Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM TUGASAN PROJEK / KERJA KURSUS TAJUK PROGRAM: PPG KOHORT

1 (Ambilan Jun 2011) TAJUK KURSUS : PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK (Elektif) TARIKH MULA 9 MAC 2013 SEMESTER : 4 NAMA GURU PELATIH:

TARIKH HANTAR

13 APRIL 2013

Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Menghasilkan rancangan pengajaran harian matematik yang teratur mengikut format yang betul 2. Memilih pelbagai kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran matematik. 3. Mengaplikasikan teori dan idea pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Projek ini adalah untuk menilai hasil pembelajaran 1, 2 dan 3 Objektif Projek: Pada akhir projek ini, pelajar akan dapat : 1. 2. 3. 4. mencari dan memilih bahan bacaan yang relevan dan merumuskannya menggunakan sebarang pengurusan grafik yang sesuai. menyediakan rancangan pengajaran harian bagi sebarang topik Matematik KBSR atau KSSR. melaksana dan merakamkan pengajaran di sekolah mengikut perancangan yang dibuat. membuat refleksi terhadap pengajaran tersebut dan memberi cadangan penambahbaikan

Tugasan Projek (100%) Merancang satu rancangan pengajaran yang berkesan adalah suatu keperluan yang dapat membantu seseorang guru memberikan kefahaman kepada murid pada tahap yang optimum. Sebagai seorang guru, anda diharapkan dapat menguasai kemahiran menggunakan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan tahap kebolehan murid. Dalam projek ini, anda dikehendaki memahamkan satu teknik pengajaran. Kemudian anda dikehendaki memilih mana-mana kemahiran dalam Matematik KBSR atau KSSR yang sesuai menggunakan teknik tersebut. Tuliskan rancangan pengajaran harian dengan mengaplikasikan teknik yang dipilih dari bahan bacaan tersebut. Laksanakan perancangan anda dan rakamkan pengajaran anda. Anda dikehendaki membuat refleksi ke atas pengajaran anda itu.

Perincian maklumat untuk tugasan Bagi menyempurnakan tugasan ini, anda dikehendaki bekerja secara berpasangan. Berikut adalah senarai tugasan yang perlu anda laksanakan:

i. Cari satu bahan bacaan dari pelbagai sumber tentang mana-mana kaedah/teknik
pengajaran yang relevan untuk pengajaran matematik. Fotostat/cetak bahan tersebut.

ii. Rumuskan perkara-perkara penting yang anda perolehi daripada bahan tersebut
dalam sebarang bentuk pengurusan grafik.

iii. Berdasarkan idea yang anda perolehi daripada bahan bacaan tersebut (langkah i
dan ii), sediakan satu rancangan pengajaran harian (RPH) yang mengaplikasikan teknik yang dipilih.

iv. Laksanakan rancangan pengajaran itu di sekolah anda. Rakamkan pengajaran anda.
(Rakaman ini perlu dihantar bersama tugasan anda).

v. Tonton semula rakaman pengajaran anda. Kenalpasti kekuatan dan kelemahan


teknik pengajaran yang anda gunakan dan berikan menambahbaikkan perancangan dan pengajaran tersebut. sepanjang proses menyediakan kerja kursus ini. cadangan untuk

vi. Seterusnya, tuliskan refleksi anda tentang pengajaran/manfaat yang anda perolehi vii. Serahkan hasil tugasan anda sebelum atau pada 13 April 2013.
Panduan Pelaksanan Kerja Kursus 1. Laporan dan dokumentasi perlu ditaip menggunakan tulisan Arial saiz 12, langkau 1.5 baris dan menggunakan kertas A4. 2. 3. Semua sumber rujukan mesti dinyatakan menggunakan format APA. Kulit tugasan perlu dimasukkan maklumat berikut: 3.1 Nama pelajar 3.2 Nombor indeks 3.3 Nombor kad pengenalan 3.4 Kumpulan 3.5 Kursus dan Kod kursus 3.6 Nama Pensyarah Amalan plagiat tidak dibenarkan.

4.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria berikut:

1. Sumber bahan bacaan/rujukan yang pelbagai dan relevan. 2. Rumusan hasil bacaan menggunakan pengurusan grafik yang berkesan.

3. Rancangan aktiviti mengandungi teknik pengajaran yang dipilih dari bahan bacaan
serta aktiviti yang kreatif. 4. BBM sesuai dengan kaedah/teknik yang digunakan. 5. Pengajaran dilaksanakan dengan lancar dan menunjukkan kemahiran mengajar yang tinggi 6. Dapat mengenal pasti dengan jelas kekuatan dan kelemahan teknik pengajaran dan mampu memberikan cadangan penambahbaikan yang bernas.

Disediakan oleh: _______________________ (HASMAJA SHAMSUDDIN ) Penyelaras MTE3107E Jabatan Matematik IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah.

Disemak oleh: _______________________ (TEOH SOOI KIM) Pakar Bidang Matematik Jabatan Matematik IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah.

Disahkan oleh: _______________________ (NORHANA BT. ABU BAKAR) Ketua Jabatan Matematik IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah.