Anda di halaman 1dari 15

TUGASAN BERKUMPULAN 1.

Sejarah dan penulisan Rasm Uthmani RASM UTHMANI - PENDAHULUAN Al- Quran ialah kalamullah yang mengandungi mukjizat dan kepada Nabi Muhammad diturunkan

s.a.w , melalui pengantaraan Jibril a.s , ditulis dalam

mashaf serta dipindahkan kepada kita secara mutawatir malah menjadi ibadat kepada sesiapa yang membacanya. Al-Quran juga merupakan sebuah kitab suci yang syumul sifatnya. Ditanzilkan oleh Maha Pencipta yang sangat mengetahui akan kehendak serta keperluan manusia . Oleh yang demikian , Allah S.W.T turunkan Al-Quran sebagai kitab panduan bagi manusia yang merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan kehidupaan mereka. Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia, manusia dengan Al-Kholiq dan manusia dengan alam sekitar. Demikian juga ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia , seperti pendidikan, falsafah, hukum, perundangan, tauhid, perubatan, pertanian, sains, geografi, sejarah, pentadbiran, politik, sosial dan lain-lain, semuanya terkandung dalam Kitab Al-Quran. Rasm Uthmani Merupakan suatu ilmu yang membahaskan kaedah serta cara penulisan huruf-huruf dan kalimah-kaliamah Al-Quran. Penyeragaman kaedah penulisannya , adalah bertujuan untuk mengekal dan memelihara ketepatan bacaan Qiraat Tujuh atau Qiraat Sepuluh yang mutawatir daripada Rasululllah s.a.w . Sekiranya kaedah tulisan ini tidak bersumberkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a , sudah tentu ia tidak sesuai lagi digunakan salam penulisan mushaf , kerana secara zahirnya seolah-olah terdapat bebeerapa kesalahan yang berlaku dalam penulisan . Jelasnya terdapat banyak rahsia dan hikmah yang terkandung dalam penulisan ini sehingga Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a begitu mengambil berat terhadap penulisan ini . RASM UTHMANI SUMBER DAN SEJARAH Allah S.W.T menurunkan Al-Quran bagi dijadikan sebagai panduan hidup manusia dan menjadi rujukan utama ummat Islam disamping Sunnah Rasulullah

s.a.w . Ianya diturunkan dengan perantaraan Malaikat Jibril a.s bermula dari tanggal 17 Ramadhan. Firman Allah S.W.T dalam Surah As-Syura , ayat 192 195 , bermaksud : Dan sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar diturunkan oleh tuhan semesta alam, dibawa turun oleh Ar-Ruhul Amin ( Jibril ) kedalam hatimu ( Muhammad )supaya kamu menjadi salah seorang diantara orang yang member peringatan dengan bahasa Arab yang jelas. Setiap ayat yang dibawa oleh Jibril a.s akan dihafaz oleh baginda Rasulullah s.a.w , kemudian baru dibacakan kepada para sahabat. Baginda mengulangi bacaan ketika Qiyammullail dan solat , malah satiap setahun sekali , baginda akan ditasmik bacaannya oleh Jiril a.s secara bertadarrus. Sebagaimana Rasulullah s.a.w , para sahabat juga turut menjadi panghafaz (huffaz). Antara huffaz yang terkenal adalah seperti empat orang Khulafa Ar-Rasyidin , Talhah, Ibnu Masud, Huzaifah, Abu Hurairah dan banyak lagi. Pada masa yang sama juga, Rasulullah s.a.w melantik beberapa orang sahabat sebagai penulis wahyu. Mereka akan menulisnya sebagai salah satu teori pembelajaran berkesan setiap kali wahyu diturunkan. Antara penulis yang terkenal adalah seperti Empat Khulafa Ar-Rasyidin, Muawwiyah, Khalid Al-Walid, Ubai bin Kaab dan Zaid bin Thabit. Penulisan diwaktu itu hanya ditulis pada kayu, batuan, kulit haiwan dan kainkain sahaja berikutan kertas belum ditemui. Al-Quran tidak dibukukan ( dalam satu mashaf ) sewaktu baginda Rasulullah masih hidup. Ini disebabkan oleh beberapa faktor , seperti : 1) Tiada kemudahan peralatan dalam penulisan 2) Ramai huffaz dan qurro yang masih hidup 3) Ada diantara ayat-ayat yang diturunkan adalah bersifat nasikh dan mansukh ( hukum atau ayat bertukar disebabkan perkara tertentu ) 4) Ayat-ayat Al-Quran tidak diturunkan sekaligus
5)

Setiap ayat-ayat yang diturunkan atas sebab sesuatu peristiwa, faktor dan perkara yang sedang atau telah berlaku.

Pada zaman Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a menjadi khalifah, ramai huffaz meninggal dunia dalam peperangan Yamamah iaitu seramai 70 orang . Lalu Saidina

Umar r.a mencadangkan

Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a supaya dihimpunkan

helaian ayat-ayat Al-Quran yang ditulis berasingan sebelumnya kerana bimbang akan kehilangannya dengan sebab kematian huffaz dan qurro tersebut . Pada mulanya beliau ragu-ragu kerana Rasulullah s.a.w tidak pernah melakukannya dan takut seandainya berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat Al-Quran. Selepas berbincang dengan teliti oleh para sahabat, atas alasan dan maslahah serta menyedari bahawa ia adalah satu wasilah agung untuk memudahkan mengahafaznya serta mengelakkan dari hilang dan luput , maka Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a bersetuju untuk dikumpulkan ayat-ayat suci Al-Quran . Maka dipanggil beberapa huffaz dan penulis wahyu zaman Rasulullah yang masih hidup , antaranya Zaid Bin Thabit, bagi meneruskan usaha penulisan AlQuran. Mashaf ini diserahkan kemudiannya kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a Selepas kewafatannya , diserahkan kepada Saidina Umar Al-Khattab r.a . Selepas beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah, isteri baginda Rasulullah s.a.w , yang juga merupakan anak kepada Saidina Umar Al-Khattab r.a sehingga kesaat pengumpulan dan penyusunan al-Quran pada zaman Khalifah Uthman r.a. Apabila berlaku pertentangan dari sudut bacaan ayat Al-Quran ( disebabkan oleh kemunculan ilmu Qiraat yang telah diizinkan oleh Rasulullah s.a.w sebelumnya) memaksa khalifah Uthman untuk membukukan Al-Quran . Maka dibentuk satu jawatankuasa penyelaras dalam usaha membukukannya. Pada peringkat awal, jawatankuasa penyelaras Al-Quran itu telah membukukan sebanyak 6 buah naskah untuk dipegang oleh beliau sendiri, senaskah kepada Kota Basrah, senaskah kepada kota Kufah, senaskah kepada kota Syam, sebuah ke kota Madinah , senaskah ke kota Makkah. Kemudiannya dibukukan lagi 2 naskah khas yang disalin terus dari naskh beliau untuk pegangan Sheikh Umar Dany dan Sheikh Abu Daud Sulaiman Bin Najah . Dua salinan baharu itu hanya digunakan tatkala timbulnya perselisihan berkenaan teks salinan sebenar kitab suci Al-Quran . Mashaf Uthmani asli yang dipegang oleh Saidina Uthman r.a serta dua salinan lagi, disalin megikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy. Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs Bin Sulaiman Bin Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim Bin Abi Najud Al-Kufi At-Tabie daripada Abi Abdil Rahman Abdillah Bin Habibi Sulami daripada Uthman Bin Affan , Ali Bin Abi Talib, Zaid Sabith dan Ubai Bin Kaab dan akhirnya daripada Muhammad Bin Abdullah ( Rasulullah s.a.w )

Manakala cara pembarisannya pula aadalah diambil dari apa yang diakui kesahihannya oleh para ulama seperti yang dibandingkan dalam kitab At-Tarazu Ala Dhabtil Kharazi karangan daripada Masyriqah ( masyarakat Al-Quran ) , gentian daripada tanda-tanda yang disepakati oelh orang Andalusia dan orang-orang Maghribi. Akhirnya terhasillah apa yang dinamakan Mashaf Uthmani , hasil dari penggebelingan tenaga oleh Zaid Bin Thabit sebagai ketua, Abdullah Bin Zubair , Saad Bin Ash dan Abdul Rahman Bin Harith Bin Hisyam . Akhirnya mashaf Uthmani itu bertebaran keseluruh pelusuk dunia yang menjadi panduan ummat Islam yang paling utama hingga ke hari ini.

2.

Jenis-jenis bacaan Al-Quran Al-Quran adalah merupakan Kalamullah dan mukjizat teragung Nabi kita Muhammad s.a.w. Jadi membaca al-Quran mempunyai adab-adabnya tersendiri mengikut kaedah-kaedah bacaan dan hukum tajwid. Terdapat empat jenis atau martabat bacaan al-Quran dari segi cepat dan perlahannya bacaan itu. Antaranya ialah bacaan tartil, tahqiq, hadar dan tadwir. Berkata Ibnu Jazari dalam ayyibah:

* *

Ertinya: Harus al-Quran itu dibaca dengan 3 jenis bacaan Tahqiq, Hadar, Tadwir. Membaca al-Quran dengan suara yang elok, dengan lagu arab secara tartil dan bertajwid dan dengan bahasa arab. 1) At-Tartil (

.
Ertinya: Membaca dengan lambat dan tenang, mengeluarkan setiap huruf dari makhrajnya dengan memberikan sifat-sifat yang dimilikinya, baik asli maupun mendatang (hukumnya) serta memperhatikan makna ayat. Bacaan yang perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat serta menurut hukum-hukum bacaan tajwid dengan sempurna, dan merenung makna, hukum dan pengajaran ayat. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang sudah mengenal makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan hukum-hukum tajwid. Bacaan inilah sepertimana yang dibacakan oleh Jibril a.s. ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Tempoh masa bacaan ini lebih kurang 40 hingga 50 minit dalam satu Juzu`.Tingkatan bacaan ini adalah yang paling baik dan lebih diutamakan kerana al-Quran itu diturunkan secara tartil dan telah sabit dari firman Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 32.:

A$s%ur t%!$# (#r xx. wqs9 tAh m R n=t b#u)9$# \'s#Hd Zoy nur 4 y79x 2 |Mm7s[Z9 m/ x8yxs ( # moY=?u Wx ur ?s?
32. Berkatalah orang-orang yang kafir: "Mengapa Al Quran itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?"; demikianlah[1066] supaya kami perkuat hatimu dengannya dan telah kami (Allah) membacanya (al-Quran) secara tartil (teratur dan benar). Maksudnya: Al Quran itu tidak diturunkan sekaligus, tetapi diturunkan secara berangsur-angsur agar dengan cara demikian hati nabi Muhammad s.a.w menjadi kuat dan tetap. dan firman Allah dalam surah al-Muzammil: ayat 4.

@o?uur tb#u)9$# x?s?


Ertinya: Dan Bacalah Al Quran itu dengan tartil perlahan-lahan lagi jelas.

2) At-Tahqiq (

.
Ertinya: Membaca seperti Tartil tetapi lebih tenang dan lambat. Bacaan ini adalah seperti bacaan Tartil juga tetapi ianya lebih lambat dan perlahan, seperti membetulkan bacaan huruf daripada makhrajnya, menepatkan kadar bacaan mad dan dengung. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang baru belajar bacaan al-Quran supaya dapat melatih lidah menyebut huruf dan sifat huruf dengan tepat dan betul. Sesuai tabaqah ini untuk guru-guru yang mengajar Al-Quran. Bacaan Taqiq ini adalah berlaku bagi mazhab Qiraat Hamzah dan Warsh yang bukan dari ariq Abahani. 3) Al-Hadar (

.
Ertinya: Membaca dengan cepat serta masih menjaga hukum-hukum tajwidnya. Bacaan jenis ini ialah bacaan yang cepat serta memelihara hukum-hukum bacaan tajwidnya. Bukan merempit akan tetapi apabila sampai tempat dengung dia dengung dan sampai tempat wakaf dia berhenti. Pada umumnya bacaan ini memakan masa 10 hingga 30 minit untuk satu Juz`. Kebiasaannya bacaan pada tingkatan ini adalah bacaan para penghafaz al-Quran yang mahu mengulang hafalannya. Ini adalah kerana mereka dapat mengulangi hafazan bacaan al-Quran dalam masa yang singkat. Dengan cara inilah dikisahkan bahawa Imam al-Syafi`i, setiap malam Ramadhan solat Tarawih dengan mengkhatamkan al-Quran sekali dalam satu malam. Jadi Beliau telah menunaikan solat Tarawih selama 5 jam atau 6 jam dan Beliau boleh mengkhatamkan Al-Quran. Bacaan adar adalah dengan membaca Mad Munfasil dengan 2 harakat seperti mazhab Ibnu Kathir, Abu Amr, Yaqub, Abu Jafar, Qalun dan Asbahani.

4) At-tadwir (

.
Ertinya: Tingkat pertengahan antara Tartil dan Hadar. Jenis yang terakhir ini adalah bacaan yang pertengahan antara tingkatan bacaan Tartil dan Hadar iaitu tidak terlalu cepat dan juga tidak sangat lambat, melainkan membacanya dengan kira-kira batas waktu 20 hingga 40 minit dalam satu Juz`. Namun tetap memelihara hukum-hukum bacaan Tajwid. Selalunya bacaan seperti ini dapat kita lihat di dalam solat Solat Terawih. Bacaan Tadwr adalah dengan membaca Mad Munfasil tidak lebih dari 6 harakat seperti mazhab Ibnu Amir dan Kisi. Pendek kata, semua jenis bacaan di atas tetap menitik beratkan hukum bacaan yang mengikut hukum-hukum tajwid walaupun dari jenis bacaan yang cepat. Ini bermaksud bahawa membaca al-Quran secara bertajwid itu adalah wajib diamalkan supaya bacaan al-Quran tidak terkeluar dari bacaan yang sebenarnya.

3.

Adab-adab dengan Al-Quran Al-Quran ialah kitab suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai panduan hidup umat Islam kearah kebenaran. Al-Quran merupakan santapan rohani kepada orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya. Orang yang membacanya diberi pahala. Oleh itu, diwajibkan menjaga adab-adab dengan Al-Quran. Adab dengan Al-Quran boleh dibahagikan kepada tiga iaitu adab sebelum, semasa dan selepas membaca Al-Quran. Adab sebelum membaca al-Quran Membaca al-Quran dalam keadaan berpakaian bersih, menutup aurat, suci daripada najis dan dengan duduk yang sopan dan tenang. Sebelum membaca al-Quran hendaklah berwudhuk dan dalam keadaan bersih tubuh badan serta mulut kerana yang di baca adalah ayat-ayat suci al-Quran. Tangan kanan hendaklah digunakan untuk mengambil kitab ini, manakala menggunakan kedua-dua belah tangan semasa memegang Al-Quran. Rasulullah bersabda,

mafhumnya : "Sesungguhnya mulut kamu itu laluan al-Qur'an, maka bersihkanlah ia dengan bersugi". Apabila wuduk terbatal, segeralah memberhentikan bacaan dan mengambil wuduk semula. Sunat berpakaian yang elok, bersih dan menutup aurat serta memakai bau-bauan. Imam Haromain berkata: "Orang yang membaca alQuran dalam keadaan najis, dia tidak dikatakan mengerjakan hal yang makruh akan tetapi dia meninggalkan sesuatu yang utama". Niat dengan ikhlas dan mendampingkan diri kepada Allah Membaca al-Quran perlu kepada keikhlasan dan kejujuran untuk menjadikan amalan itu agar kekal abadi sempurna lahir dan batin. Disamping itu, ia benar-benar dapat diterima oleh Allah s.w.t. dan dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNya sebagaimana diterangkan oleh Rasulullah S.A.W di dalam hadisnya yang bermaksud: "Sesungguhnya segala perbuatan yang dilakukan itu dengan niat dan sesungguhnya tiap-tiap manusia apa yang diniatkannya maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasulnya dan barangsiapa yang hijrahnya kepada dunia yang ia ingin memperolehinya atau kepada perempuan yang hendak dinikahinya maka hijrahnya itu kepada apa yang ia inginkan".

Duduk dengan tertib Tempat membaca al-Quran hendaklah suci. Afdhalnya di masjid, surau, musolla dan tempat lain yang dianggap bersih. Makruh membaca di jalanan atau di tepi jalan, di dalam bilik mandi, di pasar atau di tempat yang tak selayaknya dengan kesucian dan kemuliaan al-Qur'an. Menghadap kiblat dan mengharap pahala dan syafaat Hendaklah duduk mengadap kiblat dengan penuh khusyu', tenang dan ta'zim serta kepala tertunduk. Disamping itu, sentiasa megharapkan pengampunan Allah dan syafaat daripadanya. Jangan sekali-kali duduk seperti duduk orang yang takabbur. Adab semasa membaca Al-Quran

Membaca al-Quran dimulai dengan istiadzah dan Basmalah.

Sebelum

memulakan bacaan, bacalah dulu ta'awwuz. Allah berfirman yang bermaksud: Dan bila kamu akan membaca al-Quran, maka mintalah perlindungan kepada Allah daripada (godaan-godaan) syaitan yang terkutuk( A'uuzu billaahi minal-syaithaanilrajiim ). (Surah An-Nahl: Ayat 98). Bacaan ta'awwuz ini jika di khalayak boleh dibaca nyaring, tetapi jika tiada khlayak untuk mendengarnya, lebih utama (awla) diperlahankan bacaannya, iaitu seperti membacanya di dalam sembahyang.. Apabila ayat yang dibaca dimulai dari awal surah, selepas istiadzah terus membaca Basmalah dan apabila tidak di awal surah cukup membaca istiadzah. Khusus untuk surat At-Taubah, walaupun dibaca mulai awal surat tidak perlu membaca Basmalah. Cukup dengan membaca istiadzah saja. Membacanya dengan perlahan (tartil) dan tidak cepat agar dapat menghayati ayat yang dibaca. Sunat bacaan secara tartil, serentak dengan tadabbur (penelitian) dan tafahhum akan makna ayat-ayatnya. Allah berfirman, mafhumnya, "Dan bacalah al-Qur'an itu (mantapkan bacaan) dengan perlahan-lahan(tidak terlalu cepat)". (QS. 73 : 4), dan "Inilah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkat agar mereka mentadabburkan makna segala ayatnya dan agar mendapat pelajaran orang-orang yang berfikitan". (QS. 38:29). Kata Ibnu 'Abbas, "Aku baca surah al-Baqarah dan Ali 'Imran dengan tartil dan aku tadabburkan kedua surah itu . Ini lebih aku suka daripada membaca dengan pantas seluruh al-Quran". Apabila membaca ayat-ayat yang berkenaan, sunat beristighfar, bershalawat, bersyukur, minta berlindung atau berdoa dan sebagainya. Berkata 'Auf bin Malik, "Aku bersama dengan Rasulullah yang membaca surah al-Baqarah pada suatu malam. Baginda berhenti berdoa apabila membaca ayat mengenai rahmat dan meminta berlindung dengan Allah apabila membaca ayat mengnai azab".(HR. Abu Dawud dan al-Nisa`i). Daripada Huzaifah r.a. ia berkata ; Aku bersembahyang bersama Nabi Muhammad S.A.W. pada satu malam, baginda membaca Surah Al Baqarah kemudian An Nisaa' kemudian A-li 'Imraan. Baginda membaca secara terhenti-henti apabila sampai ayat tasbih maka baginda bertasbih dan apabila baginda membaca ayat tentang permohonan maka baginda memohon dan apabila membaca ayat mohon perlindungan maka baginda mohon berlindung dengan Allah S.W.T. ( Riwayat Muslim ).

Membaca al-Quran secara khusyuk dan tadabbur dengan menangis kerana sentuhan pengaruh ayat yang dibaca yang menyentuh jiwa dan perasaan. Firman Allah Ta'ala : Mengapakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataupun hati mereka terkunci.( Surah Muhammad - ayat 24 ).Firman Allah Ta'ala : Ini adalah sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan keberkatan supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya.( Surah Saad - ayat 29 ) Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: Bacalah al-Quran dan menangislah, apabila kamu tidak menangis maka usahakan menangis kerana ayat yang engkau baca. (Hadis Riwayat: Al-Bazzar). Allah s.w.t juga menjelaskan sebahagian daripada sifat hamba-Nya yang soleh dengan firman-Nya yang bermaksud: Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk. (Surah Al-Isra: Ayat 109). Rasulullah s. a. w bersabda, mafhumnya, "Bacalah al-qur'an serta menangis. Jika tidak menangis seberapa boleh menangislah". Kata Ibu 'Abbas, "Apabila kamu baca ayat Sajadah, maka jangan kamu segera sujud sehingga kamu menangis. Jika tidak menangis, hendaklah menangis di dalam hati". Sesungguhnya yang mendorongkan tangisan itu ialah menjadikan hati dukacita". Daripada dukacita itulah tercetusnya tangisan. Rasulullah bersabda, mafhumnya, "Bahawa al-qur'an itu diturunkan dengan dukacita, maka apabila kamu membacanya, hendaklah dengan hati yang dukacita". Timbulnya dukacita itu ialah dengan mengingati dan mengamati perbuatan yang dimurkai Allah serta mengingati kecuaian mentaati perintah dan tegahan-Nya, lalu tercetuslah tangisan. Diriwayatkan, bahawa menangis ketika membaca al-Qur'an itu ialah sifat orang-rang shalihin dan 'arifin. Membaguskan suara membacanya,sebagaimana sabda Rasulullah yang

bermaksud: Hiasilah al-Quran dengan suaramu. (Hadis Riwayat: Ahmad, Ibnu Majah & Al-Hakim). Dalam hadis lain dijelaskan: Tidak termasuk umatku orang yang tidak melagukan al-Quran. (Hadis Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim). Maksud hadis tersebut ialah membaca al-Quran dengan susunan bacaan yang jelas dan terang makhraj hurufnya, panjang pendek bacaan, tidak sampai keluar daripada ketentuan kaedah Tajwid. Membaca Al Quran secara baik, melagukannya serta memperelokkan suara. Firman Allah Ta'ala : Bacalah Al Quran itu dengan perlahanlahan.( Surah Al Muzammil - ayat 4. Daripada Abu Hurairah r.a. telah bersabda

Rasulullah S.A.W bermaksud : Bukan dari golonganku orang-orang yang tidak memperelokkan suaranya ketika membaca AlQuran. (HR Imam Bukhari). Daripada Abu Hurairah r.a. juga meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah menggalakkan kepada hambanya sebagaimana Allah memerintahkan Rasulullah S.A.W. supaya memperelok dan mengangkat suara ketika membaca Al Quran.( Riwayat Bukhari & Muslim ). Membaca al-Quran dengan berusaha mengetahui ertinya dan memahami inti daripada ayat yang dibaca dengan beberapa kandungan ilmu yang ada di dalamnya. Firman Allah bermaksud: Maka apakah mereka tidak memperhatikan alQuran, ataukah hati mereka terkunci? (Surah Muhammad: Ayat 24). Membaca al-Quran dengan tidak mengganggu orang sedang solat, dan tidak perlu membacanya dengan suara yang terlalu keras atau di tempat yang banyak orang. Bacalah dengan suara atau dalam hati secara khusyuk. Rasulullah bersabda bermaksud: Orang yang terang-terangan (di tempat orang banyak) membaca al-Quran, sama dengan orang yang terang-terangan dalam sedekah. (Hadis Riwayat Tirmidzi, Nasai, dan Ahmad). Dalam hadis lain dijelaskan: Ingatlah bahawa setiap hari dari kamu munajat kepada Rabbnya, maka janganlah salah satu daripada kamu mengganggu yang lain, dan salah satu daripada kamu tidak boleh mengangkat suara atas yang lain di dalam membaca (al-Qur'an). (Hadis Riwayat: Abu Dawud, Nasa'i, Baihaqi dan Hakim). Jangan jadikan ibadah yang dilakukan itu sia-sia kerana kita tidak mengendahkan sunnah Rasulullah dalam melaksanakan ibadah membaca al-Quran.

Membaca dan mendengarlah bacaan al-Quran. Jika ada yang membaca

al-

Quran, maka dengarlah bacaannya itu dengan tenang. Allah berfirman yang bermaksud: Dan tatkala dibacakan al-Quran, maka dengarlah dan diamlah, semoga kamu diberi rahmat. (Surah Al-Araaf: Ayat 204). Membaca al-Quran, boleh dilakukan secara bergantian dan yang mendengarnya haruslah dengan khusyuk dan tenang. Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tidaklah berkumpul suatu kaum di dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan saling mempelajarinya kecuali akan turun atas mereka ketenangan dan mereka diliputi oleh rahmat (Allah), malaikat

menyertai mereka, dan Allah membanggakan mereka di kalangan (malaikat) yang ada di sisi-Nya. (Hadis Riwayat: Abu Dawud) Melakukan sujud Tilawah (sujud Sajdah) pada saat selesai membaca ayat Sajdah, pada bila-bila masa saja, baik siang ataupun malam, jika pembacanya belum batal daripada wuduk. Tatacara pelaksanaannya dimulai daripada takbir, lalu sujud, kemudian membaca Subhaana Rabbiyal Alaa' (Maha Suci Rabb-ku Yang Maha Tinggi), lalu dilanjutkan dengan doa sujud Tilawah. Selepas itu bangkit daripada sujud tanpa takbir dan salam, kerana tidak ada riwayat daripada Nabi s.a.w mengenai hal itu, kecuali jika sujud Tilawah itu dilakukan di tengah-tengah pelaksanaan solat, maka ia bertakbir ketika sujud dan bangkit daripada sujud. Disahkan daripada Omar r.a. bahawa ia membaca di atas mimbar pada hari Jumaat Surah An Nahl sehingga sampai ayat sujud maka beliau turun dan sujud, orang ramai turut sujud bersama beliau. Sehingga apabila tiba hari Jumaat ia membaca surah tersebut dan apabila sampai kepada ayat sujud ia berkata : Wahai manusia sekelian, sesungguhnya kita melalui ayat sujud maka barangsiapa sujud ia beroleh pahala, dan barangsiapa yang tidak sujud tiada dosa baginya dan Omar r.a tidak sujud pada ketika itu.( Riwayat Bukhari ) Memperbanyakkan bacaan Al Quran dan berdoa selepas membacanya kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab doa. Dalam sebuah riwayat dijelaskan, bahawa sahabat apabila khatam membaca al-Quran, mereka berkumpul untuk berdoa dan mengucapkan: Semoga rahmat turun atas selesainya membaca alQuran. Daripada Abdullah Bin 'Amru beliau menceritakan :Rasulullah S.A.W. bersabda : Bacalah Al Quran dalam masa sebulan. Aku menjawab : Aku masih mampu. Rasulullah S.A.W. bersabda lagi : Bacalah ia dalam masa sepuluh hari. Aku menjawab: Sesungguhnya aku masih lagi mampu. Rasulullah S.A.W. bersabda lagi : Bacalah ia dalam masa tujuh hari dan jangan lebih dari itu.( Riwayat Bukhari dan Muslim ). Rasulullah bersabda, mafhumnya, "Barangsiapa membaca surah al-Tiin hingga akhir ayatnya, maka hendak berkata 'Balaa wa ana 'alaa dzaalika minalsyaahidiin' (Bahkan, dan aku daripada mereka yang menjadi saksi atas yang demikian itu); barang siapa membaca surah al-Qiyaamah samapi selesai pada ayat, 'Alaysa dzaalika biqaadirin 'alaa an yuhyiyal-mawtaa', maka hendaklah berkata, 'Balaa' (bahkan); dan barangsiapa membaca surah al-Mursalaat hingga akhir

ayatnya, maka hendaklah berkata, 'Aamannaa billaah' (Kami beriman dengan Allah)"- (HR. Abu Dawud dan al-Tirmizi). Al-Hakim meriwayatkan : Apabila selesai membaca ayat akhir surah al-Mulk, iaitu "Faman ya`tiikum bimaa`in ma'iin" (Maka siapakah yang memberikan kepada kamu air yang mengalir? , hendaklah berkata "Allaahu Rabul-'Aalamiin" (Allah Tuhan seantiru alam) dan apabila selesai membaca surah al-Dhuhaa, hendaklah mengucap takbir. Bacaan-bacaan tambahan tersebut, selain sunat dibaca oleh qari / qari`ah berkenaan, sunat juga dibaca oleh pendengar. Mengucup al-Quran adalah dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia juga hadiah kepada Allah SWT. Membaca dengan bertajwid dan bertaranum Apabila membaca Al Quran mengikut bacaan tertentu ( Qiraat ) maka perlu berterusan dengan mengikut bacaan tersebut tanpa mengubah kepada bacaan yang lain kerana ia merupakan salah satu adab daripada adab-adab bacaan Al Quran. Untuk menghormati atau memuliakan al-Qur'an, jangan teruskan bacaan semasa menguap, kerana menguap itu tabiat syaitan. Selesai menguap dengan sopan, barulah menyambung semula bacaan. Jangan tertawa atau bercakap bercampur-aduk dengan bacaan kecuali kerana satu-satu hajat yang penting. Justeru, bacaan sebaik-baiknya di tempat yang terasing agar tidak diganggu atau diajak bercakap oleh orang lain. Bagaiamana pun qari / qari`ah boleh memutuskan bacaannya untuk memberi salam atau untuk menjawab salam. Sunat memutuskan bacaan untuk tujuan berikut : 1. mengucap "Al-hamdulillaah" selepas bersin, 2. mengucap "Yarhamukallaah" kepada orang yang bersin, 3. menjawab azan, 4. bangun menghormati ketibaan orang alim, orang shalih atau orang yang dimuliakan, tetapi bukan dengan riyak. Bersederhana antara membaca dengan suara kuat dan perlahan firman Allah Ta'ala :Dan janganlah kamu menguatkan suaramu dalam solat dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah antara keduanya.( Surah Al Israa' - ayat

110 ). Daripada 'Uqbah Bin Amir r.a. berakata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:Orang yang membaca Al Quran secara perlahan-lahan seperti bersedekah secara sembunyi.( Riawayat Abu Daud dan Tarmizi dan An Nisai'e )( Tarmizi berkata :Hadis ini hasan )Keseluruhan bacaan sebaik-baiknya (afdhal) dengan suara nyaring jika bertujuan untuk didengar, disemak serta dimanfaatkan atau dihayati oleh orang lain, atau pun untuk mengawal konsentrasi diri sendiri terhadap bacaan atau untuk menghilangkan rasa jemu atau mengantuk. Sebaliknya, jika ditakuti menjadi riyak atau akan mengganggu orang yang sedang atau akan bersembahyang atau tidur, tidak digalakkan membaca nyaring, yakni membaca perlahan adalah lebih afdhal. Suatu masa di dalam masjid, Rasulullah pernah bersabda, mafhumnya: "Ketahuilah, setiap kamu bermunajat kepada Tuhan, maka janganlah menyakiti (mengganggu) antara satu sama lain dan jangan antara kamu mengangkat suara bacaan sehingga menggannggu yang lain. (HR. Abu Dawud). Dikatakan sunat juga suara bacaan alQur'an itu berselang-seli_sekali perlahan sekali nyaring. Apabila terasa jemu atau mengantuk dengan membaca perlahan, bacalah secara nyaring dan apabila terasa penat, lalu kembali membaca perlahan sebagai istirahat. Al-Imam al-Ghazali ada menyatakan, jika kita bimbang akan timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga daripada timbulnya penyakit berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring Ihya Ulumiddin. Bagi orang yang sudah mengerti arti dan maksud ayat-ayat Al Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pemikiran tentang ayatayat yang dibacanya itu dan maksudnya. Cara pembacaan seperti inilah yang dikehendaki, yaitu lidahnya bergerak membaca, hatinya turut memperhatikan dan memikirkan arti dan maksud yang terkandung dalam ayat-ayat yang dibacanya. Dengan demikian, ia akan sampai kepada hakikat yang sebenarnya, yaitu membaca Al Quran serta mendalami isi yang terkandung di dalamnya.Hal itu akan mendorongnya untuk mengamalkan isi Al Quran itu. Firman Allah dalam surat (4) An Nisaa ayat 82 berbunyi sebagai berikut: "Apakah mereka tidak memperhatikan (isi) Al Quran?...". Bila membaca Al Quran yang selalu disertai perhatian dan pemikiran erti dan maksudnya, maka dapat ditentukan ketentuan-ketentuan terhadap ayat-ayat yang dibacanya.

Adab selepas membaca Al-Quran Menutup Al-Quran dengan cermat dan berdoa Berdoa bila Khatam Al Quran kerana ia waktu mustajab doa. Atau sekurangkurangnya jika habis membaca sepotong ayat, berdoa kebaikan dunia & akhirat untuk diri keluarga, anak-anak dan sebagainya. Kemudian ditambah dengan manamana doa pilihan yang lain Dalam sebuah riwayat dijelaskan, bahawa sahabat apabila khatam membaca al-Quran, mereka berkumpul untuk berdoa dan mengucapkan: Semoga rahmat turun atas selesainya membaca al-Quran. Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a dijelaskan bahawa apabila dia sudah khatam membaca Al-Quran, dia mengumpulkan keluarganya dan berdoa. (Hadis Riwayat: Abu Daud). Mencium dan mengucup Al-Quran Mengucup al-Quran kerana dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia juga hadiah kepada Allah SWT.Mengucup Al Quran selepas membaca Al Quran Jika seseorang berusaha untuk mengucup Hajarul Aswad, Quran itu juga hendaklah di kucup olehnya Membawanya dengan penuh hormat dan meletakkannya ditempat yang sesuai Hendaklah meletakkan Al-Quran di riba atau di tempat yang tinggi dan jangan sekalikali meletakkannya di lantai atau di tempat yang rendah. Sabda Rasulullah s.a.w berbunyi: Ubaidah Mulaiki r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai kaum ahli-ahli Al-Quran jangan gunakan Al-Quran sebagai bantal tetapi hendaklah kamu membacanya dengan teratur siang dan malam. Demikianlah adab-adab membaca al-Qur'an al-Karim. Dengan mengamalkannya, mudah-mudahan akan mendapat berkat dan keridhaan Allah, insya Allah.