Anda di halaman 1dari 15

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN KOLEJ SASTERA DAN SAINS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SGRM 3073

PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

TAJUK TUGASAN : BERDASARKAN TEKS YANG SAMA DENGAN TUGASAN PERTAMA, HURAIKAN NILAI-NILAI MURNI DALAM KARYA AGUNG MELAYU DAN BAGAIMANA NILAI TERSEBUT DITERAPKAN DALAM PENDIDIKAN DI SEKOLAH.

DISEDIAKAN OLEH: 1 2 3 4 21029 4 21028 3 21029 6 20150 2 AHMAD ZAIREL B IBRAHIM KHOIRULNIZAM B ABDUL RAHMAN ROSMANIZAM B ISMAIL RIDHUAN B AINI

DISEDIAKAN UNTUK: EN MOHAMAD AZMI AB RAHMAN

TARIKH SERAHAN: 7 DISEMBER 2012 Pengenalan Masyarakat sangat memerlukan pendidikan pada zaman ini. Menurut Cristopher Dawson dalam Tajul Ariffin (1993), sistem pendidikan memberi tumpuan utama dalam melahirkan masyarakat yang cemerlang. Oleh itu, kita perlu melihat dari sudut falsafah pendidikan yang utuh iaitu falsafah pendidikan kerohanian dan moral kerana pendidikan moden sukar untuk membina nilai murni manusia. Sebagai bukti, walaupun manusia maju dalam bidang sains dan teknologi, tetapi dari segi akhlak, martabat manusia masih menunjukkan nilai-nilai yang negatif. Penerapan Nilai-nilai Murni Dalam Pembelajaran Nilai murni telah didefinisikan sebagai satu perlakuan yang baik, beradab dan bertatasusila dalam hubungan manusia sesama manusia, alam dan tuhan. Takrifan tentang nilai murni telah dinyatakan sebagai : " tanggapan berkenaan perkaraperkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya dipaksikan kepada nilai keagamaan. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan seluruh penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia Walaubagaimanapun, secara terperincinya penyerapan nilai-nilai murni ini berlangsung melalui dua pendekatan yang berbeza iaitu pendekatan implisit dan juga pendekatan eksplisit. Pendekatan implisit digunakan apabila guru-guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai itu dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti apabila guru bercakap benar, berpakaian kemas dan adil.
2

Pendekatan ini boleh berlangsung secara merentas kurikulum oleh semua guru kerana nasihat, bimbingan, teguran, contoh dan teladan boleh berlangsung pada bila-bila masa dan di mana-mana ketika yang difikirkan sesuai. Pendekatan eksplisit pula boleh diaplikasikan dengan mengadakan sesuatu peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan sepert arahan untuk tidak membuang sampah di merata-rata serta menjaga kebersihan persekitaran. Terdapat juga sesetengah pihak sekolah yang mengadakan program atau aktiviti yang khusus untuk menerapkan sesuatu nilai murni dalam kalangan murid seperti program motivasi, khemah ibadat, sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Guru, kempen kebersihan dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti lain yang bersesuaian. Penyerapan nilai murni melalui pendekatan eksplisit adalah lebih terancang bersesuaian dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan serta penilaian yang lebih jelas. Dasar Kurikilum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), terdapat kira-kira 17 jenis nilai-nilai murni yang akan diterapkan terhadap pelajar dengan 63 cabang nilai yang wajar diteladani oleh setiap pelajar, oleh sebab karya sastera kaya dengan nilai-nilai murni, pengajaran komsas dapat membentuk pelajar yang berperibadi baik. Sebagai contoh, nilai yang dinyatakan iaitu: Baik hati 1. Belas kasihan 2. Bertimbang rasa 3. Murah hati 4. Saling memahami 5. Sedia memaafkan Berdikari 1. Bertanggungjawab 2. Tidak berharap atau bergantung kepada bantuan orang lain 3. Jaya diri
3

4. Yakin kepada diri sendiri Berhemah tinggi 1. Kesopanan 2. Mengaku kesalahan sendiri 3. Ramah mesra Hormat-menghormati 1. Hormat kepada ibu bapa 2. Hormat kepada orang yang lebih tua 3. Taat kepada raja dan Negara 4. Hormat kepada hak asasi 5. Hormat kepada undang-undang 6. Menghargai maruah diri Kasih sayang 1. Sayang kepada nyawa 2. Sayang kepada alam sekeliling 3. Cinta kepada Negara 4. Cinta kepada keamanan dan keharmonian Keadilan 1. Bertindak adil 2. Sentiasa saksama Kebebasan 1. Kebebasan di sisi undang-undang 2. Kebebasan dalam sistem demokrasi Keberanian 1. Berani dengan tidak membuta tuli 2. Berani kerana benar 3. Berani mempertahankan kebenaran 4. Berani bertanggungjawab Kebersihan fizikal dan mental 1. Kebersihan diri 2. Kebersihan persekitaran 3. Pertuturan dan kelakuan yang sopan Kejujuran 1. Bersifat amanah 2. Bercakap benar
4

3. Sentiasa ikhlas Kerajinan 1. Cekal 2. Daya usaha 3. Dedikasi 4. Gigih 5. Tekun Kerjasama 1. Persaudaraan 2. Tanggungjawab bersama 3. Gotong-royong 4. Toleransi 5. Kebaikan bersama 6. Perpaduan Kesederhanaan 1. Sederhana dalam meningkatkan kepentingan diri dan orang lain 2. Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku Kesyukuran 1. Berterima kasih 2. Mengenang budi 3. Menghargai Rasional 1. Boleh membuat pertimbangan 2. Boleh membuat penaakulan 3. Berfikiran logik dan terbuka Semangat bermasyarakat 1. Bermuafakat 2. Kejiranan 3. Peka kepada isu-isu sosial dan masyarakat Semangat kewarganegaraan 1. Berbangga menjadi rakyat Malaysia 2. Bersemangat patriotik 3. Berusaha dan produktif Penerapan nilai-nilai murni melalui teks kesusasteraan adalah sejajar dengan hasrat kerajaan dalam membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu.Sesuai
5

dengan fungsinya sebagai alat hiburan, pendidikan, provokasi dan juga sebagai dokumen sosial. Hasrat dan matlamat kerajaan juga dinyatakan melalui Penyata Razak pada tahun 1956 dan diteruskan dengan pengenalan pelbagai dasar pendidikan dan yang terbaru adalah melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) yang memberikan fokus kepada perpaduan dan memperkasakan sekolah. Berdasarkan PIPP melalui teras keduanya yang bertujuan adalah untuk membangunkan modal insan dan berpengetahuan serta berkemahiran dalam menghayati nilai-nilai murni, bermoral serta bersikap positif. Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri-ciri seperti percaya dan patuh kepada tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bersikap penyayang, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Berbakti dan memberikan sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Serta memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Penerapan nilai-nilai murni melalui teks kesusasteraan Melayu juga dapat di kongsi bersama melalui tindakan yang bersepadu dalam membendung berlakunya penularan pelbagai penyakit dalam masyarakat yang berpunca dari kecanggihan teknologi dengan menjerat remaja dan masyarakat kepada pelbagai masalah. Isu ponteng kelas, pelacuran, perjudian, merempit dan sebagainya dapat diatasi dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan penganjuran apresiasi nilai-nilai sastera seperti penganjuran teater, mestamu puisi, seminar dan sebagainya.. Penglibatan golongan pelajar yang ramai secara tidak langsung dapat mewujudkan situasi interaksi antara pelajar yang berbilang kaum. Kesinambungan interaksi akan lebih melahirkan kesefahaman sekaligus dapat membentuk sebuah masyarakat yang

bermoral berteraskan nilai-nilai murni.

Rasional pengenalan nilai-nilai murni ini wujud dalam pengajaran sastera adalah akibat daripada dasar kerajaan Inggeris pada suatu masa dahulu. Sikap penjajah yang menjalankan dasar pecah dan perintah telah menyebabkan berlaku peristiwa 13 Mei. Rusuhan kaum berlaku akibat tiada kepekaan dalam kalangan penduduk yang mengaku sebagai rakyat Malaysia. Struktur masyarakat yang terpisah akibat polarisasi kaum telah menyebabkan dasar pendidikan yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak tidak dapat direalisasi dengan jayanya. Pengajaran kesusasteraan Melayu dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada berbilang kaum dilihat sebagai sebuah langkah yang dapat menyatukan pelbagai bangsa yang seterusnya dapat melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu dan harmoni. Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti beberapa nilai akhlak yang terdapat di dalam beberapa agama yang terdapat di Malaysia. Penerapan nilai tersebut bertujuan untuk membentuk murid yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak. Penekanan bagi penerapan nilai ini diteruskan melalui pelaksanaan KBSR dan KBSM. Pembentukan nilai-nilai murni melalui teks sastera adalah berdasarkan peranannya sebagai agen masyarakat. Nilai murni dilihat mampu diterapkan berdasarkan pembelajaran teks Kesusasteraan Melayu ( KS ). Pembelajaran pelbagai jenis genre seperti puisi iaitu pantun, syair, teromba, gurindam, cerpen , novel dan drama kesemuanya menjuruskan kepada melahirkan sebuah masyarakat yang bersopan santun dan berbudi pekerti tinggi.

Contoh seperti dalam Hikayat Melayu, telah dimuatkan dengan peristiwaperistiwa penting yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alau`d-Din Ri`ayat Syah, Sultan Mahmud Syah dan lain-lain lagi.Turut dimuatkan ialah kisah perhubungan luar Melaka dengan negaranegara jiran dan negara-negara luar seperti Melaka dengan Siam, Benua China, Benua Keling, Pasai, Pahang dan lain-lain lagi. Dalam Hikayat Melayu juga ada memaparkan kisah-kisah peperangan dan penaklukan. Contohnya penaklukan Melaka ke atas Siak, Kampar, Pahang dan lainlain, serta kedatangan Peringgi dan penguasaannya ke atas Melaka. Selain itu Hikayat Melayu juga turut mengaitkan peristiwa-peristima yang bersifat fiksyen dan mitos. Contohnya seperti kisah Raja Suran turun ke negeri bawah laut yang bernama Dika dan juga kisah-kisah di Bukit Gunung Si Guntang. Selain itu, terdapat juga kisah-kisah mitos seperti mitos pembukaan tempat dan negeri seperti pembukaan Pasai, Singapura dan Melaka, mitos kemasukan Islam di Melaka, dan mitos peminangan Puteri Gunung Ledang. Dalam pada itu juga tidak ketinggalan kisah tentang tokoh-tokoh yang dianggap lagenda seperti Badang, Hang Tuah, Tun Perak dan banyak lagi. Di sebalik kisah-kisah yang wujud dalam Hikayat melayu ini,terdapat banyak perkara yang pelajar dan masyarakat boleh ambil ikhtibar untuk dijadikan pengajaran.Ini kerana setiap kisah yang digarap memaparkan tentang kebijaksaan masyarakat pada suatu masa dahulu yang berpandangan jauh dalam melontarkan idea dan pengajaran pada masa tersebut. Idea tersebut terakam melalui pemilihan kata yang puitis dan merdu apabila diucapkan secara tidak langsung memainkan peranan mendidik masyarakat dengan cara yang halus.
8

Sebagai sebuah masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan agama, secara tidak langsung akan menyebabkan masyarakat Malaysia akan terdedah kepada amalan yang menjuruskan kepada perkara-perkara yang boleh merosakkan perpaduan. Kurang kepekaan terhadap isu semasa tidak mustahil peristiwa berdarah 13 Mei akan berulang. Tindakan Majlis peguam yang menganjur pelbagai forum yang menyentuh sensitivi kaum pada ketika ini yang dianjurkan secara terbuka lebih bersifat mencurah minyak ke api. Peristiwa seperti ini dapat diatasi jika masyarakat Malaysia menerima pakai nilai-nilai murni yang terdapat dalam teks kesusasteraan Melayu. Antara nilai- nilai murni yang terpancar melalui teks kesusasteraan melayu adalah seperti nilai baik hati, kepahlawanan, hormat-menghormati, kerajinan, patriotisme, berdikari dan juga berkaitan dengan hukum-hukum islam.Nilai baik hati yang diterapkan melalui teks Kesusasteraan Melayu banyak terangkum dalam media seperti drama, novel, puisi dan cerpen. Berdasarkan Kisah Hang Tuah yang menggambarkan mengenai ketaatan rakyat kepada raja, wajar diberikan perhatian kerana ia juga satu proses mendidik masyarakat. Ia bukan sahaja menjadi contoh dan ikutan tetapi juga ia turut dibanggai dan dikagumi oleh rakyat dan masyarakat luar.Kegagahan dan ketaatan yang ditunjukkan oleh Hang Tuah menjadi lambang kehebatan orang-orang melayu, sehingga Hang Tuah dianggap sebagai tokoh lagenda yang penuh dengan keagungan. Kebenaran wujudnya tokoh lagenda ini terus dikaitkan dengan tinggalan sejarah seperti perigi Hang Tuah yang dikatakan tidak pernah kering biarpun musim panas. Hang tuah dianggap memiliki sifat supernatural keberanian dan semangat kepahlawanan sejak kecil, taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja Melaka. Kehebatan Hang tuah ini menjadi pendorong kepada semangat kemelayuan
9

sehingga lahir ungkapan Takkan Melayu Hilang di Dunia . Kehebatan dan ketangkasan Hang Tuah ini diceritakan oleh pengarang seperti berikut:

Maka sekali peristiwa ada seorang Jawa demam terkukul-kukul. Maka oleh segala orang muda-muda ditertawakannya. Maka Jawa itupun kemalu-maluan, lalu ia mengamuk dengan golok sunda. Maka orang pun banyak mati dibunuh oleh jawa itu, seorang pun tiada dapat mengembari dia. Maka orang pun gemparlah berlarian sana-sini. Maka Hang Tuah pun segera datang. Telah dilihat oleh Jawa itu Hang Tuah,lalu diusirnya. Maka Hang Tuah pun pura-pura undur, kerisnya pun dijatuhkannya. Telah dilihat oleh Jawa itu keris Hang Tuah jatuh, maka dibuangkannya goloknya dipungutnya keris itu, kerana kepada hatinya terlebih baik keris itu daripada golok, kerana Hang Tuah terlalu tahu melihat keris. Telah dilihat oleh Hang Tuah golok itu sudah dibuangkan Jawa itu, segera diambilnya oleh Hang Tuah, lalu diusirnya Jawa itu. Jawa itupun segera menikam Hang Tuah, maka Hang Tuah pun melompat, tiada kena. Maka ditikam oleh Hang Tuah Jawa itu dengan golok sunda itu kena dapur-dapur susunya terus ke sebelah; maka Jawa itupun mati.( Sejarah Melayu: 86 )
Pendidikan menghormati raja ini adalah merupakan satu proses yang berterusan untuk menjamin kelangsungan sesuatu dinasti atau sistem beraja itu. Justeru itu, langkah yang diambil oleh pengarang dengan menyelitkan peristiwa yang menakutkan perlu dilihat dari segi positifnya iaitu ia menjadi pengajaran kepada generasi untuk menjaga institusi raja. Hal ini adalah baik kerana masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang hidup bersistem seperti institusi beraja ini. Selain itu kisah tentang Badang menceritakan bagaimana seorang rakyat biasa yang akhirnya menjadi orang penting raja dan menjadi kuat hanya kerana memakan muntah hantu. Badang yang berkerja menahan lukah di sungai, mendapati ikan-ikan yang telah memasuki ke dalam lukahnya telah dimakan oleh
10

hantu, dan akibat terlalu marah dia berusaha menangkap hantu berkenaan. Setelah tertangkap hantu tersebut minta dilepaskan dengan menawarkan sesuatu yang istimewa iaitu akan menunaikan segala permintaan si Badang. Setelah berfikir panjang, akhirnya Badang meminta untuk menjadi kuat dan bertenaga. Syarat yang diberikan oleh hantu tersebut ialah dengan memakan muntahnya. Badang akhirnya menjadi kuat setelah memakan muntah tersebut. Dalam hal ini, masyarakat bukan sahaja percaya kepada hantu tetapi juga beranggapan bahawa hantu lebih kuat daripada manusia. Sebab itulah pengarang menggambarkan hanya dengan memakan muntah hantu, Badang telah memiliki kekuatan yang luar biasa.

Maka hantu itupun muntahlah,terlalu banyak muntahnya itu.Maka dimakannya oleh Badang muntah hantu itu habis semuanya; akan janggut hantu itu,dipegang jua oleh Badang, tiada dilepaskannya.Telah sudah ia makan muntah hantu itu, maka dicubanya oleh Badang, dibantunnya pohon kayu yang besar-besar itu habis tercabut.Maka dilepaskannya janggut hantu itu, maka Badang pun berjalanlah. Sambil berjalan itu dibantunnya kayu yang besar-besar itu habis tercabut, dan kayu yang sepemeluk dua pemeluk itu dengan sebelah tangannya juga dibantunya ( Sejarah Melayu :34-35 )
Kepercayaan masyarakat ini, mendapat perhatian kerana meskipun mendapat kekuatan luar biasa daripada hantu, namun Badang ditegah daripada berkahwin. Dalam hal ini pengarang menyindir sinis kepada kepercayaan masyarakat kepada perkara yang tahyul, akhirnya membawa kepada masalah diri sendiri. Badang biarpun kuat tetapi tidak seperti manusia biasa yang menjalani kehidupan berkeluarga. Di akhirnya cerita ini, pengarang telah menceritakan bahawa Badang akhirnya mati seperti orang biasa juga. Kisah ini semestinya memberi

11

pengajaran yang baik tentang bagaimana seseorang itu harus bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan Tuhan kepadanya. Contoh untuk nilai baik yang lain adalah tentang mitos kedatangan Islam di Semudra. Pengarang mengaitkan kedatangan Islam di Semudra dengan peristiwa Merah Silu bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w. Dalam mimpi itu, nabi Muhammad telah meludah ke dalam mulut Merah Silu dan sebagai hasilnya, Merah Silu dapat mengaji pada keesokan harinya manakala tubuhnya pula berbau narawastu.

Hatta, telah sampai ke Semudra, maka fakir Muhammad pun naik ke darat. Maka ia bertemu dengan Merah Silu berkarang di pantai. Maka Fakir Muhammad pun bertanya kepadanya, Apa nama negeri ini?. Maka sahut Merah Silu, negeri ini Semudra.Maka kata Fakir Muhammad,Siapa nama tuannya di dalam negeri ini?. Maka sahut Merah Silu,Hambalah tuanya sekalian mereka itu.Maka oleh Fakir Muhammad Merah Silu itu diislamkannya, dan diajarnya kalimah syahadat. Telah Merah Silu sudah Islam, maka Merah Silu pun tidur,maka ia bermimpi dirinya berpandangan dengan Rasulullah S.a.w. Maka sabda Rasulullah pada Merah Silu,Hai Merah Silu,ngangakan mulutmu. Maka dingangakannya oleh Merah Silu mulutnya, maka diludahi Rasulullah. Maka Merah Silu pun jaga daripada tidurnya.Maka diciumnya bau tubuhnya seperti bau narwastu. ( Sejarah Melayu : 41-42 )
Jika diamati petikan diatas kita dapati pengarang mengambarkan satu situasi yang luar biasa telah berlaku ke atas Merah Silu. Beliau telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah dan Rasulullah meludah ke dalam mulutnya, akibat daripada itu Merah Silu pandai membaca Al-Quran. Peristiwa yang luar biasanya, bagi
12

pengarang perlu dimasukkan dalam teks Sejarah melayu untuk meletakkan martabat sultan atau raja itu berada di atas dan jauh berlainan dengan rakyat biasa. Sebagaimana yang kita ketahui, hanya mereka yang tertentu sahaja dan istimewa akan bermimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W. Secara keseluruhannya kita dapat mengetahui bahawa tujuan utama pengarang ialah untuk menguatkan rasa taat dan hormat golongan bawahan kepada golongan atasan. Kesenian umum yang dimaksudkan oleh Asmad, (1990:3) adalah mempunyai perkaitan kehidupan manusia dan masyarakat. Masyarakat telah menggunakan unsur kesenian untuk membentuk atau menyalurkan nilai-nilai murni. Masyarakat Melayu pada zaman awal banyak menghasilkan puisi-puisi tradisi dalam usaha mendidik masyarakat pada masa itu dan tetap relevan sehingga sekarang ini. Winckelmann dalam Johari Ab. Hamid (2000) menegaskan, keindahan mesti mengandungi ciri-ciri kesatuan, kesederhanaan dan perasaan. Keindahan ini mesti dinikmati oleh deria dan difahami oleh para intelek. Perasaan yang lahir dari deria dalaman dan luaran adalah penting untuk mengenal dan menikmati keindahan. Keupayaan pengarang dalam melukiskan watak dengan menggunakan unsur kesenian yang indah dan menarik menyebabkan nilai-nilai yang ingin disampaikan dapat diterapkan kepada pelajar. Penggunaan dialog yang bersesuaian dengan pemilihan dan penyusunan kata yang menarik telah menjadikan teks tersebut hidup. Penggunaan dialog yang bersahaja dan seharian menjadikan kita berasa amat rapat dengan suasana tersebut. Pembaca berasa dialog tersebut seperti diucapkan sendiri olehnya. Kebijaksanaan dalam memilih dan menyusun kata menjadikan dialog yang diucapkan menjadi lebih bermakna dan sarat dengan pelbagai nilai-nilai murni dan nilai estetika.
13

Pemilihan dan penggunaan gaya bahasa yang dilakukan dalam sesebuah teks banyak membantu dalam melahirkan dan membentuk sebuah masyarakat yang harmoni. Penggunaan gaya bahasa yang pelbagai seperti pengulangan kata, perlambangan, paradoks dan sebagainya sedikit sebanyak telah melahirkan unsur puitis dalam pelukisan watak dan secara tidak langsung nilai-nilai murni yang cuba diterapkan dapat dilakukan dengan secara tidak langsung. Konsep masyarakat melayu yang berpegang kepada adat, seperti melentur buluh biar dari rebungnya. Hubungan unsur dan kebudayaan yang terpancar melalui teks kesusasteraan mempunyai banyak perkaitan yang erat dengan nilai kemasyarakatan. Keupayaan sesebuah masyarakat mengubahsuai unsur budaya dengan menggunakan medium kesusasteraan akan dapat mengembangkan warisan. Hubungan unsur atau sistem kebudayaan dengan perlakuan mempunyai perkaitan yang erat. Warisan budaya akan berkekalan jika pengaruh unsur ini masih dapat dipertahankan. Andainya unsur atau sistem budaya ini telah dipengaruhi, maka budaya warisan ini akan berubah atau mungkin lenyap ditelan zaman.

Kesimpulan. Penerapan nilai-nilai murni dalam teks sastera Melayu atau komsas diharap akan dapat membantu melahirkan sebuah masyarakat yang madani. Kesungguhan pihak yang berwajib dalam merealitikan impian masyarakat tidak harus dipandang ringan. Pengemblengan pihak yang berwajib dan masyarakat diharap dapat mewujudkan satu rantaian murni untuk merealisasikan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui pembudayaan nilai tersebut.

Rujukan
14

Abu Hassan Sham. (1997 ),Beberapa aspek dari Sejarah Melayu (Sulalatus-Salatin). Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors.

Arbaiyah Mohd Nor.(2002).Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

A.Samad Ahmad,2000.Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Ahmad, 1978.Ulasan Buku Sejarah Melayu untuk HSC. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Muhd Yusof Ibrahim.(1975).Pengertian Sejarah.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2011).Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga).Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

W.G.Shellabear.(1991).Sejarah Melayu.Petaling Jaya.Penerbit Fajar Bakti. Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996. Malaysia : Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

15