Anda di halaman 1dari 20

GEOMETRI

Pengenalan Geometri menghubungkan manusia dengan dunia seharian. Semua aspek praktikal dan estetik geometri boleh ditemui dalam bidang seni dan pembinaan, penerokaan ruang, perancangan perumahan serta rekaan fesyen dan kenderaan. Hubungan yang terbentuk dengan alam sekeliling dengan ilmu geometri akan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran geometri, kemahiran visualisasi ruang, atau boleh ditakrifkan sebagai celik ruang (spatial sense) serta keupayaan menyelesaikan masalah.

Definisi Teselasi Teselasi adalah satu bentuk pola yang melitupi sesuatu permukaan sepenuhnya, dengan tiada celah di antara bentuk dan tanpa sebarang pertindihan bentuk (yang digunakan) berlaku. Contoh teselasi yang paling asas termasuklah jubin di bilik air. Jenis-jenis Teselasi Terdapat dua jenis teselasi yang selalu digunakan dalam pembinaan geometri iaitu teselasi poligon dan teselasi jenis Escher yang dipelopori oleh seorang artis terkenal Belanda yang dikenali sebagai M.C Escher (1898-1972). Terdapat beberapa hasil kerja M.C Escher yang mempunyai nilai matematik yang tinggi, termasuklah yang telah dicetak pada baju-T, buku, cawan dan jingsaw puzzle. Teselasi poligon ialah suatu keadaan di mana penyusunan bentuk-bentuk polygon tanpa ada pertindihan rajah diatasnya dan tiada jurang yang berlaku di antaranya seperti corak pada lantai (mozek) dan siling rumah. Tiga jenis polygon yang biasa ditemui ialah heksagon sekata, segiempat sama, segitiga sama adalah contohcontoh polygon sekata yang disusun.

Teselasi jenis poligon terbahagi kepada dua iaitu teselasi yang melibatkan satu bentuk poligon dan teselasi yang melibatkan lebih daripada satu poligon. Terdapat beberapa cara untuk mengkategorikan teselasi poligon, termasuklah bilangan bentuk berlainan yang digunakan dalam satu-satu teselasi atau mengkategorikan telasi dari segi sama ada menggunakan poligon sekata (regular polygons), poligon separa sekata (Semi-regular polygons) atau poligon tidak sekata (Irregular polygons). Jika kita kaitkan teselasi dengan seni, kita tidak dapat tidak menyentuh hasil seni yang telah dikembangkan oleh seorang artis terkenal Belanda yang dikenali sebagai M.C Escher (1898-1972). Salah satu pencetus Escher dalam memulakan rekaannya berlaku apabila dia melawat Alhambra, Sepanyol pada tahun 1922. Pada ketika itu, dia sedang meneliti jubin rekaan Moorish yang sangat menarik. Walau bagaimanapun, tidak seperti Moorish yang hanya mencipta jubin daripada bentuk geometri, Escher cuba mengubah idea Moorish dengan menggunakan bentuk yang menyerupai benda, binatang, burung dan sebagainya. Teselasi yang dihasilkan oleh M C Escher ialah teselasi berdasarkan mengubah sisi bertentangan yang selari dan teselasi berasaskan putaran.

Transformasi Dalam Teselasi Dalam penghasilan teselasi, kita juga harus mengetahui cara pembentukan teselasi tersebut. Dengan menggunakan motif yang tertentu, kita boleh memenuhi seluruh satah dengan menggunakan transformasi yang mengekalkan bentuk dan saiz asal motif Transformasi merupakan satu proses yang melibatkan pergerakan atau perubahan sesuatu objek dari posisi asal ke satu posisi yang baru. Objek pada kedudukan posisi yang baru dipanggilimej. Setiap titik pada objek akan dipetakankepada titik yang lain pada imej objek tersebut. Transformasi merupakan satu istilah umum untuk empat cara khusus untuk memanipulasi bentuk titik, garis, atau bentuk. Bentuk asal dari sesuatu objek dipanggil pra-imej dan bentuk akhir serta kedudukan akhir objek adalah imej yang telah melalui proses transformasi.

Translasi, pantulan dan putaran merupakan satu transformasi isometrik keranasetiap imej yang telah dipetakan daripada objek adalah sama dari segi saiz dan juga bentuknya. Kita juga boleh menyatakan di sini bahawa objek asal dan juga imej yang telah dipetakan adalah bersifat kongruen.Transformasi peluasan/ pembesaran tidak termasuk dalam kumpulan transformasi isometrik. Ini adalah kerana saiz imej sesuatu objek yang terhasil apabila melaluiproses transformasi ini adalah tidak sama dengan saiz objek asal. Objek asal dan juga imej yang terhasil adalah sama dari segi bentuk sahaja tetapi mereka mempunyai ukuran yang berbeza. Contoh-contoh transformasi : i) Translasi ii) Pantulan

iii) Putaran

TUGASAN 1 Soalan : Mencipta satu bentuk teselasi 2D dengan menggunakan peralatan yang sesuai. Anda dikehendaki untuk menunjukkan dengan jelas motif geometri yang dibina dan menerangkn dengan terperinci langkah-langkah bagaimana proses reka bentuk teselasi tersebut di bina. Reka bentuk itu hendaklah ciptaan anda sendiri dan tidak diadaptasi daripada mana-mana sumber lain. Pengenalan Terdapat beberapa cara dan peralatan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu teselasi. Antaranya ialah secara manual iaitu melalui gunting dan tampal. Selain itu, penggunaan peralatan lain seperti perisian paint juga amat membantu. Namun, cara yang paling biasa digunakan dalam penghasilan motif geometri ialah melalui perisian Geometers Sketchpad. Oleh kerana tidak mahir mengaplikasikan penggunaan Geometers Sketchpad, kami mengambil keputusan untuk menghasilkan teselasi dengan menggunakan perisian paint kerana ia agak mudah dan menjimatkan masa. Langkah demi langkah ditunjukkan seperti di sebelah :

Langkah 1 Buka perisian Paint seperti paparan di bawah. Pilih warna dan klik pada bentuk yang dikehendaki. Lakarkan bentuk tersebut dan penuhkan dengan warna tadi ke dalam bentuk yang dihasilkan dengan menekan butang fill. Klik fill Pilih bentuk Pilih warna

Langkah 2 Bentuk yang dilakar terbentuk seperti di bawah. Kemudian klik pada menu select dan pilih Transparent selection.

Langkah 3 Seterusnya klik pada menu select sekali lagi dan pilih freeform selection.

Langkah 4 Kemudian, seretkan tetikus untuk melukis garisan corak yang diingini pada bentuk tersebut seperti yang ditunjukkan di bawah.

Langkah 5 Gunakan tetikus untuk menyeret keluar garisan yang dilakar.

Langkah 6 Kemudian, seret dan bawa lakaran yang dibentuk tadi ke garisan yang selari seperti yang ditunjukkan di bawah.Pastikan ia diseret dengan betul agar corak garisan itu betulbetul selari dengan garisan asal.

Langkah 7 Dengan menekan butang freeform selection sekali lagi, lakarkan bentuk garisan lain yang diingini. Seret bentuk itu keluar dari posisinya.

Langkah 8 Seterusnya, bawa corak yang dilakar tadi dan tampalkan pada garisan yang selari dengan garisan asalnya.

Langkah 9 Buat lagi garisan di bahagian bawah dengan menekan butang free selection sekali lagi dan keluarkan dari posisi asalnya.

Langkah 10 Seret dan tampal pada garisan bahagian atas yang selari dengannya.

Langkah 11 Lihat gambarajah yang terbentuk dan fikirkan persamaan bentuknya dengan keadaan sekeliling. Kemudian, lukiskan apa-apa corak untuk menyerlahkan bentuknya.

Langkah 12 Klik pada menu warna hitam. Dengan memilih menu pencil, lukiskan garisan di atas bentuk tersebut agar bentuk dan coraknya lebih jelas dan menarik. Bentuk yang saya peroleh adalah seakan-akan bentuk burung merak.

Langkah 13 Klik pada menu select dan pilih Rectangular selection.

Langkah 14 Seretkan di sekeliling bentuk tadi. Selepas itu, klik pada menu copy diikuti menu paste.

Langkah 15 Salinan bentuk tadi akan muncul di sebelah atas. Kemudian, Kita boleh menukarkan warnanya mengikut warna yang diingini dengan menekan pada kotak warna diikuti menu fill. Warna akan ditukarkan seperti di bawah.

Langkah 16 Seterusnya klik pada menu select dan pilih Rectangular selection. Seretkan bentuk warna biru dan cantumkan pada tempat yang sepadan dengan bentuk warna merah tadi dengan berhati-hati.

Langkah 16 Klik pada menu paste sekali lagi dan salinannya akan muncul.

Langkah 17 Klik pada kotak warna yang disukai diikuti kotak fill. Warna akan bertukar.

Langkah 18 Kemudian klik pada kotak Rectangular selection untuk menyeret bentuk tersebut dan mencantumkannya bersama-sama dengan bentuk tadi.

Langkah 19 Ulangi langkah 16 hingga 18 untuk memperbanyakkan lagi bentuk-bentuk tersebut seperti gambarajah di bawah.

Rumusan Teselasi yang dihasilkan seperti langkah-langkah di atas adalah dari jenis teselasi Escher. Teselasi di atas juga telah melaui proses transformasi. Seperti yang dilihat daripada langkah-langkah yang ditunjukkan, teselasi ini menggunakan satu transformasi sahaja iaitu translasi . Ia ditranslasikan dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah seperti yang dapat kita lihat. Walaupun ia hanya menggunakan satu translasi sahaja, namun teselasi yang dihasilkan ini tidak kurang menariknya dan dapat dilihat dengan jelas proses translasinya melalui penggunaan warna yang berlainan. .

HASILAN TUGASAN

Rujukan

Ansell B. 1993, Escher Geometry meets art, Micromath, vol.9, no.2, pp. 4-6 Budden, F.J. 1972, The Fascination of Group, Cambridge university Press, London Christine Porter, neil Porter, Tessellation Quilts : Sensational Designs From Interlocking Patterns, David & charles, 2006 Escher, G. A. 1986. M. C. Escher at work in M. C. Escher : Art and Science eds H. S. M Coxeter, M. Emmer, R. Penrose & M. L. Teuber (pp xiv 1-11), Elsevier Sciences Publisher B. V. Amsterdam Kren Morrison, Geometry in Everyday life, Heinemann, 2000

http://www.scribd.com/doc/52047788/KKBI-Matematik-1-Tesalasi http://www.tessellations.org/ http://www.coolmath4kids.com/tesspag1.html http://www.tessellations.org/methods-diy-papercut.shtml http://mathforum.org/sum95/suzanne/tess.gsp.tutorial.html http://www.wsd1.org/bitsbytes/9798/bboct97/default.htm#STORY4

REFLEKSI KENDIRI

REFLEKSI KENDIRI Pada Semester 2 ini, kami diberikan tugasan yang amat mencabar dan perlu diselesaikan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Tugasan projek ini terbahagi kepada 2 tugasan yang agak sukar pada pandangan saya .Namun cabaran ini perlu saya sahut disebabkan saya perlu mengambilnya sebagai pakej opsyen saya iaitu MTE 3103. Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan dan telah diberi penerangan yang terperinci oleh pensyarah pembimbing, Encik Roslan B. Saari. Saya amat menghargai setiap penerangan dan penjelasan yang diberikan oleh beliau. Saya telah berpasangan dengan Cikgu Nora dalam menyelesaikan tugasan ini. Perkara pertama yang amat merisaukan saya ialah boleh dikatakan bahawa hampir kesemua bahan rujukan berkaitan dengan tajuk ini iaitu Teselasi adalah ditulis dalam Bahasa Inggeris. Tugasan pertama iaitu menghasilkan suatu bentuk teselasi telah dapat kami selesaikan setelah berbincang dan mencari pelbagi contoh yang berkaitan melalui internet, modul dan buku-buku rujukan. Kami amat beruntung kerana terlalu banyak contoh-contoh yang ditunjukkan dalam internet dengan pelbagai kaedah membuatkan kami mudah untuk meyelesaikannya walaupun terdapat sedikit kesukaran dalam menghasilkan bentuk seperti teselasi Escher. Namun, masalah mula timbul dalam menyelesaikan tugasan yang kedua. Pada pandangan saya, tugasan yang kedua merupakan tugasan yang memerlukan ketelitian dan kebijaksanaan kita dalam memerhati dan menginterpretasikan sesuatu bentuk teselasi tersebut.. Bukan mudah untuk kita perjelaskan sesuatu teselasi itu dari segi bentuk dan transformasinya tanpa adanya ketelitian dan usaha yang bersungguh-

sungguh. Namun, En. Roslan B. Saari yang begitu bersungguh-sungguh menolong kami dalam menyelesaikan tugasan ini amat dihargai. Jika tidak kerana bantuan En. Roslan iaitu pensyarah pembimbing kami, maka sudah tentu kami tidak dapat menyelesesaikan tugasan tersebut. Walaupun begitu, banyak ilmu yang telah saya peroleh semasa menyelesaikan tugasan ini iaitu saya dapat mengetahui bahawa terdapat begitu banyak hasil geometri di persekitaran kita, cuma kita sahaja yang tidak menyedarinya dek kerana kecetekan ilmu yang ada. Geometri juga merupakan satu cabang seni yang boleh kita praktikkan dalam mendidik anak-anak murid kita agar mereka lebih berminat untuk mempelajari matematik walaupun secara tidak langsung, mereka sebenarnya telah memperoleh ilmu walaupun dengan cara bermain. Ini kerana sifat kanak-kanak itu sendiri yang ingin cuba untuk melakukan sesuatu yang mereka suka dan dan kita biarkan mereka meneroka dan seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Selain daripada itu, saya juga dapat mempelajari kepentingan bekerja secara berkumpulan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Kerjasama yang baik mendatangkan hasil yang baik dan mengeratkan lagi perhubungan yang terjalin. Justeru, saya amat menghargai persefahaman dan kerjasama yang diberikan oleh rakan saya. Kesimpulannya, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Itulah peribahasa yang amat memberi semangat kepada saya untuk meneruskan pengajian saya dan meneroka pelbagai cabang ilmu dam meluaskan lagi pengetahuan saya agar dapat menjadi seorang pendidik yang cemerlang dan berilmu pengetahuan pada masa akan datang.

NAMA NO KP NO. MATRIK

: NOOR AZZIRA BT DESA : 780216025662 : 28249