Anda di halaman 1dari 25

http://www.scribd.

com/doc/52590553/KKBI-PSK#download

Nuradila Mohd Jalil


Pendahuluan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan salah satu mata pelajaran yang diajarkan di sekolah rendah. Mata pelajaran ini diajar pada semua murid tahap 2 iaitu tahun empat, lima dan enam. Mata pelajaran ini mula diperkenalkan pada tahun 2005. Pada masa dahulu, mata pelajaran ini dikenali sebagai Ilmu Tatanegara. Namun, ia telah dimansuhkan dan elemen dalam mata pelajaran ini diterapkan dalam mata pelajaran Kaian Tempatan. Terdapat empat domain dalam PSK. Domain tersebut ialah sivil, politik, sosio-ekonomi dan budaya. Dalam kerja kursus ini akan menjelaskan dengan lebih jelas mengenai domain-domain ini dan perkaitannya dengan tema-tema dalam PSK. Antara tema yang digubal dalam sukatan pelajaran PSK ini ialah Sayangi Diri, Sayangi Keluarga, Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat, Kenali Budaya Malaysia, Malaysia Negaraku dan Sedia Hadapi Cabaran. Kerja kursus ini juga seterusnya akan merungkaikan mengenai perkaitan dasar-dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan dengan domain-domain ini.

1.0 1.1

Domain Sivil Konsep Kamus Dewan edisi Empat menyatakan sivil sebagai sesuatu

perkara yang berkaitan dengan orang awam atau orang biasa, berkaitan dengan rakyat sebagai orang perseorangan.

1.2

Konsep demokratik Pemerintahan demokratik merupakan satu cara yang ditekankan

dalam

ideologi

demokrasi.

Konsep

pemerintahan

demokratik

ini

menekankan pemerintahan yang mengambil segala keputusan orang ramai dan amalan autokrasi dan kuku besi sama sekali ditolak. Demokratik ini merujuk kepada segala kebebasan kepada setiap orang untuk melakukan pekerjaan seharian tanpa sekatan daripada mana-mana pihak. Oleh itu, konsep demokratik yang diamalkan ini mampu menjadikan perjalanan sesuatu institusi berjalan dengan lancar dan sempurna. Sebagai contoh, dalam sesuatu negara yang demokratik, pemilihan parti pemerintah adalah berdasarkan undi daripada rakyat. Cara pengundian ini disebut sebagai pengundian secara kolektif iaitu pengundian yang melibatkan pelbagai proses. Melalui pilihan raya, rakyat akan dapat memilih pemimpin yang diharapkan mampu untuk menentukan arah tuju negara.

1.3

Nilai asas masyarakat Nilai adalah sesuatu tanggapan yang menentukan perkara baik dan

buruk. Sekiranya sesuatu nilai memberi kesan positif kepada individu mahupun masyarakat, ia merupakan nilai-nilai murni. Sebaliknya, jika nilai itu membawa kepada sesuatu yang negatif, ia dikatakan sebagai nilai yang buruk. Nilai-nilai inilah yang merupakan asas kepada pembentukan kehidupan bermasyarakat. Nilai murni ini bersifat sejagat iaitu dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat selaras dengan budaya setiap kaum. Ia menjadi panduan kepada setiap golongan masyarakat bagi mewujudkan

kehidupan yang baaik, adil dan sejahtera.

Oleh itu, dalam menjaga

kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat ini, kita haruslah sentiasa

menjaga norma dan nilai yang dilihat dapat membentuk keteraturan hubungan antara manusia untuk membentuk integrasi yang mantap. Pembentukan nilai asas ini sebenarnya bermula dari peringkat permulaan lagi. Ia bermula dari peringkat individu, keluarga dan seterusnya masyarakat. Pembentukan masyarakat yang sejahtera

bergantung kepada individu-individu yang terlibat dalam masyarakat tersebut. Pembentukkan individu yang mampunyai nilai-nilai murni ini

dipupuk oleh ibu bapa dalam kehidupan berkeluarga. Oleh itu, penglibatan keluarga dalam pembentukkan masyarakat merupakan antara aspek yang penting. Dalam pendidikan, penerapan nilai-nilai murni ini merupakan antara perkara yang terdapat bagi setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah. Oleh itu, sudah terbukti bahawa nilai-nilai murni ini merupakan perkara yang menjadi penekanan dalam membentuk masyarakat yang baik. Dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, terdapat satu tema yang telah digubal yang mempunyai kaitan dengan kemasyarakatan ini. Tema tersebut ialah Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat. Tema ini menghuraikan aspek interaksi dan komunikasi dalam komuniti sekolah, semangat kejiranan, tanggungjawab individu terhadap alam sekitar dan peranan agensi tempatan dalam memastikan kesejahteraan hidup bermasyarakat.

1.4

Kebebasan bersuara Dalam Islam, manusia adalah berhak untuk bersuara bagi

menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Kebebasan bersuara adalah dibenarkan selagi tidak meyalahi syariat seperti yang ditetapkan dalam Islam.

Dalam pemerintahan Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Khalifah Umar al-Khatab, beliau amat menekankan mengenai kebebasan bersuara ini. Bagi beliau, setiap rakyat berhak untuk bersuara, jika kena pada tempat dan masanya. Sebagai contoh, semasa beliau

menyampaikan ucapan dan amanatnya semasa dilantik menjadi khalifah, tiba-tiba bangkit seseorang daripada hadirin dan berkata, Wahai Umar, apabila engkau melakukan kemungkaran, kami akan perbetulkan engkau dengan mata pedang kami, ujarnya dengan penuh berani. Berikutan dengan peristiwa itu, Khalifah Umar langsung tidak marah dan menghukum orang itu, namun hanya mengiyakan kata-kata amaran itu. Berdasarkan polisi yang telah dibuat inilah, pemerintahan pada zaman Khalifah Umar adalah merupakan era perkembangan Islam yang pesat sekali. Di Malaysia, kebebasan bersuara juga dibenarkan. Namun ianya tidak membenarkan rakyat melaksanakan kebebasan besuara yang berunsur hasutan dan tidak mempunyai kebenaran. Kebebasan bersuara ini boleh dilakukan dalam bentuk ceramah, tulisan dan blog. Namun, sebarang bentuk hasutan terhadap kerajaan amatlah dilarang.

Rasionalnya adalah untuk menghalang daripada berlakunya perpecahan rakyat yang mengundang kepada ketidakstabilan politik negara. Namun, setiap ceramah yang berbentuk perhimpunan tidak boleh diadakan sewenangnya. Ia hendaklah mendapatkan izin dan permit daripada pihak polis dan hendaklah memastikan perjalanan perhimpunan tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang fahaman berbaur hasutan dan fitnah. Jika perkara tersebut berlaku, kerajaan berhak untuk mengenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan pihak yang menyalahgunakan kebebasan bersuara untuk ditahan di bawah akta tersebut. Oleh itu, semua pihak adalah bertanggungjawab dalam

memastikan kebebasan yang diberikan ini digunakan ke arah menbawa


4

manfaat kepada masyarakat dan negara. Untuk mencapai hasrat ini terpulanglah kepada semua warga masyarakat untuk menunaikan tanggungjawab dan adalah di luar upaya undang-undang untuk memaksa penghayatan terhadap tanggungjawab tersebut.

2.0 2.1

Domain politik Konsep politik Dari segi bahasa, menurut orang Athen, politik berasal daripada

perkataan polish yang bermaksud bandar. Bagi orang Athens, dunia ini adalah wilayah mereka sahaja. Plato (427-347 S.M) dan Aristotle (384322 S.M) adalah orang yang terawal yang menggunakan istilah politik dalam buku mereka iaitu Politea dan Politica. Dalam bahasa Arab pula, politik dikenali sebagai siasah. Kamus alMunjid menyatakan bahawa siasah ialah mengendalikan urusan negara, memperbaiki keadaan dan urusan manusia serta mentadbir urusan sesebuah negeri. Manakala menurut kamus al-Mujam al-Arabi al-Asasi, siasah ialah menguasai tampuk pemerintahan dan menguruskan urusan manusia. Menurut Ahmad Atory Hussain (1998:1) dalam bukunya berjudul Dari Berantakan Menuju Pembangunan Politik Melayu 1990 2000, politik ialah berhubung dengan pemerintahan, cara-cara memperoleh kuasa dalam semua organisasi manusia yang formal dan tidak formal dalam sesebuah masyarakat kampung, negeri, negara atau antarabangsa. J.K Bluntschli dalam bukunya Theory of the State telah

menyatakan definisi politik seperti berikut: The sience which is concerned with the state, which endeavours to understand and comprehend
5

the

state

in

its

conditions, in it essential nature, its various form or manifestation, development. Sementara itu, H.D Lasswell & A. Kaplan (1950) mengertikan politik sebagai : Political science is concerned with power in general, with all the forms in it occurs. Berdasarkan definisi yang telah dinyatakan, dapatlah dibuat kesimpulan pentadbiran bahasa negara politik dan adalah aktiviti yang melibatkan soal dan its

persaingan

untuk

mempertahan

mendapatkan kuasa. Ia juga turut melibatkan organisasi yang telibat dalam memimpin sesuatu kawasan iaitu daripada peringkat kempung sehinggalah ke peringkat antarabagsa.

2.2

Hak untuk mengundi Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, setiap

warganegara Malaysia berkelayakan untuk mengundi jika telah mencapai umur 21 tahun. Selain itu, hendaklah bermastautin dalam dalam suatu bahagian pilihanraya tersebut dan seterusnya haruslah mendaftar untuk menjadi pengundi di seseatu kawasan tersebut. Jika syarat ini dapat dipenuhi, maka warganegara tersebut layak untuk mengundi dalam sesuatu pilihanraya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negeri di kawasan yang telah didaftarkan. Oleh itu, perlembagaan telah menetapkan bahawa Pilihan Raya Umum akan diadakan setiap 5 tahun. Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakilwakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil

bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya. Untuk memastikan perjalanan bagi setiap pilihan raya umum berjalan dengan lancar, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah ditubuhkan. SPR merupakan sebuah badan yang diamanahkan untuk menyelia, mengelola dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia. Keanggotaan SPR terdiri daripada pengerusi, timbalan pengerusi dan lima orang ahli. Kesemua anggota SPR ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja. Kebanyakan negara di dunia telah lama menggunakan konsep pilihan raya bagi memilih pemimpin mereka. Perkara ini berlaku susulan ideologi demokrasi yang menjadi teras kepada pilihan raya ini. Hal ini memberikan hak kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang difikirkan mampu menjaga hak dan masa depan mereka. Sebagai contoh, pilihanraya di Amerika Syarikat telah dibuat dengan memilih presiden negara tersebut. Dalam pilihan raya tersebut, rakyat dapat memilih presiden mereka setiap 4 tahun. Tempoh 4 tahun tersebut disebut sebagai satu penggal. Suatu masa dahulu, negara ini hanya memberikan hak kepada warganegara lelaki yang membayar cukai sahaja. Golongan wanita dan golongan miskin terkecuali dalam pilihan raya. Namun, pada tahun 1856, hak mengundi tersebut telah dilonggarkan dan membenarkan warganegara yang dewasa untuk turut mengundi tidak mengira status, jantina dan harta. Hal ini seterusnya membolehkan setiap warganegara untk mengundi dalam pilihan raya di negara mereka tanpa diskriminasi daripada pelbagai sudut dan aspek. Di Malaysia pula, hak mengundi ini dibuka kepada setiap warganegara Malaysia yang telah mencapai usia 21 tahun. Pada usia ini, rakyat Malaysia diberikan hak untuk mengundi calon yang difikirkan sesuai dan layak untuk memimpin mereka. Namun, pada masa kini ramai remaja masih kurang kesedaran untuk menjalankan tanggungjawab
7

mereka. Bagi mereka, mengundi merupakan perkara yang tidak penting kerana merasakan satu undi dari mereka tidak akan menjejaskan keputusan pilihan raya. Hakikatnya, satu undi tersebut mampu

menentukan pemenang bagi sesuatu pilihan raya. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan bagi menggalakkan para remaja ini mendaftar untuk menjadi pengundi. Sebagai contoh, SPR telah

mengadakan Hari Bertemu Pelanggan di Karnival Jom Heboh yang dianjurkan oleh TV3. Melalui kerjasama dengan TV3 ini, SPR mampu menarik golongan yang belum mendaftar tersebut untuk mendaftar semasa karnival ini dijalankan. Kesedaran mengenai hak mengundi ini akan menjadi berkesan jika diterapkan dari awal lagi. Pendidikan pada zaman sekolah rendah mengenai pilihan raya amat penting agar rakyat Malaysia menyedari kepentingan dan tanggungjawab dalam mengundi ini. Dengan ini, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) telah dijadikan sebagai matapelajaran di sekolah rendah dan sekolah menengah bagi mendidik kanak-kanak tentang hak mereka untuk mengundi. Antara matlamat matapelajaran ini diajar ialah memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia. Terdapat juga tema dalam sukatan pelajaran PSK ini yang berkaitan dengan hal ini. Tema tersebut ialah Malaysia Negaraku. Tema ini menekankan mengenai Malaysia,kepemimpinan negara identiti negara, sistem kerajaan dan tanggungjawab rakyat untuk

mengekalkan kemerdekaan negara.

2.3

Penglibatan dalam politik

Politik merupakan satu kegiatan manusia yang telah lama diwujudkan. Hal ini kerana setiap golongan masyarakat perlukan organisasi untuk menggerakkan komuniti mereka. Oleh itu, telah dilantik seorang ketua bagi menjadi pemimpin mereka. Dengan ini, lahirlah gelaran seperti raja, sultan, khalifah, maharaja dan sebagainya bagi menggambarkan kedudukan pemimpin yang terletak pada aras yang tertinggi. Dalam sejarah Islam, perkembangan politik ini mula berkembang sejak penghijrahan Nabi Muhammad ke Madinah. Sebagai pemimpin Madinah, baginda telah memperkenalkan Piagam Madinah. Piagam Madinah ini menjadi asas kepada pembentukkan Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku dan agama. Menurut piagam ini, setiap rakyat mempunyai hak yang sama rata walaupun mereka berlainan jantina, agama dan bangsa. Hal ini dapat membantu kepada kestabilan politik sesebuah negara jika terdapat pegangan dan asas yang baik. Amalan demokrasi dalam pengamalan politik telah tersebar luas di seluruh pelusuk dunia. Demokrasi dalam politik telah memberikan hak yang sama rata bagi penduduk di sesebuah negara. Oleh itu, pelbagai pihak telah bertungkus-lumus mengorbankan masa, wang dan tenaga mereka bagi menjamin hak mereka sebagai warganegara sentiasa dijaga oleh pihak pemerintah. Dengan itu, penglibatan dalam politik amatlah penting agar setiap keperluan dapat dipenuhi. Di Malaysia, terdapat 30 parti politik yang telah mendaftar dengan SPR. 30 parti ini merangkumi parti pembangkang dan parti yang memerintah. Parti pemerintah merupakan Barisan Nasional yang terdiri daripada pelbagai parti komponen yang mewakili kaum-kaum di Malaysia. Antara parti utamanya ialah UMNO, MIC dan MCA. Bagi parti pembangkang pula, ia telah menubuhkan satu pakatan iaitu Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP. Barisan kerajaan ini diketuai oleh Dato Sri Najib bin Tun Abdul Razak daripada UMNO manakala barisan pembangkang pula diketuai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada PKR. Parti-parti politik ini wujud melalui semangat untuk
9

membela kaum masing-masing. Sebagai contoh UMNO diwujudkan bagi membela nasib kaum Melayu sekaligus mewakili kaum melayu. MIC pula bagi orang India dan begitu juga parti MCA untuk membela kaum Cina di negara ini. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa kewujudan parti politik di Malaysia bertujuan untuk membela nasib kaum masing-masing agar hak mereka tidak ditindas oleh kaum majoriti.

3.0 3.1

Domain sosio-ekonomi Konsep Sosio-ekonomi bermaksud sesuatu yang melibatkan masyarakat,

ekonomi atau kedua-duanya. Selain itu, sosio-ekonomi mesti mempunyai unsur-unsur ekonomi dan sosial (Hugo F. Reading, 1976). Kamus Dewan Edisi Ketiga menyatakan sosio-ekonomi dimaksudkan sebagai sesuatu yang berkaitan dengan masyarakat dan ekonomi yang melibatkan unsurunsur atau faktor-faktor yang berhubung dengan kemasyarakatan dan ekonomi.

3.2

Hak untuk keselamatan sosial Di Malaysia, kerajaan telah mengadakan beberapa peraturan yang

dimaktubkan dalam satu akta yang bertujuan untuk menjaga keselamatan para pekerja. Akta tersebut ialah Akta Keselamatan Sosial 1969. Akta ini membincangkan mengenai beberapa peraturan seperti Peraturan-

peraturan Keselamatan Sosial. Peraturan ini ditetapkan bagi memastikan pekerja yang mendapat kemalangan mendapat pappasan yang setimpal. Tujuan akta ini digubal adalah untuk memastikan setiap pekerja dapat bekerja dalam keadaan yang selamat dan sihat. Adalah menjadi kewajipan majikan untuk memastikan tempat kerja berada dalam keadaan yang selamat agat pekerjaan tidak terdedah kepada risiko kecederaan
10

yang serius mahupun kematian. Oleh yang demikian, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan bagi mentadbir skim keselamatan sosial dan memberikan perlindungan kepada para pekerja jika terjadinya sesuatu perkara di juar jangkaan seperti kemalangan dan kematian.

3.3

Hak untuk bekerja Setiap manusia perlu bekerja untuk mendapatkan rezeki. Tanpa

kerja, maka keperluan hidup seseorang itu pasti tidak akan terjaga. Oleh itu, amatlah penting bagi seseorang itu untuk bekerja dan seterusnya menggunakan rezeki tersebut untuk menyara hidup masing-masing. Pada masa kini, pelbagai peluang pekerjaan telah disediakan bagi memenuhi tuntutan dunia alaf baru ini. Tenaga kerja yang berkualiti amatlah penting bagi menjamin produktiviti yang cemerlang. Bagi memperoleh tenaga kerja yang berkualiti, kemahiran tersebut haruslah diperoleh melalui pendidikan pada peringkat sekolah dan pengajian tinggi. Oleh itu, amatlah berhak bagi sesiapa sahaja untuk memperoleh pekerjaan yang setaraf dengan pekerjaan mereka. Hal ini tidak mengira jantina, kaum mahupun agama. Sesiapa sahaja yang berkelayakan pasti akan mendapat peluang tersebut. Diskriminasi tidak akan terjadi kerana ia merupakan hak yang telah ditetapkan. Hal ini disebut dalam perisytiharan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 10 Disember 1948. Perisytiharan ini yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Dalam perkara 23 perisytiharan ini telah menetapkan hak untuk setiap orang untuk memperoleh pekerjaan tanpa berlakunya diskriminasi. Namun di Malaysia, walaupun mempunyai ramai tenaga kerja yang berkelayakan, namun peluang pekerjaan yang semakin berkurangan menyebabkan berlakunya pengangguran. Statistik daripada Jabatan
11

Perangkaan Malaysia menyatakan bahawa terdapat lebih daripada 391 000 orang mengganggur pada Disember 2010. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat sebilangan siswazah yang masih menganggur kerana tidak terdapat kekosongan mahupun tidak berminat pada peluang pekerjaan yang diberikan. Namun menurut perangkaan ini juga, lebih daripada 11 668 000 orang tenaga kerja yang bekerja dalam pelbagai sektor di Malaysia. Kadar penggangguran tersebut hanyalah 3.2 peratus daripada tanaga buruh yang terdapat di Malaysia. Hal ini menunjukkan bahawa tidak berlakunya sekatan dalam pengambilan pekerja oleh sektor awam dan sektor swasta. Oleh itu, setiap warganegara berhak untuk memperoleh pekerjaan jika mereka berkelayakan dalam bidang yang ingin diceburi.

3.4

Hak pengguna Amerika Syarikat sebagai sebuah negara contoh dari segi

perjuangan penggunaan menyaksikan kepenggunaan yang melalui zamannya tersendiri yang terbahagi kepada tiga era. Era pertama yabg bermula pada 1900 tertumpu kepada rungutan tentang sistem perbankan, ketulenan produk, kadar pos dan kekurangan bekalan. Isu-isu yang dibangkitkan pada era kedua ialah tentang keselamatan produk, kegagalan bank, perlabelan, pencapaian piawai, persembahan yang mengelirukan, manipulasi stok, iklan tidak benar serta kredit dan pembayaran balik kepada pengguna. Era ketiga pula adalah berkaitan dengan mengkritik barangan pengguna yang tidak selamat. Perjuangan ini telah dipelopori oleh Ralph Nader. Hak ini menunjukkan bahawa kepenggunaan ini telah lama wujud di peringkat antarabangsa dan menjadikan kepenggunaan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan seharian kita.

12

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, terdapat lapan hak yang perlu diketahui dan difahami oleh para pengguna demi untuk menjadi pengguna yang mampu bertindak dengan bijaksana dan betanggungjawab. Antara hak tersebut ialah hak untuk mendapatkan keperluan asas, hak untuk mendapatkan keselamatan, hak untuk mendapatkan maklumat, hak untuk membuat pilihan, hak untuk bersuara, hak untuk mendapatkan ganti rugi, hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna dan hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat. Menjaga hak pengguna ini adalah penting bagi mengelakkan pengguna mudah ditipu oleh pihak pengeluar. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan oleh para peniaga. Hak pengguna ini juga dapat menjadikan pengguna sentiasa berpengetahuan dan bermaklumat mengenai dunia

kepenggunaan ini. Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh pengguna di Malaysia ialah berkenaan kepenggunaan produk yang selamat tidak diperoleh secara statistik. Terdapat dua faktor yang menjadi kemungkinan perkara ini terjadi. Faktor pertama ialah kerana sikap orang kita yang meletakkan suatu malapetaka itu sebagai takdir dan kemalangan itu terjadi kerana sudah disuratkan terjadi begitu. Faktor kedua ialah mungkin kerana tiada sokongan yang kuat dari segi perundangan dan penguatkuasaan terhadap perlindungan dan juga pampasan. Oleh itu, sudah menjadi keperluan bagi setiap warganegara Malaysia untuk bangkit bagi mendapatkan hak mereka sebagai pengguna.

4.0 4.1

Domain budaya Konsep Menurut Abdul Rahim bin Abdul Rashid dalam bukunya yang

berrtajuk Hala Tuju Pengurusan: Sumber Manusia dan Kerjaya, budaya


13

ditakrifkan

sebagai

cara

hidup

sesebuah

kelompok

sosial

yang

dikategorikan sebagai organisasi, kaum, bangsa malah negara. Dari segi bahasanya, perkataan budaya ini lahir daripada perkataan Sanskrit buddhayah yang bermaksud budi dan akal manakala istilah culture dalam bahasa Inggeris merupakan perkataan Latin colere yang membawa makna mengolah dan mengerjakan. Robert Bierstedt dalam bukunya Social Order menerangkan bahawa budaya ialah kesemua yang kita fikir, yang kita buat, dan yang kita miliki sebagai ahli dalam masyarakat. Piddington pula dalam bukunya yang bertajuk An Introduction to Social Antropology menafsirkan budaya sebagai satu himpunan

kelengkapan intelek dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan persekitaran.

4.2

Kepelbagaian budaya dalam masyarakat Masyarakat Malaysia menjadi unik dengan wujudnya kepelbagaian

kaum yang membentuk satu negara yang maju. Tidak berlaku konklik mahupun masalah bagi setiap kaum dan agama walaupun mereka terletak dalam satu lingkungan kawasan yang sama. Berikut merupkan statistik yang diperoleh berdasarkan banci yang dijalankan pada pertengahan tahun 2010.
Bumiputer a lain Lainlain 347,6 9 Bukan warganegar a 2,123,830 28,908,79 5 Jumlah

Kaum

Melayu

Cina

India

Bilanga n

14,749,37 8

6,520,55 9

1,969,34 3

3,197,993

Sumber: Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Malaysia

14

Berdasarkan statistik yang telah dibuat, dapatlah dikenalpasti bahawa penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Kaum Melayu merupakan kaum majoriti yang juga merupakan penduduk asal yang berasal dari Kepulauan Melayu. Terdapat juga penduduk asal lain yang terdapat di Malaysia seperti kaum Iban, Melanau, Bidayuh, Kenyah, Bajau, Kadazan, Dusun dan lain-lain. Mereka merupakan kaum bumiputera lain selain daripada kaum Melayu. Kaum India dan Cina merupakan antara kaum bukan bumiputera di Malaysia. Kaum ini dahulunya merupakan golongan imigran yang datang dari Tanah Besar China dan India untuk mencari rezeki di Tanah Melayu semasa zaman penjajahan British dahulu. Semasa kemerdekaan, mereka diiktiraf sebagai warganegara Malaysia kerana telah lama bermastautin dan telah bersumpah untuk taat setia kepada pemerintah Malaysia. Selain itu, terdapat juga warganegara asing yang menetap sementara di Malaysia sama ada untuk bekerja ataupun belajar. Walaupun mereka bukan warganegara Malaysia, namun mereka tetap diberikan layanan yang baik oleh warganegara Malaysia. Inilah keunikan budaya Malaysia yang dapat menerima budaya yang pelbagai daripada pelbagai kaum.

4.3

Keterbukaan dalam menerima budaya lain Dengan kepelbagaian etnik dan kaum yang terdapat di

Malaysia,amatlah penting bagi setiap etnik dan kaum agar dapat terbuka dalam menerima budaya etnik dan kaum lain. Pada amnya, terdapat beberapa aspek penting yang harus ditekankan oleh setiap masyarakat berdasarkan keterbukaan dalam menerima budaya lain ini iaitu dari konteks makanan, bahasa, pakaian dan agama kaum masing-masing. Dari segi makanan, masyarakat di Malaysia amat kreatif dalam menghasilkan pelbagai masakan yang mampu menarik minat mesyarakat di Malaysia. Hal ini kerana makanan yang dihasilkan tersebut menepati
15

selera masyarakat Asia amnya dan masyarakat di Malaysia khasnya. Seperti yang diketahui, terdapat juga makanan masyarakat Melayu yang mendapat tempat dalam kalangan kaum bukan Melayu. Makanan tersebut ialah nasi lemak. Hidangan ini menjadi tarikan setiap masyarakat Malaysia terutamanya semasa menghadapi hidangan sarapan pagi. Selain itu, cucur juga merupakan antara makanan yang digemari oleh kebanyakkan warganegara Malaysia untuk hidangan minum petang mereka. Bukan sahaja masakan masyarakat Melayu sahaja yang diterima oleh kaumkaum lain. Malahan makanan masyarakat Cina juga turut menjadi sajian utama bagi kaum-kaum di Malaysia. Contohnya seperti kuih bulan, kuih bakul dan pulut nasi. Makanan-makanan ini turut menjadi menu utama bagi masyarakat di Malaysia. Setiap warganegara Malaysia telah mengiktiraf bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Malaysia. Namun, ia tidak menghalang kaum lain untuk menggunakan bahasa ibunda masingmasing dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, perasaan

keterbukaan itu amat penting agar setiap kaum dapat menerima bahasa kaum yang lain. Malahan terdapat juga rakyat Malaysia yang mampu untuk bertutur dalam banyak bahasa. Hal ini terjadi melalui pergaulan dengan kaum yang menggunakan bahasa yang lain. Ini membolehkan seseorang itu memahami bahasa tersebut sekaligus menggunakannya untuk komunikasi seharian. Pakaian juga merupakan salah satu identiti bagi setiap kaum. Bagi kaum Melayu, pakaian tradisional mereka ialah baju kurung dan baju Melayu. Bagi kaum Cina pula, pakaia mereka ialah Cheongsam dan Sam Fu manakala pakaian bagi masyarakat India ialah Sari, serban, kurta, dhoti dan sarung. Pada masa kini, kita dapat melihat bahawa terdapat juga kaum Cina yang menggunakan baju melayu untuk dijadikan pakaian formal pada hari Jumaat. Malahan baju kurung turut menjadi pilihan utama setiap warganegara Malaysia untuk bekerja. Begitu juga dengan pakaian
16

bagi etnik-etnik di Sabah dan Sarawak. Masyarakat Malaysia harus menerima segala bentuk pakaian tradisional di Malaysia kerana pakaian tersebut membentuk budaya setiap kaum itu. Aspek terakhir dalam keterbukaan dalam menerima budaya lain ialah dari segi agama. Setiap kaum mempunyai pengangan masingmasing. Contohnya masyarakat melayu kebanyakkan beragama Islam. Cina pula beragama Buddha, India pula beragama Hindu dan masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak kebanyakannya beragama Kristian. Oleh yang demikian, setiap kaum haruslah menerima secara terbuka kepelbagaian agama dan pegangan rakyat di Malaysia. Sebagai contoh, kaum bukan Islam dapat merayakan hari raya bersama kaum Melayu. Begitu juga dengan sambutan Hari Krismas. Tiada sekatan dibuat bagi semua pihak untuk meraikan perayaan tersebut malahan kerajaan turut menganjurkan majlis ramah-tamah bagi meraikan perayaan tersebut.

4.4

Kesedaran tentang warisan budaya Bagi memberikan kesedaran tentang warisan budaya, pelbagai

usaha telah dilakukan daripada peringkat dunia dan negara. Sebagai contoh, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menubuhkan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization

(UNESCO) yang bertujuan untuk memelihara kebudayaan dan warisan berharga yang terdapat di dunia. Antaranya seperti monumen, artifak dan karya-karya agung yang pernah dihasilkan. Pemeliharaan ini dibuat bagi memberi peluang kepada generasi akan datang untuk melihat dengan lebih dekat warisan tinggalan nenek moyang mereka dahulu. Penubuhan UNESCO dilihat amat relevan berikutan dengan arus kemodenan yang melanda pada masa kini. Peranan UNESCO ini memberikan kesedaran kepada umat dunia untuk menjaga warisan budaya yang menjadi asas kepada kewujudan dunia ini suatu masa dahulu.
17

Di Malaysia, kesedaran tentang warisan ini banyak diterapkan melalui pertubuhan-pertubuhan tertentu dan melalui pendidikan.

Kesedaran tentang menjaga warisan ini dijalankan oleh kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh kementerian ini terutamanya dalam menjalankan pameran, ceramah, bengkel-bengkel dan pertandingan. Kesedaran di peringkat sekolah pula lebih banyak diterapkan dalam matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Hal ini dapat dilihat melalui tema Kenali Budaya Malaysia. Tema ini menghuraikan kepelbagaian warisan budaya masyarakat dan tanggungjawab individu untuk mengekalkan dan

menghargai warisan budaya negara. Tema ini memberikan pengetahuan kepada para pelajar tentang kepelbagaian warisan dan tanggungjawab mereka untuk memeliharan budaya dan warisan tersebut.

5.0 5.1

Hubung kait dasar-dasar dengan domain PSK Pelan Integriti Nasional Pelan Integriti Nasional telah dilancarkan oleh Perdana Menteri

Malaysia Ke-5 pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 23 April 2004. Ia dilancarkan selaras dengan cabaran keempat yang terkandung dalam Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Rancangan ini dilancarkan oleh kerajaan Malaysia untuk memupuk nilai dan budaya beretika dalam seluruh lapisan masyarakat di Malaysia. Antara kepentingan pelan ini adalah untuk mewujudkan kualiti dalam sesuatu institusi dan mana-mana organisasi dalam menganjurkan dan merancangkan apa jua program. Hal ini seterusnya memastikan matlamat sesuatu program itu dapat dicapai dengan jayanya. Hal ini
18

kerana budaya yang beretika mampu menjadikan sesuatu rancangan berjalan dengan lancar dengan kewujudan mutu kerja yang berkualiti selaras dengan Pelan Integriti Nasional tersebut. Pelan ini membolehkan kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan integriti masyarakat. Sebelum ini telah terdapat pelbagai usaha yang dilakukan, tetapi didapati usaha-usaha ini tidak tekal dan tidak menyeluruh dan hasilnya sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan terutamanya dalam usaha mewujudkan sinergi semua sektor. Ini mungkin disebabkan terdapat halangan-halangan seperti sikap individu, atau kepimpinan sesebuah serta organisasi, dan sistem budaya

penyampaian

karenah

birokrasi,

disiplin

masyarakat itu sendiri dalam melaksanakan satu-satu program. Pelan ini mempunyai hubungkait dengan salah satu domain dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Domain tersebut ialah domain sivil. Hal ini kerana ia mempunyai kaitan dengan norma-norma kehidupan dan mempunyai kaitan dengan nilai-nilai dalam kehidupan bermasyarakat. Pengajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah banyak memberikan pengetahuan kepada murid untuk menjadi warga yang beretika dan bertanggungjawab.

5.2

Dasar Ekonomi Baru Tujuan utama DEB pada dasarnya adalah untuk menjamin hasil

daripada pembangunan negara seterusnya akan sampai kepada seluruh warganegara dengan saksama, bukan secara pembahagian songsang yang merupakan akibat daripada dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh penjajah. Penggubalan dasar ini juga kesan daripada tragedi Mei 1969 akibat daripada perasaan isi hati dan tidak puas hati sesama kaum di Malaysia pada masa itu. Jadi, telah digubal dasar ini bagi memberikan lebih banyak peluang
19

kepada

orang

Melayu

untuk

menceburkan diri dalam kegiatan ekonomi seterusnya membawa kepada kemajuan ekonomi di Malaysia. Domain sosio-ekonomi yang terdapat dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan mempunyai kaitan rapat dengan dasar ini. Hal ini kerana ia mempunyai hubungan dengan ekonomi dan juga masyarakata setempat. Ia menyatakan bagaimana masyarakat bekerja dalam satu kelompok dan apakah tujuan untuk mereka bekerja dan mencari rezeki. Hal ini akan mendedahkan kepada para murid tentang kepentingan kegiatan ekonomi amat berkait rapat dengan hubungan dalam masyarakat.

5.3

Dasar Sosial Negara Dasar Sosial Negara adalah satu dasar pembangunan sosial yang

berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap. Dasar ini dilaksanakan bagi memberikan kesamarataan hak bagi setiap warganegara di Malaysia. Semua warganegara haruslah dilayan dengan adil dan saksama agar tidak ada sesiapa pun yang tertinggal dan mundur dalam arus kemodenan masa kini. Oleh itu, pelbagai sumbangan dapat diperoleh daripada pelbagai etnik di Malaysia. Walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa yang berlainan, namun mereka akan dapat memberikan sumbangan mereka melalui dasar sosial yang lebih terbuka ini. Hal ini seterusnya mendorong mereka untuk menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat dan melibatkan diri dengan masyarakat berbilang kaum.

5.4

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

20

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Hal ini kerana, pada zaman moden ini, sebahagian warganegara Malaysia tidak menghayati dan mengamalkan budaya di Malaysia yang bersifat lebih ketimuran. Perkara ini terjadi kerana generasi kini lebih terdedah kepada budaya negatif yang disebarkan melalui pelbagai sumber. Oleh itu, penggubalan dasar ini amat penting bagi membolehkan masyarakat di Malaysia mengamalkan budaya yang bermoral tinggi untuk membentuk masyarakat yang harmoni. Pelbagai usaha juga telah dilaksanakan dan dirancang oleh kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan seperti penyelidikan, pendidikan dan penggalakkan kearah kemajuan dan perkembangan kubudayaan kebangsaan. Penggubalan dasar ini mempunyai kaitan yang ketara berdasarkan domain dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Domain tersebut ialah domain budaya. Hal ini kerana ia mengajar murid-murid mengenai kepelbagaian budaya di Malaysia, keterbukaan dalam menerima budaya lain dan yang paling utama sekali, cara untuk menjaga warisan dan budaya yang sekian lama bertapak di Malaysia.

6.0

Rumusan Secara keseluruhannya, dapatlah didapati bahawa setiap domain

yang terkandung dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan adalah bertepatan dengan wawasan kerajaan untuk menyediakan generasi masa depan dengan modal insan minda kelas pertama. Melalui penerapan empat domain ini, maka dapatlah dilihat bahawa murid akan mampu untuk mengetahui pelbagai maklumat dan pengetahuan contohnya dari segi
21

sistem politik negara, amalan demokrasi yang dilaksanakan di Malaysia, isu-isu semasa, warisan, budaya dan kepelbagaian kaum di Malaysia. Pengajaran PSK yang berdasarkan 4 domain ini akan dapat memberikan impak yang baik ke arah pembentukkan generasi yang patriotik dan bersemangat nasionalisme. Pendedahan mengenai domain politik pada peringkat awal kanak-kanak dilihat mampu melahirkan modal insan yang mengambil tahu akan institusi politik di negara mahupun di luar negara. Pengetahuan mengenai hal ini akan membuatkan mereka peka akan hal-hal yang terjadi di dalam dan luar negara. Pendedahan mengenai domain sivil pula akan menjadikan murid menjadi generasi

yang beretika dan mempunyai nilai dan harga diri yang tinggi. Hal ini akan menyedarkan mereka akan bahaya dan padah yang dihadapi jika mereka mengamalkan budaya rasuah yang dilihat ibarat barah dalam kalangan masyarakat Malaysia kini. Bagi domain sosio-ekonomi pula, ia mendedahkan kepada murid tentang aktiviti ekonomi yang dijalankan di Malaysia sejak dari dahulu kala lagi. Pengetahuan mengenai domain ini dilihat mampu menjadikan murid itu kedudukan sebenar ekonomi di Malaysia dan peranan masyarakat dalam menjayakan kegiatan ekonomi tersebut. Untuk domain budaya pula, amatlah penting bagi setiap generasi baru untuk mengetahui dan menghayati budaya di Malaysia. Pemuliharaan budaya dan warisan ini amat penting kerana ia merupakan salah satu identiti bangsa Malaysia yang telah dipupuk sekian lama dahulu.

7.0

Refleksi Setelah melalui keseluruhan proses untuk menyiapkan kerja kursus

ini, saya mendapati bahawa bahan rajukan untuk kerja kursus ini mudah untuk didapati sama asa melalui buku dan internet. Melalui kepelbagaian rujukan ini, saya dengan mudah dapat membuat penjelasan mengenai
22

domain-domain dalam PSK dan mengaitkannya dengan dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan. Namun, terdapat juga halangan dan dugaan dalam melakukan kerja ini kerana kurang maklumat mengenai sesuatu konsep berkenaan domain tersebut. Namun, semua kekurangan ini dapat dihadapi setelah saya membuat pembacaan dan kajian yang lebih mendalam melalui rujukan-rujukan yang didapati di internet dan buku rujukan yang didapati di pusat sumber.

23

8.0

Bibliografi

Abdul Rahim Abdul Rashid. (2006). Agenda Perubahan: Pengurusan Sumber Manusia dan Kerjaya. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Rahim Abdul Rashid. (2007). Hala Tuju Pengurusan: Sumber Manusia dan Kerjaya. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Adnan Baharom (et al). (2011). Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Ismail Yusoff (2001). Pengenalan Sains Sosial. Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Kamaros Zaman Mohd. Affendi (et al). (2007). Focus Super Hot PMR: Kemahiran Hidup Bersepadu (Pilihan Perdagangan dan Keusahawanan). Johor: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd. Khoo Boon Chong. (2007). Focus Super Hot SPM: Ekonomi Asas. Johor: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd. Lembaga Penyelidik Undang-undang (2010). Perlembagaan Persekutuan (hingga 15 November 2010). Selangor: International Law Book Services. Mohd. Liki Hamid. (2008). Pengajian Tamadun Islam Edisi Ke-2. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaludin (2004). Dasar Ekonomi Baru: Intipati. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Najeemah Md. Yusof (2006). Konsep Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Pandian, Sivamurugan (et al). (2007). Abdullah Ahmad Badawi: 3 Tahun di Putrajaya. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Sharifah Alwiah Alsagoff (1985). Sosiologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann. Wan Sabri Wan Hussin. (2004). Etika dan Amalan Perniagaan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Zulkiple Abdul Ghani (et al). (2005). Dakwah dan Etika Politik di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

24

10.0

Lampiran

25

Anda mungkin juga menyukai