Anda di halaman 1dari 6

Revolusi Perindustrian Enjin stim Watt, enjim stim yang menggerakkan Revolusi Perindustian di Britain dan juga di dunia.

Revolusi Perindustrian adalah zaman pada akhir kurun ke-18 dan awal kurun ke-19 apabila perubahan besar dalam pertanian,pembuatan dan pengangkutan memberi impak yang besar kepada sosio-ekonomi dan kebudayaan di Britain. Perubahan ini seterusnya merebak ke seluruh Eropah dan Amerika Utara sehingga ke serata dunia melalui proses yang dikenali sebagai perindustrian. Revolusi Perindustrian merupakan satu titik perubahan penting dalam sejarah manusia, sama seperti penemuan perladangan atau kebangkitan negara-kota. Pada akhir tahun 1700-an, berlaku perubahan ekonomi Great Britain yang berasaskan tenaga manual buruh kepada pembuatan berasaskan mesin. Perubahan ini dimulakan dengan industri tekstil, perkembangan teknik membuat besi dan peningkatan penggunaan arang batu. Perkembangan perdagangan pula dipermudahkan dengan pengenalan terusan, jalan yang baik dan landasan keretapi. Pengenalan enjin stim yang digerakkan oleh arang batu dengan penggunaan mesin terutamanya dalam pembuatan tekstil telah meningkatkan lagi pengeluaran secara besar-besaran[1]. Revolusi ini dirancakkan dengan perkembangan peralatan mesin yang dibuat dari besi pada dua dekad pertama kurun ke-19 yang membolehkan pengeluaran mesin-mesin untuk kegunaan industri lain. Kesannya kemudian merebak ke seluruh Eropah Barat dan Amerika Utara semasa kurun ke-19, yang kemudiannya memberi kesan menyeluruh kepada dunia. Impak perubahan ini kepada masyarakat sangat besar[2]. Faktor penyebab Sebilangan sejarawan berpendapat Revolusi Perindustrian berlaku akibat perubahan sosial dan institusi yang berlaku dengan berakhirnya sistem feudalisme di Great Britain setelah berakhirnya Perang Saudara Inggeris pada kurun ke-17. Dan dengan pengawalan sempadan yang semakin cekap, pengawalan penyakit berjangkit dapat dipertingkatkan sekaligus mengawal epidemik yang biasa terjadi pada zaman itu. Bilangan kanak-kanak yang hidup selepas dilahirkan meningkat yang membawa kepada gunatenaga yang lebih besar. Perladangan yang lebih baik serta Revolusi Pertanian di Britain menjadikan pengeluaran makanan lebih cekap dan kurang menggunakan tenaga buruh telah memaksa penduduk yang ramai tidak lagi dapat bekerja dalam sektor pertanian tetapi ke industri kecil seperti menganyam dan ke bandar-bandar untuk bekerja di kilang-kilang yang baru dibina. Perluasan wilayah kolonial pada kurun ke-17 pula menggalakkan perkembangan kegiatan perdagangan, kewujudan pasaran kewangan dan pengumpulan modal juga disebut sebagai faktorfaktor revolusi berlaku. Inovasi teknologi adalah ciri utama Revolusi Perindustrian dan kunci kepada teknologi ini adalah penciptaan enjin stim[3]. Enjim stim yang dicipta oleh James Watt, telah digunakan untuk menggerakkan kilang-kilang dan lombong-lombong. Ia juga digunakan sebagai enjin yang menggerakkan keretapi.

REVOLUSI PERTANIAN Faktor-Faktor Revolusi Pertanian

Pada awalnya, pengeluaran makanan dilakukan secara kecil-kecilan sahaja. Kemudian, Revolusi Pertanian telah berlaku dan sekaligus pengeluaran makanan telah dijalankan secara komersil kerana wujudnya beberapa faktor.

Pemilikan Tanah Terdapat dua sistem pemilikan tanah. Sistem yang pertama dikenali sebagai sistem pemilikan tanah secara persendirian. Tanah milik persendirian ini dimiliki oleh golongan kaya. Sistem pemilikan yang kedua pula ialah sistem pemilikan tanah awam. Tanah tersebut digunakan oleh orang awam untuk bercucuk tanam secara kecil-kecilan. Amalan penggunaan tanah secara awam ini mempunyai fungsi sosial kerana ia akan memberi peluang kepada rakyat untuk menampung kehidupan harian mereka. Sistem pertanian yang dijalankan ketika itu ialah sistem padang terbuka. Sitem ini juga telah dikenali sebagai sistem fallow; (Mahdi Shuid dan Muhamad Fauzi Yunus.:2001:121). Sistem ini telah membahagikan tanah kepada tiga bahagian, dua bidang diusahakan manakala satu lagi dibiarkan kosong dan dikenali sebagai tanah rang. Ini bertujuan untuk menyuburkan kembali kesuburan tanah itu sebelum diusahakan semula pada musim yang berikutnya. Proses untuk mengembalikan kesuburan tanah pada masa itu menggunakan najis binatang namun najis benatang tidak mencukupi disebabkan binatang ternakan tidak dapat dibiakkan dengan baik. Kelemahan sistem ini terletak pada penggunaan tanah yang tidak ekonomik dan kaedah pertanian yang tidak sistematik. Selain itu, petani juga telah bertani secara keil-kecilan, hanya untuk keperluan sendiri. Mereka menghadapi kesukaran akibat tanah yang mereka usahakan boleh berada di pelbagai tempat di satu tanah am. Oleh itu, usaha tersebut tidak mendatangkan keuntungan kepada mereka. Petani juga tidak dapat melakukan sebarang pembaharuan kerana terpaksa mengikut kelaziman yang dilakukan di sesuatu tempat. Tuan-tuan tanah yang dahulunya membiarkan sahaja tanah mereka digunakan oleh rakyat, kini, mahu meggunakan tanah awam itu semula bagi tujuan pengeluaran pertanian dan perladangan secara komersil. Tindakan ini diambil untuk menampung permintaan rakyat terhadap makanan dan juga pengeluaran kain bulu; (Wan Abdul Latif et al.:1996:237). Permintaan terhadap makanan yang tinggi oleh rakyat gagal dipenuhi akibat perusahaan pertanian secara sara diri. Oleh itu, harga gandum telah meningkat pada abad tersebut iaitu ke-18.

Oleh yang demikian, Parlimen telah meluluskan satu akta yang dikenali sebagai Akta Pemagaran Tanah. Hampir 500 000 ekor tanah telah dipagari antara tahun 1761 hingga 1792 melalui akta ini. Hal ini telah menyebabkan penanaman secara komersil dapat dilakukan di kawasan yang lebih luas iaitu ladang. Di samping itu, perubahan dari segi sosial telah berlaku iaitu rakyat biasa telah kehilangan punca rezeki akibat ketiadaan tanah awam bagi menampung kehidupan mereka. Tetapi, masalah ini lenyap apabila golongan petani kecil-kecilan menjadi sebahagian daripada buruh ladang. Seterusnya, mereka akan berhijrah ke bandar semasa Revolusi Perindustrian dan bekerja sebagai buruh ladang.

Kaedah dan Ciptaan Baru dalam Pertanian Kaedah dan ciptaan peralatan yang moden telah membolehkan penanaman dilakukan secara lebih efisyen dan penghasilan produk yang lebih lumayan. Antara kaedah yang digunakan ialah penanaman secara bergilir. Penanaman pelbagai jenis tanaman yang berbeza mengikut musim dilakukan cara ini di atas sesuatu bidang tanah. Hasil tanamannya sangat subur kerana terdapat kepelbagaian nutrien tanah digunakan pada setiap tanaman tesebut. Tanaman baru juga turut diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang. Selalunya petani akan menanam gandum pada kali yang pertama, turnips pada musim yang kedua, barli pada musim yang ketiga dan "clover" pada musim ke empat. Giliran tanaman ini akan berubah setahun demi setahun untuk mengekalkan kesuburannya; (Anita Ganeri et al.:2000:150). Selain daripada teknik penggiliran tanaman, beberapa orang tokoh telah mencipta bahan dan cara-cara untuk memudahkan dan memajukan pertanian. Mereka ialah Jethro Tull (1674-1740), Viscount (Turnip) Townshend (1674-1738), Robert Blakewell (1725-1795), Arthur Young (1724-1820), dan Coke of Holkham (17521847). Jethro Tull merupakan orang yang bertanggungjawab mengembangkan pertanian secara saintifik melalui bukunya, "The New Horse-Houghing Husbandary" dan "An Essay on the Principles of Tillage and Vegetation" . Beliau juga telah mencipta sebuah alat menggali tanah dan alat menabur benih secara sistematik. Kaedah ini menyebabkan tanaman tumbuh teratur mengikut baris yang sama jaraknya. Ini memudahkan kerja menggembur dan membersihkan tanah. Tanah juga disuburkan dengan mencampurkan tanah liat. (WanAbdul Rahman Latif.:1996:274)Vicount Townshed pula telah memperbaiki kaedah penggunaan tanah secara lebih intensif. Beliau telah mengemukakan sistem penggiliran tanah yang dipanggil sistem Norflolk. Beberapa jentera pertanian juga dicipta. Muncul juga satu kumpulan bergelar 'Propagandis' yang menulis tentang teknik pertanian yang tersebar luas kepada masyarakat umum. Antaranya ialah alat bajak Rotterham, alat mengetam, alat memukul dan alat menumbuk bijirin dan sebagainya. Kaedah pembiakan dan penternakan yang baik juga telah diperkenalkan oleh Roberk Bakewell; (Mahdi Shuid

dan Muhamad Fauzi Yunus.:2001:121).

Pertanian Komersil Selain daripada penggunaan alat yang moden, baja asli juga telah mula diperkenalkan secara meluas dan ini telah menyebabkan tanaman lebih subur dan hasil pertanian akan bertambah lagi. Baja asli ini telah dicipta oleh Justus Von Liebig pada tahun 1840 dan uji kaji ahli British bernama Humpry Davy pada tahun 1802. Pengenalan sistem saliran yang berkesan juga telah mengangkut air daripada tasik yang dijanakan oleh kincir angin yang telah dicipta pada tahun 1745. Penyelidikan pula telah dilakukan secara giat oleh para penyelidik seperti Anthur Young. Beberapa pusat penyelidikan pertanian juga telah ditubuhkan seperti Royal Agriculture Society of England (1838), Rothamstead Experimental Station (1842) dan Royal College of Agriculture (1846). Berbekalkan semua ini, hasil pertanian menjadi berkualiti dan berkuantiti; (Mahdi Shuid dan Muhamad Fauzi Yunus.:2001:123). Hasil pertanian ini dieksport untuk pasaran sama ada pasaran tempatan mahupun pasaran antarabangsa. Buktinya, England telah mengeksport kira-kira 13 peratus daripada hasil keluaran pertaniannya. Keupayaan mengeksport hasil pertanian ini menandakan kemajuan yang begitu besar telah dapat dicapai oleh England pada kurun tersebut. Pertambahan kadar produktiviti memberi sumbangan yang besar kepada proses pertumbuhan ekonomi Britain. Hal ini juga telah mengatasi masalah kebuluran yang sering menjadi faktor penghalang kepada pertumbuhan demografi dan ekonomi; (Wan Abdul Rahman Latif.:1996:254).

REVOLUSI PERINDUSTRIAN Faktor-Faktor Revolusi Perindustrian

Revolusi Perindustrian bermula di England dan kemudian berkembang ke serata dunia. Revolusi ini menyaksikan penggunaan kemajuan sains dan teknologi dalam bidang pertanian, perindustrian dan pengangkutan. Terdapat beberapa sebab mengapa Revolusi Perindustrian bermula di England dan tidak di negara lain. Faktor utamanya adalah kerana England memiliki modal yang besar yang dipusat di Bank England dan pertambahan penduduk di koloni yang menjadi pasaran untuk barangannya. Sebab yang lain pula adalah kerana England mempunyai deposit bahan mentah yang banyak khususnya arang batu dan bijih besi. Selain itu, revolusi pertanian juga telah menyediakan bahan mentah yang mencukupi untuk menampung permintaan dan keperluan para pekerja kilang yang kian meningkat. Dengan terdapatnya bekalan makanan ini Britain tidak perlu terlalu bergantung pada pengimportan bahan tersebut dari luar. Dana yang diselamatkan itu

dapat dilaburkan bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan industri dalam negara; (Nik Hassan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman.:2002:230). Ia juga dikaitkan dengan kepesatan pertambahan penduduk yang menyediakan tenaga buruh untuk kilang dan terdapat pasaran yang tersedia. Empayar England di luar negeri juga sedang berkembang pada tahap itu dan ini menjaminkan sumber bahan mentah berharga dan pasangan untuk barangan siap. Kemajuan pengangkutan pada tahap itu turut membantu pengagihan barangan ke seluruh dunia. Dengan perkembangan kemudahan bank, wang telah sedia ada untuk membiaya projek-projek industri. Ada pula pendapat tentang kemungkinan negara-negara Eropah mempelopori Revolusi Perindustrian kerana hasil kekayaan yang diperolehi melalui dasar Merkantilisme. Merkantalisme boleh diertikan sebagai satu sistem di mana kerajaan campur tangan dalam menggalakkan pertumbuhan kekayaan dan kekuasaan negara. Sistem ini menekankan kekayaan, kekuasaan dan kebajikan. Kekayaan diperoleh dengan menguasai koloni dan mengadakan imbangan perdagangan yang memihak kepada negara induk. Kekuasaan pula dimiliki dengan membesarkan angkatan tentera, memajukan industri perkapalan dan mengadakan akta perkapalan yang menafikan hak berdagang di koloni untuk kuasa-kuasa asing. Kebajikan rakyat dalam negara induk dipelihara untuk meluluskan akta yang dapat meningkatkan produktiviti negara, anataranya Akta Perantis 1563 dan Undang-undang Kemiskinan 1600 di England; (Sivachanralingan Sundarajaya dan Ayadurai Letchumanan.:2001:334). Kelemahan negara-negara Eropah lain seperti Perancis dan Jerman juga ditinjau. Jerman dikatakan tidak dapat bersaing dengan England kerana dikongkong oleh halangan adat. Pada tahun 1970 pula, negara Perancis merupakan negara industri yang jauh lebih maju dalam bidang perindustrian daripada England tetapi mereka ketinggalan di dalam bidang ketenteraan, sistem politik yang bersifat autokrasi dan percubaan mengawal industri. Pelayaran ke seberang laut juga tidak mendapat sokongan kerajaan seperti yang diterima oleh England. Cukai yang terlampau tinggi dan sekatan yang dikenakan sewenang-wenangnya juga telah mengakibatkan industri Perancis merosot. Dalam pada masa yang sama, kuasa imperialisme Perancis di India dan Amerika juga turut terjejas akibat peperangan. Oleh itu, England dengan mudah dapat mengambil alih dominasi kawasan berkenaan. Kelas aristokrat di England pula tidak pernah membentuk satu sistem yang tertutup. Sebaliknya kelas pedagang yang muncul pada abad ke 18 telah mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua golongan. England juga mempunyai lebih banyak pengetahuan dan kelengkapan kebendaan untuk menjadi lebih unggul daripada negara-negara lain. Di samping kesemua faktor ini, kejayaannya juga terletak pada kemampuan untuk meluaskan pasaran luar negeri sebelum abad ke-19. Selain itu, terdapat juga satu lagi sebab yang memungkinkan England muncul sebagai negara industri adalah kerana terdapatnya satu golongan masyarakat yang bergelar

"Puritan" melabur sejumlah wang yang besar di dalam bidang industri setelah hak mereka dalam politik dilucutkan. Pada masa yang sama, kecenderungan untuk menyerapkan kemajuan sains dan teknologi ke dalam industri sangat diperlukan. Oleh itu beberapa ciptaan yang canggih telah ditemui. Dalam pada itu, suasana politik England juga amat sesuai untuk inovasi kerana tidak berlaku sebarang peperangan besar di kawasan tersebut;

Anda mungkin juga menyukai