Anda di halaman 1dari 4

Ilmu Qiraat dan Masyarakat Malaysia

Ilmu Qiraat dianggap asing oleh masyarakat melayu kerana ia tidak diperkenalkan secara meluas di negara kita, sedangkan ia berkembang dengan meluasnya pada zaman Rasullullah s.a.w dan selepasnya. Tetapi hakikatnya, ilmu Qiraat bukannya suatu ilmu yang asing bagi umat Islam di Malaysia, malah al-Quran yang dibaca sekarang adalah sebahagian daripada ilmu Qiraat itu sendiri. Pengajian tilawah al-Quran di Malaysia berjalan seiring dengan perkembangan dakwah Islam yang telah sampai di gugusan nusantara sejak sekian lama dahulu. Ketika itu, pengajian tilawah al-Quran hanya diajar oleh para ulama dan guru-guru agama melalui institusi pondok, madrasah atau rumah kediaman mereka. Setelah negara mencapai kemerdekaan sekolah-sekolah rasmi kerajaan pula turut menyediakan pengajian yang berhubung dengan tilawah al-Quran dan perkara yang melibatkan ilmu Qiraat tidak di perluaskan. Ini adalah kerana keutamaan dalam mempelajari bacaan alQuran adalah membaca beserta dengan tajwid dan menjadi kewajipan bagi guru-guru al-Quran memberi penekanan serta tumpuan kepada kaedah bacaan al-Quran beserta tajwid. Seperti mana yang diutarakan oleh Imam Ibnu al-Jazari.

Maksudnya: Mengamalkan tajwid itu ( ketika membaca al-Quran ) satu kewajipan, Sesiapa yang tidak mengelokkan bacaan (membaca al-Quran beserta tajwid) adalah berdosa, Kerana beserta tajwidlah Tuhan menurunkan alQuran, Dan begitulah kepada kita sampainya bacaan. Justeru itu pengetahuan terhadap ilmu Qiraat ini di ketepikan dahulu agar masyarakat dapat membaca dengan betul sebelum mendalami ilmu Qiraat ini. Di samping itu juga, pengetahuan sebegini sebahagian besarnya hanya mampu di pelajari di Timur Tengah seperti Mesir, Syiria, Arab Saudi dan sesetengah negara arab yang lain maka timbullah masalah kekurangan pakar-pakar yang khusus dalam bidang ini untuk menerangkan kepada masyarakat pengetahuan tentang ilmu ini. Keghairahan masyarakat Islam di Malaysia mempelajari seni ilmu bacaan al-Quran ini semakin meningkat. Ini terbukti dengan adanya sambutan yang menggalakkan terhadap kelas-kelas pengajian al-Quran samada dibawah kerajaan, swasta mahu pun persendirian. Walaupun begitu, sebahagian besar kelas-kelas tersebut masih lagi belum memperkenalkan ilmu Qiraat ini kerana lebih menekankan kepada memperbetul dan memperelokkan bacaan. Masyarakat Islam di Malaysia mula memahami bahawa bacaan yang mereka pelajari selama ini adalah bacaan daripada riwayat Hafs bin Sulaiman al-Khufi melalui majlis-majlis dan pertandingan-pertandingan yang melibatkan tilawah al-Quran yang sebahagian besarnya menonjolkan identiti bacaan ini sekaligus memperkenalkan kepada masyarakat Islam di Malaysia bahawa bacaan yang dipersembahkan

adalah

mengikut

bacaan

riwayat

Hafs

bin

Sulaiman

al-Khufi

sepertimana yang mereka amalkan sebelum ini. Disamping itu, dengan timbulnya beberapa Maahad Tahfiz samada dibawah kerajaan atau pun swasta yang mengambil sukatan pelajaran daripada Universiti Al-Azhar, Kaherah telah membuka sedikit ruang kefahaman masyarakat Islam di Malaysia tentang ilmu Qiraat yang mana sebelum ini pengetahuan sebegitu hanya tertumpu kepada individu-individu tertentu sahaja. Sukatan pelajaran yang diambil adalah diantaranya mempelajari bacaan Qiraat melalui aliran al-Syatibiah dengan menggunakan matan al-Hirzu al-Amaani Wa al-wajhu al-Tahaani. Justeru itu, penggunaan aliran alSyatibiah bagi riwayat Hafs bin Sulaiman al-Khufi ini semakin popular dan terkenal dengan adanya sistem pelajaran yang sebegini dan ramainya lepasan-lepasan pelajar dari maahad-maahad tahfiz. Hakikatnya, sebelum aliran al-Syathibiah ini dikenali oleh masyarakat Islam di Malaysia sememangnya mereka sudah pun membaca mengikut aliran ini tanpa mereka sedari. Bersama ini di bentangkan definisi Ilmu Qiraat : i) Nama : Ilmu Qiraat ii) Definisi : Membincangkan tentang kalimah-kalimah al-Quran dan keadaan kalimah tersebut seperti panjang, pendek bacaan serta perubahan yang akan diterangkan selepas ini. iii) Sumber : Dari sunnah dan ijma ulama iv) Faedahnya : Memelihara daripada kesilapan ketika menyebut kalimah-kalimah al-Quran dan juga menjadi dalil dan hujah kepada fuqaha dalam mencari hukum-hukum syara sebagai panduan kepada umat Islam. v) Objektif : Mengetahui bacaan Imam-imam Qiraat sekaligus memahami apakah yang dimaksudkan tujuh huruf

vi) Kelebihan : Semulia-mulia ilmu kerana mempunyai hubung-kait dengan al-Quran. vii) Hukum : Fardu kifayah.

Penjelasan makna istilah qiraat, riwayat, turuq. i) Qiraat ialah bacaan yang disandarkan kepada Imam tersebut samaada Imam 7 yang atau disebutkan 10. diatas. ii) Riwayat ialah bacaan yang disandarkan kepada anak murid Imam iii) Turuq ialah bacaan yang disandarkan kepada pewaris bacaan anak murid yang disebutkan diatas .

Anda mungkin juga menyukai