Anda di halaman 1dari 11

1.0 1.

LATAR BELAKANG KES Sinopsis Cathy Anderson merupakan guru pelatih yang mengajar kanak-kanak berumur 11

hingga 13 tahun dan mendapat tutor bernama Mrs. Clem. Permasalahan berlaku apabila cara Mrs. Clem memperkenalkan Cathy kepada murid-muridnya menyebabkan dirinya seperti mascot. Mrs. Clem keberatan untuk membenarkan Cathy mengajar sehinggalah minggu ketiga daipada 8 minggu tempoh praktikalnya.

Masalah lain timbul apabila Mrs. Clem meminta Cathy membincangkan pelbagai isu mengenai St. Patricks Day. Malah, mengganggunya dengan maklumat yang salah tentang cara penyebaran Aids. Cathy juga merancang pengajarannya untuk menggunakan Science Kit sebagai bahan bantu mengajar. Namun, masalah timbul daripada pihak Mrs. Clem dan murid muridnya. Cathy telah mengingatkan Mrs. Clem untuk membawa Science Kit tersebut. Apabila Cathy bertanya, dia mengatakan bahawa Science kit itu berada di kereta. Cathy ingin mengambil tetapi Mrs. Clem tidak membenarkannya.

Cathy tidak mahu bertelagah dan setelah itu, Cathy mendenda Jabar dengan menahannya keluar rehat lewat 15 minit tetapi Mrs Clem membenarkan Jabar keluar rehat sebelum waktunya. Tindakan ini dikesali Cathy. Cathy mengambil keputusan untuk berjumpa Jabar dan bertanya mengapa Jabar berkelakuan nakal. Jawapannya ialah Jabar menyangka Cathy tidak menyukainya.

Justeru, Cathy mahu menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Cathy sedar hubungan yang kurang mesra dan tiada persefahaman antara Mrs. Clem banyak mempengaruhi tingkah laku murid dan mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

1.2

Watak dan Perwatakan

1.2.1 Cathy Anderson Seorang guru praktikum selama 8 minggu yang mengajar kelas bagi kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun yang kesemuanya murid murid lelaki. Beliau mengharapkan tunjuk ajar dari Mrs. Clem kerana ianya adalah pengalaman yang baru baginya. Beliau masih keliru tentang apa yang perlu diadaptasikan untuk mengajar. Beliau ingin belajar dengan Mrs. Clem kerana Mrs. Clem seorang guru yang berpengalaman kerana telah mengajar selama 20 tahun. 1.2.2 Mrs. Clem Beliau merupakan guru kelas yang telah ditetapkan sebagai tutor kepada Cathy. Beliau menganggap murid di dalam kelasnya adalah seperti keluarganya dan melayan murid-muridnya seperti anaknya di rumah. Pada awal kehadiran Cathy, Mrs. Clem banyak mengadu kepada kelasnya tentang kesusahannya dalam bertanggungjawab menyediakan murid-murid ke arah masa depan mereka. Beliau seorang yang autokratif dan tidak boleh menerima teguran orang lain tentang pengajarannya. 1.2.3 Jabar Seorang pelajar yang cerdik dan petah berkata kata. Dia sering mengganggu rakan lain agar rakannya tidak dapat menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru lebih awal daripadanya. Jabar merupakan murid pilihan Mrs. Clem kerana selalu mendapat perhatian yang utama di dalam kelas berbanding rakan rakannya yang lain.

2.0

PENYATAAN MASALAH Guru yang efektif amat penting dalam menjadikan iklim bilik darjah bersistematik

dan mampu dikawal serta mampu menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Kes ini dengan jelas menyatakan guru yang tidak efektif telah mengucar kacirkan pengurusan bilik darjah. Situasinya ialah Mrs. Clem sebagai guru pembimbing tidak memiliki ciri ciri guru efektif dan hal ini telah mendatangkan pelbagai masalah sampingan kepada Cathy selaku guru pelatih. Segala masalah yang ditimbulkan oleh Mrs. Clem

sememangnya menyukarkan Cathy untuk mengajar apatah lagi merasai perasaan sebenar sebagai guru. Hasil dapatan daripada analisis kes ini, Mrs. Clem dilihat sebagai masalah utama yang menyebabkan kepada isu isu atau permasalahan lain yang telah tercetus kepada Cathy yang merasakan dirinya sebagai mascot kepada Mrs. Clem. Sikapnya dan perangainya langsung tidak mencerminkan ciri ciri seorang guru yang efektif. Lorin W. Anderson (1989) menerangkan bahawa guru yang efektif tahu serba serbi apa yang ingin diajar, prihatin terhadap murid dan melayan mereka dengan rasa hormat serta mampu untuk membuat keputusan yang bijak. Antara isu isu atau peristiwa yang menunjukkan Mrs. Clem bukannlah seorang guru yang efektif ialah ketika Mrs. Clem bersungut tentang kehidupannya yang sibuk terhadap murid muridnya. Selain itu, Mrs. Clem tidak berpendirian tetap dan sesuka hati mengubah sesuatu malah memberikan maklumat yang salah kepada murid tentang Aids. Mrs. Clem juga seorang yang tidak suka ditegur dan dibetulkan kesalahannya. Selain itu, Mrs. Clem juga tidak memperkenalkan Cathy dengan baik pada sesi perkenalan Cathy dengan murid kelasnya buat pertama kali.

3.0

KENALPASTI MASALAH Keseluruhan masalah ini mempunyai kaitan rapat dan hubungkait dengan ciri

ciri guru yang efektif. Apabila ciri ciri guru yang efektif diabaikan dan jenis guru asertif tidak diamalkan dalam rutin harian kelas, maka ianya telah mendatangkan masalah kepada guru permulaan seperti Cathy. Mrs. Clem nampaknya bukanlah seorang guru yang efektif sehinggakan keseluruhan masalahan dalam kes ini mempunyai kaitan dengan dirinya. 3.1 Murid Tidak Menghormati Cathy Masalah yang terjadi ini sememangnya dicetuskan oleh Mrs. Clem. Antara masalah yang dihadapi oleh Cathy ialah murid murid tidak begitu menghormati Cathy sebagai guru mereka. Contohnya, Jabar dengan sesuka hati bertindak keluar kelas apabila ditegur Cathy dan menjawab dengan nada memberontak. Jabar juga kerap menunjukkan tindak balas atau rangsangan negatif apabila ditegur Cathy. Alasan Jabar

atas kelakuannya ialah dia merasakan Cathy tidak menyukainya sepertimana Mrs. Clem yang selalu memberi perhatian kepadanya. 3.2 Kawalan Kelas Tidak Sistematik dan Tidak Teratur Selain itu, kawalan kelas juga menjadi tidak sistematik dan tidak teratur. Cathy amat khuatir dengan kawalan kelasnya apabila dia keluar daripada kelas untuk mengambil science kit dan nyata apabila pulang daripada mengambil science kit itu, Jabar dan tujuh orang murid sedang berkerumun untuk menyiapkan science kit tersebut. Semua itu kerana arahan Mrs. Clem mendahului arahannya. Apa yang dikhuatirinya, nyata terjadi. Malah, apabila pulang ke kelas selepas rehat, Jabar, Isaac dan Thomas sedang bergaduh di atas lantai sedangkan Mrs. Clem turut berada dalam kelas. Apa peranan dan tanggungjawab Mrs. Clem semasa di dalam kelas? Itulah persoalan yang timbul. 3.3 Hasrat Cathy Menjadi Guru Sebenar Terbatas Malah, Cathy tidak berpeluang untuk menjadi dan merasai perasaan sebagai guru sebenar. Hasrat Cathy untuk mempelajari sesuatu dan memperoleh pengalaman sebagai guru permulaan daripada Mrs. Clem yang telah berpengalaman mengajar selama 20 tahun tidak kesampaian apabila dia melihat sifat Mrs. Clem yang terlalu banyak bersungut tentang bebanan kerjanya dan kehidupannya yang sibuk kepada murid. Pada pandangan Cathy, itu bukanlah sesuatu yang wajar dicontohinya malah Cathy juga merasakan dia bakal berhadapan dengan satu tempoh masa praktikal yang sukar sebagai seorang guru jika sikap negatif Mrs. Clem ini berterusan dan langsung tidak membantunya.

4.0

KEMUNGKINAN PUNCA MASALAH Secara dasarnya , punca kepada masalah ini disebabkan oleh cara didikan dan

pengajaran Mrs. Clem sendiri. Sifat sifat dan ciri ciri guru efektif tidak dipraktikkan dalam kelasnya apatah lagi diamalkannya. Justeru, pendekatan yang diambil oleh Cathy seperti penggunaan good work tickets tidak berkesan.

4.1

Sikap Mrs. Clem yang Pilih Kasih

Punca bagi masalah kurangnya hormat murid terhadap Cathy adalah disebabkan oleh sikap Mrs. Clem yang pilih kasih dan tidak adil kepada murid muridnya. Berdasarkan kes, Mrs. Clem terlalu meletakkan harapan yang tinggi kepada Jabar dan kerap memilih Jabar untuk membuat sesuatu untuknya. Contohnya, beliau dengan nekad tetap mahukan Jabar mengambil science kit itu meskipun Cathy telah memilih Tai dan Juny. Faktor utama dalam menguruskan tingkah laku di dalam bilik darjah menurut Kounin adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjahnya pada setiap masa disebut sebagai withitness. Mrs. Clem tidak begitu peka dengan masalah tingkah laku yang ditimbulkan Jabar dan menganggap ianya adalah kebiasaan sikap sesetengah murid.

4.2

Campur Tangan Mrs. Clem Punca bagi masalah kedua iaitu kawalan kelas yang tidak sistematik dan tidak

teratur adalah disebabkan oleh sikap Mrs. Clem yang suka campur tangan terhadap sesi pengajaran Cathy. Contoh isu yang terdapat dalam kes ini ialah apabila Mrs. Clem dengan sesuka hati mengarahkan Jabar menyiapkan atau menyediakan science kit tanpa menghormati dan menunggu arahan daripada Cathy. Apabila keadaan ini berlaku, murid murid lain yang melihat akan turut serta bersama sama Jabar. Kesannya, berlaku masalah kawalan kelas hanya kerana arahan yang dikeluarkan oleh Mrs. Clem apatah lagi dengan sikap Jabar yang tidak mendengar arahan Cathy. Amalan yang tidak efektif yang dilakukan Mrs. Clem dalam situasi ini ialah fragmentation iaitu Mrs. Clem telah mengarahkan Jabar dan diikuti tujuh murid lain untuk menyediakan science kit padahal science kit itu adalah untuk semua murid.

4.3

Mrs. Clem bukan Pembimbing yang Baik Masalah daripada aspek emosi Cathy dapat dinyatakan apabila Cathy

merasakan dirinya bukan seperti guru sebenar. Sebagai seorang guru permulaan, Cathy amat berharap agar diberi peluang oleh Mrs. Clem untuk mengajar apa yang telah dirancangnya sebelum sesi P& P. Namun, sebaliknya terjadi apabila Mrs. Clem

dengan mudahnya dan sesuka hati mengubah dengan tiba tiba kandungan isi pengajaran Cathy. Segala masalah ini berpunca daripada sikap Mrs. Clem yang keberatan untuk membenarkan Cathy mengajar sehinggalah minggu ketiga daripada lapan minggu tempoh praktikalnya, malah terpaksa mengajar rancangan pengajaran yang dirancang Mrs. Clem dan diminta mengajar tanpa persediaan apabila Mrs. Clem sibuk. Kesimpulannya, kejadian dan isu isu yang terjadi terhadap kelas pengajaran Cathy samada daripada aspek kawalan kelas, rasa hormat murid kepada Cathy dan perasaan emosi Cathy terhadap profesion keguruan adalah berpunca daripada Mrs. Clem sendiri. Justeru, segala punca kepada masalah ini perlu diatasi dengan menerapkan nilai nilai dan ciri ciri guru efektif kepada Mrs. Clem. Mrs. Clem perlu berubah menjadi guru yang efektif agar masalah ini mendapat penyelesaiannya.

5.0

CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH Kualiti peribadi guru yang efektif akan membantu guru dalam melaksanakan

tugas dengan lebih baik di dalam bilik darjah. Ada kualiti ini sememangnya sudah sedia ada dalam diri seseorang guru. Ada pula guru yang perlu dilatih atau diingatkan tentang kualiti yang diperlukan untuk membantunya dalam pengurusan bilik darjah. (Haliza dan Joy Nesamalar, 2008). Sememangnya pendekatan yang diambil Cathy untuk mengawal kelasnya sudah betul namun keberkesanannya akan dapat dilihat sekiranya Mrs. Clem ditunjukkan kesilapannya dan diterapkan dengan nilai nilai dan ciri ciri guru efektif.

5.1

Mrs. Clem Perlu Lebih Bersikap Universal dan Adil terhadap Muridnya Tanggapan awal untuk mengenalpasti guru yang efektif lebih terarah kepada ciri

ciri yang ada pada seseorang guru tersebut seperti cara pendekatan yang digunakan, karekter dirinya yang ceria, keinginan, sifat kebergantungan pada diri, adil, jujur, bijak, mempunyai nilai moral yang baik dan sabar. (Charters dan Waples, 1929). Isu bagi kes ini ialah Mrs. Clem tidak menunjukkan ciri ciri guru efektif malah pendekatan terlalu memilih kasih antara muridnya telah menyebabkan Jabar

berkelakuan negatif terhadap Cathy. Kemungkinannya, Jabar beranggapan bahawa perhatian yang tidak sama antara Cathy dan Mrs. Clem terhadapnya menunjukkan bahawa Cathy tidak menyukainya. Tingkah laku bermasalah Jabar sememangnya mempunyai kaitan dengan Model Akibat Logikal Dreikurs. Dreikurs (1968) mendapati bahawa tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif- motif berikut : Mendapatkan perhatian Mencabar kuasa Membalas dendam Mempamerkan kekurangan Jabar berkelakuan demikian semata mata untuk mendapatkan perhatian Cathy sepertimana yang diperoleh apabila dengan Mrs. Clem. Oleh yang demikian, untuk mengubah tingkah laku Jabar ini, Mrs. Clem perlu memberi perhatian kepada tingkah laku yang diingini. Sekiranya Jabar berkelakuan negatif, Mrs. Clem tidak wajar memberi perhatian sebaliknya mengendahkannya. Sebaliknya, apabila Jabar berkelakuan baik dan membuat tingkah laku yang diingini, disinilah aspek memberi perhatian perlu ditekankan kepada Jabar. Guru yang efektif perlu sedar dan peka terhadap tingkah laku murid muridnya.

Justeru, Mrs. Clem perlu mengubah pendekatan yang diambil terhadap Jabar. Sikap pilih kasihnya itulah yang telah mendorong kelakuan negatif Jabar. Menurut Lorin (1989), pendekatan kebiasaannya digunakan untuk penyampaian arahan banyak disokong oleh ramai pendidik dan pada masa yang sama para penyelidik mencadangkan agar lingkungan semulajadi (ciri ciri keperluan psikologikal Abraham Maslow iaitu kasih sayang) dalam pengajaran yang efektif. Mrs. Clem menggunakan pendekatan yang dirasakan bersesuaian kepada kes kes kebiasaannya dan kes kes yang selalu dijumpainya namun tidak bersesuaian untuk kes Jabar.

Beliau perlu lebih adil dan bersikap universal terhadap semua murid dan tidak hanya mengharapkan Jabar. Beliau perlu sedar bahawa murid murid lain juga

memerlukan perhatian sama seperti yang Jabar peroleh. Sikap pendiskriminasiannya perlu diatasi dan dikikis dan penyemaian sifat kasih sayang kepada murid murid lain perlu dilaksanakan.

5.2

Mrs. Clem Perlu Bijak Untuk Campur Tangan

Kompetensi pengajaran dan pembelajaran merangkumi dua aspek iaitu pengetahuan dan kemahiran dalam pendidikan. Bagi elemen pengetahuan pula adalah terarah kepada pengetahuan am, pengetahuan ikhtisas dan pengetahuan mengenai kurikulum. Manakala, elemen kemahiran pula menjurus kepada kemahiran pedagogi dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. (Haliza dan Joy Nesamalar, 2008).

Mrs. Clem harus mempunyai pengetahuan mengenai kurikulum sains yang diajar oleh Cathy. Secara totalnya, kelas sains tersebut perlu diserahkan kepada Cathy tanpa campur tangannya untuk memberi arahan kepada Jabar untuk menyiapkan science kit tersebut. Mungkin kurikulum sains pada ketika itu memerlukan pemerhatian dan pemantauan guru yang bertanggungjawab. Keputusannya untuk campur tangan dalam sesi P&P tersebut menyebabkan kawalan kelas kucar kacir.

Manakala, kemahiran pedagogi juga penting untuk memastikan kawalan kelas dalam keadaan sistematik. Mrs. Clem seharusnya menggunakan konsep kelancaran dan kesinambungan ketika sesi pengajaran yang diperkenalkan Kounin. Guru yang baik akan sentiasa peka terhadap kelancaran sesi P&P dan sentiasa menarik minat murid dan tidak sewenang wenangnya memberikan mereka peluang untuk membuat gangguan di dalam kelas. Menurut Emmer, Evertson dan Worsham (2006), pada awal persekolahan, murid murid masih tidak pasti apa yang akan berlaku dalam kelas. Mereka mungkin mempunyai jangkaan berdasarkan pengalaman mereka dengan guru yang lain sebelum ini dan berbeza dengan apa yang bakal berlaku pada sesi baru. Cathy pada mereka

adalah sama dengan Mrs. Clem daripada segala aspek samda pendekatan pengajarannya mahupun sifatnya. Oleh yang demikian, Mrs. Clem perlu lebih prihatin terhadap sikap murid muridnya terutamanya Jabar. Mrs. Clem perlu menyatakan dengan jelas peraturan, prosedur dan keperluan agar murid murid tahu situasi sebenar mereka apabila Cathy mengajar nanti. Kesannya, tiada lagi campur tangan Mrs. Clem sekiranya kelakuan murid murid telah dibentuk melalui peraturan yang diterapkan sejak awal persekolahan.

5.3

Mrs. Clem Perlu Membimbing dan Memberi Tunjuk Ajar Lorin W. Anderson (2008) telah menggariskan empat langkah langkah untuk

meningkatkan kualiti dan keberkesanan kerja sebagai seorang guru. Antaranya: i. Pendidik- pentadbiran sekolah perlu menyediakan persekitaran kerja yang selesa dan stabil serta tidak membebankan. ii. Guru mesti mempelajari kemahiran komunikasi dan bekerja bersama untuk menyelesaikan masalah pendidikan. iii. iv. Guru mesti bekerja ke arah kerjaya yang lebih profesional. Masyarakat dan komuniti sekolah khususnya guru guru berpengalaman perlulah menunjukkan rasa hormat kepada guru sebagai guru profesional yang berpengetahuan. Langkah langkah yang digariskan Lorin tersebut sebenarnya mempunyai kaitan dengan kes ini khususnya bagi langkah 1, 2 dan 4. Ciri ciri ini perlulah diamalkan dan dipraktikkan oleh Mrs. Clem agar kualiti kerjayanya meningkat dan sekaligus tergolong dalam kalangan guru guru yang efektif. Bagi langkah 1, Mrs. Clem seharusnya membimbing dan membantu Cathy dalam sesi pengajarannya dan bukannya membebankannya dengan mengubah isi

pengajarannya dan menyuruhnya melakukan sesuatu yang diluar jangkaannya. Situasi pendidik bagi langkah 1 ditafsirkan sebagai Mrs. Clem memandangkan tugasnya sebagai guru pembimbing. Bagi langkah 2, Mrs. Clem yang berpengalaman hampir 20 tahun sebagai guru sewajarnya lebih peka terhadap masalah yang dihadapi Jabar dan membantu Cathy

untuk membentuk disiplin Jabar melalui komunikasi dan perbincangan mereka memandangkan beliau juga lebih arif akan perihal sikap Jabar. Apa yang berlaku dalam kes ini ialah sikap Mrs. Clem yang tidak suka ditegur dan dibetulkan kesalahannya berdasarkan pemerhatian oleh Cathy. Bagi langkah 4 pula, komuniti masyarakat di sekolah yang dimaksudkan adalah Mrs. Clem. Mrs. Clem seharusnya mengiktiraf kemampuan Cathy sebagai guru permulaan dan memperkenalkan Cathy dengan cara yang lebih terhormat agar Cathy tidak merasakan dirinya seperti mascot. Menurut Glasser (1993), guru boleh meningkatkan mutu pengajaran melalui sifat guru yang sentiasa membimbing serta memberi galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik. Malah, guru perlu bersifat pembimbing dan bukan pengarah. Situasinya di sini, Mrs. Clem yang bertindak sebagai guru pembimbing perlulah sentiasa membantu Cathy dan bukannya semata mata mengarah. Mrs. Clem juga merendahkan keyakinan muridnya selain Jabar apabila beliau tetap mahu mengarahkan Jabar ke keretanya untuk mengambil science kit.

6.0

RUMUSAN Kesimpulannya, kes ini tertumpu kepada masalah dalam aspek ciri ciri guru

afektif. Watak utama yang menjadi pokok kepada segala masalah ialah Mrs. Clem. Masalah yang dicetuskan oleh Mrs. Clem ini telah menyebabkan masalah kepada Cathy dan murid murid di dalam kelas sekaligus mengganggu sistem pengurusan bilik darjah. Konsep asas dan prinsip guru efektif pada pandangan Medley (1982): Teacher effectiveness will be used to refer to the results as a teacher gets or to the amount of the progress the pupils make toward some specified goal of education.

One implication of this definition is the teacher effectiveness must be defined, and only be assessed, in terms of behaviours of pupils, not behaviours of teachers. Penyataan di atas menerangkan kesan akibat tingkah laku Jabar menandakan ketidakberkesanan Mrs. Clem yang mendidik Jabar selama ini. Guru yang efektif tidak akan berhadapan dengan masalah tingkah laku disiplin dalam bilik darjah. Indikator guru yang efektif sebenarnya bergantung kepada tingkah laku muridnya yang positif. Gary D. Borich (2004) telah menyenaraikan empat ciri ciri psikologikal guru yang efektif. Antaranya ialah personaliti, atitude, pengalaman dan pencapaian (m/s.5). Walaupun kemahiran interpersonal, emosi dan perangai yang baik dipercayai perlu untuk pengajaran efektif (Levis,1987), ujian personaliti telah menunjukkan beberapa bukti ke arah sosial behavior yang positif yang diperlukan dalam pengajaran efektif. Justeru, masalah dalam kes ini mempunyai faktor penyumbang kepada masalah ini. Puncanya perlu dicari dan diatasi dengan beberapa langkah yang dirasakan sesuai dengan situasi kes ini.

Anda mungkin juga menyukai