Anda di halaman 1dari 7

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 2012

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT SENTOSA 2

UJIAN PENILAIAN 1
TAHUN 2012

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


TINGKATAN 5 1 JAM

NAMA: . TINGKATAN: ..

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU ARAHAN: 1. Tulis nama dan kelas pada ruang yang disediakan. 2. Kertas ini mengandungi 50 soalan objektif. Sila jawab semua soalan. 3. Semua jawapan perlu ditanda pada borang jawapan yang telah disediakan.

Disediakan Oleh: .................................... (Hj. Mohd Nor Izzat bin Hj. Mohd Johari) Guru PSK Tingkatan 4 SMK Bukit Sentosa 2

Disemak Oleh: .................................... (Cik Masitah bt Anor) Ketua Panitia PSK SMK Bukit Sentosa 2

Disahkan Oleh: .................................... (Pn. Faridah Bt Fadzil) Ketua Bidang Kemanusian SMK Bukit Sentosa 2

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 2012

1. Mengapakah pendidikan sepanjang hayat penting? A. Menjadikan kita ke jalan yang benar B. Menjadikan kita pandai C. Menjadikan kita orang yang disegani D. Meningkatkan taraf pemikiran demi mencapai pengetahuan baru 2. Apakah kelebihan orang yang pandai menguruskan masa? A. Sentiasa Berjaya dalam hidup B. Dapat melakukan banyak perkara C. Dapat menjalani aktiviti hidup dengan tenang dan terkawal D. Mampu berdikari 3. Apakah maksud simpati? A. Daya memahami perasaan orang lain B. Daya memerhati kesusahan orang lain C. Daya memantau kesusahan orang lain D. Perasaan ingin membantu orang yang dalam kesusahan 4. Bagaimanakah menjaga diri sendiri? A. Tidak menyusahkan diri sendiri B. Tidak ambil kisah tentang keadaan sekeliling C. Tidak mempedulikan hal orang lain D. Tidak ambil tahu tentang masa depan 5. Apakah nilai buruk sebagai seorang murid sekolah? A. Bantu rakan lain yang hadapi masalah B. Tidak menyiapkan kerja sekolah C. Mendengar nasihat guru D. Mengikut rakan lain ponteng kelas

6. Antara berikut, yang manakah paling penting dalam hidup seseorang? A. Pegangan dunia B. Pegangan hidup C. Pegangan agama D. Pegangan masa depan 7. Siapakah insan yang paling penting dalam hidup selain diri sendiri? A. Rakan-rakan B. Saudara-mara C. Ibu dan bapa D. Orang tua 8. Kita perlu berfikir dan bertindak secara rasional terhadap sesuatu perkara. Sekiranya anda menghadapi masalah, tindakan rasional yang manakah perlu dilakukan? A. Pendam dalam hati B. Cari jalan penyelesaian sendiri C. Berbincang dengan ibu dan bapa atau guru. D. Cuba lari daripada masalah

Hendak Seribu Daya, Tidak Hendak Seribu Dalih.


9. Prinsip di atas sesuai untuk golongan A. Tidak pernah berputus asa B. Tidak ambil peduli C. Tidak pandai menilai D. Tidak tahu berdikari 10. Sebagai seorang pelajar, apakah matlamat hadir ke sekolah setiap hari? A. Mencari erti hidup B. Mencari haluan diri sendiri C. Mencari ilmu kehidupan D. Menimba ilmu pengetahuan

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 2012

11. Pendidikan sepanjang hayat amat penting dalam pembinaan A. Kesejahteraan negara B. Pembangunan negara C. Modal insan yang berkualiti D. Jati diri 12. Bimbingan orang mahir dalam sesuatu bidang seperti bidang muzik dan sukan merupakan contoh pendidikan A. Secara formal B. Secara tidak formal C. Jarak jauh D. Berterusan 13. Encik Daud telah membahagikan masanya untuk bekerja, bersama keluarga dan berehat. Tindakan yang dilakukan oleh beliau jelas menunjukkan bahawa beliau mahir dalam A. Memahami situasi keluarganya B. Menjaga hati keluarga C. Mengurus masa D. Menilai 14. Apakah kelebihan orang yang pandai menguruskan masa? A. Semasa memperoleh kejayaan dalam hidupnya B. Dapat melakukan banyak perkara daripada orang lain C. Dapat menjalankan aktiviti kehidupannya dengan tenang dan terkawal D. Tidak memerlukan bantuan orang lain dalam melakukan sesuatu perkara 15. Pendidikan merupakan proses pembelajaran sepanjang hayat kerana A. Tiada kehidupan tanpa belajar B. Belajar satu proses yang berterusan C. Belajar adalah tanggungjawab D. Hidup ini untuk belajar sahaja

16. Antara berikut, langkah manakah yang salah dalam memupuk pembelajaran sepanjang hayat? A. Kemahiran berfikir B. Kemahiran membaca C. Kemahiran mengurus masa D. Kemahiran mengurus diri 17. Konsep pendidikan sepanjang hayat boleh dikaitkan dengan konsep A. Pendidikan berterusan B. Pendidikan prasekolah C. Pendidikan prauniversiti D. Pendidikan di menara gading 18. Apakah perkara yang paling teruk dalam hidup sebagai seorang manusia? A. Tidak mengingati rukun negara B. Tidak mengingati sahabat C. Tidak mengingati tuhan D. Tidak mengingati masyarakat 19. Seorang pelajar perlu beratur semasa menaiki bas sekolah. Antara berikut, apakah perasaan anda apabila ada rakan-rakan lain tidak beratur semasa menaiki bas? A. Marah dan geram B. Marah dan sakit hati C. Marah dan tidak puas hati D. Marah dan berazam tidak mahu mengikut perangai negatif 20. Kebersihan adalah salah satu nilai murni dalam kehidupan. Apakah yang anda akan lakukan jika melihat keadaan kelas yang penuh sampah? A. Tidak ambil peduli B. Tidak berbuat apa-apa C. Membiarkan sahaja D. Mengutip sampah dan buang ke dalam tong sampah

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 2012

21. Antara berikut, yang manakah ciriciri orang yang mengamalkan pendidikan sepanjang hayat? I Berdisiplin dan pandai menguruskan masa II Berpuas hati dengan kedudukan sekarang III Sentiasa menghargai pembaharuan ilmu dan kemahiran IV Bergiat aktif dalam kokurikulum A. B. C. D. I dan II I dan III II dan IV III dan IV

26. Berikut adalah agensi yang berkaitan dengan usaha mengekalkan warisan kesenian, budaya kecuali A. Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan B. Perbadanan Kraftangan Malaysia C. Jabatan Muzium Negara D. Akademi Fantasia 27. Apakah faktor utama yang menyebabkan kes rogol meningkat dalam masyarakat setempat? A. Bertudung labuh B. Berseluar panjang C. Berpakaian ketat D. Berpakaian sopan 28. Dalam proses pendidikan sepanjang hayat, apakah aspek paling penting? A. Belajar dan hafal B. Belajar dan pandai C. Belajar dan lulus peperiksaan D. Belajar dan beramal 29. Antara berikut, golongan manakah yang perlu kita bantu? A. Golongan kaya raya B. Berpendapatan rendah C. Tiada keluarga D. Mempunyai penyakit

22. Antara berikut, yang manakah rintangan kepada pendidikan sepanjang hayat? A. Kematian B. Sikap malas C. Persekitaran D. Masalah atau cabaran 23. Pelbagai kempen dan slogan telah dilaksanakan bagi membentuk masyarakat penyayang di negara ini. Antaranya ialah A. Keluarga Bahagia Negara Sejahtera B. Negara Bebas Daripada Rasuah C. Ke Arah Kemiskinan Sifar D. Cintai Sungai Kita 24. Agensi manakah yang tidak terlibat dalam pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar? A. Alam Flora B. Indah Water C. Jabatan Alam Sekitar D. Jabatan Kerja Raya 25. Apakah fungsi MAKNA? A. Membantu mangsa bencana alam B. Membantu golongan OKU C. Membantu penghidap HIV D. Membantu pesakit kanser

PENAGIH DADAH MENGEDAR DADAH SARANG PENAGIH DADAH


30. Agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk mengatasi masalah di atas ialah A. Polis B. Bomba C. PEMADAM D. Majlis Agama Islam

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 2012

31. Antara berikut, yang manakah benar tentang pernyataan sikap peka kepada isu masyarakat amat penting dalam kehidupan A. Remaja maju dan makmur B. Hubungan masyarakat renggang C. Masalah di atasi oleh golongan tertentu sahaja D. Boleh membawa kejayaan dalam pelbagai bidang 32. Rukun Tetangga di kawasan tempatan membantu menjaga keselamatan awam. Apakah kesan daripada tindakan mereka? A. Gejala sosial negatif dapat dibendung. B. Nama baik kawasan setempat terkenal. C. Kawasan setempat terkawal tanpa jenayah. D. Masyarakat setempat hidup dengan aman dan harmoni. 33. Gotong-royong merupakan ciri murni kearah hidup bermasyarakat. Apakah faedah daripada usaha ini? A. Memupuk perpaduan kaum. B. Gejala social berkurangan. C. Keadaan kawasan bertambah baik. D. Bilangan jenayah mampu dibendung. 34. Pilih pernyataan yang menunjukkan bahawa warisan budaya Malaysia memang wajar dikekalkan A. Untuk dipelajari. B. Untuk dipertandingkan. C. Menjadi satu kebanggaan. D. Untuk digabungkan dengan adat budaya kaum lain.

Biar mati anak, jangan mati adat


35. Apakah mesej yang tersirat dalam peribahasa di atas? A. Anak dan adat sama kepentingannya. B. Adat tidak boleh dilupa atau diabaikan. C. Adat tiada penggantinya walaupun cuba diganti dengan anak. D. Kepentingan adat sangat tinggi dalam kehidupan masyarakat dan kadangkala melebihi kepentingan anak. 36. Adat dan budaya Malaysia dapat membantu membentuk norma masyarakat kerana A. Adat dan budaya penghalang kemajuan. B. Adat mempunyai kuasa luar biasa untuk dipelajari dan diwarisi. C. Budaya menjadi penggerak kebudayaan masyarakat agar lebih maju. D. Mempunyai batasan tertentu yang mampu menyekat individu daripada melakukan perkara tidak baik. 37. Antara berikut yang manakah cara yang tidak tepat dalam mempromosikan warisan budaya masyarakat Malaysia? A. Duta kecil B. Media cetak C. Tukang karut D. Media elektronik

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 2012

38. Media cetak boleh memainkan peranan secara aktif dalam usaha mempromosikan warisan budaya Malaysia melalui pelbagai cara . Antaranya ialah A. Membuat persembahan kebudayaan B. Mengadakan pameran C. Membuat tayangan gambar D. Menghasilkan buletin warisan budaya Malaysia secara berkala 39. Antara berikut, pernyataan yang manakah menunjukkan proses pendidikan sepanjang hayat berlaku dalam diri seseorang itu? A. Belajar hingga tamat sekolah B. Belajar selepas tamat sekolah C. Menjalani aktiviti krhidupan harian D. Proses awal kehidupan hingga akhir hayat 40. Forum bertajuk Kepentingan Pendidikan Sepanjang Hayat diadakan oleh IPTA dengan tujuan untuk A. Melancarkan satu program amal B. Menarik minat golongan muda untuk belajar C. Meningkatkan kualiti budaya bangsa masyarakat Malaysia D. Menyedarkan golongan tertentu bahawa pendidikan tiada hentinya 41. Pilih tindakan yang wajar dilakukan oleh masyarakat Malaysia untuk mengekalkan perpaduan A. Antikeganasan dunia B. Konsep perkauman sifar C. Memajukan kaum masingmasing D. Menyerahkan tanggungjawab kepada polis

42. Pilih tindakan yang boleh dilakukan untuk membantu mangsa peperangan A. Menziarahi mereka B. Menyerahkan tanggungjawab kepada PBB C. Melaporkepada mahkamah antarabangsa D. Menghulur bantuan perubatan dan barang keperluan 43. Sebuah keluarga bahagia merupakan asas kepada pembentukan masyarakat yang cemerlang. Apakah peranan yang wajar dilakukan oleh setiap ahli keluarga untuk mencapai tujuan tersebut? A. Berkongsi hobi bersama-sama B. Membawa ahli keluarga melancong C. Membantu ahli keluarga yang menghadapi masalah D. Bertolak-ansur dan saling memahami antara ahli keluarga 44. Apakah peranan Pejabat Agama Daerah kepada pasangan yang ingin berkahwin? A. Tempat membuat aduan B. Membicarakan kes-kes perkahwinan C. Menjadi pakar rujuk hal-hal perkahwinan D. Membantu pasangan yang ingin berkahwin 45. Perkahwinan yang sempurna perlu mendapat restu ibu-bapa. Mengapakan memohon restu perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak? A. Restu diwajibkan dalam semua agama B. Restu sebelah pihak sudah mencukupi C. Mengelakkan berlakunya pergaduhan D. Supaya semua pihak memahami keadaan anak mereka yang akan berkahwin.

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 2012

Mengadakan program kidmat masyarakat di rumah orang tua


46. Apakah tujuan mengadakan program di atas? A. Membantu golongan warga emas B. Prihatin dengan masalah masyarakat C. Menjalankan tanggungjawab kepada warga emas D. Menyedarkan individu tentang tanggungjawab terhadap masyarakat. 47. Perkongsian pintar antara badan NGO dengan agensi kerajaan amat penting untukmenangani isu kemasyarakatan. Apakah faedah usaha ini? A. Peningkatan ekonomi Negara B. Masyarakat maju dan cemerlang C. Gejala sosial berkurangan D. Masyarakat semakin mundur 48. Agensi kerajaan seperti Muzium Negara merupakan tempat untuk menyimpan khazanah pelbagai budaya dan kaum di Negara ini. Mengapakah kerajaan bertindak demikian? A. Untuk dijadikan sumber kewangan B. Untuk menjadi bahan rujukan dan kajian C. Simpanan untuk generasi akan dating D. Sebagai khazanah budaya turun-temurun

49. Berapakah prinsip yang terdapat dalam Rukun Negara ? A. Lima B. Enam C. Tujuh D. Lapan 50. Antara berikut yang manakah ciriciri positif pemimpin Negara yang cemerlang? A. Mementingkan diri B. Bertanggungjawab dan sabar C. Berani dan tidak telus D. Ikhlas dan pemalu

~Selamat Menjawab~