Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES STEALING TIME

Situasi ini berlaku dalam sebuah kelas Gred 4 dimana Robert adalah guru kelas tersebut.Robert telah menetapkan peraturan dan batas-batas perlakuan tertentu yang perlu dipatuhi oleh semua murid di dalam kelasnya. Dia seorang yang tegas tetapi adil dalam penguatkuasaan peraturan hubungan timbal balik antara guru dan murid. Kesannya, kelasnya menjadi sebuah komuniti yang kecil semua murid tahu bagaimana untuk bertingkah laku. Pada enam minggu pertama, semuanya berjalan lancar. Terdapat perubahan sikap yang ditunjukkan oleh beberapa orang pelajar: y Andy dan Martin (latar belakang keluarga yang teruk, masalah keluarga dan akademik) y y Kara (murid dari kelasPendidikan Khas) David (dari self-contained learning disabilities classroom) untuk kelas bukan akademik Selepas cuti Krismas, sebuah jawatankuasa putuskan David layak masuk ke kelas biasa berdasarkan penilaian tingkah lakunya. David masuk ke kelas Robert untuk subjek matematik yang merupakan salah satu subjek yang mampu David kuasai. Suatu hari, David mula menunjukkan tingkah laku yang tidak baik di dalam bilik darjah. Dia tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan, membuat bising di dalam kelas dan menyampuk semasa Robert sedang mengajar. Pada mulanya Robert menyuruh David berhenti daripada berkelakuan begitu, tetapi David tidak hiraukan arahan Robert. Robert menganggap tingkah laku David adalah satu gangguan yang dahsyat dan tidak sopan serta tidak menghormati dia dan rakan sekelas yang lain.Robert juga menganggap David ingin cuba dapatkan kembali perhatian seperti di dalam kelas pemulihan. (seorang guru 5 orang murid) Satu hari, David menghantar tugasan yang diberi di atas meja Robert dengan kasar. Robert terkejut lalu bercakap dengan kasar menyatakan bahawa dia sudah

tidak tahan dengan perangai David. Namun, David menjawab dengan tegas bahawa dia mahu kembali ke kelas lamanya dan tidak suka pandangan pelajar di dalam kelas terhadapnya. Robert menyuruh David berhenti daripada berkelakuan begitu, kerana murid-murid lain tidak menyenangi sikapnya tetapi David tidak menghiraukan arahan Robert. Selepas makan tengah hari, David mengganggu murid lain dan mengganggu Robert dalam memberikan kertas jawapan ujian. Oleh kerana David tidak mengambil ujian tersebut, Robert mengarahkan David ke belakang kelas supaya tidak mengganggu pelajar lain. Tetapi David tetap membuat bising dengan menghempaskan barangnya ke lantai dengan alasan dia tidak mencederakan pelajar lain. Oleh kerana berkelakuannya yang kurang ajar, Robert menghantarnya ke bilik guru besar. Selepas itu, sebelum meninggalkan bilik guru besar untuk menghadiri Kelas Pendidikan Jasmani, dia menyuruh kawannya memberitahu Robert yang dia ingin berjumpa dengannya. Robert menunggu David di belakang bilik. David meminta maaf atas kelakuannya tetapi dia tidak suka cara murid lain melihatnya dan dia tidak mahu Kevin membuat kecoh dalam kumpulan matematiknya. Selepas

perbincangan, perangai David berubah tetapi hanya beberapa hari sahaja. David kembali menunjukkan sikap negatifnya. Oleh itu, sekali lagi Robert menempatkannya di Bilik Guru Besar kerana tidak menyiapkan tugasan. Robert dan murid-murid lain tidak menyenangi sikap David dan David telah mencabar kesabarannya. Beliau tidak mahu David ada dalam kelas mengganggu murid lain semata-mata kerana dia istimewa. Apabila Robert berbincang dengan guru-guru lain tentang David, mereka mentertawakan Robert semasa Robert memarahi David dulu. Robert menyatakan bahawa murid-murid lain tidak mahu David datang ke sini. Pada satu petang, David tidak diberikan masa rehat kerana tidak menyiapkan tugasan. David menyiapkan tugasannya di dalam kelasnya,sementara Robert keluar

membuat salinan kertas kerja David yang tidak siap. Apabila waktu rehat selesai, Bob yang duduk berdekatan dengan meja David dan kehilangan jam tangan. Keesokannya, David dengan tergesa-gesa ke meja Robert dan membuat kenyataan bahawa ayahnya telah menghadiahkannya jam. Robert melihat jam tersebut dengan dekat dan dia marah,kecewa dan berasa curiga terhadap David. Dia yakin jam itu kepunyaan Bob.

a) KONSEP/MODEL/TEORI YANG DIAPLIKASIKAN


Teori modifikasi Skinner bertujuan untuk menghapuskan tingkah laku yang tidak diingini dan menggantikan dengan tingkah laku yang yang diingini melalui pengukuhan. Teknik modifikasi yang diaplikasikan dalam kes ini ialah dendaan, time out dan reverse psychology. Dendaan digunakan untuk mengubah tingkah laku seseorang. Ia mungkin akan menyebabkan tingkah laku bermasalah dihentikan atau diturunkan kekerapannya. Dalam kes ini, Robert telah mengenakan denda kepada David kerana tingkah lakunya yang kurang menyenangkan. Apabila David mengganggu pembelajaran di dalam kelas dan membuat bising, Robert telah memarahi David, namun tidak diendahkan oleh David. Apabila David tidak menyiapkan tugasan yang diberi, Robert mengenakan denda kepadanya. David tidak dibenarkan rehat sehingga semua kerja-kerjanya disiapkan. Akhirnya, David dibawa ke bilik Guru Besar dan dia diarahkan menyiapkan tugasan yang telah diberikan di bilik tersebut. Cikgu Robert juga mengaplikasikan teknik time out dengan mengarahkan David untuk pergi ke sudut belakang kelas bagi mengelakkan dia mengganggu pelajar lain. Namun, dia masih membuat bising dengan menghempas buku ke lantai. Beliau juga menggunakan teknik reverse psychology dengan berbincang dan mendengar luahan perasaan David serta sebab dia bertindak demikian. Cikgu Robert menasihati David dan menyatakan sebab mereka berbuat demikian dan berjanji akan menasihati mereka.

Selain itu, Robert turut mengaplikasikan model Disiplin Asertif Canter. Menurut model ini, guru hendaklah menegur para pelajar secara konsekuen seperti yang dilakukan oleh Robert. Pada kali pertama Robert melakukan kesalahan, Robert menegur dan memintanya berhenti melakukannya dengan lembut. Apabila David mengulanginya lagi, Robert tidak membenar David dia keluar pada waktu rehat. Selepas itu, bagi mengelakkan David mengganggu pelajar lain, Robert

mengarahkan David untuk pergi ke sudut belakang kelas. Oleh kerana Robert masih tidak mengendahkan teguran dan amaran Robert, akhirnya Robert membawaDavid ke bilik Guru Besar. Selain model pengurusan disiplin bilik darjah, Robert turut menggunakan konsep pembelajaran koperatif. Beliau meminta murid-muridnya berbincang dalam

kumpulan bagi subjek matematik yang diajarnya. Menurut model Logikal Dreikurs, tindakan David yang membuat bising, mengganggu P&P dan enggan menyiapkan tugasan yang diberikan adalah kerana ingin mendapatkan perhatian daripada gurunya, Robert.

b) STRATEGI YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN


Antara strategi dan model yang boleh diaplikasikan bagi mengatasi masalah David ialah Pengukuhan (Modefikasi Tingkahlaku Skinner), Motivasi, Model Disiplin bilik darjah, Model Disiplin Asertif, Model Akibat Logikal Dreikurs, Pengurusan tingkah laku, Perbincangan, Pengurusan emosi. Dalam situasi yang diberikan,

Robert tidak membenarkan David rehat sehingga menyiapkan tugasannya, namun ia tidak berkesan. Bagi mengatasi masalah ini, Robert boleh memberikan ganjaran jika David dapat menyiapkan tugasan. Namun, Robert harus mengelakkan peneguhan berterusan kerana ia akan mengurangkan kualiti keberkesananya. Apabila David mengganggu pembelajaran dengan berkata saya tahu itu dan biar saya buat Robert harus memberi peluang kepadanya untuk mencuba

menjawabnya. Robert juga boleh memberikan kaunseling kepada David secara individu kepada David apabila dia enggan menyiapkan tugasan yang diberikan. Robert juga boleh menggunakan disiplin pengurusan bilik darjah dengan

memaklumkan kepada ibubapa tentang tingkah laku David. Selain itu juga, Robert harus bersifat adil dan tegas terhadap hukuman yang dikenakan. Dia harus mengelakkan amalan ugutan tetapi menggunakan kaunseling dan menyediakan aktiviti mengikut kebolehan murid. Di samping itu, Robert juga boleh menggunakan pengukuhan grafik seperti bintang atau pelekat kepada David sekiranya dia berkelakuan baik bagi satu tempoh masa P&P dijalankan dalam kelas. Pemberian bintang/pelekat ditentukan sehingga satu tempoh masa tertentu (jangkamasa 3 bulan) sehingga David dapat mengawal tingkahlakunya dan tidak mengganggu murid lain lagi. David diberikan ganjaran (pengukuh fizikal) seperti kasut baru sekiranya dia berjaya melepasi tahap tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Selain itu juga, Cikgu Robert perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan keadaan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh David. Cikgu Robert perlu membuat sesuatu yang bersifat diluar jangkaan seperti memainkan muzik dalam proses P&P. Selain itu juga, Cikgu Robert perlu menangani karenah murid dengan tenang dan menunjukkan sifat prihatin. Cikgu Robert juga seharusnya mengadakan satu perbincangan melibatkan semua anggota kelas termasuk David bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Tingkah laku David yang suka mengganggu P&P dengan menyampuk percakapan Robert dapat diatasi dengan mewujudkan suasana yang kondusif. Robert harus menyusun fizikal kelas supaya selesa dan para pelajar dapat belajar secara berkumpulan bagi merapatkan hubangan diantara mereka. Robert mestilah memberi motivasi yang mana dapat mengubah tingkah laku yang tidak baik pelajar. Selain itu,Robert haruslah mengambil berat perihal dan tindakan muridmurid serta meminta maaf kepada murid andai dia ada melakukan kesilapan. Robert juga perlu mengamalkan sikap demokratik dengan memperbanyakkan aktiviti menyoal bagi mendapatkan tindak balas secara langsung daripada muridmurid dan mendorong mereka melibatkan diri secara aktif. Cikgu Robert mestilah menggunakan percakapan dan nada yang sesuai bagi membantu bermasalah. Cikgu Robert juga boleh mengadakan sesi kaunseling murid dan

menggalakkan murid mengambil bahagian dalam aktiviti serta mendorong murid normal menerima David. Di samping juga beliau mestilah mengajar dengan sikap penyayang dan pengasih serta peka terhadap segala tindakan dan kelakuan muridmurid.