Anda di halaman 1dari 12

Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan LRK 4013

TUGASAN 1
Pensyarah: Encik Khairi Bin Ariffin Nama Program Semester : Maraini Binti Sariman : Pendidikan Sekolah Rendah (AT 34) : 7 (2006)

No.Matriks : D20031016183 Kumpulan : A

Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan LRK 4013

SOALAN: 2 Berdasarkan pemahaman anda terhadap tujuan dan perlaksanaan subjek Kajian Tempatan di Sekolah Rendah, tulis satu esei bagaimana mata pelajaran berkenaan dapat membentuk, merangsang serta memupuk semangat patriotisme bagi murid-murid di peringkat sekolah rendah.

Kajian Tempatan adalah mata pelajaran yang merangkumi pelbagai aspek sama ada yang melibatkan interaksi manusia dengan manusia, manusia dengan alam sekeliling mahupun yang melibatkan negara dan arena antarabangsa. Kurikulum Kajian Tempatan yang tergolong dalam bidang kemanusiaan dan

kemasyarakatan bertujuan untuk membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu, hidup dalam masyarakat yang mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, mengamalkan demokrasi, penyayang, progresif, sejahtera serta bersemangat patriotik ( Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR, 2003 ). Mata pelajaran ini juga adalah mata pelajaran multi disiplin ilmu dan dimensional yang mana ianya mampu menggarap secara utuh mata pelajaran Sejarah, Geografi dan Sains Kemasyarakatan di peringkat tertinggi. Selain daripada mendukung ilmu yang membicarakan tentang hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan manusia dengan manusia serta hubungan manusia dengan alam sekeliling, ia juga mampu membuatkan murid-murid lebih responsif terhadap subjek-subjek lain seperti bahasa, Sains, Matematik, Muzik, Seni, Pendidikan Moral, Agama dan sebagainya.

Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan LRK 4013

Sejak pengenalan Kajian Tempatan ini di dunia pendidikan sememangnya banyak memberi implikasi positif dalam mengenal dan mengetahui sesuatu yang berkaitan dengan kehidupan sekeliling. Sebelum ini, di peringkat sekolah diperkenalkan kesedaran sivik sebagai pendekatan yang melibatkan pendidikan kewarganegaraan di negara kita. Mata pelajaran Sivik ini diperkenalkan dari darjah 4 hingga 5 yang bertujuan untuk memupuk dan menyuburkan semangat cintakan negara, mampu memahami masalah yang di hadapi oleh masyarakat, berdikari, bertolak ansur dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Setelah itu, pelbagai unsur patriotik yang diserapkan dalam mata pelajaran lain seperti Sejarah namun, di sekolah rendah mata pelajaran Sejarah bukan merupakan mata pelajaran yang terkandung dalam kurikulum. Justeru itu, pengenalan mata pelajaran Kajian Tempatan di Tahap Dua ( Tahun 4 hingga 6) memenuhi keperluan murid dalam memahami, memupuk dan membentuk unsur patriotisme dalam diri seseorang sebagai asas kehidupan. Dalam Kajian Tempatan Tahun 4 memperkenalkan Topik 1 hingga 4 yang merangkumi rumah dan keluarga, kejiranan, sekolah kita dan perihal setempat Topik 5 hingga 8 ialah mengenal negara kita, keindahan negara kita, sejarah negara kita dan masyarakat Malaysia. Manakala Topik 9 hingga 12 yang berkaitan dengan negara kita iaitu sumber negara, ekonomi negara, pembinaan bangsa dan negara, kejayaan dan kebanggaan negara.

Dari segi definisi, perkataan Patriotisme berasal daripada bahasa Greek iaitu Patriots yang bermaksud fellow countrymen iaitu rakan senegara dan

Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan LRK 4013

Patrice ( daripada peter iaitu father ) yang bermaksud fatherland atau country iaitu tanah air atau negara. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Patriotisme ialah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Mata pelajaran Kajian Tempatan adalah pendukung utama dalam usaha pemupukan semangat patriotik di sekolah rendah. Hal ini dapat dilihat melalui isi kandungan Sukatan Pelajaran itu sendiri misalnya, dalam Sejarah Negara Kita terkandung pelbagai aspek-aspek yang membantu untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan murid sekolah rendah seperti pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan kewarganegaraan ( Buku Teks m/s 87-90 ) zaman penjajahan, kemerdekaan dan penubuhan Malaysia, warisan sejarah dan pembinaan bangsa dan negara. Semua aspek ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah rendah mampu untuk melahirkan generasi yang cintakan negara sekaligus penerapan unsur patriotisme di kalangan muridmurid adalah tinggi.

Seterusnya, mata pelajaran ini dapat membentuk, merangsang serta memupuk semangat patriotisme bagi murid-murid di peringkat sekolah rendah melalui pelbagai unsur. Hal ini kerana, matlamat pemupukan patriotisme adalah untuk membentuk warganegara yang bersemangat dan berkeperibadian Malaysia. Buktinya, murid dapat mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara, mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa dan negara, Selain daripada itu, bersemangat kekitaan, berdisiplin, hidup bermasyarakat dan harmonis, memahami dan menghargai usaha-usaha negara

Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan LRK 4013

dalam pembangunan dan kemajuan. Dalam memupuk pembentukkan semangat patriotisme di kalangan murid-murid di sekolah rendah, guru perlu menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan matlamat sebenar. Misalnya, berasakan aktiviti berkumpulan seperti simulasi, kerja projek, permainan, perbincangan, lakonan, drama dan lawatan yang mana guru perlu menyelitkan unsur-unsur tertentu untuk menerapkan unsur patriotisme.

Unsur Patriotisme diterapkan secara berperingkat-peringkat dari murid mula mengenal dan mengesan peranan dan tanggungjawab kepada diri, keluarga, sekolah dan masyarakat hinggalah ke peringkat murid menyedari dan menghayati peranan dan tanggungjawab kepada negara. Kesedaran ini dipupuk supaya murid menanam rasa ingin berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang positif yang boleh membantu keluarga, masyarakat dan negara. Mata pelajaran ini dapat membentuk, memupuk dan merangsang pembentukan patriotisme melalui pendedahan yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan yang mana ianya merentas daripada aspek dirinya sendiri sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Pendekatan ini memupuk nilai patriotik dari tahap mikro dan mengembangkannya ke peringkat makro sebagai satu kekuatan untuk membina individu dan bangsa Malaysia.

Mata pelajaran Kajian Tempatan adalah pendukung utama pemupukan semangat patriotik di sekolah rendah. Dalam pengajaran dan pembelajaran, penekanan perlu dibuat supaya murid dapat menyayangi keluarga, jiran dan

Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan LRK 4013

persekitaran sekaligus menghormati masyarakat, patuh kepada pemimpin, taat kepada raja dan sentiasa mendaulatkan undang-undang. Pendekatan yang sesuai khususnya pembelajaran koperatif dan inkuiri penemuan amat

dititikberatkan dalam memupuk semangat patriotosme di kalangan murid-murid. Pengalaman pembelajaran ini sedikit sebanyak akan membentuk murid yang setia kepada negara dan bangga sebagai rakyat Malaysia ( Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR 2004 ).

Selain daripada itu, melalui topik yang diperkenalkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan misalnya Topik 9 Sumber Negara yang mana ianya memperkenalkan jenis-jenis sumber yang dapat membantu murid-murid dalam pembentukan unsur patriotisme seperti berbangga dan bersyukur dengan wujudnya pelbagai sumber yang dapat dinikmati oleh rakyat negara ini sekaligus menghargai usaha mendapatkan pelbagai sumber. Manakala dari segi pengenalan topik Tokoh dan Pemimpin dalam Perihal Setempat Tahun 4, muridmurid dapat mengetahui sumbangan tokoh-tokoh mengikut bidang yang diceburi seperti bidang pendidikan yang memberi sumbangan membimbing dan mendidik anak-anak penduduk setempat serta tokoh dalam bidang perjuangan dapat berkorban harta benda dan nyawa demi kesejahteraan penduduk dan negara. Hal ini dapat membantu guru untuk menyemai semangat patritisme dengan menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.

Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan LRK 4013

Di samping itu, mata pelajaran Kajian Tempatan ini juga dapat membentuk, merangsang serta memupuk semangat patriotisme bagi muridmurid di peringkat sekolah rendah melalui aktiviti lawatan yang dijalankan peringkat sekolah. Misalnya, murid-murid membuat lawatan ke tempat tertentu seperti muzium, zoo negara, sekolah rendah yang lain dan kawasan perkampungan yang bersih dengan pengawasan guru Kajian Tempatan itu sendiri. Aktiviti ini mampu mendorong murid untuk meneroka dan menyemai semangat cintakan negara, menjaga khazanah, memelihara alam sekitar daripada tercemar dan melihat kehidupan yang harmonis sekaligus mengambil ikhtibar daripada pemerhatian yang dijalankan.

Dalam topik rumah dan keluarga, guru sebagai pembimbing semasa proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya dapat membantu murid-murid untuk memupuk semangat patriotisme. Menerusi topik ini, murid akan mengetahui dan memahami tentang rumah sebagai tempat perlindungan, tempat tinggal, konsep keluarga asas dan keluarga kembangan, cara hidup dan perubahan yang berlaku dalam keluarga selain daripada menyentuh tentang peranan dan tanggungjawab murid terhadap rumah dan keluarga. Selain daripada itu, pendekatan yang dilakukan oleh guru seperti meminta murid menghasilkan sesuatu yang berunsurkan seni, bercerita dan mengaplikasikan topik tersebut dalam kehidupan seharian dapat membentuk perasaan sayang kepada anggota keluarga dan berasa bangga terhadap keluarga yang dimiliki dengan keistimewaan keluarga masing-masing.

Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan LRK 4013

Manakala dalam topik kejiranan, terlalu banyak signifikan yang boleh diterapkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah rendah. Hal ini dapat dilihat melalui subtopik latar belakang jiran yang mampu memperkenalkan jiran sebagai anggota keluarga yang terdekat sekaligus melahirkan sikap toleransi, hormat-menghormati, bekerjasama untuk melahirkan semangat kekitaan dan setiakawan terhadap jiran sekeliling. Subtopik ini juga dapat membantu mewujudkan nilai-nilai murni lain yang mencakupi nilai sejagat seperti memupuk perasaan kasih sayang dan prihatin sesama jiran selaras dengan hasrat ke arah masyarakat penyayang, sakinah dan madani. Dalam topik ini, guru boleh memperkenalkan aktiviti yang menarik minat murid untuk membantu penglibatan dalam bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan. Misalnya, mengadakan aktiviti drama atau lakonan yang bertemakan konsep jiran yang mana ianya perlu berasaskan kepada masyarakat yang terdapat di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Aktiviti tersebut dapat membantu murid untuk mengenal kaum di Malaysia sekaligus menyedari kebajikan dan keselamatan jiran adalah tanggungjawab bersama.

Seterusnya, topik Mengenal Negara Kita juga banyak menerapkan unsur patriotisme di kalangan murid sekolah rendah. Murid-murid akan mengetahui identiti negara untuk menyemai semangat cintakan tanah air. Terdapat pelbagai jenis identiti negara yang dapat diklasifikasikan dalam subjek ini seperti lagu, bendera, jata dan mercu tanda negara Malaysia. Nyanyian Lagu Negaraku dapat dijadikan aktviti yang baik dalam merangsang pembentukan patriotisme dalam

Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan LRK 4013

diri murid sekolah. Guru boleh mengadakan pertandingan nyanyian lagu patriotik di antara kumpulan yang dibentuk dalam bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan dengan merakam nyanyian murid dalam pita rakaman kemudian memperdengarkan lagu tersebut. Seterusnya,

membincangkan lirik lagu tersebut dan meminta murid dalam kumpulan untuk mencipta sajak yang bertemakan Jalur Gemilang dan wakil kumpulan hendaklah mempersembahkan puisi tersebut. Guru juga boleh meminta murid untuk memahami maksud alur, warna dan lambang pada Jalur Gemilang selain daripada mengenali lagu rasmi setiap negeri yang terdapat di Malaysia. Dalam pengajaran dan pembelajaran ini, terdapat banyak unsur patriotisme yang diperolehi seperti menghormati dan menghayati Lagu Kebangsaan dan bendera Malaysia (Jalur Gemilang).

Selain daripada itu, murid-murid juga dapat mempelajari Sejarah Negara Kita pada Tahun 5 yang mana dalam topik ini banyak menyentuh tentang sejarah negara, pengorbanan tokoh-tokoh terhadap perjuangan negara seperti pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu Parameswara, Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah, Sultan Alaudin Riayat Shah, Tun Perak, Hang Tuah dan Tun Fatimah. Di samping itu, topik ini juga mengemukakan tokoh-tokoh yang telah menyubang ke arah kemerdekaan dan pembangunan negara, Sejarah Awal Sabah dan Sarawak, Zaman Penjajahan, Kemerdekaan dan Penubuhan Malaysia, Warisan Sejarah sehinggalah penubuhan Malaysia ( Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR Tahun 5, 2004 ). Senario ini jelas

Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan LRK 4013

menunjukkan bahawa mata pelajaran Kajian Tempatan mempunyai pelbagai unsur patriotisme yang boleh diserapkan kepada murid-murid sekolah rendah. Bagi meningkatkan tahap semangat patriotisme di kalangan murid, guru perlu mengadakan aktiviti yang bersesuain dengan tema seperti lawatan ke muzium bagi memberi gambaran yang sebenar kepada murid. Misalnya, bagi subtopik tokoh yang menentang penjajah dapat melahirkan unsur patriotisme seperti menghargai jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan dan

menanamkan semangat kebangsaan. Murid juga dapat mengetahui perkara penting dalam perjuangan ke arah pembentukan Malaysia, menghargai warisan sejarah yang terdapat di negara kita sekaligus berusaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan ( Buku Teks Kajian Tempatan m.s 33-37 ).

Seterusnya, bagi topik Kebudayaan dan Kesenian, guru hendaklah mengambil langkah seperti membawa murid ke tempat pameran , membuat persembahan mengikut kesenian yang terdapat di Malaysia dan

memperkenalkan jenis permainan moden dan tradisional, pakaian mengikut kaum dan menunjukkan gambar tentang seni mempertahankan diri. Dalam pengajaran dan pembelajaran ini memerlukan penglibatan murid secara maksimum bagi memberi gambaran yang sebenar tentang jenis kebudayaan dan kesenian di negara kita. Melalui aktiviti ini, murid dapat menghayati kekayaan negara dengan warisan budaya dan pakaian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa serta bersyukur dengan beraneka jenis makanan yang terdapat di Malaysia.

Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan LRK 4013

Penghayatan yang tidak kental terhadap falsafah, matlamat dan objektif mata pelajaran Kajian Tempatan menyebabkan mata pelajaran ini dipandang ringan serta dipinggirkan oleh sesetengah pihak. Walhal ia adalah salah satu daripada subjek teras di dalam pengajian peringkat rendah sebagaimana dalam Jadual 1 Subseksyen 18 (2) Peraturan-peraturan Pendidikan 1997, Kurikulum Kebangsaan. Justeru itu, semua pihak hendaklah memberi komitmen secara koperatif bagi meningkatkan dan memartabatkan mata pelajaran ini daripada terus dipinggirkan. Natijah yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan melalui pemupukan patriotisme dalam diri murid serta warga pendidik. Selain itu, mata pelajaran ini juga hendaklah berpusat kepada murid dan berorientasikan aktiviti. Bagi menjana warganegara yang cintakan tanah air serta berbangga menjadi warganegara Malaysia, penghayatan terhadap sejarah perjuangan bangsa membina negara perlu ditanamkan sedalam-dalamnya di jiwa mereka bermula dari sekolah rendah lagi sekaligus dapat membina tamadun dan menjulang martabat negara ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan LRK 4013

SUMBER RUJUKAN Ahmad Fawzi Hj. Mohd. Basri, Abibullah Hj. Samsudin, Mohd.Bashah Abd. Razak (2000). Buku Teks KBSR Kajian Tempatan Tahun 6. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Hammal Umar (2005). Ulangkaji Total Kajian Tempatan PKSR. Sasbadi Sdn. Bhd: Petaling Jaya, Selangor. Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR Tahun 4, 5, 6. Kementerian Pendidikan Malaysia:Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Teks Tambahan Kajian Tempatan KBSR (SEMAKAN) Tahun 6. Kementerian Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR. Kementerian Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur.

http://www.altavista.com http://www.cari.com.my http://www.myschoolnet.ppk.kpm.my/indexg.htm