Anda di halaman 1dari 12

OUMM 3203

PENDAHULUAN Mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua etika membawa maksud moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia. Individu pula membawa maksud orang perseorangan, manusia seorang diri, terutamanya dianggap sebagai berbeza daripada yang lain (Kamus Dewan Edisi Empat). Jika dilihat dari sudut lain, etika juga boleh didefinisikan sebagai prinsip kelakuan individuindividu yang boleh menerima dari segi akhlak serta dapat membezakan samaada perlakuan yang dilakukan oleh seseorang individu berkenaan adalah betul ataupun salah. Jika digabungkan kedua maksud ini, maka kita dapat utarakan definisi bagi etika individu adalah himpunan nilai pada diri individu yang membimbingnya dalam membezakan antara yang benar dan yang salah, yang baik dan yang buruk, yang baik dan boleh dilakukan, serta yang tidak patut dan tidak boleh dilakukan. Penghayatan etika individu yang baik dalam kehidupan seseorang manusia adalah amat penting supaya dapat menjalani kehidupan pada laras jalan yang baik dan tepat serta sejajar dengan fitrah sebagai manusia. Fitrah manusia sedari lahir adalah mementingkan kebaikan, kemurnian, kesempurnaan dan hal-hal positif lainya. Namun fitrah ini akan berkembang menjadi lebih baik atau sebaliknya di mana hal ini adalah berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan pembentukan etika individu itu tersendiri. Jika kita merujuk definisi seperti yang diutarakan di atas, etika individu merupakan satu keupayaan bagi membezakan antara perbuatan yang baik atau tidak, yang telus atau bukan dan yang hitam atau yang putih. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada perbentukan etika yang negatif atau yang positif di dalam diri seseorang individu. Antara faktor besar yang boleh saya senaraikan disini adalah seperti yang ditunjukkan di pengurusan grafik di bawah:

Pengaruh Keluarga

Faktorfaktor

Pengalaman Hidup

Pengaruh Rakan Sebaya

OUMM 3203

Merujuk kepada pengurusan grafik di atas; faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan etika individu adalah tiga, iaitu pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya dan pengalaman hidup. Setiap faktor-faktor ini adalah berhubungkait antara satu sama lain dan memainkan peranan yang sangat dominan dalam perbentukan etika kendiri seseorang indiviu samaada mejurus ke arah positif mahupun yang sebaliknya. Setiap daripada faktor yang telah dinyatakan di atas akan dikupas dengan lebih terperinci pada penulisan yang berikutnya di mana akan dinyatakan dengan lebih jelas lagi dengan kaitan nyata contoh-contoh dari kehidupan seharian.

OUMM 3203

Faktor 1: Pengaruh Keluarga (Family Influence) keluarga merupakan satu komuniti kecil di mana di dalam komuniti tersebut terdapat ahli yang saling memerlukan antara satu sama lain. Pembentukan dan pembinaan peraturan dalam keluarga, masalah disiplin atau konflik yang berlaku mahupun kebiasaaan serta pola kehidupan sesebuah keluarga berkenaan bertanggungjawab dalam perbentukan moral ataupun etika diri seseorang individu. Keluarga memberikan pengaruh yang sangat besar dalam perbentukan watak seseorang kerana keluarga memainkan peranan yang sangat dominan dalam perkembangan diri individu. Kanak-kanak seringkali mencontohi atau mengikuti etika dari kelakuan ibu bapa mereka. Sekiranya ibu bapa mereka mempunyai etika yang baik maka kanak-kanak berkenaan akan cenderung mempunyai etika yang baik begitu juga dengan sebaliknya. Ini merupakan pembelajaran secara teladan di mana ibu bapa menunjukkan teladan yang baik bagi membentuk sahsiah atau etika yang baik dalam diri anak mereka. Mengikut pengalaman saya sendiri, etika yang diterapkan oleh kedua ibu bapa serta keluarga saya salah satunya adalah budaya hormat dan berbudi bahasa terutamnya terhadap orang yang lebih tua atau yang berusia. Etika tersebut seperti mencium tangan orang yang lebih tua apabila bersalaman. Selain daripada itu, saya juga dilatih untuk menundukkan badan apabila melintas di hadapan orang tua. Kedua-dua tingkah laku yang ditekankan di sini menunjukkan rasa hormat terhadap orang yang lebih berusia dari kita. Dengan penerapan etika seperti ini di dalam diri saya sejak kecil, saya menjadi terbiasa dan dapat mengamalkan etika berkenaan dalam kehidupan seharian. Etika seperti ini adalah seperti mengamalkan amalan bersopansantun dengan menggunakan laras fikiran yang logik dan matang yang mengimbangi antara perkara yang patut dilakukan dan yang tidak perlu dilakukan. Etika adalah gambaran bagi personaliti kita secara rambang. Saya telah melihat bagaimana keluarga saya mengamalkan etika seperti ini dalam kehidupan seharian sepanjang saya membesar. Saya juga telah melihat apa kesan apabila saya tidak mengamalkan etika ini. Saya pernah dimarahi oleh ibu saya apabila tidak mencium tangan ketika bersalam dengan nenek saya dan berlari-lari di hadapan orang-orang tua yang sedang duduk. Ibu saya pernah menyatakan, belajar menghormati orang lain sebelum mengharapkan diri dihormati, kata-kata hikmat ibu saya yang dahulunya saya tidak mengerti tapi sekarang sangat bermakna bagi diri saya akan saya pegang sampai bilabila. Jesteru, saya dapat lihat pripentingnya peranan keluarga dalam pembentukan etika individu.

OUMM 3203

Selain daripada penerapan etika ketika berhadapan dengan orang tua, keluarga saya juga amat menekankan kepentingan bercakap benar ataupun pada erti kata lain, tidak berbohong mahupun menipu. Berdasarkan pengalaman saya semasa masih kanak-kanak, saya pernah dihukum oleh ibu saya kerana menipu mengenai wang saku yang diberikan olehnya. Saya menyatakan kepada beliau bahwa wang saku saya hilang tetapi sebenarnya wang saku berkenaan saya telah gunakan untuk membeli barang mainan dan bukannya makanan. Mulai dari saat tersebut, saya telah berikrar dan berjanji pada diri saya sendiri bahawa saya tidak akan sekali-kali lagi menipu untuk kepentingan diri sendiri. Tekad ini saya pegang dengan utuh sampai sekarang dan saya salurkan kepada generasi-generasi baharu yang haus dengan etika-etika individu yang berkualiti seperti ini. Faktor 2: Pengaruh Rakan Sebaya (Peer Influence) Setelah keluarga, seseorang individu banyak menghabiskan masanya bersama dengan rakanrakannya, terutama rakan sebaya. Di sini kita dapat lihat bagaimana pengaruh rakan sebaya amat besar dalam perbentukan etika seseorang individu tersebut. Ada yang menyatakan bahawa, untuk melihat perwatakan dan peribadi seseorang kita hanya perlu melihat bagaimana tingkah dan perwatakan rakan mereka. Sekiranya mereka berkawan dengan alim ulama, maka secara tidak langsung mereka akan memiliki peribadi yang baik. Dan sekiranya rakan kita adalah perompak ataupun samseng, maka tidak mustahil yang kita akan terikut menjadi perompak atau samseng suatu hari nanti. Menerusi pengalaman hidup saya, etika yang saya pelajari hasil daripada pergaulan dengan rakan sebaya saya adalah gaya belajar. Saya dahulu berada dalam persekitaran pergaulan yang mementingkan pencapaian dan sentiasa bersaing. Ini telah membentuk peribadi dan juga etika saya terhadap pelajaran kearah yang lebih positif dan bermakna. Pada ketika itu, rakanrakan yang tidak dapat mengikuti rentak persaingan akan tertinggal di belakang dan saya berusaha sedaya upaya agar saya tidak kehilangan rentak dan sentiasa berada seiring dengan rakan yang lain dalam bidang pelajaran. Saya mendalami etika ini hasil daripada pergaulan dengan rakan-rakan yang mempunyai sikap yang positif iaitu sikap yang tidak berputus asa dan sentiasa berusaha. Ini merupakan sudut yang positif yang dapat saya contohi dari rakan sebaya saya suatu ketika dahulu. Etika ini masih saya amalkan sampai sekarang dan banyak membantu saya dalam mengharungi kehidupan pekerjaan dan alam pembelajaran yang semakin mencabar dari hari ke hari.

OUMM 3203

Selain daripada etika budaya belajar yang saya perolehi dari rakan sebaya saya, melalui mereka juga saya belajar untuk membentuk etika kawalan emosi di dalam diri saya sendiri. Menerusi pengalaman yang telah saya lalui, emosi sekiranya tidak dikawal dengan baik dengan menggunakan etika yang betul akan merosakkan hubungan sosial kita dengan orang lain dan juga akan memberikan gambaran yang negatif terhadap kematangan emosi kita. Etika pengawalan emosi ini merangkumi banyak perkara termasuklah bagaimana kita berkomunikasi dengan orang lain, bagaimana kita menerima pendapat ataupun nasihat dan sebagainya. Satu pengalaman yang pernah saya lalui ialah bagaimana saya memberikan reaksi apabila saya dikritik oleh rakan-rakan saya kerana saya pernah melanggar perjanjian antara kami. Oleh kerana saya menyedari bahawa saya telah melakukan kesalahan terhadap rakan-rakan saya, maka saya mencuba sedaya upaya untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan yang diberikan oleh rakan-rakan. Dari sini saya dapat mempelajari etika pengawalan emosi dan juga etika mengakui kesalahan dan tidak ego dalam mengakui kesalahan. Selain daripada sudut positif, ada juga etika kendiri atau etika individu yang terbentuk dari sudut yang negatif. Pada waktu persekolahan dahulu, saya mempunyai seorang rakan yang amat bijak dan sentiasa mengambil bahagian dengan aktif apa-apa sahaja aktiviti yang dilaksanakan di sekolah. Namun sikap positif dia berubah apabila dia mula bergaul dengan pelajar-pelajar bermasalah di sekolah. Lebih menyedihkan lagi apabila dia mula terikut-ikut dengan budaya yang negatif seperti ponteng sekolah, melawan guru dan melakukan vendalisme. Masalah berkenaan menjadi lebih teruk apabila dia disahkan positif dadah melalui ujian air kencing dan digantung persekolahan. Dari sini saya dapat mengambil iktibar bahawa, rakan yang mempunyai etika individu yang negatif mampu menjerumuskan kita ke kancah keburukan sekiranya kita tidak dapat membezakan mana satu perlu dan tidak patut dilakukan. Faktor 3: Pengalaman Hidup (Life Experience) Banyak peristiwa penting yang berlaku sepanjang hidup seseorang membentuk etika kendiri seseorang individu. Pengalaman ini seumpama layar bagi kehidupan seseorang samaada membawa ke perlabuhan dengan selamat ataupun karam di tengah lautan. Analogi yang saya tampilkan di sini adalah sinonim dengan frasa pengalaman merupakan guru yang terbaik kerana melalui pengalamanlah kita dapat menilai baik buruk sesuatu perkara. Sebagai contoh yang saya boleh berikan di sini, sekiranya seseorang melakukan perbuatan mencuri dan tidak mendapat tentangan atau hukuman maka seseorang tersebut akan menganggap mencuri

OUMM 3203

bukan merupakan sesuatu kesalahan dan sentiasa akan mengulangi perbuatan berkenaan. Tetapi sekirannya pencuri berkenaan dihukum maka dia akan merasakan bahawa mencuri merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral dan salah di sisi undang-undang. Bagi contoh pengalaman kehidupan saya yang membentuk etika individu saya salah satunya adalah saya belajar melalui kesilapan apabila saya melanggar peraturan sekolah. Peraturan sekolah yang saya langgar ialah ponteng sekolah kerana hal remeh temeh. Akibat daripada saya ponteng sekolah berkenaan saya banyak ketinggalan dalam pembelajaran walaupun untuk dua hari. Selain daripada itu saya telah diminta untuk berjumpa dengan kaunselor sekolah kerana saya ponteng sekolah tanpa sebab yang kukuh. Saya amat tidak menyukai prosedur berkenaan dan dari sana saya berazam untuk tidak lagi ponteng sekolah atas sebab musabab yang tidak bernas. Selain daripada itu, saya memperbaiki etika diri saya pada ketika itu juga adalah kerana saranan dan nasihat daripada kaunselor sekolah yang saya temui berkenaan. Sesungguhnya pengalaman hidup membina dan membentuk etika diri yang terdapat pada saya sekarang ini. Pengalaman hidup yang boleh saya kongsikan di sini yang berperanan dalam pembentukan etika saya adalah pengalaman saya menipu kedua orang tua saya. Apabila saya melakukan hal yang tidak beretika ini, saya dapat merasakan perasaan bersalah yang amat sangat lebihlebih lagi apabila melihat wajah kedua-dua orang tua saya. Kemudian, secara rela saya akan memberitahu kebenaran terhadap mereka. walaupun saya akan dihukum tetapi saya bebas daripada perasaan bersalah akibat menipu mereka. dalam kehidupan saya sekarang ini, saya sedaya upaya untuk mengelakkan perbuatan menipu walau apa sekalipun alasan yang saya ada. Etika ini saya perolehi hasil daripada naik turun pengalaman hidup saya yang banyak memberikan saya pedoman menilai yang mana boleh dilakukan dan mana tidak. Saya juga belajar dari etika negatif yang saya lihat dari persekitaran sepanjang tempoh saya membesar. Saya banyak melihat banyak masalah-masalah perilaku remaja yang dipapar di dada-dada akhbar. Antara masalah yang selalu dipaparkan ialah mencuri, merompak, meragut dan sebagainya. Apabila pelaku-pelaku yang melakukan hal tersebut ditangkap, mereka akan dihadapkan ke muka pengadilan dan akan menerima hukuman sesuai dengan jenayah yang mereka lakukan. Selain daripada mendapat hukuman, air muka mereka dan juga keluarga mereka tercemar dek ketiadaan etika mereka untuk hidup sebagai insan yang bersahsiah tinggi. Sehubungan dengan itu, saya selalu mengingatkan diri saya supaya sentiasa menjauhkan diri dari sikap berkenaan supaya saya dapat menjaga maruah diri dan juga

OUMM 3203

keluarga dengan baik. Saya selalu memegang pepatah, jangan terhantuk, baru tergadah di mana pepatah ini membawa maksud jangan setelah melakukan perkara berkenaan baru menyesal. Sesungguhnya mencegah adalah lebih baik dari mengubati dan cara saya mencegah diri saya dari terjebak dengan budaya yang tidak beretika adalah dengan sentiasa bermuhasabah diri tentang apa yang saya lakukan, samaada baik atau yang sebaliknya. Jika ada kekurangan saya akan perbaiki.

OUMM 3203

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG SEBAGAI PEDOMAN PILIHAN BERMORAL Sebelum saya mengupas mengenai kaitan antara kedaulatan undang-undang dengan pilihan bermoral, kita teliti dahulu definisi dan makna yang dibawa oleh dua tunjang utama iaitu kedaulatan undang-undang (law of rule) dan pilihan bermoral (moral choices); Setiap negara yang merdeka dan berdaulat mempunyai perlembagaan masing-masing. Perlembagaan dan undang-undang wujud dalam masyarakat bertujuan menjamin

kelangsungan sesebuah negara, menjamin kestabilannya, menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat, menegakkan keadilan serta memberi panduan dan kuasa kepada pemerintah. Justeru, perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik serta menjamin taat setia rakyat sesebuah negara itu. Selain itu, perlembagaan juga menjamin hak dan kebebasan awam mengikut batas-batas yang ditentukan perlembagaan. Ini bermakna, perlembagaan menggariskan hak, kuasa, tanggungjawab dan tatacara yang dapat memandu hubungan antara satu autoriti dengan satu autoriti yang lain supaya ia dapat menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil. Jadi tuntasnya disini, kedaulatan undang-undang (law of rule) merupakan satu kuasa yang tertinggi yang berkait rapat dengan keadilan, yang melibatkan ideal mengenai akauntabiliti ataupun rasa kebertanggungjawaban, keadilan dalam perlindungan, pembenaran hak, pencegahan dan hukuman terhadap mana-mana kesalahan. Kemudian kita beralih kepada konsep pilihan bermoral, pilihan bermoral jika kita teliti maknanya adalah banyak berkaitan dengan soal keagamaan kerana mana-mana agama di dunia ini amat mementingkan etika bermoral tanpa mengira peraturan, undang-undang dan batasan. Moral secara ringkas di sini membawa maksud kemampuan seseorang individu dalam menilai mana perkara yang baik dan mana yang bukan dalam mana-mana situasi dengan menggunakan logik akal. Sekirnya seseorang individu mempunyai daya kesedaran moral diri yang rendah, maka dia mempunyai masalah dalam menyelesaikan masalah yang hadir dalam hidup dia dengan efektif dan besar kemungkinan ada keputusan genting yang dipilih adalah salah. Kesedaran moral atau etika yang tinggi ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor di mana telah dirungkaikan dengan panjang lebar di penulisan saya di atas.

OUMM 3203

Setelah meneliti kedua maksud kata tunjung berkenaan, dapat saya satukan makna bagi bagaimana kedaulatan undang-undang mempengaruhi pilihan yang bermoral. Dalam kehidupan kita ada pilihan bermoral yang bertentangan dengan dasar undang-undang yang telah terpatri dan kita perlu memilih antara mengikuti moral yang kita rasa logik ataupun undang-undang yang telah termaktub. Undang-undang digubal adalah bertindak sebagai panduan kepada kita dalam membuat pilihan yang tepat dan bermoral. Untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam, saya akan sertakan contoh dan juga merupakan pengalaman yang pernah saya lalui yang melibatkan kedaulatan undang-undang dengan pilihan bermoral. Saya juga pernah mengalami pengalaman bagaimana kedaulatan undang-undang membantu saya dalam membuat pilihan yang bermoral dengan baik. Pengalaman ini banyak mengajar saya bahawa etika individu merupa aspek yang amat penting dalam tampil sebagai individu yang mempunyai perwatakan yang dihormati oleh orang lain. Saya pernah mengalami delema samaada untuk membantu rakan saya ataupun menegakkan undang-undang yang telah termaktub. Rakan baik saya melakukan kesalahan mencuri barang dari sebuah kedai runcit, namun harga bagi barangan tersebut adalah kurang daripada Rm2 sahaja. Saya tersepit antara dua keadaan, di mana kalau saya melaporkan perkara berkenaan kepada pihak-pihak yang berkenaan, air muka kawan saya dan juga keluarganya akan tercemar dan secara tidak langsung akan mempengaruhi masa hadapannya di mana dia akan dikenali kerana pernah mencuri. Namun pada masa yang sama, sekiranya saya tidak melaporkan perkara berkenaan kepada pihat yang berkaitan dan hanya memberikan nasihat kepada beliau, mungkin pada satu masa nanti dia akan mengulangi perbuatan berkenaan kerana merasakan tingkah laku beliau yang berkenaan adalah tidak salah kerana tidak mendapat apa-apa hukuman. Oleh kerana sedar akan situasi berkenaan memerlukan penghayatan terhadap kedaulatan undangundang dan juga pertimbangan moral yang adil, akhirnya saya melaporkan perkara berkenaan kepada ibu bapanya dan menyerahkan kepada mereka akan tindakan macam mana yang mereka akan kenakan kepada anak mereka. Pengalaman yang kedua ialah apabila saya perlu membuat pertimbangan samaada untuk membuat euthanasia (teknik untuk membunuh haiwan perliharaan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan) terhadap kucing saya atau memberikan apa sahaja sokongan yang termampu di klinik haiwan untuk membantu ia hidup. Setelah membuat pertimbangan yang lama dan mendalam, akhirnya saya bersetuju untuk melakukan euthanasia terhadap kucing saya. Alasan saya adalah berpandukan kepada undang-undang walaupun pada masa yang

OUMM 3203

saya aspek moral membelengu keputusan saya. Dari sudut undang-undang euthanasia adalah bertujuan untuk memberhentikan penderitaan haiwan perliharaan apabila semua cara bagi menyelamatkannya telah dicuba dan hasil yang diperolehi adalah negatif. Pada masa itu, kucing saya mengalami kecederaan yang teruk akibat dilanggar oleh kereta dan doktor haiwan telah mencuba pelbagai cara bagi menyelamatkannya. Apa yang disarankan oleh doktor adalah membenarkan kucing berkenaan untuk tidur buat selama-lamanya. Perkara ini adalah terdapat dalam perundangan perubatan kerana haiwan tidak boleh disiksa untuk terus hidup dan doktor lebih memahami bila waktu yang sesuai untuk membenarkan haiwan kesayangan kita pergi untuk selamanya. Namun bila saya lihat dari sudut moral, kita sebagai manusia tidak mempunyai hak untuk mencabut nyawa pemberian Tuhan kepada mana-mana makhluk hidup. Setiap makhluk mempunyai hak untuk hidup dan bernafas. Sesungguhnya pertimbangan dengan menggunakan moral sahaja tidak semestinya tepat, kita seharusnya selalu merujuk kepada kedaulatan undang-undang bagi membantu kita membuat keputusan yang betul. Di sini saya boleh lihat, betapa pentingnya kedaulatan undang-undang dalam membantu seseorang individu bagi membuat pertimbangan moral yang adil dan matang. KESIMPULAN Merujuk kepada konsep etika yang telah saya terangkan di atas, secara ringkasnya di sini etika merupakan kebolehan seseorang individu bagi menilai atau memilih antara perkara yang betul atau tidak, buruk atau baik. Pembentukan etika individu ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang mempunyai kaitan antara satu sama lain. terdapat tiga faktor yang memainkan peranan penting dalam perbentukan etikan individu iaitu pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya dan juga pengalaman hidup. Keluarga merupakan perkara terpenting dan terapat dalam kehidupan seseorang individu maka tidak hairanlah keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan identiti individu. Ibu bapa terutamanya perlulah memainkan peranan bagi memberikan teladan yang baik terhadap anak mereka supaya dengan kayu yang larus dapat menghasilkan bayang yang lurus dan begitu juga dengan sebaliknya. individu yang mempunyai peribadi dan etika yang unggul biasanya lahir dari dalam keluarga yang mementingkan etika dan peradaban dengan cara yang betul. Tuntasnya, peranan keluarga adalah sangat penting bagi mewarnai keperibadian yang unggul dalam diri seseorang individu.

OUMM 3203

Rakan sebaya juga mempengaruhi perbentukan identiti seseorang individu kerana selepas keluarga kita selalu menghabiskan masa dengan rakan kita. Jika rakan kita baik, makan hasilnya identiti yang terbentuk dalam diri kita adalah baik dan begitu juga dengan sebaliknya. Selain dari dua faktor berkenaan, pengalaman hidup juga penting dalam membina etika yang betul kerana naik turun kehidupan kita merupakan guru yang terbaik. Ini adalah kerana, dengan melalui kita menjadi lebih memahami dan berpengalaman untuk mengetahui kenapa sesuatu perkara berkenaan salah dan kenapa ianya betul. Ketiga-tiga faktor ini sentiasa berkaitan antara satu sama lain, dengan mempunyai keluarga yang baik, iaitu bimbingan yang baik makan seseorang individu akan terbimbing untuk mencari rakan yang baik dan akhirnya memperolehi pengalaman hidup yang baik dalam membantu perbentukan etika individu yang cemerlang.

(2,984 patah perkataan)

OUMM 3203

RUJUKAN Kasmini Kassim (1994). Memahami Jiwa Kanak-kanak 2, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Eow Boon Hin (2000). Pendidikan Moral, Kuala Lumpur: Pearson Education Malaysia Sdn Bhd.

Kamal Abd Kamal (1998). Masalah & Penyelesaian dalam Kaunseling Islam (2), Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Rozumah Baharudin & Siti Nor Yaacob (1999). Menyelesaikan masalah Disiplin Anak Anda, Singapore: Times Books International.

Soelaeman M.I. (1994). Pendidikan dalam Keluarga, Bandung: CV Alfabeta.