Anda di halaman 1dari 18

SUTERA DALAM LUKISAN

NAMA:WAN MUHAMMAD IKHWAN BIN WAN MOHAMMAD KELAS :5 AL-BIRUNI NO.IC :960823-10-6315 TAJUK :SUTERA DALAM LUKISAN NAMA GURU :CIK ZABEDAH BT AWANG SEKOLAH :SMK DATO RAZALI ISMAIL

SINOPSIS
Novel ini mengisahkan kehidupan seorang pemuda yang sentiasa dirundung kesedihansejak kematian ibunya beberapa tahun yang lalu.Bujei atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz dianggap sebangai pemuda yang tidak waras dan bodoh.Disebabkan sikapnya itu,Bujei seringkali dipersenda,dibuli dan diketawakan penduduk kampung. Alias,pemuda nakal selalu meminta Bujei melakukan kerja untuknya.Bujei akan didera sekiranya tidak mengikut arahan Alias.Perlakuan Alias tidak di balas kerana takut akan didera lagi teruk.Ketakutan Bujei menjadikan Alias lebih berani dan sesuka hati memperlakukan Bujei.Walaupun begitu,Bujei seorang pemuda yang rajin dan jujur.Beliau berkawan rapat dengan Sameah dan Samsul,anak Sidang Saman iaitu ketua kampung tersebut.Bujei menyukai Sameah kerana Sameah baik dan prihatin terhadapnya.Namun,Sameah adalah tunangan orang dan menyebabkan Bujei semakin menjauhkan diri daripadanya.Kehadiran Adila yang membawa diri ke kampung setelah kecewa dengan Faizal telah mempertemukan mereka berdua.Adila sering berbicara tentang Bujei.Adila kemudiannya meminta Bujei bertemu dengannya untuk mengenali Bujei dengan lebih rapat.Segala maklumat tentang Bujei dicatat oleh Adila dan perubahan demi perubahan telah dilakukan terhadap Bujei.Keikhlasan dan dorongan Adila menjadikan Bujei lebih yakin dengan dirinya sendiri.Adila berpendapat bahawa Bujei tidak seperti yang disangka penduduk kampung.Bujei semakin berani berhadapan dengan Alias.Kedatangan Harun,bapa tirinya membuatkan dia berasa takut.Harun yang tamak akan harta,memaksa Bujei untuk bersetuju memberikan tanah pusakan miliknya kepda Harun.Harun bertindak memukul Bujei sehingga pengsan.Kehilangan Bujei selama beberapa hari dirasai oleh Adila dan Sidang Saman sekeluarga.Kemesraan Adila dan Bujei menimbulkn iri hati Alias.Alias ingin membalas dendam.Alias ingin memalukan Bujei dengan membuat permintaan supaya Bujei menyanyi di majlis kendurinya dengan Sameah.Walau bagaimana pun,Bujei memiliki bakat yang terpendam apabila Bujei menyanyi dengan baik di majlis itu.Kehebatannya telah menyedarkanpenduduk kampung bahawa dia bukan bodoh.Alias berasa tercabar dan berpura pura berbaik dengan Bujei .Alias menyebarkan fitnah mengenai Adila dengan mengatakan Adila dengan mengatakan Adila berpenyakit AIDS.Alias turut menghantar surat kepada Adila.Bujei mempercayai fitnah tersebut dan mula menjauhi Adila.Rajuk Adila menimbulkan rindu dalam hati Bujei.Akhirnya kebenaran terbukti bahawa Adila tidak ada penyakit AIDS.Alias menjadi gila dan Bujei menjadi semakin rapat dengan Adila.

SINOPSIS BAB DEMI BAB


BAB 1:SURATAN YANG PERLU KUTERIMA
Bab permulaan ini menceritakan bagaimana kehidupan seorang lelaki yang hidup dalam keadaan yang tidak terurus. Makan minum, tidur baring atau sebarang pekerjaannya tidak menentu dan orang kampung menganggapnya tidak memiliki daya untuk berfikir. Dia mengimbau kembali kisah silam dirinya, bapanya merupakan seorang tentera namun meninggal dunia dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Karak. Selepas itu, dia bersama ibunya berpindah ke kampong. Fatimah telah berkahwin dengan Harun. Sikap Harun yang suka mengikis harta Fatimah menyebabkan rumah tangga mereka tidak tenteram. Satu senja, Harun memaksa Fatimah memberikan seutas rantai. Keengganan Fatimah menyebabkan rumah mereka terbakar akibat tindakan ganas Harun. Akibatnya, ibunya meninggal dunia. lamunannya tersentak apabila terdengar bunyi motosikal milik Tuk Sidang.

BAB 2:INILAH DUNIA CIPTAANNYA


Bujei sering dibuli oleh Alias. Dia tinggal di rumah neneknya yang tiada bekalan elektrik. Rumahnya itu hanya diterangi oleh pelita minyak tanah. Pada malam itu, dia hanya mengisi perutnya dengan lebihan pisang berangan semalam. Dia selalu berangan sebelum tidur, antaranya bercita-cita untuk mendapat kesenangan dan berkahwin dengan Sameah iaitu anak Sidang Saman. Dia bangun seawal subuh dan bergegas ke persimpangan jalan berhampiran jambatan untuk mendapatkan pekerjaan. Pagi itu, bujei hanya mengisi perut dengan makanan yang diminta daripada Kasim, Sani dan Husin. Mereka merupakan pelajar sekolah. Setelah itu, Bujei menuju ke kedai Pak Sulong untuk mengisi perutnya, namun tiada siapa yang mempelawanya. Dia kemudiaannya, duduk bersandar pada tiang dan melakupkan kepala di atas lututnya. Kemudian, dia tertidur.

BAB 3:MASIH ADA YANG SIMPATI


Bab ini mengisahkan tentang kedatangan Adila iaitu sepupu Sameah ke kampong Bujei. Adila merupakan seorang anak gadis yang terpelajar dari universiti luar nrgara. Kedatangannya ke kampung ini sememangnya ada tujuan tersendiri iaitu ingin mengkaji tentang orang abnormal. Dalam pada itu, kedatangannya sememangnya sedikit sebanyak dapat membantu Sameah menyelesaikan urusan perkahwinannya. Adila sangat seronok berada di kampung. Pada suatu hari, Adila dipertemukan dengan Bujei secara tidak sengaja. Sejak kali pertama Adila melihat Bujei, Adila merasakan Bujei adalah orang abnormal yang ingin dikajinya. Terdetik rasa simpati dan belas kasihan kepada Bujei yang berpakaian compang-camping itu. Setelah mendengar kisah hidup Bujei daripada Sameah barulah Adila mamahami situasi yang dialami Bujei. Walaupun Adila takut akan perangainya yang aneh, namun Adila tetap ingin menyelidik kehidupan Bujei dengan lebih mendalam lagi.

BAB 4:SIAPA YANG MENGERTI HATINYA


Bab ini mengisahkan tentang Bujei yang selalu dibuli oleh Alias, seorang pemuda kampung yang sangat terkenal kerana dia diibaratkan samseng di kampung itu. Alias sering menyuruh Bujei melakukan kerja-kerja berat. Namun, Bujei tetap mengikut kata-kata Alias kerana dia menharapkan upah untuk membeli makanan. Bujei juga amat takut dengan Alias dan rakanrakannya, Sani dan Sahak sering berbual bersama. Alias berniat untuk mengorat Adila untuk membuktikan bahawa dia seorang jaguh di kampungnya. Opah Aron, nenek Alias turut membenci Bujei dan tidak pernah melarang atau memarahi Alias sekiranya membuli Bujei. Namun, Bujei tetap menerima nasib yang menimpanya

BAB 5:RAJUK YANG TAK TERPUJUK


Adila menunjukkan rasa simpatinya terhadap Bujei. Adila telah berhasrat untuk membuat dan menyiapkan kajian. Adila juga berhasrat untik memulihkan Bujei agar Bujei tidak dianggap sampah masyarakat di kampung itu. Sementara itu, Sameah terus curiga akan hasrat Adila untuk menetap lama di kampungnya. Semasa Adila dan Sameah bermalam di rumah Mak Usu Bakyah, Adila menceritakan kepada Sameah tentang sebab-sebab dia tidak tinggal di bandar selepas pulang dari luar Negara. Adila menceritakan bahawa dia melarikan dirinya daripada lelaki yang bernama Faisal. Faisal merupakan bekas teman lelakinya. Namun, setelah Adila tamat pengajiannya, dia diberitahu bahawa Faisal telah berkahwin. Dia amat sedih dan kecewa. Dia berasa tertipu. Oleh itu, Adila berusaha mengelakkan dirinya daripada bertemu Faisal.

BAB 6:PASANG UMPAN


Menceritakan tentang Harun yang cuba memasang umpan kepada Sidang Saman untuk mendapatkan hak tanah sawah dan tapak rumah itu. Beliau cuba untuk menawan hati Sidang Saman. Pada hakikatnya, tanah dua ekar itu telah dijual dengan harga empat ribu kepada Wak Senan. Tetapi dia ingin memiliki semula tanah tersebut dengan membayar enam ribu kepada Wak Senen dan memerlukan tandatangan Bujei. Siding Saman cuba menjerat Harun supaya menjual tanah getah di sebelah barat sawah. Harun sekali lagi hamper terjerumus, beliau sempat mengatakan bahawa tapak rumah yang suku ekar ialah lima ribu. Lama kelamaan, Harun meninggalkan rumah Sidang Saman dan Mak Lamah segera mendapatkan suaminya. Mak Lamah kesal dengan sikap suaminya itu, yang melayan Harun dengan ramah mesra, tapi pada hakikat yang sebenar, Sidang Saman tidak sebodoh yang Mak Lamah sangkakan. Sebenarnya itu untuk melayan perasaan riak Harun yang iginkan harta anak yatim.

BAB 7:MALU
Bujei tidak mahu melalui tanah sawah dan tapak rumah pusakanya itu setelah kematian ibunya. Selain itu, Wak Senen juga pernah mamberikan wang kepada Bujei tetapi tidak pernah beliau gunakan kerana khuatir akan orang seperti Alias. Oleh itu, Bujei manyimpan wang tersebut di dalam kendi dan tiada sesiapa yang mengetahuinya. Bujei mencuri betik di kebun Sidang Saman dan Samsul ternampak beliau melakukan perkara tersebut. Samsul mengejutkan Bujei dan memperolokkan beliau. Sebenarnya, kedatangan Samsul adalah untuk menjemput Bujei ke rumahnya, kerana Adila ingin berjumpa dengan Bujei. Akhirnya, Bujei datang ke rumah Sidang Saman dan ditemani oleh Samsul. Adila menjelaskan tujuannya untuk berjumpa dengan Bujei. Bujei memberitahu yang nama sebanarnya ialah Mohamad Hafiz. Adila juga ingin meneruskan kajiannya tentang manusia abnormal.

BAB 8:BERHARAP DALAM CURIGA


Perbualan Adila dan Bujei menjadi tumpuan penduduk kampung terutamanya Alias. Selepas Alias mengetahui tentang hal itu, beliau berasa sangat marah dan sakit hati terhadap Bujei. Selepas diberitahu oleh Sahak, Alias bergegas ke rumah Sidang Saman, maka terhentilah perbualan antara Adila dan Bujei. Melihatkan mata Alias yang tajam, Bujei memohon untuk beredar kerana takut menganggu Alias dan Adila. Bujei bergerak menjauhi mereka dan Alias memberitahu kepada Alias tentang penyakit Bujei iaitu Maniac. Dalam masa yang sama, Adila ternampak isyarat daripada Sameah walaupun pada ketika itu jiwanya terganggu. Alias memberitahu niatnya yang sebenar bertemu dengan Adila iaitu ingin berkenalan dengan lebih mendalam lagi. Bujei terperanjat apabila seseorang memegangnya dengan cemas. Rupa-rupanya Harun iaitu bapa tirinya yang datang untuk mendapatkan tandatangan ataupun cap jari Bujei. Harun menyuruh Bujei mengecap jarinya di atas sehelai borang sehingga menyebabkan dakwat tumpah di atas borang tersebut. Harun ingin memukul Bujei dan menyebabkan Bujei melarikan diri ke tebing. Harun mengikuti Bujei dan menyebabkan beliau jatuh ke dalam tanah, lalu Bujei cuba untuk menyelamatkannya. Setelah Harun berjaya diselamatkan, belau dengan pantas menumbuk ke perut Bujei dan menyebabkan Bujei tidak sedarkan diri.

BAB 9:USAH KAURAYU


Adila menunggu kedatangan Bujei di pangkin berdekatan dengan pokok belimbing besi di rumah Sidang Saman. Tiba-tiba datang Sameah dari dapur yang mengatakan bahawa Bujei mungkin tidak akan datang kerana telah diugut oleh Alias. Sedang Sameah dan Adila berbincang tentang perkahwinan, tiba-tiba datang sebuah kereta yang bergerak masuk ke halaman rumah. Seorang pemuda datang untuk bertemu dengan Sidang Saman. Mak Lamah terus mengejutkan Sidang Saman yang sedang tidur, rupa-rupanya pemuda tersebut ialah Faisal. Sebenarnya, Faisal datang untuk bertemu dengan Adila, untuk menjelaskan mengapa beliau berkahwin. Faisal masih mencintai Adila, dan beliau mengatakan bahawa baliau telah menceraikan isterinya. Faisal mengatakan bahawa beliau masih menginginkan Adila. Tidal lama kemudian, Adila memberi alasan bahawa beliau masih belum solat lalu meninggalkan Faisal. Bujei bangun dari kelambunya dan menarik gebar. Beliau menitiskan air mata dan sempat menyebut nama Allah ketika menjerang air, lalu beliau merasakan bahawa ajal akan tiba menjempunya.

BAB 10:BIMBANG
Adila bimbang akan keselamatan Bujei kerana takut diapa-apakan oleh Alias. Adila percaya akan kata-kata Alias yang mengatakan Bujei menghidap penyakit Maniac. Selepas itu, Sameah menceritakan kepada Adila tentang peristwa Bujei yang sangat melucukan ketika Sameah di Tingkatan 5. Alias dan rakan-rakannya mengusik Bujei dan menyebabkan mereka bergaduh. Bujei akan membaling apa-apa barang yang sempat dicapainya. Tidak lama kemudian, Bujei tercapai suatu benda yang berwarna hijau dan menyerupai bom tangan. Alias dan rakan-rakannya yang ternampak Bujei memegang benda tersebut terus melarikan diri dan menyebarkan tentang perkara tersebut. Penduduk kampung yang mengetahui tentang perkara tersebut segera menjauhkan diri dari Bujei kerana takut kalau bom tersebut akan meletup. Bujei menyerahkan putik nenas tersebut kepada Pak Sulong. Akhirnya, Pak Sulong membuang putik nanas yang dikatakan bom itu kepada orang ramai. Litang-pukang orang ramai lari. Adila dan Sameah ketawa terbahak-bahak tentang hal itu.

BAB 11:KASIHAN BUJEI


Alias galak menceritakan layanan baik Adila terhadapnya kepada Sahak dan Sani. Samsul disapa oleh Alias ketika beliau sedang mencari Bujei dan Alias memesan kepada Samsul untuk mengajak Adila ke pekan pagi esok. Sidang Saman membawa Bujei yang masih lemah keadaanya ke rumah beliau dan dibawa ke bangsal tempat menyimpan barang. Bujei menceritakan tentang perihal beliau dipukul oleh Harun kepada Sidang Saman. Keesokan harinya, Bujei ke pecan bersama-sama dengan Adila, Sameah, Samsul dan Saniah. Selepas mengunting rambutnya, Bujei membeli baju, seluar, kasut, jam tangan, dan radio. Bujei bersemangat mengemas dan membersihkan rumahnya setelah mendengar kata-kata dari Adila. Bujei menjadi berang apabila Alias sengaja merosakkan radio barunya lalu menumbuk perut Alias dan menghayunkan parang karat ke arah Alias serta meminta ganti rugi. Sidang Saman menyuruh Alias membayar wang tersebut kepada Bujei selepas mengetahui perkara yang sebenarnya.

BAB 12:KEBENARAN TERBUKTI


Peristiwa pertelingkahan antara Alias dan Bujei menjadi buah mulut penduduk kampung. Bujei semakin menunjukkan perubahan baik dari segi berpakaian, tutur kata, dan tingkah laku. Sepuluh hari sebelum majlis perkahwinan Sameah, Sidang Saman dikunjungi oleh Pak Imam dan isterinya yang mewakili Opah Arah yang ingin merisik dan meminang Adila untuk Alias. Namun, Adila menolak peminangan tersebut kerana masih belum bersedia untuk berumah tangga. Berita peminangan tersebut tersebar dalam kalangan orang kampung dan menyebabkan Bujei menganggap bahawa Adila telah menerima peminangan daripada Alias. Bujei kecewa dan menjadi pelamun disebabkan oleh hal peminangan ini. Alias terlalu seronok dan mengaku bahawa Adila bakal menjadi isterinya kelak.

BAB 13:SIAPA SANGKA MERDU SUARANYA


Jiwa Bujei agak terganggu sejak mengetahui yang Alias menghantar rombongan meminang Adila. Bujei membantu membuat astaka pelamin untuk majlis perkahwinan Sameah dan telah berkenalan dengan bapa Adila, iaitu Pak Lang Dahlan. Pada malam pengantin, Bujei telah menyampaikan lagu Bahtera Merdeka dengan begitu baik atas permintaan daripada seseorang. Orang ramai tidak menyangka bahawa Bujei mempunyai bakat yang terpendam. Masyarakat kampong memuji usaha Adila yang telah berjaya memulihkan Bujei.

BAB 14:TANAH PUSAKA


Bujei tertidur hingga hampir petang kerana keletihan selepas majlis perkahwinan Sameah. Bujei dikejutkan oleh Samsul yang membawa bekalan makanan dan menyampaikan pesanan daripada bapa Adila. Setelah itu, Bujei ke rumah Sidang Saman untuk menemui Pak Lang Dahlan, namun perbualan mereka terganggu dengan kedatangan kawan Adila iaitu Faizal yang menghantar Adila pulang ke rumah. Wak Senen menemui Bujei untuk mengembalikan semula tanah sawah yang dibeli daripada Harun, namun Bujei mahu Wak Senen terus tinggal di atas tanah tersebut. Wak Senen berpesan kepada Bujei agar berhati-hati dengan Harun. Bujei ke rumah Sidang Saman untuk membantu merobohkan balai masak. Bujei masih keliru akan status Adila yang sebenarnya.

BAB 15:SERBA SALAH


Adila ingin pulang ke Kuala Lumpur kerana kesunyian selepas Sameah mengikut suaminya berpindah ke kota. Mak Limah menasihati Adila agar memikirkan masa depannya dan tidak terlalu memikirkan soal Bujei. Adila takut perasaannya terganggu dan hatinya terluka lagi jika dia pulang ke Kuala Lumpur. Adila membuat perbandingan antara Faizal dan Bujei.

BAB 16:DIRASUK GELISAH


Alias meminta maaf atas sikapnya terhadap Bujei selama ini yang selalu membulinya. Bujei mempercayai kata-kata hasutan Alias yang mengatakan bahawa Faizal merupakan punca Adila memutuskan tali pertunangannya. Alias juga mengatakan bahawa Adila menghidapi penyakit AIDS dan sebab yang sebenar Adila berbuat baik terhadap Bujei. Bujei tidak ke rumah Sidang Saman lagi kerana bimbang akan dijangkiti penyakit AIDS. Bujei membuat andaian bahawa penyakit Adila semakin tenat. Adila menerima surat laying yang menyatakan bahawa dia menolak pinagan Alias kerana dirinya sudah rosak dan melakukan hubungan intim dengan Bujei serta akan berkahwin dengan Bujei kelak. Adila mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur buat seketika. Bapa Adila mengesyorkan agar Adila mencari pekerjaan di samping manyambung pengajiannya semula. Ibu Adila pula mangingatkannya agar berhati-hati dengan masyarakat kampung kerana ada dikalangan mereka yang mengamalkan ilmu hitam.

BAB 17:RINDU
Bujei hilang selera makan apabila dikhabarkan bahawa Adila telah pulang ke Kuala Lumpur. Bujei dan Samsul berbual bersama di bangsal tentang kisah lucu Alias mamaksa bujei merokok sambil minum air teh. Samsul juga bertanya kepada Bujei sejauh manakah hubungan antaranya dengan Adila dan perasaannya selama ini terhadap Adila.

BAB 18:KELIRU
Perasaan Bujei semakin tidak tenteram kerana memikirkan tnetang penyakit yang dihidapi oleh Adila. Alias terus-menerus memburukkan Adila sehingga Berjaya meracuni fikiran Bujei. Samsul ke rumah Bujei untuk menyampaikan pesanan Adila supaya Bujei datang ke rumah Sidang Saman dan mengajak Bujei malawat seseorang di hospital. Bujei yang menyangkakan Adila sakit, terkejut apabila melihat Adila berada dalam keadaan sihat. Samsul memberitahu Bujei bahawa Sahak yang dimasukkan ke hospital kerana terlanggar tiang pagar jambatan sewaktu berlumba motosikal dengan Alias.

BAB 19:AKU CINTA ADILA


Adila mendermakan darahnya kepada Sahak dan Alias tidak menunjukkan sedikit pun rasa simpati kepada kawan baiknya itu. Bujei dimarahi oleh Alias kerana masih berkawan dengan Adila. Bujei sengaja mengajak Alias menghalau Adila yang berpenyakit AIDS keluar dari kampung, sebaliknya Alias cuba berdalih. Dendam Alias kian membara kerana Bujei tidak dapat dijadikan orang suruhannya lagi dan Adila menolak peminagannya. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Alias untuk memikat Adila iaitu dengan meminta kawan-kawannya menculik Adila, tetapi tidak diendahkan. Selain itu, Alias juga mengutus surat kepada Adila agar menerima cintanya, tetapi tiada balasan dan mandapatkan ilmu pengasih daripada dukun, tetapi tidak berkesan. Fikiran Alias semakin terganggu sehingga menjadi kurang siuman.

BAB 20:MEREKA TIDAK RAGU-RAGU LAGI


Adila meluahkan hasratnya kepada Sidang Saman dan Mak Lamah untuk memilih Bujei sebagai suaminya. Pada mulanya, Sidang Saman dan Mak Lamah kurang bersetuju di atas hasrat Adila, namun akhirnya mereka terpaksa akur dengan pilihan hati Adila dan keputusan itu menjadi rahsia mereka bertiga. Sehari sebelum Adila pulang ke Kuala Lumpur, Adila memberitahu Bujei bahawa dia akan bekerja sebagai pensyarah di institut swasta di Kuala Lumpur. Di luar pagar halaman rumah Sidang Saman, ada seorang pemuda yang memandang kearah mereka. Bujei dan Adila tidak pernah membenci atau meminta keadaan sedemikian menimpa Alias yang kini menjadi kurang siuman.

TEMA Kesabaran dan ketabahan seorang pemuda dalam menghadapi


konflik jiwa setelah kematian kedua ibubapanya dan neneknya.

PERSOALAN
Pandangan serong masyarakat terhadap golongan yang serba kekurangan .Contohnya, penduduk kampong memandang hina akan Bujei yang dianggap tiga suku Perasaan simoati terhadap sesame insan.Contohnya, keluarga Sidang Saman bersimpati terhadap Bujei yang yatim piatu. Keazaman untuk menolong orang yang kurang bernasib baik. Contohnya, Adila yang berazam untuk memulihkan Bujei menjadi manusia yang normal kembali. Sikap tidak mengambil kesempatan terhadap kesusahan orang lain. Contohnya, Wak Senen sanggup menyerahkan semula tanah yang dibeli daripada Harun kepada Bujei Cinta yang tidak mengira darjat. Contohnya, Adila yang berasal daripada Bandar dan berpelajaran daripada Bandar dan berpelajaran tinggi jatuh cinta kepada Bujei yang tidak berpelajaran dan dianggap dungu.

PLOT
Pengenalan
Cerita ini bermula dengan menerangkan sifat dan memperkenalkan watak utamanyaiaitu Bujei. Pengarang ingin memberi gambaran rapi keadaan semasa Bujei berehat ditebing sungai sambil teringat kisah zaman kanak-kanaknya yang pahit antaranya ibunyaselalu dipukul oleh bapa tirinya, Harun hingga peristiwa kebakaran yang meragut nyawa ibunya.

Perkembangan
Digambarkan Alias yang sering mempermainkan dan memperbodohkan serta membuliBujei. Bujei dianggap kurang siuman dan dungu oleh seluruh penduduk kampung. Adilasepupu Sameah dari Kuala Lumpur menaruh simpati terhadap nasib Bujei. Dia ingin membantu memulihkan Bujei.

Klimaks
Bermula apabila Adila mengajak Bujei ke rumah Sidang Saman untuk mengkaji sifatBujei yang dikatakan tidak normal dan kurang siuman oleh penduduk kampung. Aliasyang menaruh minat tehadap Adila berasa cemburu atas kemesraan Adila dengan Bujei.Harun, bapa tiri Bujei belasah Bujei dengan teruk kerana merosakkan surat tanah pusakamilik arwah ibu dan bapanya. Bujei memeberanikan diri untuk mempertahankan haknyaapabila Alias merosakkan radio baharunya dengan mengugut Alias. Pertelingkahantercetus antara Bujei dengan Alias. Alisa menabur kata-kata fitnah kepada Bujei bahawaAdila menghidap penyakit AIDS. Kata-kata fitnah itu menjadi buah mulut orangkampung. Adila membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Hampir sebulan,Adila pulang ke kampung.

Peleraian
Sahak dimasukkan ke hospital kerana terlanggar tiang ketika bermula motosikal denganAlias. Oleh kerana sifatnya yang angkuh dan mementingkan diri, Alias kehilangan rakan-rakannya. Pelbagai muslihat dan usaha telah dilakukan oleh Alias untuk memikat Adilatetapi semuanya gagal. Dia juga gagal untuk memperalatkan Bujei. Alias semakin hilangarah sehingga menjadi kurang siuman.

Penamat
Adila mencurah isi hatinya kepada Sidang Saman dan Mak Lamah untuk memilih Bujeisebagai suaminya tetapi Sidang Saman memberitahu Adila bahawa Bujei masih belum bersedia. Adila gembira kerana Bujei sudah mampu berdikari dan berfikiran wajar sepertiorang biasa. Adila tidak memberitahu Bujei isi hatinya. Bujei setuju untuk mendalami ilmu agama. Adila memberitahu Bujei bahawa dia ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk menjadi pensyarah dan mengajaknya untuk mengikutnya ke Kuala Lumpur. Mereka berdua ternampak seorang pemuda yang berkelakuan pelik dan terkenang sifat Bujei dahulu.

TEKNIK PLOT
Teknik pemerian: Contohnya ,pengarang memerhatikan keadaan anaksungai yang merupakan tempat rehat yang paling digemari oleh Bujei pada waktu senggangnya. Teknik dialog: Contohnya, dialog antara Bujei dengan Wak Senen. Teknik imbas kembali: Contohnya Bujei megimbas kembali kisah kematian ibunya dalam kebakaran.

Teknik kejutan: Contohnya kedatangan Faizal ke rumah Sidang Saman secara tiba-tiba menimbulkan kejutan kepada pembaca. Teknik saspens: Contohnya, tindakan Harun memukul Bujei kerana merosakkan surat jual beli tanah pusaka milik arwah ibunya menimbulkan tanda tanya kepada pembaca nasib Bujei.

GAYA BAHASA:
a) Peribahasa. Contohnya : ada hati; angkat muka. b) Personifikasi. Contohnya : rumahnya semakin dimakan api. c) Simile. Contoh: orang ramai seperti menyaksikan satu pertunjukan bunga api yang meriah. d) Hiperbola. Contoh: Demi cinta , ke lautan api kuturuti! ujar Sameah sambil menggayakan langaknya. e) Sinkope. Contoh: heh nah . sikit aja tau, ujar Kassim menggesa. f) Repitasi/pengulangan . contoh . kebanyakan orang mengatakan dia bodoh,dungu tidak berakal lalu seperti tertunai hasrat mereka begitu; dia merasakan dirinya bodoh, dungudan tidak berakal. g) Inverse. Contoh: sekali lagi Mak Lamah merengus. (sepatutnya :Mak Lamah merengus sekali lagi.) h) Penggunaan kata bahasa inggeris. Contoh:good morning; excuse me. i) Penggunaan kata bahasa arab. Contoh: Insya-Allah, Alhamdulillah; bertawakallah. j) Penggunaan kata bahasa Indonesia. Contoh: mikirkan;dong

LATAR:
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang baik hati/ikhlas menolong. Contohnya Adila ikhlas menolong mengubah perwatakan Hafiz. Pada Adila Hafiz menjadi mangsa alam dan manusia. Sebenarnya Hafiz memiliki kepandaian dan pengetahuan yang luas. Adila mampu mengubah Hafiz menjadi manusia yang sempurna semula. Masyarakat yang suka membuli. Contohnya Alias sering membuli Hafiz seperti menyuruh Hafiz turun ke dalam sungai dan membasahkan diri serta mengotorkan badannya.Jika Hafiz enggan, Alias akan memukul, menyepak dan menerajang Hafiz. Alias merupakan orang yang ditakuti oleh Hafiz di kampung itu. Masyarakat yang berdendam. Contohnya Opah Arah begitu mendendami Hafiz dan memaki hamun Hafiz ketika peristiwa Alias merosakkan radio yang baru dibeli oleh Hafiz. Opah Arah sangat membenci Hafiz.

LATAR MASA
Beberapa bulan. Contohnya Beberapa bulan berkahwin, Harun memujuk Ftimah menyerahkan RM15 ribu untuk membeli kereta walaupun duit tersebut menjadi hajat Ftimah menunaikan haj dan menampung persekolahan anaknya. Ketika azan Maghrib. Contohnya Sidang Saman menghidupkan enjin motosikalnya dan meminta Hafiz naik daripada berendam di dalam sungai kecil dan menyuruhnya pulang ke rumah sebaik sahaja mendengar bunyi azan maghrib. Gelap pagi. Contohnya Dalam keadaan gelap pagi, Hafiz berjalan-jalan meninggalkan rumahnya. Di persimpangan jalan, dia menunggu-nunggu jika ada orang yang akan mengupahnya. Dia tidak berkira akan pekerjaan yang akan dilakukannya.

LATAR TEMPAT Tepi sungai kecil. Contohnya Bujei selalu ke tepi sungai kecil. Sekolah. Contohnya dia ingin membuktikan bahawa dia mampu Berjaya.
Rumah Bujei. Contohnya rumahnya telah terbakar akibat perbuatan bapa tirinya.

WATAK DAN PERWATAKAN:


Bujei
a) b) c) d) e) f) g) h) Nama sebenarnya Mohamad Hafiz. Berumur 27 tahun Ibunya bernama Fatimah dan bapa tirinya bernama Harun. Dianggap lurus bendul, kurang siuman, dan dungu oleh masyarakat kampong. Pintar semasa di bangku sekolah rendah tetapi tercicir dalam pelajaran selepas peristiwa kebakaran yang meragut nyawa ibu kandungnya. Amanah, bertanggungjawab dan suka menolong orang. Jujur dan ikhlas dalam pertuturan dan tingkah laku. Mudah terpedaya oleh kata-kata fitnah

Adila
a) b) c) d) e) Berumur dalam lingkungan 20-an. Berasal dari kuala lumpur. Anak kepada Dahlan dan merupakan anak saudara Sidang Sman dan Mak Lamah. Merupakan lepasan universiti dari England dan memiliki ijazah dalam bidang ilmu psikologi. Seorang yang baik hati, prihatin, jujur,tegas dan mudah mesra.

Alias
a) b) c) d) e) Berumur dalam lingkungan 20-an. Pemudakampung yang tiada pekerjaan. Mempunyai dua orang sahabat karib iaitu Sani dan Sahak. Seorang yang panas baran, suka bercakap besar, kaki buli, pedendam dan busuk hati. Meminati Adila sehingga sanggup menghantar wakil bagi meminang gadis itu.

Harun
a) b) c) d) Seorang bapa tiri yang tidak berperikemanusiaan Suka memfitnah Bujei untuk kepentingan sendiri. Suami yang tidak bertanggungjawab Seorang pembunuh apabila telah membunuh isterinya

NILAI:
a) b) c) d) e) Ketabahan. Contohnya Bujei tabah menghadapi dugaan yang menimpa dirinya. Simpati. Contohnya, Adila simpati akan nasib Bujei dan berusaha untuk memulihkannya. Baik hati. Contohnya, Mak Lamah sering mempelawa Bujei makan di rumahnya dan melayan Bujei dengan baik. Berdikari.contohnya, Bujei hidup berdikari selepas kematian neneknya dengan menolong orang kampung mengumpulkan getah sekerap di kebun getah. Hemah tinggi. Contohnya, Adila mesra dan bersopan santun ketika bercakap dengan Pak Longnya.

PENGAJARAN:
a) Kita hendaklah adil dalam menjatuhkan hukuman. Contohnya, Pak Saman meminta Alias membayar ganti rugi kepada Bujei atas kesalahannya merosakkan radio Bujei. Kita hendaklah membantu orang yang ditimpa musibah. Contohnya, Adila mendermakan darahnya kepada Sahak yang terlibat dalam kemalangan dan memerlukan darah jenis AB yang sukar didapati. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sebarang aktiviti. Contohnya, Samsul dan Bujei bekerjasama menurunkan khemah setelah majlis perkahwinan Sameah selesai. Janganlah mudah terpengaruh dengan kata fitnah dan khabar angina . contohnya, Bujei percaya akan fitnah yang disebarkan oleh Alias iaitu, kononnya Adila menghidap peyakit AIDS.

b)

c)

d)

Anda mungkin juga menyukai