Anda di halaman 1dari 4

BOLA KERANJANG

Sejarah Dan Perkembangan Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini telah dicipta oleh seorang jurulatih di sekolah latihan

Pertubuhan Belia Permuda Kristian dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian) bernama DR. James Naismith.

Dr. James Naismith

MSS. Luther H Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah member Naismith tugas untuk mencipta satu permainan berpasukan yang boleh

dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam gelanggang sesebuah bangunan.
Gelanggang bola keranjang pertama di Kolej Springfield

Untuk permainan ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk permainan bola sepak. Ini sebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah untuk ditangkap. Naismith telah meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk menyediakan dua kotak besar sebagai gol. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Justeru, Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk permainan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkoni gymnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permaian bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar

Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891. Naismith telah menamakan ciptaannya, basketball (Bahasa Melayu : Bola Keranjang ) Markah diberikan kepada pemain pasukan yang menjaringkan bola di petak lawan. Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan menjuarai permainan tersebut. Selepas permainan experiment pertama, Naismith telah menyediakan draf peraturan pertama untuk permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal. Peraturan-peraturan ini diterbitkan dalam surat khabar sekolah, The Triangle pada tarikh 15 Januari 1892. Permainan ini mendapat sambutan ramai melalui penerbitan ini. Tidak lama kemudian, bola keranjang mula dimainkan oleh pasukan Pertubuhan universiti, dan Belia Pemuda Kristian, sekolah dari Amerika

menengah, kolej,

pasukan

professional

Syarikat dan Kanada. Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di

gimnasium Pertubuhan Belia Pemuda Kristian pada tarikh 20 Januari 1892. Hanya ada 9 orang pemain sahaja yang dibabitkan dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang hanya separuh saiz

gelanggang National Basketball Association pada hari ini. Permainan bola keranjang ini telah mula dimainkan di Springfield, Massachusettes, Amerika Syarikat. Bagi menyelaraskan lagi permainan ini Persekutuan Persatuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa (FIBA) telah ditubuhkan pada tahun 1932. Ibu pejabatnya di Munich, Jerman. Pada awalnya, pertubuhan ini hanya dianggotai oleh lapan buah negara sahaja, tetapi kini telah meningkat kepada 160 buah negara. Pada tahun 1936, bola keranjang diterima sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik di Berlin, Jerman. Bola keranjang diterima sebagai salah satu acara sukan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1936 sehingga Olimpik 2008 (Beijing). Sementara itu, bagi wanita, permainan ini mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1976. Kejohanan bola keranjang yang agak popular ialah seperti Kejohanan Eropah, Kejohanan Amerika Syarikat (NBA) dan Kejohanan Asia. Di samping itu, terdapat juga bola keranjang profesional,

khususnya di Amerika Syarikat. Di sana, para pemain dibayar gaji secara kontrak mengikut kepakaran dan kemahiran seseorang pemain tersebut. Michael Jordon adalah antara pemain bola keranjang yang paling terkenal dan menerima bayaran yang paling tinggi. Permainan ini diperkenalkan di negara kita pada tahun 1929 oleh Inggeris. Hanya beberapa kelab rekreasi di bandar-bandar utama sahaja menerima permainan baru ini. Perkembangan pesat sukan ini terbukti selepas Perang Dunia Ke-2.Pada tahun 1958 MABA (MALAYAN AMATEUR BASKETBALL ASSOCIATION) ditubuhkan dan pertandingan antara negeri bagi merebut Piala Agung dimulakan. Piala Agung Pertama dipertandingkan di Kuala Lumpur pada1958. VMABA menjadi ahli FIBA pada tahun 1959. Pada peringkat sekolah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah

menganjurkan Pesta Bola Keranjang Peringkat Kebangsaan yang pertama pada tahun 1967. Penglibatan sekolah di dalam permainan ini kian mendapat perhatian dengan bermulanya Pesta Bola Keranjang MSSM. Permainan bola keranjang menjadi lebih popular dalam kalangan murid-murid sekolah dengan adanya bantuan daripada Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah dan pihak sekolah sendiri.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_keranjang http://www.smkevii.edu.my/2012/1m1s/menengah/BolaKeranjang.pdf http://inventors.about.com/library/inventors/blbasketball.htm http://www.biographybase.com/biography/naismith_james.html http://inventors.about.com/od/inventorsalphabet/a/James_Naismith.htm