Anda di halaman 1dari 10

PELAJARAN 4 PENYEJATAN DAN PENDIDIHAN Penyejatan

(a)Pengertian Penyejatan: Penyejatan ialah proses perubahan cecair menjadi wap yang berlaku di permukaan cecair pada sebarang suhu yang kurang daripada takat didih cecair itu. (b)Penyejatan berdasarkan teori kinetik jirim: Di antara molekul cecair terdapat daya lekitan(daya tarikan). Pada suatu ketika tertentu ,sebahagian daripada molekul mempunyai tenaga kinetik yang lebih tinggi dan dapat mengatasi daya jelekit dan bergerak naik ke atas dan akan keluar melalui permukaan cecair bertukar menjadi molekul wap. Akibatnya tenaga kinetik purata molekul-molekul cecair akan berkurangan.Ini akan menyebabkan suhu cecair yang mengalami proses sejatan akan turun. (c)Eksperimen untuk menunjukkan kesan penyejukan dihasilkan oleh proses penyejatan:

Tiupkan udara dengan laju melalui eter Didapati air yang terletak di bawah bikar menjadi ais. Ini disebabkan apabila kadar sejatan berlaku dengan cepat haba pendam pengewapan dari eter dan ais diserap menyebabkan suhu eter dan air menurun sehingga 0oC menyebabkan ais terbentuk.

(d)Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar sejatan (i) Luas permukaan cecair yang terdedah: Jika luas permukaan bertambah kadar sejatan bertambah. (ii) Suhu cecair: Jika suhu cecair bertambah kadar sejatan bertambah. (iii) Halaju gerakan udara di permukaan(angin) Jika halaju gerakan udara bertambah kadar sejatan bertambah (iv) Tekanan luar Jika tekanan luar bertambah kadar sejatan berkurangan (v) Kelembapan udara luar Jika kelembapan udara bertambah kadar sejatan berkurangan (vi) Jenis cecair Cecair yang berlainan jenis mempunyai kadar sejatan berlainan (e)Eksperimen untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar sejatan Eksperimen 1

kering berbanding dengan eter di bawah kipas yang tidak terpasang. Oleh itu jika halaju gerakan udara (angin) bertambah kadar sejatan bertambah. Eksperimen 4: Selepas beberapa jam didapati isipadu eter yang teringgal dalam piring petri kurang daripada isipadu eter dalam piring petri. Oleh itu jika luas permukaan bertambah maka kadar sejatan bertambah.

Didapati eter di dalam kelalang yang mempunyai kalsium klorida lebih cepat kering daripada eter yang berada di dalam kelalang yang mengandungi kapas basah. Oleh itu jika kelembapan bertambah kadar sejatan berkurangan. Eksperimen 2 Eksperimen 5

Di dapati eter yang terletak di bawah cahaya matahari lebih cepat kering daripada eter yang diletak di tempat redup. Oleh itu jika suhu cecair bertambah maka kadar sejatan bertambah. Eksperimen 3: Didapati eter yang berada di bawah kipas yang terpasang lebih cepat

Didapati metil lebih cepat kering daripada air. Oleh itu cecair yang berlainan jenis mempunyai kadar sejatan yang berlainan. (f)Eksperimen untuk mencari hubungan di antara luas permukaan cecair dengan kadar sejatan

Hipotisis : Jika luas permukaan cecair bertambah kadar sejatan bertambah. P.u.manupulatif : luas permukaan P.u.respons : kadar sejatan P.u.dimalarkan : suhu cecair,kelembapan udara,halaju udara bergerak,jenis cecair. Masukkan cecair dalam sebuah bekas. Catatkan isipadunya = V1 Ukur luas permukaan cecair = A Selepas masa ,t Catatkan isipadunya yang tinggal = V2 Kira kadar sejatan = V1 - V2 t Ulang eksperimen sebanyak 5 kali dengan nilai A yang berbeza. Jadualkan data, Luas Kadar sejatan Plotkan graf kadar sejatan melawan luas.

Jika tekanan atmosfera bertambah,takat didih bertambah. (iii) Jenis cecair Cecair yang berlainan jenis mempunyai takat didih yang berlainan. (b) Eksperimen untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi takat didih Eksperimen 1

Pendidihan
(a)Pengertian Pendidihan Pendidihan ialah proses perubahan cecair kepada wap berlaku diseluruh isipadu cecair pada takat didih cecair itu. Faktor-faktor yang mempengaruhi takat didih (i) Bendasing yang terdapat dalam cecair: Jika terdapat bendasing di dalam cecair itu takat didih akan bertambah (ii) Tekanan atmosfera:

Panaskan air sehingga mendidih.Catatkan takat didihnya.Padamkan penunu Bunsen dan masukkan garam ke dalam air.Perhatikan samada gelembunggelembung masih terhasil atau tidak.Catatkan takat didih baru. Didapati sebelum garam dimasukkan takat didih 100oC. Apabila dimasukkan garam didapati gelembung-gelembung udara tidak

terbentuk di seluruh cecair dan takat didih didapati melebihi 100oC. Ini menunjukkan takat didih dipengaruhi dengan kemasukan bendasing ke dalam cecair dimana apabila terdapat bendasing,takat didih bertambah. Eksperimen 2

(ii) Penyulingan berperingkat petroleum (iii) Periuk tekanan (iv) Autoklaf

Peti Sejuk

Panaskan air sehingga mendidih.Catat takat suhu didihnya.Alihkan penunu Bunsen dan telangkupkan kelalang .Titiskan air pada kelalang dengan kain basah.Perhatikan apa yang terjadi dan catat takat didih yang baru. Pada mulanya takat didih air didapati 100oC.Apabila kelalang itu disejukkan air didapati mendidih semula walaupun penunu Bunsen telah dialihkan.Didapati air mendidih pada suhu kurang daripada 100 oC.Ini disebabkan wap terkondensasi menjadi air semula dan dan tekanan di dalam kelalang menjadi kurang dan takat didih juga turut berkurang. Oleh itu takat didih bergantung kepada tekanan atmosfera di mana apabila tekanan atmosfera bertambah ,maka takat didih bertambah. (c) Aplikasi Prinsip Proses Penyejatan (i) Penghasilan garam (ii) Membalut botol minuman dengan kain lembab untuk menyejuk minuman (iii) Menjemur pakaian didalam cuaca berangin (iv) Labu sayung (v) Peti sejuk (vi) Penyaman udara (d) Aplikasi Pendidihan (i) Mengawit makanan secara kering beku

Prinsip digunakan dalam peti sejuk ialah kesan penyejukan disebabkan oleh penyejatan. Wap freon digunakan kerana (i) ia mudah meruap (ii) takat didih yang rendah pada tekanan atmosfera Pam memampatkan wap freon sehingga bertukar menjadi cecair freon melalui proses kondensasi. Haba pendam pengewapan dibebaskan dan dialirkan keluar melalui sirip penyejuk. Cecair freon kemudiannya dipancutkan melalui satu injap dan akan mengembang dengan tiba-tiba menjadi wap freon semula melalui proses penyejatan. Haba pendam udara di sekeiling kotak penyejuk diserap. Kotak penyejuk menjadi sejuk. Wap freon akan turun ke bawah dan proses yang sama akan berulang. Suis termostat diguna untuk mengawal pam yang memampatkan wap freon,maka proses penyejatan akan terkawal dan suhu peti sejuk boleh ditetapkan

dalam suhu tertentu. Kotak penyejuk diletakkan di bahagian atas supaya seluruh bahagian peti sejuk akan menyejuk melalui proses perolakan haba di mana udara sejuk turun ke bawah manakala udara panas naik ke atas. (b) Penyaman Udara

Aplikasi Prinsip Pendihan Periuk Tekanan

Prinsip digunakan ialah kesan penyejukan disebabkan penyejatan. Bahan yang digunakan juga adalah wap freon. Wap freon dimampatkan oleh pam menjadi cecair freon melalui proses kondensasi.Haba pendam dibebaskan dan keluar melalui sisip penyejuk. Cecair freon akan terus bergerak dan dipancutkan apabila melalui suatu injap pengembangan dan bertukar menjadi wap freon semula melalui proses penyejatan.Haba pendam diserap dari udara sekeliling menyebabkan penyejukan berlaku. Kipas P meniupkan udara ke cecair freon yang panas di luar bilik manakala kipas Q menyedutkan udara panas dari bilik masuk ke penyaman udara. Disebabkan udara di dalam bilik menjadi sangat sejuk,wap air menjadi tepu dan terkondensasi menjadi air dan dialirkan keluar.Oleh itu penyaman udara menjadikan udara sejuk tetapi kering.

Kegunaan periuk ini ialah untuk memasak makanan dengan kadar yang lebih cepat lagi. Air yang mendidih dalam periuk ini menjadi stim dan stim diperangkapkan supaya tidak terlepas keluar. Tekanan dalam periuk bertambah sehingga dua kali ganda tekanan atmosfera. Oleh itu takat didih air bertambah sehingga menjadi 120oC. Injap keselamatan digunakan untuk mengawal tekanan dalam periuk tidak terlalu tinggi.

TUTORI
1 Penyejatan adalah proses cecair menjadi wap di permukaan cecair pada A B suhu bilik suhu sifar mutlak

C D

suhu lebih tinggi dari takat didihnya suhu lebih rendah daripada takat didihnya

6 Seekor gajah menyejukkan badannya dengan menggunakan belalai untuk menyemburkan air di kepalanya dan mengebas telinganya. Badannya menjadi sejuk disebabkan oleh proses A B C D perolakan penyejatan pemancaran kekonduksian

2 Pernyataan yang manakah berikut adalah benar mengenai sejatan? A berlaku apabila gelembunggelembung udara terbentuk B merupakan satu proses pengewapan C berlaku di seluruh isipadu cecair D berlaku pada siang hari sahaja 3 Kadar sejatan suatu cecair tidak dipengaruhi oleh A B C 4 jenis cecair suhu cecair isipadu cecair 8 Proses penyejatan suatu cecair A B C D menghasilkan pengurangan suhu cecair menambahkan haba pendam pengewapan boleh dipercepatkan dengan menyejukkan cecair melibatkan pembebasan molekul yang mempunyai tenaga kinetik rendah

7 Pernyataan yang manakah berikut adalah benar mengenai pendidihan? A Berlaku pada permukaan cecair sahaja B Merupakan satu proses pengewapan C Tidak dipengaruhi oleh oleh tekanan D Berlaku pada semua suhu Takat didih suatu cecair dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut kecuali A Jenis cecair B Isipadu cecair C Tekanan atmosfera D Bendasing yang larut dalam cecair 9 Pernyataan yang manakah benar mengenai air? A B C D Air mendidih pada suhu lebih rendah di dasar laut Apabila dimasukkan gula,takat didih dikurangkan Apabila air mendidih,halaju molekul-molekul air adalah sama Apabila garam dimasukkan ke dalam air,takat beku dikurangkan

Penyejatan menghasilkan kesan A B C D pendidihan penyejukan pemanasan pengembangan

10 Apakah yang terjadi kepada suatu cecair apabila sedikit bendasing dimasukkan di dalamya?

A Takat beku A B C D naik naik turun turun Takat didih naik turun naik turun B C

11 Persamaan yang terdapat di antara proses penyejatan dan pendidhan adalah kedua- duanya A dipengaruhi oleh suhu cecair B berlaku di seluruh isipadu cecair C dipengaruhi oleh tekanan atmosfera D menghasilkan gelembonggelembong udara 12 Freon digunakan dalam peti sejuk dan penyaman udara kerana A ia mudah diperolehi B tidak mencemarkan udara C ia mudah mengewap pada tekanan rendah D ia mempunyai haba pendam tentu dan muatan haba tentu yang rendah 13 Kotak pembeku dalam sebuah peti ais diletakkan di bahagian atas peti ais supaya berlakunya proses A B C D Perolakan Penyejatan Penyejukan Kekonduksian

Beroperasi berdasarkan prinsip penyejatan sahaja Wap freon bertukar ke cecair freon apabila dimampatkan oleh pam Udara yang dihasilkan dalam bilik dengan alat penghawa dingin dipasang adalah lembab dan sejuk Cecair freon memasuki injap pengembangan di mana tekanan adalah tinggi dan cecair freon menyejat kepada wap freon

15 Periuk tekanan menyebabkan A Tekanan atmosfera bertambah B Tekanan dalam periuk berkurangan C Takat didih air dalam periuk bertambah D Takat didih air dalam periuk berkurangan 16 Seorang pelajar mendapati air mendidih pada suhu 103oC.Ini mungkin disebabkan oleh A B C D Air dipanaskan terlalu lam selepas mendidih Jisim air yang didihkan terlalu kecil Air dididihkan di puncak gunung Sedikit garam terlarut dalam air

17 Antara pernyataan berikut yang manakah benar mengenai peti sejuk? A B C Freon digunakan kerana ia ringan Penyejatan freon membebaskan haba diserap oleh sirip penyejuk Beroperasi berdasarkan prinsip penyejukan oleh penyejatan

14 Yang manakah antara berikut adalah benar mengenai prinsip kendalian sebuah alat penghawa dingin?

Kotak penyejuk diletakkan di bahagian atas untuk memudahkan freon mengembang

.. .. (ii) Mengapakah bahan itu sesuai digunakan dalam peti sejuk? .. .. .. (iii) Nyatakan satu keburukkan mengunakan bahan itu. .. ..

18 Di antara alat-alat berikut yang manakah beroperasi berdasarkan prinsip penyejukan oleh penyejatan? A B C D autoklaf periuk tekanan penghawa dingin mengering beku makanan

19 Rajah menunjukkan struktur sebuah peti sejuk. (a) (i) Namakan bahagian berlabel A......... .. B . (b) (i) Namakan bahan yang digunakan dalam peti sejuk dan nyatakan rupa bentuknya sebelum dan selepas melalui C. ..

(c) Bolehkan peti sejuk yang sedang dipasang dengan pintunya terbuka berada dalam sebuah bilik tertutup menyejukkan bilik tersebut.Jelaskan jawapan anda. .. .. .. .. (d) Jika haba pendam tentu pengewapan bahan yang digunakan dalam peti sejuk adalah 1500 J kg-1 dan kadar

pengaliran bahan tersebut adalah 20 g s-1 , tentukan (i) Haba yang diserap dari udara dalam masa 20 minit.

(c) Udara yang dihasilkan oleh penghawa dingin adalah sejuk tetapi kering. Terangkan bagaimana hal ini berlaku?

(ii) Perubahan suhu udara dalam peti sejuk jika jisim udara dalam peti sejuk adalah 600 g dan muatan tentu udara ialah 1 x 104 J kg-1 oC-1

(d) Apakah prinsip yang digunakan dalam penghawa dingin?

20 Rajah menunjukkan struktur binaan sebuah penyaman udara. (a) Namakan bahagian berlabel (i) X . (ii) Y . (iii) Z . (b) Apakah fungsi bahagian Z?

(e) Mengapakah sirip-sirip penyejuk dicat warna hitam? 21 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan penyejatan dan pendidihan. (b) Berdasarkan teori kinetik jirim terangkan bagaimana proses sejatan berlaku. (c) Huraikan satu eksperimen untuk mencari hubungan antara kadar sejatan dengan luas permukaan cecair.

(d) Nyatakan persamaan dan perbezaan yang terdapat di antara penyejatan dan pendidihan. 22 (a) Huraikan struktur dan prinsip operasi sebuah peti sejuk. (b) Mengapakah kotak penyejuk diletak di bahagian atas sebuah peti sejuk? (c) Huraikan struktur dan prinsip operasi sebuah penyaman udara.

Anda mungkin juga menyukai