Anda di halaman 1dari 26

Isi Kandungan

No 1 2 3 4 5 8 6 7 8 9 14 10 23 11 12 Rumusan Lampiran 25 26 Latiha-latihan Persediaan Prinsip Aksi Reaksi Hukum-hukum Newton Fasa Lompatan Gaya Lompat Tinggi 14 12 12 Tajuk Pengenalan Sejarah Peralatan Ukuran Ciri-ciri Umun Lompatan 7 2 5 M/s 2

1. PENGENALAN Acara lompat tinggi secara amnya dikuasai oleh atlit-atlit yang bertubuh tinggi dengan kualiti lonjakan yang baik. Kelajuan memecut tidak dianggap sebagai kriteria yang penting seperti dalam acara lompat jauh atau lompat kijang. Namun begitu, terdapat juga atlit yang bertubuh rendah tetapi telah mencapai kejayaan kerana kualiti lonjakan yang istimewa. atlit-atlit yang bertubuh rendah dengan kualiti lonjakan yang baik biasanya akan lebih berjaya dalam acara lompat jauh atau lompat kijang berbanding dengan acara lompat tinggi. 2. SEJARAH Lompat tinggi merupakan acara padang dalam sukan olahraga. Atlet lompat tinggi bebas memilih gaya lompatan yang sesuai dengan keupayaan mereka sendiri. Lompat tinggi telah dipertandingkan di Sukan Olimpik sebagai acara individu dan termasuk sekali dalam acara Lelaki Decathlon dan Perempuan Heptathlon. Mengikut sejarah, acara lompat tinggi telah bermula seawal Olimpik pada zaman Greece. Rekod pertama bagi acara lompat tinggi bermula pada abad ke-19 di Scotland, dengan pencapaian atas 1.68 m oleh peserta ketika itu. Pada abad ini peserta lompat tinggi melompat dan mendarat di atas tanah yang berumput dengan menggunakan gaya gunting, iaitu dengan cara lunjakkan kaki yang jauh dari palang. Gaya ini mengkehendaki kaki bersilang diatas palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan duduk berlunjur. Gaya ini banyak mendatangkan kecederaan kepada para peserta.

Namun pada sekitar abad ke-20 gaya gunting telah dimodenkan oleh warga IrishAmerica, M.F. Sweeney. Gaya yang dimodenkan ini dikenali sebagai gaya timur. Gaya ini seakan-akan gaya Gunting, tetapi bahagian belakang mendatar semasa melompat melepasi palang. Sweeney telah berjaya mencipta teknik yang bekesan dan mensipta rekod pada 1895 dengan ketinggian 1.97 m. Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau Asia. Sebenarnya, inilah gaya pertama diguna oleh Sweeney yang mendorong kebanyakan orang Pantai Timur Amerika menggunakannya.

Kemudian, pada tahun 1912, gaya barat diperkenalkan oleh seorang lagi warga Amerika, M.F. Horine. Gaya ini dikatakan lebih efisyen berbanding sebelumnya. Menerusi gaya ini, M.F. Horine berjaya melompat setinggi 6 kaki 7 inci dalam tahun 1912 dan gayanya pula ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika Barat.

Kemudian, pelompat Amerika dan Rusia telah menggunakan gaya pelana yang menjadi ikutan pelompat-pelompat yang lain. Ini merupakan satu gaya lompat tinggi yang cukup popular dan dari segi mekanik pergerakan gaya ini sungguh beruntung dan berkesan dari gaya-gaya lompatan yang lain. Buktinya, dalam pertandingan Olimpik di Rome dalam tahun 1960, 17 orang peserta memasuki pertandingan akhir dan dari 17 orang peserta itu 14 orang menggunakan gaya pelana.

Kemudian, pada Sukan Olimpik 1968, di Mexico Dick Fosbury dari Amerika Syarikat telah memperkenalkan satu teknik lompatan gaya baru dalam bidang lompat tinggi yang membolehkannya memenangi pingat emas. Gaya ini telah popular dan dikenali sebagai

gaya Fosbury (atau gaya lentang) di mana pelepasan palang di buat dengan bahagian belakang (bahu) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hampir dengan bahagian tengkuk. Untuk tujuan keselamatan, tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa atlet melakukan latihan mahupun ketika pertandingan dilangsungkan.

Berdasarkan sejarah di atas, jelas menunjukkan bahawa cara dan teknik lompat tinggi mengalami perubahan daripada gaya lompatan, pusingan dan flop. Walau bagaimanapun gaya yang sering menjadi pilihan atlet ialah gaya pelana (straddle) dan gaya Fosbury.

Ketinggian atlet dan penguasaan teknik lompatan adalah faktor utama untuk menghasilkan lompatan yang baik. Asas lompatan yang baik adalah kebolehan peserta untuk menukar momentum tegak yang akan menaikkan badan peserta melepasi palang. Oleh itu, penujuan dan lonjakan yang tepat sangat penting dalam acara lompat tinggi. Oleh sebab itu, atlet yang mengambil bahagian dalam acara lompat tinggi kebanyakannya mempunyai susuk badan yang kurus dan tinggi lampai.

Bagi rekod dunia acara lompat tinggi, rekod tertinggi bagi atlet lelaki dipegang oleh Javier Sotomayor dari Cuba dengan ketinggian 2.45 m pada 27 Julai 1993 di Salamanca, Sepanyol manakala wanita pula dipegang oleh Stefka Konstadinova dari Bulgaria dengan ketinggian 2.09m pada 30 Ogos 1981 di Rome, Itali. Bagi rekod kebangsaan acara lompat tinggi kategori lelaki dipegang olehLoh Kum Zee dengan

ketinggian 2.24 m pada 14 Disember 1995 di Chiang Mai, Thailand manakala bagi kategori wanita pula dipegang oleh Nor Aishah Ismail dengan ketinggian 1.77 m pada 15 Julai 1990 di Kuala Lumpur. Antara jaguh-jaguh lompat tinggi Malaysia yang lain adalah seperti Arifin Rahmat, Baljit Singh Sidhu, Ho Yon Wah, Glady Chai Ng Mei dan Shabana Khanum. 3. PERALATAN Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :3.1 Tiang Lompat Tinggi. Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan. 3.2 Palang Lompat Tinggi. Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah

sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang. 3.3 Kawsan Mendarat Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa teknik lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan yang sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan pendaratan hanya terdiri daripada satu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta. 3.4 Pita Pengukur Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.

UKURAN 4.1 Tiang Lompat Tinggi Tiang Lompat Tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam.

3.2 Palang Lompat Tinggi.

Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Berat maksimum palang ini ialah 2 kg. Palang ini diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Alat sokongan ini hendaklah berbentuk segi empat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang.
3.3 Kawasan Mendarat

Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut bergetah dan berbentuk segiempat dengan saiz 5 meter panjang dan 4 meter lebar dan 1 meter tebal.
3.4 Pita Pengukur

Pita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan. Pegawai pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu ketinggian tertentu

mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan diukur daripada bahagian tengah palang ke aras tanah.

4. CIRI-CIRI UMUM ACARA LOMPATAN Kejayaan suatu kejurulatihan adalah gabungan daripada aspek seni dan sains. Tiada atlit yang tidak berpengetahuan tentang faktor sainstifik mengenai pergerakan manusia, yang sekarang dikenali sebagai satu bidang biomekanik. Kita dapat lihat banyak kes mengenai manusia genius dengan pemberian tuhan adalah lebih baik daripada orang yang mengambil bahagian.Menurut Dick Fosbury , pengasas gaya Fosbury dalam lompat tinggi, latihannya berpusatkan kekuatan latihan yang digunakan, menjadi kawan baik dengan jurulatih dan menanamkan semangat untuk memecahkan rekod dunia dan akhirnya dia mendapat pingat emas dalam Olimpik.Setiap lompatan mengandungi fasa penujuan larian, penukaran kelajuan secara mendatar kepada kelajuan menegak dan pendaratan. Perkara ini mempunyai banyak kesinambungan daripada satu acara ke acara yang lain. Jika sesuatu konsep mekanikal difahami, ia akan mudah digunakan untuk acara yang lain.

Prinsip-prinsip mekanik yang terlibat dalam acara lompat tinggi ini dibincang dengan ringkas :5.1 Pergerakan Terdapat dua jenis pergerakan iaitu :8

i) ii)

Pergerakan mendatar (Linear Motion) Pergerakan menegak (Vertical Motion)

Dengan ringkas, seseorang atlit perlu meminda pergerakan mendatar kepada pergerakan menegak. A Pergerakan Mendatar. B Pergerakan Menegak. C Vektor Resultant 1. Lari landas menghasilkan pergerakan mendatar A. 2. Lonjakan dari lari landas di point X menghasilkan pergerakan menegak B. 3. Hasil gabungan pergerakan mendatar dan pergerakan menegak mengakibatkan layangan dalam bentuk parabola C. 5.2 Momentum Halaju dan momentum adalah konsep-konsep penting dalam kemahiran sukan. Momentum adalah hasil darab jisim dan halaju ialah kuantiti pergerakan yang dikandung oleh sesuatu jasad. Lebih meningkat halaju atau lebih berat jisim, maka momentum jasad itu akan bertambah. Ia juga boleh dipindahkan dari sebahagian badan ke seluruh badan misalnya hayunan atau kilasan kaki bebas dengan kuat pada fasa lonjakan dalam lompat tinggi supaya

dapat menghasilkan momentum yang lebih untuk membawa badan pada takat yang lebih tinggi. Pergerakan lengan dan bahu juga menolong melonjakkan badan ke atas. 5.3 Daya Sentrifugal 1. Daya Sentrifugal 2. Daya Sentripetal. 3. Daya Ikut Tangen Selain daripada pergerakan mendatar dan menegak terdapat juga daya sentrifugal. Apabila sesuatu jasad melakukan pergerakan dalam bentuk sesuatu bulatan, pada hakikatnya terdapat satu jenis daya yang bertindak ke arah pusat bulatan itu dan satu lagi daya yang sama wujud dalam arah yang bertentangan. Daya yang bertindak ke luar dikenali sebagai Daya Sentripetal. Kedua-duanya dilaksanakan hanya apabila ada geseran pada bumi di pusat bulatan. Sekiranya terdapat suatu daya sentrifugal sebagai bertindak kepada pusat bulatan dan tidak terdapat geseran pada pusat itu, maka daya ini akan dilepaskan pada titik bulatan yang tertentu dan memecut dalam bentuk tangen pada pusat bulatan itu. Untuk mencapai lonjakan yang tinggi, seseorang atlit itu haruslah menggabungkan konsep-konsep pergerakan dengan daya sentrifugal seperti rajah di atas. 5.4 Putaran Pergerakan-pergerakan putaran bertujuan mendapat layangan merentasi palang adalah dua jenis iaitu direct dan Iindirect. Putaran direct dicapai semasa atlit ada kontrak
10

dengan bumi manakala putaran indirect semasa atlit tidak mempunyai kontrak dengan bumi. Putaran indirect dicapai dengan membawa masuk dengan kuat kaki bebas setelah lonjakan untuk menambah lagi daya sentrifugal. 5.5 Graviti Dan Pusat Graviti Satu daripada prinsip yang sangat penting adalah daya graviti bumi yang berkesan pada atlit dan bagaimana atlit itu boleh memindahkan pusat graviti pada badannya supaya memperolehi lompatan yang paling berjaya. Ketinggian yang lebih boleh dicapai dengan jumlah daya yang sama sekiranya pusat graviti ditempatkan rapat kepada bahagian atas palang. Walau bagaimanapun gayagaya yang membolehkan penempatan pusat graviti seperti ini juga melibatkan atlit-atlit mendarat dalam posisi yang mencemaskan. Konsep di atas digambarkan oleh Gambarajah 4. Jasad-jasad a dan b yang kedudukannya menegak dapati pusat graviti masing-masing agak jauh di atas palang. Manakala dalam jasad c, terdapat kedudukannya yang leper membolehkan pusat graviti adalah sangat hampir pada palang. Gambarajah-gambarajah di bawah menunjukkan beberapa gaya dalam acara lompat tinggi yang tidak sempurna dari segi pemindahan pusat supaya mendapat satu lompatan yang tinggi. Tanda x menunjukkan pusat graviti atlit yang tinggi di atas palang.

11

PRINSIP AKSI REAKSI Konsep : Walaupun arus jalan pusat graviti tidak boleh diubah setelah kaki meninggalkan bumi dengan mengubahsuaikan segmen-segeman tertentu dalam badan secara mengaplikasikan hukum reaksi membolehkan segmen-segmen badan mengikuti itu di angkat. Konsep menerangkan bahawa apabila sesuatu bahagian badan dikenakan sesuatu gerakan tertentu, maka kita akan mendapat satu pergerakan di bahagian badan yang lain. Apabila kedua belah tangan atlit di hayun dengan kuat semasa lonjakan seluruh badan akan turut terangkat. Setelah lonjakan seluruh kaki bebas ditarik masuk dengan kuat untuk menghasilkan putaran badan. Dengan ini kedua belah kaki akan dapat melepasi palang. Ketika bahagian pinggang melepasi palang, pinggang dilenturkan. Pergerakan inilah mengangkat kedua tangan dan kedua kaki melepasi palang dengan mudah. Semasa lari landas dilakukan, tumit kaki hadapan di tanam dengan kuat, reaksi dari tindakan ini akan memindahkan pergerakan mendatar kepada pergerakan menegak. Prinsip-prinsip yang telah dibicangkan ini adalah mustahak bagi seseorang atlit untuk mencapai tahap pencapaian lompatan yang tinggi.

HUKUM-HUKUM NEWTON Prinsip-prinsip mekanik juga melibatkan hukum-hukum seperti di bawah :


7.1

Hukum Inertia (Hukum Pertama)


12

Setiap jasad akan terus berada dalam keadaan rehat atau terus bergerak dengan halaju yang sekata pada satu arah lurus sehingga terdapat satu daya yang mengubah keadaannya.
7.2

Hukum Pecutan (Hukum Kedua)

Kadar penurunan momentum adalah secara terus dengan daya yang digunakan dan pertukaran ini berlaku pada arah yang sama dengan arah tindakan daya.
7.3

Hukum Tindakbalas (Hukum Ketiga)

Untuk sebarang tindakan selalu terdapat suatu tindakbalas yang sama magnitutnya tetapi pada arah yang bertentangan.

13

5. FASA LOMPATAN TINGGI Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu : a) Penujuan larian menghala ke palang b) Lonjakan tindakan kaki untuk menaikkan badan c) Layangan gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang. d) Pendaratan sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat 6. GAYA LOMPAT TINGGI

Terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.

9.1 Gaya gunting

pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di luar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.

14

FASA-FASA DALAM LOMPAT TINGGI

Penujuan

1. Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira-kira 30 darjah. 2. Pelompat menggunakan 7-9 langkah. 3. Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan. 4. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.

Lonjakan

1. Pelonjak melonjak dengan kaki luar. 2. Semasa melonjak, kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul di hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan.

Layangan

1. Kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang. 2. Bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong ke arah palang. 3. Kaki lonjak dihayun ke atas.

15

Pendaratan

1. Pelompat melompat di atas punggung atau dengan dua belah kaki.

9.2 Gaya timur pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan (90%). Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.

9.3 Gaya guling barat penujuan ke palang adalah secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat berguling selari dengan palang untuk membuat pelepasan.

16

9.4 Gaya pelana Gaya ini adalah hampir sama dengan gaya guling barat. Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.

FASA-FASA DALAM LOMPAT TINGGI

a) Penujuan Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan langkah menuju ke palang dari sudut 30-45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan
17

terkawal. Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir.

b) Lonjakan

Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat hendaklah melompat dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian hujung kaki. Serentak dengan tolakann ini, kaki bebas dihayun dengan kencang ke atas paras palang. Fasa lonjakan ini juga dibantu dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas.

c) Layangan

Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada dalam keadaan hampir selari dengan palang yang berada di bawahnya. Ketika ini, badan dan kaki bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat. Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan.

d) Pendaratan Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas bahagian belikat atau bahagian belakang badan.

18

KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN DALAM LOMPAT TINGGI GAYA PELANA

a) Larian menuju palang terlalu pantas hingga tidak terkawal. b) Badan ke hadapan semasa bahagian tumit kaki lonjak mencecah tanah. c) Kaki bebas tidak dihayun secara maksimum ke atas. d) Badan dikilas terlalu awal sebelum bahagian kepala dan bahu kanan melepasi palang.

9.5 Gaya Fosbury Flop Penujuan ke palang sebelum pelompat melonjak adalah secara melengkung. Pelompat melepasi palang dengan membelakangi palang.

Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya pelana dan gaya Fosbury Flop. Walau bagaimanapun masih ada guru yang mengajar gaya gunting
19

kepada murid-muridnya meskipun gaya ini mempunyai banyak kekurangan. Mengikut prinsip mekanikal, gaya ini kurang berkesan kerana seluruh berat badan pelompat terpaksa dibawa lebih tinggi dari paras palang sebelum pelepasan dapat dilakukan dalam keadaan berlunjur. Meskipun demikian, gaya gunting masih boleh diajar di atas sebab-sebab yang lain.

Gaya pelana adalah suatu gaya lompatan yang sesuai untuk pelompat yang mempunyai kaki lompatan yang kuat. Bagi gaya Fosbury Flop pulapelompat yang nahir dalam penujuannya akan dapat melepasi palang dengan mudah. Murid yang telah biasa dengan gaya gunting tidak akan menemui kesulitan apabila diajar teknik lompatan Fosbury Flop. Cara membuat lonjakan bagi gaya gunting mempunyai banyak persamaan dengan cara membuat lonjakan bagi gaya Fosbury Flop. 9.5.1 FASA-FASA DALAM LOMPAT TINGGI Dalam acara Lompat Tinggi (gaya flop) seseorang atlit akan melalui empat fasa iaitu : a) b) c) d) Fasa Lari Landas. Fasa Lonjakan. Fasa Layangan. Fasa Mendarat.

a) FASA LARI LANDAS

20

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi lari landas yang akan membawa seseorang atlit lompat tinggi pada suatu tahap yang paling sesuai untuk melakukan fasa lonjakan seterusnya. Faktor-faktor itu adalah :1. Kelajuan : Atlit dikehendaki berlari secepat mungkin tetapi dengan halaju yang terkawal. Ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk melintasi palang kerana tinggi palang. 2. Arah : Atlit hendaklah menuju ke arah palang pada sudut 20 hingga 30 dari satah tegak palang. Dalam gaya flop ini di bahagian akhir lari landas atlit perlu mengubah arahnya pada satu lengkungan. Ini dilakukan untuk mendapatkan daya sentrifugal yang sangat penting bagi gaya flop. Terdapat tiga gaya lari landas yang sering digunakan dalam gaya flop seperti berikut : 1. Lari lengkung dari mula lari landas untuk mendapat kepantasan yang optima seperti Dick Fosbury. 2. Bermula lari secara lurus kemudian melencong pada empat langkah terakhir. 3. Secara lari atas garisan lurus menuju ke palang. Lari landas melibatkan di antara 7,9 atau 11 langkah yang laju. Untuk mendapat daya sentrifugal yang unik dalam gaya flop empat langkah terakhir hendaklah dilakukan dalam garisan satu lengkungan seperti di bawah. Tempat mula lari landas adalah 70 hingga 80 dari permukaan satah palang seperti digunakan oleh beberapa atlit ternama.

21

b) FASA LONJAKAN Tujuan lonjakan adalah untuk mengubah pergerakan mendatar kepada pergerakan menengak dan untuk mengangkat pusat graviti atlit ke atas palang. Pada akhir lari landas kaki lonjakan dihentak pada bumi dengan tumit untuk mendapat daya tindakbalas yang akan mengangkat badan. Kemudian kaki lonjakan diguling dari tumit ke tengah kaki ke jari kaki sambil menekan bumi. Badan di condong sedikit ke belakang sambil kedua tangan dihayun ke atas. Serentak dengan ini sejurus sahaja badan terangkat dari bumi, kaki bebas di angkat sambil dipusing ke dalam untuk mendapat daya putaran supaya badan mencapai layangan istimewa flop. Pada masa ini kepala dihalakan ke palang dan atlit mesti melihat palang. Perkara yang perlu diingati adalah semasa lonjakan dibuat pusat graviti hendaklah berada di atas kaki lonjakan. Atlit yang melonjak dengan kaki kiri melompat dari sebelah kanan palang manakala atlit yang melonjak dengan kaki kanan mula lari landasannya dan melompat dari sebelah kiri palang lompat tinggi. c) FASA LAYANGAN Sekiranya fasa lari landas dan fasa lonjakan adalah semurna, atlit akan mencapai fasa layangan yang diingini. Dalam fasa layangan ini, tujuannya adalah untuk membawa pusat graviti melepaskan palang secara ekonomikal dan mudah. Putaran yang dihasilkan oleh kaki bebas dalam fasa lonjakan tadi akan membawa badannya secara belakang atlit menghadap palang.

22

Ketika ini kaki masih belum melepasi palang dan pusat graviti masih berada di belakang dan rendah dari palang. Atlit akan mengangkat kepalanya dan ini akan mengangkat bahagian bahu. Gerakan ini akan bertindakbalas secara kakinya akan melurus sambil melintas atas palang. Kakinya hendaklah dikangkang sedikit. d) FASA MENDARAT Dalam fasa ini badan atlit setelah melepasi palang sedang jatuh dari tinggi ke bumi. Jenis daya yang dihasilkan adalah daya kinetik yang makin jatuh makin bertambah. Seseorang atlit ketika ini mesti menyediakan dirinya dengan mengadakan kedua lutut jauh dan dagunya rapat pada dada. Mulutnya mesti ditutup supaya tidak tergigit lidah. Untuk mengurangkan hentakan maka atlit mesti cuba mendarat pada bahunya. Sekiranya tenaga kinetik terlampau ia dikehendaki melakukan gulingan ke belakang untuk menyerap hentakan impact.

LATIHAN LATIHAN PERSEDIAAN


10.1

Latihan Garisan

Palang lompatan diletakkan di atas lantai gelanggang. Pendekatan melompat pada sudut 45 digunakan. Kaki dihayunkan ke hadapan dan lompatan dibuat melintasi palang dengan pendaratan kaki yang sama. Kesesuaian latihan ini adalah untuk peserta yang baru mempelajari gaya ini. 10.2 Latihan Pergerakan Kaki.

23

Palang lompatan diletakkan kira-kira satu meter tinggi dari lantai. Sudut 45 digunakan untuk melompat dengan tiga langkah larian. Latihan melompat melepasi palang dilakukan dan pendaratan masih dilakukan dengan menggunakan kaki hadapan. (Latihan pendaratan juga boleh dilakukan serentak dengan latihan menaikkan palang dan tilam digunakan untuk mendarat).
10.2

Latihan Kepantasan Dan Kekuatan Kaki

Larian boleh dibuat beberapa langkah dan melompat aerta menendang sesuatu objek yang digantungkan. Perlakuan dalam latihan ini hendaklah dilakukan dengan berhatihati kerana ia agak merbahaya.
10.3

Latihan Melonjak

Palang diletakkan lebih tinggi di bahagian kaki dan direndahkan di bahagian kepala pelompat. Dengan cara ini, pelompat dapat menguji keupayaan kakinya untuk membuat lonjakan yang lebih bertenaga.
10.4

Latihan Gulingan Badan

Kedudukan palang adalah lebih tinggi di bahagian kepala dan direndahkan di bahagian kaki pelompat. Keadaan ini akan membolehkan pelompat memebuat gulingan badan pada aras yang lebih tinggi. Pergerakan badan akan mendahului pergerakan kaki yang berpusing di atas palang. Cara mendarat yang betul boleh dicapai melalui latihan ini.

24

7. RUMUSAN Kelajuan, ketinggian, sudut dan keseimbangan adalah empat elemen utama untuk semuaacara lompatan. Semua kejurulatihan dan kerja teknikal mesti memusatkan keseluruhan asas mekanikal. Kelajuan ketika lonjakan akan memberi kesan kepada arah layangan. Ketinggian pinggang ketika lonjakan penting kerana tarikan graviti keatas atlit ketika dia di udara. Kesimbangan pula mestilah tetap semasa layangan ketika atlit melakukan pergerakan parabola. Setiap pelepasan daripada setiap elemen ini akan menentang kesan perlaksanaan lompatan

25

8. LAMPIRAN

26