1
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Cinta adalah fitrah seseorang insani sama ada lelaki atau perempuan.
Jika kita mengatakan tidak kepada cinta, sesungguhnya kita membohongi
kepada diri sendiri. Sebagai insan yang lemah, kita hendak diri kita dibelai,
dimanja dan disayangi oleh seseorang. Cuma persoalan yang timbul dari segi
kaedah dan teori cinta yang digemari atau disenangi. Di kampus, dua aliran
cinta yang terjelma iaitu aliran Islamis dan aliran cinta ala Barat. Kita selalu
diherotkan bahawa cinta itu seperti dalam filem Barat dan yang telah
diamalkan oleh muda-mudi sekarang(seperti membonceng motor dan
makan2). Tanpa kefahaman, kita akan terbabas mengikut kebuasan hawa
nafsu. Kita perlu faham cinta di universiti bukan lagi bercinta untuk kepuasan
nafsu atau cinta monyet tetapi cinta yang akan membawa ke jinjang
pelamin.
Insan yang tiada kekasih juga memerlukan teman. Jika kerinduan atau
kesunyian, sahabat berlainan jantina menjadi teman bergurau atau usik-
usikan. Di sinilah, pentingnya sahabat berlainan jantina semasa usia 20an
bagi mengubati kesakitan jiwa sepi tanpa cinta dan mehnah peribadi yang
dihadapi. Insani tanpa cinta ini biasanya menyibukkan diri dengan aktiviti
berpersatuan, kerja separuh masa dan menzahirkan diri sebagai ulat buku.
Alasan diberi tiada jodoh, segan dan tiada bersedia untuk bercinta. Benar
sekali alasan mereka tetapi kadangkala hati insani juga keruan dan meronta-
ronta ingin mengerti dan merasai kenikmatan dan keindahan cinta. Mujurlah
mereka ini boleh merasionalkan diri atau untuk terus bersama penderitaan
hati ini.
2
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Lelaki yang baik1 untuk gadis yang baik.2 Itu janji Allah. Carilah
pasangan yang mempunyai pegangan agama walaupun hodoh, miskin dan
tidak menjejak kaki di universiti. Bercintalah dalam suasana restu Ilahi dengan
menjaga adat pengaulan, doa kebahagiaan dan bermatlamat ke jinjang
pelamin. Bagi yang tidak berteman, sabar dan berdoalah kerana jodoh di
tangan Allah dan lakukan pencarian dan luahkan perasaan cinta anda melalui
orang ketiga jika malu atau segan. Segala perlakuan semasa bercinta atau
mencari jodoh perlukan doa dan penjagaan dari segi batas-batas yang
dibenarkan oleh Islam. Semoga Allah merestui Cinta warga Islamis bukan
cinta ala Barat berasaskan nafsu semata-mata.
Selain itu, mahasiswi Islam juga selalu mengkritik pengaulan lelaki dengan
perempuan walaupun pengaulan itu penuh hikmah. Malang sungguh
apabila metode dakwah dikelirukan. Kenyataan ini bukanlah tohmahan,
tetapi satu hakikat yang jelas. Mahasiswi Islam perlu mereformasi sikap
agar membubar ‘captive mind’ yang tersebati itu. Mahasiswi Islam perlu
1
Pada pendapat penulis, lelaki yang baik ialah seorang lelaki yang istiqamah bersolat terutamanya
bersolat subuh secara istiqamah atau solat subuh pada awal waktu, tidak merokok dan sayang agama
melebihi anak dan isteri dan mentaati ibubapa daripada kehendak isteri.
2
Perempuan yang baik ialah seorang yang selalu mengingati dirinya dan orang lain berkaitan solat,
tidak materialistik mentaati suami dan diam mulutnya daripada umpat dan jauhi dengki.
3
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Dalam usaha kita mencapai taghyir Islam, kita harus meleraikan sikap
jumud dan fanatik yang tersemai dalam pendirian kita. Kita perlu tasamuh
dengan orang yang tiada mengerti khittah kita, barangkali manusia yang
didakwahi itu tiada hidayah dan ia mungkin hanya mengapai taraf
penyokong Islam sahaja.
Ragam manusia yang berbeza haruslah kita sesuaikan dengan tata cara
dakwah penuh hikmah dan bijaksana. Mahasiswi Islam perlu mendekati
golongan pencinta hiburan dengan penonjolan hiburan alternatif Islam.
Kita seharusnya mengembleng tenaga mewujudkan seni teater, muzik dan
sastera Islam agar sesuai dengan jiwa anak muda kita yang dahagakan
hiburan. Kita harus menyediakan alternatif bukannya menghalang dengan
memboikot dan demonstrasi kerana kita tiada memiliki kuasa
perundangan untuk menghalang program kemaksiatan dan ia akan
memburukkan lagi imej Islam yang semakin tercemar.
Cinta dikalangan anak muda sangat indah dan romantis. Anak muda mana
tiada keinginan untuk disayangi atau dicintai. Mahasiswi Islam juga tiada
harus memandang negatif terhadap cinta kerana ia fitrah dan satu
kurniaan besar dalam kehidupan. Persepsi negatif cinta perlu dimurnikan
oleh Mahasiswi Islam dalam menelusuri kehidupan sebagai anak muda.
Cinta dalam Islam perlu dilakukan dalam penuh harmonis, sopan dan
terkawal dengan makna tiada unsur-unsur yang mendekati penzinaan.
Luah rasa cinta dengan lunas-lunas Islam perlu dikaji etikanya. Kita harus
ingat unsur romantis yang diasimilasi dengan Islam pernah diperjuangkan
oleh Bapak Hamka.
4
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Kita wajar memahami ilmu yang dipelajari adalah ilmu yang perlu
digunakan dalam kehidupan. Pelajar sejarah sebagai contoh haruslah
mengunakan ilmu mereka dalam penulisan dan ilmu sejarah itu sendiri perlu
menjadi tauladan dalam pekerjaan yang diceburi. Peperiksaan adalah alat
untuk mengambarkan kita mengetahui dan faham apa yang kita pelajari.
Walaupun skor A amat penting bagi seseorang pelajar tetapi hakikatnya
mendapat A tidak mengambarkan kita faham dan mengamalkan apa yang kita
pelajari. Skor A itu boleh digapai melalui hafalan dan praktik secara latih tubi
5
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
“Kau harus tahu saudara! Dunia ini bukan penjara, lapang luang tempat
berjuang. Kau pun harus mengerti saudari! Kau pun sakti jika berbakti”.
-Or Mandank
Penulis adalah mantan EXCO PBMUM. Mendapat didikan di Universiti Malaya dalam bidang
Sejarah dan Sosiologi/Antropologi. Sekarang sedang melanjut pelajaran peringkat diploma lanjutan di
sebuah institusi pendidikan di Pahang. Artikel adalah ringkasan daripada esei panjang mengenai tajuk
FALSAFAH PERJUANGAN MAHASISWA: SATU RE-INTERPRESTASI.
6
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
7
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Setiap teori atau school of thought terhasil tidak akan teruji jika tidak
diterjemahkan ke dalam masyarakat melalui penulisan yang akan membina
kekuatan idealisme untuk mengerakkan kekuatan aksi mahasiswa sama ada
melalui demonstrasi atau khidmat masyarakat. Ia menjadi satu manifesto
yang dijadikan asas dalam perjuangan mahasiswa. Kewujudan kesatuan teori
dan aksi yang telah diujikan akan membawa legasi perjuangan para
mahasiswa secara terus menerus semasa berada di alam pasca mahasiswa.
Ia mempunyai satu kesinambungan perjuangan kecuali di kalangan manusia
yang rakus kuasa dan pangkat[idealisme telah dimamah oleh kekuatan
materialisme].
8
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
KARAKTER MAHASISWA
9
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Akhlak itu bukanlah semata-mata sikap lemah lembut dan baik dalam
pengaulan. Akhlak bukan sahaja terbatas pada memelihara diri daripada
pengaulan bebas antara lelaki dengan perempuan dan larangan meminum
arak. Akhlak mencakupi hal ini dan lebih luwes lagi dalam aspek kehidupan
manusia; termasuk pengendalian diri, benar dalam perkataan, amanah, adil
dalam memutuskan, tegas dengan kebenaran, menghormati peraturan, bulat
nekad untuk kebaikan, menyuruh amal makruf nahi mungkar dan tolong-
menolong atas kebaikan dan taqwa. Akhlak adalah penghayatan secara
berterusan dalam karakter mahasiswa sendiri.
10
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
11
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Kemahiran berfikir
12
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Kemahiran sosial
13
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Begitulah ujar Tun Dr. Mahathir Mohammad pada tahun 1970an di ITM Shah
Alam ketika ditanya berkaitan dengan AUKU. Mahasiswa sendiri yang
menentukan hala tuju mereka sendiri tanpa mengira di dalam akta atau di luar
akta. Yang paling penting ditanya adalah mahu berjuang atau tidak?.
14
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
PMIUM yang dianggap ketua pakatan GMUM seberapa daya upaya mahu
meneruskan tradisi mencabar mereka walaupun HEP melakukan pelbagai
asakan berganda tanpa henti untuk mengekang PMIUM sejak HEP berada di
bawah kepimpinan Dato Razali Agus [Dato Hashim Yaakob secara relatifnya
gagal mengekang PMIUM]. Semasa zaman Dato Firdaus, sikap antikerajaan
dan antiHEP disambut mesra oleh Dato Firdaus kerana mahasiswa perlu
mempamerkan sifat kritikal terhadap isu-isu masyarakat. Oleh sebab itu, Dato
Firdaus masih membenarkan aktiviti diskusi yang jelas mengkritik HEP atau
AUKU. Perkara ini terserlah lagi di dalam majalah Varsity dimana pelajar
berterusan menyiarkan sejarah kekuatan gerakan pelajar masa silam dan
kritikan pedas yang bersifat menentang arus perdana. Jika TNC HEP berjiwa
gabra menghadapi cabaran mahasiswa dan terlalu melayani kerenah jiwa
muda seorang mahasiswa, TNC HEP sebegini akan seberapa upaya ingin
menjatuhkan gerakan pelajar. Pihak atasan ini ingin menyukakan pihak
pimpinan kerajaan dan memuaskan nafsu mereka dengan menewaskan
gerakan pelajar untuk menunjukkan HEP lebih berkuasa. Ada apa pada suara
mahasiswa kini?. Persoalan ini boleh dijawab oleh sesiapa jua dan
jawabannya pastinya pelbagai. Di bawah adalah beberapa dugaan faktor
kejatuhan GMUM di UM.
a. Peranan HEP.
Kini, kebanyakan aktiviti persatuan dibelenggu oleh belitan besi panas oleh
HEP sehingga kelihatan aktiviti berpersatuan di UM begitu lesu. Banyak
sekatan dan syarat baru dikenakan boleh memandulkan budaya
berpersatuan yang selama ini memang semakin menurun minatnya di
kalangan pelajar. Pelajar tidak diberikan kebebasan untuk merencanakan
program mereka menyebabkan kekreatifan dan budaya berfikir mahasiswa
boleh terbantut. Bahkan HEP mengadakan program tertentu secara terang
ingin menjatuhkan GMUM. Pelajar tahun satu mula dibasuh minda mereka,
diugut, ditawar habuan bagi menyokong MGMUM. Sekali imbas, HEP telah
melakukan ketidakadilan dan mengalakkan politik wang dalam pilihanraya
kampus. Informasi tentang GMUM terutamanya UMANY dan PMIUM
dinegatifkan. UMANY dianggap pertubuhan tidak berdaftar dan pelajar akan
dihukum jika menyertainya tetapi pada masa yang sama baju-baju yang
berlabel MGMUM sudah tersedia diagihkan kepada pelajar. PMIUM pula
dikatakan pro PAS, puak taksub dan antihiburan, telah banyak mengotori imej
15
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
16
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
2004, kegagalan PMIUM menjawab dengan baik dan maklumat tidak tersebar
secara meluas menyebabkan imej ini menyelimuti PMIUM. PMIUM yang
menganuti fahaman ala Ikhwanul Muslimin sentiasa mempunyai persamaan
dengan PAS, ABIM dan JIM, cuma suasana perjuangan sahaja yang berbeda.
Inilah risiko yang perlu dihadapi pendokong Islam ala Ikhwanul Muslimin.
d. Peranan Kerajaan
17
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Jika gerakan Islam seperti PAS, ABIM, JIM dan PUM berjaya diburukkan
dengan mudah apalagi GMUM yang kurang berupaya dari segi jentera dan
kewangan. Media massa akan memulakan kempen dengan melabel yang
mana pro pembangkang dan aspirasi universiti. Seterusnya melakukan
serangan bertubi-tubi memburuk juak yang pro pembangkang kononnya. Kita
perlu mendengar nasihat Tun Dr. Mahathir supaya rakyat Malaysia tidak
melupai ilmu sains sosial dan ilmu kemanusiaan terutamanya sejarah dikala
semua orang mengejar material yang diikonkan melalui ilmu sains gunaan.
Jika kita celik dan mengambil cakna tentang sejarah, kita dapat menyelinap
di sebalik lembaran akhbar betapa besar akhbar menpengaruhi fikiran rakyat.
Contoh, akhbar al Iman berjaya menyebarkan idea kaum muda. Kejatuhan
kerajaan pelajar Islam yang pertama di UM juga dicanang dengan kerjasama
antara HEP, juak nasionalis dan akhbar.
18
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Ada apa pada suara mahasiswa kini? Sama ada PMUM dikuasai
MGMUM atau GMUM, suara mahasiswa tetap tidak bermaya. Keadaan
kelesuan gerakan pelajar akan tetap sama. Cuma kemenangan yang dituntut
oleh GMUM adalah untuk memperteguhkan maruah mahasiswa yang
bertunjangkan kemahuan keadilan, kemanusiaan dan Islam. Jika GMUM
berharap kemenangan untuk memiliki kuasa pentadbiran, jawapannya adalah
tidak kerana tidak mudah HEP memberinya bahkan HEP akan
menentangnya. Begitulah juga jika MGMUM berkuasa, cuma MGMUM akan
memudahkan kuasa pentadbiran HEP sahaja.
KESIMPULAN
29.6.04
19
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Pada peringkat awal iaitu tahun 1955-1965, aktiviti PBM lebih kepada
aktiviti bahasa dan kebudayaan. Mereka lebih banyak mengadakan forum
dan aktiviti kebudayaan. Aktiviti PBM untuk menghidupkan kembali
kebudayaan Melayu dengan aktiviti bahasa, seni dan sastera. Kegiatan pada
tahap ini tertumpu di dalam kampus sahaja.
20
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
21
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
dalam perjuangan isu kampus dan nasional. Anasir PKPIM juga semakin
pudar warnanya dalam mempengaruhi PBM dan PKPIM-UM sendiri gagal
membekal benih-benih pimpinan yang berkualiti secara berterusan untuk
PBM. Kini, arah idealis PBM perlu diberikan nafas baru oleh pimpinan PBM
agar terus relevan di UM.
PBM dan BM bagai isi dengan kuku. Nama PBM pasti tersemat dalam
perjuangan mendaulatkan BM di bumi Malaysia ini. PBM telah mencela
kenyataan Tunku Abdul Rahman dan Khir Johari kerana mengatakan BI akan
dijadikan bahasa rasmi disamping BM. PBM memberi amaran ‘jika hendak
mengelak pertumpahan darah, soal BM sebagai bahasa kedua tidak harus
ditimbulkan.’
Pada tahun 1967, PBM mengadakan Simposium Penduduk Luar bandar bagi
mengkaji masalah masyarakat luar bandar. PBM pada masa ini dibawah
pimpinan Sanusi Osman10 yang berfahaman sosialis (ahli Kelab sosialis
Universiti Malaya). Hasil daripada simposium ini telah menyedarkan
mahasiswa tentang keadaan masyarakat luar bandar. Respon utama adalah
peristiwa Teluk Gong.
Jelas, PBM dulunya sebuah gerakan pelajar radikal telah berevolusi menjadi
gerakan pelajar ‘biasa’. Zaman telah meluruskan perubahan agar PBM
bersama-sama arus perdana. Perkataan lawan dan kritik gerakan pelajar
dianggap propembangkang dan menentang universiti. Inilah kedangkalan
pemikiran orang kita walaupun berderet-deret kepingan ijazah. Kini,
keunggulan PBM menjadi sejarah, sejarah bisu yang menjadi lagenda telah
melahirkan ramai lagenda..
22
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
23
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Ketiga, Free sex (bebas bebas). Pada saat ini, pengaulan bebas telah
diakhiri dengan hubungan seks tanpa ikatan yang sah. Para remaja mudah
tersasul antara cinta dan remaja. Kasih sayang melampaui tahap klimak telah
memudahkan pembuktian cinta melalui seks. Pengaruh filem dan drama
Barat seperti friends banyak mempengaruhi para remaja. Seks bebas
diterima sebagai budaya dan simbolik kepada pemodenan. Bahkan paling
menakutkan ada sesetengah remaja boleh menerima amalan seks luar tabii
sebagai satu amalan hidup yang sah.
24
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
25
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
dan masyarakat. Fenomena ekstrem ini berlaku dalam setiap organisasi dan
ia adalah wahana semula jadi bagi memperseimbangkan kuasa dalam
sesebuah organisasi. Dalam parti pemerintah pun terdapat golongan ekstrem,
masih ingat lagi siapa yang memanjat tembok Dewan Perniagaan Cina
Selangor atau siapa yang mendesak Tunku Abdul Rahman meletakkan
jawatannya melalui surat layang dan golongan yang membangkitkan peristiwa
13 Mei dalam setiap perhimpunan agung partinya.
26
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
27
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Ramai orang terutamanya HEP dan anak seluang pro UMNO bersetuju
agar PMI diharamkan. Haramkan PMI, penggugat kuasa kerajaan dan HEP.
PMI sepatutnya diharamkan kerana mereka antiperpaduan, golongan
pelampau agama, jumud, basi dengan fiqh tradisional dan berpandangan
sempit. Ini antara tuduhan mereka. Tapi wajarkah PMI diharamkan
sebagaimana ramai di antara politikus dan penyokong UMNO mengharapkan
PAS diharamkan melalui proses menyifarkan pengaruh PAS di Selangor
sebagai contoh. Bagi penulis pengharaman PAS atau PMI adalah tidak
wajar. Kita telah mematikan demokrasi dan hak kebebasan bersuara.
Kewujudan pembangkang sangat perlu bagi sesebuah negara demokrasi.
Oleh sebab itu, Astora Jabat mahukan PAS menjadi pembangkang yang kuat
bukannya lemah. Tanpa pembangkang, parti pemerintah akan menjadi
diktaktor, paling kurang mengalami perpecahan sesama sendiri.
Tanya diri, tanpa musuh dengan siapa kita nak bermusuh jika musuh
dihapuskan? Hidup kita ini umpama Yin dan Yan dalam kosmologi Korea.
Hitam-putih, jantan-betina, lubang hidung kanan-lubang hidung kiri. Kan
bertentangan. Bermusuh, bertentangan dan berbeza itu adalah fitrah alam
bahkan ia satu rahmat. Seronokkah hidup seorang lelaki tanpa seorang
perempuan? Musuh Islam adalah orang kafir. Lebih sempit musuh Islam
adalah yahudi. Secara tasawuf pula adalah nafsu dan secara hakiki adalah
syaitan. Bermusuh adalah keperluan dan kebiasaan dunia. Dalam bermusuh
kita perlukan adab dalam bermusuh. Contoh, walaupun orang Islam sangat
membenci Abu Jahal tetapi Nabi SAW melarang sahabat membangkit
kejahatan abu Jahal di hadapan Ikrimah ibnu Abu Jahal yang telah Islam.
Moralnya, jika bermusuh dengan ayahnya, jangan bersabit dengan ahli
keluarga yang lain. PMI dianggap bermusuhan dengan pendokong HEP.
28
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
29
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Dari segi politik kampus, satu saranan agar pihak IPTA dan IPTS seperti
KUKTEM, KUSTEM dan UiTM membenarkan penubuhan PMI di kampus
masing-masing bagi menyegar kembali suasana politik kampus. PMI
dapat memberi cabaran kepada pihak lawan agar bertindak lebih baik.
Kemenangan tanpa bertanding menghilangkan kehangatan pesta
demokrasi dalam pilhanraya kampus dan ia menyempitkan pemikiran
mahasiswa yang menganggap kewujudan pembangkang membawa
kehancuran kepada varsiti. Sebenarnya, PMI bukanlah pembangkang
secara mutlak, mereka ada alasan tersendiri kadangkala bertentangan
dengan HEP dan banyak juga yang bersamaan. Cuma politik punya pasal,
PMI dikembirikan [dikambing-hitamkan]. Macam persoalan teroris di
peringkat global, setiap keganasan akan dikaitkan kepada al Qaeda dan
Osama Ben Ladin. Semua pihak kecuali mereka ini baik belaka. Tidak adil,
bersikap prejudis. Jangan wujudkan suasana PMIfobia di kampus.
6.09.04
30
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Kepimpinan dan komuniti mahasiswa merupakan satu ikatan yang tidak dapat
dirungkai. Dalam sejarah mahasiswa sendiri, kemunculan pemimpin
mahasiswa tertentu begitu kuat mencorak perjuangan para mahasiswa di
kampus. Menurut Mohamad Abu Bakar dalam artikelnya Kepimpinan dan
Komuniti Mahasiswa, pemimpin adalah individu yang berprinsip, berinisiatif
dan berfikiran tentang keperluan hidup berorganisasi sama ada dalam
keadaan mencabar atau tidak mencabar. Sebenarnya, kekuatan gerakan
mahasiswa bergantung kepada kekuatan pimpinan yang berkarisma dalam
mengembleng tenaga-idea mahasiswa untuk memperjuangkan sesuatu isu.
Perjuangan seseorang pemimpin dilatari dengan pengalaman dan pendidikan
yang diperolehi oleh pemimpin tersebut. Universiti sendiri adalah gudang
untuk melahirkan pemimpin-pemimpin pada masa depan. Di universiti, bakat
dan potensi diri diasuh agar diri mahasiswa tersebut lebih berprestatif dalam
kepimpinan organisasi.
31
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Dalam konteks masyarakat kampus pada hari, isu politik menjadi dominan
padahal isu politik ada pasang surutnya bergantung pada sesuatu isu. Kita
harus sedar, budaya intelektual lebih kekal dan serasi dengan suasana di
kampus yang dianggap lembah keilmuan bahkan budaya intelektual boleh
mempengaruhi suasana politik kampus dan nasional. Para pimpinan
mahasiswa seharusnya mengambil peluang membangun dan memupuk
sebuah aliran pemikiran atau School of Thought yang tersendiri. Menurut
Mohamad Abu Bakar, para pemimpin mahasiswa boleh menjalankan aktiviti
keilmuan yang membabitkan sebahagian mahasiswa dalam rancangan
berfikir, berdiskusi, berdialog dan berseminar secara berkumpulan, kemudian
mereka membentang dan menyebarkan fahaman mereka.
32
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
33
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
34
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
35
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Pengukuhan Organisasi
36
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Perkara yang paling besar dan tidak dapat dimiliki oleh semua
pemimpin mahasiswa Islam adalah hidayah Allah SWT. Tanpa hidayah
perjuangan Islam yang berkokok dimulut tapi gersang dihati. Natijahnya,
perjuangan mahasiswa Islam hanya manis di kampus sahaja, selepas alam
kampus ada pimpinan mahasiswa Islam terjerumus dalam perangkap
materialistik para pendukung sekular-nasionalis. Para pimpinan mahasiswa
Islam perlu ingat, pengabungan ini adalah pengabungan untuk masa depan.
Menurut Fathi Yakan, pengabungan ini tidak harus terhenti dalam suasana
tertentu sahaja. Jangan jadikan keluarga, umur tua dan kerja sebagai alasan
untuk menarik diri daripada pengabungan yang disuluhi hidayah Ilahi ini.
37
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Menurut Datuk Dr. Nik Safiah Karim, karyawan ilmiah adalah pekerja
berilmu, berfikir, melakukan keputusan berteraskan ilmu pengetahuan dan
menyerlahkan ciri-ciri kepimpinan. Mahasiswa sebagai karyawan ilmiah muda
perlu berani tampil mendepani permasalahan sosial, politik dan ekonomi.
Penghujahan karyawan ilmiah muda perlu berdasarkan kemapanan antara
analisa, fakta dan cadangan membina. Kemapanan ini perlu bagi melahirkan
hasil karya yang tidak dicemari unsur-unsur prasangka, dendam dan tuduhan
melulu.
38
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
39
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
40
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
41
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
menangani isu politik dengan baik perlulah dipuji dan dikagumi. Kita harus
membezakan antara isu politik dengan politik kepartaian. Perbedaan ini
diharap menjadi indeks bagi karyawan ilmiah muda dalam menyelusuri isu-isu
politik semasa.
42
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
kita sekalian ini tidak berguna di dalam kehidupan perhimpunan kaum dan
bangsa dan watan lain daripada kegunaan kuda tunggang atau tukang
masaknya dan tukang basuh kain bajunya’. Syed Syeikh al Hadi
mengambarkan bahawa selama ini wanita hanya alat yang tidak menyedari
tentang hak-haknya sebagai wanita.
43
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
44
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Pada alaf baru ini, suka atau tidak akan menuntut mahasiswi Islam
agar lebih bermakna dalam kepimpinan gerakan pelajar. Oleh sebab itu
pentafsiran syariat secara klasikal mengenai peranan dan kedudukan tentang
wanita yang tidak setepatnya dengan kehendak wahyu perlu diberikan
pemaknaan kembali yang lebih realistik dengan aspirasi Islam. Mahasiswi
Islam juga perlu memahami fiqh wanita yang berubah dan prinsip syariat yang
kekal. Dengan pemahaman ini, diharapkan pemikiran mahasiswi Islam dapat
dijernihkan daripada taboo tradisi yang menghalangi kecergasan mereka di
dalam gerak kerja gerakan pelajar dengan tafsir amali yang baru dan tepat
dengan kehendak wahyu Ilahi.
45
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
tokoh seperti Dr. Hasan Turabi, Rachid al Ghannouchi, Malek Bennabi dan
Abul Hasan Ali an Nadwi.
12
Contoh, mahasiswa ‘diganyang’ habis-habisan apabila mengadakan demonstrasi anti konsert dan anti Israel,
sedangkan menghalalkan konsert yang berunsur maksiat dan mengadakan hubungan dengan negara haram, Israel
adalah perkara mungkar. Disinilah berlaku pencanggahan antara hak dengan bathil. Begitu juga kes Mufi vs
Konsert Sure Heboh. Derita jika mengamal Islam yang syumul dan murni.
46
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
47
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
13
Mahasiswa sendiri tidak menghiraukan hak mereka sebagai mahasiswa. Mereka lalai dengan budaya ‘waham’
cinta dunia dan takut mati dengan hidup berfoya-foya tanpa menghiraukan agama dan nilai kemanusiaan. Ilmu
dijadikan alat untuk mencari kekayaan bukannya peyuluh nilai kemanusiaan yg benar.
48
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
14
Beliau adalah Presiden KSITM dan pimpinan PKPIM.
15
Beliau bercadang menyediakan dana untuk proses guaman Kes Purdah dimana Ahmad Lufti, Setiausaha Agung
PMUTM telah ditahan polis dan dibicarakan di mahkamah.
16
Majoriti mahasiswa mengimani amalan sukakan hiburan dan bosan dengan politik tetapi selagi habuan dunia
dan basuhan minda tidak dipertegaskan, HEP akan gagal menguasai politik kampus. Kesempatan ini digunakan
sepenuhnya oleh Gerakan mahasiswa Islam menyatukan mahasiswa menentang fenomena jahiliah moden dan
mendokong nilai murni kemanusiaan pelbagai kaum.
49
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
50
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
51
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
mencabar minda semakin luput dan pasti dirindui oleh pensyarah yang hidup
semasa zaman mahasiswa malaya. Pada zaman mahasiswa malaya,
perdebatan hangat dibicarakan oleh pihak bertentangan seperti wakil
kerajaan, oposisi, mahasiswa dan NGO. Suasana tegang digunakan
dijernihkan sikap saling hormati-menghormati dan penuh keterbukaan.
Semua boleh memberi hujah secara malaya tanpa dihitam-putihkan oleh
HEP.
Mahasiswa kini diasyikkan dengan hiburan dan aktiviti kebudayaan.
Pelik tapi benar. Aktiviti wacana ilmu dan usrah dihalang, dilambat-lambatkan
tetapi aktiviti bercorak maksiat dihidup-suburkan. Mahasiswa digalakkan dan
dilalikan dengan maksiat dengan menghakis akhlak Islamiyyah. Maka lahirlah
mahasiswa yang bijak tetapi berakhlak kotor dan jijik. Lihat fenomena Norita
dan Wan Nor Azlin yang menjadi wirid istimewa bagi golongan kelas
menengah dan berfikiran metropolitan. Mereka cukup seronok menghayati
gaya hidup seumpama rancangan friends dan sex ins the city bukannya gaya
hidup Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan alim ulama. Menurut Syed
Naquib al Attas dalam Risalah Untuk Kaum Muslimin, keruntuhan adab
disebabkan daripada keruntuhan proses keilmuan. Ilmu yang ada, hanya
sekadar maklumat tanpa amal dan penghayatan. Inilah fenomena yang
terjadi apabila elmu19 jahat dan jahil agama menguasai dunia.
19
Sebenarnya perkataan ilmu tidak sesuai dinisbah dengan ilmu jahat. Oleh sebab itu, penulis menggunakan
perkataan elmu[istilah sosio-Melayu] bagi menisbahkan perkataan ilmu
20
Beliau aktif dalam teater. Pemikiran beliau di akhbar Berita Minggu mengambarkan bibit-bibit idea yang sosialis
52
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
53
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
KESIMPULAN.
Bukanlah niat untuk menafikan peranan dan kebolehan mahasiswa masa kini
tetapi nuqilan ini cuba membandingkan suasana malayakah mahasiswa di
zaman sebelum AUKU dan zaman pasca 2000 yang cukup layu ini. Satu
usaha secara bersama untuk memacukan kembali sinergi mahasiswa agar
kemelaratan tenaga-idea mahasiswa dapat dibendung. Satu langkah perlu
diusahakan untuk melangkaui saujana ke arah ketamadunan Quranik menjadi
nombor satu di antara nombor satu dan terbaik di antara terbaik dengan
adanya mahasiswa malaya yang reformis, demokratis dan Islami.
Mahasiswa...
Carilah arah...
Arah kebenaran yang menyinari alam
54
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
“sila bertindak dan berbuat seperti yang pernah saya buat ketika menjadi
mahasiswa. Tapi bersedialah seperti saya dulu untuk masuk penjara”
Anwar Ibrahim
Dunia mahasiswa adalah dunia yang penuh disaluti dengan sifat romantis dan
konflik. Disebalik tugas mahasiswa menelaah pelajaran, aktiviti luar kampus
mahasiswa akan membuktikan tahap kematangan dan kedewasaan
mahasiswa dalam wacana intelektual, nasib dan isu kemasyarakatan, politik,
kesenian, kebudayaan, keagamaan, bermuamalat dan berekonomi. Atau pun
mahasiswa lebih selesa dengan dunia remaja yang khayali pro negatif
sementara menunggu dunia kiamat. Mahasiswa progresif(MP) adalah
mahasiswa yang aktif, penggerak dan peneraju panji-panji tenaga-idea aktiviti
kampus, dan prihatin terhadap persekitaran masyarakat dalam aspek politik,
ekonomi dan sosial sama ada peringkat nasional atau internasional. Ujaran
daripada Dato Seri[dulunya saudara] Anwar Ibrahim yang dianggap idola
gerakan pelajar di atas memberi satu gambaran betapa besar risikonya
menjadi mahasiswa progresif yang ‘radikal’ dalam politik. Risiko inilah yang
diambil oleh MP dan sukar untuk diterima oleh mahasiswa pasif.
55
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Aktiviti Mahasiswa Progresif (MP) lebih terserlah dalam bidang politik nasional
atau kampus berbanding aktiviti perekonomian atau sosial mereka.
Pembicaraan mahasiswa dan politik sengaja diperbesarkan sehingga
menenggelami isu lain kerana isu politik ini melibatkan pemilik kuasa yang
bimbang dicabar atau digugat oleh anak seluang yang baru belajar berenang
di kancah politik. Pemilik kuasa iaitu kerajaan dan penguasa varsiti sangat
membimbangi pengaruh anak seluang ini mempengaruhi atau
membangkitkan kesedaran rakyat dan mahasiswa atas pengalaman pemilik
kuasa pada tahun 1970an dan rakan-rakan pemilik kuasa di luar negara yang
tumbang dek kelantangan suara mahasiswa progresif seperti yang berlaku di
Indonesia. Tradisi mencabar ini dibimbangi akan menjejaskan periuk nasi
politik dan ditakuti juga mengempiskan kebuncitan ekonomi kaum pemodal.
Rendra....
56
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
57
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sekarang telah ditahan
polis.
Sementara itu, Kelab Sosialis Universiti Malaya dan PMUM juga aktif
memperjuangkan isu rakyat marhaen dan antarabangsa. Tokoh sosialis yang
bersuara lantang dan tidak peka agama adalah Hishamuddin Rais dan
Kamarazaman Yaacob. Hishamuddin Rais yang berjiwa romantis dan
tergesa-gesa ini telah berjuang bersama rakyat di Tasik Utara. Kesepaduan
pelajar nasionalis-Islamis dengan pelajar Sosialis terjelma apabila mahasiswa
bersatu dalam isu kemiskinan rakyat Baling. Demontrasi raksasa ini dipimpin
oleh Anwar Ibrahim selaku Presiden Majlis Belia Malaysia menyebabkan
AUKU telah dipertegaskan oleh ‘kekasih’ Anwar, Dr. Mahathir di Dewan
Rakyat. AUKU 1975 yang dipertegaskan ini dikatakan punca kemandulan
gerakan pelajar pada masa kini. Pada masa ini juga munculnya Ibrahim Ali
(wakil PKPIM dan YDP Kesatuan Siswa ITM [KSITM]) yang turut membantu
Anwar memanaskan suasana demonstrasi.
58
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Cahaya Islamis terus mantap apabila pelajar Islam tulen di bawah pengaruh
PAS mula mendapat tempat di kampus-kampus terutamanya di Universiti
Malaya, UPM dan UKM. Idealis PAS mula digerakkan sejak Anwar Ibrahim
memasuki UMNO dibawah kelolaan Tuan Guru Abdul Hadi Awang [beliau
merupakan pemidato hebat sama macam Anwar tetapi Anwar lebih popular
kerana memdampingi pelajar dan masyarakat sejak akhir 1960an lagi dan
Anwar menpunyai jaringan pengaruh yang luwes di arena nasional dan
internasional]. Ustaz Zulkifli Yusof buat pertama kali membentuk sebuah
forum yang dinamakan Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) pada
tahun 1986 untuk mengumpul wakil MPP setiap kampus yang terasnya
Islamik. Tokoh BBMN yang utama adalah Zulkifli Yusof daripada PMUM (kini
pensyarah di APIUM). Saifuddin Nasution daripada PMUPM (naib presiden
Parti Keadilan Nasional) dan Idris Ahmad (Timbalan Ketua Pemuda PAS).
Perjuangan pelajar Islam tulen sampai kepada klimak apabila ramai
pemimpin PMIUM ditahan termasuk dikenakan tahanan ISA pada demontrasi
antikonsert Sheila Majid pada tahun 1989.
Era 1990an, bagaikan tiada penentuan kuasa yang tetap dalam politik
kampus. Golongan Islamis dan nasionalis bersaing hebat dan saling jatuh
menjatuhkan. Sejak kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO, sebahagian
besar pelajar nasionalis Islamis turut terjun ke dalam dunia nasionalisme
yang dirasionalisasi oleh Anwar Ibrahim dan kroni inteklektualnya seperti
Ustaz Siddiq Fadil. Walaupun perjuangan pelajar Islam kelihatan sepi,
terdapat juga isu panas yang diperjuangkan oleh mereka seperti pengambilan
tanah di Pulau Kundor, Melaka.
59
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
pelajar lebih selesa dengan kegiatan Islam bersama hadhari iaitu berdiskusi
dengan tajuk yang menyejukkan HEP, aktiviti bertamadun yang sama dengan
aktiviti persatuan pelajar yang lain [karnival, riadah dan kauseling pelajar,
main masak-masak di ESKUM, contoh]. Manakala pelajar nasionalis pula
sudah luntur nasionalisnya. Mereka juga ingin memeriahkan Islam bersama
hadhari dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian. Mereka bukan lagi pelajar
nasionalis tulen tetapi pelajar geli (baca; lemah) gemalai dengan seni dan
kebudayaan.
Pada masa kini, mahasiswa didakwa lembik, ‘mati pucuk’, lesu, pasif dan
pelbagai lagi tohmahan yang dilontarkan terhadap mahasiswa. Kita tidak
menafikan gejala ini turut membiak dan merebak di kalangan mahasiswa
tetapi kita perlulah lebih adil dalam menilai perjuangan pelajar generasi kini
dan masa depan berasaskan konteks semasa. Isu kemiskinan orang Melayu,
Bahasa Melayu dan pendidikan sebagai contoh telah dicakna [tapi tidak
sepenuhnya] oleh kerajaan menyebabkan mahasiswa progresif kekurangan
isu untuk ditangani (secara relatifnya, banyak lagi isu yang boleh dihangat
selain isu politik. Contoh, isu kemiskinan masyarakat pinggir bandar).
Keterlibatan secara aktif dan berlebihan mahasiswa progresif di dalam
ranjang politik menyebabkan pihak kerajaan, universiti dan media massa
melabel mereka sebagai pro pembangkang. Justeru, satu proses
pencambahan minda perlu diadakan untuk menilai dan berdiskusi tentang
hala tuju mahasiswa progresif pada masa depan. Mahasiswa Progresif
haruslah menyediakan satu pelan induk alternatif agar perjuangan mahasiswa
progresif masih lagi relevan dan konsisten dalam menghadapi kedinamikan
zaman. Oleh itu beberapa aspek perlu dibahaskan adalah;
60
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Mahasiswa dengan ilmu tidak boleh dipisahkan kerana ilmulah tujuan asasi
mahasiswa berada di universiti. Iman Ghazali dalam Bidayatul Hidayah
menyifatkan tujuan mencari ilmu adalah mencari keredhaan Allah dan
mencari hidayah. Ilmu yang dicari adalah ilmu yang bermanfaat dengan
suluhan Al Quran dan Hadis yang akan mencetuskan ketakutan dan
pengabdian diri kepada Allah. Orang yang berilmu juga adalah orang yang
faham, taat kepada Allah dan beramal dengan ilmu yang di pelajari [Tuan
Guru Abdul Hadi Awang]. Oleh sebab itu, sistem ilmu perlu diterbitkan
daripada kegiatan akliah yang memerlukan imaginasi untuk menyusun
maklumat dalam satu kerangka yang bermakna dan difahami [Anwar
Ibrahim]. Sebagai mahasiswa yang berada di lembah keilmuan, peluang
mencungkil ilmu di kampus tidak harus dilepaskan. Ilmu bukan sahaja untuk
digunakan dalam pekerjaan tetapi dipraktikal dalam kehidupan sehari-harian.
Ilmu yang didapati harus menjernihkan minda dengan suluhan dan bimbingan
wahyu. Selaku mahasiswa yang berilmu, janganlah mahasiswa mencontohi
perangai profesor kangkung yang begitu ramai di kampus dengan sifat
mereka yang giat membodek untuk mendapat jawatan pentadbiran [akhirnya
mereka berjaya mendapat jawatan TNC dan NC]. Profesor kangkung ini
diakui bijak ini sanggup menjual kejujuran intelektual demi kebuncitan perut
mereka [walapun mereka sudah boroi]. Mereka sombong dan riak dengan
ilmu yang mereka ada, mereka inilah seperti yang dilukiskan oleh Allah
sebagai orang berilmu tetapi tidak beramal dengan suluhan wahyu kerana
tiada hidayah dan bongkak demi secangkir habuan dunia. Mahasiswa
progresif seharusnya berani dengan hujahan ilmu bagi menentang kebathilan
dan korupsi. Pembelajaran setiap ilmu hendaklah disuntik dengan roh Islam
walaupun ilmu itu adalah fizik, kejuteraan, ekonomi atau sejarah. Serapkan
ilmu-ilmu ini dengan suluhan roh Islam dan praktikalkan dalam kehidupan.
Barulah mahasiswa progresif dalam merealisasikan apa yang diingini oleh
Malek Bennabi, quwwat al ruh wa al-‘aql [kekuatan jiwa dan minda] terjelma
kembali di dalam masyarakat kini. Mahasiswa progresif seperti ini akan
mempunyai minda qur’ani-rabbani, mereka adalah generasi rabbaniyyin yang
terbina tradisi pengajaran dan pemelajaran al kitab [Siddiq Fadil].
61
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
lebih sistematis dan berkesan bagi mengatasi masalah dan penyakit sosial
[Mohamad Abu Bakar]. Masalah-masalah seperti pengangguran, keciciran,
penyalahgunaan dadah, pelacuran dan seumpamanya lebih didominasi oleh
golongan non muslim. Alangkah indah jika mahasiswa progresif terutamanya
yang berjiwa Islamis mengambil cakna tentang problem masyarakat ini.
Mahasiswa Progresif perlu terjun ke dalam masyarakat tanpa memilih isu-isu
popular sahaja. Mahasiswa progresif lebih selesa bermanjaan dengan isu
seperti keadilan pilihan raya, isu Anwar Ibrahim, kebebasan media dan AUKU
daripada isu-isu terpinggir seperti tekanan jiwa orang tua dan anak yatim,
nasib orang Asli yang masih membuang air besar di sebalik pohon lalang dan
kemiskinan rakyat di Sik. Ya, memang benar isu nasional mesti diutamakan
tetapi isu-isu rakyat marhaen janganlah dikesampingkan. Mungkin agak sukar
untuk kita mengatasi permasalahan rakyat marhaen kerana ketiadaan jentera
organisai yang benar-benar mantap dan kekurangan dana kewangan tetapi
mereka akan berasa puas hati setelah melihat kedatangan anak-anak muda
yang bergelar mahasiswa cuba memahami suara hati nurani mereka dan
mengambil berat tentang nasib mereka.
Mahasiswa perlu menjadi insan atau manusia yang memahami sifat dan
kehendak fitrah manusia itu sendiri. Walaupun dunia sekarang mengejar
kepentingan material melalui peluang pekerjaan, pembangunan, duit, sains
dan bidang teknologi, jiwa insani mereka pada suatu masa nanti akan
merasai begitu gersang sehingga berlakunya tekanan psikologi. Akibatnya
mereka, pemuja material akan kembali kepada fitrah manusia itu sendiri iaitu
agama dan elemen humanisme seperti seni dan budaya. Oleh sebab itu
amalan spiritual mula mendapat tempat kembali di kalangan masyarakat
Barat yang telah tepu dan mencapai tahap klimak dalam pembangunan
material. Mahasiswa progresif seharusnya menjadi manusia nahdah dengan
akal bukannya dengan jasad. Manusia nahdah mempunyai kefahaman
terhadap seni berhujah dan falsafah, sastera dan muzik. Mereka juga bersifat
mutafannin atau renaissane man [manusia pelbagai bidang] yang menjiwai
ilmu kemanusiaan dan studi humanitatis [Anwar Ibrahim]. Bagi pelajar aliran
Islam, bidang kebudayaan perlu didampingi dan perlu memahami asas
pemikiran atau falsafah dan amalan harian setiap aktiviti kebudayaan
berasaskan kemanusiaan serta mampu pula mengemukakan perspektif Islam
dengan cara yang sebaik-baiknya [M. Salleh Yaapar]. Oleh sebab itu, dalam
permasalahan cabang [selagi tidak menyalahi prinsip Islam], mahasiswa
progresif terutamanya pelajar Islamis perlu menyediakan alternatif bukan
menentang secara semberono aktiviti kebudayaan. Bacaan puisi dan teater
boleh dijadikan medium utama untuk berdakwah. Dan bolehlah kita melihat
mahasiswa progresif aliran Islamis akan bertempur dengan golongan
nasionalis atau sosialis bukannya dalam pilihan raya kampus tetapi di atas
ranjang aktiviti kebudayaan.
Rumusan.
62
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
2.7.04
Di Alam Kampus, pelajar dakwah dipelopori oleh PMI, KARISMA dan PKPIM
yang berjuang menegakkan Islam melalui pendekatan yang berbeda. Pelajar
dakwah cukup lantang bersuara semasa di kampus bagi menghapuskan
maksiat dan mewujudkan suasana agama di kampus. Perjuangan mereka
perlu dihargai dan dicontohi oleh para mahasiswa lain tanpa prejudis.
Kewujudan pelajar dakwah di kampus sangat perlu bagi menangkis penularan
fenomena ‘waham’ di kampus.
Pelajar dakwah selalu dikaitkan dengan PAS. Betul tetapi bukan semua
pendokong PMI pro-PAS. Ramai pimpinan PMI berasal dari Johor yang
terkenal totok UMNO. Selepas berakhir pengajian, ada sesetengah pimpinan
pelajar dakwah memasuki PAS dan ada juga yang memasuki UMNO.
Sebenarnya, pelajar dakwah tidak harus menjadikan politik kepartaian
sebagai matlamat utama sedangkan banyak lagi badan-badan lain yang
boleh disertai. Politik kepartaian bukan segala-galanya. Kita ada ABIM, JIM,
PUM, PERKIM, ASASI, GAPIM, Darul Fitrah atau al Hidayah yang lebih
tertumpu kepada kegiatan kemasyarakatan, pendidikan dan keilmuan. Kita
boleh berdakwah, menegak Islam tanpa segala-galanya berpolitik tetapi boleh
dengan Islamisasi dalam setiap komponen kehidupan masyarakat. Penulis
bukan menolak politik Islam tetapi kita tidak harus menyempitkan pada skop
politik sahaja. Penulis secara tegas adalah penyokong penghapusan budaya
politik suku, agama suku. Islam agama yang syumul.
63
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Ada juga pelajar dakwah yang lebih suka menyepikan diri daripada masalah
masyarakat. Berpuas hati dengan pangkat dan keluarga bahagia. Makan dan
berak!!... Hampeh!! Semangat perjuangan yang hilang, mana dia kata-kata
lantang di zaman mahasiswa. Sepatutnya legasi pelajar dakwah perlu
menghidupkan suasana agama dimana sahaja mereka berada melalui
pelbagai medium dan komponen kehidupan masyarakat. Jangan jadikan
perjuangan di kampus hanya untuk mencari glamour, pengikut atau kekasih
sahaja. Buktikan kepada masyarakat, bahawa pelajar dakwah adalah waris
perjuangan Islam, dulu, kini dan selamanya sama ada di kampus atau luar
kampus.
Masa akan datang, kita boleh melihat komitmen dan betapa istiqamahnya
pelajar dakwah dengan pegangan dan tarbiyah yang mereka terima semasa
di kampus.... dunia akan melihat sejauh mana para ustaz pelajar dakwah
kekal bersama idealisme Islam. Kita cuba melihat sejauh manakah ketahanan
para Ustaz badan pelajar amal Islami seperti Khairul Anuar Mat Zuki (dalam
gerakan Islam), Tuan Kamarul Arif(speaker PMUM), Hishomuddin, Ramadan
Fitri, Abdullah Karim (dalam gerakan Islam), Mukhtar Suhaili, Mohd Fuad
Mohd Ikhwan, Amin Idris, Ahmad Fadly dan lain-lain untuk kekal bersama
pendokong amal Islami selepas alam kampus. Adakah mereka meneruskan
tradisi ‘katak’ lompat-melompat sehingga memungkiri idealis seperti Ruslan
Kassim (pimpinan PMIUM), Ibrahim Ali (pimpinan PKPIM) atau lagenda
gerakan pelajar, Anwar Ibrahim ataupun berkeputusan untuk terus bersama
idealisme Islam seperti Redzuan Othman [dalam ABIM], Ustaz Idris Ahmad
dan Misbahul Munir.
Oopps!! Pelajar dakwah.... pilihlah jalan sama ada hendak berenang dalam
tong tahi yang kohong busuknya atau meneruskan tradisi kesyumulan Islam
bersama badan Islami seperti PUM, PAS, ABIM, JIM dan lain-lain.
Kalau tokoh sosialis yang tegar pun layu dengan penangan UMNO. Lihat Adi
Satria kaku bersama Utusan, Kamarazaman Yaakob bersama UMNO Pahang
dan ramai lagi setia dan bersatu bersama UMNO. Yang kekal setia bersama
idealis Sosialisme adalah Hishamuddin Rais [jalur bebas], Hasan Karim, Siti
Nor Hamid Tuah dan lain-lain bersama PRM. Perkara ini membuktikan
fenomena lompat bukanlah disebabkan idealisme tetapi nilai material dan
keadaan selesa yang diingini.
64
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Wahai pelajar dakwah, jangan bersemangat pepsi cola sahaja [pinjam ayat
TG Haji Hadi]. Hanya berbuih sekejap di kampus dan hilang selepas alam
kampus. Terus perjuangan anda buat selamanya.
tokawang_sufi@yahoo
26 Sept. 04
Assalamulaikum
Ada beberapa cadangan yang ingin hamba yang hina ini ingin kemukakan.
Daripada hamba yang faqir ilmu dan semoga pimpinan PMIUM [secara
khususnya dan untuk semua gerakan pelajar Islam di Malaysia] mengambil
berat tentang cadangan ini. Dan alangkah baik jika ia dibincang dalam MT
atau dijadikan usul dalam muktamar sanawi. Inilah cadangan yang dangkal
yang hamba ingin kemukakan:
PMIUM akan menjual buku bertajuk ‘20 soalan paling lazim tentang
Islam’(20 SPLTI) oleh zakir abdul karim naik terbitan saba islamic media
dalam versi melayu, inggeris dan cina. Buku ini berharga RM 4. dengan
penerangan untuk berdakwah, PMIUM boleh mengutip derma RM 10
daripada pelajar Islam dan menghadiahkan sebuah buku 20 SPLTI kepada
pelajar Islam. Baki RM 6 adalah untuk membeli buku 20 SPLTI untuk
diberikan kepada pelajar non muslim. Jika pelajar non muslim sanggup
membayar, jumlah bayaran yang dibuat modal pusingan untuk membeli buku
20 SPLTI yang lain. Sebagai selingan, kata-kata semangat daripada presiden
PMIUM boleh diletakkan di kulit belakang. Perkara ini boleh menjadikan
PMIUM sebagai badan pelajar yang hidup di hati pelajar muslim dan non
muslim.
65
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
2. hidupkan alumni
kita ada GAMIS, sebagai forum nasional bagi PMI. Sebenarnya, saya
berharap GAMIS ini dijadikan badan berdaftar untuk menyatukan fikrah dan
meneruskan secara istiqamah gagasan pelajar Islam secara non politik di
dalam masyarakat. Namakan Gabungan Alumni Mahasiswa Islam
SeMalaysia [GAMIS] yang bersifat kemasyarakatan dan agama di peringkat
nasional. Dan GAMIS boleh bergabung dengan PMRAM di Mesir, Persatuan
Pelajar syariah, Persatuan pelajar Bekas Penuntut Timur Tengah dan lain2.
GAMIS perlu mempunyai sayap pemuda, muslimat, mahasiswa yang masih
pelajar dan majlis syura ulama, majlis eksekutif yang seimbang antara
profesional dengan agamawan. Di Indonesia, KAMMI (gerakan pelajar Islam)
telah meneruskan perjuangan mereka di dalam Parti Keadilan Sejahtera,
disini biarlah kita wujud pertubuhan non politik sebagai alternatif kepada ahli
PMI yang bekerja dalam kerajaan (terutamanya) untuk aktif dalam gerakan
Islam. Kita ada ABIM-PKPIM, JIM tetapi tidak sesuai dengan jiwa dan
pendekatan kita, kita ada PUM tetapi ada ahli PMI bukan beraliran agama.
Saya tahu, pimpinan PMI mempunyai hubungan erat dengan pimpinan lepas
terutamanya sejak zaman Zaharuddin Abdul Rahman. Adalah elok jika
hubungan ini diterjemah ke alam pertubuhan. Mungkin cadangan in terlalu
khayali tetapi ia boleh berjaya dengan pengumpulan usaha ahli PMI
(termasuk kampus lain) yang bertebaran di seluruh negara.
ahli PMIUM tidak boleh mengharapkan kerja dengan kerajaan. Jika kelab
usahawan dapat digerakkan maka wujudlah benih benih usahawan kampus.
Antara aktiviti kelab usahawan adalah
a. mengadakan lawatan
lawatan boleh diadakan di kilang dan syarikat besar. Selain kelab usahawan
boleh mengadakan kunjungan ke kementerian usahawan atau Unit
Perancangan Ekonomi Negeri atau negara (UPEN) di jabatan Perdana
menteri dan pejabat menteri besar. Lawatan ini mendapat ilmu tentang
peluang niaga dan ilmu pengurusan perniagaan.
b. bina jaringan
66
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
d. bergerak sekarang
Mamat.com
tokawang_sufi@yahoo.com
05.07.04
67
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
PENDAHULUAN
Gerakan pelajar merupakan salah satu gerakan yang penting dalam suasana
demokrasi. Peranan gerakan pelajar sama dengan gerakan yang lain seperti
Mohamad Ridhwan Bin Alias adalah mantan EXCO PBMUM, AJK PSUM dan ahli pasif PMIUM.
68
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
21
Contoh, Kesatuan Mahasiswa Muslimin Indonesia (KAMMI) yang kini mendokongi Partai Keadilan
Sejahtera pimpinan Hidayat Nur Wahid.
69
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Imej PMIUM sebagai gerakan pelajar yang dominan dalam politik kampus
terserlah pada awal tahun 1980an setelah PMIUM disisih oleh PMUM yang
didominasi oleh golongan nasionalis. Fenomena ini menyebabkan PMIUM
membulatkan nekad untuk merampas kekuasaan politik kampus dengan
menyertai pilihan raya kampus. Di bawah pengaruh ABIM-PKPIM, PMIUM
telah meletakkan calonnya bagi menghadapi golongan nasionalis pada tahun
1977. Walau bagaimanapun, PMIUM gagal dalam tampuk pemerintahan
kampus kerana hanya dua calonnya yang menang iaitu Naharuddin Abdullah
dan Sidek Baba.22
70
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Pada tahun 1998, gerakan pelajar Islam telah bertaut kembali setelah
Anwar Ibrahim diganyang daripada UMNO. PMIUM bersama PKPIM,
KARISMA dan UMANY(cina) dan PBTUM(pada masa itu orang India bersama
PMIUM) telah membentuk Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya(GMUM)
telah bertempur dengan mahasiswa pro HEP iaitu Majlis Gerakan Mahasiswa
Universiti Malaya(MGMUM) hasil serpihan BMB. Sehingga kini, GMUM
berjaya menguasai tampuk kekuasaan politik kampus Universiti Malaya.
26
Takiyuddin sendiri memihak kepada golongan Revolusi Islam yang beridealiskan kepimpinan ulama.
Golongan pro Abim-PKPIM hanya mendapat 35 undi. Kospirasi menjatuhkan golongan pro ABIM-
PKPIM dipimpin oleh Mohamad Husein, Takiyuddin Hasan, Syed Putra Syed Ahmad, Azmi Ali, Fuad
Zarkhasi (kini orang kuat UMNO Johor) dan Mohd Taib Ahmad. Mereka bersetuju menamakan Mohd
Taib Ahmad (Pimpinan PMAIUM) sebagai Timbalan Presiden PMIUM.
27
Selain itu, pada tahun 1989 juga PMIUM telah mengadakan hubungan sulit dengan Gerakan Acheh
Merdeka (GAM)-sumber mantan siswi PMIUM, sekarang bertugas sebagai guru di Pahang.
28
NADI bukan singkatan daripada Nadwah Islamiah tetapi denyutan ‘nadi’ gerakan pelajar Islam.
Nama ini dicadangkan oleh seorang muslimat.
71
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
29
Fuad ditangkap ekoran isu Majalah Varsiti palsu dan pembakaran Dewan Tunku Canselor di bawah
tahanan ISA.
72
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
‘to be is to act’
1. Pembudayaan Ilmu
73
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Tarbiyah dan latihan adalah suatu kaedah yang dilaksanakan bagi membina
hati-nurani, akal-budi dan keunggulan akhlak Islamiyyah yang komited dan
tabyin(memberi kefahaman jelas) dalam menghayati kebenaran ajaran Islam.
Antara aktiviti tarbiyah yang penting adalah usrah. Usrah perlulah dijana
semula bagi menguatkan usaha tarbiyah PMIUM. Usrah boleh dipecahkan
dibahagi 3 iaitu usrah umum (Raudhah), usrah kolej (quranic group) dan
usrah pimpinan. Usrah umum boleh dilakukan di Masjid Ar Rahman atau
jalinkan kerjasama dengan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
setelah usrah umum kerap kali dicabul oleh pihak HEP. Begitulah juga usrah
di kolej, lakukan perubahan daripada pendekatan, silibus dan tempat. Silibus
wajar difokuskan kepada Rukun Bai’ah Ikhwanul Muslimin30. Naqib atau
Naqibah perlu meningkatkan usaha dakwah bilik ke bilik. Selain itu, naqib dan
naqibah perlu dilatih atau ditamrinkan semasa cuti semester. Kumpul mereka
di masjid tertentu atau berkerjasama dengan sekolah pondok. Disinilah
peningkatan rohani dibentuk[solat tahajud, Solat dhuha, puasa sunat], usul
dakwah dibincang dan dipraktikalkan dan penyatuan fikrah dicernakan.
Tamrin ini dilakukan selama 30 atau 40 hari kerana generasi PMIUM semasa
silam[1970an] mengambil masa yang lama untuk dilatih dibawah Rancangan
Latihan Kepimpinan PMIUM.31
74
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
32
Usaha memujuk dan merayu dengan memberikan galakan untuk melapangkan masa untuk keluar ke
jalan Allah.
33
Memberi kata-kata dorongan untuk mengemarkan orang lain.
75
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Terlalu pilu dan sedih melihat rakyat marhaen yang berstatus ‘anak-seluang’
ini dipermainkan oleh ‘jerung’ yang berkuasa.
76
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
pimpinan PMIUM yang boleh disifat radikal dan ekstrem telah menjilat
ludahan tentangan mereka terhadap nasionalisme dan sekular. Mereka telah
tewas dan ternoda dengan belaian nafsu. Begitulah kuatnya kepentingan
kebendaan, kuasa dan nama. Ada di kalangan mereka tidak mahu terlibat
dalam politik tetapi gagal mencari badan bukan kerajaan yang mempunyai
aspirasi yang sama. Akibatnya, tenaga-idea dan potensi mantan ahli PMIUM
untuk perjuangan Islam telah dipersiakan.
Oleh itu satu pengharapan tinggi jika tautan mantan ahli PMIUM
disatukan dalam satu jemaah yang dianggap lanjutan PMIUM dan bersifat
non-partisan, orientasi kemasyarakatan dan agama. Mereka ini dianggap
pembantu utama PMIUM dan gerakan pelajar dari segi kewangan, nasihat
dan beraktiviti. Bagi menggerakkan ekonomi sebagai contoh, alumni PMIUM
boleh bergerak secara koperasi atau sistem ekonomi ala syarikat jualan
langsung. Alumni PMIUM ini sewajarnya disatukan dengan alumni PMI di
kampus-kampus lain (PMIUPM, PMIUTM, WUFI, Ikhwan Utara(UUM),
PMIUSM dan PMIUPM, ISIUKM serta PMI di kampus lain sama ada IPTA
atau IPTS) menjadi satu komuniti agar ia lebih perkasa. Antara nama yang
disyorkan adalah Nadwah Dakwah Islamiyyah (NADI), Angkatan Pendakwah
Pelajar Islam Malaysia atau Kesatuan Alumni Pelajar Islam. Sebarkan
cawangan pertubuhan diseluruh ceruk rantau ahli gerakan pelajar Islam
berada.
6. Peranan Muslimat.
Peranan Muslimat dalam gerak kerja gerakan Islam tidak boleh dinafikan.
Muslimat kini mestilah berperanan dengan lebih instrumental dalam horizon
dan spectrum yang lebih menyeluruh. Merekalah golongan banyak
melakukan gerak kerja bagi menghasilkan sebuah kejayaan. Dalam usia
remaja dan belia, muslimat PMIUM tidak terikat dengan hubungan rumah-
tangga atau telah mendapat kebenaran ibubapa amat digalakkan menyertai
gerak kerja Islami. Setelah berkeluarga, muslimat boleh bergerak aktif dengan
syarat berdasarkan keperluan semasa dan keizinan suami atau keluarga.
Dalam gerakan pelajar Islam, peranan muslimat adalah pembantu amal Islami
dan bergerak tanpa menonjol diri kecuali figure tertentu yang dianggap
jurubicara muslimat PMIUM. Perkara ini penting bagi memelihara maruah
muslimat dan mengelakkan muslimat dikenakan mehnah melampau seperti
dibuang kolej dan digantung pengajian kerana ia akan menelurkan masalah
yang lebih besar risikonya kepada muslimat.
77
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
KESIMPULAN
Perjuangan GKP seharusnya disuntik dengan tenaga-idea yang baru dari segi
pendekatan agar lebih sesuai dalam realiti masa kini tetapi reformasi dalaman
ini tidak semestinya mengorbankan prinsip amal Islami yang dimiliki oleh
PMIUM. Pimpinan tertinggi PMIUM dengan segera perlu ‘turun padang’ bagi
mendekati pelajar agar suntikan iman, amal dan Islam terus bersemarak
dalam jiwa dan kelakuan pelajar. Dalam suasana cengkaman AUKU yang
cukup pedih ini, adalah wajar kemenangan dalam pilihan raya kampus tidak
harus diutamakan. Kerja dakwah berteras tarbiyah lebih perlu dan penting
diterapkan kepada pelajar oleh warga PMIUM kerana kemenangan PMIUM
dalam pilihan raya kampus tidak membawa impak Islamik yang besar di
dalam kampus ekoran kedajalan HEP yang mengongkong PMUM. Anggaplah
pilihan raya sebagai usaha dakwah berteraskan politik untuk meninggikan
maruah Islam di kampus. Diharapkan satu proses regenerasi dilakukan bagi
menguatkan dan mengekalkan keutuhan PMIUM sebagai wadah Islam di
bumi Universiti Malaya. .........
15.6.04
78
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
PENDAHULUAN
Gerakan pelajar merupakan salah satu gerakan yang penting dalam suasana
demokrasi. Peranan gerakan pelajar sama dengan gerakan yang lain seperti
gerakan pekerja, gerakan kepenggunaan dan gerakan hak asasi
kemanusiaan. Gerakan pelajar adalah jurubicara rakyat, jurubicara keadilan
dan kemanusiaan, dan jurubicara anak muda. Suara pelajar tidak seharusnya
dikesampingkan dalam membuat keputusan negara kerana suara ini bisa
menjadi gelombang besar, ledakan ganas untuk menjatuhkan kerajaan.
Mohamad Ridhwan Bin Alias adalah mantan EXCO PBMUM, AJK PSUM dan ahli pasif PMIUM.
79
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
80
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Imej PMIUM sebagai gerakan pelajar yang dominan dalam politik kampus
terserlah pada awal tahun 1980an setelah PMIUM disisih oleh PMUM yang
didominasi oleh golongan nasionalis. Fenomena ini menyebabkan PMIUM
membulatkan nekad untuk merampas kekuasaan politik kampus dengan
menyertai pilihan raya kampus. Di bawah pengaruh ABIM-PKPIM, PMIUM
telah meletakkan calonnya bagi menghadapi golongan nasionalis pada tahun
1977. Walau bagaimanapun, PMIUM gagal dalam tampuk pemerintahan
kampus kerana hanya dua calonnya yang menang iaitu Naharuddin Abdullah
dan Sidek Baba.35
81
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Pada tahun 1998, gerakan pelajar Islam telah bertaut kembali setelah
Anwar Ibrahim diganyang daripada UMNO. PMIUM bersama PKPIM,
KARISMA dan UMANY(cina) dan PBTUM(pada masa itu orang India bersama
PMIUM) telah membentuk Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya(GMUM)
telah bertempur dengan mahasiswa pro HEP iaitu Majlis Gerakan Mahasiswa
Universiti Malaya(MGMUM) hasil serpihan BMB. Sehingga kini, GMUM
berjaya menguasai tampuk kekuasaan politik kampus Universiti Malaya.
40
Selain itu, pada tahun 1989 juga PMIUM telah mengadakan hubungan sulit dengan Gerakan Acheh
Merdeka (GAM)-sumber mantan siswi PMIUM, sekarang bertugas sebagai guru di Pahang.
41
NADI bukan singkatan daripada Nadwah Islamiah tetapi denyutan ‘nadi’ gerakan pelajar Islam.
Nama ini dicadangkan oleh seorang muslimat.
42
Fuad ditangkap ekoran isu Majalah Varsiti palsu dan pembakaran Dewan Tunku Canselor di bawah
tahanan ISA.
82
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
‘to be is to act’
83
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ia dikenali insan kamil atau
mutafannin(manusia pelbagai bidang). Kelahiran insan ini perlu dijana dengan
perancangan dan ketelitian yang jitu kerana ia melibatkan pembinaan insan
yang utuh dalam meleburkan pemikiran dan kebudayaan ‘statik’. Justeru,
penulis menjuzukkan beberapa elemen seperti di bawah untuk melihat
kelahiran insan ‘perjuangan’, insan dakwah yang boleh meregenerasikan
PMIUM. Juzuk-juzuk tersebut;
1. Pembudayaan Ilmu
Tarbiyah dan latihan adalah suatu kaedah yang dilaksanakan bagi membina
hati-nurani, akal-budi dan keunggulan akhlak Islamiyyah yang komited dan
tabyin(memberi kefahaman jelas) dalam menghayati kebenaran ajaran Islam.
84
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Antara aktiviti tarbiyah yang penting adalah usrah. Usrah perlulah dijana
semula bagi menguatkan usaha tarbiyah PMIUM. Usrah boleh dipecahkan
dibahagi 3 iaitu usrah umum (Raudhah), usrah kolej (quranic group) dan
usrah pimpinan. Usrah umum boleh dilakukan di Masjid Ar Rahman atau
jalinkan kerjasama dengan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
setelah usrah umum kerap kali dicabul oleh pihak HEP. Begitulah juga usrah
di kolej, lakukan perubahan daripada pendekatan, silibus dan tempat. Silibus
wajar difokuskan kepada Rukun Bai’ah Ikhwanul Muslimin43. Naqib atau
Naqibah perlu meningkatkan usaha dakwah bilik ke bilik. Selain itu, naqib dan
naqibah perlu dilatih atau ditamrinkan semasa cuti semester. Kumpul mereka
di masjid tertentu atau berkerjasama dengan sekolah pondok. Disinilah
peningkatan rohani dibentuk[solat tahajud, Solat dhuha, puasa sunat], usul
dakwah dibincang dan dipraktikalkan dan penyatuan fikrah dicernakan.
Tamrin ini dilakukan selama 30 atau 40 hari kerana generasi PMIUM semasa
silam[1970an] mengambil masa yang lama untuk dilatih dibawah Rancangan
Latihan Kepimpinan PMIUM.44
43
Terkandung dalam Risalah Ta’lim.
44
RLKP ini merangkumi semua aspek melibatkan pembinaan jiwa, mental dan jasad serta kemahiran
pengurusan organisasi.
45
Usaha memujuk dan merayu dengan memberikan galakan untuk melapangkan masa untuk keluar ke
jalan Allah.
46
Memberi kata-kata dorongan untuk mengemarkan orang lain.
85
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
bersalaman dan turun ke bilik mereka atau rumah sewa atau fakulti mereka
untuk menyeru mereka aktif dalam program nescaya mereka akan mengikuti
program tersebut. Jiwa mereka akan diinjak-injak dengan sifat tawaduk
pimpinan PMIUM yang ikhlas terhadap mereka, insya Allah.
86
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
87
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
Oleh itu satu pengharapan tinggi jika tautan mantan ahli PMIUM
disatukan dalam satu jemaah yang dianggap lanjutan PMIUM dan bersifat
non-partisan, orientasi kemasyarakatan dan agama. Mereka ini dianggap
pembantu utama PMIUM dan gerakan pelajar dari segi kewangan, nasihat
dan beraktiviti. Bagi menggerakkan ekonomi sebagai contoh, alumni PMIUM
boleh bergerak secara koperasi atau sistem ekonomi ala syarikat jualan
langsung. Alumni PMIUM ini sewajarnya disatukan dengan alumni PMI di
kampus-kampus lain (PMIUPM, PMIUTM, WUFI, Ikhwan Utara(UUM),
PMIUSM dan PMIUPM, ISIUKM serta PMI di kampus lain sama ada IPTA
atau IPTS) menjadi satu komuniti agar ia lebih perkasa. Antara nama yang
disyorkan adalah Nadwah Dakwah Islamiyyah (NADI), Angkatan Pendakwah
Pelajar Islam Malaysia atau Kesatuan Alumni Pelajar Islam. Sebarkan
cawangan pertubuhan diseluruh ceruk rantau ahli gerakan pelajar Islam
berada.
6. Peranan Muslimat.
Peranan Muslimat dalam gerak kerja gerakan Islam tidak boleh dinafikan.
Muslimat kini mestilah berperanan dengan lebih instrumental dalam horizon
dan spectrum yang lebih menyeluruh. Merekalah golongan banyak
melakukan gerak kerja bagi menghasilkan sebuah kejayaan. Dalam usia
remaja dan belia, muslimat PMIUM tidak terikat dengan hubungan rumah-
tangga atau telah mendapat kebenaran ibubapa amat digalakkan menyertai
gerak kerja Islami. Setelah berkeluarga, muslimat boleh bergerak aktif dengan
syarat berdasarkan keperluan semasa dan keizinan suami atau keluarga.
Dalam gerakan pelajar Islam, peranan muslimat adalah pembantu amal Islami
dan bergerak tanpa menonjol diri kecuali figure tertentu yang dianggap
jurubicara muslimat PMIUM. Perkara ini penting bagi memelihara maruah
muslimat dan mengelakkan muslimat dikenakan mehnah melampau seperti
dibuang kolej dan digantung pengajian kerana ia akan menelurkan masalah
yang lebih besar risikonya kepada muslimat.
88
MAHASISWA BEBAL: KOPI PAHIT GERAKAN MAHASISWA
dan syariat yang tetap. Oleh sebab itulah, kemampuan muslimat PMIUM
mengaduni fiqh secara dinamik sangat penting tetapi biarlah ia secara
harmonis dengan prinsip syariat yang berupaya mengerakkan usaha dan
semangat perjuangan muslimat dalam haraki Islamiyyah.

89