Anda di halaman 1dari 28

KURSUS

BMW 3032 WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU

TAJUK NAMA NO. MATRIK KUMPULAN PENSYARAH FAKULTI SEMESTER

: : : : : : :

MENABUNG DHARSHINI RADHAKRISHNAN D20111047767 AD NORSALIZA MOHD SHUHAINI BAHASA DAN KOMUNIKASI 2

Isi kandungan 1.0 Pendahuluan 3

2.0

Menabung 2.1 Faedah Menabung 2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.1.4 2.1.5 2.2 Meningkatkan Kualiti Hidup Kebahagiaan Hidup Membiayai Pendidikan Digunakan Sewaktu Kecemasan Berdikari dari Segi Kewangan

4 4 4 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

Cara cara Menabung 2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.2.4 2.2.5 2.2.6 Merancang Perbelanjaan Menyimpan Sebelum Berbelanja Membeli Barangan yang Boleh Meningkat Nilainya Menyelesaikan Hutang Menyimpan Wang Bonus Membuka Akaun Bank Yang Berasingan Yang Tidak Mempunyai Kad Automatic Teller Machine (ATM) 2.2.7 2.2.8 2.2.9 Beriadah Di Rumah Mencuci Kenderaan Sendiri Membawa Bekal

15 16 17 18 19
1

2.3

Tempat Yang Sesuai Bagi Menabung 2.3.1 Bank

2.3.2 2.3.3

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) Skim Simpanan Pendidikan Nasional

20 20

3.0

Penutup

22

Bibliografi Lampiran

24 26

Menabung 1.0 Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menabung membawa maksud menyimpan wang di bank, tabung dan tempat-tempat lain yang sesuai. Jika dilihat, kecenderungan menabung dalam kalangan rakyat Malaysia tidaklah begitu menggalakkan. Ini melibatkan golongan dewasa hinggalah kanak-kanak. Amalan positif ini kian terhakis dalam kehidupan masyarakat kita telah telah ditelan oleh arus kemodenan dan globalisasi. Dahulu kala, kita boleh rajin melihat masyarakt membuat tabung daripada buluh, tin dan botol- botol terpakai untuk dijadikan sebagai tabung. Tetapi kini, walaupun sesetengah bank dan pihak kerajaan menawarkan tabung percuma kepada rakyat, amalan ini bagaikan sukar untuk mereka lakukan. Namun begitu, tidak dapat dinafikan juga segelintir masyarakat yang rajin mengamalkan amalam ini. Hal ini kerana, pada zaman moden ini, wang adalah segalanya. Wang telah menjadi kayu pengukur tahap kehidupan seseorang itu. Mereka yang mempunyai wang yang mencukupi akan menjalani kehidupan yang selesa, manakala mereka yang tidak akan hidup bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ramai antara kita sering menyalahkan kenaikan harga barangan dan perkara lain sebagai punca ekonomi mereka terganggu. Tetapi, mereka gagal memahami bahawa jika ekonomi peribadi mereka stabil, mereka mampu menempuh dan sentiasa bersedia menghadapi segala perubahan ekonomi negara. Pihak kerajaan yang telah menyedari kepentingan wang telah mengambil beberapa inisiatif bagi memupuk amalan menabung dalam kalangan masyarakat. Ini termasuklah kempen galakan menabung peringkat antarabangsa yang telah dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad pada 16 Disember 1996. Selain itu, kerajaan juga telah mengadakan kempen jimat berbelanja dan tidak melakukan pembaziran, antaranya, kempen jimat penggunaan air. Tetapi, adakah masyarakat mengambil iktibar daripada kempen tersebut? Atau adakah kita berjimat hanya sekadar tidak mahu dibelenggu oleh bil-bil yang tinggi.

2.0

Menabung 2.1 Faedah Menabung Tidak dapat dinafikan bahawa amalan menabung sememangnya mempunyai pelbagai faedah kepada kita. Menabung bukan sahaja mampu member manfaat kepada kita, tetapi juga kepada ahli keluarga dan negara. Apabila kita menabung, kita berkebolehan untuk meningkatkan kualiti hidup, meningkatkan pendapatan dan juga hidup dalam keadaan yang selesa. Walaupun apabila kita baru mula menabung jumlah wang yang terkumpul kelihatan sedikit, namun setelah sesuatu tempoh masa, anda akan tersenyum melihat jumlah wang yang anda telah kumpulkan. Bak kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

2.1.1

Meningkatkan Kualiti Hidup Amalan menabung dalam jangka masa yang panjang akan membantu kita menikmati kehidupan yang berkualiti dan seperti mana yang kita idamkan. Antaranya, kita dapat menghindarkan diri kita daripada berhutang. Seperti yang kita sedar, sikap berhutang ini mampu mencetuskan pelbagai masalah jika gagal atau lewat melakukan bayaran balik. Apabila kita berhutang, kita tidak akan mempunyai wang yang mencukupi untuk menabung kerana kita terpaksa bertungkus lumus bagi melangsaikan hutang tersebut. Kualiti hidup kita akan tentu terkongkong disebabkan bebanan ini.

2.1.2

Kebahagiaan Hidup Kualiti hidup yang baik sudah tentu dapat menjamin kebahagiaan hidup. Bagi mereka yang berpendapatan rendah, gaji mereka tidak mencukupi untuk menanggung bebanan mereka. Mereka terpaksa membeli barangan keperluan rumah, barangan keperluan anak-anak yang bersekolah, perbelanjaan hospital pada waktu kecemasan dan sebagainya dengan pendapatan itu. Keluarga yang berada dalam situasi ini menghadapi hari-hari keesokannya kerana bimbang takut terpaksa

mengeluarkan duit bagi sesuatu perbelanjaan yang tidak disangka. Sekiranya mereka menabung dari awal lagi, mereka tidak perlu risaukan apa-apa kerana mereka sudah pun mempunyai simpanan bagi menampung perbelanjaan yang tidak sangka. Walaupun menerima pendapatan yang rendah, mereka masih dapat menyediakan segala kemudahan asas menggunakan wang simpanan mereka. Keluarga yang mempunyai pendapatan rendah tidak perlu bimbang atau rasa gentar mengenai hari-hari mereka yang berikutnya. Mereka boleh menjalani hidup mereka dengan bahagia kerana mereka mempunyai tabungan.

2.1.3

Membiayai Pendidikan Seseorang inidividu itu akan diukur melalui tahap pendidikannya. Bukan itu sahaja, pendidikan merupakan elemen yang penting bagi seseorang itu berjaya dalam hidup. Tanpa pendidikan, kehidupan yang kita lalui tidak bermakna. Bahkan ada yang memilih kawan-kawan mereka berdasarkan

status pendidikan seseorang itu. Bukan itu sahaja, kini timbul sebuah imej atau persepsi rakyat bahawa, orang yang berpelajaran ialah seseorang yang mempunyai akhlak dan nilai yang baik. Walaupun sesorang itu berdisiplin tetpai tidak berpelajaran, mereka sering dipandang rendah. Walaupun ilmu yang kita perolehi tidak ternilai, kita masih perlu membiayai kos pendidikan. Kos yang terlibat bagi seseorang itu meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dengan mudah boleh mencecah RM 30,000.00. ini tidak termasuk yuran peperiksaan dan sebagainya. Ini hanyalah kos minimum yang dianggarkan. Jika kita tidak menabung, bagaimanakah kita akan termampu membayar wang sejumlah itu? Ibu bapa perlulah menabung dengan secukupnya bagi menampung perbelanjaan kos pendidikan anak-anak mereka. Mereka perlu mula menabung apabila usia anak mereka masih muda lagi. Jika mereka menunggu hingga anak-anak menjejakkan kaki ke alam persekolahan unutk menabung, maka itu sudah terlewat kerana kos pengajian ini semakin menningkat dari tahun ke tahun dan juga berbeza mengikut setiap IPTA.

2.1.4

Digunakan Sewaktu Kecemasan Bak kata pepatah, sediakan paying sebelum hujan. Kita perlu sentiasa bersedia sebelum sesuatu menimpa kita. Antaranya ialah hal-hal kecemasan yang melibatkan kesihatan atau kemalangan. Seseorang yang

kelihatan penuh bertenaga pada hari ini mampu jatuh sakit pada keesokan harinya. Oleh itu, kita perlu sentiasa sedar dan bersedia dengan menabung sejumlah wang. Jika kita menabung, kita boleh menggunakan wang tersebut bagi tujuan rawatan, pembedahan dan sebagainya. Hal ini dapat mengurangkan kesulitan yang kita bakal hadapi yang berpunca daripada kekurangan wang pada saat-saat yang mencemaskan itu. Bukan itu sahaja, dengan menabung juga, kita mampu menolong orang lain yang ditimpa masalah atau hal-hal kecemasan. Antaranya ialah, mangsa-mangsa bencana di Gaza. Kita boleh menggunakan sebahagia daripada wang tabungan bagi tujuan derma dan bantuan kepada mangsamangsa tersebut.

2.1.5

Berdikari dari Segi Kewangan Setiap individu harus berdikari dari segi kewangan. Kedudukan ini hanya boleh dicapai dengan mengamalkan amalan menabung. Jika tidak, kita terpaksa bergantung kepada orang lain setiap kali memerlukan bantuan dari segi kewangan. Orang lain pula, sampai bilakah mereka sanggup membantu kita? Mereka juga mempunyai perbelanjaan mereka masingmasing. Sesiapa jua yang tidak berdikari dari segi kewangan akan rasa bagaikan tiada sebelah tangan kerana kekurangan wang tabungan mampu mencetuskan pelbagai kemelut.

Inidividu yang terlibat dalam kemelut inilah yang selalu menjadi mangsa Ah Long atau Ceti Haram yang mengambil kesempatan dengan mengenakan kadar bunga yang tinggi untuk pinjaman yang telah mereka beri. Walaupun Ceti Hara mini sedar bahawa peminjam tidak akan dapat membayar balik ataupun menanggung kadar bunga yang ditetapkan, mereka tidak ambil peduli mengenai situasi peminjam kelak. Individu yang tidak mempunyai pilihan lain terpaksa akur dan secara tidak langsung, melibatkan diri ke dalam permasalahan yang lagi besar. Dengan adanya tabungan, kita mampu merancang masa depan kita. Wang yang ditabungkan boleh digunakan untuk pelbagai kegiatan atau usaha yang mampu membantu kita berjaya. Antaranya ialah,

menggunakan wang tabungan atau simpanan untuk tujuan pelaburan atau memulakan sesebuah perniagaan. Wang tabungan yang di simpan di bank atau yang dilaburkan dalam unit saham amanah boleh dijadikan sebagai modal untuk memulakan perniagaan. 2.2 Cara cara Menabung Terdapat pelbagai cara-cara bagi seseorang individu itu untuk menabung. Apa yang diperlukan hanyalah kemahuan inidvidu itu samada mahu menabung ataupun tidak. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Jika seseorang itu sudah fokuskan minda mereka untuk menabung, mereka tidak akan mempunyai masalah dalam melaksanakannya. Antara cara-cara seseorang inidividu itu boleh menabung adalah dengan merancang perbelanjaan isi rumah,

membawa bekal ke tempat kerja ataupun sekolah, tidak berbelanja melebihi kemampuan dan sebagainya. Sesetengah inidividu akan berpendapat bahawa ia amat membebankan dan sukar untuk berjimat dan menabung kerana tidak biasa melakukannya. Tetapi, bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Walaupun cara-cara untuk menabung pada mulanya agak sukar untuk diikuti, namun setelah sesuatu tempoh masa, ia akan menjadi kebiasaan kepada kita. Secara amnya, amalan yang buruk seperti bersikap boros, amatlah mudah untuk kita ikuti, tetapi amalan yang baik seperti menabung, adalah agak sukar. Kita hanya perlu mengorak langkah yang pertama dengan memulakannya.

2.2.1

Merancang Perbelanjaan Salah satu cara yang amat penting dalam menabung ialah dengan merancang perbelanjaan yang akan dibuat. Ini termasuklah perbelanjaan isi rumah ataupun perbelanjaan harian oleh seseorang individu itu. Kebanyakan kita akan membeli barangan yang paling canggih di pasaran tanpa menyelidik dahulu. Malah, ada juga terpaksa membeli barangan sekali lagi kerana sikap terburu-buru. Dengan melakukan perancangan, kita dapat elakkan perbelanjaan yang tidak perlu. Hasilnya, kita akan dapat menabung lebihan wang. Sebagai contoh, apabila sebuah pasangan itu mendapat gaji, mereka perlu duduk bersama dan menyeneraikan barangan keperluan yang perlu dibeli bagi tempoh sebulan itu. Dengan ini, wang dapat

dijimatkan, kerana apabila kita membeli barangan secara pukal, harganya lebih murah. Apabila hendak menyediakan senarai barangan tersebut, pasangan itu perlulah tegas dalam tidak membeli barangan mewah atau barangan yang tidak diperlukan seperti minyak wangi, tas tangan, alat-alat solekan dan sebagainya. Selain itu, perbelanjaan harian juga boleh dirancang khususnya untuk individu yang bekerja dan pelajar. Misalnya bagi pelajar sekolah, ibu bapa perlulah merancang terlebih dahulu mengenai pemberian wang saku. Ibu bapa perlu mengetahui harga makanan yang dijual di kantin sekolah dan juga duit tambang yang diperlukan oleh pelajar itu (jika menggunakan pengangkutan awam). Jika pelajar itu mahu membeli makanan lain seperti makanan ringan, mereka perlu pandai menjimatkan wang saku yang diberi, bukannya meminta wang saku yang lebih.

2.2.2

Menyimpan Sebelum Berbelanja Konsep perbelanjaan yang betul adalah: Pendapatan Simpanan = Hutang + Perbelanjaan. Ini bermaksud, apabila menerima gaji (pendapatan) sejumlah wang harus diketepikan dahulu sebelum melakukan apa-apa bayaran. Setelah menepikan sejumlah wang itu untuk tujuan simpanan atau tabungan, baki wang itu barulah boleh digunakan untuk membayar hutang dan mengurus perbelanjaan yang lain. Dengan ini, kita tidak boleh beri lagi alasan tesilap guna wang simpanan.

10

Akan tetapi, ramai golongan bekerja, khususnya golongan muda, sejurus mendapat gaji, mereka akan sibuk membayar hutang mereka. Ini termasuklah bil-bil air, ASTRO, wang ansuran dan kemudiannya wang baki itu digunakan unutk berbelanja tanpa memikirkan untuk melakukan tabungan kerana merasakan bahawa bebanan mereka bagi bulan itu sudah diurus. Apabila mereka meneruskan amalan begini, ia amatlah sukar untuk mereka menabung kerana mereka akan terlalu ghairah untuk membelanjakan wang yang ada. Ada yang berpendapat bahawa gaji yang diterima amat rendah dan tidak mencukupi untuk menabung. Sebenarnya, jumlah wang yang perlu mereka ketepikan untuk tabungan terpulang kepada kemampuan mereka. Bagi yang berpendapatan tinggi, mereka boleh menentukan peratus wang yang mereka ingin tabungkan setiap bulan. Misalnya, inidvidu yang berpendapatan RM 2,000.00 sebulan mungkin hendak menabung 5% daripada gaji mereka. Walaupun jumlah ini nampak sedikit, namun pada akhir tahun, mereka akan mempunyai RM 1,200.00.

2.2.3

Membeli Barangan yang Boleh Meningkat Nilainya Ramai diantara kita masih memikirkan bahawa hanya wang yang boleh ditabung untuk digunakan pada masa yang akan datang atau kecemasan dan untuk mendapatkan hasil atau pulangan selepas sesuatu tempoh kita menabung. Namun, terdapat juga beberapa bentuk lain yang anda boleh gunakan untuk menabung. Malah ia dapat membantu kita

11

mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada jumlah wang yang anda simpan atau laburkan. Sejumlah wang yang anda ada daripada hasil pendapatan atau hasil simpanan boleh digunakan unutk membeli barangan dimana nilainya pasti meningkat saban hari. Contohnya, dinar emas, barangan kemas, tanah, ataupun rumah. Barangan yang telah disebut tadi akan pasti meningkat nilainya tanpa ragu-ragu. Misalnya, seekar tanah yang dibeli mungkin berharga RM 20,00.00 pada masa sekarang. Namun selepas beberapa tahun, harga tanah itu mampu mencapai RM 50,000.00 terpulang kepada permintaan yang ada. Tetapi berhati-hati semasa hendak membeli sesuatu barangan bagi tujuan ini. Bukan semua barangan boleh meningkat harganya. Barangan seperti kenderaan, khusunya kereta, akan merosot harganya dalam hanya tempoh beberapa bulan kerana terdapat banyak model kereta yang dikeluarkan oleh pelbagai syarikat setiap masa. Orang ramai pula sudah tentu mahu memiliki jenama dan model kereta yang terbaru berbanding yang lama.

2.2.4

Menyelesaikan Hutang Cara lain yang boleh kita ikuti bagi menabung ialah dengan melunaskan hutang yang ada. Setiap bulan, cuba lunaskan hutang seperti bayaran ansuran kereta, pinjaman-pinjaman, bayaran kad kredit dan sebagainya. Segala hutang perlulah cuba diselesaikan secepat yang mungkin. Hal ini

12

kerana, jika kita dibebani oleh pelbagai hutang, pendapatan yang kita terima hanya cukup untuk membayar hutang, dan tidak dapat kita gunakan untuk menabung. Apabila hutang telah habis dilunaskan, kini pendapatan yang kita terima bolehlah kita gunakan bagi tujuan menabung sepenuhnya. Ini juga membolehkan kita merancang jumlah tabungan yang ingin kita lakukan setiap bulan berdasarkan gaji bersih kita pada setiap bulan. Apabila diri kita sudah bermotivasi untuk menabung secara konsisten setiap bulan, kita boleh mula menaikkan jumlah wang atau jumlah peratus pendapatan yang ingin kita tabungkan.

2.2.5

Menyimpan Wang Bonus Wang bonus atau gaji bonus adalah berita yang sering diharapkan oleh semua golongan yang bekerja. Pantang mendengar perkataan bonus, kebanyakan pekerja akan mula merancang cara-cara untuk

menghabiskan duit tersebut. Ada yang akan bercadang untuk pergi bercuti, ada pula yang bercadang untuk membeli-belah bagi perayaan yang bakal tiba dan ada juga akan menggunakan duit tersebut untuk membeli telefon bimbit dan sebagainya. Tetapi, adakan ini cara yang betul bagi menggunakan wang bonus tersebut? Bagi mengelakkan diri kita terikut-ikut dengan godaan perkaraperkara diatas, wang bonus yang diterima perlulah diasingkan secepat yang mungkin daripada akaun bank kita. Ini adalah unutk memastikan

13

kita tidak akan habis membelanjakan wang bonus tersebut tanpa kita sedari. Selain itu, wang bonus itu juga boleh diasingkan bagi tujuan lain seperti ingin memperbaiki kenderaan yang rosak dan perkara yang lain yang lebih penting daripada berbelanja sesuka hati. Ada pekerja yang langsung tidak menabung sebarang wang daripada wang bonus yang diterima. Hal ini kerana, mereka terlalu leka berbelanja sejurus mendapat wang tersebut. Sikap begini harus dielakkan, sebaliknya, kita perlu mencuba untuk menabungkan sekurang-kurangnya 50% daripada wang bonus tersebut. Namun, ini adalah jumlah yang minimum. Jika ingin menabung lebih banyak daripada jumlah itu, ia adalah lebih baik.

2.2.6

Membuka Akaun Bank yang Berasingan yang Tidak Mempunyai Kad Automatic Teller Machine (ATM) Pembukaan akaun bank terutamanya yang tidak mempunyai kad ATM ini boleh membebankan seseorang itu. Pada zaman ini, masyarakat mahukan segalanya pada masa yang singkat. Lebih-lebih lagi, pengeluaran wang tunai di bank. Ramai diantara kita lebih menggemari melakukan pengeluaran wang tunai menggunakan kad ATM kerana prosesnya lebih cepat daripada pengeluaran wang tunai secara manual. Tetapi, siapa sangka, cara pengeluaran yang membebankan ini sebenarnya mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

14

Sejumlah wang yang ingin kita tabungkan harus disimpan di akaun bank yang berasingan. Jika kita menabung dan menyimpan pendapatan kita dalam akaun bank yang sama, kita tidak akan nampak jumlah wang yang kita tabungkan. Apabila kita menabung dan menyimpan pendapatan dalam akaun yang sama, kadang kala kita terdetik untuk menggunakan wang tabungan kita. Pemilikan akaun bank yang berasingan untuk tujuan menabung, akan memudahkan kita memeriksa jumlah tabungan kita di samping menggunakan wang tersebut secara tersilap. Bukan itu sahaja, jika kita membuka akaun bank yang tidak memiliki kemudahan kad ATM bagi tujuan menabung kerana kita terpaksa menggunakan buku akaun bank jika hendak mengeluarkan wang tunai. Cara ini amat membebankan kerana pejabat bank yang mempunyai kemudahan ini tiada di banyak tempat dan proses pengeluaran wang tunai menggunakan buku akaun bank ini memakan masa.. Kebiasaanya, hanya mesin ATM yang disediakan oleh pihak bank bagi tujuan pengeluaran wang tunai secara segera.

2.2.7

Beriadah di Rumah Seperti yang diketahui, masyarakat kini lebih menyukai dan memilih kehidupan yang moden, sehinggakan jika hendak beriadah, ada yang sanggup membelanjakan ratusan ringgit untuk menjadi ahli di kelab-kelab kesihatan bagi tujuan ini. Sikap ini sedikit sebanyak membawa kesan kepada kehidupan mereka terutamanya dari segi kewangan. Wang yang

15

mereka gunakan untuk menjadi ahli kelab kesihatan ini sepatutnya boleh ditabungkan untuk tujuan yang lebih berfaedah. Terdapat pelbagai kelab kesihatan yang menawarkan kemudahan beriadah kepada ahlinya dengan membekalkan alatan senaman. Namun, disebalik segala kemudahan ini, jika seseorang ingin menjadi ahli di kelab kesihatan ini perlu membayar sejumlah wang pendaftaran dan yuran bulanan yang digunakan untuk menjaga keselesaan dan memperbaiki lagi taraf kelab kesihatan tersebut. Yuran bulanan ini mampu mencapai sehingga RM 180.00 mengikut kecanggihan kelab kesihatan tersebut. Daripada membayar yuran ratusan ringgit untuk menjadi ahli kelab kesihatan, wang tersebut boleh ditabungkan. Jika seseorang itu dapat menjimatkan sebanyak RM 180.00 sebulan selama setahun, tabungan individu tersebut boleh memcecah RM 2,160.00 setahun. Sebaliknya, anda boleh bersenam di rumah bersama ahli keluarga. Disamping menjaga kesihatan anda, kesihatan ahli keluarga juga terjaga. Anda juga boleh berjalan atau berjogging di sekitar kawasan perumahan setiap hari.

2.2.8

Mencuci Kenderaan Sendiri Kini, masing-masing memiliki kenderaan kerana ingin sampai ke tempat kerja dalam keadaan yang selesa. Individu yang menggunakan pengangkutan awan dipandang rendah. Sikap materialistik ini telah mendorong orang ramai memiliki kenderaan sendiri. Pemilik yang terlalu sibuk mengejar kekayaan sehinggakan tiada masa menjaga kenderaan

16

yang dibeli. mengambil cara mudah dengan menghantar kenderaan ke kedai untuk dicuci dan dikilatkan. Pemilik kedai cucian kenderaan akan mengenakan RM10 bagi sekali cucian. Harga ini tidak termasuklah peerkhidmatan mengilatkan kereta, Snow Wash dan perkhidmatan mengvakumkan kereta. Jika kenderaan dicuci seminggu sekali, jumlah bagi tujuan mencuci kereta sahaja setiap bulan mencapai RM 40.00 tanpa mengira caj-caj tambahan yang lain. Jika wang ini ditabungkan, dalam masa setahun, anda mampu menabung sebanyak RM 1,872.00. Sebaliknya, jika kita mencuci kenderaan sendiri, kita bukan sahaja dapat menjimatkan wang, tetapi juga dapat menjaga kesihatan kita. Hal ini kerana, itu merupakan salah satu cara untuk bersenam dan beriadah. Aktiviti ini boleh anda lakukan bersama ahli keluarga pada setiap hujung minggu dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli keluarga selain mengekalkan tubuh badan yang sihat bersama-sama.

2.2.9

Membawa Bekal Disebabkan kenaikan harga barangan seperti minyak masak, tepung dan sebagainya, pengusaha kedai makanan mengambil kesempatan ini untuk menaikkan juga harga makanan di premis mereka. Apabila ditanya sebab kenaikan harga makanan, pemilik sering mengambil jalan yang mudah dengan memberikan alasan itu. Walaupun harganya agak mahal, golongan

17

yang bekerja terpaksa membeli makanan dari kedai-dekai kerana terlalu sibuk untuk menyediakan makanan di rumah. Harga sepinggan nasi, sejenis sayur dan seketul ayam kini boleh mencecah sehingga RM 5.00. ini merupakan harga di gerai makanan yang biasa. Jika di restoran yang besar dan terkemuka, harganya lebih mahal lagi. Belanja sehari untuk sarapan dan makanan tengah hari sahaja boleh mencapai RM 10.00 seorang. Jika dikira untuk tempoh masa sebulan, wang yang digunakan unutk membeli makanan diluar boleh mencecah sehingga RM 300.00. Sebaliknya, jika kita membawa bekal dari rumah, kita dapat menabungkan wang ini. Jika ianya sukar untuk menyediakan bekal setiap hari, kita boleh memilih hari-hari tertentu untuk menyediakan bekalan makanan. Contohnya, anda boleh memilih untuk membawa bekal empat hari dalam seminggu atau berdasarkan kesesuaian anda. Ini mampu membantu anda berjimat dan menabung sehinga RM 40.00 seminggu. Jika dikira untuk tempoh sebulan, anda mampu menabung sehingga RM 120.00 sebulan.

2.3

Tempat yang Sesuai Bagi Menabung Tidak cukup jika sekadar mempunyai keinginan untuk menabung. Kita juga perlu mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai tempat-tempat yang sesuai dan selamat untuk menabung. Bukan semua institusi kewangan mampu memberi pulangan yang lumayan seperti yang diharapkan oleh penabung. Penabung juga

18

perlu sedar bahawa bukan institusi kewangan seperti bank sahaja yang menawarkan kadar pulangan dan kadar faedah. Terdapat juga beberapa badan lain yang menawarkan perkhidmatan ini. Sebelum memilih tempat yang sesuai, anda perlulah mengenal pasti samada itu merupakan sebuah institusi atau tempat yang aman tanpa apa-apa campur tangan dan unsur politik, monopoli dan sebagainya. Ini kerana, sudah tentu anda tidak mahu kerugian wang yang anda berusaha untuk tabungkan apabila berlaku pergolakan politik atau kacau bilau. Jangan terlalu tamakkan wang ringgit sehingga melaburkan tabungan anda di Skim Cepat Kaya dan sebagainya yang hanya pandai berjanji kosong.

2.3.1

Bank Bank adalah sebuah institusi yang terkenal dengan urusan mengendalikan wang. Ini termasuklah urusan pinjaman, seperti pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan, urusan penyimpanan wang tunai dan barangan berharga yang lain seperti emas dan urusan pengeluaran wang tunai. Bank juga bertanggungjawab dalam hal-hal pemindahan wang dan pertukaran mata wang asing selain menyumbang kepada peningkatan ekonomi sesebuah negara. Terdapat beberapa bank yang menawarkan faedah dan kadar pulangan yang tinggi kepada para penabung. Antaranya ialah Malayan Banking Berhad (Maybank) dan Bank Islam. Bank-bank ini adalah dibawah pengendalian kerajaan. Oleh itu, penabung tidak perlulah risau

19

mengenai kewujudan monopoli dan penyelewengan. Selain itu, terdapat juga bank swasta seperti Public Bank, Standard Chartered dan CIMB yang boleh menjadi tempat pilihan kita bagi tujuan menabung.

2.3.2

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) Skim ini telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang memperolehi pendapatan RM 3,000.00 dan ke bawah sebulan. Skim ini merupakan satu bentuk pelaburan unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman bagi menghasilkan satu produk hibrid yang boleh menjana insentif bulanan yang konsisten. Skim ini adalah salah sebuah skim yang telah dibentuk bagi tujuan membantu rakyat di bawah usaha pihak kerajaan. Had pelaburan dalam skim ini adalah hanya RM 5,000 yang boleh dipinjam daripada bank yang terpilih. Saham pelaburan juga boleh dibeli melalui duit simpanan sendiri. Pelabur akan menikmati pendapatan RM134 sebulan. Bagi yang meminjam, setelah melakukan pembayaran balik kepada pihak bank setiap bulan, mereka masih mendapat keuntungan RM50 sebulan. Mereka mendapat pulangan bersih di akhir tempoh lima tahun tersebut dengan memperoleh kira-kira RM13,000 bagi yang melabur melalui simpanan sendiri dan RM5,000 bagi yang membuat pinjaman.

20

2.3.3

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) SSPN merupakan sebuah skim yang direka khas oleh Perbadanan Tabung

Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan kewangan pendidikan tinggi. SSPN ini dapat memberi pulangan dividen tahunan, menyediakan insentif kewangan khas dalam bentuk Geran Sepadan, khusus bagi pendeposit yang berpendapatan rendah. Selain itu, skim ini juga memberikan manfaat perlindungan insurans dan bayaran pampasan atau khairat kematian secara percuma kepada pndeposit yang layak. Pembukaan akaun SSPN boleh dilakukan di kaunter PTPTN dan semua cawangan ejen kutipan pendeposit di seluruh negara. Anda hanya perlu membawa beberapa salinan dokumen asas seperti sijil kelahiran, kad pengenalan dan slip gaji berserta jumlah deposit minimum iaitu RM 20.00 sahaja. Penambahan deposit boleh dilakukan sejurus kad keahlian diterima. Penerima manfaat akan dikirimkan penyata akaun dua kali setahun kerana tiada buku simpanan yang disediakan, tetapi hanya kad keahlian SSPN. Skim ini merupakan salah sebuah cara yang baik untuk menabung kerana pengeluaran wang hanya boleh dibuat selepas tempoh satu tahun menyimpan. Oleh itu, walaupun kita terdesak untuk menggunakan wang tersebut, wang itu tidak akan dapat kita dikeluarkan. Pada setiap tahun pula, hanya pengeluaran 10 peratus daripada baki akaun atau RM 500.00 (mana yang terendah) dibenarkan. Sekali lagi, selepas tempoh setahun, kita hanya dibenarkan mengeluarkan jumlah wang yang ditetapkan sahaja. Ini dapat membantu kita menabung disamping berfikir sebelum ingin mengeluarkan wang.

21

3.0

Penutup

Kita telah pun sedar mengenai manfaat amalan menabung ini. Bukan satu atau dua, tetapi berpuluh-puluh kebaikannya jika seseorang itu mengamalkan amalan ini. Tiada had umur, status sosial atau pekerjaan yang boleh mengehadkan atau membangkang seseorang inidividu bagi menabung. Semuanya adalah di hati dan fikiran masing-masing. Jika ingin perubahan yang positif dari segi ekonomi dan sosial diri sendiri, kita perlulah memberanikan diri bagi melakukan perubahan yang dapat membantu kita memulakan sikap suka menabung ini. Mahukah impian anda memiliki kenderaan yang berjenama, rumah yang luas dan besar hanya tinggal sekadar mimpi, atau mahu impian anda itu menjadi kenyataan? Segalanya di tangan dan pemikiran kita. Bagi individu yang telah berjaya mengorak langkah yang pertama dengan menyasarkan untuk mengamalkan amalan ini, jangan bimbang, kerana terdapat pelbagai cara-cara yang dapat membantu seseorang itu menabung. Pelbagai cetusan minda boleh didapati di internet, bukubuku, bahkan di akhbar yang mengajar seseorang itu untuk menabung. Ini tidak bermakna seseorang itu perlu mengikut kesemua cara itu sekaligus, tetapi, mulalah dengan setakat mana yang mampu dilakukan. Praktikkan dulu beberapa cara untuk menabung, dan disusuli dengan yang lain. Tahniah bagi golongan yang sudah mula menabung. Tetapi jangan terlalu leka dengan jumlah wang yang disimpan dan menjadi tamak sehinggakan melabur di Skim Cepat Kaya atau skim-skim yang lain bagi melipatgandakan wang tabungan anda. Jika silap memlilih tempat menyimpan tabungan anda, anda mampu hilang kesemua wang tabungan anda. Pada masa itu nanti, nasi sudah menjadi bubur dan tiada jalan penyelesaian. Jadi, jangan terburu-buru dalam memilih tempat yang sesuai bagi melabur atau menyimpan wang tabungan anda. Jangan biarkan janji kosong dan kadar pulangan yang tinggi mengaburi mata anda.
22

Bibliografi Amalan menabung (2012). Diperoleh pada April http://www.scribd.com/doc/50082549/amalan-menabung 19, 2012 daripada

Borang permohonan pembukaan akaun SSPN (2012). Diperoleh pada April 19, 2012 daripada http://www.ptptn.gov.my/web/guest/simpanan/borangsspn Ciri-ciri kecenderungan menabung di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah : satu kajian deskriptif di negeri Kelantan (1998). Diperoleh pada April 19, 2012 daripada eprints.ptar.uitm.edu.my/3922/ Faedah menabung (1996). Diperoleh pada April 19, 2012 http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=29&pg=286&ac=220&print=1 2012 daripada daripada

Faedah-faedah menabung (2012). Diperoleh pada April 19, http://www.scribd.com/doc/49081303/Faedah-faedah-menabung

Governor's speech at the opening of the saving promotion seminar (1997). Diperoleh pada April 19, 2012 daripada http://www.duitsaku.com/index.php?ch=9&pg=86&thm=teenz&view=8 Karangan : menabung (2012). Diperoleh pada April 19, 2012 daripada http://www.cemerlangbm.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=125 :karangan-menabung&catid=47:contoh-soalan&Itemid=56 Kebaikan menabung wang (2012). Diperoleh pada April 19, http://www.scribd.com/doc/17091320/kebaikan-menabung-wang 2012 daripada

Mohd Tamsir Ali dan Halimah Mohd Arsat (2009). Supaya poket tidak kosong lagi. Kuala Lumpur : PTS Millennia Sdn. Bhd. Noor'Alim Mohd Yunos (2005). Ringgit & poket. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Nor Afzan Mohamad Yusof ( 2012, April 14). Tabung hayat. Berita Harian, B5. Saving for college (2012). Diperoleh http://www.finaid.org/savings/ pada April 19, 2012 daripada

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (2012). Diperoleh pada April 19, 2012 daripada http://www.sara1malaysia.com.my/subpg.php?id=fq&idctn=15 Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) (2012). Diperoleh pada April 19, 2012 daripada http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.do?channelId= LOA-Loans&cntTypeId=0&cntKey=LOA14.01&programId=LOA14Sara1M&chCatId=/mbb/Personal/LOA-Loans
23

Suburkan tabiat menabung untuk masa depan (2011). Diperoleh pada April 19, 2012 daripada http://www.fomca.org.my/kewangan/index.php/simpanan/524-suburkan-tabiatmenabung-untuk-masa-depan Suzardi Mauzan (2010). Rancang wang dari sekarang. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

24

Lampiran

Gambar 1.0

Contoh buku bank yang akan diberikan kepada pemegang akaun.

Gambar 1.1

Contoh tabung yang diedarkan oleh Tabung Haji bagi penabung di bank mereka.

25

Gambar 1.3

Iklan oleh media massa yang mendorong masyarakat menabung.

Gambar 1.4

Amalan menabung haruslah disemai dalam diri kanak-kanak sejak mereka kecil lagi.

26

Gambar 1.5

Kelab Nuri yang diperkenalkan oleh Bank Rakyat bagi tujuan menabung.

Gambar 1.6

Buku Wang Saku yang disediakan bagi membantu pelajar sekolah menguruskan kewangan mereka.

27