Anda di halaman 1dari 75

HUBUNGAN PERSONALITI EKSTROVERT DAN INTROVERT DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

MUNDAU ANAK DUNDANG

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2006

HUBUNGAN PERSONALITI EKSTROVERT DAN INTROVERT DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

MUNDAU ANAK DUNDANG

LATIHAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2006

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa latihan ilmiah ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

05.10.2006

.................................................... MUNDAU ANAK DUNDANG D20031014157

PENGHARGAAN

Sekalung Kasih, Seuntai Budi, Sejambak Kasih

Pertama sekali saya ingin memanjatkan syukur kepada Yang Maha Esa kerana dengan limpah, kurnia dan berkatnya, saya dapat menyiapkan latihan ilmiah ini pada waktu yang ditetapkan.

Dengan kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pensyarah Penyelia yang telah banyak memberikan tunjuk ajar, bimbingan serta teguran tanpa mengira masa dalam usaha melaksanakan dan menyiapkan tugas kertas cadangan ini.

Terlipat kemas dalam ingatan, jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya yang tanpa jemu-jemu memberikan semangat dan juga inspirasi kepada saya dalam perjuangan ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu dalam menyiapkan kertas cadangan ini. Termasuklah pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Mundau Anak Dundang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Bimbingan Dan Kaunseling) Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan Malaysia 2006

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan personaliti introvert ekstrovert terhadap pencapaian akademik pelajar. Kajian ini telah dijalankan ke atas 124 orang responden menggunakan Junior Ensyenk Personality Inventory (JEPI). Data yang telah diperoleh telah dianalisis menggunakan kaedah statistik iaitu Korelasi Pearson dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti introvert ekstrovert pelajar dengan pencapaian akademik. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan terhadap perbezaan dalam dimensi personaliti berdasarkan jantina. Implikasi kajian ke atas kaunselor, guru-guru dan juga ibu bapa turut dibincangkan.

KANDUNGAN

Halaman PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN ii iii iv v vii ix

BAB 1

PENGENALAN

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7

Pendahuluan Latar Belakang Kajian Pendekatan Teori dan Model Penyataan Masalah Tujuan Kajian Signifikan Kajian Definisi Operasional 1.7.1 Konsop Personaliti 1.7.2 Pencapaian Akademik Soalan Kajian Hipotesis Kajian Rumusan

1 2 3 3 5 5 6 6 9 10 10 11

1.8 1.9 1.10

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 2.2

Pengenalan Kajian Literatur Kajian Luar Negara

12 12

2.3

Kajian Literatur Dalam Negara

15

2.4

Rumusan

17

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6

Pengenalan Reka Bentuk Kajian Tempat Kajian Subjek Kajian Alatan Kajian Penganalisisan Data Statistik 3.6.1 Kaedah Pemarkatan 3.6.2 Pengujian Hipotesis Prosedur Kajian Batasan Kajian Rumusan

18 18 19 19 19 23 23 24 24 25 26

3.7 3.8 3.9

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 4.2 4.3

Pengenalan Keputusan Kajian Hipotesis Kajian 4.3.1 4.3.2 Hipotesis Pertama Hipotesis Kedua

27 28 29 29 30 31

4.4

Rumusan Keputusan Kajian

BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 5.2 5.3 5.4

Pengenalan Perbincangan Dapatan Kajian Cadangan Kajian Saranan Kajian

33 33 37 39

RUJUKAN

41

LAMPIRAN

Lampiran A

Surat Kebenaran Manjalankan Kajian Daripada Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Kementerian

45

Pelajaran Malaysia. Lampiran B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Di Sekolah-sekolah Negeri Di Sarawak Daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Lampiran C Surat Memohon Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Lampiran D Surat Pengenalan Diri Pelajar Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah. Lampiran E Surat Pengesahan Sebagai Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris Lampiran F Alatan Kajian F-1 Latar Belakang Responden F-2 Junior Ensyenk Personality Inventory (JEPI) Lampiran G Analisis Alat Kajian 60 51 50 49 48 47

SENARAI JADUAL

Jadual

Halaman

3.1 3.2 4.2.1 4.2.2

Kaedah Pemarkatan Kaedah Pemarkatan Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI) Bilangan Responden Mengikut Jantina Dan Etnik Analisis Min Bagi Melihat Hubungan Ciri Personaliti Yang Dominan Di Kalangan Pelajar.

21 23 28 29

4.3.1

Keputusan Ujian Pekali Korelasi Pearson Bagi Melihat Hubungan Antara Personaliti Introvert Ekstrovert Dengan Pencapaian Akademik

30

4.3.2

Keputusan Ujian T bagi Melihat Hubungan Yang Signifikan Terhadap Perbezaan Dalam Dimensi Personaliti Berdasarkan Jantina.

30

SENARAI SINGKATAN

r t p N SPSS JEPI

Pekali Korelasi Pearson Ujian-t Kesignifikanan Sampel Kajian Statistical Package for Social Sciences Junior Ensyenk Personality Inventory

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk memperkembangkan potensi individu pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu seluruh usaha dan langkah yang diambil dalam sistem pendidikan mestilah mengambil kira potensi dan keperluan setiap individu pelajar.

Setiap individu pelajar yang normal semenjak dari usia bayi telah memiliki potensi dan bakat yang boleh diperkembang dan dipertingkatkan. Dewasa kini mereka telah terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka, terutama di kalangan mereka yang dikenali sebagai pelajar. Pelajar pintar dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan.

1.2

Latar Belakang Kajian

Dalam kehidupan seharian, kita tidak dapat menolak hakikat bahawa kita terlalu sukar untuk merealisasikan diri kita untuk menjadi manusia serba sempurna. Kita hanya boleh membentuk diri kita sebagai insan yang berfungsi sepenuhnya. Ini tidak bermakna kita tidak mengalami cacat cela kerana manusia itu dibekalkan naluri dan sifat leka dan lalai. (Sidik Baba, 1992) dalam Kamal Abd Manaf (1996). Dengan ini, kajian terhadap personaliti introvert dan ekstrovert mempengaruhi pelajar dalam akademik akan diutarakan berdasarkan kepada beberapa persoalan yang akan ditimbulkan dalam persoalan kajian.

Umumnya, personaliti merupakan aspek yang penting yang melambangkan dalaman seseorang individu. Personaliti ini merujuk kepada segala keperibadian yang ada pada diri seseorang yang mana untuk mengetahui personaliti, kita perlu menyuluh kepada diri individu itu sendiri. Hal ini kerana, personaliti yang ada pada manusia adalah baik, positif dan konstruktif iaitu lebih cenderung kepada penyempurnaan kendiri yang dianggap sebagai motif utama bagi semua individu.

Menekankan aspek personaliti ini, boleh kita anggap bahawa individu akan mengawal diri sendiri jika disediakan suasana yang sesuai. Manusia akan memperkembangkan potensi yang maksimum secara mudah dan akan tersisih daripada perasaan bimbang dan dapat menyesuaikan diri sejajar dengan tuntutan masyarakat.

1.3

Pendekatan Teori dan Model

Teori yang menjadi panduan dalam kajian ini adalah Teori Personaliti Trait Introvert dan Ekstrovert yang dikemukakan oleh Carl Jung dan Han Jurga Eysenk. (Anysenk, 1998).

1.4

Pernyataan Masalah

Pelajar atau seseorang individu di sekolah merupakan satu aset yang bernilai bagi sesebuah negara. Dengan itu, seharusnyalah mereka diberi perhatian, terutama terhadap aspek potensi dan bakat yang dimiliki oleh individu tersebut. Kegagalan membantu seseorang individu untuk mencapai potensi diri merupakan satu kerugian besar bagi negara dan masyarakat.

Realiti yang berlaku pada hari ini, seseorang individu yang merujuk kepada pelajar yang mempunyai personaliti introvert atau ekstrovert semakin menjadi isu di sekolah khasnya sekolah yang mempunyai pelbagai kaum. Kesulitan pada pihak sekolah sememangnya ada dan perkara ini seharusnya disedari dan diberi perhatian yang secukupnya bagi membawa kepada personaliti dan komunikasi yang baik di kalangan pelajar yang pelbagai di sekolah. Hal ini kerana, pelajar tersebut memang akan bercampur dengan dunia masyarakat setelah tamat di sekolah nanti. Ketiadaan strategi penjagaan yang kreatif berkemungkinan berpunca kurangnya pengetahuan dan kemahiran di kalangan guru tentang pelbagai aspek komunikasi interpersonal di sekolah.

Menurut Chiam (1992), pelajar-pelajar akan mengalami kekecewaan disebabkan tidak mendapat galakan dan rangsangan yang mencabar dalam bilik darjah khususnya daripada aspek komunikasi kerana adanya sekatan daripada guru atau sifat autokratik guru. Perkara ini amat berkait rapat dengan personaliti seseorang pelajar itu. Keadaan ini menimbulkan perasaan bosan yang turut menjurus kepada personaliti introvert di kalangan pelajar.

Chiam (1992) juga menjelaskan lagi bahawa perhatian yang kurang dan tidak sempurna terhadap perkembangan pelajar ini akan memberi kesan negatif kepada konsep kendiri dan mereka terus terperangkap dalam kumpulan yang kurang baik sifatnya.

Sementara itu, Khadijah M.Shahid (1992) yang membuat kajian ke atas beberapa personaliti pelajar mendapati bahawa mereka berasa bosan dan kecewa dengan suasana di sekolah kerana kebanyakan guru yang mengajar menggunakan kaedah tradisional, kurang memahami kehendak dan cita rasa mereka yang mana lebih kepada komunikasi sehala sahaja iaitu tidak di antara pelajar dengan guru. Sehubungan itu, personaliti terutama watak, perangai, tingkah laku dan cara gaya pembelajaran mereka perlu difahami oleh guru bagi merancang strategi pengajaran yang sesuai. Pelbagai aspek psikologi pelajar hendaklah diberi keutamaan dalam menyusun strategi pengajaran.

Oleh yang demikian, tentunya kajian mengenai personaliti di kalangan pelajar pintar cerdas ini harus dilaksanakan bagi membantu guru memahami aspek personaliti

pelajar tersebut, dan seterusnya mampu merancang strategi pengajaran yang sesuai dan berkesan.

1.5

Tujuan Kajian

Kajian yang dijalankan ke atas Hubungan Personaliti Ekstrovert Dan Introvert Dengan Pencapaian Akademik Pelajar dapat diklasifikasikan kepada beberapa seperti yang dinyatakan di bawah :

1.

Mengenal pasti hubungan di antara personaliti introvert ekstrovert dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah menengah yang dikaji.

2.

Mengenalpasti ciri personaliti yang lebih menyerlah di kalangan pelajar di sekolah menengah yang dikaji.

3.

Mengenal pasti perbezaan dalam dimensi personaliti berdasarkan jantina.

1.6

Signifikan Kajian

Sememangnya, personaliti introvert dan ekstrovert seseorang individu adalah sangat penting dalam pengaruhnya terhadap interpersonal dengan orang lain khususnya di kalangan pelajar dari aspek akademik. Melalui kajian ini, dapat memberi kesedaran kepada pihak yang bertanggungjawab di sekolah tentang masalah kebimbangan yang dihadapi oleh pelajar bagi membolehkan tindakan diambil. Ini penting kepada sekolah yang akan melahirkan pelajar yang benar-benar berkualiti yang dapat menyesuaikan diri dengan semua lapisan masyarakat sekitar sama ada di sekolah atau luar sekolah.

Apabila wujud kesedaran, pihak sekolah boleh menjalankan program-program yang bersesuaian bagi meningkatkan personaliti pelajar ke arah yang positif dan mencari inisiatif untuk melahirkan pelajar yang berkualiti.

Kajian ini juga penting terutama kepada kaunselor sekolah supaya mereka prihatin terhadap pelajar tanpa mengira etnik atau agama. Hal ini kerana, personaliti introvert dan ekstrovert amat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar yang seterusnya merujuk kepada prestasi sosial dan pembelajaran pelajar serta secara tidak langsung mempengaruhi personaliti pelajar berkenaan.

Selain itu, kajian ini juga berguna dan penting kepada bakal-bakal guru yang akan mengajar di sekolah nanti. Melalui kajian ini, bakal-bakal guru hendaklah boleh menilai kekuatan atau kelemahan diri mereka sama ada mereka cukup mahir atau tidak dalam proses berinteraksi dengan orang lain berdasarkan sikap introvert atau ekstrovert mereka. Bagi yang masih mengalami masalah dalam penyesuaian diri ini, hendaklah mencari alternatif dari sekarang untuk memantapkan diri untuk menjadi guru yang benar-benar berkesan di mata pelajar.

1.7 1.7.1

Definisi Operasional Personaliti

Personaliti berasal dari perkataan Latin Pesona, yang membawa maksud topeng atau pelindung muka iaitu merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu. Menurut ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya. Allport

(196I), dalam Mischel, (1999) menyatakan bahawa konsep personaliti sebagai organisasi dinamik sistem psiko-fizikal setiap individu yang menentukan tingkah laku dan pemikiran.

Sementara definisi oleh Pervin (1996), dalam Mitschel (1999:4) adalah; Personality is the complex organization of cognition, affects, and behaviors that gives direction and pattern (coherence) to the persons life. Like the body, personality consists of both structures and processes and reflects both nature (genes) and nurture (experience). In addition, personality includes the effects of the past, including memories of the past, as well as constructions of the present and future.

Seterusnya menurut Menninger (1930) menyatakan personaliti ialah apa-apa yang sebenarnya yang menghuraikan tentang seseorang. Definisi ini mengandaikan tentang keadaan biologi dan fisiologi seseorang dan ia juga dianggap sebagai terlalu ringkas .satu definisi yang boleh dikatakan lebih menyeluruh telah diberikan oleh Waren & Carmichael (1930). Menurut mereka personaliti ialah organisasi dinamik dalam diri individu yang terdiri daripada sistem psikologikal dan fizikal yang menentukan penyesuaian nya kepada persekitarannya.

Selain daripada definisi yang telah diberikan di atas, terdapat beberapa definisi lain tentang personaliti. Misalnya Allport (1937) telah mengumpulkan lebih kurang lima puluh definisi yang boleh dikatakan di sini ialah definisi yang berlainan ini menggambarkan beberapa perkara. Pertama ialah kaedah yang digunakan oleh ahli psikologi berlainan antara satu sama lain dalam mengkaji personaliti. Kedua,setiap satu definisi tersebut tidak boleh dikatakan salah atau betul.

Kajian tentang personaliti boleh merangkumi aspek biokimia dan fisiologi yang mempengaruhi tingkah laku .beberapa definisi personaliti boleh merangkumi daripada proses dalaman bagi seseorang kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan dalam konteks hubungan antara individu. Setiap definisi tersebut merujuk kepada jenis tingkah laku yang berlainan dan penggunaan kaedah penyelidikan yang berlainan. Definisi tersebut mungkin menghuraikan tentang apa-apa yang berlaku dalam diri individu atau bagaimana individu berinteraksi sesama mereka.

Setelah meninjau beberapa definisi tentang personaliti Allport (1961) telah membahagikan personaliti kepada tiga bahagian : kesan, luaran, struktur dalaman dan pandangan positif. Pendekatan kesan luaran dalam definisi personaliti sama maksudnya dengan topeng, ia merujuk kepada ciri-ciri tertentu yang ada pada seseorang sebagaimana ia diamati atau dilihat oleh orang lain, iaitu seseorang kepada orang lain. Pendekatan struktur dalaman pula tidak melihat personaliti sebagai topeng semata-mata tetapi merangkumi struktur psikologi atau psiko-fizikal..Pendekatan ini melihat personaliti sebagai sistem, trait atau ciri pendekatan ini dikritik kerana ciri dalaman tidak boleh diperhatikan dan oleh sebab itu tidak boleh dikaji secara saintifik.

Pendekatan ketiga, iaitu pandangan positif merujuk kepada operasi sebenar seperti skor yang diperoleh dalam ujian personaliti. Personaliti sebagai satu konstrak dan sistem yang kompleks. Setiap satu komponen personaliti dianalisis daripada pemerhatian tentang tingkah laku dan setiap satu daripadanya merupakan satu konstruk.

1.7.2

Pencapaian Akademik

Menurut Kamus Dewan (2002), pencapaian adalah apa yang telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh). Menurut Kamus Dewan (2002) juga, akademik pula merujuk kepada sesuatu yang berkaitan dengan akademik (pusat pengajian tinggi). Bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan (yang tinggi atau mendalam).

Pencapaian ditakrifkan sebagai tingkat kecekapan seseorang dalam bidang akademik atau pendidikan formal. Pencapaian yang cemerlang dapat kita lihat dari pencapaian seseorang dalam peperiksaan sama ada di sekolah atau pusat pengajian tinggi. Skor-skor yang diperoleh dalam peperiksaan tersebut menentukan kejayaan pelajar. Dalam kajian ini, pencapaian akademik pelajar dilihat berdasarkan gred pencapaian Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

Urdang (1976), menyatakan pencapaian akademik adalah prestasi pelajar untuk mendapatkan gred-gred atau skor bagi satu-satu mata pelajaran dalam sesuatu ujian atau peperiksaan. Perkataan pencapaian ini bermakna tingkat pencapaian atau prestasi pembelajaran yang dicapai dalam akademik yang adalah berkaitan dengan hal-hal pendidikan formal. Begitu juga, Urdung (1976) mentakrifkan pencapaian akademik sebagai kemampuan pelajar-pelajar sekolah untuk mencapai gred-gred yang baik bagi satu-satu pelajaran yang diambil.

Menurut Kerlinger (1973) pula, definisi pencapaian akademik secara operasional merujuk kepada skor yang dicapai oleh pelajar dalam sesuatu ujian atau peperiksaan yang standard. Pencapaian iniboleh dinyatakan berdasarkan penilaian guru terhadap prestasi pelajar-pelajar di dalam kelas.

Tuntasnya, jelaslah bahawa pencapaian akademik membawa maksud prestasi atau tingkat kecekapan yang dicapai oleh seseorang individu dalam bidang pendidikan formal atau persekolahan melalui pelbagai bentuk ujian atau peperiksaan.

1.8

Persoalan Kajian 1. Adakah terdapat hubungan di antara personaliti introvert ekstrovert dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah menengah yang dikaji. 2. Apakah ciri personaliti yang lebih menyerlah di kalangan pelajar di sekolah menengah yang dikaji. 3. Adakah terdapat perbezaan dalam dimensi personaliti berdasarkan jantina.

1.9

Hipotesis Kajian

Oleh sebab kajian ini ingin melihat dan menentukan sama ada personaliti introvert dan ekstrovert mempengaruhi pelajar dalam akademik di samping beberapa tujuan yang lain, maka beberapa hipotesis telah dibentuk. Antaranya ialah : 1. Terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti introvert ekstrovert dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah menengah yang dikaji. 2. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam dimensi personaliti berdasarkan jantina.

1.10

Rumusan

Bab ini telah menghuraikan secara menyeluruh latar belakang kajian yang ingin dijalankan, pendekatan teori yang digunakan, penyataan masalah, tujuan kajian dijalankan, signifikan kajian, definisi konsep dan operasional pemboleh ubah kajian, persoalan kajian dan hipotesis kajian. Hipotesis kajian akan menjadi garis panduan kepada pengkaji dan setiap persoalan kajian akan dapat dijawab secara tepat dan menyeluruh.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Dalam menyiapkan kajian ini, pengkaji telah melihat beberapa kajian lepas untuk memantapkan lagi kajian ini. Kajian-kajian ini ada yang terdapat dari luar negara dan juga dalam negara. Di sini pengkaji dapat juga melihat perbezaan kajian di antara kajian luar negara dan kajian yang terdapat dalam negara. Terdapat beberapa kajian lepas yang mengkaji tentang personaliti di kalangan pelajar pelbagai kaum. Oleh kerana kajian ini kurang dijalankan, banyak kajian sebelumnya yang diambil banyak mengkaji tentang personaliti dan kerjaya masa depan. Ini bermakna kajian tentang personaliti dan di kalangan pelajar masih kurang terutama dalam kajian tempatan.

2.2

Kajian Luar Negara

Walau pun terdapat banyak pendapat menyatakan bahawa personaliti seorang pelajar berkait dengan faktor etnik atau agama, namun peranan faktor lain seperti faktor personaliti, faktor persekitaran, faktor psikologi dan sosiologi tidak boleh diketepikan.

Beberapa kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli psikologi menunjukkan bahawa faktor personaliti memainkan peranan dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar. (Lynn, 1959; Eysenck & Cookson, 1969; Finlayson, 1970; Elliot, 1972; Jensen, 1973; Orpen, 1976; Behren & Vernon, 1978).

Pelajar sekolah didapati lebih ekstrovert serta mampu berkomunikasi dengan orang lain khususnya orang di persekitaran yang mana ini akan mempengaruhi juga pencapaian akademik yang cemerlang (Elliot,1972; Anthony, 1977 dan Riding 1979).

Dalam kajian lain pula, Johnson (1997) dalam Che Mah Yusof dan Dr. Mariani Md.Nor juga mendapati bahawa terdapat korelasi yang signifikan antara faktor personaliti dengan komunikasi interpersonal pelajar.

Terman dan rakan-rakan (1930) dalam Che Mah Yusof dan Dr. Mariani Md.Nor, telah mengkaji perkembangan kanak-kanak pintar cerdas dengan

menggunakan Ujian Kecerdasan Stanford-Binet (Stanford-Binet Tests) yang telah diubah suai. Kajian Awal oleh Terman ini mendapati bahawa pelajar pintar cerdas lebih mudah mesra, lebih popular dan gemar bergaul dengan rakan sebaya. Sifat ini boleh mempengaruhi pencapaian akademik mereka.

Kebolehan dan kecerdasan kognitif di kalangan pelajar pintar cerdas sering dikaitkan dengan personaliti ekstrovert iaitu suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan lebih bersikap terbuka.

Eysenck dan Cookson (1961), telah membuat kajian di kalangan pelajar sekolah di Staffordshire, dan beliau mendapati pelajar yang mempunyai kecerdasan yang tinggi adalah berpersonaliti ekstrovert.

Sementara itu, kajian yang dilakukan oleh Rita Dunn et al, (1989) menunjukkan bahawa pelajar yang introvert, di mana mereka lebih cenderung belajar bersendiri daripada belajar berkumpulan. Cara gaya personaliti sebegini

mempengaruhi tahap pencapaian akademik mereka. Terdapat beberapa kajian lain yang mengaitkan aspek personaliti ekstrovert-introvert dengan gender dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Pelajar lelaki secara umumnya dilihat lebih agresif berbanding dengan pelajar perempuan.

Terdapat beberapa kajian lain yang mengaitkan aspek personaliti ekstrovertintrovert dengan gender. Pelajar lelaki secara umumnya dilihat lebih agresif berbanding dengan pelajar perempuan. Kajian awal Eysenck (1965) ke atas kanakkanak berumur 7-16 tahun menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki lebih ekstrovert daripada pelajar perempuan.

Kajian lain turut dinyatakan oleh Mehryer & Hosseini (1973) telah membuat kajian terhadap 707 pelajar lelaki dan 171 pelajar perempuan di Iran, mendapati bahawa pelajar ekstrovert yang memperoleh pencapaian cemerlang terdiri daripada pelajar lelaki.

2.3

Kajian Literatur Dalam Negara

Meskipun begitu terdapat kajian menunjukkan dapatan yang berbeza antara dapatan luar negara berbanding dalam negara. Sebagai contoh, kajian oleh Noran Fauziah (1988) menunjukkan perbezaan yang jelas di mana guru pelatih perempuan lebih ekstrovert berbanding dengan pelatih lelaki yang mana perkara ini sangat berkait rapat dengan tahap personaliti seseorang itu.

Manakala hasil kajian Abd. Rahim (1991) terhadap murid-murid di sekolah rendah, mendapati tiada perbezaan yang besar antara pelajar lelaki dan perempuan dari aspek personaliti ekstrovert-introvert dalam pengaruhnya terhadap pencapaian akademik pelajar.

Sementara itu, untuk menilai diri bagi seorang pelajar terdapat dua unsur yang perlu dikenal pasti mengenai kencenderungan diri iaitu ekstrovert dan introvert. Nilainilai diri ini saling mempengaruhi antara satu sama lain. Sikap ekstrovert ialah seorang pelajar itu berminat terhadap hal yang berlaku sekitarnya, berfikiran terbuka, dan suka bergaul. Dia menunjukkan sikap ramah, lancar dalam pergaulan, berkeyakinan, mudah mesra, gembira, dan tidak pentingkan diri sendiri. Pelajar yang tergolong dalam sifat ini memiliki kualiti hidup yang baik dengan sentiasa mengutamakan nilai yang baik dan menghargai diri sendiri.

http://www.freewebs.com/ferragammo

Selain itu juga, pelajar yang ekstrovert semangat ingin melakukan kebaikan tanpa perlu diingatkan berulang kali oleh individu lain. Pelajar yang bersikap ekstrovert ini mempunyai pemikiran dan daya imaginasi yang baik yang mana

meletakan matlamat hidup pada kedudukan yang tinggi sebagai satu motivasi untuk berusaha mencapainya. Cabaran yang dihadapi dianggap sebagai rutin hidup yang menggembirakan. Pelajar dalam golongan ini juga mempunyai sifat berdikari. Dia yakin membawa diri untuk meletakkan dirinya lebih dewasa, dan mampu untuk melaksanakan sebahagian daripada tanggungjawab dalam masyarakat. Sikap pelajar yang ekstrovert ini sangat berkemungkinan dalam mempengaruhi pencapaian akademik mereka. (http://www.freewebs.com/ferragammo)

Manakala sikap pelajar yang introvert adalah sebaliknya iaitu mereka tidak ada perancangan hidup. Apa yang dilakukan hari ini adalah untuk hari ini. Sebab itu golongan ini mudah terpengaruh dengan aktiviti bersuka-suka, memuaskan keinginan, membazirkan masa, serta bertindak mengikut kata hati tanpa berfikir kesannya. Kadang-kadang golongan pelajar sebegini sedar kesalahan yang dilakukan, tetapi tidak berusaha untuk berubah. Mereka sentiasa merasa rendah diri dan tidak berkemampuan berbanding orang lain. Biasanya mereka menganggap kejayaan hanya menjadi milik orang lain. Sekiranya diberitahu mereka juga dapat berjaya sepertimana orang lain, hal itu dikatakan satu perkara yang mustahil, sedangkan mereka belum berusaha melakukan apa-apa lagi. (http://www.freewebs.com/ferragammo)

Tuntasnya, setiap pelajar atau remaja perlu menilai diri sendiri dan menentukan sama ada berada dalam golongan eksrovert atau introvert. Hal ini kerana, sikap sama ekstrovert atau introvert sangat mempengaruhi pencapaian pelajar dalam akademik.

2.4

Rumusan

Daripada kajian-kajian literatur di atas, penyelidik dapat merumuskan bahawa masih terdapat kekurangan penyelidik yang mengkaji tentang hubungan personaliti dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar kerana banyak kajian sebelum ini dibuat di luar negeri. Walau bagaimanapun, hasil kajian-kajian ini amat penting kepada penyelidik sebagai panduan dalam menjalankan kajian ini.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Bab ini membincangkan kaedah dan prosedur yang digunakan dalam menyiapkan kajian ini. Terdapat beberapa bahagian, antaranya meliputi aspek reka bentuk kajian, tempat kajian, subjek kajian, alat kajian, penganalisisan data statistik dan rumusan bab.

3.2

Reka Bentuk Kajian

Dalam menjalankan kajian terhadap Hubungan Personaliti Ekstrovert Dan Introvert Dengan Pencapaian Akademik Pelajar reka bentuk kajian yang sesuai digunakan ialah kajian tinjauan. Dalam kajian ini ia berbentuk deskritif yang menggunakan soal selidik. Dalam kajian ini, pemboleh ubah bebas ialah jantina iaitu lelaki perempuan, etnik, umur dan tingkatan. Manakala pemboleh ubah terikat pula ialah personaliti pelajar.

3.3

Tempat Kajian

Kajian terhadap Hubungan Personaliti Ekstrovert Dan Introvert Dengan Pencapaian Akademik Pelajar telah dibuat di satu sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Pakan, 96510 Pakan, Sarawak. Sekolah menengah yang dikaji juga dikategorikan sebagai sekolah luar bandar dan mempunyai jarak kira-kira 50 kilometer daripada bandar utama iaitu Bandar Bahagian Sarikei, Sarawak. Begitu juga, sekolah yang dikaji mempunyai jarak kira-kira sejauh 120 kilometer daripada Bandar Bahagian Sibu, Sarawak.

3.4

Subjek Kajian

Populasi kajian ialah 132 orang pelajar merupakan pelajar di antara tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pakan, Sarawak. Sampel kajian pula terdiri daripada 124 orang pelajar tingkatan 4 yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis dengan mengambil kira pemboleh ubah gender. Mereka terdiri daripada 121 orang pelajar Iban dan 3 orang pelajar Lain-lain. Daripada ini pelajar lelaki seramai 62 orang dan pelajar perempuan 62 orang juga.

3.5

Alat Kajian

Alat kajian yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini ialah satu set soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian-bahagian dalam set soal selidik tersebut adalah seperti berikut : 1. Bahagian A : Soal selidik mengenai biodata responden secara umum.

2.

Bahagian B : Soal selidik bagi melihat personaliti responden iaitu soal selidik Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI).

Bahagian A : Biodata Diri

Bahagian A adalah soal selidik yang berkaitan dengan maklumat diri responden. Ia dibentuk sendiri oleh penyelidik untuk mendapatkan maklumat latar belakang subjek kajian atau responden. Antara item yang dimuatkan dalam Bahagian A ini ialah data peribadi responden seperti jantina, etnik, umur dan tingkatan responden.

Bahagian B : Alat Ujian Bagi Melihat Personaliti Subjek Kajian Iaitu Soal selidik Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI)

Bahagian ini mengandungi soal selidik Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI). Namun begitu terdapat pengubahsuaian berdasarkan kajian yang dijalankan. Hal ini, soal selidik Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI) yang direka bentuk oleh Eysenck J.H terdiri daripada tiga skala penilaian iaitu skala E, N dan L.

Skala E merujuk kepada personaliti introvert dan ekstrovert yang mengandungi 24 item soalan manakala skala N mewakili neurotik dan stabil dalam diri seseorang yang mengandungi 24 item soalan dan skala L berkaitan dengan skala penipuan yang mengandungi 12 item soalan. Kesemua soal selidik JEPI mengandungi 60 item soalan. Namun untuk kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji ini hanya

menggunakan item soalan yang berkaitan dengan kajian iaitu melihat personaliti responden sama ada introvert atau ekstrovert.

Oleh yang demikian, pengkaji membuat pengubahsuaian dengan hanya menggunakan item soalan yang berkaitan dengan skala E yang berkaitan dengan personaliti introvert dan ekstrovert. Manakala skala L hanya sebagai penentu kesahan jawapan responden sama ada mereka mempunyai unsur penipuan atau tidak semasa menjawab soalan. Jadual 3.1 : Kaedah Pemarkatan No. Item (Jawapan YA)*

Skala Ekstrovert

Singkatan E

No. Item (Jwpn TIDAK)**

1, 3, 9, 22, 24, 27, 29, 22, 6, 33, 55, 57, 59 25, 27, 30, 35, 38, 41, 43, 46, 49, 51, 53

Neurotisme

2, 5, 7, 10, 13, 15, 18, 21, 23, 26, 29, 31, 34, 37, 39, 42, 45, 47, 50, 52, 54, 56, 58, 60

Penipuan

8, 16, 24, 32, 36, 48

4, 12, 20, 28, 40, 44

Kesahan dan Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan merujuk kepada persoalan adakah data, markah atau maklumat yang diperolehi daripada sesuatu kajian boleh dipercayai mengukur sesuatu pemboleh ubah atau tret tingkahlaku manakala kesahan adalah sejauh mana alat ukuran itu dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur. Tuckman (1990) dalam Sidek Mohd Noah (2002) menyatakan kebolehpercayaan ujian bermakna ujian itu konsisten. Manakala,

Mohd Majid Konting (1998) menyatakan bahawa ketekalan sesuatu alat ukur dalam mengukur pemboleh ubah atau gagasan adalah pengertian bagi konsep

kebolehpercayaan alat ujian.

Selain itu, Eysenck (1942) telah mengukur personaliti berasaskan dua dimensi sifat asas manusia iaitu faktor Ekstrovert-Introvert dan Neurotisme-Stabiliti. Keduadua faktor ini mempunyai hubungan dengan skim 4 temperament Galen-Kant_Wundt yang asal. Eysenck kemudiannya membentuk alat ukuran Eysenck Personality Inventory (EPI) untuk mengukur personaliti manusia dengan berasaskan kepada dua dimensi tret tersebut.

Alat ukuran ini telah diperkembangkan daripada Maudsley Personality Inventory (MPI), (Eysenck, 1962a). Kedua-dua alat ukuran ini telah dikaji semula oleh Jensen (1965b) dan didapati mempunyai persamaan. Walau bagaimanapun EPI adalah lebih praktikal kerana pengubahsuaian ayat telah dibuat untuk menampung responden daripada semua tahap kecerdasan dan pendidikan. Di samping itu, EPI mempunyai dua borang yang selari bagi membolahkan alat ukur ini diuji semula kesahannya dan juga mempunyai skala penipuan. Alat ukuran ini telah direka untuk kegunaan pelajar-pelajar dan orang dewasa. Ia mempunyai 60 item dengan faktor Ekstroversi (E) sebanyak 24 item, faktor Neurotisme (N) sebanyak 24 item dan skala penipuan (L) sebanyak 12 item. Kolerasi antara skli-skil eksrtoversi dan neurotisme ialah +.10 bagi pelajar-pelajar dan -.11 bagi orang dewasa. Alat ukuran ini juga mempunyai pekali realibiliti yang tinggi iaitu .80 dan .97 (1956). Sidek Mohd Noah, 2005).

3.6

Penganalisisan Data Statistik

Data-data yang diperoleh daripada soal selidik dianalisis berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian. Analisis akan dilakukan untuk melihat Hubungan Personaliti Ekstrovert Dan Introvert Dengan Pencapaian Akademik Pelajar. Di dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan pekali korelasi.

3.6.1

Kaedah Pemarkatan

Kaedah pemarkatan soal selidik yang digunakan adalah soal selidik Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI) yang terdapat seperti di jadual 3.

Pemarkatan soal selidik Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI) dikira berdasarkan jawapan Ya akan diberi dua markah dan jawapan Tidak akan diberikan satu markah. Cara interpretasi adalah seperti dala, jadual 3.2 :

Jadual 3.2 Kaedah Pemarkatan Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI) _____________________________________________________ Respon Jawapan Skor

_____________________________________________________ Ya Tidak 1 2

___________________________________________________

3.6.2

Pengujian Hipotesis

Data-data yang diperoleh daripada soal selidik akan dianalisis berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian. Dengan ini, data-data daripada soal selidik akan diproses dengan menggunakan perisian Statistical Packages For The Social Science (SPSS). Hal ini kerana, analisis terhadap data berstatistik adalah menggunakan perisian

pengaturcaraan SPSS yang akan menghasilkan pengiraan yang tepat dan ia juga bebas daripada ralat. (Mohd. Majid bin Konting, 1998).

3.7

Prosedur Kajian

Langkah pertama yang dilakukan oleh penyelidik ialah menentukan apa yang hendak dikaji melalui pembacaan kajian-kajian lepas serta rujukan daripada pelbagai sumber seperti perpustakaan, pusat sumber dan juga internet. Dalam kajian ini, terdapat dua jenis data iaitu data primer dan data sekunder. Data primer diperoleh daripada subjek kajian melalui borang soal selidik yang diedarkan. Manakala, data sekunder diperoleh daripada pusat sumber dan perpustakaan. Bagi menjalankan kajian ini, terdapat beberapa langkah yang dikenal pasti antaranya ialah: 1. 2. Menyediakan kertas cadangan Memohon surat kebenaran membuat penyelidikan dan surat

pengesahan pelajar daripada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. 3. Menyediakan set soal selidik yang mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian biodata diri, dan Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI) 4. Mengedarkan soal selidik kepada responden dengan ditadbir sendiri oleh penyelidik.

5.

Memasukkan data dan membuat penganalisisan data menggunakan bantuan komputer iaitu program Statistical Package for the Social sciences (SPSS).

6.

Menulis laporan akhir kajian.

Berkaitan dengan soal selidik, penerangan yang teliti telah diberikan secara bertulis kepada setiap responden untuk mengelakkan sebarang kesilapan dan kesulitan. Sekiranya responden perlu penjelasan selanjutnya, mereka boleh bertanya kepada penyelidik sendiri. Responden juga diberitahu supaya menjawab soal selidik yang diberikan mengikut pendapat sendiri dan bukannya meminta pandangan daripada rakan atau pegawai mereka. Ini kerana, segala maklumat yang diberikan oleh responden akan dirahsiakan dan telah ditekankan kepada mereka bahawa ia bertujuan untuk kajian semata-mata. Mereka seharusnya menjawab secara terbuka, jujur dan ikhlas.

3.8

Batasan Kajian

Kajian ini hanya melibatkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pakan seramai 100 orang responden sahaja yang dipilih daripada tingkatan 4 secara rawak. Secara umumnya, kami tidak dapat melihat secara keseluruhan kerana kajian ini hanya tertumpu pada sebuah tempat sahaja bukannya secara menyeluruh. Oleh yang demikian, dapatan kajian yang akan diperoleh nanti adalah terbatas di sekolah tersebut sahaja.

Ketepatan kajian juga bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan para responden dalam menjawab soal selidik yang diberikan kepada mereka. Walau bagaimanapun penyelidik mengandaikan segala jawapan yang diberikan oleh responden adalah benar, jujur dan ikhlas.

3.9

Rumusan

Keseluruhannya, dalam bab ini ia lebih membincangkan aspek reka bentuk kajian yang menggunakan satu kajian tinjauan berbentuk deskritif iaitu melalui borang soal selidik. Turut dibincangkan juga tempat kajian terhadap Hubungan Personaliti Ekstrovert Dan Introvert Dengan Pencapaian Akademik Pelajar telah dilakukan di sebuah sekolah Bahagian Sarikei, Sarawak. Seterusnya kajian meliputi populasi dan sampel kajian yang hanya melibatkan pelajar daripada etnik Iban dan lain-lain yang berfokus kepada pelajar 4 yang mana mereka telah dipilih berdasarkan presampelan rawak berlapis. Turut dinyatakan juga, alat kajian yang digunakan ialah ujian personaliti iaitu Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI).

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1

Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji akan menghuraikan keputusan-keputusan yang diperolehi hasil daripada penganalisaan data yang dikumpulkan. Pengkaji telah menggunakan kaedah statistik Pekali Korelasi Pearson untuk menguji hubugan di antara hubungan personaliti ekstrovert dan introvert terhadap pencapaian akademik pelajar. Selain itu, pengkaji menggunakan kaedah Analisa Min untuk melihat ciri personaliti yang lebih menyerlah di kalangan pelajar di sekolah menengah yang dikaji. Begitu juga, Ujian-t turut digunakan untuk menguji hipotesis iaitu aspek perbezaan dalam dimensi personaliti berdasarkan jantina.

Selain itu, bab ini menghuraikan mengenai dapatan kajian berkaitan dengan faktor demografi dan profil respondon. Perbincangan dalam bab ini tidak terpisah daripada perbincangan dalam bab selanjutnya kerana kedua-dua bab ini cuba menerangkan permasalahan kajian yang memberi fokus kepada hubungan personaliti ekstrovert dan introvert terhadap pencapaian akademik pelajar.

4.2

Keputusan Kajian

Jadual 4.2.1: Bilangan Responden Mengikut Jantina Dan Etnik Jadual 4.2.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina Dan Etnik Pemboleh ubah Jantina Lelaki Perempuan Etnik Melayu Cina Iban 1 2 121 0.8 1.6 97.6 62 62 50.0 50.0 Kekerapan (F) Peratusan (%)

Berdasarkan jadual 4.2.1,didapati bahawa bilangan responden mengikut jantina adalah sama iaitu 62 orang responden. Pemilihan responden perlu seimbang kerana ia akan menjawab hipotesis kajian yang melihat perbezaan dalam dimensi personaliti berdasarkan jantina. Jika responden yang dipilih tidak seimbang, ini akan menjejaskan dapatan kajian. Ini menunjukkan 50% responden lelaki dan 50% responden perempuan.

Berdasarkan demografi jika diperhatikan mengikut etnik pula, etnik iban merupakan responden yang paling tinggi iaitu seramai 121 orang atau 96.8%. Cina pula seramai 2 orang iaitu sebanyak 1.6% dan diikuti oleh Melayu iaitu seorang sahaja dengan 0.8%. Responden iban paling ramai kerana sekolah tersebut terletak di kawasan yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk iban.

Analisis Min Bagi Melihat Ciri Personaliti Yang Dominan Di Kalangan Pelajar Di Sekolah Menengah Yang Dikaji. Jadual 4.2.2 Analisis Min Bagi Melihat Hubungan Ciri Personaliti Yang Dominan Di Kalangan Pelajar. Pemboleh ubah Introvert Ekstrovert Stabil/ Neurotik p < .05 N 124 124 Min 1.3374 1.4831

Berdasarkan kepada jadual 4.2.2, menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dalam dimensi personaliti introvert ekstrovert dan stabil atau neurotik di antara pelajar iaitu. min stabil atau neurotik pelajar lebih tinggi iaitu 1.48318 berbanding introvert ekstrovert 1.3200. Oleh itu, terdapat hubungan yang signifikan terhadap ciri personaliti yang lebih dominan di kalangan pelajar yang dikaji.

4.3

Hipotesis Kajian

Statistik inferensi akan menjelaskan keputusan kajian ke atas sampel berdasarkan hipotesis yang dibina. Hipotesis 1 Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara Personaliti Introvert Ekstrovert Dengan Pencapaian Akademik. Jadual 4.3.1 Keputusan Ujian Pekali Korelasi Pearson Bagi Melihat Hubungan Antara Personaliti Introvert Ekstrovert Dengan Pencapaian Akademik

Pemboleh ubah Introvert Ekstrovert p>.05

Pencapaian Akademik r = .008

Berdasarkan kepada jadual 4.3.1, didapati keputusan ujian pekali korelasi Pearson menunjukkan bahawa r = .008 dan p = .931 > = 0.05. Ini bermakna tidak terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti introvert ekstrovert pelajar dengan pencapaian akademik. Dengan perkataan lain, personaliti introvert ekstrovert tidak mempengaruhi pencapaian akademik. Ini bermakna hipotesis pertama ini ditolak.

Hipotesis 2 Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Dalam Dimensi Personaliti Berdasarkan Jantina. Jadual 4.3.2 Keputusan Ujian T bagi melihat Perbezaan Dalam Dimensi Personaliti Berdasarkan Jantina. Dimensi Intovert Ekstrovert Jantina Lelaki Perempuan Stabil/Neurotik Lelaki Perempuan Akademik Lelaki Perempuan p>.05 N 62 62 62 62 62 62 Min 1.3200 1.3548 1.4976 1.4685 3.3185 3.3387 -.131 .896 .950 .344 T -1.903 Sig. .059

Berdasarkan jadual 4.3.3 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam dimensi introvert ekstrovert di antara pelajar lelaki dan perempuan iaitu (t(124) = 1.903, p > .05) (nilai kritikal adalah = .059, > .05). Namun begitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam dimensi stabil atau neurotik di antara pelajar lelaki dan perempuan iaitu (t(124) = .950, p > .05) (nilai kritikal adalah = .344, > .05). Ini menandakan nilai kebarangkalian alpha pengiraan melebihi aras kesignifikan 95 peratuas (p > .05). Begitu juga, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam dimensi akademik di antara pelajar lelaki dan perempuan iaitu (t(124) = -.131, p > .05) dengan nilai kritikal adalah = .896, > .05 iaitu nilai kebarangkalian alpha pengiraan melebihi aras kesignifikan 95 peratuas (p > .05). Oleh itu, hipotesis terdapat perbezaan yang signifikan terhadap perbezaan dalam dimensi personaliti berdasarkan jantina diterima.

4.4

Rumusan Keputusan Ujian

Berdasarkan statistik yang dijalankan, keputusan ujian bagi hubungan personaliti introvert ekstrovert terhadap pencapaian akademik pelajar di sekolah menengah yang dikaji telah diperoleh. Dapatan kajian hipotesis satu hingga tiga dapat dirumuskan seperti berikut:(a) Hipotesis pertama tidak diterima yang menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti introvert ekstrovert dengan pencapaian akademik. (b) Hipotesis kedua diterima menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan terhadap perbezaan dalam dimensi personaliti berdasarkan jantina.

Dengan ini, dapatan kajian yang diperoleh dapat menggambarkan hubungan personaliti ekstrovert dan introvert terhadap pencapaian akademik pelajar ini mengambarkan responden yang dikaji menjawab semua persoalan kajian yang dikemukakan di awal kajian.

BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1

Pengenalan

Setelah dapatan kajian dianalisis dan diberi keputusannya, maka bahagian seterusnya akan membuat perbincangan kajian berkenaan hubungan personaliti ekstrovert dan introvert terhadap pencapaian akademik pelajar di kalangan pelajar tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah di Sarawak. Perbincangan dalam bab ini adalah berdasarkan hasil keputusan yang telah diperoleh dan juga sokongan kajian lepas. Setiap perbincangan yang dilaksanakan adalah berdasarkan hipotesis yang telah dibina.

5.2

Perbincangan Dapatan Kajian

Keseluruhan perbincangan akan mengupas dapatan kajian, kesimpulan dan implikasi dan cadangan yang dibuat oleh pengkaji. Semua perbincangan berdasarkan keputusan 3 hipotesis.

Hasil kajian mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti introvert ekstrovert dengan pencapaian akademik pelajar. Ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu keadaan bilik darjah yang sesak sehingga mencacah 40 lebih orang pelajar dalam satu kelas. Dalam bilik darjah juga, memang pelajar aktif tetapi akademik mereka agak lemah kerana pelajar kurang selesa untuk belajar. Hal ini dapat dikukuhkan lagi dengan pendapat sekumpulan 16 orang guru Amerika yang menyatakan bilik darjah di Malaysia terlalu sesak bagi pengajaran dan pembelajaran efektif (http://www.agendadaily.com/).

Hasil kajian juga mendapati jenis personaliti yang dominan di kalangan pelajar sekolah menengah yang dikaji ialah personaliti yang stabil neurotik. Hal ini mungkin disebabkan oleh keadaan demografi pelajar mempengaruhi personaliti pelajar yang mana keadaan persekitaran keluarga serta masyarakat. Kestabilan personaliti wujud disebabkan keadaan dalam keluarga misalnya masalah keluarga menyebabkan pelajar lebih matang untuk berfikir. Jika sesebuah masyarakat itu terdiri daripada individu yang mempunyai mental yang bersih dan waras, maka masalah sosial tidak akan berlaku. Ini membawa kepada kestabilan personaliti di kalangan pelajar.

Kestabilan personaliti di kalangan pelajar juga wujud sekiranya guru mengasaskan kebergantungan positif, maka guru perlu memaksimumkan peluang pelajar untuk menggalakkan kejayaan setiap pelajar dengan pertolongan, dorongan, galakan dan pujian terhadap usaha setiap pelajar untuk belajar. Aktiviti kognitif dan dinamika sesama peribadi akan berlaku apabila pelajar terlibat dalam menggalakkan pembelajaran masing-masing. Ini termasuk penerangan secara oral bagaimana menyelesaikan masalah, berbincang tentang konsep yang dipelajari, mengajar

pengetahuan yang diketahui kepada kelas dan menghubungkan pelajaran lepas dengan yang baru. Ee Ah Meng (1997)

Mok Soon Sang (1991) turut menyatakan, kemahiran sosial penting dalam membentuk perasaan saling kerjasama antara ahli kumpulan. Kemahiran sosial yang baik adalah penting bukan sahaja kerana pelajar belajar lebih apabila dilakukan secara berkumpulan, kemahiran ini juga berguna untuk kejayaan di luar sekolah, dengan rakan-rakan atau keluarga mereka dan kemudiannya dengan kerjaya mereka. Daripada ini, personaliti yang stabil di kalangan pelajar akan wujud.

Begitu juga, Kamarudin Hj Husin (1990) menyatakan sifat kebergantungan positif ialah perasaan di kalangan satu kumpulan pelajar bahawa apa yang membantu seorang ahli dalam kumpulan akan membantu ahli-ahli lain dalam kumpulannya dan apa yang menyakitkan mana-mana ahli akan menyakitkan semua ahli dalam kumpulan tersebut. Dalam kata lain, pelajar percaya bahawa mereka tenggelam dan berenang bersama. Seseorang tidak akan berjaya melainkan jika semuanya berjaya. Mereka sedar, usaha setiap ahli bukan sahaja memberi keuntungan kepada diri sendiri tetapi kepada semua. Mereka bantu-membantu usaha antara satu sama lain untuk belajar, saling memberikan dorongan dan merayakan kejayaan pergabungan mereka. Kebergantungan positif merupakan teras kepada pembelajaran koperatif. Hasil daripada kebergantungan positif ini, ia dapat menunjukkan personaliti stabil adalah personaliti yang lebih menyerlah di kalangan pelajar.

Hasil dapatan juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam jenis personaliti berdasarkan jantina. Buktinya ialah pelajar perempuan lebih introvert

ekstrovert berbanding pelajar lelaki manakala pelajar lelaki lebih stabil atau neurotik berbanding pelajar perempuan. Pelajar lelaki kurang introvert ekstrovert mungkin disebabkan oleh mereka mempunyai tahap pemikiran yang lebih lemah berbanding pelajar perempuan. Ini dibuktikan melalui pendapat Prof. Madya Dr. Aminah Ahmad dari Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menyatakan pelajar lelaki banyak yang gagal untuk mencapai keputusan yang cemerlang kerana di sekolah kajian menunjukkan ramai pelajar lelaki gagal meneruskan pelajaran ke peringkat menengah atas berikutan keputusan yang tidak baik di peringkat menengah rendah seperti Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dalam www.geocities.com/pendidikmy/berita/fokus.107html

Begitu juga, pelajar perempuan lebih introvert ekstrovert mungkin disebabkan oleh pelajar lelaki berusia 11 tahun didapati 12 bulan lebih lewat dari segi kecerdasan membaca berbanding pelajar perempuan. Mereka juga didapati 12 bulan lewat dari segi ketepatan mencongak dan lewat enam bulan dari segi kepantasan mengira berbanding pelajar perempuan. Ini dibuktikan melalui kajian pakar pendidikan di Britain pada 2000 itu, yang menyatakan pelajar perempuan di negara itu lebih bijak dan menunjukkan pencapaian lebih baik berbanding lelaki. Fenomena itu turut menjelaskan mengapa pelajar perempuan lebih ramai memasuki institusi pengajian tinggi di Britain. www.geocities.com/pendidikmy/berita/fokus.107html

Pakar Pendidikan Geoff Hannan dari Britain dalam kajiannya berkata, corak pencapaian itu menunjukkan kelebihan pelajar perempuan berbanding lelaki pada peringkat purata dalam usia mereka sebelum mencapai akil baligh. Katanya, pada waktu itu iaitu ketika usia 11 tahun ke atas, wujud jurang perbezaan dalam pencapaian

antara kedua-dua jantina. Pelajar perempuan sentiasa mencatat markah lebih tinggi berbanding lelaki dalam mata pelajaran bahasa. www.geocities.com/pendidikmy/berita/fokus.107html

Pengkaji lain, Robert Oxburgh juga dari Britain pula berkata, pada peringkat asas, penilaian menunjukkan markah diperoleh pelajar lelaki kurang berbanding perempuan dalam hampir semua mata pelajaran peringkat sekolah menengah. Katanya, 85 peratus daripada pelajar perempuan mencatatkan tahap pendidikan peringkat kedua dan 30 peratus lagi melebihi peringkat ketiga. Ini berbanding lelaki yang masing-masing hanya mencapai 72 peratus peringkat kedua dan 20 peratus peringkat ketiga. www.geocities.com/pendidikmy/berita/fokus.47html

Daripada ini, ternyatalah pelajar perempuan lebih introvert ekstrovert berbanding pelajar lelaki. Namun demikian, satu lagi kajian yang dibuat di Sekolah Tinggi Notley di Braintree, Essex, Britain selama tiga tahun telah menunjukkan pelajar lelaki dapat belajar dengan lebih pantas jika duduk bersebelahan pelajar perempuan di sekolah. www.geocities.com/pendidikmy/berita/fokus.107html

5.3

Cadangan

Hasil daripada dapatan kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa cadangan sebagai rujukan. Hasil kajian ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh pihak sekolah, Unit Bimbingan dan Kaunseling, ibu bapa dan seterusnya para pelajar.

Ibu bapa merupakan individu yang dominan dalam kehidupan seorang pelajar. Justeru, mereka perlu dilatih dan diterapkan ilmu keibubapaan supaya dapat membentuk pelajar menjadi individu yang berketrampilan. Ibu bapa perlu mendekati anak-anak mereka dengan menganggap mereka sebagai kawan dan jangan terlalu menjarakan hubungan di antara ibu bapa dan anak. Selain itu, ibu bapa perlulah berhubung dengan pihak sekolah daripada semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan terkini anak-anak mereka.

Kepada pihak sekolah juga, pentadbir perlu peka dalam merealisasikan konsep keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras Aspirasi Falsafah Pendidikan Nasional. Justeru, pelbagai program perlu dirangka untuk membentuk jati diri individu pelajar yang positif.

Kewujudan Unit bimbingan dan Kaunseling di sekolah juga dimaksimumkan fungsinya khususnya aktiviti yang pelbagai seperti menjawab inventori dan soal

selidik berkaitan dengan masalah pelajar dari semasa ke semasa. Kaunselor sekolah perlulah sentiasa mengikuti perkembangan pelajar agar mereka dapat menyedari permasalahan pelajar berkaitan dengan pengaruh personaliti terhadap pencapaian akademik dan seterusnya membantu serta membimbing pelajar dalam menyelesaikan masalah.

Merujuk pula kepada Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) mesti diaktifkan dan dapat memainkan peranan dengan lebih baik bagi membantu berhubung dengan personaliti mereka yang mempengaruhi pencapaian akademik. Bagi pelajar juga, dengan PRS ini, mereka dapat memanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan pelajaran,

penyelesaian masalah, perkembangan sahsiah diri dan sebagainya. Menjalankan pelbagai aktiviti yang bersesuaian seperti kem motivasi, kem jati diri, perkhemahan untuk merapatkan lagi hubungan di antara PRS dengan rakan pelajar di samping mempengaruhi perubahan personaliti pelajar serba sedikit kerana ia melibatkan pergaulan di kalangan pelajar.

5.4

Saranan Kajian

Pengkaji ingin menyarankan kepada pengkaji yang berminat untuk menjalankan kajian pada masa akan datang agar menjalankan berkenaan hubungan personaliti ekstrovert dan introvert terhadap pencapaian akademik pelajar perlu diperluaskan lagi. Ini kerana kajian sebelum ini lebih tertumpu di pusat pengajian tinggi dan kolej-kolej tempatan. Tidak dapat dinafikan bahawa kajian ini terdapat beberapa kelemahan, justeru pengkaji mengharapkan agar saranan yang dikemukakan ini dapat memberi panduan kepada pengkaji lain serta boleh meningkatkan mutu penghasilan hasil kajian suatu hari nanti.

Hakikatnya, kerjasama dan persefahaman semua pihak amatlah diharapkan khususnya pelajar sendiri, ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan adalah penting dalam mempengaruhi hubungan personaliti ekstrovert dan introvert terhadap pencapaian akademik pelajar. Pengkaji juga menyarankan agar skop kajian ini diperluas iaitu dengan menjalankan dengan cara terbaik untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian dengan menjalankan kajian dalam bentuk eksperimental. Ini kerana, pengkaji dapat menjalankan sesi kaunseling individu atau kelompok serta menjalankan temu bual bersama responden dan dapatan kajian pastinya yang benar.

Kajian juga turut dijalankan terhadap kaunselor, guru-guru dan pentadbir sekolah bagi mengukuhkan lagi hasil dapatan kajian terhadap hubungan personaliti ekstrovert dan introvert terhadap pencapaian akademik pelajar.

Merujuk

pula

kepada

bilangan

subjek, pengkaji

menyarankan agar

ditambahkan bilangannya. Selain itu, populasi kajian perlu diperluas untuk menjalankan kajian serta kajian tidak hanya tertumpu pada satu tingkatan sahaja iaitu harus melibatkan semua tingkatan. Dengan ini, dapatan dapat membantu pihak sekolah mengetahui hubungan personaliti ekstrovert dan introvert terhadap pencapaian akademik pelajar bagi setiap tingkatan.

RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2002). Kemahiran Interpersonal Untuk Guru. PTS Publictions & Distrubutors Sdn Bhd : Pahang Darul Makmur.

Abdul Rahim M.Ali, (1991), Personaliti dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik Murid-murid Sekolah Rendah Luar Bandar. Laporan Penyelidikan M.Ed. Universiti Malaya.

Abraham J. Tannenbaum,(1983). Gifted Chidren, New York, Mc..Millan Publishing Co.Inc.

Cattell, R.B. (1950). Personality: A Systematic Theoritical and Factual Study. New York: Mc.Graw.Hill.

Chiam Heng Keng, (1989). Education For The Gifted: Future Perspective For Malaysia, 2nd National Symposium On Gifted Children: Education For The Gifted, 29 July,1989, Kuala Lumpur, Universiti Malaya, Child Development Centre.

Devito, Joseph A. (2004). The Interpersonal Communication Book. Tenth Edition. Boston : Allyn & Bacon.

Dunn R, (1979). Can Students Identify Their Own Learning Styles?, Educational Leadership, January 60-63.

Dunn R, et.al (1989) Survey of Research On Learning Styles, Educational Leadership, March, Vol1989, 50-58.

Ee Ah Meng (1997). Pedagogi II: Perlaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Eysenck H.J, & Cookson,D. (1961), Personality in Primary School Children, Ability and Achievement, British Journal of Educational Psychology, 39, hal: 109-122.

Eysenck, H.J.(1952).The Scientific study of Personality. London: Routledge and KeganPaul ltd.

Hjelle, L.A, & Ziegler, D.J (1981) Personality Theories: Basic Assumption, Research and Application (2nd.edition), New York: Mc Graw Hill Book Co.

Johnson, Carol Bradley. (1997), Personality Traits and Learning Styles: Factors Affecting the Academic Achievement of Underachievement Gifted Students, Dissertation Abstracts International Section A ,University Microfilms International, ISSN: 0419-4209.

Kamal Abd Manaf (1996). Manusia dan Personaliti : Membentuk Insan Yang Sempurna. Utusan Publictions & Distrubutors Sdn Bhd : Kuala Lumpur.

Kamarudin Hj Husin (1990). Pedagogi 2. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Kirk, S. & Gallagher, J.J. (1989) Educating Exceptional Children, 6th Edition, Boston, Houghton Mifflin .Co.

Khadijah Md. Shahid, (1992) Penyesuaian Peribadi dan Sosial Pelajar Bergeliga: Empat Kajian Kes, Laporan Penyelidikan M.Ed.,Universiti Malaya.

Mehryer, A.H.Khajavi, F. Razaviech,A., & Hosseini, A (1972). Some Personality Correlates of Intelligence and Educational Attainment in Iran: British Journal ofEducation Psychology, 42, 8-16.

Mok Soon Sang (1991), Strategi Pengajaran-Pembelajaran dan Pengajaran Mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Sabariah Siron (2003). Teori Kaunseling Dalam Perhubungan Menolong. Pearson Printice Hall : Selangor.

Sidek Mohd Noah (2005). Pengujian & Penilaian Dalam Kaunseling : Teori dan Aplikasi. Universiti Putra Malaysia : Serdang.

Abdul Aziz Hussein Sazally (________). Individu Dalam Komunikasi. www.geocities.com.psmintura/artikal/individu_dalam_organisasi.htm?200630

Norzilah Mazahar (_________). Komunikasi Berkesan Bilik Darjah : www.geocities.com/smjelai/norzila1.html?200630

______________. Maklumat Komunikasi : komunikasi Yang Berkesan Melalui Pertuturan www.geocities.com/komunikasi_106/maklumatkomunikasi.html?200630 :

______________. Pengetua dan Hubungan Manusia : http://mswikipedia.org/wiki/Pengetua_dan_Hubungan_Manusia

______________. Kajian Konsep Budaya Popular Kaum-kaum di Sabah, Malaysia Ke Arah Pemupukan Budaya Popular sepunya Malaysia Menerusi Penganjuran Siri Dialog Antara Budaya dan Pembinaan Negara Bangsa : www.ids.org.my/publications/ResearchPaper/ReportUndertaken/Socialdevelopm

_____________. Kesukubangsaan dalam Masyarakat : www.scripps.ogiou.edu/news/cmdd/artikel_ps2.htm

Jurnal : Grey area Antara Yang Psiko-Sosial dan Teknik : http://tkom.multipiy.com/journal

Berita Harian, __________ (Bil.47/2001). Pelajar sekolah : Pelajar Lelaki Gagal Cemerlang. www.geocities.com/pendidikmy/berita/fokus.47html

Berita Harian, 11/07/2001 (Bil.107/2002). Pelajar Lelaki Lambat Cemerlang Berbanding Wanita . www.geocities.com/pendidikmy/berita/fokus.107html

LAMPIRAN A

SURAT KEBENARAN MANJALANKAN KAJIAN DARIPADA BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

LAMPIRAN B

SURAT KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI DI SARAWAK DARIPADA JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK.

LAMPIRAN C

SURAT MEMOHON KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN DARIPADA JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK.

Mundau Anak Dundang No. 10, Taman Loke Yew Jalan Penghulu Daud 35900 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan Tel : +60133237397 ______________________________________________________________________________ Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang Jalan Simpang Tiga 93604 Kuching Sarawak (u.p Unit Latihan) 25 Septhember 2006 Tuan MEMOHIN KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN SEKOLAH DI SEK. MEN. KEB. PAKAN, SARAWAK KAJIAN BERASASKAN

Dengan sukacitanya saya ingin menarik perhatian pihak tuan berhubung perkara di atas. 2. Untuk makluman pihak tuan, saya merupakan pelajar Tahun Akhir yang kini sedang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling akan menjalankan satu kajian dalam memenuhi syarat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunselinag. 3. Tajuk kajian yang saya akan jalankan ialah Hubungan Personaliti Ekstrovert Dan Introvert Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar. Bersama-sama ini, saya lampirkan surat kebenaran dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Perancangan dan Dasar Penyelidikan (Ruj. Kami: KP(BPPDP)603/5/JLD.09(176) untuk rujukan dan tindakan pihak tuan. 4. Kajian ini mungkin mengambil masa selama lebih kurang satu minggu. Oleh tu, besarlah harapan saya jika pihak tuan dapat memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian di sekolah berkenaan. Segala pertimbangan dan jasa baik dari pihak tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Terima Kasih. Yang benar, ...................................................... (MUNDAU ANAK DUNDANG) No. Matrik : D20031014157 (UPSI Student Card) No. KP : 830328-13-5957

LAMPIRAN D

SURAT PENGENALAN DIRI PELAJAR UNTUK MENJALANKAN KAJIAN DI SEKOLAH

LAMPIRAN E

SURAT PENGESAHAN SEBAGAI PELAJAR UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

LAMPIRAN F

ALATAN KAJIAN

Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian sahaja. Anda dikehendaki menjawab SEMUA soalan. Bahagian A adalah maklumat diri anda manakala Bahagian B merupakan soal selidik Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI). Semua soalan hendaklah dijawab dengan JUJUR.

BAHAGIAN A

MAKLUMAT DIRI Anda dikehendaki menandakan (X) untuk maklumat diri anda pada ruang yang telah disediakan.

1.

Jantina Lelaki Perempuan ( ( ) )

2.

Etnik: Melayu Cina Iban ( ( ( ) ) )

60

LAMPIRAN G ANALISIS ALAT KAJIAN

Frequencies
Statistics JANTINA N Mean Median Std. Deviation Minimum Maximum Valid Missing

124 1 1.5000 1.5000 .50203 1.00 2.00

JANTINA Frequency 62 62 124 1 125 Percent 49.6 49.6 99.2 .8 100.0 Valid Percent 50.0 50.0 100.0 Cumulative Percent 50.0 100.0

Valid

Missing Total

Lelaki Perempuan Total System

61

Frequencies
Statistics ETNIK N Mean Median Std. Deviation Minimum Maximum Valid Missing

124 1 2.9677 3.0000 .21848 1.00 3.00

ETNIK Frequency 1 2 121 124 1 125 Percent .8 1.6 96.8 99.2 .8 100.0 Valid Percent .8 1.6 97.6 100.0 Cumulative Percent .8 2.4 100.0

Valid

Missing Total

Melayu Cina Iban Total System

62

Descriptives
Descriptive Statistics N Introvert Extrovert Stabil/Neurotik Valid N (listwise) 124 124 124 Minimum 1.11 1.00 Maximum 1.63 1.90 Mean 1.3374 1.4831 Std. Deviation .10289 .17011

Correlations
Descriptive Statistics Introvert Extrovert akademik Mean 1.3374 3.3286 Std. Deviation .10289 .85040 N 124 124

Correlations Introvert Extrovert 1 . 124 .008 .931 124 akademik .008 .931 124 1 . 124

Introvert Extrovert Pearson Correlation Sig. (2-tailed) N akademik Pearson Correlation Sig. (2-tailed) N

63

T-Test
Group Statistics JANTINA Lelaki Perempuan N 62 62 Mean 3.3185 3.3387 Std. Deviation .88292 .82370 Std. Error Mean .11213 .10461

akademik

Independent Samples Test Levene's Test for Equality of Variances t-test for Equality of Means 95% Confidence Interval of the Difference Lower Upper -.32373 -.32375 .28341 .28343

F akademik Equal variances assumed Equal variances not assumed .902

Sig. .344

t -.131 -.131

df 122 121.417

Sig. (2-tailed) .896 .896

Mean Difference -.0202 -.0202

Std. Error Difference .15335 .15335

64

T-Test
One-Sample Statistics N Introvert Extrovert Stabil/Neurotik 124 124 Mean 1.3374 1.4831 Std. Deviation .10289 .17011 Std. Error Mean .00924 .01528

One-Sample Test Test Value = 0 95% Confidence Interval of the Difference Lower Upper 1.3191 1.3557 1.4528 1.5133

Introvert Extrovert Stabil/Neurotik

t 144.754 97.081

df 123 123

Sig. (2-tailed) .000 .000

Mean Difference 1.3374 1.4831

T-Test
One-Sample Statistics N Introvert Extrovert Stabil/Neurotik JANTINA 124 124 124 Mean 1.3374 1.4831 1.5000 Std. Deviation .10289 .17011 .50203 Std. Error Mean .00924 .01528 .04508

65

One-Sample Test Test Value = 0 95% Confidence Interval of the Difference Lower Upper 1.3191 1.3557 1.4528 1.5133 1.4108 1.5892

Introvert Extrovert Stabil/Neurotik JANTINA

t 144.754 97.081 33.272

df 123 123 123

Sig. (2-tailed) .000 .000 .000

Mean Difference 1.3374 1.4831 1.5000

Independent Samples Test Levene's Test for Equality of Variances t-test for Equality of Means 95% Confidence Interval of the Difference Lower Upper -.32373 -.32375 -.07100 -.07102 -.03147 -.03149 .28341 .28343 .00139 .00141 .08954 .08955

F Equal variances assumed Equal variances not assumed Introvert Extrovert Equal variances assumed Equal variances not assumed Equal variances Stabil/Neurotik assumed Equal variances not assumed akademik .902

Sig. .344

t -.131 -.131

df 122 121.417 122 116.907 122 119.404

Sig. (2-tailed) .896 .896 .059 .059 .344 .344

Mean Difference -.0202 -.0202 -.0348 -.0348 .0290 .0290

Std. Error Difference .15335 .15335 .01828 .01828 .03057 .03057

4.324

.040

-1.903 -1.903

1.923

.168

.950 .950