Anda di halaman 1dari 10

KEJOHANAN

BADMINTON
BEREGU LELAKI
TERBUKA UTHM 2008

ANJURAN PASUKAN BADMINTON UTHM

DENGAN KERJASAMA PUSAT KOKURIKULUM

SUKAN DAN KEBUDAYAAN (PKSK)


Tarikh: 3 hingga 6 Januari 2008

Tempat: Dewan Badminton UTHM

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapat kelulusan Timbalan Naib Canselor
(Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) bagi mengadakan Kejohanan Badminton Beregu Lelaki
Terbuka UTHM 2008 pada tarikh 3 hingga 6 Januari 2008, bertempat di Dewan Badminton
UTHM.

2.0 LATAR BELAKANG

Badminton merupakan sejenis permainan yang berasal dari Negara India dan kini
telah mendapat pengiktirafan sebagai salah satu permainan antarabangsa termasuk di negara
kita. Ini dapat dibuktikan dengan adanya pelbagai kejohanan dan pertandingan yang
dianjurkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan sama ada daripada pemain-pemain
ataupun penonton-penonton. Namun di peringkat antarabangsa, penguasaan sukan ini
ternyata di antara beberapa negara Asia dan Eropah. Menerusi pertandingan Piala Thomas
yang bermula pada tahun 1948-1949 dan Piala Uber 1956-1957, sukan ini berjaya
meningkatkan minat di kalangan peminat sukan Badminton di seluruh dunia.
Bagi negara kita, Badminton merupakan salah satu sukan yang benar-benar berjaya
meletakkan nama negara di tempat paling atas dibandingkan dengan sukan lain. Inilah satu-
satunya permainan yang kita mampu menjadi johan dunia. Kejayaan beberapa kali
memenangi Piala Thomas serta kegemilangan kita dalam Sukan Komanwel membuktikan
kemampuan dan kebolehan kita dalam sukan ini.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang ditubuhkan pada tahun 1934 dan
merupakan antara persatuan sukan terawal di negara ini, sedar akan peranan dan
tanggungjawabnya. Pelbagai kejohanan dianjurkan di samping perancangan masa depannya
membuktikan bahawa untuk masa akan datang negara kita tidak akan ketandusan dari segi
melahirkan bintang-bintang badminton yang bertaraf dunia.

Di peringkat sekolah, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Badminton


ternyata sudah berjaya menjadi acara sukan yang digemari. Kelab-kelab rekreasi, persatuan-
persatuan sukarela dan badan-badan serta jabatan-jabatan kerajaan dan swasta turut
menubuhkan pasukan masing-masing dengan turut mengadakan pertandingan dan kejohanan
sendiri dari semasa ke semasa. Semua ini menunjukkan bahawa Badminton sudah berjaya
menarik minat segenap golongan masyarakat negara ini dan dunia amnya.
Menyedari hakikat bahawa sukan Badminton merupakan salah satu sukan yang sangat
digemari di Malaysia. Oleh itu, Pasukan Badminton UTHM mengambil inisiatif untuk
mengadakan Kejohanan Badminton Beregu Lelaki Terbuka UTHM 2008.

3.0 PENGANJUR

Pasukan Badminton UTHM dengan kerjasama Pusat Kokurikulum, Sukan dan


Kebudayaan (PKSK).

4.0 MAKLUMAT PROGRAM

4.1 OBJEKTIF PROGRAM


Tujuan utama Kejohanan Badminton Beregu Lelaki Terbuka UTHM 2008 ini dijalankan
adalah:
a) Mengembang dan memperluas kemahiran pemain-pemain Badminton UTHM.

b) Mewujudkan interaksi antara warga UTHM dengan penduduk luar.


c) Membuka peluang kepada pelajar UTHM untuk mencungkil bakat-bakat baru.

d) Memupuk semangat kerjasama ahli melalui penganjuran program.

e) Merkenalkan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kepada pihak luar
dengan lebih meluas dan memberikan pandangan masyarakat bahawa universiti juga
mengutamakan sukan dan rekreasi pelajar disamping menimba ilmu.

4.2 JUSTIFIKASI MENGADAKAN PROGRAM.

Justifikasi mengadakan program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada


para pelajar tentang pengurusan kejohanan serta memupuk interaksi positif antara warga
UTHM dengan masyarakat luar.

4.3 MATLAMAT PROGRAM

Matlamat jangka panjang program ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat
baru di kalangan pelajar UTHM dalam Badminton untuk diketengahkan ke peringkat
yang lebih tinggi. Di samping itu, mengembang dan memperluas kemahiran pemain-
pemain Badminton UTHM dengan melihat kemahiran dan corak permainan pemain
daripada luar UTHM.

4.4 TARIKH

Tarikh : 3 hingga 6 Januari 2008


4.5 TEMPAT

Tempat: Dewan Badminton UTHM.

4.6 NAMA PROGRAM

Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Badminton Beregu Lelaki Terbuka UTHM 2008.

4.7 ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

- Beregu Lelaki

4.8 JANGKAMASA PROGRAM

4 hari

4.9 PESERTA

Terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

4.10 PERASMI PROGRAM

TUAN HJ. KAMARUDIN BIN KHALID

Ketua Pusat Kokurikulum, Sukan Dan Kebudayaan

Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

5.0 AHLI JAWATANKUASA


PENAUNG

Y. BHG. PROF. DR. HASHIM BIN SAIM

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

PENASIHAT

TUAN HJ. KAMARUDIN BIN KHALID

Ketua Pusat Kokurikulum, Sukan Dan Kebudayaan

Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : MOHD ARIF BIN HASAN

Pengarah program : EZZATUL IZYAN BINTI KAMARUDDIN

Timbalan pengarah program : CHEE KWOK CHIEN

Setiausaha : NOOR ASHIKIN BINTI RAMLEE

Naib Setiausaha : LOOI MING YI

Bendahari : CLEMENT HOR VOOR PENG

Biro protokol / urusetia : NADIRAH BT. SHARIFF


WONG BEK LUNG

Biro publisiti : AHMAD AL-HAFIZ BIN RIMAN


TAN CHIK YING

Biro peralatan : NOR ADUNI BIN MUHAMMAD NOR


HANIL RAAJ SINGH GILL

BEH YOONG YOONG

Biro hadiah dan cenderahati : RIZWAN BIN JAMHARI


NURUL EZATY BINTI MOHD NASARUDIN

Biro pengadil : MUHAMMAD KHAIRUL HAFIZI BIN AB RAHMAN


ERWIN A/K LAMAT

CHIENG HOE LEE

Biro perubatan dan kebajikan : MOHD ROSLE BIN HALIM


MOHD SYUKRI BIN MARTIUS

MOHD BAKRILEH BIN AMINUDIN

FAIZAL BIN MANANI

Biro tugas-tugas Khas : MOHD KHAIRUL AZHAR BIN YUSOF


FAIZUL AMIN BIN SIMIRAH

MOHD FAIRUS BIN SHAHRIN

6.0 TENTATIF PROGRAM

Hari pertama 3 Januari 2008 (Khamis)

8.00p.m -11.00p.m Pusingan awal kejohanan

Hari kedua 4 Januari 2008 (Jumaat)

8.00a.m-1.00p.m Pusingan awal kejohanan

2.00p.m-7.00p.m Pusingan awal kejohanan


8.00p.m-11.00p.m Suku akhir kejohanan

Hari ketiga 5 Januari 2008 (Sabtu)

8.00a.m-1.00p.m Suku akhir kejohanan

8.00p.m-11.00p.m Separuh akhir kejohanan

Hari keempat 6 Januari 2008 (Ahad)

8.00p.m-11.00p.m Akhir kejohanan & Majlis penutupan

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

i) Makanan dan Minuman


Makanan AJK
RM 10.00 x 4 hari x 25 orang RM1,000.00
Air mineral
RM 12.00 x 4 hari x 3 kotak RM144.00
Jamuan Penutupan majlis
RM 3.00 x 50 orang RM 150.00

RM1,294.00

ii) Hadiah
Perasmi program RM40.00 x 1 RM 40.00
Piala johan RM80.00 x 2 RM160.00
Piala naib johan RM70.00 x 2 RM140.00
Piala ketiga dan keempat RM60.00 x 4 RM240.00
Piala Saguhati RM30.00 x 8 RM240.00

* Hadiah wang tunai akan diberikan kepada Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan
Keempat, walaubagaimanapun tertaklk kepada bilangan penyertaan.

RM 820.00
iii) Kain Rentang RM150.00 x 5 helai RM 750.00

iv) Bulu Tangkis RM 50.00 x 50 tabung RM2500.00

v) Alat-alat tulis RM100.00 x 1 set RM100.00

vi) Tag Nama RM 4.00 x 25 orang RM100.00

vii) Pengadil RM 10.00 x 64 perlawanan RM640.00

viii) Perubatan RM 73.00 x 1 set RM 73.00

RM4,163.00

x) Karpet (Minta dipasang pada gelanggang tengah 2 hari sebelum perlawanan)

JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN


YANG DIPERLUKAN RM 6,277.00
8.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, diharapkan dengan penganjuran program ini akan dapat


membentuk jatidiri para pelajar dan para pemain. Pengalaman dan pengajaran yang diterima
dapat memajukan sukan Badminton. Semoga dengan menyertai kejohanan ini dapat memberi
kebaikan kepada semua pihak yang terlibat sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim
yang telah sedia terjalin.

Disediakan oleh,

____________________
EZZATUL IZYAN BINTI KAMARUDDIN
Ketua Pasukan Badminton
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.
(013-7597890)
(017-2987199)

Disemak oleh,

____________________
ENCIK AZLI BIN PUDDIN
Penolong Pendaftar,
Pusat Kokurikulum, Sukan Dan Kebudayaan
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

Disahkan oleh,

____________________
TUAN HJ. KAMARUDIN BIN KHALID
Ketua
Pusat Kokurikulum, Sukan Dan Kebudayaan
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.
Disokong oleh,

____________________
HJ ABU BAKAR BIN HUSSAIN
Bendahari
Universiti Tun Huusein Onn Malaysia

Diluluskan oleh,

____________________
PROF. IR DR. AMIR HASHIM BIN MOHD KASSIM
Timbalan Naib Canselor (HEP dan Alumni)
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.