Jasmani / P. Seni Visual : Karnival Sukan dan Warisan PJM 3112 di Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu bagi tahun 2011 Bidang tugas Pengerusi Kumpulan B
1. Memerhatikan dan mengetahui segala perancangan pengurusan hal-hal
berkaitan penganjuran Karnival Sukan dan Warisan bagi kumpulan-kumpulan yang menguruskan sukan padang dan sukan ragam
2. Berkolaborasi dengan ahli jawatankuasa tertinggi terutamanya pengerusi
kedua-dua jenis sukan terbabit bagi mengenalpasti segala permasalahan yang berlaku bagi memberikan kelancaran perjalanan program karnival sukan ini. 3. Mengetahui dan menyelaraskan segala maklumat berkaitan dengan
pertandingan yang dijalankan oleh kedua-dua kumpulan seperti sistem pertandingan, pemenang, hadiah, skor mata dan sebagainya
4. Menyampaikan segala maklumat baru dan perubahan dari pengurusan induk
kepada kedua-dua kumpulan terbabit. 5. Menjadi rujukan utama bagi kumpulan sukan ragam dan sukan padang dalam berhubungan dengan pengurusan induk. Sebelum Program Pada 23 April 2011 yang lepas, saya telah terlibat dalam satu penganjuran besar-besaran Karnival Sukan Dan Warisan bagi kod PJM 3112 sebagai satu kerja projek wajib yang telah ditetapkan dalam mata pelajaran Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani pada semester ini dan dikelolakan oleh semua pelajar PISMP semester 5 yang mengambil Pendidikan Jasmani sebagai elektif dalam kursus. Program ini diadakan bertempat di Padang IPG Kampus Kota Bharu yang berlangsung selama sehari. Karnival sukan dan warisan ini menggabungkan 4
jenis sukan dalam satu karnival sukan secara besar-besaran. Antara jenis-jenis sukan yang terlibat dalam pengabungan ini adalah sukan tradisional (congkak dan galah panjang), sukan gelanggang (bola tampar), sukan padang ( futsal ) dan sukan ragam. Karnival sukan dan warisan ini adalah bertemakan sukan dan warisan memupuk semangat perpaduan dan warna bertemakan kuning hasil perbincangan pengurusan di peringkat induk. Peserta yang terlibat dalam karnival sukan ini mensasarkan dalam kalangan kumpulan pelajar PPISMP semester 2 dan PISMP semester 1 IPG Kampus Kota Bharu. Pada mulanya, karnival ini dirancang bagi mensasarkan peserta terlibat adalah kalangan sekolah rendah di sekitar Kora Bharu. Namun terdapat beberapa permasalahan berlaku, peserta yang terlibat telah diubah hasil perbincangan pengurusan induk. Sebelum karnival sukan dan warisan ini berlangsung, saya telah melalui beberapa proses dan peringkat tertentu seperti taklimat, sesi perlantikan organisasi pengurusan, mesyuarat dan perbincangan, pembahagian kumpulan dan penyediaan keperluan untuk ke persediaan karnival sukan ini. Hal ini penting kerana persediaan yang rapi perlu dititikberatkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang berlaku. Dalam Siri penganjuran Karnival Sukan dan Warisan ini, saya telah dilantik sebagai pengerusi kumpulan B. Tugas saya adalah memerhatikan, menyampaikan maklumat dari pengurusan induk dan menyelaraskan segala perjalanan pertandingan yang dianjurkan untuk sukan padang iaitu futsal dan sukan ragam. Sukan padang dianjurkan oleh kumpulan dari kelas sains, prasekolah dan pendidikan jasmani. Manakala sukan ragam adalah dari kelas pendidikan khas dan muzik. Saya juga telah menghadiri beberapa mesyuarat yang diadakan oleh kedua-dua kumpulan terbabit bagi mengetahui sejauhmana perjalanan gerak kerja mereka. Dalam proses menjalankan tugasan ini, terdapat beberapa kesulitan yang saya perolehi. Bagi tugasan sebagai pengerusi penyelaras kumpulan B, saya dikehendaki memastikan segala pengurusan sukan padang ( futsal) dan sukan ragam berjalan dengan lancar selaras dengan arahan pihak pengurusan induk untuk penganjuran sukan dan warisan ini. Dengan itu saya,saya berbincang bersama setiap pengerusi bagi sukan padang iaitu saudara Muhaimin dan saudara Koh How Ern untuk sukan warisan bagi mendapatkan semua maklumat tentang butir-butir
organisasi pengurusan, perjalanan setiap AJK yang dilantik dan permasalahan untuk dirujuk kepada pengurusan dengan AJK induk . Di pengurusan induk yang diketuai oleh saudara Nor Firdaus Zahari sebagai pengerusi besar karnival ini telah mengadakan kira-kira 5 mesyuarat secara rasmi dan diperhatikan oleh para pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani sebagai penasihat. Selain itu, segala maklumat-maklumat hasil perbincangan bersama dengan pihak induk tentang karnival sukan ini perlu disampaikan kepada setiap pengerusi kedua-dua kumpulan terbabit bagi membuat keselarasan setiap jenis sukan yang dianjurkan. Antara keselarasan yang perlu untuk setiap pengurusan jenis sukan ialah pembahagian hadiah, makanan, peralatan, kain rentang, baju dan sebagainya. Saya juga perlu sentiasa peka bagi setiap perubahan maklumat berkaitan dengan karnival sukan ini bagi memberikan kelancaran kepada program ini. Selain itu, saya juga dipertanggungjawab untuk menguruskan pembinaan khemah jualan dan pintu gerbang bersama pengerusi kumpulan A iaitu saudara Alif Aizat atas arahan dari pengurusi besar. Khemah jualan ini perlu dibina sendiri akibat tidak dapat peruntukan daripada Pengarah. Selain itu, terdapat beberapa permasalah dari pihak pengurusan kedua-dua sukan ini. Antaranya ialah perhubungan ajk setiap penganjuran sukan dengan pihak induk. Misalnya dalam proses menadapatkan peralatan, makanan, hadiah, penyerahanbuku program dan sebagainya. Selain itu, kawasan penganjuran dan perasmian penutup juga menjadi salah satu masalah dalam penganjuran karnival sukan ini. peralatan yang diperolehi melalui peminjaman daripada pihak IPG. Oleh itu, saya bersama pengerusi kumpulan A dan pengerusi besar telah berbincang bagi mnyelesaikan masalah ini. Selain itu, setiap jenis sukan yang dianjurkan diwakili oleh seorang pensyarah pembimbing dari Jabatan Pendidikan Jasmani. Bagi sukan ragam, Encik Wan Zamri telah dilantik untuk membimbing sukan ini manakala bagi permainan futsal dibimbing oleh Encik Khairul. Segala permasalahan berkaitan dengan sistem atau peraturan permainan boleh dirujuk kepada pensyarah terbabit. Karnival Sukan Dan Warisan ini juga telah mendapat tajaan oleh pihak Milo Nestle dari Cawangan Wilayah Pantai Timur. Sebelum berlangsungnya hari penganjuran sukan ini, setiap ajk telah membuat persediaan dalam persiapan tempat pertandingan.
Semasa Program Semua ahli jawatankuasa dalam penganjuran karnival sukan ini memulakan tugasan kerja penganjuran pada 23 april 2011 iaitu bersamaan dengan hari sabtu pada tepat pada pukul 8.00 pagi. Perjalanan karnival sukan ini mengambil masa selama 1 hari iaitu tamat pada jam 4.30 petang. Pada hari sebelum pertandingan dimulakan, semua AJK telah membuat persiapan dan bekerjasama untuk membuat persiapan rapi terhadap kawasan pertandingan yang telah dirancang. Antaranya persiapan yang dilakukan ialah pembinaan gelanggang, pengurusan keperluan peralatan dan membuat kecerian kawasan pertandingan dan sebagainya. Semasa melakukan kerja itu saya dapat melihat semangat kerjasama dikalangan rakan-rakan dan ini telah mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kami secara tidak langsung. Saya berasa sangat gembira kerana diberi peluang yang seumur hidup saya tidak pernah saya impikan. Sistem bertali dalam memunggah alatan ini telah menampakkan ciri-ciri pembangunan insan guru yang berkualiti dan sebahagian objektif program telah menampakkan hasilnya. Melalui sesi pendaftaran peserta semasa karnival sukan ini, terdapat beberapa kelas tidak dapat menghadirkan diri dalam pertandingan yang dijalankan. Bagi sukan ragam, terdapat satu kelas iaitu kelas TESEL 5 tidak dapat hadir tanpa sebarang alasan. Manakala bagi sukan padang iaitu permainan futsal, kelas TESEL 3 tidak dapat hadir. Sebelum setiap pertandingan dimulakan, para peserta akan diberikan taklimat tentang pengiraan markah, undang-undang dan peraturan serta pertandingan yang dijalankan oleh setiap AJK pertandingan. Kemudian, mereka akan dibawa sesuatu tempat untuk sesi pemanasan badan. Semasa penganjuran Karnival Sukan Ini berlansung pada sesi pagi, bagi sukan ragam setiap kumpulan perlu bermain 4 stesyen jenis permainan bagi mengutip sebanyak mungkin markah yang telah ditetapkan. Manakala bagi futsal, acara yang dijalankan adalah diperingkat kumpulan dan suku akhir. Segala perjalanan penganjuran sukan ragam dan sukan padang (futsal) adalah lancar dan baik. Namun terdapat beberapa masalah, antaranya adalah masa perjalanan
pertandingan di sebelah pagi perlu dijalankan secara lambat bagi mengelakkan penganjuran pada waktu pagi habis awal. Oleh itu, kami dipihak pengurusan induk telah bersepakat untuk mencipta 2 permainan terbuka untuk semua peserta. Permainannya ialah kemahiran menimbang bola bagi lelaki dan mengelecek bola secara pantas untuk golongan perempuan. Pada sebelah petang, acara yang diadakan untuk sukan ragam adalah satu jenis permainan manakala untuk permainan futsal adalah peringkat separuh akhir dan akhir serta tempat ketiga dan keempat. Melalui tugas sebagai pengerusi kumpulan B, saya perlu sentiasa bergerak diantara sukan ragam dan sukan padang bagi memastikan suasana pertandingan berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang masalah. Saya juga akan menyampaikan maklumat-maklumat penting jika terdapat perubahan daripada pihak induk. Dengan itu, kemahiran komunikasi yang tinggi terhadap rakan-rakan pengurusan organisasi dalam 2 jenis sukan penting bagi memastikan keberkesanan dalam pengurusan penganjuran karnival sukan pada kali ini. Saya amat berbangga kerana para peserta dan semua rakan AJK mempunyai semangat kerjasama tinggi dalam menjayakan program yang dijalankan. Sebelum acara penutupan diadakan, wakil pengarah iaitu Dr Mohd Aziz Bin Mohd Din dan ketua jabtan pendidikan jasmani telah melawat ke lokasi pertandingan yang telah dijalankan.Selepas selesai semua acara yang dipertandingkan, majlis penutupan telah diadakan. Dalam majlis ini, pihak institut telah menghantar wakil Pengarah IPG Kampus Kota Bharu iaitu Timbalan Pengarah DR Mohd Aziz Bin Mohd Din bagi merasmikan penutupan program ini. Dalam majlis ini, timbalan pengarah telah mengingatkan tentang nilai-nilai insan keguruan yang perlu ada dalam setiap diri guru pelatih dalam pengurusan dan mentadbir dalam sesuatu program terutamanya dalam bidang sukan. Setelah beberapa orang jemputan memberikan ucapan termasuk pengerusi besar karnival sukan dan ketua jabatan PJ, maka majlis beralih ke penyampaian hadiah dan cenderahati. Setelah selesai majlis tersebut, kami semua bekerjasama mengemaskini tempat dan membersihkan kawasan aktiviti. Semua peralatan yang digunakan semasa aktiviti dan majlis penutupan telah dibersihkan dan disusun ditempat yang sesuai. Semua kekotoran sampah di sekitar tempat program telah kami bersihkan
dengan baik. Di sini saya dapat melihat ikatan yang erat bersama rakan-rakan dalam membuat tugasan. Kami juga sempat beramah mesra dan menimba pengalaman bersama pihak pentadbiran IPG dan pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani terutamanya pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Wan Zamri Bin Wan Muhamad. Selepas selesai, kami pun bergambar bersama pensyarah , semua AJK yang terlibat dan peserta sebagai tanda kenang-kenangan. Saya sangat gembira kerana bersama dengan rakan-rakan dapat
memperolehi pengalaman dan pengetahun baru berkaitan tauladan, nilai-nilai yang baik yang diaplikasikan oleh pengurusan dalam penganjuran karnival sukan ini. Antara salah satu nilai baik adalah secara keseluruhannya karnival sukan ini sangat ceria dan kondusif dan menerima tajaan daripada syarikat MILO NESTLE. Keseluruhan aktiviti ini selesai tepat jam 5 petang. Setelah itu, kami pun pulang ke kediaman masing-masing. Banyak pengalaman yang saya dapat dalam program Karnival Sukan Dan Warisan PJM 3112 untuk subjek pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani pada kali terakhir untuk kursus elektif ini. Selepas Program Selepas selesai aktiviti dalam program, kami diberikan taklimat oleh pensyarah pembimbing berkaitan dengan penyediaan laporan setiap AJK program ini. Semua peralatan yang digunakan dikemaskini dan dibersihkan dan dipulangkan ditempat yang sepatutnya. Senarai semak dibuat bagi mengenalpasti kekuatan, kelemahan dan penambahbaikkan program ini. Semua peralatan yang digunakan dalam program ini adalah berada dalam keadaan baik dan sempurna. Kekuatan Program 1. Mempunyai pengurusan orgnisasi induk yang mantap majoritinya ialah lelaki dan diketuai oleh seorang pengerusi yang berkaliber. 2. Mendapat tajaan oleh pihak syarikat Milo Nestle Cawangan Pantai Timur 3. Segala keperluan program dari segi hadiah, makanan, peralatan dan sebagainya dapat diuruskan dengan baik sekali
4. Perjalanan persiapan aktiviti penganjuran pertandingan kedua-dua jenis sukan
5. Pihak pentanbiran IPG terutamnya Pengarah menyokong sepenuhnya terhadap Karnival yang dijalankan. 6. Semua AJK terlibat menunjukkan komitmen yang tinggi menjalankan tugas. 7. Terdapat sambutan yang tinggi dari khemah jualan. 8. Persembahan semasa majlis penutup adalah sangat menarik
Kelemaham Program
1. Pihak IPGM Kampus Kota Bharu tidak dapat menyediakan atau meminjamkan
perlatan PA system yang standard, perkara ini menyebabkan pihak penganjur terpaksa menyewa dari pihak luar. 2. Peruntukan Khemah tidak cukup dan memerlukan inisiatif untuk membina khemah sendiri 3. Perjalanan pertandingan pada waktu pagi telah dilaksanakan terlalu awal dan boleh mengakibatkan peserta boleh pulang awal dan karnival ini tidak akan meriah. 4. Sistem parking kereta motor tidak teratur menyebabkan masalah kepada pihak penganjur. Penambahan Program
1. Pihak pengurusan induk telah mengambil inisiatif untuk menyewa pembesar
suara daripada pihak luar sebagai usaha untuk memperbaiki masalah PA sistem yang tidak dapat menyampaikan maklumat yang jelas semasa aktiviti Karnival Sukan yang dijalankan dijalankan. 2. Pihak pengurusan induk telah mengambil inisiatif untuk membina khemah seperti khemah jualan dan khemah makanan untuk VIP bagi mengatasi masalah kekurangan khemah. 3. Pihak pengurusan induk telah mengambil inisiatif dengan mencipta beberapa permainan bagi melengahkan masa untuk para peserta disebelah pagi.
4. Pihak pengurusan perlu mencari lebih banyak tajaan bagi memeriahkan Karnival Sukan ini Yang benar, ...................................... (Mohd Syazwan Bin Musa) Pengerusi Kumpulan B Karnival Sukan Dan Warisan PJM 3112