Anda di halaman 1dari 16

Cikgu AinaJaafar/SMKM

2013

Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga seorang negarawan. Bincangkan pernyataan ini. PENGENALAN: 1. Latar belakang Nabi Muhammad s.a.w

Dilahirkan di kota Makkah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah Dari keturunan Bani Hasyim; dari puak Quraisy Baginda disusui oleh Halimatun Saadiah Ketika berusia 6 tahun bondanya Siti Aminah meninggal dunia di al-Abwa Ayahandanya meninggal dunia ketika baginda masih dalam kandungan ibunya. Baginda diserahkan kepada datuknya Abdul Mutalib. Kemudian baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib Baginda pernah menjadi pengembala kambing. Mulai usia 12 tahun baginda sering mengikuti rombangan perdagangan Makkah ke Syam. Baginda kegelar al-Amin kerana kejujurannya. Ketika berusia 25 tahun, baginda berkahwin dengan Siti Khadijah binti Khuwailid yang berusia 40 tahun Setiap tahun baginda akan mengasingkan diri di Gua Hirak selama sebulan . Baginda menerima wahyu pertama; Surah al-Alaq melalui malaikat Jibril pada 17 Ramadhan 610M di Gua Hira.

2. Definisi Nabi

Seorang lelaki mukalaf (baligh dan berakal) yang menerima wahyu Allah s.w.t. melalui malaikat Jibril untuk kegunaan dirinya sahaja.

3. Definisi Rasul

Seorang lelaki mukalaf (baligh dan berakal) yang menerima wahyu Allah s.w.t. melalui malaikat Jibril untuk kegunaan dirinya sahaja.

4. Definisi Negarawan

Seorang ketua, ahli potitik, pentadbir, membuat pembaharuan, pembangunan dan memakmurkan rakyat.

ISI: KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

1. Nabi & Rasul

Baginda diakui sebagai Nabi dan Rasul melalui 3 cara iaitu;

i. menerusi kitab2 suci iaitu al-Quran, Taurat, Injil & Zabur

Cikgu AinaJaafar/SMKM

2013

ii. melalui sifat2 kenabian seperti menerima wahyu,


memiliki sifat- sifat mulia seperti siddiq, amanah, tabligh dan fatanah. Tanda2 kenabian sewaktu Nabi Muhammad s.a.w masih kanak-kanak lagi sewaktu dada Baginda dibedah oleh Malaikat Jibril untuk dibersihkan sewaktu Baginda menemui Bahirah (seorang paderi) di Syam.

iii. melalui bukti-bukti sejarah


selama 13 tahun di Makkah iaitu sejak turunnya wahyu pada 610M hingga berlakunya hijrah ke Madinah pada tahun 622M. Ada yang menyokong dan ada yang menentang (kaum musyrikin Quraisy) Baginda berakhlak mengikut ajaran yang diajar dalam al-Quran. Sebagai pendakwah, Nabi menunjukkan sifat2 sabar, lemah lembut, toleransi tetapi tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya terutama tentang aspek akidah. Baginda menjalankan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi, tidak pernah cuba menunjukkan kuasa2 luar biasa walaupun dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah s.w.t. Al-Quran merupakan mukjizat terbesar yang pernah dianugerahkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Baginda telah menentukan beberapa bidang bagi menjamin kesejahteraan masyarakat iaitu:

~ ibadat (solat, puasa, zakat dll.) ~ nikah kahwin ~ jenayah dan ketatanegaraan ~ hubungan antarabangsa 2. Pemimpin Masyarakat

Berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan. Menyatukan masyarakat Islam melalui persaudaraan antara kaum Muhajirin dan Ansar. Berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah ( Ansar, Muhajirin dan Yahudi) seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah. Baginda menyeru supaya mereka bekerjasama dan bantu membantu serta sama-sama memikul tanggungjawab mempertahankan kota Madinah. Menghapuskan batas2 perbezaan kaum melalui konsep ummah.

3. Pemimpin Politik

Baginda mendirikan negara Islam Madinah. Nabi Muhammad s.a.w menjadi ketua negara Islam Madinah. Berjaya mengadakan rundingan dengan pemimpin2 Yathrib melalui Perjanjian Aqabah.

Cikgu AinaJaafar/SMKM

2013

Baginda memperkenalkan system syura/musyawarah untuk dilaksanakan dalam semua bidang politik dan ekonomi. Baginda boleh dianggap sebagai diplomat yang berjaya kerana inisiatifnya menghantar perwakilan ke luar negara seperti Habsyah dan Mesir.

4. Perancang Ekonomi

Baginda memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru bagi menggantikan dasar ekonomi Zaman Jahiliyah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras dan bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian. Baginda berusaha membangunkan ekonomi orang Islam yang tergadai kepada kaum Yahudi. Usaha2 mencari kekayaan dan kesenangan dunia diharuskan asalkan tidak melibatkan riba, penipuan serta menunaikan zakat.

5. Pemimpin Tentera

Baginda menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan. Baginda menjadi pemimpin dalam ekspedisi ketenteraan yang disertainya. Dalam bidang ketenteraan, asas kepimpinan Baginda ialah akidah, syariat dan akhlak yang mulia. Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah swt. Baginda mengamalkan sikap amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi musuh. Baginda sentiasa bersikap adil kepada semua orang tidak kira kawan atau musuh. Contoh Baginda membahagikan harta rampasan perang secara adil kepada kawan2 yang menyertai peperangan dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh yang sudah lari dari medan perang atau kaum2 yang lemah. Baginda merupakan seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam ketenteraan. Baginda berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan kepada pasukan tentera Islam. Contoh; dalam Perang Badar ( taktik tunggu dan lihat) dan Perang Khandak ( taktik bertahan dengan menggali parit di sekeliling kota Madinah)

KESIMPULAN: 1. Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul yang disegani tetapi merupakan seorang pemimpin yang berjaya dalam pelbagai bidang. 2. Baginda berjaya membina tamadun Islam dan diwarisi oleh khalifah2 selepasnya. (zaman Khulafa al-Rasyidin). 3. Ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w telah dicontohi dan diikuti oleh para sahabat yang menjadi khalifah pada zaman Khulafa al-Rasyidin.

Cikgu AinaJaafar/SMKM

2013

1. Piagam Madinah Merupakan Piagam Bertulis Yang Pertama Di Dunia. Berikan Huraian Berhubung Dengan Kandungan Dan Kepentingan Piagam Tersebut. A. PENDAHULUAN. 1. Pada masa ketibaan Rasulullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus dan Khazraj digelar sebagai Ansar ( Golongan Penolong ) dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula digelar Muhajirin ( golongan Pendatang ). Orang orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir. Orang orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sentiasa berselisih faham sesama mereka sejak zaman berzaman lagi. Orang Muhajirin pula terlalu miskin kerana mereka dihalau dari kampung halaman mereka. Orang orang Yahudi sentiasa bersikap permusuhan dan sentiasa menghasut dan mengkhianati Rasulullah s.a.w dan pengikutnya. Orang orang Munafik perlu menjadi musuh dalam selimut. Di samping itu pula orang orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang orang Islam. Untuk menenteramkan keadaan gawat di Madinah, Rasulullah s.a.w membuat perjanjian dengan seluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu piagam negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al Madinah. B. ISI ISI PENTING: Huraian mengenai Piagam Madinah. 1. Piagam Madinah berbeza dari tulisan tulisan peraturan pemerintah sebelum ini, kerana perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk Madinah. Piagam ini merupakan satu undang undang tertinggi di Madinah, selain itu Al Quran, yang telah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu. Ia berlainan dengan The Constitution of Athens yang hanya merupakan sejarah evolusi amalan perlembagaan di negara itu. Piagam Madinah tidak seperti dokumen Shuking oleh Confucious yang merupakan buku teks untuk kanak kanak raja. Ia juga bukan seperti dokumen Artha Sastera yang dianggap sebagai peraturan pemerintahan pada zaman Chandra Gupta Maurya, yang hanya menjadi buku teks pembelajaran untuk anak anak raja waktu itu; 2. Beberapa aspek utama piagam Madinah ialah: 2.1 Pengakuan terhadap Rasulullah s.a.w sebagai Ketua Negara Madinah yang wajib dipatuhi dan dihormati. Apa apa masalah besar antara penduduk Islam dengan penduduk bukan Islam mestilah dirujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walaubagaimana pun, semua ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri secara yang difikirkan berpatutan. 2.2 Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummah yang tidak terpengaruh dengan apa apa elemen yang tidak baik dari luar.

Cikgu AinaJaafar/SMKM

2013

2.3 Semua penduduk hendaklah bersatu pada, bekerjasama, dan bertanggungjawab mempertahankan negara dari apa apa serangan musuh. 2.4 Wahyu sebagai sumber piagam termasuk tradisi . 2.5 Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing masing, dan tiada gangguan dan paksaan dalam hal keagamaan. 2.6 Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi perlembagaan tersebut. 3. Kepentingan Piagam Madinah kerana ia mempunyai beberapa peruntukan berhubung dengan perkara perkara berikut: 3.1 Penerimaan Rasulullah s.a.w sebagai Ketua Negara Madinah telah menaikkan kedudukan baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa apa dasar negara dan untuk menyelesaikan masalah masalah yang timbul dari masa ke semasa. 3.2 Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentangan dengan Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut hukum hukum Islam. Ketua ketua kaum tetap mempunyai autoriti terhadap kaumnya dan Rasulullah s.a.w adalah sebagai Ketua hakim yang akan memutuskan hukuman terhadap kesalahan kesalahan di luar bidang kuasa ketua ketua kaum berkenaan. 3.3 Orang orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada musuh musuh Islam. 3.4 Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku suku bangsa Arab di Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini. 3.5 Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk. Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang orang Yahudi ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah. 3.6 Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik minat pedagang pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islam secara beransur ansur telah menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya. 3.7 Semua penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan negara. 3.8 Dengan peruntukan piagam ini, orang orang Yahudi tidak lagi boleh membuat

Cikgu AinaJaafar/SMKM

2013

sebarang pakatan dengan orang Quraisy Makkah dan mereka diwajibkan mempertahankan negara dari ancaman luar bersama sama dengan orang Islam. 3.9 Memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh mengganggu penganut penganut agama lain. 3.10 Dengan kebebasan beragama ini, orang orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam. Ini memberi peluang kepada orang orang bukan Islam bergaul dengan orang orang Islam dan memerhatikan akhlak dan personaliti orang orang Islam dan juga ibadat mereka yang penuh dengan disiplin. Ini semua telah menarik minat orang orang bukan Islam memeluk agama Islam. 3.11 Melalui piagam ini, orang orang Yahudi secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan Islam sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum ini, ketiga tiga perkara ini ditolak oleh orang orang Yahudi. 3.12 Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana mana pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat beratnya tanpa mengira bangsa atau agama. Hukuman telah dikenakan kepada pengkhianat piagam, seperti apa yang dikenakan ke atas Bani Qainuqa yang berkomplot dengan orang Arab Quraisy Makkah dalam Perang Badar. Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir, mereka dihalau kerana berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan membunuh kaum lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan bekerjasama dengan Quraisy Makkah dalam Perang Khandak. C. KESIMPULAN: 1. Piagam Madinah bersifat perkembangan sebenar berbanding dengan tatacara pemerintahan kerajaan purba Greek, China dan India. 2. Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia. 3. Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang memerintah dunia selama tujuh abad. 4. Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana mana piagam Islam yang baru, terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.

Cikgu AinaJaafar/SMKM

2013

Huraikan kepentingan Piagam Madinah kepada pembangunan masyarakat Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Pengenalan
1. Perlembagaan bertulis yang pertama memenuhi syarat-syarat perlembagaan. 2. Digubal oleh Nabi Muhammad dalam usaha menegakkan sebuah kerajaan Islam di Madinah. 3. Mempunyai 10 bab dan dipecahkan kepada 47 fasal. 4. Menonjolkan nama pemimpin iaitu Nabi Muhammad, nama rakyat iaitu penduduk tempatan, orang Yahudi dan orang yang mengikuti dan berjuang bersama-sama Rasulullah serta Madinah sebagai negara Islam. 4. Apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah, baginda telah mengalih strategi untuk membentuk satu ummah yang bernegara dan berdaulat yang boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat dan penduduk Madinah setelah Rasulullah dapat mengeratkan hubungan antara golongan Muhajirin dengan Ansar. 5. Baginda mendapati ada beberapa faktor yang perlu kepada penyelesaian iaitu menggariskan hak dan tanggungjawab orang-orang Islam dan bukan Islam, persefahaman dengan orang-orang bukan Islam terutama orang Yahudi, mempertahankan Madinah dan menggubal sistem perundangan dan kehakiman.

Isi penting ( Buat Rujukan dan Bacaan Lanjut )


Kepentingan Piagam Madinah 1. Semua kaum bertanggungjawab mempertahankan Madinah

Penduduk Madinah harus bersama-sama mempertahankan Madinah tidak kira yang beragama Islam atau bukan Islam. Mereka sama-sama menggembeleng tenaga mempertahankan Madinah daripada serangan musuh. Mereka tidak boleh mengadakan hubungan dengan musuh-musuh Islam bagi tujuan menentang negara Islam madinah. Semangat cinta akan Kota Madinah dipupuk dalam kalangan masyarakat bagi menghindari permusuhan sesama sendiri sehingga menyebabkan musuh dapat mengambil alih kota Madinah. Islam menganggap ahli kitab atau orang Yahudi sebaga warganegara dan ummah bersama orang Islam selagi mereka menjalankan tanggungjawab yang dikenakan ke atas mereka. Perbezaan agama tidak menghalang seseorang itu daripada diterima menjadi rakyat dalam negara.

Cikgu AinaJaafar/SMKM

2013

2. Menjamin kebebasan kaum Yahudi


Kaum Yahudi pada mulanya memang berminat untuk menguasai Madinah. Atas kesedaran itu, Piagam Madinah juga menitikberatkan dan menjamin kebebasan kaum Yahudi dan penganut-penganut agama lain untuk menganut dan mengamalkan ibadat agama mereka sendiri. Tujuannya supaya kaum Yahudi tidak menyebarkan agama mereka di Madinah dan mengelakkan permusuhan sesama sendiri. Rasulullah mempersetujui bahawa tiada paksaan dalam kepercayaan dan anutan agama.

3. Terbentuk sebuah kerajaan Islam yang kuat dan kukuh


Orang Islam bebas berhimpun dan bermesyuarat bagi membincangkan masalah politik dan pentadbiran negara. Dengan terbentuknya Piagam madinah, sebuah negara Islam telah berjaya dibentuk dan mewujudkan kesedaran bahawa mereka ialah masyarakat yang kuat dan bersatu padu serta Madinah adalah milik bersama. Piagam Madinah mengakui hak dan tanggungjawab penduduk Madinah termasuk orang bukan Islam untuk mendapat perlindungan dan keselamatan dari segi pengadilan dan perundangan. Mereka mempunyai kewajipan bersama untuk mempertahankan negara dan perbelanjaan bagi mempertahan negara adalah tanggungjawab bersama.

4. Kebebasan kepada setiap penduduk


Setiap penduduk diberi kebebasan hak asasi yang sama rata. Tiada lagi penindasan seperti yang dilakukan oleh orang Yahudi ke atas orang yang lemah supaya dapat menjamin keharmonian hidup semua penduduk Madinah. Kebebasan ini meliputi kebebasan diri, agama, berfikir dan bersuara, beramal, bekerja dsb. Jaminan kebebasan meliputi segi aspek kehidupan selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.

5. Menyatupadukan masyarakat Madinah


Hubungan baik dapat diadakan dengan masyarat Islam dan orang-orang bukan Islam melalui sifat saling menghormati, bertanggungjawab dsb. Perlembagaan Madinah memainkan peranan supaya masyarakat berbilang bangsa di Madinah dapat hidup aman damai, teratur dan bersistem serta menghindari permusuhan. Perlembagaan Madinah telah mengalami perubahan dan perkembangan dari segi nilai tradisi Jahiliyah yang mementingkan maruah diri dan kaum masing-masing kepada nilainilai persaudaraan Islam.

6. Nabi Muhammad sebagai pemerintah tertinggi dan unggul di Madinah

Nabi Muhammad merupakan seorang negarawan yang tulen dan berwibawa.

Cikgu AinaJaafar/SMKM

2013

Ketokohan baginda yang cuba menonjolkan agama Islam bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek akidah tetapi juga dalam hal ehwal duniawi. Baginda bertanggungjawab menyelesaikan masalah perselisihan kaun dan mewujudkan satu institusi kebaikan dan keadilan di Madinah. Peruntukan dalam fasal 23 dan 42 Piagam Madinah menjelaskan bahawa apabila timbulnya perbezaan dan pertelingkahan, maka penyelesaian mengikut hukum Islam dan keputusan Rasulullah dibuat. Perlembagaan ini meletakkan kedudukan baginda sebagai ketua dan hakim negara yang tinggi.

7. Dapat mengatur hubungan kaum Yahudi


Masyarakat Yahudi bebas mengamalkan adat istiadat mereka tanpa sekatan. Mereka tidak boleh memaksa orang Madinah untuk menganut agama mereka kerana kebasan telah diberikan kepada mereka. Mereka tidak dibenarkan menindas orang yang lemah. Mereka yang mematuhi piagam ini akan diberi jaminan iaitu perlindungan dan keselamatan selagi mereka tidak melakukan kejahatan dan memungkiri janji.

8. Konsep persamaan dan keadilan kepada semua penduduk


Tujuannya untuk mengelakkan jurang perbezaan dan penindasan. Piagam Madinah meratakan kekayaan antara masyarakat bagi mengelakkan penindasan golongan kaya ke atas golongan miskin. Keadilan merupakan tanggungjawab setiap orang untuk melaksanakan dengan penuh kejujuran dan syiar agama langit supaya individu akan berasa aman dan tenteram kerana telah memberi jaminan dan keselamatan kepada akal, diri, harta benda, agama dan keturunan manusia. Tujuan keadilan menolak dan menghindarkan keburukan dan memberi kebaikan serta hak kepada seseorang berdasarkan syariat Islam. Piagam Madinah mengingatkan warganya supaya berlaku adil dan tidak menganiayai manusia bahkan hendaklah sentiasa tolong menolong dan setiap kezaliman hendaklah dihapuskan seperti yang termaktub dalam fasal 13 piagam tersebut.

9. Perpaduan umat Islam

Penduduk Madinah diseru agar saling bekerjasama dan bersatu padu memandangkan umat Islam di Madinah terbahagi kepada dua kumpulan utama, iaitu golongan Ansar dan golongan Muhajirin. Untuk menyatupadukan mereka, penduduk Madinah diasuh menjadi satu kumpulan yang kuat dan utuh bagi mengelakkan musuh mengambil kesempatan ke atas perpecahan mereka. Persaudaraan Islam bertujuan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan persahabatan sesama Islam tanpa mengira keturunan, tempat tinggal dan warna kulit. Persaudaraan Islam adalah suatu sikap dan tindakan yang lahir daripada jiwa dan hati manusia yang diikat dengan akidah keimanan kepada Allah dan rasul-Nya.

Cikgu AinaJaafar/SMKM

2013

Persaudaraan ini dapat melahirkan masyarakat Islam yang sebenar, kukuh dan padu, mempunyai kefahaman dan kerjasama yang erat serta cinta akan kedamaian dan kesejahteraan hidup.

10. Pemerintahan bercorak musyawarah


Semua kaum berhak untuk menyuarakan masalah kaum mereka. Semua kaum boleh mengemukakan pendapat kerana Piagam Madinah melahirkan pemerintahan yang berpegang teguh kepada prinsip yang dipanggil musyawarah. Contohnya, Nabi Muhammad pernah ditegur oleh sahabat semasa pemilihan tempat dalam Perang Badar. Sifat demikian akan mengeratkan lagi hubungan antara pemerintah dan rakyat.

Kesimpulan (1 markah) 1. Kesan daripada Piagam Madinah, Nabi Muhammad s.a.w telah dapat membentuk sebuah negara Islam yang kukuh dan diterima serta dihormati oleh negara-negara luar. 2. Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya mengembangkan ajaran Islam kepada kabilah-kabilah luar dari Madinah.

Cikgu AinaJaafar/SMKM

2013

Huraikan kepentingan hijrah dalam proses pembinaan masyarakat Islam di Madinah oleh Nabi Muhammad S.A.W. Pendahuluan Hujrah ertinya perpindahan iaitu perpindahanmasyarakat Islam dari Makkah ke Madinah bermula pada 1 Muharram dan tarikh ini merupakan bermulanya tahun hijrah dalam calendar Islam. Tujuan perpindahan : kecewa dgn sikap permusuhan musyrikin Makkah terhadap orang Islam dan wujudkan sebuah masyarakat Islam yang kuat dan bersatu padu di Madinah. Orang Islam telah merangka strategi yang cukup teliti utk berhijrah bagi memastikan kejayaannnya dr segi agama, moral , sosioekonomi dan politik. Orang pertama berhijrah : Abu Salamah bin Abd al-Asad pada 1 Muharram tahun pertama hijrah (16 Julai 622M). Rombongan pertama ke Madinah seramai 70 orang dan berhijrah dalam kumpulan kecil agar tidak diketahui oleh musyrikin. Isi dan Huraian Kepentingan Hijrah 1. Dapat mempergiatkan penyebaran agama Islam Hijrah merupakan proses jangka panjang dalam perjuangan umat Islam dan dilakukan secara terancang dan teratur. Nabi Muhammad mendapat teman yang setia , jujur dan ikhlas iaitu saidina Ali dan Abu Bakar. Sentiasa memohon keredaan dan restu Allah di waktu susau 2. Pengenalan Tahun Hijrah Penentuan tahun hijrah telah dibuat zaman Umar al-Khattab utk memperingati hijrah, memudahkan urusan pentadbiran jabatan kerajaan. Takwim hijrah dikira mengikut peredaran bulan iaitu setahun mempunyai 12 bulan atau 354 hari berbanding 365 hari takwim masihi. Perbezaan disebabkan takwim Islam mengikut peredaran bulan , takwim masihi mengikut peredran matahari. Bilangan hari dalam bulan Islam 29-30 hari. Terdapat 12 bulan dalam takwim Islam iaitu Muharram, Safar Rabiulawal dll. Segala urusan pentadbiran Islam brjalan lancer melalui takwim Islam Perkembangan agama Hijrah berkaitan dgn agama dan atas arahan Allah. Madinah dipilih kerana sesuai dijadikan pusat penyebaran agama Islam. Melalui peristiwa hijrah terdapat banyak unsur2 mukjizat yang berkaitan aspek agama dan dapat mempertingkatkan iman dan keyakinan orang Islam. Perkembangan Politik. Makkah : orang Islam dilarang melakukan ibadat solat berjemaah Madinah : orang Islam dapat menjalankan kegiatan politik dgn bebas . Mereka boleh berhimpun dan bermesyuarat bagi membincangkan masalah politik dan pentadbiran negara.

3.

4.

Cikgu AinaJaafar/SMKM

2013

Keadaan ini telah membawa terbentuknya Piagam Madinah dan membentuk sebuah negara Islam di Madinah. Bidang politik berkaitan dgn ketenteraan, kegiatan tentera berkembang pesat dan berjaya menundukkan 2 buah empayar besar iaitu Parsi dan Rom. Pertumbuhan ekonomi Kedudukan ekonomi orang Islam sewaktu di Madinah semakin kukuh. Orang Muhajirin telah diberi bantuan oleh orang Ansar. Madinah merupakan kwsn yang sesuai utk pertanian dan kedudukannya strategic utk perdagangan iaitu terletak di pertengahan jalan perdagangan antara Makkah dan Syam. Setelah hijrah , system ekonomi Islam yang bertepatan dgn syariat Islam telah diperkenalkan dan ekonomi masyarakat Islam bertambah kukuh dan negara menjadi lebih makmur dan stabil. Sosial (pembentukan ummah) Makkah : masyarakat mengamalkan cara hidup berkabilah sementara peniaga bersifat individualistic. Wujud kelas dalam masyarakat iaitu golongan bangsawan dan golongan hamba. Penghijrahan telah menghapuskan nilai masyarakat Jahiliyah diganti nilai murni berpandu akidah dan akhlak Dalam system social Islam , setiap orang diberi kebebasan tanpa mengira kaum, agama dan keturunan iaitu hidup berkabilah diganti system social berbtk ummah.

5.

6.

Kesimpulan Sejarah penghirahan nabi Muhammad merupakan perjuangan baginda utk menegakkan ajaran agama Islam. Umat Islam harus mengambil iktibar daripad penghijrahan Rasulullah utk meneruskan perjuangan hidup demi kebaikan umat Islam.

Soalan 9 : Sebelum kedatangan agama Islam terdapat pelbagai golongan masyarakat di Mekah dan Madinah. Bincangkan. Pendahuluan Mekah nama asalnya Makaroba . Didiami sejak 2400 tahun dahulu. Penduduk terawal ialah puak Amaliqah dan Jurhum. Madinah sebelum hijrah digelar Yathrib sempena nama pemimpin Amaliq iaitu Yathrib. Terdapat dua kaum asal di Madinah iaitu Aus dan Khazraj. Kaum Yahudi ialah Bani Qainuqa, Bani Nadir dan Bani Quraizah. Masyarakat Makkah sebelum Hijrah Penduduk terawal terawal dikenali sebagai puak Amaliqah dan diikuti oleh puak Jurhum.. Pada zaman Jurhum Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim membian kaabah. Muncul Bani Khuzaah kaum Quraisy pimpinan Qusay bin Kilab pada awal kurun ke-5 Kaum Quraisy :

Cikgu AinaJaafar/SMKM

2013

Kelompok terbesar , berketurunan Arab Adaniyah. Berasal dr keturunan fihr dan malik Bani al-Nadr mula-mula tiba di Makkah setelah kedatangan Qusay b. Khalib . Banial-Nadr dikenali sbg kaum Quraisy . Maksud Quraisy : penyatuan tanda kejayaan Qusai menyatupadukan kaum Quraisy di Makkah. Tokoh terkenal dr kaum Quraisy : Nabi Muhammad S.A.W ( Bani Hashim), Muawiyah bin Abi Sufian (Bani Umaiyah ) Abu Bakar as-Siddiq (Bani Taim), Umar al-Khattab (Bani Adi). Terdapat dua kategori kaum Quraisy aiaitu Quraisy Zawahir dan al-Bitah Quraisy Zawahir : dari kalangan orang Badwi, mengawal kota Makkah dan terkenal dalam bidang ketenteraan. Quraisy Al-Bitah : keturunan Qusai , tinggal di kota Makkah, menguasai pentadbiran, politik dan perdagangan.

Masyarakat Madinah Sebelum Hijrah 1. Kaum Khazraj dan kaum Aus Kaum Aus dan Khazraj berasal dr selatan Semenanjung Arab. Kelompok di bawah kaum Aus ialah Bani Abd Asyhal, Bani Amru b. Auf, Bani Umaiyah, Bani Ubaid, Bani Lauzan, Bani Dabiah dan Bani Zafar. Kelompok di bawah kaum Khazraj : Bani al-Najjar, Bani Zaurayq, Bani Auf, Bani Salimah, Bani Sawad , Bani Saidah, Bani al-Harith, Bani al-Qawaqilah. Kelompok Khazraj lebih berpengaruh dr Bani Aus. Berlaku perpecahan antara Aus dan Khazraj dan meletus Perang Baatu. Punca : daripada puak Yhudi yang merancang memecahbelahkan orang arab krn tdk puashati terhadap kaum Aus dan Khazraj yang berjaya menguasai Madinah. Peperangi dimenangi kaum Aus. Menyebabkan ramai yang menyokong kaum Yahudi yang membawa penguasaan kaum Yahudi di Madinah. 2. Masyarakat Yahudi Madinah Terdapat 20 suku Yahudi tetapi hanya 3 yang masyhur. Bani Qinuqa : puak paling berpengaruh/ mula-mula tiba di Madinah/ kawasan kediaman di barat daya berhampiran Musalla/ sebagai pedagang,berniaga atau bertukang/angkatan laut yang kuat/memihak kaum khazraj. Bani Nadir : pindah ke Madinah akibat tekanan tentera Rome yang menganut agama kristian di Palestin/ tinggal di Bukit al-Nadir/ Berasal dr keturunan Arab Judham/ Pekerjaan bertukang, bertani dan berniaga/ memihak kaum Aus tp tidak ikhlas dan mahu memecahbelahkan orang Arab. Bani Quraizah : gelaran Darih/ terbahagi 2 iaitu suku Kaab dan Amru/ tinggal di luar Madinah di wadi Mahzur/ Pekerjaan bertani/ memiliki bekalan senjata dan makanan yang cukup/ memihak suku Aus.

Cikgu AinaJaafar/SMKM

2013

Bincangkan ciri-ciri daripada ajaran Nabi Muhammad s.a.w di Makkah dan faktor penentangan ajaran tersebut oleh kaum Quraisy Makkah.
Pendahuluan (3 markah) Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu semasa baginda beribadat di gua Hira ketika berusia 40 tahun. Dalam tiga tahun pertama seruan Islam, Nabi Muhammad s.a.w telah menjalankan seruan secara sulit dan didapati hanya sebahagian kecil sahaja orang Arab Quraisy yang beriman kepada baginda dan Islam. Setelah menerima perintah (wahyu) Allah supaya membuat seruan secara terang-terangan, maka bermulalah satu sejarah baru dalam seruan Islam. Tiga tahun pertama seruan Islam secara sulit, tidak berlaku penentangan daripada kaum Quraisy. Setelah Nabi Muhammad menyerang berhala-berhala kaum musyrikin dan mengatakan bahawa bapa-bapa mereka mati adalah rugi, mereka membenci Nabi Muhammad s.a.w dan terus menentang ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.

Isi Penting

A. Ciri-ciri Ajaran Nabi Muhammad s.a.w (3 isi X 3 markah = 9 markah) 1. Aspek aqidah
Menyentuh tentang tauhid iaitu ajaran tentang ketuhanan yang menyeru ke arah Penyembahan Tuhan yang Esa (satu) yang serba sempurna dan menguasai alam ini. Ajaran monoteisme ini menentang segala bentuk amalan syirik atau penyembahan tuhan-tuhan sampingan seperti menyembah berhala dan alam persekitaran. Ajaran tentang aqidah menyentuh rukun-rukun seperti mempercayai adanya Malaikatmalaikat, kitab-kitab Allah, para rasul, hari akhirat serta qadak dan qadar. Manusia diajar tentang konsep keadilan yant diak dapat dipengaruhi oleh mana-mana kuasa di dunia. Semua manusia akan diberikan balasan yang setimpal di akhirat kelak mengikut amalannya di dunia. Turut menyentuh tentang ajaran kehidupan selepas kematian, iaitu mempercayai kewujudan hari pembalasan, syurga dan neraka, timbangan amal, titian sirat dan sebagainya.

2. Aspek Akhlak
Ajaran ini membentuk sifat-sifat peribadi Islam yang sejati. Nabi Muhammad meggesa umatnya agar meninggalkan segala jenis akhlak mazmumah atau akhlak yang keji dan tercela yang menjadi kebiasaan masyarakat Jahiliyyah pada waktu itu seperti membunuh, berzina, mencuri, memakan bangkai, menindas sesama manusia dan merompak. Nabi juga menggesa umatnya agar mengamalkan akhlak-akhlak mahmudah iaitu akhlak mulia dan terpuji seperti amanah, tidak mungkir janji, jujur, ikhlas, bermoral tinggi dan seumpanya.

Cikgu AinaJaafar/SMKM

2013

3. Aspek Ibadah
Merupakan satu bentuk amalan atau upacara keagamaan yang khusus sebagai satu bentuk sistem berkomunikasi dan menghambakan diri kepada Tuhan. Antaranya ialah bersembahyang, membaca al-Quran dan berzikir.

4. Kisah-kisah lama
Merupakan ajaran tentang kisah-kisah masyarakat pada zaman silam yang diceritakan semula dalam al-Quran sebagai satu pengajaran untuk manusia. Antaranya kisah kesombongan Firaun, sifat tamak Qarun dan kezaliman Namrud.

Faktor-faktor penentangan Quraisy terhadap seruan islam


a) Konflik Aqidah
Kaum Quraisy menentang seruan Islam keranan perbezaan dasar agama dan kektuhanan. Islam adalah ajaran monoteisme konsep ketuhanan yang esa tidak boleh disektukan dengan apa bentuk penyembahan yang lain. Kaum Quraisy menyembah tuhan-tuhan berhala daripada pelbagai jenis dan bentuk lebih mendekatkan diri ataupun perantaraan dengan Tuhan.

b) Takut akan Hari Kebangkitan


Kebanyakan kaum Quraisy telah bergelumang dengan dosa berasa takut akan ceritacerita yang dibawakan oleh Islam tenang penyeksaan dan pembalasan yang bakal diterima oleh orang seperti mereka pada hari akhirat kelak. Ajaran Islam di Mekah banyak menceritakan kebangkitan semula manusia untuk dikira setiap amalan mereka dan diberikan pembalasan yang setimpal. Menurut kaum Quraisy, hal ini merupakan satu gambaran yang kejam dan menggerunkan. Kaum Quraisy tidak memahami atau menerima konsep taubat menolak ajaran Islam yang dianggap menakutkan itu.

c) Konflik Sosial
Kaum Quraisy menentang konsep persamaan taraf yang dibawa oleh ajaran Islam kerana bertentangan dengan amalan feudal Jahilah yang mereka amalkan. Menurut Islam, semua manusia tidak mengira bangsa, keturunan dan warna kulit adalah sama tarafnya berdasarkan ketaqwaan kepada Allah. Kaum Quraisy juga menentang konsep persaudaraan Islam (ukhuwah Islamiyah) kerana bertentang dengan amalam assabiyah bangsa Arah. Menurut Islam semua manusia adalah bersaudara dan umat yang sama. Kaum Quraisy mentang segala amalan sosial yang dianjurkan oleh Islam dalam kehidupan seharain kerana bertentang dengan kebiasaan hidup mereka. Islam melarang segala jenis akhlak yang keji seperti berjudi, membunuh, memakan bangkai, berzina dan pelacuran.

Cikgu AinaJaafar/SMKM

2013

d) Sifat Taqlid kepada amalan tradisi


Bangsa Arab amat taqlid dan menuruti secara membabi buta segala amalan tradisi nenek moyang mereka tanpa mengira sama ada amalan itu baik atau buruk. Fahaman konservatif menyebabkan mereka sentiasa mengagungkan tradisi lama dan menentang segala pembaharuan. Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad dilihat sebagai usaha untuk merubah kehidupan tradisi mereka.

e) Konflik Politik
Kaum Quraisy tidak dapat membezakan antara konsep kenabian dan kekuasaan. Mereka menyangka bahawa patuh kepada Nabi Muhammad samalah seperti patuh kepada pengaruh Bani Hashim. Kaum Quraisy menuduh Nabi Muhammad memperjuangkan pengaruh politik Bani Hashim semata-mata. Mereka menuduh ajaran dan gerakan Nabi Muhammad hanya memecahbelahkan perpaduan masyarakat Mekah. Mereka bimbang Mekah menjadi lemah dan mudah dikuasai oleh bangsa-bangsa asing.

f) Konflik ekonomi
Sebahagian besar daripada penduduk Mekah terdiri daripada golongan yang mencari rezeki melalui usaha mengukir dan menjual patung-patung berhala perniagaan yang amat menguntungkan kerana kota Mekah merupakan kota suci yang dikunjungi oleh bangsa Arab pada setiap tahun dalam musim haji. Mereka menentang Islam kerana Islam melarang penyembahan berhala yang boleh membawa kepada kemerosotan perniagaan mereka. Mereka menuduh ajaran Islam sebagai menutup pintu rezeki mereka. Golongan penjaga Kaabah turut menentang seruan Islam khuatir jawatan tersebut akan dikuasai oleh orang-orang Islam dan segala berhala di sekitar Kaabah akan dihancurkan merugikan mereka kerana golongan penjaga Kaabah menerima kedudukan yang mulia dalam kalangan bangsa Arab.

Kesimpulan
Pelbagai cara yang dilakukan oleh kaum musyrikin menentang Nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam agar Nabi Muhammad tidak menjalankan aktiviti dakwah Islamiah kepada masyarakat di kota Makkah. Namun begitu, Nabi Muhammad dan umat Islam tabah menghadapi segala penentangan tersebut dan tidak gentar dengan segala azab yang ditimpakan kepada mereka.