Anda di halaman 1dari 13

KANDUNGAN

Bil 1.0 1.1 1.2

Perkara Pengenalan Definisi Menggambar Pengenalan dan Penerokaan Alat, Media & Teknik

Muka Surat 1 2

2 3 4

2.0 3.0 4.0

Fungsi Budaya Bidang / Teknik Menggambar Perkembangan Aktiviti Menggambar : Teknik Lukisan Figura

8 12 13

5.0 6.0

Kesimpulan Rujukan

1.0 PENGENALAN

Dalam menghayati dunia seni visual sebagaimana yang terkandung didalam huraian sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), bidang menggambar adalah merupakan satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Menggambar juga merupakan satu respresentasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan diatas permukaan. Ianya mengandungi suatu komposisi artistik yang mana
1

dihasilkan melalui aplikasi warna diatas permukaan yang rata. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Selain itu, gambar ialah satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek. Selain itu , respresentasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi dan gambaran huruf yang diterangkan adalah dalam bentuk grafik. Dalam teknik menggambar perkembangan, imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid perlulah diutamakan. Bidang ini membolehkan murid mengenali lebih dekat lagi kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Menggambar lebih menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya seni. Terdapat pelbagai kegiatan yang dijalankan dalam bidang menggambar antaranya lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek. Selain dari itu juga, bidang menggambar dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Dengan ini murid akan dapat menyelaraskan pemerhatian mereka dan pengalaman mereka dalam aktiviti hasil kerja seni. Aspek apresiasi hasil kerja perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid. Ini kerana apresiasi ini bertujuan untuk membina keyakinan seseorang itu terutama murid untuk berbincang dan menghuraikan serta membuat diskriminasi terhadap karya seni. Menurut Hurwitz dan Day (2001), apresiasi bermaksud menghargai dan pemahaman mengenai konsep apresiasi seni adalah melalui pencarian dan penyaluran maklumat yang terdapat pada karya seperti maklumat mengenai artis atau pengkarya, maklumat mengenai bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya gaya dan aliran seni arya serta aspek sejarah karya tersebut.

1.1

DEFINISI MENGGAMBAR

Menggambar dapat didefinisikan sebagai berikut : I. Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. II. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata.
2

III.

Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik. Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek

IV.
V.

VI.

1.2

PENGENALAN DAN PENEROKAAN ALAT, MEDIA DAN TEKNIK

Dalam menghasilkan hasil kerja yang baik, penggunaan alat, media dan teknik dengan betul amatlah penting. Murid-murid akan berminat dalam menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz sekiranya mereka boleh menggunakan peralatan seni dengan betul. Oleh itu, sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, adalah menjadi satu kemestian setiap guru mengetahui dan mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri murid-murid mereka, kerana setiap orang murid adalah berbeza tahap perkembangan mereka dalam penggunaan alatan seni.

Perbezaan perkembangan ini adalah berkaitrapat dengan perkembangan kebolehan kognitif murid-murid tersebut. Hampir keseluruhan murid sekolah rendah adalah berumur antara 7 hingga 12 tahun dimana pada ketika ini mereka berada pada Peringkat Pengolahan Konkrit (Concrete Operation) sebagaimana yang diperkenalkan oleh Jean Piaget. Menurut Piaget, pada peringkat ini pertumbuhan mental adalah berterusan dan penguasaan pengetahuan dan pemikiran bertambah banyak. Perasaan ingin tahu adalah sangat tinggi dengan keinginan belajar yang besar.

Oleh kerana perasaan ingin tahu yang tinggi, ini akan mempengaruhi minat mereka dalam menghasilkan hasil karya seni yang baik. Lebih-lebih lagi sekiranya guru menunjukkan terlebih dahulu hasil seni yang telah dihasilkan menggunakan alatan seni seperti kertas. Adalah menjadi minat murid apabila menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, berbagai jenis warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah boleh digunakan dalam menghasil hasil karya seni menggunaan kaedah menggambar ini. Dalam meneroka alatan seni yang berkaitan dengan aktiviti menggambar ini, semua jenis media sama ada basah mahu pun kering amatlah berguna. Alatan seperti warna pastel,warna air,warna poster, warna pensil, kapur berwarna, oil pastel, artline atau marker, pelbagai jenis pen, stensil, Kolaj, capan, lilin, cebisan kertas seperti surat khabar atau majalah dan sebagainya dapat digunakan dan disatukan dalam menghasilkan satu hasil kerja.

2.0

KEPENTINGAN AKTIVITI MENGGAMBAR Kanak-kanak adalah unik dan berbakat dalam seni. Guru yang berperanan sebagai

pembolehubah perlu kreatif dan mempunyai tahap sensitif yang tinggi dalam menyediakan pengalaman seni untuk kanak-kanak. Disamping itu, guru juga perlu berupaya meletakkan diri mereka dalam diri kanak-kanak bagi memahami keperluan kanak-kanak tersebut dalam memperkembangkan pemahaman kanak-kanak melalui pemikiran dan pengalaman. Ini kerana aktiviti menggambar ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran murid terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi fokus utama bidang menggambar ini. Dari aspek kognitif, aktiviti menggambar ini berfungsi dalam mencetus rangsangan yang akan mempengaruhi tindak balas atau perlakuan kanak-kanak yang terlibat. Sekiranyanya dua orang kanak-kanak didedahkan kepada rangsangan yang sama, tindak balas mereka mungkin berbeza, bergantung kepada pengalaman lepas masing-masing. Persepsi seseorang terhadap sesuatu / pengalaman inilah yang ditekankan didalam teori Gestalt. Dimana Gestalt menekankan bahawa pengalaman, cara individu tersebut dibesarkan dan

firasat akan mempengaruhi cara seseorang itu dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Melalui pendekatan Teori Gestalt ini, fokus memainkan peranan yang penting bagi kanak-kanak dalam melihat sesuatu perkara, seterusnya menggambarkannya sebagai hasil seni. Dalam aspek fizikal pula, aktiviti menggambar ini memainkan peranan yang penting dalam perkembangan psikomotor kanak-kanak. Ini kerana dengan penggunaan alat dan bahan seni lukis memberikan satu bentuk latihan yang amat berkesan kepada otot tangan, koordinasi tangan serta mata. Kepentingan dari aspek persepsi pula, murid-murid boleh mempertingkatkan serta menajamkan lagi penggunaan pancaindera serta deria melalui proses penghasilan dan hasil seni, produk dan objek yang terdapat disekeliling mereka. Biasanya pada tahap ini muridmurid dapat menggambarkan berdasarkan idea yang diperolehi melalui pemerhatian dan penerokaan alat dan bahan yang lebih kreatif dan kemas. Selain itu juga, mereka dapat membuat perbandingan dan berbincanga tentang hasil kerja murid itu sendiri dan mengaitkan dengan hasil kerja orang lain. Dari aspek sosial dan emosi pula, murid-murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Disini bermulanya proses muridmurid berkomunikasi dengan diri sendiri, rakan-rakan, guru, ibubapa, adik beradik dan ahli keluarga yang lain. Secara tidak langsung murid-murid akan dapat meluahkan perasaan yang berkaitan dengan pengalaman dan hasil kerja seni mereka.

3.0

BIDANG / TEKNIK MENGGAMBAR

Lukisan

Catan

Kolaj

Montaj

Mozek Menggambar Capan

Cetakan

Resis

Gurisan

Percikan

Setensilan

Gosokan

Dalam bidang menggambar, terdapat 12 teknik yang boleh digunakan dalam menjelaskan tujuan menggambar. Hasil yang diperolehi daripada aktiviti menggambar ini adalah berbeza mengikut tahap umur murid iaitu dari tahun satu hingga ke tahun enam. Teknik-teknik menggambar yang boleh digunakan adalah seperti berikut :1. Teknik lukisan. Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit yang dihasilkan diatas sesuatu permukaan rata dengan aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dengan pelbagai teknik yang boleh dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan dari aras mudah ke aras sukar. 2. Teknik Catan Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ianya merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna yang diaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D dengan teknik menyapu warna basah .Ianya banyak menggunakan warna sebagai bahan pewarna untuk menghasilkan gambar seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik dengan pelbagai . jenis warna dan cara-cara mewarna dengan betul. 3. Teknik Kolaj Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D yang mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. Ia juga dapat menghasilkan satu komposisi artis daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berbeza dan daripada berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara

satu sama lain dengan menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu. 4. Teknik Montaj Montaj itu adalah satu teknik menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan. Alam sekitar. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Ia mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj yang disusun menjadi satu hasil kerja seni. 5. Teknik Cetakan Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan . Seseorang pelukis biasanya akan menetukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi. Merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Proses dimana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti . Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat yang dilakukan pada permukaan rata. Proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan yang lain. Ianya menggunakan acuan cetakan untk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan. Perpindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain seperti kertas atau kain atau bahan lain. 6. Teknik Resis Resis atau dalam perkataan inggeris resis ialah satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Ianya satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Ini menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resis juga boleh dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap. Teknik ini membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar.

7. Teknik Gosokan Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Ia adalah satu psoses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Gosokan adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Apabila salah satu atau keduadua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalin. Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton. 8. Teknik stensilan Bagi teknik ini, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan. 9. Teknik percikan Percikan adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite- style finish yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. Percikan-percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Alatan penting yang digunakan ialah berus dari pelbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Ianya boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna dengan kaedah yang berlainan.

10. Teknik Gurisan. Gurisan ini merupakan satu karya yang dihasilkan dengan teknik gurisan dengan menggunakan sesuatu objek atau alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal melekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.
8

11. Teknik Capan Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau poster) dan dicatkan ke atas sesuatu permukaan. Capan boleh dihasilkan dengan berbagai rupa bentuk dengan menggunakan berbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semulajadi ( sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akan memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan. 12. Teknik Mozek Mengikut rujukan dari kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bantuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu , marmar atau pecahan tembikar. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek. Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktivtiti seni disekolah. Diperingkat sekolah rendah aktiviti mozek dipserkenalkan dalam subjek pendidikan seni. Aktiviti mozek ini sesuai dijalankan secara berkumpulan di dalam kelas dimana berlainan kumpulan menghasilkan tema yang sama tetapi menggunakan teknik yang berlainan. 4.0 PERKEMBANGAN AKTIVITI MENGGAMBAR : TEKNIK LUKISAN Melalui teknik lukisan bertemakan figura yang dijalankan didalam bilik darjah terhadap murid tahun satu hingga tahun enam, sememangnya berlaku proses perkembangan artistik yang begitu jelas, yang menunjukkan bahawa kefahaman mengenai karya seni merupakan satu elemen yang penting kerana kanak-kanak dikelilingi oleh persekitaran yang banyak menggunakan visual sebagai medium komunikasi. Teknik ini dipilih kerana lukisan dapat memberi banyak maklumat tentang perkembangan kanak-kanak daripada teknik-teknik lain kerana ianya menggunakan media kering seperti krayon, pensil, pensil warna dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada media basah seperti berus atau cat air warna.

LUKISAN FIGURA TAHUN SATU Pada peringkat ini murid melukis berdasarkan imej yang telah diberikan. Melalui proses pemerhatian, mereka terus dapat melakar secara spontan untuk menghasilkan imej melalui garisan dan rupa secara yang tidak terancang. Alatan yang digunakan hanyalah pensil dan pensil warna dan penggunaa warna hanyalah terikat dengan warna contoh imej yang diberikan oleh guru. Di sini ekspresi diri secara natural telah digunakan oleh murid, sesuai dengan peringkat umur mereka dimana mereka menggunakan kepekaan personal dan hubungan visual semasa mereka melukis.

LUKISAN FIGURA TAHUN DUA Pada peringkat tahun dua ini, murid sudah berada di peringkat menggambar. Di peringkat ini, murid sudah mula mengenal pasti asas menggambar berdasarkan pemerhatian mereka. Murid sudah mula menyedari tentang wujudnya rupa asas geometri di persekitaran mereka. Penggunaan warna juga sudah mula dipelbagaikan. Disini ekspresi diri secara kreatif sudah mula digunakan kerana mereka sudah dapat mengaplikasikan kemahiran dan teknik melukis dalam kerja seni mereka.

LUKISAN FIGURA TAHUN 3 Pada peringkat ini, murid sudah mula dapat menyatakan persepsi mereka terhadap sesuatu yang dihasilkan melalui lakaran yang dibuat tanpa penerangan secara penulisan dan lisan. Ini dapat dilihat daripada lukisan yang dihasilkan yang menunjukan seorang kanak-kanak lelaki sedang membawa bola sambil tersenyum. Disini penonton mendapat kefahaman bahawa kanak-kanak tersebut sama ada sedang pulang ke rumah atau pun baru menuju ke padang untuk bermain bola. Ini menunjukkan bahawa pada peringkat tahun tiga ini, mereka sudah mula meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis. Pada peringkat interpretasi dan penilaian murid

10

sudah mula meluahkan perasaan dengan lebih jelas dan hasil kerja seni mereka sudah mempunyai jalan cerita.

LUKISAN FIGURA TAHUN EMPAT Di tahun empat ini, asas senireka iaitu unsur-unsur seni berdasarkan tema imaginasi murid sudah mula digunakan. Lukisan yang dihasilkan juga digunakan untuk meluahkan perasaan dan keseronokan. Lukisan ini juga dihasilkan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian mereka secara visual. Penonton dapat menggambarkan bahawa hasil karya ini menunjukkan seorang kanak-kanak dalam keadaan gembira memakai pakaian kebangsaan.

LUKISAN FIGURAN TAHUN LIMA Disini ekspresi diri secara artistik pada murid tahun lima sudah mula menyerlah kerana murid dapat melahirkan naluri tentang apa yang penonton lihat dalam hasil kerja mereka. Kerja seni kini menjadi lebih ke arah secara individu dan imaginasi. Sesuai dengan perkembangan emosi, mereka sudah mula boleh meluahkan perasaan dan berkomunikasi dengan orang lain menggunakan hasil seni. Mereka juga sudah mula pandai bermain dengan warna. Dimana konsep warna harmoni telah digunakan iaitu warna merah, ungu dan biru. Di peringkat ini murid sudah dapat mengaplikasikan elemen asas senireka yang sesuai dalam aktiviti menggambar. Mereka juga telah menggunakan bahasa seni visual yang mudah untuk berinteraksi melalui hasil karya yang dihasilkan.

LUKISAN FIGURA TAHUN 6 Berdasarkan hasil karya yang dihasilkan ini, amat jelas menunjukkan berlakunya perkembangan dalam aktviti menggambar dari tahun satu hingga tahun enam. Proses menggambar ini adalah berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi murid secara manual. Pada peringkat ini murid dapat mencari sumber rujukan sebagai pencetus idea untuk menggambar serta dapat mengaplikasikan elemen asas senireka dalam menghasilkan karya. Teknik mewarna secara lorekan juga telah digunakan, disamping penggunaan ton warna yang harmoni telah digunakan.

11

5.0

KESIMPULAN

Dari apa bincangkan menerusi pengamata hasil karya murid berkenaan dengan aktiviti menggambar dapat dirumuskan bahawa bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid. Bidang ini juga memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis dan membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Penekankan tentang perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid juga telah diserapkan didalam aktivit menggambar ini. Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid. Dimana menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Penerokaan alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai telah digarapkan dengan jelas dalam aktiviti ini. Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian sesuai dengan perkembangan kognitif mereka. Menerusi aktiviti menggambar ini juga, perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui 4 cara iaitu peringkat penerangan, analisis, intepritasi dan penilaian telah diaplikasikan dengan tepat. Oleh itu dapat dikatakan bahawa aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.

( 3009 patah perkataan)

12

6.0

RUJUKAN

Abu Sareh Haron, (2006). Figura dalam seni halus. Petaling Jaya : Sasbadi Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Prof. Dr Hj Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat, Zuraimi Zakaria. (2011). Modul HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak. Open University Malaysia. Laman sesawang : http://www.slideshare.net/azrinahmed/seni-kanak-kanak http://rozelleeotakbutan.blogspot.com/2010/10/resis-dalam-kegiatan-menggambar.html http://www.moe.gov.my/lp/files/penerbitan/DSP/Tahun2/9%20DSP%20Dunia%20Seni %20Visual%20Tahun%202.pdf http://norazlanahmad.blogspot.com/2010/11/kurikulum-standard-sekolah-rendah-dunia.html

13