Anda di halaman 1dari 2

KEMAHIRAN MENGINTERPRETASI TINGKAHLAKU BUKAN LISAN Cuba rujuk dan tafsirkan rajah yang terpapar mengenai komunikasi interpersonal.

Merujuk rajah tersebuthanya 7% daripada perasaan kita disampaikan melalui saluran lisan, (iaitu, perkataan, ayat), manakala 38% pula disampaikan melalui nada suara, dan 55% melalaui saluran bukan lisan termasuk mimik muka, isyarat tangan, kedudukan badan dan sebagainya. Data yang menunjukkan amat menghairankan tetapi benar. Oleh demikian, guru bimbingan dan kaunseling perlu menguasai kemahiran menginterpretasi tingkahlaku bukan lisan kanak-kanak yang ditunjukkan dalam sesi kaunseling. Seterusnya, cuba uji kemahiran anda dari segi menginterpretasi mimik muka. Tuliskan perasaan yang berkenaan pada setiap mimik muka di bawah, kemudian semak jawapan anda dengan jawapan rakan-rakan sekelas anda.

Cara Mengintepretasi Tingkahlaku Bukan Lisan Mehrabian (1972) telah mengenalpasti tiga dimensi yang dikatakan berkesan dalam guru bimbingan dan kaunseling mentafsir tingkahlaku bukan lisan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam sesi kaunseling, iaitu: (i) Tindak balas semulajadi; (ii) Perasaan terangsang; dan (iii) Sifat dominan.

Tindakbalas Semulajadi Biasakah anda perhatikan bagaimana kanak-kanak akan mendampingi seseorang atau objek yang digemari, dan menjauhkan diri daripada orang atau objek yang mereka benci? Perbuatan ini dilakukan mengikut naluri atau intuisi masing-masing. Indikator yang biasa melambangkan perasaan gemar atau suka termasuk konteks mata, sentuhan, condong badan ke depan dan sebagainya. Perasaan Terangsang Perasaan tidak bersifat seksual; sebaliknya ia merujuk kepada semangat yang ditunjukkan melalui nada suara, dan gerakan fizikal. Indikator yang biasa melambangkan perasaan teransang meliputi konteks mata, pelbagai variasi ekspresi muka, pelbagai variasi nada suara, condong badan ke depan dan sebagainya. Sifat Dominan Sifat dominan berkaitan dengan imbangan kuasa dalam satu-satu perhubungan. Ianya menyampaikan maklumat mengenai status, kedudukan, dan kepentingan relative atau dipersepsikan.

Sebagai contoh, kanak-kanak yang pandai atau berasal daripada keluarga yang tinggi status sosio-ekonomi biasanya kelihatan lebih releks dalam sesi kaunseling, secara perbandingan,kanak-kanak yang lemah, dan berasal daripada keluarga miskin biasanya kelihatan kurang yakin, dan berasa rendah diri.

KEMAHIRAN MEMBERI TINDAKBALAS

Anda mungkin juga menyukai