Anda di halaman 1dari 6

SISTEM PENJENTERAAN DAN TEKNIK MODEN YANG DIGUNAKAN DALAM PENGELUARAN TANAMAN PADI

PENYEDIAAN SAWAH MENGGUNAKAN JENTERA


Dalam proses penyediaan sawah, kebiasaannya kita menggunakan jentera seperti traktor 4 roda. Kelebihan : Memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja pembajakan sawah. Untuk menggamburkan tanah supaya benih-benih tanaman dapat ditumbuh. Hasil tanaman dapat dipertingkatkan.

MEMBAJAK KERING

KAWASAN SAWAH YANG TELAH SIAP DI BAJAK.

MENANAM PADI DENGAN JENTERA


Menanam padi dengan jentera mula diperkenalkan di Malaysia dalam tahun 1970an tetapi kurang mendapat sambutan kerana terdapat kaedah yang lebih murah dan mudah iaitu penanaman secara selerak atau tabur terus. Bagaimanapun akhir-akhir ini, jentera menanam mula digunakan terutamanya untuk pengeluaran benih padi. Penanaman dalam barisan memudahkan aktiviti kawalan mutu benih. Anak semaian disediakan dalam talam dan boleh digulung seperti karpet untuk dibawa ke ladang untuk penanaman dengan jentera. Jentera menanam kini terdapat model pandu diatas seperti traktor. Sekali jalan jentera ini boleh menanam 6 baris. Penanaman padi menggunakan kaedah mengubah (transplanting) ini mempunyai pelbagai kelebihan seperti : Jarak tanaman dan bilangan anak benih boleh diubah mengikut kesesuaian pada mesin tersebut. Memudahkan pengurusan rumpai, penyakit dan perosak. Mengurangkan penggunaan benih. Mengurangkan populasi padi angin Menjadikan penggunaan air lebih efisyen dan pelbagai kelebihan lain walaupun kos permulaannya agak tinggi. Hasil padi juga lebih tinggi dan berkualiti dengan penggunaan kaedah penanaman menggunakan transplanter.

TANAMAN PADI KAEDAH TRANSPLANTER (CALET)

TANAMAN PADI KAEDAH ROW SEEDER (PENYEBARAN BIJIH BENIH)

MENUAI PADI MENGGUNAKAN JENTERA


Menuai padi menggunakan jentera jenis sederhana (30 kuasa kuda) atau jenis besar(100 kuasa kuda). Jentera ini hanya digunakan semasa proses menuai dilakukan, sawah padi akan dikeringkan dengan mengalirkan air ke terusan. Ini bertujuan memudahkan proses penuaian dilakukan.Membanting adalah proses menuai padi dan padi diasingkan dari tangkainya secara automatik menggunakan jentera.

PEMBAJAAN PADI MENGGUNAKAN JENTERA


Penggunaan mekanisasi dalam proses pembajaan menjadikan kerja lebihkonsisten dan berkesan. Terdapat dua jenis baja yang biasa digunakan olehpetani iaitu baja jenis butiran dan baja jenis cecair Setiap jenis baja tersebutmemerlukan alat yang khusus untuk disebarkan pada tanaman. Bagi baja jenis butiran, penaburan dapat dilakukan menggunakan penabur baja dan penyembur kabus. Bagi baja jenis cecair, semburan dapat dilakukan menggunakan penyembur boom dan penyembur kabus.

MENYEMBUR KAPOR CECAIR DISAWAH PADI

PENYEMBURAN DILAKUKAN DIATAS TANAH SAWAH YANG LEMBAB.

PENYEMBURAN RACUN RUMPAI MENGUNAKAN JENTERA


Penyemburan racun perosak juga menggunakan jentera yang sama dengan pembajaan di sawah padi. Menyembur dengan penyembur galang memberikan semburan yang seragam dan berkesan kerana semburan menegak ke bawah dan meliputi sepenuhnya kawasan yang hendak disembur berbanding dengan penyembur galas yang menyembur condong ke sasaran. Untuk mempertingkatkan lagi kecekapan di ladang, operasi penyemburan dengan traktor beroda nipis dan penyembur galang harus dibantu dengan traler tangki air.

Tags: jentera padi Prev: KELEBIHAN RODA GETAH Website : http://normazuha2010.multiply.com/journal/item/19/KELAS-MAYA-4-SISTEM-PENJENTERAAN-DAN-TEKNIK-MODENYANG-DIGUNAKAN-DALAM-PENGELUARAN-TANAMAN-PADI

Anda mungkin juga menyukai