Anda di halaman 1dari 13

ULASAN REFLEKSI Berdasarkan artikel Teaching Children Hygiene Using Problem Based Learning: The Story Telling Approach

to Games Based Learning, refleksi melalui penulisan ini lebih menjurus kepada pembelajaran kanak-kanak untuk menjaga kesihatan diri mereka dalam bentuk atau pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah yang mempunyai beberapa peringkat perlu disempurnakan untuk mencapai matlamat dan tujuan terhadap masalah tersebut. Melalui artikel tersebut, seorang pendidik perlu bijak dalam mengaplikasikan kaedah pembelajaran dan pengajaran ke atas para pelajar bagi menarik minat mereka untuk terus mengikuti perjalanan pengajaran dan pembelajaran guru tersebut. Kajian terbaru telah menunjukkan bahawa terdapat banyak cara pengajaran melalui permainan boleh membantu pembelajaran. Melalui artikel tersebut, perbicaraan mengenai pendekatan melalui permainan ini diperjelaskan oleh tokoh Scotland yang menggunakan permainan komersial seperti Neverwinter Nights, Guitar Hero, Nintendogs dan Endless Ocean sebagai titik permulaan bagi guru untuk mempersiapkan tema pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh Pendidikan Kesihatan. Hal ini kerana bentuk permainan yang cuba dilakukan dalam pengajaran tidak mengajar dan menyampaikan kepada para pelajar secara langsung. Sebaliknya pembelajaran ini cuba diwujudkan dengan mengaplikasikan kawasan sekeliling sebagai pengalaman pembelajaran kepada para pelajar dengan menyelesaikan setiap masalah melalui pengaplikasian kawasan sekeliling. Fenomena ini dibuktikan apabila para pelajar boleh mendapat pemahaman isi pelajaran sebenar daripada kaedah permainan melalui teknik penyelesaian masalah dengan membuat hubung kait terhadap alam sekeliling. Secara tidak langsung, seseorang guru akan cuba menggunakan bahan bantu mengajar dengan menjadikan pelajaran di luar permainan untuk mengajar bagi mencapai Hasil Pembelajaran.

Proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kesihatan khususnya tajuk pengajaran Menjaga Kebersihan Diri Kanak-Kanak diterangkan dalam artikel tersebut melalui beberapa pendekatan yang lebih spesifik. Melalui model pengajaran menggunakan aplikasi eBug ini, seseorang guru dapat memilih mekanik permainan yang sesuai dengan kaedah Pedagogi pengajaran mereka kepada setiap pelajar. Konsep pengajaran menggunakan teknik ini

dilaksanakan dengan membentuk satu kumpulan yang berfokus kepada 15 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan.

PENGENALAN.

Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum. Pembelajaran secara berterusan melalui proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti. Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat sihat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kesihatan Diri dan Keluarga, Gaya Hidup Sihat dan Keselamatan Persekitaran.

Tiga tunjang ini membantu mencapat matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan. Murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan agar dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial. Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ketahap optimum. Dalam melaksanakan program Pendidikan Kesihatan di sekolah rendah, modul ini dihasilkan berasaskan beberapa konsep untuk membolehkan murid menguasai Pendidikan Kesihatan. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan secara pembelajaran berasaskan masalah (PBL), permainan pengembaraaan dan penggabung jalinan. Konsep tersebut dizahirkan dalam modul pengajaran dan pembelajaran. Melalui konsep ini, pendekatan Pendidikan Kesihatan yang diajar guru menjadikan tema Kesihatan Diri dan Keluarga sebagai tajuk kajian ke atas Modul ini. Pemilihan subtopik ini dijadikan sebagai kajian untuk membantu guru melaksanakan konsep pengajaran PBL bagi membolehkan murid meneroka dan menggerakkan mereka ke arah mencapai tahap kesihatan yang optimum dan kesejahteraan hidup.

TUNJANG 1 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

UNIT 1.1: KESIHATAN DIRI HASIL PEMBELAJARAN Murid dapat : ARAS 1 Mengenal pasti organ-organ BIDANG PEMBELAJARAN Manusia mempunyai sistem pembiakan untuk memanjangkan zuriat. Amalan asas kesihatan perlu dalam dalam mengurus kesihatan diri. Sistem pencernaan membantu dalam fizikal akil pertumbuhan perkembangan tubuh badan. 1.1.1 Pengenalan tentang amalan asas manusia: (i) Lelaki (ii) Perempuan 1.1.2 Seksualiti: (i) Akil baligh (ii) Perubahan fizikal 1.1.3 Pengurusan kesihatan diri (i) Amalan asas kesihatan: ARAS 2 Menghuraikan tentang perubahan fizikal lelaki dan perempuan pada peringkat akil baligh. Menerangkan fungsi sistem pencernaan. ARAS 3 Menceritakan tentang sistem pencernaan. Penjagaan kebersihan diri khasnya organ seksual. Pemeriksaan kesihatan. sistem pembiakan

sistem pembiakan manusia. Menyatakan baligh. Menyatakan tanda-tanda

kesihatan harian dari segi penjagaan kebersihan diri, pakaian, alat keperluan diri. Menyatakan bahagian bahagian sistem pencernaan manusia.

(ii) Alatan keperluan diri: Tuala wanita Pakaian dalam Sabun dan bedak Syampu

1.1.4 Mengetahui sistem pencernaan: (i) Bahagian pencernaan. (ii) Fungsi sistem pencernaan BAHAN BANTU BELAJAR Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran: Poster / Replika Carta Sistem Pencernaan Poster / Replika Carta Sistem Pembiakan Lelaki dan Perempuan Alat keperluan diri, contohnya, berus gigi, syampu, bedak, sikat rambut. OBJEKTIF 1. Kognitif: Menyenaraikan perubahan bahagian sistem

fizikal yang dialami oleh remaja. 2. Kognitif: diri. 3. Kognitif: Menyenaraikan cara penjagaan dan menjaga kesihatan tubuh badan 4. Afektif: Menghargai dan menjaga Membincangkan kebersihan

kesihatan diri NILAI Kesyukuran Menghargai diri AKTIVITI Guru boleh merujuk cadangan berikut bagi mencapai hasil pembelajaran. Guru juga

Bertanggungjawab terhadap kebersihan boleh mencadangkan aktiviti pembelajaran diri lain mengikut kebolehan murid berasaskan pembelajaran berdasarkan masalah.

PERBENDAHARAAN KATA Akil baligh Sistem pencernaan Sistem pembiakan Fizikal

Memeriksa setiap kebersihan diri murid. Merekodkan penjagaan tentang diri kesihatan dan

pelajar

dengan

memberikan senarai penjagaan diri. Bercerita tentang penjagaan kebersihan diri. Menggunakan poster / replika sistem pembiakan. Menunjuk cara pengurusan tuala wanita. Menggunakan poster / replika sistem pencernaan.

Mencari maklumat daripada pelbagai media. Berbincang tentang alatan keperluan diri Menyanyikan lagu Gosok Gigi (3 minitrujuk lirik lagu dalam Lampiran 1)

Tayangan video cerita kanakkanak Mari Kita Gosok Gigi (11 minit dipetik dari www.youtube.com)

Simulasi

3.0 PBL Pernyataan Masalah. Berdasarkan tema tajuk pemilihan yang dikaji, konsep pengajaran Pendidikan Kesihatan dilakukan dengan mengenal pasti masalah ke atas tajuk pengajaran tersebut. Modul ini menjadikan guru memilih tajuk kajian ke atas masalah kesihatan diri dan keluarga. Berdasarkan contoh rancangan pengajaran harian, guru mengenal pasti masalah pengajaran untuk menerangkan dan memahamkan para pelajar tentang organ-organ dalam sistem pembiakan manusia. Selain itu juga, guru cuba membantu pelajar untuk menyatakan tentang amalan asas kesihatan harian diri mereka dari segi penjagaan kebersihan diri, pakaian, dan alat keperluan diri. Tajuk tema tersebut juga menjelaskan bahawa penyataan masalah dalam proses pengajaran PBL turut menyentuh mengenai bagaimana para pelajar bijak menghuraikan tentang perubahan fizikal lelaki dan perempuan pada peringkat akil baligh mereka serta menceritakan tentang sistem pencernaan mereka. Pengasingan penyataan masalah yang disenaraikan oleh guru membawa kepada resolusi untuk menyelesaikan masalah tersebut dalam pengajaran. Berdasarkan sampel rancangan pengajaran harian tersebut, modul rancangan pengajaran tersebut menjelaskan setiap hasil pembelajaran mengikut aras perlu dicapai oleh para pelajar diakhir pengajaran. Melalui hasil pembelajaran tersebut, guru akan cuba menyenaraikan bentuk persoalan bagi menimbulkan

pelbagai bentuk masalah agar para pelajar berjaya menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai contohnya dalam rancangan pengajaran Pendidikan Kesihatan bertajuk kesihatan diri dan keluarga, antara bentuk penyataan masalah yang timbul ialah bagaimana para pelajar akan dapat menceritakan tentang sistem pencernaan mereka. Guru akan bertindak memudah carakan aktiviti tajuk tersebut melalui konsep pengajaran PBL bagi mencapai hasil pembelajaran dalam pengajaran mereka. Proses pembentukan penyataan masalah ini dalam teknik pengajaran PBL seperti yang diterangkan dalam artikel Teaching Children Hygiene Using Problem Based Learning: The Story Telling Approach to Games Based Learning diwujudkan melalui beberapa bentuk persoalan. Bentuk-bentuk persoalan ini ditimbulkan melalui capaian hasil pembelajaran diakhir pengajaran. Contohnya dalam mencapai aras 1 bagi pengajaraan tajuk kesihatan diri dan keluarga iaitu bagaimana para pelajar mengetahui tentang organ-organ dalam sistem pembiakan manusia. Guru akan bertindak menunjukkan poster atau replika sistem pembiakan manusia seperti dalam rajah 1. Melalui alat bantu mengajar tersebut, guru akan bertindak mewujudkan persoalan jenis-jenis organ pembiakan bagi lelaki dan perempuan kepada para pelajar.

Rajah 1: Sistem Pembiakan Lelaki dan wanita

4.0 PBL Hipotesis. Berdasarkan contoh rancangan pengajaran harian yang dihasilkan guru, PBL hipotesis diwujudkan bagi memberikan kesimpulan awal kepada para pelajar untuk membuktikan sama ada kesimpulan awal sama dengan hasil dapatan kajian. Menurut ??, hipotesis ini hadir bagi membolehkan para pelajar bergerak bersama-sama untuk cuba mencapai dan membuktikan kenyataan awal yang dijadikan sebagai hipotesis. Hipotesis ini juga turut menjadikan garis panduan awal kepada guru dan pelajar untuk cuba membuktikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancang di dalam rancangan pengajaran harian. Pada masa yang sama juga, guru dan pelajar bertindak pelajar hypothesise penyelesaian yang berpotensi kepada masalah ini dan mengenal pasti satu untuk meneruskan

Sistem pembiakan lelaki merupakan satu siri organ yang terletak di luar tubuh berhampiran dengan kawasan pelvis lelaki. Peranan lelaki dalam pembiakan ialah pemancutan sperma ke dalam faraj perempuan. Sperma itu mensenyawakan telur dalam tubuh perempuan, dan telur yang tersenyawa akan mengembang menjadi fetus, dan kemudian dilahirkan sebagai bayi. Testis Setiap lelaki mempunyai dua biji testikel yang terletak di dalam pundi yang digelarkan skrotum. Skrotum pula terletaknya di luar rongga abdomen lelaki kerana suhu badan dalam tubuh adalah terlalu tinggi untuk menghasilkan sperma yang berdaya hidup. Di atas organ ini ialah epididimis yang merupakan tempat simpanan untuk sperma yang dihasilkan. Sewaktu fetus, testis memulakan perkembangannya di dalam rongga abdomen tetapi akan menurun ke dalam pundi skrotum semasa dua bulan terakhirnya sebelum dilahir. Zakar Zakar mempunyai rakis yang panjang serta hujung yang lebih besar. Hujung ini digelarkan glans penis. Zakar ialah organ persetubuhan lelaki. Sewaktu syahwat lelaki

dibangkitkan, zakarnya akan menjadi tegang dan tersedia untuk persetubuhan. Ketegangan ini

terjadi kerana sinus darah di dalam tisu erektil zakar diisikan dengan darah. Arteri arteri zakar akan mengembang, sedangkan vena akan memampat, supaya darah dapat mengalir ke dalam tisu erektil di bawah tekanan. Sperma Sperma yang matang mempunyai tiga bahagian: kepala, bahagian tengah dan ekor. Ekor sperma terdiri daripada mikrotubul yang membentukkan silium dan flagelum, sedangkan bahagian tengah mengandungi mitokondria yang menghasilkan tenaga. Kepalanya mengandungi 23 kromosom di dalam nukleus. Hujung nukleus itu diliputi dengan penutup yang dipanggil akrosom dan mengandungi enzim yang diperlukan untuk memecahkan telur bagi persenyawaan. Seorang lelaki yang normal biasanya menghasilkan beberapa ratus juta sperma setiap hari. Sperma dihasilkan secara berterusan sepanjang hayat pembiakan lelaki, walaupun

penghasilannya menyusut dengan umur. Rajah 1 menunjukkan sperma dalam sistem pembiakan lelaki.

A = akrosom B = nukleus C = mitokondria D = mikrotubul Kepala Tengah Ekor Rajah 2: Sperma Secara ringkasnya, struktur dan fungsi sistem pembiakan lelaki ditunjukkan dalam Rajah 2 yang berikut.

Rajah 3: Struktur dan fungsi sistem pembiakan lelaki

1.2 Sistem Pembiakan Perempuan

Rajah 4: Sistem Pembiakan Perempuan Sistem pembiakan perempuan mengandungi dua bahagian utama:

Faraj dan uterus, yang bertindak sebagai bekas untuk sperma lelaki; dan Ovari yang menghasilkan ovum; secara amnya, kesemua ovum dicipta sewaktu dilahir.

Sistem pembiakan perempuan selalu merupakan bahagian dalaman. Faraj membuka ke luar di vulva yang juga merangkumi labium, kelentit dan uretra. Ia bersambung dengan uterus melalui serviks, sedangkan uterus bersambung dengan ovari melalui salur falopia. disenyawakan, ovum itu akan dikeluarkan daripada sistem perempuan melalui haid. Faraj Faraj merupakan saluran berbentuk tiub dari uterus ke luar badan. Is merupakan tempat di mana air mani lelaki dibubuh dalam tubuh perempuan sewaktu persanggamaan. Jika tidak

Serviks
Rencana utama: Serviks Serviks merupakan bahagian bawah uterus yang sempit di mana ia bersambung dengan hujung faraj yang atas. Ia berbentuk silinder ataupun kon dan terjulur melintasi bahagian anterior atasan bagi dinding faraj. Lebih kurang setengah daripada panjangnya dapat dilihat, sedangkan yang bakinya tersembunyi di atas faraj.

Uterus

Rencana utama: Uterus Uterus atau rahim ialah organ pembiakan perempuan yang utama. Satu hujungnya membuka kepada faraj melalui serviks, sedangkan hujung yang lain bersambung di kedua-dua belah uterus kepada salur-salur falopia. Sebahagian besar uterus terdiri daripada otot yang dikenali sebagai miometrium. Fungsi utamanya ialah untuk menerima ovum tersenyawa yang akan melekat pada endometrium untuk mendapat makanannya daripada salur darah yang berkembang semata-semata untuk tujuan ini.

Ovum tersenyawa akan berkembang daripada peringkat embrio menjadi fetus dan kemudian dilahirkan sebagai bayi.

Salur falopia
Rencana utama: Salur falopia Salur falopia ataupun oviduktus merupakan dua tiub halus yang menghubungkan ovari dengan uterus. Sewaktu ovum menjadi matang, folikel serta dinding ovari akan pecah dan membenarkan ovum melepaskan diri untuk kemasukan ke dalam salur falopia. Di sini, ia akan tiba di uterus melalui bantuan silia yang terletak di lapisan dalaman tiub yang menolakkannya. Perjalanan ini boleh mengambil masa berjam-jam ataupun berhari-hari. Jika ovum disenyawakan semasa di salur falopia, ia akan melekat pada endometrium sewaktu bertiba di uterus. Perlakuan ini menandakan permulaan kehamilan.

Ovari
Rencana utama: Ovari Ovari ialah organ perempuan yang menghasilkan ovum atau telur. Proses untuk melepaskan ovum ke dalam salur falopia digelarkan pengovulan. Pengovulan terjadi secara berkala dan memberi kesan yang langsung kepada jangka kitaran haid. Selepas pengovulan, ovum akan bergerak ke uterus melalui salur falopia. Kehamilan akan terjadi jika ia disenyawakan oleh sperma dalam perjalanan itu ke uterus.

Banding Beza - Sperma dan ovum Persamaan


Sperma 1. Merupakan sel pembiakan 2. Dihasilkan dalam badan manusia 3. Mempuyai nukleus Ovum 1. Merupakan sel pembiakan 2. Dihasilkan dalam badan manusia 3. Mempunyai nukleus

Perbezaan
Sperma 1. Sel pembiakan lelaki 2. Sel terkecil dalam badan manusia 3. Mempunyai bahagian ekor untuk bergerak 4. Dihasilkan oleh individi lelaki 5. Boleh hidup selama 72 jam dalam badan wanita 6. Berbentuk seperti berudu Ovum 1. Sel pembiakan wanita 2. Sel terbesar dalam badan manusia 3. Tidak mempunyai ekor

4. Dihasilkan oleh invidiu wanita 5. Boleh hidup selama 24 jam dalam badan wanita 6. Berbentuk bulat

e-Bug adalah satu projek yang dibiayai oleh Suruhanjaya Eropah yang bertujuan untuk mengurangkan penggunaan antibiotik yang tidak sesuai dan meningkatkan kebersihan tangan dan pernafasan melalui pendidikan golongan muda dalam 17 Eropah Negara. e-Bug mensasarkan dua kumpulan umur, 9-12 tahun berusia dan 13-15 tahun berusia. Bagi setiap zaman ini kumpulan, terdapat satu pek pendidikan untuk kegunaan bilik darjah dan permainan dalam talian yang boleh dimainkan semasa

masa kelas atau dalam masa sendiri budi bicara murid. Los dipersetujui oleh guru-guru dan pakar domain dari setiap negara rakan telah digunakan untuk menentukan keperluan untuk kedua-dua pek dan permainan.