Anda di halaman 1dari 1

Nama No K/P No Matrik REFLEKSI

: Noorezah bt Ahmad : 680128 08 -6168 : ICBM 1106058

Pada 18 Februari 2012 saya telah mendapat tugasan bagi mata pelajaran BMM 3104.Saya dan kumpulan dikehendaki membina kit pengajaran yang menngandungi RPH untuk mengajar dan membina 2 bahan bantu mengajar dengan mengaplikasikan konsep 5 P.

Pada mulanya saya berasa sedikit keliru dengan soalan yang dikemukakan kerana kami dikehendaki mengaitkan RPH yang dibuat dengan konsep 5P.Lantas sayapun berbincang dengan ahli-ahli kumpulan saya yang lain.Setelah mengadakan sesi perbincangan,barulah saya dapat memahami kehendak soalan yang sebenarnya.Kami membahagikan tugasan yang perlu dilakukan oleh setiap ahli kumpulan.

Semasa melaksanakan tugasan ini, saya dan rakan-rakan juga turut meminta pandangan daripada pensyarah pembimbing iaitu Encik Nordin bin Mohd Yusof.Tugasan ini memerlukan kami berfikir secara kreatif dan kreatif. Saya amat berterima kasih kepada pensyarah pembimbing kerana banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Semasa melaksanakan tugasan ini,saya telah memperoleh faedah yang amat berguna untuk diri saya sebagai seorang guru.Saya telah dapat belajar membina RPH yang lebih sistematik dan kreatif yang mengaplikasikan konsep 5 P.Semoga pengajaran dan pembelajaran berpandukan RPH ini dapat menarik minat murid untuk belajar bersunggun-sungguh.

Akhir kata, tugasan kerja khusus ini telah membuatkan saya lebih mencintai profesion perguruan ini bagi melahirkan modal insan yang

seimbang.Sekian,terima kasih.