Anda di halaman 1dari 23

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2011(SMP KHAS)

HBEF2303

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

810608115434001 810608-11-5434 012-9678305 prassenng81@gmail.com TERENGGANU LEARNING CENTRE

HBEF2303

ISI KANDUNGAN Muka Surat


1.0 Penghargaan

2.0 Abstrak

3.0 Pendahuluan 3.1 Pengenalan PPBK 3.2 Pengenalan Perisian Reken Test 3.3 Objektif Kajian 3.4 Kaedah Kajian 3.5 Sampel Kajian 3.6 Analisis Data

4 4 7 8 9 9

4.0 Rumusan

12

5.0 Rujukan

17

6.0 Lampiran

18

6.1 Borang Soal Selidik 6.2 CD PPBK 2

HBEF2303

6.3 Brosur

1.0 PENGHARGAAN Dengan kesabaran yang terdapat dalam diri sendiri, saya dapat melaksanakan tanggungjawab sebagaiseorang pelajar akhirnya projek penilaian perisian PPBK ini dapat disiapkan. Saya berpegang kepada pepatah Melayu sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit atau sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada En. Mohd Nazari Bin Mohd, selaku penyelia di atas tunjuk ajar dan bantuan dalam usaha untuk menyiapkan projek ini dan 3ember kuliah mengenai proses penyediaan laporan penulisanilmiah dengan betul kerana masih banyak lagi yang belum saya ketahui. Ucapan terima kasih juga kepada guru besar, guru-guru serta pelajar-pelajar SJK CHUNG HWA WEI SIN yang telah dilibatkan secara langsung dalam projek ini. Kerjasama dan sokongan yang sepenuhnya di sepanjang projek ini amatlah saya hargai. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah member kerjasama dan teguran yang membina, banyak membantu saya dalam menghasilkan karya dengan baik. Jasa dan budi kalian akan saya ingati dalam hati. Sekian, terima kasih.

HBEF2303

2.0 ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai sebuah perisian latih tubi Matematik yang bertajuk Reken Test. Di dalam perisian ini merangkumi topik Nombor Bulat, Perpuluhan, Wang, Peratusan dan Pecahan berdasarkan Sukatan Pelajaran Matematik KBSR dalam Bahasa Inggeris yang mengambil kira pengintegrasian proses pembelajaran. Reka bentuk perisian merangkumi aspek isi kandungan, aspek teknikal dan aspek dokumentasi. Perisian ini juga menyediakan persekitaran pembelajaran kendiri yang menarik lagi interaktif kepada pelajar. Perisian Reken Test ini berasaskan kepada penilaian terhadap pemahaman pelajar dan ia dilaksanakan secara kendiri. Selain itu, perisian ini mampu membenarkan pelajar mencetak keputusannya setelah menyiapkan latih tubi sesuatu topik. Penilaian perisian ini telah dijalankan ke atas 30 orang pelajar Tahun 5 SJK(C) CHUNG HWA WEI SIN, Kuala Terengganu, Terengganu, dengan memberikan satu set borang soal selidik. Pelajar diberi masa untuk menjawab soal selidik berkaitan aspek isi kandungan, aspek teknikal dan aspek dokumentasi tentang perisian tersebut. Dapatan penilaian menunjukkan pelajar mengutamakan minat mereka dalam proses pembelajaran Matematik. Seterusnya mengukur kesesuaian perisian ini dengan mengambil kira sama ada perisian ini dapat membantu pelajar untuk mencapai objektif

HBEF2303

pembelajaran. Ia juga mengambil kira sama ada perisian ini mudah digunakan oleh pelajar-pelajar.

Penilaian Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) Bagi Mata Pelajaran Matematik Bertajuk REKEN TEST NG PEI SIAN Fakulti Pendidikan, Universiti Terbuka Malaysia (OUM) 3.0 PENDAHULUAN 3.1 Pengenalan PPBK Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) mendorong pelajar menanam sifat berdikari sewaktu mereka mempelajari dan meneroka sesuatu bidang ilmu. Perkara ini selaras dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) iaitu pembelajaran berpusatkan pelajar. Oleh itu, sumbangan dan penglibatan guru-guru dalam proses penghasilan bahan-bahan PPBK akan membantu mempertingkatkan kualiti serta keberkesanan sistem pendidikan secara keseluruhannya. Penilaian ini ialah bertujuan menilai perisian PPBK latih tubi yang sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses pembelajaran berbantu komputer yang bertajuk Reken Test. Oleh itu, perisian ini seharusnya mempunyai reka bentukaspek isi 5

HBEF2303

kandungan, aspek teknikal dan aspek dokumentasi yang memenuhi keperluan pembelajaran serta kehendak kurikulum.

3.2 Pengenalan Perisian Reken Test

Reken Test
Pengarang Jenis lesen Sistem Operasi Yuran Pendaftaran Saiz fail Tarikh Pengeluaran Laman Web produk e-mel : Hendrik Jan Runhaar (4x4 Software) : Percuma : Windows 9X/ME/2K/XP/2003 : tidak dinyatakan : 1.3 MB : 4/24/2007 : http://www.4x4software.nl : info@4x4software.nl Tempat Pengeluaran : Dewan Perniagaan di Amsterdam, Belanda, nr. 34245324

Rajah 1: Menu utama perisian Reken Test

RekenTest merupakan satu program latihan dan amalan mengira. Ia adalah interaktif dan boleh digunakan untuk amalan, menganalisis dan menguji kemahiran

HBEF2303

matematik asas. Ia telah direka untuk masalah dengan nilai-nilai di atas 100, tetapi ia juga sesuai untuk melatih sifir. RekenTest adalah perisian yang percuma. Ia mengamalkan kemahiran aritmetik dan menyokong operasi aritmetik asas seperti Operasi Tambah, Tolak, Darab, Bahagi dan sebagainya, serta operasi aritmetik yang lebih maju seperti Perpuluhan, Wang, Peratusan dan Pecahan. Perisian ini boleh digunakan dalam kelas atau sebagai kerja rumah. Ia mempunyai banyak pilihan untuk membuat pelajaran yang anda mahu dan membolehkan anda menyusun kelas anda berasaskan tugas dan kumpulan. Program ini sesuai untuk digunakan di rumah dan di kelas. Perisian ini terdapat dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Portugis dan Belanda.

Rajah 2: Pengenalan topik kemahiran Matematik yang disediakan oleh perisian Reken Test

Perisian Reken Test ini sangat mudah digunakan untuk sesiapa sahaja. Pelajaran diwujudkan dengan cepat. Berdasarkan prestasi pelajar, pelajar itu akan menerima soalan-soalan berdasarkan pengetahuan mereka sendiri dan tahap kemahiran dan bukannya menerima soalan yang terlalu sukar atau terlalu mudah. Di samping itu, terdapat pelajaran yang telah ditetapkan manakala pelajaran tambahan boleh ditambah jika dan apabila diperlukan untuk sokongan tambahan dan pembelajaran.

HBEF2303

Selepas setiap sesi yang siap dengan RekenTest, satu laporan yang menyeluruh dan komprehensif akan dipaparkan dan boleh dicetak oleh ibu bapa atau guru. Pengarang RekenTest telah menyediakan pemulihan masalah secara automatik untuk pelajar-pelajar apabila dan jika diperlukan. Masalah pemulihan diperlukan apabila pelajar memberikan jawapan yang salah soalan dalam masa lebih daripada masa yang diperuntukkan disyorkan. Satu masalah mudah dan tambahan senaman atau amalan diberikan untuk membantu pelajar lebih memahami masalah aritmetik. Reken Test menawarkan peluang untuk memiliki akaun demo semasa pemasangan perisian. Dengan cara ini pelajar dapat log masuk dengan cepat sebagai pelanggan. Dua domain dan tiga akaun akan diwujudkan, bergantung kepada bahasa yang dipilih semasa pemasangan. Reken Test juga menawarkan bantuan talian untuk pelajar yang mendaftar sebagai pelanggan perisian.

Pemasangan perisian Reken Test adalah mudah. Satu manual pemasangan telah disediakan dengan fail setup. Perisian ini telah dibangunkan beberapa tahun, kadangkadang perlahan, kadang-kadang berdedikasi dan ia sentiasa seronok untuk melakukannya. Perisian Reken Test ini memerlukan sekurang-kurangnya: Windows 95 atau lebih tinggi. Program ini tidak akan berjalan pada Windows 3.x. 6 MB diskspace ruang diperlukan untuk fail pengguna. Sekurang-kurangnya 64MB RAM. Paparkan dengan resolusi 800x600 piksel, 256 warna.

3.3 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah:


a. Menilai ciri-ciri perisian Reken Test . b. Menilai kefahaman pelajar terhadap penggunaan perisian Reken Test. c. Menilai kefahaman pelajar tentang masalah aritmetik dengan soalan-soalan yang

dikemukakan dalam perisian ini.

HBEF2303

d. Menilai sama ada perisian Reken Test mampu memberikan contoh dan latihan

yang mencukupi untuk mengukuhkan kefahaman pelajar.


e. Mengenal pasti sejauh mana perisian Reken Test dapat diaplikasi dalam bilik

darjah.
f. Menilai reka bentuk perisian Reken Test sesuai dalam menepati keperluan

perlaksanaan proses pembelajaran berbantu komputer bagi aspek isi kandungan, aspek teknikal dan aspek dokumentasi.

3.4 KAEDAH KAJIAN Kajian ini dijalankan dengan menggunakan set borang soal selidik sebagai kaedah kajian. Soal selidik dipilih kerana ia lebih praktikal dan berkesan bagi populasi yang lebih besar. Pengumpulan data yang banyak dapat memberikan ketepatan terhadap kajian ini. Seterusnya beberapa langkah telah disusun untuk memastikan proses dan kajian ini dapat dijalankan dengan sempurna. Langkah-langkah tersebut ialah: Langkah 1 Memohon kebenaran daripada pentadbir sekolah untuk membuat kajian di sekolah tersebut. Langkah 2 Mendapat bantuan seorang guru matematik tahun 5 untuk memilih 30 orang pelajar. Langkah 3 Selepas 30 pelajar dikenalpasti, maka borang soal selidik diedarkan untuk dijawab. Masa yang diberikan selama 30 minit untuk menjawab set soalan yang diagihkan kepada pelajar. 9

HBEF2303

Langkah 4 Borang soal selidik yang telah ditanda akan dikumpul. Langkah 5 Menganalisis data berdasarkan borang soal selidik. Langkah 6 Membuat rumusan kajian yang telah dijalankan dan seterusnya memberikan cadangan atau idea yang bernas.

3.5 SAMPEL KAJIAN Sampel ialah sumber untuk mendapatkan data (Mohd. Majid Konting, 2000). Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar Tahun 5 . Pelajar Tahun 5 oleh kerana mereka dianggap telah melalui dan sepatutnya menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu, Terengganu. Sekolah yang dipilih untuk menjalankan kajian ini. Sekolah tersebut mempunyai 5 buah kelas Tahun 5 yang berturutan iaitu Merah, Kuning, Biru, Hijau, Perang dan Biru Tua. Tahap pelajar dalam 30 orang pelajar yang dipilih itu adalah berbeza iaitu pandai dan sederhana. 3.6 ANALISA DATA Borang soal selidik telah diedarkan kepada 30 orang pelajar Tahun 5. Soal selidik ini telah diedarkan bagi mengetahui sejauhmanakah minat dan kecenderungan mereka terhadap latih tubi yang terdapat di dalam perisian Reken Test. Hasil soal selidik yang dilakukan adalah bagi menguji keberkesanan latih tubi dalam perisian Reken Test 10

HBEF2303

menyatakan bahawa tidak terdapat kesan negatif terhadap pelajar selepas penggunaan perisian ini. 30 orang pelajar Tahun 5 ini perlu menjawab mengikut skala. Skala yang digunakan di dalam soal selidik ini adalah seperti berikut: TS TP S : : : Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju

Jadual berikut merupakan hasil soal selidik yang telah dijawab oleh 30 orang pelajar setelah menggunakan perisian Reken Test. Bil Soalan Saya faham bahasa yang digunakan dalam perisian ini. Saya boleh menggunakan perisian ini dengan mudah. Saya boleh membuat aktiviti yang diberikan dalam perisian ini. Saya dapati latihan dalam perisian ini membantu saya. TS TP 26.67% 8 orang 23.33% 7 orang 20% 6 orang 6.67% 2 orang 6.67% 2 orang 23.33% 7 orang 10% 3 orang S 73.33% 22 orang 76.67% 23 orang 76.67% 23orang 93.33% 28 orang 93.33% 28 orang 76.67% 23 orang 86.67% 26 orang

1.

2.

3.

3.33% 1 orang

4.

5.

Saya bebas memilih topik yang ingin dipelajari.

6.

Saya dapat belajar lebih baik dengan menggunakan perisian ini. Saya dapati paparan perisian ini pada skrin komputer adalah jelas.

7.

3.33% 1 orang

11

HBEF2303

8.

Saya dapati persembahan perisian ini adalah menarik. Saya dapati saiz huruf pada perisian ini adalah mudah dibaca. Saya dapati gambar yang dipaparkan adalah menarik. Saya dapati bunyi di dalam perisian ini adalah

13.33% 4 orang

30% 9 orang 3.33% 1 orang 20% 6 orang

56.67% 17 orang 96.67% 29 orang 36.67% 11 orang

9.

10.

43.33% 13 orang 100% 30 orang 6.67% 2 orang 10% 3 orang

11.

jelas.

12.

Saya dapati ikon atau butang dalam perisian ini senang difahami. Saya dapati warna yang digunakan dalam perisian ini adalah menarik. Saya dapati perisian ini membolehkan saya mencetak maklumat. Saya dapati setiap kali saya klik, saya mendapat maklum balas segera. Saya dapati ikon atau butang dalam perisian ini berfungsi dengan baik. Saya dapati perisian ini membolehkan saya menamatkan pelajaran pada bila-bila masa.

40% 12 orang 40% 12 orang

53.33% 16 orang 50% 15 orang 100% 30 orang 93.33% 28 orang 93.33% 28 orang 90% 27 orang

13.

14.

15.

6.67% 2 orang 6.67% 2 orang 10% 3 orang

16.

17.

12

HBEF2303

18.

Saya dapati perisian ini menyebabkan komputer saya selalu tergendala/ tidak berfungsi. Saya dibimbing oleh guru setiap kali menggunakan perisian ini. Pengajaran guru saya lebih menarik dengan menggunakan perisian ini.

100% 30 orang

19.

6.67% 2 orang 10% 3 orang

93.33% 28 orang 76.67% 23 orang

20.

13.33% 4 orang

4.0 RUMUSAN Hasil daripada soal selidik menyatakan bahawa terdapat 73.33% pelajar setuju bahawa mereka faham bahasa yang digunakan dalam perisian ini. Seramai 26.67% mengatakan tidak pasti, ini adalah berkemungkinan setuju. Selain itu, sebanyak 76.67% mengatakan setuju bahawa mereka boleh menggunakan perisian ini dengan mudah. 23.33% mengatakan tidak pasti serta tiada pelajar yang menyatakan tidak setuju. Peratusan yang tinggi dapat dicapai dalam soalan ini mungkin pelajar-pelajar sudah pernah menggunakan perisian yang sebegini. Soalan yang bertanyakan samada pelajar boleh membuat aktiviti yang diberikan dalam perisian ini, sebanyak 76.67% mengatakan setuju, 20% mengatakan tidak pasti dan 3.33% mengatakan tidak setuju. Bilangan yang menyatakan tidak pasti dan tidak setuju adalah mungkin mereka tidak dapat membuat aktiviti yang agar sukar bagi tahap mereka. Di samping itu sebanyak 93.33% menyatakan setuju dimana mereka mendapati latihan dalan perisian ini dapat membantu mereka dan 6.67% mengatakan tidak pasti. 13 bahasa yang digunakan adalah Bahasa Inggeris, pelajar tidak dapat memahaminya. Tiada pelajar yang mengatakan tidak

HBEF2303

Walaupun bilangan pelajar yang menyatakan setuju tinggi, masih terdapat bilangan pelajar yang menyatakan tidak pasti. Kemungkinan perkara ini terjadi adalah latihan yang terdapat di dalam perisian ini agar sukar untuk pelajar yang tidak pandai mengira. Sebanyak 93.33% pelajar setuju menyatakan bahawa mereka bebas memilih topik yang ingin dipelajari. 6.67% pelajar yang menyatakan tidak pasti. Sebilangan besar adalah setuju dan hanya jumlah kecil sahaja tidak pasti dan tidak setuju, inilah yang menyebabkan pencapaian peratusan yang tinggi. Di samping itu, sebanyak 76.67% mengatakan setuju bahawa mereka berkeyakinan mereka dapat belajar lebih baik dengan menggunakan perisian ini. 23.33% menyatakan tidak pasti dan tiada pelajar yang menyatakan tidak setuju. Mengikut pencapaian kebanyakan mereka tiada masalah untuk menjawab dengan baik. Segelintir sahaja yang mungkin masih belum menguasai sepenuhnya kemahiran Matematik asas.

Namun demikian sebilangan besar mengatakan setuju dimana mereka dapat melihat dengan jelas semasa paparan perisian ini pada skrin komputer. Sebanyak 86.67% mengatakan setuju, 10% mengatakan tidak pasti dan 3.33% mengatakan tidak setuju. Soalan yang bertanyakan samada pelajar mendapati persembahan perisian ini adalah menarik, sebanyak 56.67% mengatakan setuju, 30% mengatakan tidak pasti dan 13.33% mengatakan tidak setuju. Bilangan yang mengatakan tidak pasti dan tidak setuju harus diambil kira kerana mereka mungkin berasa persembahan perisian ini tidak menarik perhatian mereka. Di samping itu, sebanyak 96.67% menyatakan setuju dimana mereka mendapati saiz huruf pada perisian ini adalah mudah untuk dibaca, malah 3.33% mengatakan tidak pasti. Saiz huruf tidak menjadi satu gangguan bagi mereka untuk membaca soalan latihan. Di samping itu, 36.67% pelajar setuju menyatakan bahawa mereka mendapati gambar yang dipaparkan adalah menarik. 20% menyatakan tidak pasti dan sebanyak 43.33% pelajar mengatakan tidak setuju. Bilangan besar pelajar yang mengatakan tidak setuju, disebabkan gambar yang dipaparkan itu amat membosankan.

14

HBEF2303

Sebanyak 53.33% pelajar mengatakan setuju bahawa mereka mendapati ikon atau butang dalam perisian ini senang difahami. 40% menyatakan tidak pasti dan 6.67% menyatakan tidak setuju. Aktiviti menjawab soalan dapat dijalankan dengan lancar kerana pelajar memahami fungsi ikon dan butang. Di samping itu, terdapat 100% mengatakan setuju bahawa mereka dapati perisian ini membolehkan mereka mencetak keputusan apabila mereka ingin menamatkan perisian ini. Soalan yang bertanyakan samada pelajar dapat menamatkan perisian ini pada bila-bila masa, sebanyak 90% mengatakan setuju, 10% mengatakan tidak pasti dan tiada pelajar yang mengatakan tidak setuju. Bilangan yang banyak mengatakan setuju adalah mungkin pelajar berasa bebas dan tidak perlu terikat dengan masa yang sudah ditetapkan. Namun demikian semua pelajar mengatakan setuju dimana mereka mempendapat bahawa perisian ini boleh dipercayai dan tidak akan menyebabkan komputer selalu tergendala atau tidak berfungsi. Soalan terakhir di dalam soal selidik menanyakan kepada pelajar adakah mereka berpendapat bahawa penggunaan perisian ini dalam pengajaran guru akan menjadi lebih menarik. Sebilangan besar mengatakan setuju iaitu 76.67% , 10% tidak pasti dan 13.33% tidak setuju. Pada keseluruhannya, dapatan penilaian perisian ini menunjukkan bahawa perisian Reken Test ini sesuai dalam membantu pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran Matematik. Pelajar dapat membuat latihan mengira dengan pemahaman mereka secara kendiri. Selain itu, pelajar berpendapat bahawa perisian ini mudah difaham dan mudah diguna. Kemahiran matematik asas dapat diuji dan dinilai dengan diberikan soalan soalan Matematik yang mengikut topik masing-masing. Dengan itu, perisian ini akan memberikan maklum balas berdasarkan jawapan yang diberi oleh pelajar. Perisian ini juga menyediakan kemudahan pencetakan keputusan kepada pelajar untuk mencetak keputusan mereka selepas menyelesaikan soalan mengira dalam perisian. Perisian Reken Test ini merupakan perisian latih tubi. Menurut Abd. Samad (1998), dalam kajian beliau bahawa perisian latih tubi ialah perisian yang dapat menyediakan latihan berulangkali dan berterusan dalam usaha meningkatkan kemampuan 15

HBEF2303

melatih mengingat kembali fakta-fakta kefahaman, melatih kemahiran mengingat dan mengaplikasikan konsep berkenaan. Dengan itu, perisian ini dapat melaksanakan proses pembelajaran bagi subjek Matematik dengan menyediakan pelbagai jenis latihan mengira,terutamanya dalam topik Operasi Darab. Perisian ini dapat memainkan peranan untuk melatih pelajar dalam kemahiran sifir. Selain itu, menurut Ismail (2002), dalam kajian beliau bahawa latih tubi merupakan kaedah yang digunakan untuk membolehkan pelajar memahami dan menguasai konsep, prinsip atau prosedur yang lebih berkesan. Dengan menggunakan perisian Reken Test, pelajar berperanan membuat latihan yang disediakan, menerima maklum balas daripada jawapan yang diberikan serta memilih aras mengikut kemampuan. Menurut Alessi & Trollip (1991), dalam kajian mereka bahawa mereka telah mencadangkan cara pemilihan soalan-soalan yang sesuai digunakan dalam latih tubi. Di antara cara-caranya ialah pilihan secara rawak di mana soalan dipilih dari senarai soalansoalan secara rawak. Selain itu, soalan-soalan disusun mengikut suatu susunan yang ditentukan terlebih dahulu. Dalam dapatan penilaian perisian, perisian Reken Test telah melaksanakan peranannya sebagai satu perisian latih tubi. Pemilihan soalan-soalan Matematik dalam topik-topik adalah sesuai untuk dijadikan latih tubi untuk para pelajar. Penyusunan soalan tidak mengelirukan pelajar, dengan itu aktiviti pengiraan dapat dijalankan dengan lancar. Setelah menerokai perisian Reken Test yang telah saya muat turun ini, saya boleh menilai secara keseluruhan kekuatan dan kelemahan perisian ini dari segi aspek: A. Isi kandungan B. Aspek teknikal C. Dokumentasi A. Isi kandungan: Isi Kandungan Ketepatan. Kekuatan -Jawapan amat tepat. -Komputer dapat memberi maklum balas 16 Kelemahan Pelajar tidak ditawarkan untuk menjawab semula jika telah

HBEF2303

Kesesuaian. Skop

dengan cepat. Sesuai dengan topik dan tahap 2. Skopnya luas untuk penghafalan sifir.

memberi jawapan yang salah. Tidak sesuai untuk tahap yang lebih rendah. Hanya sesuai tahap tinggi.

B. Aspek teknikal: Isi Kandungan Navigasi. Ciri Penyimpanan Rekod. Persembahan dan kualiti. Kekuatan Tidak kekeliruan. Kemudahan untuk mencetak keputusan. Teks yang mudah dibaca dengan mempunyai saiz huruf yang sesuai. C. Aspek Dokumentasi: Isi Kandungan Sokongan teknikal Kekuatan Bantuan melalui email. Kelemahan Tidak ternyata di dalam perisiann malah ternyata di Panduan pengguna Memberi latihan. dalam laman web perisian. Tiada soalan penyelesaiaan masalah diberikan. Kelemahan Warna kurang menarik. Hanya data markah dicetak. Tiada animasi ditunjukan.

Dalam penilaian perisian Reken Test ini, ia dapat dilaksanakan dengan mengambil kira tentang kriteria pemilihan perisian. Dalam membuat pemilihan perisian PPBK, saya perlu memastikan ianya memenuhi beberapa kriteria iaitu dari segi aspek isi kandungan, aspek teknikal dan aspek dokumentasi. Dengan adanya kriteria-kriteria ini, ia dapat membantu saya untuk menentukan keberkesanan perisian ini di dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya mendapati bahawa bahan pengajaran berbantukan komputer seperti penggunaan perisian Reken Test dalam sistem pembelajaran adalah berguna sebagai satu alternative selain pengajaran tradisional. Teknologi Multimedia adalah teknik untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan terutamanya pada pelajar disamping dapat memotivasikan mereka. Bahan pengajaran seperti perisian multimedia tidak boleh 17

HBEF2303

menggantikan tempat guru tetapi boleh digunakan sebagai satu cara untuk menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih baik. Kaedah pengajaran tradisional chalk dan talk perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT seperti menggunakan perisian PPBK, projector LCD, komputer dan persembahan PowerPoint.

5.0 RUJUKAN Ismail Zain (2002). Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications. TQF. (1998). Reken Test. [Online]. Available: http://www.topqualityfreeware.com/mathsed/mathsed15.html [ 2011, Julai 1 ]. H. Saridah. (2006).Keberkesanaan Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran. [Online]. Available: http://eprints.oum.edu.my/175/1/Perisian_multimedia.pdf [ 2011, Julai 1 ]. Free-Download-Center. (2010).Download Reken Test 3.0.3. [Online]. Available: http://208.109.104.107/download/rekentest-3-0-3-115033.html [2011, Julai 1]. 4x4 Software. (2010).Reken Test. [Online]. Available: http://www.4x4software.nl/english/index.html [2011, Julai 1]. 18

HBEF2303

Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001b. Pembelajaran masteri. Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001a. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Unit Komputer Dalam Pendidikan.Kementerian Pendidikan Malaysia. Ow Kam Weng. 2000. Pembelajaran tajuk sistem pengangkutan dalam manusia sains KBSMTingkatan Dua melalui laman web. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.Bangi. 6.0 LAMPIRAN 6.1 SOAL SELIDIK No. Responden

BORANG SOAL SELIDIK PERISIAN PPBK REKEN TEST


SOAL SELIDIK UNTUK MURID TAHUN 5

Tujuan soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang penggunaan perisian PPBK (Reken Test) oleh murid Tahun 5. BAHAGIAN A Sila tandakan () di petak yang berkenaan.

19

HBEF2303

A1. Nama A2. Umur A3. Jantina A4. Kaum

: ____________________________ : ____________________________ : ( ) Lelaki : ( ) Melayu ( ) Lain-lain ( ) Perempuan ( ) Cina ( ) India

A5. Tempat tinggal

( ) Bandar ( ) Ada

( ) Luar Bandar ( ) Tiada

A6. Mempunyai komputer di rumah :

Bahagian B: Sila tandakan ( ) di petak yang berkenaan. TS TP S : : : Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju

Bil B1. B2. B3. B4. B5. B6.

Soalan Saya faham bahasa yang digunakan dalam perisian ini. Saya boleh menggunakan perisian ini dengan mudah. Saya boleh membuat aktiviti yang diberikan dalam perisian ini. Saya dapati latihan dalam perisian ini membantu saya. Saya bebas memilih topik yang ingin dipelajari. Saya dapat belajar lebih baik dengan menggunakan perisian ini.

TS

TP

20

HBEF2303

B7. B8. B9. B10. B11. B12. B13. B14. B15. B16. B17. B18. B19. B20.

Saya dapati paparan perisian ini pada skrin komputer adalah jelas. Saya dapati persembahan perisian ini adalah menarik. Saya dapati saiz huruf pada perisian ini adalah mudah dibaca. Saya dapati gambar yang dipaparkan adalah menarik. Saya dapati bunyi di dalam perisian ini adalah jelas. Saya dapati ikon atau butang dalam perisian ini senang di fahami. Saya dapati warna yang digunakan dalam perisian ini adalah menarik. Saya dapati perisian ini membolehkan saya mencetak maklumat. Saya dapati setiap kali saya klik, saya mendapat maklum balas segera. Saya dapati ikon atau butang dalam perisian ini berfungsi dengan baik. Saya dapati perisian ini membolehkan saya menamatkan pelajaran pada bila-bila masa. Saya dapati perisian ini menyebabkan komputer saya selalu tergendala/tidak berfungsi. Saya dibimbing oleh guru setiap kali menggunakan perisian ini. Pengajaran guru saya lebih menarik dengan menggunakan perisian ini.

21

HBEF2303

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

6.2 CD PPBK

22

HBEF2303

6.3 - BROSUR

23

Anda mungkin juga menyukai