Anda di halaman 1dari 27

DRAF KERTAS KONSEP SEKOLAH PENYAYANG

1.0 LATAR BELAKANG

Pendidikan adalah aktiviti berkaitan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Sekolah sebagai organisasi yang didukung golongan pendidik menjadi wadah terpenting dalam menjana modal insan yang berketrampilan, terpuji di samping melahirkan insan yang intelektual. Hari ini, bidang pendidikan menjadi tonggak utama sesebuah negara dalam proses pembangunan. Maju atau mundur sesebuah negara terletak pada keberkesanan dalam sistem pendidikannya.

Malaysia tidak terkecuali dalam usaha membentuk sistem pendidikan berkualiti bukan sahaja dalam aspek kurikulum, tetapi merangkumi komponen pendidikan lain seperti kokurikulum dan pembentukan sahsiah. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan konsep Sekolah Penyayang untuk melahirkan pelajar berketrampilan, sekali gus membendung salah laku murid.

Konsep Sekolah Penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Ia mempunyai hubungan yang cukup erat dengan cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020, iaitu masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Konsep Sekolah Penyayang adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sekolah Penyayang juga mampu menjana generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani,

intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.

Gejala vandalisme dan ponteng sekolah adalah fenomena yang agak kritikal di sekolahsekolah pada masa kini. Gejala ini dapat ditangani apabila wujudnya sekolah penyayang. Kerana itu, pihak Kementerian menyarankan agar pihak sekolah menangani masalah ini, terutama ponteng sekolah dengan merealisasikan Sekolah Penyayang supaya para pelajar dapat dibimbing dengan penuh kasih sayang. Apabila wujud suasana kasih sayang dan bimbingan ini, murid akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah. ( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995,

Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, KP8591/Jld.VIII(9) bertarikh 5 September 1995)

Perkara 28 Hak Kanak-kanak PBB Mengesyorkan supaya menggalakan perkembangan Pendidikan menengah dan rendah dalam pelbagai bentuk termasuk pendidikan am dan

vokasional, mengadakan pendidikan terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak dan mengambil langkah yang sewajarya seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan menawarkan bantuan kewangan jika difikirkan perlu..

Menurut Prof. Dr Chiam Heng Keng, (2008) Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak. Konvensyen ini menekankan kabajikan dan kesejahteraan kanakkanak, terutama untuk perkembangan & perlindungan mereka. Dalam hal ini Dasar Kementerian sememangnya selaras dengan Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC). Para pendidik seharusnya menyokong dasar ini melalui amalan seharian mereka yang mengutamakan kesejahteraan kanakkanak. Dalam Hierarki Keperluan Maslow pula, kasih sayang merupakan salah satu keperluan asas yang perlu dipenuhi dan sesuatu yang penting dalam proses perkembangan dan

kehidupannya. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi maka proses perkembangan seterusnya akan terbantut. Glasser (2000) juga menyatakan manusia dilahirkan dengan lima keperluan antaranya keperluan survival dan kasih sayang . Galasser percaya bahawa keperluan terhadap kasih sayang dan dipunyai adalah penting kerana kita perlukan orang lain untuk memuaskan kedua-dua keperluan ini. Warga sekolah merupakan agen penting untuk memenuhi keperluan pelajar. Menurut al-Ghazali, hati kanak-kanak adalah bersih dan bersinar seperti mutiara dan lembut seperti tanah menyebabkan benih dapat disemai (Ihya,Jil.III). Sekiranya dia dilatih dengan perangai yang baik, nescaya dia akan menjadi seorang yang baik, begitulah sebaliknya. Kanak-kanak dianggap amanah daripada Allah kepada kedua ibu bapanya (Hamid Fahmy,1990).

Oleh itu, Sekolah Penyayang dirasakan adalah elemen penting dalam melahirkan warga negara Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama. Apabila sekolah menyediakan suasana yang kondusif dan baik, akan menarik minat para pelajar untuk ke sekolah. Minda mereka akan dapat dibina dan diisi dengan unsur-unsur yang boleh membangun jati diri sebagai warga Malaysia yang membesar dengan acuan kita sendiri.

2.0 MATLAMAT Sekolah Penyayang jika diperkasakan mampu menjadi satu pendekatan berkesan untuk membendung masalah sosial murid dan menangani gejala ponteng sekolah. Sebagaimana

diketahui umum, kes pelanggaran disiplin di sekolah biasanya berkisar dari masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid. Oleh itu, satu mekanisma efektif mesti diambil untuk menarik kembali para murid agar mereka sentiasa seronok, suka dan sayang untuk meninggalkan kawasan sekolah serta tertunggu-tunggu untuk datang semula esoknya. Sehubungan itu, konsep sekolah penyayang bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akademik dan mampu memenuhi kehendak pasaran kerjaya semasa. Konsep sekolah penyayang juga bermatlamat melahirkan individu yang baik dari segi amalan, sahsiah dan tingkah laku. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Mewujudkan pengurusan, persekitaran sekolah, guru dan kakitangan sekolah, murid, ibu bapa serta komuniti yang saling bekerjsama ke arah mewujudkan sekolah dan masyarakat penyayang. 3.2 Menerapkan nilai-nilai positif dalam kalangan murid, guru dan seluruh warga sekolah. 3.3 Membantu menangani pelbagai masalah sosial dalam kalangan murid.

3.4 Meningkatkan perasaan kasih sayang dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah terhadap murid-murid di sekolah. 3.5 Mewujudkan perpaduan dalam kalangan seluruh warga sekolah.

4.0 KONSEP Sekolah Penyayang menekankan kepada beberapa konsep utama iaitu; 4.1 Mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. 4.2 Mampu menjana generasi yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan berdisiplin tinggi. 4.3 Mampu melahirkan para guru dan warga sekolah yang caring terhadap anak didik di sekolah dalam segala aspek. 4.4 Mampu meningkatkan jati diri dan amalan kepimpinan dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah. 4.5 Mampu membina jati diri murid serta dapat mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan mereka. 4.6 Mampu melahirkan guru-guru yang first in, last out di sekolah-sekolah.

5.0 PELAKSANAAN Sekolah Penyayang akan dilaksanakan berdasarkan 5 elemen utama iaitu persekitaran, pengurusan, guru dan staf (kakitangan sekolah), murid serta ibubapa (PIBG) dan komuniti setempat.

a. Persekitaran 1. Program : Happy School Campus

Matlamat

Mewujudkan Persekitaran sekolah yang ceria, selamat dan kondusif. Selaras dengan konsep Sekolah Selamat dan Sekolah Penyayang yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Happy School Campus bermatlamat untuk menarik minat murid untuk hadir ke sekolah setiap hari dan mengurangkan gejala ponteng sekolah. Selain itu, persekitaran sekolah yang kondusif juga dapat membantu murid mengikuti pembelajaran dengan baik dan lancar.

Objektif

1. Memupuk dan menarik minat murid untuk hadir ke sekolah setiap hari. 2. Menerapkan kesepaduan dan kasih sayang sesama warga sekolah. 3. Menyemai sikap prihatin dan tanggungjawab dalam kalangan warga sekolah terhadap persekitaran sekolah. 4. Menanam rasa sayang dan bangga terhadap sekolah menjurus kepada konsep 8S. 5. Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang kondusif untuk menarik minat belajar murid.

Aktiviti

: Segar Minda

1.11.2-

Sasaran Cara Pelaksanaan

: Semua murid sekolah :

Pihak sekolah memilih sebuah lokasi strategik untuk mewujudkan sebuah tempat untuk murid merehatkan minda sewaktu murid rehat.

Menubuhkan sebuah jawatankuasa kerja guru dengan dibantu oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

Jawatankuasa menyediakan bahan bacaan ringan seperti komik, novel, atau bahan-bahan permainan dalam seperti dam, catur, karom, congkak dan sebagainya.

Aktiviti 2

: Maya Bestari

2.12.2-

Sasaran Cara Pelaksanaan -

: Semua murid, guru, staf/kakitangan sekolah :

Sekolah mewujudkan jalur lebar untuk kemudahan warga sekolah mengakses internet di kawasan sekolah.

Murid-murid dapat menggunakan kemudahan internet di bilik akses, makmal komputer atau menggunakan komputer riba 1 Malaysia yang disumbangkan oleh kerajaan.

Murid-murid dapat mencari bahan rujukan dan bacaan melalui melayari internet di sekolah. kemudahan ICT yang menyeluruh untuk semua murid satu sekolah satu wifi 1S1W ( mudah akses internet )

menyediakan kios internet membenarkan murid-murid membawa komputer riba mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh sekolah.

Aktiviti 3

: Kami Ambil Tahu

3.13.2

Sasaran Tempat

: Murid ponteng : Sekitar kawasan sekolah

3.2-

Cara Pelaksanaan -

Sekolah memilih beberapa lokasi untuk dijadikan kawasan angkat untuk muridmurid seperti taman botani, taman orkid, taman anggur, taman bunga atau sangkar haiwan peliharaan.

Tugas murid meliputi penjagaan kebersihan dan keceriaan tempat. Murid-murid akan bergilir-gilir menjaga kawasan tersebut dengan seliaan guru dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

Penghargaan dan pengiktirafan diberi kepada murid-murid yang terlibat. Pertandingan boleh diadakan oleh pihak sekolah sepanjang tahun.

2. Program : Satu Untuk Semua

Matlamat

Mewujudkan kemesraan dan kasih sayang antara murid, guru dan staf sekolah. Program bermatlamat mengurangkan jurang perbezaan dan mengeratkan hubungan antara guru ,staf dan murid.

Objektif

1. Mewujudkan rasa selamat dan selesa dalam kalangan murid ketika menjamu selera bersama guru bertugas mingguan. 2. Menyemai rasa keterbukaan di antara guru dan murid. 3. Menerapkan nilai-nilai 8S kepada guru dan murid.

Aktiviti

: Serasa Bersama

1.11.21.3-

Sasaran Tempat Cara Pelaksanaan -

: Semua murid, guru dan staf sekolah : Kantin sekolah :

Guru dan staf digalakkan makan bersama dengan murid pada waktu rehat.

3. Program : Indahnya Sekolahku

Matlamat

Mewujudkan Persekitaran sekolah yang cantik dan indah.Indahnya sekolahku bermatlamat untuk menarik minat murid hadir ke sekolah setiap hari dan mengurangkan gejala ponteng sekolah. Selain itu, konsep ini dapat menyemai kesedaran dan rasa tanggungjawab murid menjaga dan mengekalkan keindahan persekitaran sekolah. Ekosistem sekolah yang aman dan sejahtera menyokong perkembangan sahsiah murid.

Objektif

1. Menanam budaya amalan bersih dalam kalangan warga sekolah. 2. Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang cantik, ceria dan indah. 3. Suasana bilik darjah yang dapat merangsang perkembangan minda murid.

Aktiviti

: Kelasku Rumahku

1.11.21.3-

Sasaran Tempat Cara Pelaksanaan -

: Semua murid sekolah : Semua bilik kelas dan bilik-bilik khas :

Kelas dinilai seminggu sekali oleh guru bertugas. kelas yang berjaya melepasi tahap indeks kebersihan akan diberi token. Token tersebut akan dipamerkan sehingga hujung tahun. Kelas yang banyak menerima token akan diberi hadiah atau ganjaran pada hujung tahun seperti lawatan, wang tunai, jamuan makan kelas dan sebagainya.

Aktiviti

: Lestari Alam

2.1-

Sasaran

: Semua guru, staf dan murid sekolah

2.22.3-

Tempat Cara Pelaksanaan -

: Kawasan sekolah :

Sekolah mengadakan pertandingan menghasilkan bahan-bahan menarik daripada bahan-bahan terbuang.

Pertandingan ini diadakan secara berkumpulan. Hadiah akan diberikan kepada pemenang yang berjaya menghasilkan bahan yang kreatif dengan menggunakan bahan-bahan terbuang.

4. Program : Kem Lestarikan Kehijauan Alamku

Matlamat

Murid-murid perlu ditanam nilai aspek kebersihan dan menyemai kesedaran serta rasa tanggungjawab murid menjaga dan mengekalkan keindahan persekitaran alam semulajadi.

Objektif

1. Memberi pendedahan awal kepada murid tentang kepentingan menjaga alam sekitar. 2. Menimbulkan rasa cinta kepada keindahan alam sekitar dan diaplikasikan di kawasan persekitaran sekolah sendiri.

1.11.2-

Sasaran Tempat

: Semua murid sekolah berisiko : Pantai rekreasi, rekreasi air terjun, hutan lipur, hutan simpanan, taman negara atau pulau-pulau pelancongan.

1.3-

Cara Pelaksanaan -

Program perkhemahan diadakan di salah satu lokasi yang dipilih selama 3 hari 2 malam.

Guru boleh merancang aktiviti yang sesuai untuk diaplikasikan di sekolah seperti bergotong royong membersihkan pantai, rekreasi air terjun atau menanam pokok sebagai simbolik mengekalkan kehijauan alam sekitar.

b. Pengurusan

Pengurusan sekolah mempunyai pengaruh kuat untuk mencorak budaya sekolah dan budaya sekolah yang positif akan meningkatkan keberkesanan sekolah (Sergiovani, 2000: Sharifah Md. Nor, 2000: Deal & Peterson, 1999)

1.

Program MAYANG (MASIH ADA YANG SAYANG)

MATLAMAT : OBJEKTIF :

Mengubah tingkahlaku murid bermasalah 1. 2 Memberi perhatian dan kasih sayang kepada murid. Menimbulkan kesedaran di kalangan murid bahawa mereka sangat disayangi dan dihargai. 3. 4. Mendampingi dan mengenalpasti masalah murid. Menyedarkan bahawa masih ada orang yang mengambil berat,menyayangi dan membimbing mereka.(Caring)

PROSEDUR PELAKSANAAN Sasaran : Murid bermasalah 1. Mengenalpasti murid-murid berisiko tinggi (high risk). 2. Mengenalpasti guru angkat yang bersesuaian . 3. Pelancaran dan penyerahan peringkat sekolah Bersama waris murid dengan kerjasama agensi luar yang berkaitan. 4. Pengisian : I. Kenali Diri - Hubungan /Kejelikitan

II. III. IV. V.

Destinasi Diri - Akademik Budaya Hidup - Keluarga Kemenjadian Murid Hari Penyayang ( Sukaneka/Memasak/Ikhtiar hidup dll)

2.

TITIAN KASIH

Matlamat Objektif

: Mendapatkan maklumat secara tepat berkenaan punca masalah murid : 1. Merapatkan hubungan sekolah dengan waris 2. Murid dan waris menyedari keprihatinan pihak sekolah 3. Menerapkan sikap ambil tahu dalam kalangan warga sekolah.

Prosedur Pelaksanaan: I Dapatkan data kehadiran murid dari unit HEM. II Surat amaran pertama, kedua, ketiga. III Membuat lawatan ke rumah murid (ponteng,kematian, sakit,masalah, kenduri) IV Program pengurusan sek / PIBG/ guru masuk kampung (taklimat, perayaan) V Tabung kebajikan / Derma

c. Guru dan Staf (kakitangan sekolah)

1. Salam Sayang.

Matlamat Melahirkan warga sekolah yang penyayang Objektif 1. Memupuk adab sopan dan mengeratkan ukhwah sesama rakan sekerja. 2. Menanam perasaan kasih sayang dan mengeratkan hubungan antara kakitangan sekolah. 3. Meningkatkan sensitiviti dan menghilangkan prasangka. 4. Menjadi model yang sempurna kepada murid-murid.

Perlaksanaan Aktiviti ini dijalankan selepas perhimpunan rasmi ketika murid bergerak ke kelas. Guru saling bersalaman antara satu sama lain sambil mengucap selamat.

2. Identiti Sekolahku

Matlamat Mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah.

Objektif

1. Mempamerkan pemuafakatan antara guru . 2. Meningkatkan ketrampilan guru. 3. Menanamkan rasa sayang, semangat kekitaan dan bangga terhadap sekolah.

Pelaksanaan

Pemakaian seragam pada hari-hari tertentu dalam seminggu dan hari-hari penting seperti Hari Guru, Hari Anugerah Cemerlang, Mesyuarat PIBG serta menjadi wakilwakil sekolah dalam sesuatu majlis.

3. Santapan Minda

Matlamat Menyuburkan minda dan jiwa dengan ilmu kerohanian dan motivasi

Objektif:

1. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan guru. 2. Saling mengingati sesama rakan sejawat

Perlaksanaan Santapan minda dijalankan lima minit sebelum mesyuarat guru bergantung kepada ketetapan pihak sekolah

3. Sudut CAKNA

Matlamat Warga sekolah merasa diri mereka dihargai dan disayangi

Objektif

1. Melahirkan warga sekolah yang sensitif dan peka kepada hari atau tarikh istimewa bagi kakitangan sekolah. 2. Menggalakkan warga sekolah memberi penghargaan kepada guru dan kakitangan. Pelaksanaan AJK Majlis Staf mengenalpasti untuk menyediakan sudut ini (sama ada hari lahir, anugerah pencapaian, sambung belajar, apa-apa yang dianggap membawa makna kepada seseorang) AJK Majlis Staf bertindak bagi mendapatkan maklumat-maklumat ini. Format sudut seperti di bawah:

Sudut Penghargaan 1. Tarikh Ulang tahun Kreativiti terpulang kepada sekolah 2. Info semasa

3. Kematian 4. Haji 5. Kelahiran

d. Pelajar 1. PROGRAM SANTUN (SAYANG DAN TUNTUN)

a.

Matlamat Melahirkan golongan murid yang suka menolong murid lain dalam pelbagai situasi.

b.

Objektif i. ii. iii. Mewujudkan kerjasama dalam kalangan murid. Berkongsi kebolehan dan pengalaman. Wujudkan rasa kasih sayang dan semangat saling membantu antara satu sama lain dalam pelbagai bidang termasuk akademik dan sahsiah diri.

c.

Prosedur i. ii. Memilih PRS dan kelompok murid senior sebagai mentor. Murid yang terpilih sebagai mentor diberi pendedahan dan taklimat berkaitan program yang akan dijalankan oleh guru Bimbingan & Kaunseling. iii. Guru-guru memilih murid-murid sebagai mentee; satu mentor mempunyai 4 orang mentee. iv. Melancarkan penyerahan mentee kepada mentor dalam satu majlis khusus dan seorang guru penyelia bagi beberapa mentor. v. Perjumpaan antara mentor dan mentee diadakan setiap 2 minggu sekali berdasarkan modul perjumpaan yang disediakan oleh Guru Bimbingan & Kaunseling. vi. Laporan perjumpaan mentor dan mentee dihantar kepada penyelia untuk

semakan pada setiap hujung bulan.

2.

KEMPEN SAYANGI DAKU

a.

Matlamat Menimbulkan perasaan kasih sayang , hubungan mesra dan keprihatinan antara warga sekolah dan murid-murid.

b.

Objektif i. ii. iii. Meningkatkan perasaan kasih sayang sesama murid. Mewujudkan hubungan mesra antara murid dan guru. Melahirkan warga sekolah yang sentiasa prihatin dengan kesusahan orang lain. iv. Membina sikap suka memberi dan menghulurkan tangan kepada insan-insan yang memerlukan.

c. i.

Prosedur PRS dan Pengawas membantu mengenalpasti murid-murid yang memerlukan bantuan (murid miskin). ii. Mengedarkan pamplet, brosur atau kain rentang kempen untuk memberi penjelasan kepada murid dan seluruh warga sekolah. iii. Pengawas membuat pengumuman kepada murid berhubung kempen dari semasa ke semasa. iv. Pengawas dan PRS menetapkan masa untuk mengumpul barang-barang keperluan yang ingin dikutip daripada murid-murid (pakaian, makanan, kasut, beg,kasut dll) v. Melancarkan majlis pengagihan barang-barang kepada murid yang berhak dalam

satu majlis yang dirasmikan oleh Pengetua dan Guru Besar.

3.

TEA WITH PRINCIPAL

a.

Matlamat Membina budaya kemesraan dan saling menyayangi antara guru dan murid.

b. i.

Objektif Mewujudkan rasa disayangi dan dihargai dalam kalangan pelajar-pelajar yang terpilih. ii. Meningkatkan hubungan mesra antara pentadbiran dan murid- murid yang membuat perubahan positif dalam diri (akademik, sahsiah dsb) iii. Melahirkan murid - murid yang sentiasa berusaha untuk kesejahteraan dan kecemerlangan diri seperti mana yang terkandung dalam slogan XPLUS.

c. i.

Prosedur Ahli PRS dan Ketua tingkatan bertindak sebagai mata dan telinga sekolah mengenal pasti murid yang ponteng sekolah melebihi 7 hari sebulan tanpa sebarang sebab munasabah. ii. Mengenalpasti punca dan sebab mengapa masalah tersebut timbul.

iii. Menyerahkan senarai nama murid ponteng tegar kepada kaunselor untuk sesi kaunseling/bimbingan kelompok. iv. Ketua Tingkatan mengisi borang kehadiran harian untuk memantau pergerakan dan kehadiran murid terbabit mengikut kelas; laporan diserahkan kepada ahli PRS yang bertindak sebagai penyelaras pada setiap hujung minggu. v. vi. Laporan keseluruhan bulanan diserahkan kepada kaunselor untuk rekod. Murid - murid yang mengalami perubahan dari segi kehadiran akan diberi pengiktirafan minum petang atau minum pagi dan sebagainya bersama Guru Besar @ Pengetua di

suatu tempat yang dipilih oleh badan disiplin sekolah.

4.

Guruku sayang.

a.

Matlamat Membentuk dan melahirkan warga sekolah yang berilmu serta mengamalkan sikap CAKNA dalam kalangan murid dan guru.

b.

Objektif i. ii. Melahirkan semangat kerja sepasukan dalam kalangan guru dan murid. Melahirkan murid-murid yang sentiasa bersaing dan sensitif untuk membina kecemerlangan diri sama ada dalam bidang akademik mahu pun sahsiah. iii. Memupuk budaya cemerlang dalam kalangan murid.

c.

Prosedur i. Guru mata pelajaran mengenalpasti bilangan murid yang belum mencapai target lulus dalam sesuatu pelajaran berdasarkan ujian bulanan pertama. ii. Guru menjalankan beberapa aktiviti dalam bilik darjah untuk meningkatkan pencapaian murid - murid tersebut. iii. Merekodkan pencapaian murid terbabit berdasarkan ujian-ujian (bulan 1 10) yang dijalankan. iv. Menyenaraikan kumpulan murid yang menampakkan perubahan dari segi peningkatan pencapaian matapelajaran(subjek) tersebut. v. Membawa murid - murid terbabit bercuti @ bersiar-siar bersama-sama guru mata pelajaran

5.

PROGRAM RIANG RIA SUKANEKA

a.

Matlamat i. Menanam sikap saling menyumbang, merancang dan melaksana dengan memberi pengukuhan positif kepada para murid dan guru-guru. ii. Mengeratkan hubungan mesra antara murid dan guru agar wujud rasa kekitaan.

b.

Objektif i. Melahirkan murid- murid yang dapat mengamalkan budaya 3B (bingkas, bangun, buat). ii. Membina hubungan mesra antara guru dan murid agar wujud rasa kekitaan antara mereka. iii. Menanam sikap ingin mencuba dan persaingan antara pasukan. iv. Mengurangkan tekanan kerja dalam kalangan pentadbir sekolah.

c. i.

Prosedur Mengenalpasti kumpulan murid (hard-core).

ii. Membahagikan murid - murid terbabit kepada 4 kumpulan utama yang diketuai oleh 4 orang pentadbir (Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum) dan dibantu oleh 4 orang guru kanan bagi setiap kumpulan. iii. Jawatankuasa Pelaksana (PRS/Pengawas/Ketua Rumah Sukan/Pengerusi @Kelab persatuan) merancangkan aktiviti (sukaneka) yang bersesuaian. iv. v. vi. Memilih tempat pelaksanaan aktiviti (di luar kawasan sekolah) Melaksanakan aktiviti. Post-mortem aktiviti.

6.

PROGRAM HARGAI KAMI.

a.

Matlamat

Menimbulkan perasaan kasih sayang , hubungan mesra dan keprihatinan antara warga sekolah dan murid.

b. i. Ii.

Objektif Meningkatkan perasaan kasih sayang sesama murid. Memberi peluang kepada murid menerima penghargaan daripada rakan-rakan dan guru-guru.

iii. Murid berasa dirinya dihargai dan disayangi oleh orang lain.

c. i. ii.

Prosedur Ketua tingkatan / guru menyenaraikan nama murid yang terbabit di papan info. Menggunakan masa perhimpunan mingguan/perhimpunan bulanan kokurikulum untuk meraikan murid - murid tersebut.

iii. iv. v. vi.

Menjemput murid-murid dan guru-guru ke pentas utama. Memulakan majlis dengan bacaan doa panjang umur. Nyanyian lagu selamat hari lahir oleh seluruh warga sekolah. Murid- murid dan guru-guru lain boleh memberi hadiah atau kad ucapan kepada yang terlibat.

7.

PROGRAM WELCOME TO SCHOOL

a.

Matlamat Menimbulkan perasaan kasih sayang , hubungan mesra dan keprihatinan antara warga sekolah dan murid.

b. i.

Objektif Melahirkan murid-murid yang sentiasa bersemangat tinggi untuk ke sekolah pada setiap hari.

ii. iii.

Memberi pengiktirafan kepada murid- murid yang datang ke sekolah. Mengamalkan nilai-nilai salam, senyum, segak, sopan dan sayang.

c.

Prosedur

i.

Guru, pengawas/PRS yang bertugas bersedia di pintu pagar sekolah seawal pagi yang boleh untuk menyambut kedatangan murid yang lain.

ii.

Memberi ucapan selamat datang, ucapan salam atau selamat pagi kepada murid.

iii. Menyambut kedatangan murid dengan senyuman.

8.

PROGRAM SINAR PAGI

a.

Matlamat i. ii. iii. Melahirkan rasa dihargai murid-murid RMT/asrama Makan bersama dengan pihak pentdbiran Mewujudkan perasaan ukhwah antara murid - murid, murid sekolah.

b.

Objektif i. ii. Meransang keinginan murid untuk datang ke sekolah awal. Memberi pengiktirafan kepada murid.

c. i. ii.

Prosedur Dijalankan pada awal pagi semasa program RMT/sarapan pagi di asrama. Murid makan bersama dengan pihak pentadbiran semasa program RMT/sarapan pagi asrama (1hari seorang pihak pentadbir) iii. Jadual pihak pentadbiran yang terlibat dengan program disediakan oleh guru RMT/warden asrama.

9. Info Bestari

Perhimpunan seminggu sekali dalam perhimpunan rasmi bercakap tentang sekolah penyayang tempoh 5 minit.

Sayangi diri sendiri Sekolahku syurgaku Seronoknya datang sekolah Hormati guru Budaya memberi salam Budaya terima kasih Senyum itu sedekah Tolong menolong Kerja itu ibadah Sayangi rakan

Matlamat Memberi input sekolah konsep penyayang Objektif Memberi maklumat yang jelas mengenai sekolah penyayang kepada warga sekolah Sensitif dengan isu-isu kasih sayang Memberi peluang kepada guru bertugas mengupas isu-isu kasih sayang Dapat menyebarkan maklumat-maklumat segera berkaitan kasih sayang.

Perlaksanaan Program ini dijalankan sebulan sekali Tema ini dilaksanakan oleh guru yang bertugas

e. Ibubapa (PIBG) dan komuniti setempat. AKTIVITI 1 : Hari Bersama Permata Sekolah Matlamat Pencetus kepada penglibatan waris dalam aktiviti sekolah sepanjang tahun dengan senyum dan sayang.

Objektif 1. Waris dapat menyatakan harapan dengan penuh rasa sayang kepada anak-anak. 2. Pengisian motivasi keibubapaan kepada waris. 3. Menarik segera waris-waris yang tegar dan kurang melibatkan diri dengan program sekolah untuk hadir. 4. GBK sensitif dalam mengenalpasti murid-murid (klien) untuk bimbingan atau kaunseling individu. 5. Sempurna dalam setiap hal (jasmani, emosi, rohani dan intelektual).

Prosedur 1. Perasmian oleh pihak pentadbiran. 2. Penglibatan: agensi luar untuk motivasi. 3. Ceramah motivasi. 4. Sesi: slot waris bersama murid diadakan semasa program. 5. Pelaksanaan: dijalankan berperingkat mengikut tahun dengan penglibatan waris.

Akktiviti 2 : Waris Cemerlang, Anak Gemilang

Matlamat Kesedaran dan pengisian dari aspek kerohanian dan penghayatan kepada nilai-nilai murni.

Objektif 1. Pengisian kerohanian dan nilai-nilai murni 2. Kejelekitan dalam hubungan kekeluargaan. 3. Penerapan nilai kasih sayang. 4. Penglibatan PIBG dalam program sekolah. 5. Melahirkan generasi sopan segak, dan sayang dalam hubungan kekeluargaan.

Prosedur 1. Aktiviti perkhemahan waris bersama murid. 2. Gotong royong (mendirikan khemah, memasak, persiapan diri, dan tempat berkhemah) 3. Ceramah kerohanian. 4. Solat berjemaah dan qiamullail. 5. Tidur di khemah / kelas/ dewan.

Aktiviti 3: Tautan Kasih

Matlamat : Menarik waris untuk hadir ke sekolah dengan pendekatan salam, sopan dan sayang.

Objektif 1. Menggalakkan dan menarik minat waris melibatkan diri dengan aktiviti sekolah. 2. Membina persepsi positif waris terhadap sekolah. 3. Membina semangat kekeluargaan antara pihak sekolah dan waris. 4. Memupuk rasa kepunyaan waris terhadap sekolah.

Prosedur 1. Menghargai waris dengan memberikan surat penghargaan/hadiah dan bantuan. 2. AJK PIBG menyedarkan waris tentang peranan ibu bapa dalam meningkatkan akademik dan sahsiah murid.

Aktiviti 4 : Merisik Khabar Matlamat: Mengenal pasti masalah dan bentuk sumbangan kepada waris yang ditimpa musibah atau miskin dengan tindakan segera dan sempurna.

Objektif 1. Hubungan akrab antara pihak sekolah, agensi luar dan pihak waris. 2. Mengenal pasti masalah murid dan keperluan semasa. 3. Bertindak segera terhadap setiap aduan (3B- Bingkas, Bangun, Buat). 4. Sensitif terhadap setiap masalah murid. 5. Berkunjung dan menyampaikan salam pihak pentadbir.

Prosedur

1. Melibatkan AJK PIBG, JKKK, JKM, dan agensi-agensi lain. 2. Guru-guru kelas menyalurkan maklumat murid yang menghadapi masalah kepada AJK bertindak sebelum ke rumah waris. 3. Guru bersama-sama AJK PIBG melaksanakan peranan masing-masing dengan mengenalpasti lokasi dan tempat tinggal murid.

AKTIVITI 5: Hari Keluarga Sekolah Matlamat: Mengeratkan hubungan murid, guru, kakitangan, sekolah, PIBG dan agensi luar.

Objektif 1. Memberikan kesedaran kepada waris berkaitan dengan kerjaya di masa hadapan. 2. Menggilap budaya berketrampilan dalam diri murid-murid. 3. Waris sensitif akan perkembangan isu-isu semasa.

Prosedur 1. Program diadakan dengan penglibatan Unit Kokurikulum. Contoh: Hari Kokurikulum. 2. Melibatkan agensi luar dalam pendedahan kerjaya.Contoh: PDRM, Jabatan Kesihatan, ATM dan lain-lain. 3. Melibatkan waris dengan agensi luar dalam persediaan tempat. 4. Mendedahkan murid-murid kepada peluang-peluang kerjaya melalaui peranan alumni. 5. Sukan rakyat bersama pihak sekolah, waris dan agensi luar.

6.0 KESIMPULAN Sekolah Penyayang adalah institusi yang indah dan murni. Keindahan dan kemurniannya memerlukan kepada pengorbanan masa, tenaga,wang ringgit dan keringat warga pendidik, murid, ibu bapa dan komuniti setempat. Hasrat murni Sekolah Penyayang yang digagaskan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 serta diperincikan melalui surat-surat pekeliling ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia akan berjaya apabila ia dikongsikan bersama.

Sehubungan itu kami merasakan, inilah masanya untuk kita membina murid yang cemerlang akademik dan seimbang perkembangannya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, serta mempunyai disiplin diri yang tinggi, berketrampilan, patriotik, tidak bersikap individualistik sebaliknya mempunyai semangat kerjasama berpasukan serta mampu memain peranan dalam masyarakat (Rujukan: Perutusan Tahun Baru 2006, YB Menteri Pelajaran Malaysia) seperti hasrat Menteri Pelajaran melalui wasilah pendidikan dan wadah Sekolah Penyayang.

Anda mungkin juga menyukai