberi kesan pada makna bahan bacaan. John (1985) dlm. Pierangelo & Giuliani, 2009 menyatakan salah kiu merangkumi Makna ayat atau perenggan berubah dan murid tidak membetulkan kesilapan berkenaan. Tidak menyebut langsung perkataan dalam petikan. Hanya sebahagian perkataan diganti pada perkataan atau frasa dalam petikan Murid dibantu untuk menyebut sesuatu perkataan Salah kiu tidak dianggap signifikan apabila Maksud ayat atau petikan tidak berubah atau berlaku perubahan paling minimum Diperbetul sendiri oleh murid Diterima dalam dialek murid Petikan yang sama dibaca dengan betul pada masa yang lain 2.4.5 Langkah Pelaksanaan Pentaksiran Salah Kiu Mengenal pasti atau memilih petikan yang sesuai menurut keupayaan semasa murid. Guru mencatat kesilapan yang murid lakukan semasa murid membaca. Menganalisis kesilapan untuk menentukan paten kesilapan dan kesilapan serius. Merumus keputusan untuk menyediakan objektif pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti intervensi yang sesuai. Contoh 2 : Sampel Salah kiu

kucin lokan kucin Ada seekor kucing terjatuh ke dalam longkang. Kucing mengiau-ngiau meminta tolon seoran kucin tolong untuk diselamatkan. Akhirnya seorang budak lelaki selamatkan kucing itu.

Sampel di atas menunjukkan kesilapan meninggalkan huruf g yang tekal. Kekerapan yang dilakukan adalah 6 kali. Jika petikan yang dibaca mengandungi 55 patah perkataan, bererti kadar kesilapannya adalah 11% ( 6/55 = 11%). Kadar kesilapan yang lebih daripada 10% memberi maksud bahawa petikan yang diberi terlalu sukar dan mengurangkan minat membaca. Oleh itu, penilai perlu menukar kepada petikan yang lebih mudah yang mana murid boleh membaca dengan 95% betul / tepat. Dalam kes ini murid memerlukan intervensi untuk mengatasi masalah menyebut huruf akhir dalam perkataan. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah latihan diskriminasi visual menggunakan kaedah seluruh dan mengeja perkataan menggunakan suku kata.

26

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

Latihan 3

Anda dikehendaki memilih satu petikan bacaan. Pilih seorang murid anda untuk mengujinya membaca petikan tersebut. Laksanakan ujian menggunakan teknik analisis ralat. Catatkan masalah yang dihadapi murid anda semasa membaca. Berdasarkan masalah yang anda peroleh, kemukakan aktiviti-aktiviti yang anda fikir boleh membantunya mengatasi masalah tersebut.

2.5 PENGUJIAN BERDASARKAN KURIKULUM Ujian berasaskan kurikulum diadakan untuk memenuhi keperluan murid semasa mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Untuk mencapai tahap berkenaan tahap atau aras bahan dan kadar pembelajaran perlu diwujudkan. Namun begitu, kemahiran atau keupayaan murid tersebut tidak keluar daripada kehendak kurikulum. Pelaksanaan ujian ini memerlukan guru mengenal pasti komponen-komponen kurikulum yang hendak dilaksanakan. Kaedah ujian berbentuk informal dan maklum balas ujian perlu disediakan. Ini bertujuan agar apa yang diuji menepati keperluan dalam kurikulum. Hasil t daripada ujian diharap dapat memberi maklumat kepada guru mengenai pencapaian murid dan tindakan yang perlu diambil.

2.5.1

Kemahiran memecahkan kod

Dua pendekatan yang biasa digunakan untuk mendekod adalah analisis kata / word analysis dan mengenal pasti kata / word recognition.(Lutfig,1989). Analisis kata dikenali juga sebagai fonik. Analisis kata atau fonik banyak membantu murid untuk mengenal pasti bentuk dan bunyi huruf yang betul. Kemahiran ini amat penting dalam menguasai bacaan dan seterusnya menulis. Dalam mentaksir kemahiran membaca , aspek fonologi seperti vokal, konsonan, diftong, vokal berganding dan konsonan berganding perlu diberi penekanan.Pentaksiran ini penting kerana ia merupakan asas dalam bacaan. Ketidakupayaan menguasai asas bunyi-bunyi huruf akan memberi kesan yang berkaitan dengan masalah lain.

27

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

Contoh 3 : Instrumen Membunyikan Abjad (vokal Bahasa Malaysia) Arahan : i) Sebutkan / Bunyikan Abjad berikut. ii) Tandakan _X pada ruangan yang sesuai iii) Catatkan kesalahan yang dilakukan dalam ruangan Catatan. Betul Salah Catatan

Abjad

A E I O U

Contoh 4 : Instrumen Membunyikan Diftong (Bahasa Malaysia) Arahan : i) Sebutkan / Bunyikan diftong berikut. ii) Tandakan X pada ruangan yang sesuai iii) Catatkan kesalahan yang dilakukan dalam ruangan Catatan. Betul Salah Catatan

Diftong

ai au oi

28

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

Contoh 5 : Instrumen Mengenal pasti suku kata (Bahasa Malaysia) Arahan : i) Bulatkan suku kata yang betul.

Suku kata ce di mo tu ga

Suku kata Pilihan mu , ce , ci , co , ca , na da , bi , du , ku fa , di , ba na , ma , mi , ru, mo, me la , ta , tu , ku fa , fu , lu ya , ju , ga , gi , gu , yu

2.5.2

Kemahiran mengenal perkataan

Kemahiran mengenal perkataan merupakan kesinambungan daripada kemahiran memecahkan kod. Ia berlaku apabila murid melihat huruf atau perkataan lalu menyebutnya. Banyak cara boleh dilakukan untuk mentaksir kemampuan murid menguasai perkataan. Inventori tidak formal biasa diamalkan oleh guru di sekolah. Cara yang lazim dilakukan adalah menyediakan senarai perkataan dan meminta murid menyebutnya. Pada peringkat awal senarai perkataan perlu mencakupi perkataan yang sering digunakan dalam kehidupan murid. Kemudian ia beransur-ansur kepada perkataan yang sukar atau jarang digunakan dan juga perkataan mujarad. Contoh 6 : Inventori Mengenal Perkataan Perkataan Betul Salah Catatan

bubu bapa babu buku


Cara yang kedua adalah dengan membaca kuat petikan yang dipilih berbanding membaca perkataan secara berasingan. Apabila murid membaca dalam bentuk petikan ia menggunakan kemahiran menganalisis konteks (contextual analysis skills) dan kaedah lain dalam membaca. Pentaksiran menggunakan kaedah ini banyak merujuk kepada mentaksir kefasihan membaca. 29

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

2.5.3

Kefasihan membaca

Mengapakah perlu mentaksir kefasihan membaca ataupun dikenali sebagai kemahiran membaca kuat / oral reading ataupun bacaan mekanis. Membaca kuat adalah penglahiran keupayaan murid terhadap simbol grafik yang diterjemah dalam bentuk bunyi / fonik. Kemampuan murid menguasai bunyi-bunyi abjad dengan betul bererti ia tiada masalah dalam mendekod. Pentaksiran kemahiran membaca kuat biasanya akan melihat aspek murid dari segi kelancaran membaca, kelantangan atau lontaran suara, nada dan intonasi suara , penyebutan huruf / perkataan / frasa / ayat di samping penterjemahan tanda baca semasa membaca. Contoh instrumen yang mentaksir kemahiran membaca kuat berbentuk ujian rujukan norma secara komersial adalah The Gilmore Oral Reading Test dan Gray Oral Reading Test-Revised. Manakala contoh ujian diagnostik membaca terdiri daripada Stanford Diagnostic Reading Test dan Woodcock reading Mastery Tests-Revised. Contoh 6 : Kandungan / subujian Stanford Diagnostic Test Kemahiran 1. Kosa kata Auditori 2. Diskriminasi Auditori 7. Kadar Kandungan Mengenal pasti perkataan seerti yang disebut oleh penguji. Memadan perkataan dengan gambar. Mentaksir keupayaan murid terhadap bunyi perkataan yang mempunyai bunyi yang sama dan berbeza. Mengenal pasti kedudukan bunyi huruf di pelbagai kedudukan dalam kata hadapan, tengah dan akhir. Mentaksir kaitan antara huruf bunyi. Pelbagai bunyi huruf ditaksir. Mentaksir penggunaan suku kata, kata akar dan imbuhan . Mengukur keupayaan mengenal pasti perkataan. Memilih perkataan yang paling sesuai mewakili gambar yang ditunjukkan. Membaca ayat dan memilih gambar yang paling sesuai dengan ayat yang dibaca. Menjawab soalan tahap literal menurut konteks petikan dan perenggan yang dibaca. Menjawab soalan tahap literal dan inferens. Mentaksir kadar masa yang diambil semasa bacaan diuji.

3. Analisis Fonetik

4. Analisis Struktural

5. Membaca Perkataan

6. Kefahaman Membaca

30

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

2.5.4

Kefahaman

Memahami kandungan bahan bacaan merupakan matlamat dalam membaca. Soalan-soalan ini ada berbagai-bagai bentuk dan juga jenis serta aras. Pembinaan soalan biasanya akan merujuk kepada Aras Taksonomi Bloom. Ianya terdiri daripada Aras Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian. Kata Tugasan yang digunakan dalam menyediakan soalan juga memberi indikasi aras soalan.

Aras Soalan Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

Contoh Kata Tugasan Siapa, Bila, Di mana, Berapa, Senarai Padankan, Suaikan Selesaikan, Gunakan, Tunjukkan, Buktikan Banding beza Hasilkan, Ramalkan Bincangkan, Huraikan

Contoh 7 : Soalan dan aras soalan Hari demi hari Tenggang bertambah kaya. Kini dia mempunyai beberapa buah kapal dagang. Rumahnya besar dan cantik. Kawasan rumahnya juga luas. Sungguh berbeza dengan keadaan pondoknya di hutan!

Soalan Siapakah yang bertambah kaya? Bandingkan keadaan rumah Tenggang dahulu dan sekarang. Apakah perniagaan yang sesuai dilakukan menggunakan kapal dagang?

Jenis Soalan Literal Inferens

Aras soalan Pengetahuan Analisis

Inferens

Sintesis

31

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

Senarai semak Kefahaman Rumusan bentuk soalan yang diberikan kepada murid juga boleh dilakukan dengan menggunakan senarai semak yang berkaitan. Cara ini akan membantu guru mengetahui setakat mana atau aras keupayaan muridnya dalam kefahaman. Malahan ia boleh dijadikan panduan untuk guru mempelbagaikan bentuk dan jenis soalan.

Contoh 8 : Senarai Semak Kefahaman Nama Pelajar : _______________________ Nama Guru : ____________________ Tahap / Gred Petikan: _________________ Tarikh: _________________________

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Tingkah laku Semasa Kefahaman 1 Menjawab soalan-soalan berbentuk fakta dalam petikan Membuat klasifikasi, kategori dan ringkasan atau rumusan Membuat inferens dan ramalan berdasarkan petikan Menjawab soalan berbentuk penilaian berdasarkan petikan Menganalisis petikan secara kritis Tingkah laku lain yang ketara (nyatakan) 2 3

Ulasan / Catatan

Sumber : Ubah suai daripada Teaching Students With Mild Disabilities oleh T. Smith, D. Finn, dan C. rd Dowdy (1993) dlm. Assessing Students With Special Needs (3 ed.) oleh J.J. Venn (2004)

Apabila melaksanakan aktiviti membaca untuk tujuan kefahaman khususnya membaca senyap, guru perlu peka dengan tingkah laku murid-murid. Ini disebabkan wujud tingkah laku-tingkah laku yang boleh memberi maklumat kepada guru tentang murid berkenaan dan masalah bacaan yang sedang dihadapinya. Kemungkinan murid berkenaan tidak boleh membaca lancer, menghadapi masalah ejaan dan masalah berkaiatn membaca yang lain. Adalah baik untuk guru menggunakan senarai semak untuk tujuan dokumentasi dan rujukan apabila intervensi dilaksanakan.

32

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

Contoh 9 : Senarai Semak Bacaan Senyap Nama Pelajar : _______________________ Nama Guru : ____________________ Tahap / Gred Petikan: _________________ Tarikh: _________________________ Pemerhatian 1 2 3

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Tingkah laku Semasa Membaca Senyap Menunjuk perkataan satu persatu Menunjuk dengan jari pada setiap baris Membisikkan perkataan Menyebut perkataan dengan kuat Menggerakkan kepala semasa membaca Memegang bahan bacaan terlalu dekat Membaca terlampau lambat. Membaca terlampau cepat / pantas. Mengulang perkataan yang sama Tingkah laku lain yang ketara (nyatakan)

Ulasan / Catatan

Sumber : Ubah suai daripada Teaching Students With Mild Disabilities oleh T. Smith, D. Finn, dan C. rd Dowdy (1993) dlm. Assessing Students With Special Needs (3 ed.) oleh J.J. Venn (2004)

2.5.5

Inventori Bacaan Tak Formal / Informal Reading Inventories

Pentaksiran kefahaman juga boleh dilaksanakan oleh guru. Guru boleh menyediakan sendiri dengan memilih bidang atau aspek yang hendak ditaksir. Sebagai contoh, guru menyediakan soalan pada tahap literal sahaja atau pelbagai tahap yang lebih sukar. Contoh 10 : Inventori Bacaan Tak Formal - Kefahaman Bidang Perbendaharaan kata Asas Kefahaman Kefahaman Perincian Bidang Makna perkataan, perkataan seerti, perkataan berlawan Mengenal tanda arah, iklan, amaran, masa dan tanda maklumat Soalan berbentuk fungsional spt. senarai nama / benda, keadaan, pendapat,sebab dan akibat 33

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

2.5.6

Ujian Kloz / Cloze Test

Ujian kloz merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam mentaksir kefahaman. Ujian kloz memerlukan murid mengisi tempat kosong yang disediakan secara berstruktur dalam petikan dengan perkataan yang sesuai dengan konteks. Tahap kesukaran sesuatu petikan bergantung kepada berapa jumlah tempat kosong yang disediakan dalam petikan. Selain daripada menguji keupayaan membaca, ujian ini berupaya menunjukkan kefahaman murid terhadap pelbagai bahan bacaan. Ujian kloz mudah dibina oleh guru. Guru perlu memilih petikan yang terdiri daripada 250 300 perkataan. Kemudian kosongkan setiap perkataan kelima dalam petikan bermula dengan ayat kedua, Ini dilakukan sehinggalah tamat petikan berkenaan. Walau bagaimanapun guru boleh mengubah suai jumlah perkataan dalam petikan. Begitu juga dengan jumlah perkataan untuk setiap tempat kosong menurut keupayaan murid menggunakan petikan yang sama.

Contoh 11 : Ujian Kloz Sekolah Saya Saya belajar di Sekolah Kebangsaan Jalan Dua, Kelang. Sekolah saya besar dan _______ .(1) Bangunan sekolah saya berwarna _________ (2). Ada lapan ratus orang _______(3) belajar di sekolah ini.

Jawapan : 1. 2. 3. cantik biru murid

Latihan 4

Anda telah mengetahui langkah-langkah untuk menyediakan ujian kloz. Kini , anda dikehendaki membina satu set ujian kloz untuk mentaksir kefahaman bacaan. Bagaimana, boleh anda hasilkan? Anda hebat, pasti anda akan menghasilkan sesuatu yang mantap!

34

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

2.6 2.6.1

MATLAMAT PENGAJARAN Apakah rumusan yang dapat dilakukan apabila mentaksir kemahiran membaca?

Seperti yang telah dibincangkan , pentaksiran membaca dijalankan untuk mengetahui kemampuan atau keupayaan menterjemah simbol-simbol grafik kepada bunyi-bunyi yang bermakna. Dalam proses menterjemah simbol-simbol tersebut, dapat dikenal pasti aspek membaca yang bermasalah. Data yang diperoleh daripada ujian tersebut dapat membantu guru mengenal pasti aspek membaca yang kurang dikuasai. Maklumat ujian boleh membantu guru untuk mengambil tindakan yang seterusnya. Ini termasuklah menyediakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dan merancang intervensi yang akan dijalankan. Sebagai contoh guru perlu peka terhadap strategi, pemilihan teks dan pembinaan bahan bantu belajar yang sesuai. Diharapkan intervensi yang dilaksanakan berjaya mengatasi masalah murid ataupun mengurangkan masalahnya dalam membaca. Kesimpulannya, pentaksiran membaca amat penting dijalankan kerana ia adalah asas dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Pembacaan mekanis dan pembacaan mentalis perlu dikuasai oleh murid-murid . Hanya melalui pentaksiran bacaan untuk kemahiran yang tertentu dapat mengetahui keupayaan individu berkenaan dalam membaca.

Syabas dan Tahniah! Anda telah Berjaya menamatkan Tajuk 2

Rujukan : Lutfig, R.L. (1989). Assessment of learners with special needs. Boston : Allyn & Bacon McLoughin, J.A. (1994). Assessing special students. (4th.ed.). New York : Merrill Pub. Modul 2 : Pentaksiran dan Penilaian dalam Masalah Pembelajaran KPLI-LPBS, 2005. Smith, F. (1983).Understanding reading. Cambridge : Cambridge University Press Ysseldyke, S. (1988). Assessment: Assessment in special and remedial education.(4th.Ed.) Boston : Houghton-Mifflin

35

PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PGSR

36