Anda di halaman 1dari 28

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012

PENGENALAN Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan. Tiga faktor yang mendorong kanak-kanak mencapai pemahaman ialah sediakan suasana pembelajaran yang bermakna, galakkan murid untuk membuat dengan cara

keputusan dan berikan kesempatan untuk mereka menghalusi pemikiran

saling bertukar pendapat. Guru berperanan juga untuk merangsang tindakan mental kanakkanak semasa kanak-kanak sendiri bertindak ke atas sesuatu objek. Dengan itu, mereka boleh membina idea-idea sendiri. Pembelajaran terdahulu dikaitkan dengan pembelajaran terbaru. Konstruktivisme menegaskan kepentingan membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.. Unsur konstruktivisme yang paling penting adalah bahawa seseorang membina

pengetahuan dirinya sendiri secara aktif, dengan cara membandingkan maklumat baru dengan pemahamannya yang sedia ada. Cara ini digunakan untuk menyelesaikan sebarang perselisihan idea atau miskonsepsi demi mencapai pemahaman baru. Kanak-kanak telah memperoleh pengalaman tentang alam sekitar sejak dilahirkan. Mereka telah mengembangkan idea-idea yang membolehkan mereka memahami apa yang berlaku di sekeliling. Mereka membawa idea-idea informal itu ke dalam bilik darjah.

PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102)

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012


Walaubagaimanapun, bukan semua idea atau pengalaman mereka boleh

memberikan gambaran yang jelas kepada pemerhati kerana konsep yang terlibat dalam fenomena alam susah difahami malah sangat sukar diterangkan secara saintifik. Penyesuaian dan gabungan idea daripada pemerhatian fenomena seharian dengan konsep yang dipelajari di dalam bilik darjah selalunya menghasilkan miskonsepsi. Tujuan pendidikan Sains adalah memberi penerangan yang selanjutnya supaya idea-idea mereka menjadi konsep-konsep yang lebih bermakna. Konsep yang silap perlu diperbaiki supaya miskonsepsi murid terhadap pembelajaran sains tidak berterusan.

PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102)

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012


MAKSUD MISKONSEPSI Miskonsepsi adalah andaian dan penerangan kurang tepat tentang sesuatu fenomena yang dibentuk oleh individu melalui pengalamannya (Martin et al 2000). Manakala Novak dan Gowin (1984) menyatakan bahawa miskonsepsi adalah merupakan suatu interpretasi konsep-konsep dalam sesuatu pernyataan yang tidak dapat diterima. Disebabkan penerangan tentang sesuatu konsep tadi tidak sama dengan penerangan yang diberikan oleh ahli sains maka idea kanak-kanak tadi dikenali sebagai miskonsepsi. Hancock (1940) mentakrifkan miskonsepsi ialah apa-apa kepercayaan yang tidak berasas yang tidak mengandungi unsur ketakutan, nasib yang baik, iman, atau campur tangan ghaib' (halaman 208). Barrass (1984) pula mentafsirkan miskonsepsi sebagai 'kesilapan' atau kesilapan, 'salah faham' atau idea-idea yang mengelirukan, dan 'salah faham' atau misinterpretations fakta. Beliau mengatakan bahawa guru-guru dan pelajarpelajar yang lebih cerdik boleh membetulkan kesilapan. Miskonsepsi juga mungkin dirujuk sebagai tanggapan prasangka, kepercayaan bukan saintifik, teori naif, konsep bercampur, atau salah faham konsep. Pada dasarnya, dalam bidang sains, ini adalah kes-kes di mana sesuatu yang kanak-kanak tahu dan percaya tidak sama dengan konsep saintifik . Kebanyakan kanak-kanak yang berpegang teguh kepada konsep yang salahTIDAK menyedari bahawa idea-idea mereka adalah salah. Apabila mereka diberitahu konsep mereka itu salah, mereka sukar untuk mengaku kesalahan mereka lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai miskonsepsi untuk masa yang lama. Memiliki miskonsepsi kanak-kanak. boleh mempunyai kesan yang serius kepada pembelajaran

PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102)

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012


MISKONSEPSI PELAJAR DALAM SAINS Maksud miskonsepsi Kanak-kanak belajar dan memahami dunia sekeliling mereka melalui proses yang dilakukan oleh seorang ahli sains. Mereka akan gunakan semua deria untuk belajar tentang objek atau fenomena yang sedang mereka kaji. Daripada pemerhatian dan jawapan yang mereka terima, mereka akan memahami objek atau fenomena yang dikaji. Teori yang mereka bina adalah logic dan rasoinal sebab ianya berdasarkan bukti dan pengalaman mereka. Pengalaman mereka yang terhad dan tahap pemikiran mereka juga belum mantap. Apabila mereka mempelajari sains, mereka sudah punyai idea atau kefahaman mereka sendiri tentang konsep dan fenomena yang akan diajar oleh guru. Konsep awal yang dimiliki kanak-kanak disebut konsepsi. Konsep awal atau konsepsi yang tidak sesuai dengan konsep ilmiah dipanggil miskonsepsi.

PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102)

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012


CARA-CARA MENGENALPASTI MISKONSEPSI DALAM SAINS. TEMUBUAL Guru boleh memilih beberapa konsep yang dianggap sukar dan abstrak oleh kanak-kanak. Kanak-kanak diajak untuk mengekspresikan idea mereka mengenai konsep-konsep yang telah dipilih oleh guru. Guru akan dapat mengerti latar belakang munculnya miskonsepsi yang ada sekaligus dinyatakan dari mana mereka memperolehi miskonsepsi tersebut. Dua kaedah temu bual: Interviews about instances (Osborne and Gilbert, 1980) Interviews about events (Osborne and Freyberg, 1987)

Temubual dijalankan selama lebih kurang 40 minit dan dirakam perbualannya. Perbualan kemudian di transkripsi dan dianalisis.

PENYOALAN. Guru boleh menyediakan soalan-soalan yang telah dibina dan meminta kanak-kanak menjawab secara jujur dan guru perlu menegaskan kepada mereka bahawa ujian itu bukan untuk digred. Terdapat 2 jenis soalan yang boleh dikemukakan: Soalan objektif Ujian objektif mengandungi soalan-soalan yang mengandungi miskonsepsi yang biasa wujud di kalangan kanak-kanak. Soalan esei

PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102)

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012


Bentuk soalan ini sesuai jika guru ingin meneroka untuk memahami cara pemikiran kanak-kanak. Guru akan dapat mencari punca miskonsepsi dan dengan ini guru dapat mencari jalan yang terbaik untuk menangani miskonsepsi kanak-kanak.

PEMERHATIAN Guru boleh memerhati dan mendengar perbualan kanak-kanak semasa mereka berbincang dalam kumpulan atau semasa mereka menjalankan eksperimen. Dari perbincangan itu guru dapat mengenalpasti idea kanakkanak tersebut tepat atau tidak. Guru juga dapat mngerti konsep-konsep alternative yang ada pada kanak-kanak.

RAMALAN Miskonsepsi kanak-kanak juga boleh dikenalpasti melalui meramal, memerhati dan menerang. Guru perlu menyediakan satu demonstrasi tentang sesuatu kejadian yang berkaitan dengan tajuk yang diberi kepada kanakkanak. Langkah 1 : Meramal Secara individu, murid diminta untuk menulis ramalan mereka. Guru meminta murid untuk meneragkan sebab ramalan yang diberikan. Langkah 2 : Memerhati Murid melakukan eksperimen

PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102)

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012


Guru meminta murid membuat pemerhatian dan merekodkan hasil pemerhatian mereka. Langkah 3 : Menerang Murid diminta betulkan sebab yang mereka telah tulis di awal eksperimen Murid diminta berbincang dengan rakan-rakan di dalam kumpulan mereka.

PETA KONSEP Dengan membandingkan peta konsep yang dibina oleh murid dengan guru, guru dapat mengenalpasti miskonsepsi yang wujud pada kanak-kanak. Guru perlu melatih murid-murid cara untuk membina peta konsep terlebih dahulu. Novak mencadangkan satu siri langkah yang boleh digunakan. Pilih satu konsep utama Kenalpasti konsep-konsep yang berkaitan Susun konsep-konsep ikut hierarki daripada yang am kepada yang spesifik Sambungkan konsep-konsep tersebut dengan garisan Tuliskan atas garisan tadi dengan perkataan yang sesuai

CARA MENGATASI MISKONSEPSI PELAJAR

PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102)

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012


Salah satu masalah besar yang sukar diatasi dalam pengajaran konsep sains

adalah memisahkan atau mengubah pandangan ataupun pegangan asal pelajar pada satu konsep kepada penjelasan yang dapat diterima oleh komuniti sains. Cara-cara yang boleh digunakan oleh guru untuk mengatasi masalah miskonsepsi: 1. Guru perlu menggalakkan murid menjalankan penyiasatan ke atas fenomenafenomena sains yang menarik.

2. Dunlop (1999) mencadangkan agar guru memberikan bukti bahawa konsep asas yang dikemukakan oleh saintis pada masa kini lebih tepat untuk menerangkan sesuatu fenomena semula jadi. Hal ini membolehkan murid menghubungkan fenomena, idea dan pengalaman baru dengan konsep sedia ada mereka.

3. Selain itu guru juga perlu mengubah peranannya daripada penyampai maklumat kepada penyelidik dan pemudah cara. Sebagai penyelidik guru perlu mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid manakala sebagai pemudah cara guru perlu membimbing agar murid dapatmempelajari sesuatu dengan bermakna (Bahagian Pendidikan Guru 1995). STRATEGI-STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU UNTUK MENGATASI MASALAH MISKONSEPSI. 1. Guru perlu memahami kerangka berfikir kanak-kanak. Dengan memahami apa yang difikirkan kanak-kanak dan cara mereka berfikir guru akan dapat mengetahui penyebab miskonsepsi dan menemukan caracara mengatasi masalah tersebut. Guru boleh : PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102) 8

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012


a) Memberi kesempatan pada kanak-kanak untuk menceritakan idea dan pemikirannya mengenai bahan yang sedang dibincangkan secara lisan atau bertulis b) Bertanya kepada kanak-kanak tentang konsep yang biasanya membuat kanak-kanak keliru dan kanak-kanak diminta menjawab secara jujur c) Mengajak kanak-kanak untuk berbincang tentang bahan tertentu yang biasanya mengandungi miskonsepsi dan guru membiarkan murid berbincang secara bebas

2. Guru perlu mengerti sejauh mana konsep kanak-kanak ini tidak lengkap dan memikirkan cara yang terbaik untuk menambahkan bahagian konsep yang kurang atau belum lengkap. Pemahaman konsep memerlukan proses yang terus menerus dan waktu yang lama bagi kanak-kanak untuk memahaminya, maka kanak-kanak yang kurang mampu ini perlu dibantu dengan sabar sesuai dengan daya kefahamannya. Guru juga perlu memberikan waktu tambahan atau khusus untuk membantu kanak-kanak yang kemampuannya kurang sesuai dengan keadaan mereka. 3. Guru perlu meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Minat kanak-kanak untuk belajar mempengaruhi pemahaman konsep kanakkanak. Kanak-kanak yang tidak berminat belajar akan mengalami kesulitan

PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102)

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012


dan juga cenderung mengalami miskonsepsi. Kanak-kanak yang tidak berminat cenderung mengabaikan apa yang diajar oleh guru. 4. Cara penyampaian isi pengajaran dan pembelajaran oleh guru perlu mantap. Guru perlu mengajar dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran sehingga kanak-kanak tidak bosan dan senang dengan pembelajaran. Guru perlu menjelaskan kegunaan konsep dalam kehidupan seharian, terutama dalam konteks kehidupan kanak-kanak. Guru perlu berinteraksi secara akrab dengan kanak-kanak untuk menjadikan kanak-kanak suka belajar. Guru menunjukkan pada kanak-kanak bahawa sesungguhnya kanak-kanak suka belajar. Guru perlu bersabar dlam menghadapi kanak-kanak terutama yang memiliki kemampuan yang kurang dalam pembelajaran. 5. Guru yang tidak menguasai konsep secara benar perlu belajar lagi, baik belajar secara sendiri mahupun belajar bersama dengan guru lain. Guru juga perlu menyedari bahawa ilmu yang dimilikinya harus selalu dipertingkatkan. 6. Selain itu juga guru boleh menggunakan strategi strategi yang berikut Strategi inkuiri penemuan

Strategi inkuiri penemuan membuatkan murid berusaha untuk menemui sesuatu yang baru dalam dirinya,walaupun apa yang ditemui bukan semestinya baru dalam dunia ini.Takrif lain bagi inkuiri ialah proses menyelesaikan masalah atau pengesanan kebenaran atau pengetahuan yang memerlukan pemikiran kritis,menjalankan

pemerhatian,mengemukakan soalan,melakukan eksperimen dan menyatakan kesimpulan. PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102) 10

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012


Murid-murid berupaya menjalankan inkuiri apabila mereka diberi kesempatan pembelajaran hands on, bahan yang sesuai untuk dimanipulasikan, masalah yang mengagumkan , bantuan dan bimbingan,kebebasan yang mencukupi untuk mereka membandingkan idea-idea serta membentuk penemuan pembelajaran dirinya sendiri. Berfikir untuk memperoleh pengetahuan baru atau penyelesaian masalah

merupakan ciri utama bagi semua kaedah inkuiri. Apabila murid berjaya memperoleh fakta,konsep,prinsip,atau penyelesaian baru melalui proses inkuiri maka dia telah mencapai suatu penemuan.Inkuiri sebagai suatu proses dapat meningkatkan pembelajaran

sains,proses sains dan sikap terhadap sains. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan. Dalam kurikulum cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pengajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk aktiviti pembelajaran. Walau bagaimanapun, guru boleh mengubah suai cadangan aktiviti pembelajaran jika perlu. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid terhadap sains. pelajaran sains yang tidak menarik akan membosankan pelajar. Guru perlu prihatin terhadap pelbagai kecerdasan di kalangan pelajar. Kaedah dan aktiviti yang yang berbeza perlu dirancang untuk murid-murid yang berbeza kecerdasan. Contoh kecerdasan ini ialah visual dan ruang, verbal linguistik, muzik dan irama, logikal matematik, kinestatik, perhubungan antara individu, perhubungan dengan diri sendiri, perhubungan antara insan dengan penciptanya dan pemahaman tentang alam sekitar. Berikut diberi penerangan ringkas mengenai kaedah-kaedah ini.

Eksperimen: PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102) 11

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012


Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemuikonsep atau idea sains yang tertentu. kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen. Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Mengenal pasti masalah Membuat hipothesis Merancang eksperimen: mengawal pemboleh ubah. menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan menentulkan langkah menjalanakan eksperimen kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data Melakukan eksperimen Mengumpul data Menganalisis data Mentafsirkan data Membuat kesimpulan Membuat laporan

PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102)

12

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012


Dalam konsep pelancongan pelajar, adalah dicadangkan selain daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru ,murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur dan bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka. Perbincangan Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain. perbincangan perlu dijalankan semasa dan sebelum sesuatu aktiviti. Projek Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serrta menjangkau waktu pembelajaran yang formal.

Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaiakan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek boleh dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan di hadapan guru dan para pelajar lain. Lawatan Pembelajaran sains tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institusi penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna.

PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102)

13

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012


Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang rapi dengan para pelajar perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering dijalankan dalam tajuk ekologi merupakan salah satu contoh keadaan ini. Kajian masa depan Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan.pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti ini bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini. Penyelesaian masalah Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut: 1. Kenal pasti dan faham masalah 2. Jelaskan masalah 3. Cari alternatif penyelesaian masalah. 4. Lakukan operasi penyelesaian. 5. Nilaikan penyelesaian Simulasi . Main peranan ialah aktiviti yang menempatkan kanak-kanak dalam situasi di mana mereka perlu mengandaikan diri sebagai watak (manusia atau bukan manusia) dan PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102) 14

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012


memainkan peranan dan kelakuan watak itu.kanak-kanak cuba bertindak,berasa dan bergerak balas seperti watak berkenaan. Sebagai contoh,murid-murid menjalankan simulasi melancong ke bulan untuk menjelaskan keadaan di bulan seperti kawah,gunung,tanah dan batuan(bumi dan dunia teknologi,tahun 4).untuk membantu murid membuat persediaan,kad tugasan diberikan

kepada tiga kumpulan kecil yang akan membincangkan dialog dan lakonan yang diperlukan. (sila rujuk PuLSaR Modul 5,PPK,1994,halaman 26-28). Permainan memerlukan aplikasi pengetahuaan sains dan strategi sains untuk menang sebagai contoh,40 keping kad gambar haiwan disediakan.Empat orang pemain perlu mengelaskan gambar yang dipegangnya mengikut cara pengelasan haiwan bergilirgilir.Markah diberi untuk pengelasan yang dilakukan dengan betul .Pemain yang mendapat markah tertinggi diisytiharkan sebagai pemenag.(sila rujuk PuLSaR Modul 5 halaman 2526).

Model merupakan bahan gentian yang dapat mewakili bahan sebenar.Terdapat tiga jenis model yang utama.Pertama,model pepejal boleh dibina untuk membesarkan realia yang terlalu kecil atau mengecilkan realia yang terlalu besar.Model begini dapat

diperhatikan dan dipegang dengan mudah.Pelajar akan dapat mengenali dan memahami struktur luar dan ciri fizikal realia yang diwakili oleh model.Contohnya,model glob digunakan untuk mewakili bumi dan permukaanya. Kedua,model keratin yang dibina untuk menunjukkan bahagian dalam sesuatu objek atau sistem.Dengan itu,struktur dan fungsi dalaman yang dilindungi dapat

diperjelaskan.Contohnya,model keratin gigi yang menunjukkan lapisan-lapisan dalam gigi yang memainkan peranan masing-masing. PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102) 15

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012


Akhirnya,model pergerakan yang menunjukkan cara sesuatu sistem bergerak dan beroperasi.Contohnya,model enjin dua-jelang dan enjin empat-jelang boleh digunakan untuk mendemonstrasikan cara pembakaran bahan api dan bagaimana enjin menggerakkan motor. KESAN KESAN MISKONSEPSI TERHADAP PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK Gilbert, Osborne dan Fensham ( 1982) memberi beberapa akibat yang mungkin timbul daripada keadaan itu; 1. Pelajar mungkin tidak akan mengubah konsep sedia ada ataupun

mungkin menerima perspektif yang disampaikan sebagai perkara yang berguna dalam peperiksaan dengan mengekalkan konsep sedia ada. 2. Kemungkinan juga pengajaran guru akan mengukuhkan pengetahuan

ataupun konsep awal pelajar dan kerapkali juga pengajaran guru akan hanya menambahkan kekacauan dan kekeliruan kepada pelajar. Dalam keadaan ini, pelajar tidak mampu menyatukan idea baru yang diterima daripada gurunya dengan pengetahuan sedia ada yang dipegangnya. 3. Hasil yang paling ideal yang diharapkan adalah pengajaran guru yang

berhasil membawa perubahan pandangan awal pelajar kepada penjelasan saintifik. Perkara ini adalah hasilan atau matlamat akhir yang ideal bagi pengajaran sains. 4. Kepelbagaian dalam personaliti pelajar membuatkan sesetengah

pelajar lebih terbuka kepada idea-idea baru berbanding pelajar lain. Sebahagian daripada pelajar mungkin tidak akan bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan konflik kognitif ataupun ketidakseimbangan kognitif yang dihadapinya. Tambahan pula, jika idea ataupun pengetahuan sedia ada terbukti mencukupi berdasarkan pengalaman lampau. Maka pelajar tidak berasa perlu menggantikan pengetahuan PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102) 16

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012


sedia dengan pengetahuan baru. Bagi memastikan perubahan konseptual berlaku, Posner, Strike, Hewson, dan Gertzog ( 1982) menyatakan idea baru mesti difahami, memberi makna kepada pelajar, dapat diterima masuk akal, berguna serta relevan kepada pelajar.

MISKONSEPSI PELAJAR BERDASARAKAN HURAIAN SUKATAN SAINS TAHUN 5 Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun Lima, dalam Tema Menyiasat Bumi dan Alam Semesta, murid saya sering mengalami miskonsepsi bagi Hasil Pembelajaran 2.3 iaitu memahami fasa-fasa bulan. Fenomena fasa-fasa bulan berlaku kerana bulan memantulkan cahaya matahari dan bulan beredar mengelilingi bumi. Hal ini menyebabkan bentuk bulan yang diperhatikan dari bumi kelihatan berubah-ubah bergantung kepada kedudukan bulan di antara bumi dan matahari (Verdet 1995).

PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102)

17

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012


Fenomena ini sangat sukar difahami oleh murid saya. Murid saya menyangkakan bahawa bulan mempunyai cahaya yang sangat terang sepertimana yang dilihat semasa fasa bulan purnama. Lantaran peribahasa ada menyebut bahawa rupamu cantik ibarat bulan purnama. Fasa bulan dikatakan terjadi apabila cahaya bulan semakin kurang sedikit demi sedikit apabila bulan mengelilingi bumi. Ini dikatakan terbukti semasa bulan penuh, cahaya bulan lebih terang atau lebih banyak berbanding cahaya bulan semasa bulan separa apatah lagi sewaktu bulan sabit. Ada murid berpendapat fenomena ini disebabkan bulan dilindungi oleh awan dan bayang-bayang matahari melindungi bulan. Awan yang tebal menyebabkan bulan kelihatan seperti sabit dan jika bulan berputar mendekati matahari maka bentuknya bulat terang berbanding jika bulan menjauhi matahari. Malah , ada yang berpendapat fenomena ini berlaku disebabkan matahari dilindungi oleh bumi, oleh itu bayang-bayang bumi jatuh ke atas bulan. Sebenarnya konsep ini

menerangkan fenomena gerhana bulan. Hal ini menyebabkan murid-murid saya keliru dan kerapkali menulis jawapan yang salah ketika membuat inferens, hipotesis dan kesimpulan. Miskonsepsi ini perlu diperbetulkan segera supaya ia tidak terus kekal di ingatan . CADANGAN STRATEGI MENGATASI MASALAH MISKONSEPSI PELAJAR Strategi pilihan : Strategi Inkuiri Penemuan Kaedah : Simulasi

Berbagai takrif diberikan terhadap inkuiri. Antaranya ialah suatu proses penyiasatan sesuatu masalah , pengesanan kebenaran atau pengetahuan yang memerlukan pemikiran kritis, menjalankan pemerhatian, mengemukakan soalan, melakukan eksperimen dan menyatakan kesimpulan, berfikir secara kretif dan menggunakan intuisi. Takrif yang paling popular ialah memberi kesempatan pembelajaran hands-on, bahan yang sesuai untuk dimanipulasi, masalah yang mengagumkan, bantuan dan bimbingan, kebebasan yang PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102) 18

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012


mencukupi untuk mereka membandingkan idea-idea serta membentuk penemuan pembelajaran dirinya sendiri. Ciri utama kaedah inkuiri ialah berfikir untuk memperoleh pengetahuan baru atau menyelesai masalah. Apabila seseorang memperoleh fakta, konsep, prinsip atau penyelesaian baru melalui proses inkuiri maka dia telah mencapai suatu penemuan.oleh itu, proses-proses kognitif, afektif dan psikomotor yang digunakan oleh kanak-kanak merupakan inkuiri manakala hasil proses-proses ini dinamakan penemuan iaitu perkara yang dipelajari dan dibina dalam mindanya. Simulasi merupakan salah satu kaedah dalam strategi inkuiri penemuan selain daripada eksperimen, projek dan kajian lapangan. Kaedah ini menyerupai atau meniru keadaan yang sebenar. Tiga contoh simulasi yang utama ialah main peranan, permainan dan penggunaan model. Contoh simulasi yang dipilih ialah main peranan. Main peranan ialah aktiviti yang menempatkan kanak-kanak dalam situasi di mana mereka perlu mengandaikan diri sebagai watak ( manusia atau bukan manusia) dan memainkan peranan dan kelakuan watak itu. Kanak-kanak cuba bertindak, berasa dan bergerakbalas seperti watak berkenaan. kad tugasan boleh diberikan kepada mereka untuk membincangkan dialog dan lakonan yang diperlukan. REFLEKSI SESI P&P Semua murid berjaya dipulihkan daripada miskonsepsi tentang fasa-fasa bulan setelah menonton video dan membuat simulasi. Murid teruja semasa menonton video seolah-olah mereka berada di alam angkasa lepas. Kemudian, murid sendiri mengalami fenomena fasa bulan semasa aktiviti simulasi. Aktiviti ini akan mengukuhkan lagi fahaman dan ingatan mereka dan sedikit demi sedikit, miskonsepsi mereka tentang fasa bulan akan terhapus dan digantikan dengan ilmu saintifik yang sebenar.

PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102)

19

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012


Guru yang bertindak sebagai pemudahcara hanya memerhati dan membimbing murid tatkala murid-murid sendiri yang mengendalikan peralatan ICT. Kepelbagaian teknik menyoal yang telah kami kemukakan nampaknya telah menunjukkan keberhasilan apabila murid-murid dapat menukar salahkonsep mereka kepada pengetahuan saintifik yang kami ajar. Contohnya, murid sendiri sedar bahawa sebenarnya bulan tidak mempunyai cahaya sendiri. Bulan hanya memantulkan cahaya matahari . oleh sebab itulah berlaku fasa bulan apabila bulan mengelilingi bumi. Kata-kata pujian yang telah diberikan beserta sedikit cenderahati apabila mereka berjata menjawab soalan menimbulkan rasa seronok di kalangan murid-murid sekaligus mengurangkan malah menghapuskan tekanan yang ada dalam diri mereka. Dengan cara itu, masalah miskonsepsi dapat diatasi. Aktiviti kuiz yang diadakan sebagai penutup mendapat sambutan yang

memberangsangkan apatah lagi apabila murid sendiri yang mengendalikannya. Kami gembira dengan maklumbalas murid pada pagi ini dan kami telah susuli mereka dengan aktiviti pengayaan mereka di rumah. Pendek kata, pengajaran dan pembelajaran yang diadakan ini benar-benar berhasil dan diharapkan miskonsepsi yang mereka hadapi sebelum ini tidak akan berulang lagi. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan boleh dilaksanakan. Pelbagaikan kaedah bagi tajuk ini seperti kajian lapangan, eksplores dan sebagainya bagi menarik minat murid untuk mempelajari ilmu sains. Berikan contoh-contoh yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut seterusnya menjadi suatu hikmah dalam kehidupan mereka. Gambarajah dan animasi video mengenai fasa-fasa bulan

PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102)

20

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012


dari pelbagai sumber media elektronik seperti internet boleh dipaparkan semasa sesi P&P. Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan. Menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan murid secara menyeluruh. Dengan membahagikan para pelajar kepada beberapa buah kumpulan kecil, mereka dikehendaki merekabentuk model fasa bulan dengan menggunakan kad manila, plastesin, pensel, pemadam, gunting dan benang . Pada akhir sesi P&P, mereka dikehendaki menggantung hasil kerja mereka di belakang kelas atau bilik sains. Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. Ini dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan berkesan. Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ini juga bagi memastikan para pelajar dapat mengusai objektif pengajaran yang ditetapkan. Ini dapat dilakukan melalui sesi ujian bertulis dan soal jawab dengan para pelajar mengenai topik . Akhir sekali, guru perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran yang dilaksanakan.

PENUTUP Bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengubah miskonsepsi murid kerana kajian telah menunjukkan bahawa murid berpegang teguh dengan miskonsepsi mereka (Mestre 2002). Miskonsepsi ini akan diubah oleh murid sekiranya ada kelainan dalam pengajaran guru di bilik darjah. Walau bagaimanapun, kajian ada menyatakan, hanya sebahagian miskonsepsi mampu diubah manakala sebahagiannya masih kekal (Dunlop 1999).

PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102)

21

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012


Jika miskonsepsi diabaikan, murid mungkin akan keliru dan tidak dapat menerima pengajaran guru (Mestre 2002). Murid mungkin akan menghafal fakta untuk lulus peperiksaan. Oleh sebab fakta ini tidak digabungkan dengan pengetahuan sedia ada murid, fakta ini hanya akan dapat diingat dalam jangkamasa yang singkat(Dunlop 1999). Ini bermakna, walaupun murid lulus cemerlang, miskonsepsi murid tidak berubah. Untuk membantu murid mengubah dan membina semula konsep sedia ada mereka, guru perlu memberi galakan kepada mereka membuat penyiasatan ke atas fenomenafenomena sains yang menarik. Dunlop 1999 mencadangkan guru memberikan bukti bahawa konsep asas yang dikemukakan oleh saintis pada masa kini adalah lebih tepat untuk menerangkan sesuatu fenomena semulajadi. Hal ini membolehkan murid menghubungkan fenomena, idea dan pengalaman baru dengan konsep sedia ada mereka. Guru perlu mengenalpasti miskonsepsi murid, merancang strategi untuk menangani miskonsepsi ini dan membina teknik penilaian yang mengambil kira sejauh mana murid dapat menyerap konsep sains yang diajar(Trumper 1991). Guru juga perlu mengubah peranannya daripada penyampai maklumat kepada penyelidik dan pemudahcara.sebagai penyelidik, guru mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid. Sebagai pemudahcara, guru membimbing murid agar dapat mempelajari sesuatu yang bermakna( Bahagian Pendidikan Guru 1995). Guru tidak boleh dianggap sebagai pakar yang cuba menyumbatkan pengetahuan ke dalam minda murid sebaliknya peranan guru adalah sebagai perangsang sifat ingin tahu murid, pencabar konsep sedia ada murid, sumber maklumat dan rakan penyiasat (Roslijah A. Samad 2004). Maksudnya, murid bertanggungjawab sepenuhnya terhadap aktiviti pembelajaran.zol Azlan (2000) berpendapat, perubahan peranan guru sebegini akan memberi peluang kepada murid membina potensi diri dan kreativiti dalam segala aspek.

PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102)

22

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012

BIBLIOGRAFI 1. Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah Tahun Lima ( 2005). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia

PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102)

23

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012


2. National Academy Press, (1997). SCIENCE TEACHING RECONSIDERED : A HANDBOOK (U.S.).page 27 -30 3. Poh Swee Hiang ( 1997). Pedagogi Sains 2.Strategi Pengajaran by Committee on Undergraduate Science Education

Pembelajaran Sains. Kuala Lumpur: Budiman 4. Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros, Mohd. Ali Samsudin (2005 ). Kaedah Mengajar Sains. Pahang : PTS Professional . ms 7 10 5. Pn. Hjh Roslizah A.Samad ( 2004) Salah Faham Beberapa Aspek Ilmu Falak Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran atas talian

http://www.alazim.com/masjid/seminar/falak2006/1.pdf 6. Misconceptions in Science atas talian http://www.newyorkscienceteacher.com/sci/pages/miscon/index.php 7. Children's Ideas in Science atas talian http://homepage.mac.com/vtalsma/misconcept.html 8. Science Misconceptions. atas talian http://www.newyorkscienceteacher.com/sci/pages/miscon/index.php

9. Miskonsepsi Pembelajaran Sains atas talian http://www.scribd.com/doc/47149075/miskonsepsi-pembelajaransains

PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102)

24

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012


10.Contoh Miskonsepsi Dalam Biologi atas talian http://www.scribd.com/doc/81016497/Beberapa-ContohMiskonsepsi-Dalam-Biologi 11.Children Misconseption in Science atas talian http://www.scribd.com/doc/14207212/children-misconception-inscience

PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102)

25

KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

Page 27

KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

Page 39