Anda di halaman 1dari 53

HBPE 2103

________________________________________________________________________ HBPE 2103 PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK SEPTEMBER 2012 _______________________________________________________________________

HBPE 2103

HBPE 2103 SOALAN TUGASAN

Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik yang melibatkan pergerakan atau senaman yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan muzik, tanpa atau dengan menggunakan peralatan. Tahap penguasaan kemahiran yang tinggi, kelembutan, koordinasi tubuh badan yang baik dan daya kreativiti mencipta pergerakan merupakan keperluan utama bagi seorang ahli gimrama. Namun demikian, penyertaaan murid-murid dari sekolahsekolah rendah peringkat daerah anda kurang memuaskan. Sehubungan itu, untuk mempromosikan gimrama dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah, Pejabat Pelajaran Daerah telah merancangkan satu pertandingan gimrama peringkat daerah yang akan berlangsung pada Januari 2013.

Sebagai guru Pendidikan Jasmani sekolah, anda dikehendaki oleh Guru Besar untuk menyediakan satu pasukan gimrama untuk menyertai pertandingan tersebut. Justeru, anda dikehendaki menyediakan satu perancangan yang sistematik untuk mendapatkan peruntukan dan kelulusan pihak pengurusan sekolah anda bagi melaksanakan program latihan.

Sehubungan itu, anda dikehendaki : i. menyediakan satu kertas kerja yang lengkap berkaitan dengan program latihan untuk pertandingan gimrama yang akan disertai. (20 markah) ii. menyediakan pelan lantai bagi persembahan individu yang lengkap dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua alatan untuk persembahan selama 3 minit. (20 markah)
2

HBPE 2103

ISI KANDUNGAN Kandungan ABSTRAK PENGENALAN FORMAT KERTAS KERJA 1.0 PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 2.0 Sejarah Sekolah Sepintas Lalu Persediaan Pasukan Gimrama SRJK LokYuk Tamalang Rasional Halaman

MATLAMAT DAN OBJEKTIF 2.1 2.2 Matlamat Objektif

3.0

MAKLUMAT PROGRAM 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Tarikh Masa Tempat Kumpulan Sasaran Jurulatih Terlibat

4.0 5.0 6.0

KEWANGAN JADUAL LATIHAN / TENTATIF ACARA YANG DISERTAI

LAMPIRAN

RUTIN GIMRAMA Rutin Pergerakan Dalam Persembahan Lantai ( Gimrama ) - Rangkaian Pergerakan : RUJUKAN Kombinasi dan susunan pergerakan yang menarik Aliran pergerakan yang lancar dan licin Mempelbagaikan aras pergerakan yang berbeza Memanipulasikan sekurang-kurangnya 2 jenis alatan dengan sekurangkurangnya lima kemahiran yang sesuai dan betul bagi setiap alatan Menggunakan ruang sepenuhnya secara kreatif Lampiran

HBPE 2103

ABSTRAK Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istimewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular dalam kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan koordinasi tubuh badan yang baik di samping daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi pelajar-pelajar perempuan serta kaum wanita pada semua peringkat umur. Kertas kerja yang dirangka ini adalah merupakan perancangan dan persediaan

pasukan SRJK Lok Yuk Tamalang, Kudat untuk menyertai Pertandingan Gimrama Peringkat Daerah Kudat pada 2013. Bersama ini juga disediakan tentatif latihan dan acara yang akan disertai. PENGENALAN Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik. Gimrama telah diiktiraf sebagai gerakan gimnastik oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Gimrama merupakan pergerakan atau senaman yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan muzik. Gimrama boleh dilakukan sama ada menggunakan alatan atau tanpa alatan yang kecil pada tangan. Pergerakan gimrama berkoordinasi tinggi dan bersifat estetik serta mesti dilakukan secaralicin dan berterusan. Pergerakan dalam gimrama boleh dikatakan

menyerupaipergerakan tarian tetapi mempunyai ciri yang tersendiri. Pada asasnya, ciri-ciri pergerakan gimrama perlu mempunyai ciri-ciri gimnastik serta mempunyai perkaitan yang rapat antara tiga komponen asas, iaitu pergerakan tubuh badan, penggunaan peralatan dan irama muzik ( lihat gambar berikut )

HBPE 2103

Pergerakan asas gimrama dipercayai mula diperkenalkan sejak seabad yang lalu di benua Eropah. Pada masa itu, gimrama dianggap sebagai pergerakan gimnastik artistik dan tidak mempunyai undang-undang dan peraturan yang piawai. Pengasas sukan gimrama adalah seorang pensyarah berbangsa Swiss, iaitu Jacques Dalcroze. Beliau telah membuka dua buah maktab perguruan di Switzerland dan Jerman. Beliau juga telah memperkenalkan latihan pergerakan gimrama kepada penuntut-penuntutnya dalam abad ke-19.

Pada awal abad ke-20 terdapat dua orang tokoh gimrama dari negara Jerman yang memberi sumbangan yang besar dalam sukan ini. Rudolph Bode (1881-1970) dan Hernrich Medau (18901974) telah memulakan sekolah gimrama mereka sendiri. Mereka juga telah memperkenalkan perkaitan antara aktiviti tarian dan gimnastik dengan iringan muzik. Medau memperkenalkan peralatan bola, gelung dan belantan untuk sukan gimrama. Pada tahun 1962, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa telah mengiktiraf gimnastik berirama moden sebagai suatu sukan tersendiri. Pertandingan diperingkat gimrama peringkat antarabangsa yang pertama ialah Kejohanan Gimrama Sedunia yang berlangsung di Budapest, Hungary pada tahun 1963. Sejak itu, kejohanan ini menjadi kalendar tetap persatuan dengan dipertandingkan setiap dua tahun sekali. Selain itu, beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa yang lain seperti Kejohanan Eropah (European Championship) dan Kejohanan Empat Benua (Four Continents Championship) telah dimulakan pada tahun 1978. Sukan gimrama telah dipertandingkan buat pertama kali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat. FORMAT KERTAS KERJA Kajian pengkaji tentang gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik yang melibatkan pergerakan atau senaman yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan muzik, tanpa atau dengan menggunakan peralatan. Tahap penguasaan kemahiran yang tinggi, kelembutan, koordinasi tubuh badan yang baik dan daya kreativiti mencipta pergerakan merupakan keperluan utama bagi seorang ahli gimrama. Namun demikian, penyertaaan murid-murid dari sekolah-sekolah rendah peringkat daerah anda kurang memuaskan. Sehubungan itu, untuk mempromosikan gimrama dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah, Pejabat Pelajaran Daerah telah merancangkan satu pertandingan gimrama peringkat
5

HBPE 2103

daerah yang akan berlangsung pada Januari 2013. Berikut adalah kertas kerja yang lengkap berkaitan dengan program latihan untuk pertandingan gimrama.

KERTAS KERJA GIMRAMA SRJK LOK YUK TAMALANG KUDAT SABAH

Sumber Rujukan : http://srklokyuktamalang.blogspot.com/

KERTAS KERJA PROGRAM LATIHAN PASUKAN GIMRAMA SRJK LOK YUK TAMALANG KUDAT SABAH
1.0 PENGENALAN

Sekolah ini dibina pada tahun 1933. Pada asalnya bangunan sekolah ini didirikan di suatu kawasan kebun kelapa di batu 7.6 Kampung Tamalang. Pada masa itu, sekolah ini diberi nama Sekolah Yong Chin di bawah jagaan seorang guru bernama Voo Ooi Chung. Pengerusi Lembaga Sekolah pada masa itu ialah Encik Chee Shen Fong. Oleh kerana tempat sekolah ini kurang sesuai dan sukar dimajukan, maka Lembaga Gereja telah berusaha mencari tempat baru. Dengan kerjasama semua ahli lembaga, mereka dapat membeli sebidang tanah kebun kelapa seluas 8 ekar untuk tapak baru sekolah.
6

HBPE 2103

1.1

Sejarah Sekolah Sepintas Lalu Pada tahun 1943, sekolah baru siap dibina. Sekolah baru ini diberi nama Sekolah Lok Yuk. Pada mulanya sekolah ini menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa utama. Pada tahun 1964, semua mata pelajaran sekolah ini telah ditukar kepada aliran Bahasa Inggeris. Pada awal tahun 1970-an, sekolah ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Nama sekolah ini juga diubah kepada SRK LOK YUK TAMALANG sehingga hari ini. Semenjak sekolah ini ditubuhkan, jawatan guru besar hanya disandang oleh guru-guru Cina sahaja, tetapi pada hujung tahun 1988,jawatan guru besar disandangoleh Encik Stephen Yaranli sehingga tahun 1999.

Beliau kemudiannya diganti oleh Puan Masnah Binti Padilah sehingga hari ini. Pada tahun 1993, bangunan lama sekolah telah diganti dengan bangunan baru. Bilangan murid juga telah bertambah tidak kira bangsa Melayu, Bajau, Dusun,Rungus,Cina, Sungai dan lain-lain. Dengan bertambahnya bilangan murid maka bilangan guru dan kakitangan yang berkhidmat di sekolah ini juga bertambah. Bilangan guru yang bertugas di sekolah ini sekarang adalah seramai 15 orang sahaja dan 2 orang pembantu am rendah.

1.2

Persediaan Pasukan Gimrama SRJK LokYuk Tamalang

Kajian pengkaji tentang gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik yang melibatkan pergerakan atau senaman yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan muzik, tanpa atau dengan menggunakan peralatan. Tahap penguasaan kemahiran yang tinggi, kelembutan, koordinasi tubuh badan yang baik dan daya kreativiti mencipta pergerakan merupakan keperluan utama bagi seorang ahli gimrama.

Namun demikian, penyertaaan murid-murid dari sekolah-sekolah rendah peringkat daerah anda kurang memuaskan. Sehubungan itu, untuk mempromosikan gimrama dalam kalangan
7

HBPE 2103

pelajar-pelajar sekolah rendah, Pejabat Pelajaran DaerahKudat, Sabahtelah merancangkan satu pertandingan gimrama peringkat daerah yang akan berlangsung pada Januari 2013.

Sehubungan dengan itu, pengkaji sebagai Guru Pendidikan Jasmani di SRJK Lok Yuk Tamalang, Kudat, Sabah telah dikehendaki oleh Guru Besar SRJK Lok Yuk Tamalang, Kudat, Sabah untuk menyediakan satu pasukan gimrama untuk menyertai pertandingan tersebut. Justeru, pengkaji juga akan menyediakan satu perancangan yang sistematik untuk mendapatkan peruntukan dan kelulusan pihak pengurusan SRJK Lok Yuk Tamalang, Kudat, Sabah bagi melaksanakan program latihan.

1.3

Rasional

Kejohanan Sukan Gimrama bukan sahaja akan memberi ruang kepada gimnas-gimnas untuk bertanding malah bakal melahirkan atlit-atlit sukan gimrama yang berbakat seterusnya boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Penganjuran Kejohanan Sukan Gimrama khususnya di Pejabat Pelajaran DaerahKudat, Sabah2013 merupakan titik permulaan pengembangan sukan tersebut kepada generasi muda di daerah ini memandangkan kejohanan sukan gimrama belum pernah dianjurkan oleh badan-badan sukan sama ada melalui belia atau pun menerusi aktiviti-aktiviti di sekolah. Dalam Kejohanan Gimrama Peringkat Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Kudat anjuran Pejabat Pelajaran DaerahKudat, Sabah 2013 ini kemahiran menggunakan beberapa peralatan ( gelang, reben dan belantan ) merupakan aspek yang akan dinilai. Begitu juga dengan kemahiran dalam menggabungkan beberapa pergerakan asas dengan diiringi muzik turut diberi perhatian. Peserta yang berjaya mempamerkan persembahan yang menarik, kemas dan teratur akan mendapat kemenangan dan hadiah serta medal. Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istimewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular di kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan koordinasi tubuh badan yang baik juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di semua peringkat umur. Keunikan sukan gimrama sebagai salah satu sukan yang istimewa
8

HBPE 2103

khasnya untuk kaum wanita merupakan asas kepada penganjuran sukan ini di peringkat Pejabat Pelajaran DaerahKudat, Sabahpada Januari 2013.

2.0.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Perancangan Persiapan Pasukan Gimrama peringkat SRJK Lok Yuk, Tamalang, Kudat, Sabah untuk menyertai Pertandingan Gimrama Peringkat Daerah Kudat 2013 anjuran Pejabat Pelajaran DaerahKudat, Sabah, telah diadakan untuk memberi ruang kepada gimnas-gimnas dari sekolah ini terutamanya, adalah untuk mengembangkan bakat yang sedia ada. Di samping itu kejohanan ini juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang faedah menyertai sukan gimrama.

2.1.

Matlamat

Kewujudan Pasukan Gimrama SRJK LokYuk Tamalang, Kudat, Sabah mempunyai beberapa matlamat seperti berikut : 2.1.1. Selepas penyertaan dalam penganjuran kejohanan sukan gimrama adalah diharap agar lebih ramai gimnas-gimnas akan menyertai kejohanan ini bukan sahaja dari sekolahsekolah rendah malah penglibatan atlit-atlit dari sekolah menengah juga akan bertambah; 2.1.2. Penganjuran sukan gimrama ini diharap memberi kesedaran kepada masyarakat khasnya di Daerah Kudat tentang keunikan dan kelebihan gimrama; 2.1.3. Dalam masa yang sama diharapkan para ibubapa akan menggalakkan anak-anak mereka bergiat aktif dalam sukan gimrama; 2.1.4. Selain dari itu, atlit terlibat akan lebih berusaha lagi untuk menyertai kejohanankejohanan yang lebih tinggi seperti kejohanan gimrama di peringkat kebangsaan; dan 2.1.5. Selepas kejohanan gimrama ini diharap lebih ramai jurulatih akan tampil untuk menyumbangkan tenaga untuk meningkatkan mutu gimrama Daerah Kudat.

2.2

Objektif
9

HBPE 2103

Kewujudan Pasukan Gimrama SRJK LokYuk Tamalang, Kudat, Sabah mempunyai beberapa objektif seperti berikut : 2.2.1 Melahirkan pelajar yang aktif dalam bidang sukan, khasnya gimrama; 2.2.2 Mencapai matlamat program 1 Murid 1 Sukan; 2.2.3 Menyediakan pasukan gimrama peringkat sekolah yang berdayasaing dalam sebarang pertandinganperingkat daerah, negeri dan kebangsaan; 2.2.4. Dengan menyertai kejohanan sukan gimrama ini, para atlit akan bertambah yakin dengan kemahiran sedia ada dan akan berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam gimrama; dan 2.2.5. Penganjuran sukan gimrama ini juga diharap dapat memupuk budaya bersukan dalam kalangan generasi muda seterusnya meningkatkan perpaduan di antara kaum yang pelbagai di Daerah Kudat, Sabah.

3.0

MAKLUMAT PROGRAM

Penyertaan Pasukan GimramaSRJK Lok Yuk Tamalang, Kudat, Sabahdalam Pertandingan Gimrama Peringkat Sekolah-Sekolah RendahDaerah Kudat 2013

anjuran Pejabat Pelajaran DaerahKudat, Sabah adalah julung-julung kalinya yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

3.1

Tarikh

Penetapan Tarikh Pertandingan adalah amat bersesuaian pada tarikh 23 Mac 2013 hingga 31 Mac 2013 ( iaitu 9 hari ) iaitu pada masa Cuti Pertengahan Penggal 1 Persekolahan 2013. Rujuk : http://www.moe.gov.my/userfiles/file/Perincian%20Penggal%202013_3Okt2012.pdf Pemilihan tarikh dibuat atas faktor masa persiapan yang secukupnya untuk pihak sekolah yang akan menyertai pertandingan adalah lebih lama iaitu 6 bulan.

Perancangan latihan berpusat bagi Pasukan GimramaSRJK Lok Yuk Tamalang, Kudat, Sabah bermula dengan jadual berikut ( ringkasan jadual ) :

10

HBPE 2103

JADUAL 1 : PERANCANGAN PASUKAN GIMRAMA SK KG MINYAK 2012-2013 BIL HARI/ MINGGU / BULAN 1 NOVEMBER 2012 AKTIVITI PERANCANGAN PENYERTAAN PERTANDINGAN GIMRAMA TENTATIF LATIHAN Pengenalan Sukan Pemilihan Peserta Gimrama dan Kebenaran Pengurusan Sekolah( Sumber Kewangan ) Undang-Undang Kebenaran Ibu Bapa Pelajar Latihan Berkala : 3 kali seminggu CATATAN

SEJARAHDAN PERKEMBANGAN GIMRAMA

2 DISMBER 2012

Latihan Pusat Bersama Jurulatih Negeri Sabah Berkala : 3 kali seminggu

Kemahiran Pergerakan Badan

3 JANUARI 2013

Pergerakan Asas - teknik-teknik pergerakan belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar dan ia melibatkan gabungan Kemahiran psikomotor, kognitif dan afektif iaitu hubung kait motor Peralatan penglihatan, motor-pendengaran, motor kinestatik dan motortaktile. Gelung Reben Belantan Latihan Pusat Bersama Jurulatih Negeri Sabah Kemahiran Pergerakan Badan Berpusat : Intensif Pergerakan Asas - iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. Kedua- Kemahiran Peralatan duanya memberi penekanan kepada aspek-aspek ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan permainan dan kemahiran gimnastik.
11

Pergerakan Melangkah Ayunan dan Pusingan Putaran dan Pivot Alunan Lompatan dan Layangan Imbangan Lentikan Gulingan

HBPE 2103

Latihan Pusat Bersama Jurulatih Negeri Sabah Berpusat : Intensif Pergerakan asas - meliputi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

Kemahiran Pergerakan Badan

FEBUARI 2013

Kemahiran Peralatan Manipulasi alatan pula dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan dengan alatan. Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan secara individu atau dalam kumpulan. Namun, pergerakan yang dihasilkan oleh pelaku adalah untuk menguji keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan badan selari dengan kuasa graviti dalam suasana yang dipilih. Pertandingan Gimrama Peringkat Sekolah-Sekolah RendahDaerah Kudat 2013 anjuran Pejabat Pelajaran DaerahKudat, Sabah Gelung Reben Belantan

5 MAC 2013

Pertandingan I - Acara berpasukan Pertandingan II - Acara individu keseluruhan Pertandingan III - Pusingan akhir untuk setiap peralatan

6 7

CADANGAN PERTANDINGAN GIMRAMAPERINGKAT NEGERI SABAH JULAI 2013 ( 07.08.2013 - 18.08.2013 ) CADANGAN PERTANDINGAN GIMRAMA PERINGKAT KEBANGSAAN NOVEMBER 2013( 16.11.2013 - 01.01.2014 )

12

HBPE 2103

3.2

Masa

Pertandingan akan berlangsung selama 5 hari kerana terdapat banyak disiplin kemahiran menggunakan peralatan ( tali , gelang, bola, reben dan belantan ) merupakan aspek yang akan dinilai. Begitu juga dengan kemahiran dalam menggabungkan beberapa pergerakan asas dengan diiringi muzik turut diberi perhatian. Peserta yang berjaya

mempamerkan persembahan yang menarik, kemas dan teratur akan mendapat kemenangan dan hadiah serta medal.

Tentatif Hari Pertandingan : Hari 1 : Pendaftaran Peserta / Taklimat Pengadilan / Mesyuarat Teknikal Pengadilan Hari 2 : Saringan 1 Acara Berpasukan Acara Individu Keseluruhan Pusingan Akhir Untuk Setiap

1. Pertandingan I 2. Pertandingan II 3. Pertandingan III Peralatan Hari 3 : Saringan 2 1. Pertandingan I 2. Pertandingan II 3. Pertandingan III Peralatan Hari 4 : Separuh Akhir 1. Pertandingan I 2. Pertandingan II 3. Pertandingan III Peralatan Hari 5 :

Acara Berpasukan Acara Individu Keseluruhan Pusingan Akhir Untuk Setiap

Acara Berpasukan Acara Individu Keseluruhan Pusingan Akhir Untuk Setiap

Majlis Penyampaian Hadiah Persembahan Pemenang Perasmian Penutupan adalah

Masa Latihan Pasukan Pasukan Gimrama SRJK Lok Yuk Tamalang, Kudat

berdasarkan JADUAL 1 : PERANCANGAN PASUKAN GIMRAMA SRJK LOK YUK TAMALANG 2012-2013 ( muka surat 11-12 ).

13

HBPE 2103

3.3

Tempat

Pemilihan tempat latihan dan tempat pertandingan adalah berdasarkan tempat yang telah dipilh oleh pihak sekolah dan pihak PPD Kudat, disebabkan kapasiti tempat dan lokasi yang bersesuaian iaitu Dewan Tun Mustapha, Kudat, Sabah. Urusan penyewaan dan tempahan telah dibuat oleh pihaksekolah berdasarkan jadual latihan di atas dan latihan dibuat pada waktu pagi dan petang ( tertakluk kepada perubahan / penggunaan dewan ).

3.4

Kumpulan Sasaran

Semua pelajar akan dikumpulkan dan selepas pemilihan dibuat berdasarkan bakat dan potensi pergerakan ( khasnya pelajar perempuan untuk keperluan acara ) : Peserta Acara Jumlah Peserta Tahun 1-3 Acara 3 / 4 orang Berpasukan 6 orang 10 latihan tali, bola, gelung, belantan dan reben. Tahun 4-6 Acara Individu 1 orang 4 latihan 4 peralatan tali, bola, gelung, belantan dan reben.
14

Jenis Latihan

Peralatan

1 / 2 jenis peralatan

1 / 2 jenis peralatan

HBPE 2103

3.5

Jurulatih Terlibat

Seramai 2 jurulatih akan dijemput oleh pihak sekolah dari Persatuan Gimrama Sabah. Pemilihan 2 tenaga jurulatih akan dirujuk kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sabah untuk kelulusan. Secara kebetulan, pihak Pasukan Gimrama SRJK Lok Yuk Tamalang mendapat bantuan dari seorang ibu pelajar yang dipilih, yang pernah mewakili Negeri Sabah dalam acara Gimrama SUKMA 2004. Selain itu juga seramai 4 guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan SRJK Lok Yuk Tamalang akan membantu pasukan ini diketuai oleh Cik Norisah Anam.

4.0

KEWANGAN

Segala kos dan bayaran kejurulatihan akan ditanggung oleh pihak SRJK Lok Yuk Tamalang, bantuan kewangan dari PIBG SRJK Lok Yuk Tamalang, sumbangan dari pihak luar / pihak Ibu Bapa dan sumbangan Adun N2Tanjong Kapor. iaitu YB Datuk Teo Chee Kang.

Berikut adalah anggaran perbelanjaan yang akan dibelanjakan berdasarkan jumlah pendapatan yang diperolehi :

15

HBPE 2103

4.1

Anggaran Pendapatan

Bil 1 2 3 4 5 6

Item Sumbangan Sekolah Sumbangan PIBG Sumbangan Ibu Bapa Sumbangan Sponsor ( Individu / Pembekal ) Sumbangan PPD Kudat Sumbangan YB Datuk Teo Chee Kang ADUN N 2. Tanjong Kapor, Kudat

Jumlah RM 500.00 RM 500.00 RM 1,000.00 RM 3,000.00 RM 500.00 RM 3,000.00

Anggaran Jumlah Pendapatan

RM 7,500.00 ( * tertakluk kepada perubahan )

4.1

Anggaran Perbelanjaan

Bil 1

Item Kos Kejurulatihan Bayaran Khidmat Jurulatih / Penginapan / Makan Minum / Penginapan

Jumlah RM 3,000.00

2 3 4 5

Kos Pembelian Peralatan / Pakaian / Muzik Kos Perbelajaan Latihan / Makan Minum Pelajar Kos Pengangkutan Pelajar Kos Luar Jangka

RM 2,000.00 RM 1,000.00 RM 500.00 RM 1,000.00 RM 7.500.00 ( * tertakluk kepada perubahan )

Anggaran Jumlah Perbelanjaan

Kos penyewaan dewan yang tinggi memerlukan bantuan kewangan yang banyak dan penggunaan papan lantai yang berkualiti untuk sesi latihan dan pertandingan
16

HBPE 2103

5.0

JADUAL LATIHAN / TENTATIF

Berikut adalah contoh jadual latihan atau tentatif latihan yang akan dilaksanakan sepanjang 8 minggu ( secara berkala atau intensif ):

Jadual Ringkas Harian / Masa ( setiap hari ) : 8.00 pagi 9.00 pagi 11.00 pagi 12.00 tgh 2.00 ptg 4.00 ptg - 9.00 pagi - 10.00 pagi - 12.00 pagi - 2.00 ptg - 4.00 ptg - 5.00 ptg : : : : : : Pemanasan Badan Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor Kemahiran Pergerakan Badan Rehat Kemahiran Peralatan Penyejukan Badan / Refleksi

KEMAHIRAN BADAN

PERGERAKAN KEMAHIRAN PERALATAN 1.0 GELUNG CARA MEMEGANG GELUNG KEMAHIRAN GELUNG 2.0 REBEN KEMAHIRAN REBEN 3.0 BELANTAN

1.0 PERGERAKAN MELANGKAH 1.1 Berjalan 1.2 Berlari 1.3 Lompat Ketinting 1.4 Lompat Skip 1.5 Chasse 1.6 Langkah Waltz 1.7 Langkah Grapevine 2.0 AYUNAN DAN PUSINGAN 2.1 Putaran dan Pivot 3.0 ALUNAN

CARA MEMEGANG BELANTAN

4.0 LOMPATAN DAN LAYANGAN

Nota : Sumber Rujuk Lampiran : Kemahiran Pergerakan Badan dan Kemahiran Peralatan
17

HBPE 2103

BIL

MINGGU

HARI / MASA

KEMAHIRAN

ACARA LATIHAN

MAKLUMAT ACARA PERALATAN

ISNIN Kemahiran SELASA Pergerakan Badan RABU Putaran dan Pivot MINGGU 1 1 KHAMIS Kemahiran Peralatan JUMAAT Motivasi SABTU Kesihatan Kaunseling Refleksi AHAD Lentikan Gulingan REHAT Alunan Lompatan dan Layangan Imbangan Belantan Bola Ayunan dan Pusingan Gelung Pergerakan Melangkah Tali

Riben

Nota : Sumber Rujuk Lampiran : Kemahiran Pergerakan Badan dan Kemahiran Peralatan

KEMAHIRAN PERALATAN 1.0 GELUNG 1.1 CARA MEMEGANG GELUNG 1.2 KEMAHIRAN GELUNG 1.2.1 Ayunan Bulatan dan Angka Lapan 1.2.2 1.2.3 1.2.4 Golekan Putaran Lambungan

18

HBPE 2103

BIL

MINGGU

HARI / MASA

KEMAHIRAN

ACARA LATIHAN

MAKLUMAT ACARA PERALATAN

ISNIN Kemahiran SELASA Pergerakan Badan RABU Putaran dan Pivot MINGGU 2 2 KHAMIS Kemahiran Peralatan JUMAAT Motivasi SABTU Kesihatan Kaunseling Refleksi AHAD Lentikan Gulingan REHAT Alunan Lompatan dan Layangan Imbangan Belantan Bola Ayunan dan Pusingan Gelung Pergerakan Melangkah Tali

Riben

Nota : Sumber Rujuk Lampiran : Kemahiran Pergerakan Badan dan Kemahiran Peralatan

KEMAHIRAN PERALATAN 2.0 REBEN 2.1 KEMAHIRAN REBEN 2.1.1 Ayunan, Bulatan dan Angka Lapan 2.1.2 Lingkaran dari Bentuk Ular 2.1.3 Lambungan dan Sambutan

19

HBPE 2103

BIL

MINGGU

HARI / MASA

KEMAHIRAN

ACARA LATIHAN

MAKLUMAT ACARA PERALATAN

ISNIN Kemahiran SELASA Pergerakan Badan RABU Putaran dan Pivot MINGGU 3 3 KHAMIS Kemahiran Peralatan JUMAAT Motivasi SABTU Kesihatan Kaunseling Refleksi AHAD Lentikan Gulingan REHAT Alunan Lompatan dan Layangan Imbangan Belantan Bola Ayunan dan Pusingan Gelung Pergerakan Melangkah Tali

Riben

Nota : Sumber Rujuk Lampiran : Kemahiran Pergerakan Badan dan Kemahiran Peralatan

KEMAHIRAN PERALATAN 3.0 BELANTAN 3.1 CARA MEMEGANG BELANTAN 3.2 KEMAHIRAN BELANTAN 3.2.1 Ayunan dan Bulatan Besar 3.2.2 Bulatan Kecil 3.2.3 Mills 3.2.4 Pergerakan Bukan Simetri 3.2.5 Lambung dan Sambut 3.2.6 Ketukan

20

HBPE 2103

BIL

MINGGU

HARI / MASA

KEMAHIRAN

ACARA LATIHAN

MAKLUMAT ACARA PERALATAN

ISNIN Kemahiran SELASA Pergerakan Badan RABU Putaran dan Pivot MINGGU 4 4 KHAMIS Kemahiran Peralatan JUMAAT Motivasi SABTU Kesihatan Kaunseling Refleksi AHAD Lentikan Gulingan REHAT Alunan Lompatan dan Layangan Imbangan Belantan Bola Ayunan dan Pusingan Gelung Pergerakan Melangkah Tali

Riben

Nota : Sumber Rujuk Lampiran : Kemahiran Pergerakan Badan dan Kemahiran Peralatan

BERJALAN

BERLARI

LOMPAT KETINGING

21

HBPE 2103

BIL

MINGGU

HARI / MASA

KEMAHIRAN

ACARA LATIHAN

MAKLUMAT ACARA PERALATAN

ISNIN Kemahiran SELASA Pergerakan Badan RABU Putaran dan Pivot MINGGU 5 KHAMIS Kemahiran Peralatan JUMAAT Motivasi SABTU Kesihatan Kaunseling Refleksi AHAD Lentikan Gulingan REHAT Alunan Lompatan dan Layangan Imbangan Belantan Bola Ayunan dan Pusingan Gelung Pergerakan Melangkah Tali

Riben

Nota : Sumber Rujuk Lampiran : Kemahiran Pergerakan Badan dan Kemahiran Peralatan

LOMPAT SKIP CHASSE WALTZ

22

HBPE 2103

BIL

MINGGU

HARI / MASA

KEMAHIRAN

ACARA LATIHAN

MAKLUMAT ACARA PERALATAN

ISNIN Kemahiran SELASA Pergerakan Badan RABU Putaran dan Pivot MINGGU 6 KHAMIS Kemahiran Peralatan JUMAAT Motivasi SABTU Kesihatan Kaunseling Refleksi AHAD Lentikan Gulingan REHAT Alunan Lompatan dan Layangan Imbangan Belantan Bola Ayunan dan Pusingan Gelung Pergerakan Melangkah Tali

Riben

Nota : Sumber Rujuk Lampiran : Kemahiran Pergerakan Badan dan Kemahiran Peralatan

GRAPEVINE

23

HBPE 2103

BIL

MINGGU

HARI / MASA

KEMAHIRAN

ACARA LATIHAN

MAKLUMAT ACARA PERALATAN

ISNIN Kemahiran SELASA Pergerakan Badan RABU Putaran dan Pivot MINGGU 7 KHAMIS Kemahiran Peralatan JUMAAT Motivasi SABTU Kesihatan Kaunseling Refleksi AHAD Lentikan Gulingan REHAT Alunan Lompatan dan Layangan Imbangan Belantan Bola Ayunan dan Pusingan Gelung Pergerakan Melangkah Tali

Riben

Nota : Sumber Rujuk Lampiran : Kemahiran Pergerakan Badan dan Kemahiran Peralatan

AYUNAN

PIVOT

24

HBPE 2103

ALUNAN

25

HBPE 2103

BIL

MINGGU

HARI / MASA

KEMAHIRAN

ACARA LATIHAN

MAKLUMAT ACARA PERALATAN

ISNIN Kemahiran SELASA Pergerakan Badan RABU Putaran dan Pivot MINGGU 8 8 KHAMIS Kemahiran Peralatan JUMAAT Motivasi SABTU Kesihatan Kaunseling Refleksi AHAD Lentikan Gulingan REHAT Alunan Lompatan dan Layangan Imbangan Belantan Bola Ayunan dan Pusingan Gelung Pergerakan Melangkah Tali

Riben

Nota : Sumber Rujuk Lampiran : Kemahiran Pergerakan Badan dan Kemahiran Peralatan

LOMPATAN DAN LAYANGAN

26

HBPE 2103

6.0

ACARA YANG DISERTAI

Berikut adalah acara yang akan disertai oleh Pasukan Gimrama SRJK LokYuk Tamalang, Kudat, Sabah adalah berdasarkan jenis pertandingan Kejohanan Gimrama Peringkat Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Kudat anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kudat, Sabah 2013adalah seperti berikut :

6.1

Pertandingan I :

Saringan (QC) dan Pertandingan VI : (Pasukan QC) a) Latihan yang dipersembahkan untuk Pertandingan I berdasarkan keperluan peringkat Junior mengikut peraturan F.I.G.(2001), iaitu setiap pasukan mempersembahkan 3 latihan bagi setiap acara dengan jumlah 12 latihansetiap pasukan. b) Empat (4) acara akan dipertandingkan, iaitu GELUNG, BOLA , BELANTAN dan RIBEN. Setiap gimnas perlu mencatat 10 difficulties maksimumpada borangTechnical Value (TV). Lapan difficulties dengan nilai yang tertinggi akan diambilkira untuk jumlah markah Technical Value. Empat difficulties daripada 8 harus dalam kombinasi lima puluh peratus daripadadifficulties dengan nilai yang tertinggi mesti dalam kumpulan (Compulsory Body Movement) untuk setiap alat. c) Semua ahli gimnas yang berdaftar dikehendaki menyertai Pertandingan I. Setiap pasukan diwakili oleh 3 (tiga) orang gimnas dari setiap negeri. d) Gimnas dari pasukan-pasukan yang tidak lengkap (1 atau 2 orang gimnas sahaja) tidak layak untuk pemilihan Pasukan Terbaik, tetapi gimnas ini akan mengambil bahagian dalam Pertandingan I sebagai saringan bagi Pertandingan II dan III. e) Setiap gimnas yang ingin dipertimbangkan untuk Pertandingan II dikehendaki mempersembahkan sekurang-kurangnya 3 latihan dalam Pertandingan I. f) Setiap gimnas yang ingin dipertimbangkan untuk Pertandingan III dikehendak mempersembahkan acara itu dalam Pertandingan I. g) Untuk menentukan Johan Pasukan, jumlah mata 10 latihan TERBAIK dari Pertandingan I diambilkira sebagai keputusan Pertandingan Pasukan. Johan Pasukan adalah pasukan yang memperolehi markah pasukan yang tertinggi dalam Pertandingan I ini.
27

HBPE 2103

6.2

Pertandingan II Individu Keseluruhan (IAAF)

a)

Semua gimnas yang mengambil bahagian di Pertandingan I akan dipertimbangkan untuk Pertandingan II.

b)

30 gimnas yang terbaik dari Pertandingan I dipilih untuk pertandingan ini. (Maksimum 2 orang dari setiap pasukan)

c)

Empat (4) latihan dengan empat (4) jenis alatan yang ditetapkan akan dipertandingkan. (GELUNG, BOLA BELANTAN dan RIBEN).

d)

Latihan yang dipersembahkan untuk Pertandingan II berdasarkan keperluan peringkat Junior mengikut peraturan F.I.G., 7.1.1 (b).

e).

Untuk menentukan Johan Individu Keseluruhan, jumlah mata yang diperolehi daripada keempat-empat acara yang dipertunjukkan akan diambilkira. Peserta yang mendapat mata yang terbanyak akan menjadi Johan Individu Keseluruhan.

6.3

Pertandingan III Kejohanan Alatan (IEF)

a)

Lapan (8) peserta terbaik dari setiap alatan berdasarkan Pertandingan I layak menyertai Kejohanan Alatan tertakluk kepada dua (2) gimnas maksimum bagi tiaptiap negeri.

b)

Empat(4) latihan dengan 4 (empat) jenis alatan yang ditetapkan akan dipertandingkan. (GELUNG, BOLA, BELANTAN dan RIBEN)

c)

Latihan yang dipersembahkan berdasarkan keperluan peringkat Junior mengikut peraturan F.I.G Code 2001.

d) e)

Markah dari Pertandingan III ini sahaja diambilkira bagi menentukan kedudukan. Peserta yang memperolehi mata tertinggi dalam sesuatu acara Pertandingan III akan menjadi Johan acara berkenaan.

Semua Pengurus Pasukan harus serahkan Borang Technical Value dan Artistic Value yang telah dilengkapkan dengan teliti pada penganjur sebelum pertandingan. Sesiapa yang gagal menyerahkan borang tersebut, tidak dapat mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Borang T.V. dan A.V mesti dilengkap dengan betul.

28

HBPE 2103

a) b) c)

Menggunakan symbol yang tertentu untuk difficulties. Tulis difficulties mengikut susunan yang telah ditetapkan dalam routine. Jumlah markahnya mesti dikira dengan betul.

Sesiapa yang gagal lengkapkan borang tersebut dengan betul akan di denda 0.50 oleh Assistant Judge daripada score yang final.

29

HBPE 2103

TUGASAN 2

RUTIN GIMRAMA Rutin Pergerakan Dalam Persembahan Lantai ( Gimrama ) - Rangkaian Pergerakan : Kombinasi dan susunan pergerakan yang menarik Aliran pergerakan yang lancar dan licin Mempelbagaikan aras pergerakan yang berbeza Memanipulasikan sekurang-kurangnya 2 jenis alatan dengan sekurangkurangnya lima kemahiran yang sesuai dan betul bagi setiap alatan Menggunakan ruang sepenuhnya secara kreatif Lampiran

RUTIN GIMRAMA Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istimewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular di kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan kordinasi tubuh badan yang baik juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di semua peringkat umur.

RUTIN 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN BADAN Kesemua kemahiran dan teknik peralatan yang digunakan dalam gimrama perlu dllakukan bersesuaian dengan pergerakan badan. Pergerakan gimnastik menggunakan alatan perlu dilakukan dengan kawalan badan yang baik serta dengan gaya badan yang bergaya dan kemas. Memandangkan perkara ini seorang gimnas perlu memahami segala pergerakan
30

HBPE 2103

badan atau elemen teknik badan untuk membentuk gerakan yang baik dalam gimrama. Dengan kata lain elemen-elemen ini merupakan asas kepada gimrama dan mesti dllakukan sepanjang rutin latihan. Kesemua elemen teknik badan hendakiah digabungkan dalam rutin gerakan supaya menjadi suatu rangkaian yang licin dan baik. Terdapat berbagai pergerakan badan dalam setiap kumpulan untuk melahirkan suatu rutin yang asli dan tersendiri. Gabungan-gabungan berbeza yang terhasil di antara pergerakan badan dan manipulasi peralatan menjadikan gimrama sebagai suatu sukan yang sangat mencabar bagi gimnas dan jurulatih. Cara melakukan gabungan-gabungan ini bergantung pada pengalaman dan kreativiti jurulatih atau gimnas.

Rajah 1: Terdapat berbagai pergerakan badan dalam setiap kumpulan untuk melahirkan suatu rutin yang asli dan tersendiri Elemen pergerakan badan boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu:

Pergerakan Melangkah Ayunan dan Pusingan Putaran dan Pivot Alunan Lompatan dan Layangan Imbangan Lentikan Gulingan

31

HBPE 2103

1.0

PERGERAKAN MELANGKAH

Dalam pergerakan melangkah terdapat berbagai variasi corak melangkah dari berjalan hingga ke pergerakan yang lebih kompleks. Pergerakan melangkah ini akan dllakukan dalam berbagai arah atau saiz. Melangkah hendaklah dilakukan dengan ringan, anjal serta berada di atas bebola kaki. Dalam pergerakan melangkah juga bahagian hujung kaki sentiasa dilunjurkan. Contoh-contoh pergerakan ini adalah seperti berjalan, berlari, lompat ketingting, langkah skip, Chasse, langkah Waltz, langkah Grapevine. 1.1 Berjalan

Langkah dengan teratur dari satu kaki ke kaki lain dengan menggunakan bebola kaki serta luruskan hujung kaki dan kaki menghala ke luar sedikit. Ayunan tangan dengan bebas bermula dari bahagian bahu dan pergerakan tangan kehadapan. Tangan yang dihayun kedepan hendaklah bertentangan dengan pergerakan kaki kehadapan. Berada dalam keadaan badan tegak dan pandang ke depan. Rajah 2: Gerakan melangkah berjalan Rajah 3: Gerakan melangkah berlari 1.2 Berlari

Keseluruhan cara berlari mempunyai persamaan dengan berjalan cuma dilakukan dengan cepat dan keduadua kaki diangkat dari lantai

seketika. Contoh variasi: langkah besar, langkah kecil, tendang ke belakang dengan kaki lurus atau bengkok.
32

HBPE 2103

1.3

Lompat Ketinting

Lompat pada satu kaki dan mendarat pada kaki yang sama.

Rajah 4: Gerakan melangkah lompat ketinting

1.4

Lompat Skip

Lompat berturut-turut dengan kedua-dua kaki secara bergilir-gilir Rajah 5: Gerakan melangkah lompat skip

1.5

Chasse

Chasse berasal dari satu pergerakan balet dan turut dinamakan juga langkahtutup-langkah. Gerakan Chasse

merupakan kemahiran yang mustahak bagi menyedialan diri untuk gerakan yang lain. Dengan melajukan Chasse ke depan dengan cepat, ia akan membantu persediaan untuk lompatan, layangan atau pusingan. Terdapat dua gerakan Chasse iaitu ( Rajah 6 dan Rajah 7 ) :

Rajah 6: Gerakan melangkah Chasse kehadapan / ke sisi

33

HBPE 2103

1.6

Langkah Waltz

Langkah Waltz dilakukan dengan membengkokkan badan dalam

kiraan 1 dan di atas bebola kaki dalam kiraan 2 dan 3. Variasinya boleh dilakukan dalam pelbagai arah dan boleh di mulakan dengan kaki kiri. Rajah 8: Gerakan melangkah langkah Waltz 1.7 Langkah Grapevine Grapevine merupakan

Langkah

pergerakan ke sisi. Teknik asas adalah seperti benkut:

Berdiri atas kaki kanan hulur kaki kiri ke sisi.

Langkah kaki kiri dan silang kaki kanan ke depan kaki kiri.

Hulur kaki kiri ke sisi. Langkah kaki kanan dan silang kaki kanan ke belakang kaki kiri. Rajah 9 : Gerakan melangkah langkah Grapevine

34

HBPE 2103

2.0

AYUNAN DAN PUSINGAN

Ayunan adalah asas bagi gerakan manipulasi peralatan. Ayunan dan pusingan dlaplikasikan dalam

gerakan gimrama ketika persediaan, pergerakan menyambung Ayunan dilakukan anggota dan akhir sesuatu atau untuk

pergerakan. boleh

pusingan

dengan badan

mana-mana tangan,

seperti

bahagian atas badan dan kaki.

Rajah 10: Gerakan ayunan dan pusingan 2.1 Putaran dan Pivot

Putaran dilakukan dengan dua kaki di atas lantai. Selain daripada dua kaki putaran boleh dilakukan dengan anggota badan lain seperti punggung, lutut atau belakang. Terdapat berbagai jenis putaran yang dilakukan bergantung kepada sudut putaran contohnya separuh putaran (180), putaran penuh (360) atau lebih daripada satu putaran. Putaran adalah elemen asas dalam sesuatu gerakan rutin gimrama, putaran boleh juga dilakukan dengan lompatan. Rajah 11: Gerakan putaran penuh

Rajah 12: Gerakan putaran Chamee. Putaran ini terdiri daripada beberapa putaran separuh
35

HBPE 2103

Pivot dilakukan atas satu kaki. Kedudukan tubuh badan, tangan dan kepala boleh dilakukan mengikut kreativiti gimnas. Contohnya kedudukan kaki yang diangkat boleh diluruskan, dibengkokkan atau diletakkan pada kedudukan estatik. Terdapat dua cara melakukan pivot iaitu ke arah luar ( iaitu ke arah kaki yang diangkat) atau ke arah dalam (ke arah kaki yang melakukan pivot). Gimnas perlu berada di atas bebola kaki dengan tumit seberapa tinggi yang boleh apabila melakukan putaran atau pivot.

Sepanjang membuat putaran dan pivot badan gimnas hendaklah berada dalam tegap dan gimnas perlu mengawal pergerakan badannya untuk menetapkan imbangan. Rajah 13: Gerakan pivot Otot-otot perut serta kaki yang melakukan pivot perlulah kuat dalam melakukan pivot. Bahagian kepala dan tangan digunakan untuk membantu melakukan putaran dan pivot.

3.0

ALUNAN

Alunan adalah pergerakan yang menyerupai ombak dilakukan dengan tangan, tubuh badan atau keseluruhan badan. Alunan boleh dilakukan dalam pelbagai arah dan cara contohnya ke depan, ke belakang atau ke sisi; berlutut atau berdiri. Kemahiran alunan badan merupakan kemahiran gerakan gimnas yang agak susah. Alunan memerlukan kelenturan badan yang baik supaya dapat menggerakkan tubuh badan dengan kemas yang menyupai gerakan ombak. Alunan tidak hanya melakukan pergerakan tangan malah keseluruhan pergerakan tubuh badan. Terdapat beberapa latihan ansur maju dalam mempratikkan alunan yang akan membantu perlakuan tersebut:

36

HBPE 2103

Rajah 14: Gerakan teknik alunan


37

HBPE 2103

4.0

LOMPATAN DAN LAYANGAN

Terdapat pelbagai variasi lompatan dan layangan yang dilakukan dalam gimrama. Lompatan dan mendarat boleh dilakukan menggunakan satu atau dua kaki. Berikut adalah beberapa variasi lompatan yang di gunakan oleh gimnas.

Rajah 15: Gerakan jenis lompatan Layangan merupakan satu lompatan tinggi dan berjarak besar. Lonjakan menggunakan satu semasa melonjak dan mendarat. Berikut adalah variasi layangan.

Rajah 16: Gerakan beberapa jenis layangan

Bagi proses lompatan atau layangan, lonjakan dan daratan lutut perlu di bengkokan sedikit. Proses ini akan membantu tolakan kaki dari lantai serta meringankan pendaratan bagi mengelakan kecederaan yang mungkin berlaku dilutut kaki dan belakang. Pendaratan hendaklah dilakukan di atas bebola kaki dan terus kebahagian kaki yang lain.

38

HBPE 2103

Semasa melakukan lompatan atau layangan gimnas perlu tenang dan merasa seolah-olah gerakannya berhenti sementara pada aras yang tertinggi di udara. Rajah 17: Contoh gerakan pendaratan

Rajah 18: Semasa melakukan lompatan atau layangan gimnas perlu tenang dan merasa seolah-olah gerakannya berhenti sementara pada aras yang tertinggi di udara

Lompatan dan layangan patut di lakukan dengan amplitud yang baik dengan kaki dan tangan yang lurus.

Rajah 19: Lompatan dan layangan patut di lakukan dengan amplitud yang baik dengan kaki dan tangan yang lurus

Rajah 20: Tangan hendaklah dihayun dengan membentuk corak harmoni dengan lompatan

39

HBPE 2103

Tangan hendaklah dihayun dengan membentuk corak harmoni dengan lompatan. Semasa menghayun tangan bahu tidak perlu diangkat sekiranya bahu diangkat posisi bahagian atas badan kelihatan bengkok.

RUTIN 2

KEMAHIRAN PERALATAN

Dalam mempelajari kemahiran peralatan pada peringkat asas latihan akan bermula dengan kedudukan statik. Setelah mahir mengawal peralatannya, gimnas boleh mengulangi kemahiran dengan cara bergerak. Selepas dapat menguasai berbagai pergerakan dengan alatan. Gimnas bolehlah cuba menggabungkan beberapa pergerakan dengan muzik supaya dapat melakukan pergerakan yang mempunyai aliran di berbagai satah dan aras.

1.0

GELUNG

Gelung merupakan suatu peralatan yang menarik. Ruang diperlukan terutama dalam pergerakan apabila menggunakan gelung.

Rajah 1 : Cara memegang gelung 1.2 KEMAHIRAN GELUNG

1.2.1 Ayunan Bulatan dan Angka Lapan

40

HBPE 2103

1.2.2 Golekan

Gelung boleh digolekkan atas lantai atau diatas badan. Teknik golekan atas lantai adalah seperti berikut: Gelung mesti di golekan supaya tegak dan menuju kearah yang

dikehendaki. Golekan dalam keadaan berterusan dan licin tanpa tersekat atau bergetar.

Gelung juga digolekkan atas badan teknik yang di buat adalah seperti menggolek bola. Gelung hendaklah di pegang kuat dan pastikan berada di satah tegak. Gelung di tekan sedikit kebawah dan kemudian di tolak seperti menolak bola.

41

HBPE 2103

1.2.3 Putaran Putaran merupakan salah satu ciri-ciri utama peralatan gelung. Putaran dilakukan dalam tiga jenis satah dalam tiga arah. 1. Depan pusingan ikut jam atau lawan arah jam. 2. Mendatar ke dalam atau ke luar. 3. Sagital ke depan atau ke

belakang. Terdapat berbagai cara memutar gelung.

Teknik memutar gelung adalah seperti berikut: a. Gelung haruslah diputar dengan licin tanpa bergetar atau tersekatsekat. b. Satah putaran adalah penting dan mesti jelas kelihatan. 1.2.4 Lambungan

Lambungan

pada

gelung

boleh

dilakukan dengan satu tangan atau dengan kedua-dua tangan. Gelung boleh ditangkap dengan satu tangan atau dengan kedua-dua belah tangan. Arah lambungan gelung boleh terdiri pelbagai satah mendatar, menegak, sagital dan oblik,
42

HBPE 2103

2.0

REBEN

Reben merupakan gerakan alatan dalam gimrama yang agak menarik. Ini adalah kerana reben kelihatan cantik dan menarik serta menyeronokkan. Oleh itu Reben boleh digunakan dengan berkesan dalam semua pertunjukan. memerlukan Persembahan ruang yang besar reben dan

koreografi yang baik terutamanya untuk latihan berkumpulan supaya reben tidak tersimpul atau tersangkut. Pergerakan dengan reben yang baik

hendaklah besar, licin dan mempunyai aliran yang berterusan. Pergerakan tangan, kaki dan badan juga perlu dikordinasikan dengan pergerakan reben. Jika tidak, reben senang tersimpul dan terkusut atau terjerat pada diri sendiri.

43

HBPE 2103

2.1

KEMAHIRAN REBEN

2.1.1 Ayunan, Bulatan dan Angka Lapan

2.1.2 Lingkaran dari Bentuk Ular

44

HBPE 2103

2.1.2 Lambungan dan Sambutan

Lambungan dan sambutan merupakan kemahiran yang paling sukar dilakukan dengan reben. la dapat dilambung pada satah depan, mendatar atau sagital dengan menggunakan satu atau dua tangan. Lambungan biasa dimulakan dengan ayunan, bulatan dan angka lapan. Reben hendaklah disambut seberapa boleh pada hujung kayu pemegang. la boleh juga disambut pada reben tetapi biasanya di ikuti dengan larnbungan sekali lagi. Ketika di udara, rebenlah memanjang serta menunjukkan layangan yang baik.

3.0

BELANTAN

Peralatan yang paling sukar dikendalikan oleh gimnas ialah belantan. Oleh kerana itu bagi mengenadalikan belantan latihan yang tersusun dan kemas perlu di lakukan. Dalam mengendalikan belantan gimnas perlu menunjukkan kemahiran dengan kedua-dua belah tangan. Gimnas memerlukan kemahiran dan kordinasi yang baik untuk menyelaraskan pergerakan badan dengan pergerakan belantan di tangannya. Pergerakan belantan yang baik hendaklah mengikuti pergerakan badan dalam keadaan ringan, berterusan dan dilakukan dengan jelas dalam satah yang tertentu.

45

HBPE 2103

3.1 3.2

CARA MEMEGANG BELANTAN KEMAHIRAN BELANTAN

3.2.1 Ayunan dan Bulatan Besar

3.2.2 Bulatan Kecil 1. Satah hadapan

2. Satah mendatar

3.2.3 Mills Mills merupakan kemajuan dari pergerakan bulatan kecil. la adalah pergerakan pantas dan memerlukan kekuatan dan kelembutan pergelangan tangan.

46

HBPE 2103

3.2.4 Pergerakan Bukan Simetri

3.2.5 Lambung dan Sambut

3.2.6 Ketukan

47

HBPE 2103

LAMPIRAN PENGGUNAAN ALATAN DALAM RUTIN GIMRAMA 1.0 PENGENALAN

Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istimewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular di kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan kordinasi tubuh badan yang baik juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di semua peringkat umur. Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik, gimrama telah diiktiraf sebagai gerakan gimnastik oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Gimrama merupakan pergerakan atau senaman yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan muzik. Gimrama boleh dilakukan samaada dengan atau tanpa peralatan yang kecil di tangan. Pergerakan gimrama berkordinasi tinggi dan bersifat estetik serta mesti dilakukan secara licin dan berterusan. Untuk pembentukan Rutin atau Pergerakan dalam Gimrama, boleh dikatakan menyerupai pergerakan tarian tetapi mempunyai ciri yang tersendiri. Pada asasnya, ciri-ciri pergerakan gimrama perlu mempunyai ciri-ciri gimnastik serta mempunyai perkaitan yang rapat di antara tiga komponen asas, iaitu pergerakan tubuh badan, penggunaan peralatan dan irama muzik.

Rajah 1: Pergerakan gimrama berkordinasi tinggi dan bersifat estetik dan pergerakan gimrama mesti dilakukan secara licin dan berterusan Rajah 2:Gimrama juga boleh dilakukan sama ada dengan atau tanpa peralatan yang kecil di tangan
48

HBPE 2103

2.0 Dalam

KEPERLUAN ALATAN ASAS UNTUK MEMULAKAN RUTIN GIMRAMA sukan gimrama peralatan merupakan

keperluan

yang asas. Gimnas biasanya akan

memulakan latihan dengan lima peralatan yang telah diiktiraf oleh Persekutuan Gimnastik

Antarabangsa ( FIG ) iaitu bola, tali, reben, gelung dan belantan. Namun bagi pertunjukan atau

persembahan gimnastik peralatan-peralatan lain seperti skarf, bendera atau kayu boleh digunakan. Dalam pertunjukan atau persembahan, penggunaan peralatan adalah mengikut pilihan. Rajah 3: Peralatan digunakan dalam sukan gimrama TALI

Rajah 4: Tali yang di gunakan oleh kebanyakkan gimnas ialah hem atau sintetik

GELUNG

Rajah 7.5: Gelung berpita

49

HBPE 2103

BOLA Rajah 7: Bola yang digunakan untuk gimrama adalah bola yang di buat untuk gimrama dan mengikut spekfikas serta di iktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa

BELANTAN ( CLUB )

Rajah 8: Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang lebih tinggi dan latihan yang banyak REBEN

Rajah 9: Kain yang paling untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang berat atau sutera

Rajah 10 : Material kayu boleh terdiri daripada kayu, plastik, buluh atau fibre glass

50

HBPE 2103

PAKAIAN Rajah 11: Contoh pakaian yang di pakai oleh gimnas

Rajah 12: Contoh kasut yang di pakai oleh gimnas TEMPAT LATIHAN

Rajah 13 : Dewan yang digunakan latihan dan pertandingan gimrama mestilah bersesuaian dengan gerakan gimnas

Rajah 14: Permaidani yang lembut adalah amat sesuai sebagai lantai dewan untuk latihan dan acara gimrama
51

HBPE 2103

KESIMPULAN

Kesemua kemahiran dan teknik peralatan yang digunakan dalam gimramaperlu dilakukan bersesuaian dengan pergerakan badan. Pergerakan gimnastikmenggunakan alatan perlu dilakukan dengan kawalan badan yang baik sertadengan gaya badan yang bergaya dan kemas. Memandangkan perkara ini,seorang gimnas perlu memahami segala pergerakan badan atau elemen teknikbadan untuk membentuk gerakan yang baik dalam gimrama.

Dengan kata lain, elemen-elemen ini merupakan asas kepada gimrama dan mesti dilakukan sepanjang rutin latihan. Kesemua elemen teknik badan hendaklah digabungkandalam rutin gerakan supaya menjadi suatu rangkaian yang licin dan baik.Terdapat berbagai pergerakan badan dalam setiap kumpulan untuk melahirkansuatu rutin yang asli dan tersendiri. Gabungan-gabungan berbeza yang terhasilantara pergerakan badan dan manipulasi peralatan menjadikan gimrama sebagaisuatu sukan yang sangat mencabar bagi gimnas dan jurulatih. Cara melakukangabungan-gabungan ini bergantung pada pengalaman dan kreativiti jurulatih atau gimnas. RUJUKAN Modul HBPE 2103, Pergerakan Kreatif danArtistik, Open University Malaysia. Buschner, C. A. (1994). Teaching Children Movement Concepts and Skills. Champaign, IL: Human Kinetics. Gallahue, D. L. (1996). Developmental Physical Education for Todays Children (3rd ed.). Dubuque, IL: Brown & Benchmark.
52

HBPE 2103

Graham, G. (1992). Teaching Physical Education: Becoming a Master Teacher. Champaign, IL: Human Kinetics. Hopple, C. J. (1995). Teaching for Outcomes in Elementary Physical Education: AGuide for Curriculum and Assessment. Champaign, IL: Human Kinetics. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Lo, J. S. (1993). Siri Sukan Popular Fajar Bakti Gimrama. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Peraturan Pertandingan Gimrama Sukan Malaysia IX ( SUKMA ), 2002.

53