Anda di halaman 1dari 19

Tajuk: Pentadbiran dan pengurusan Pendidikan Teknik & Vokasional

PENGENALAN Pendidikan PTV telah wujud sejak sebelum kemerdekaan tetapi oleh sebab pengurusan dan pentadbiran yang kurang cekap ianya tidak dapat berjalan lancar dan teratur. Namun begitu, pelbagai cara dan usaha telah dilakukan dan dilaksanakan untuk memajukan bidang PTV ini. Antaranya, perwujudan Jawantankuasa Barnes, Jawatankuasa Lemon dan Jawatankuasa Winsteadt. Dewasa ini, dengan kemajuan yang telah dicapai oleh negara, Pendidikan Teknik dan Vokasional telah dinaik taraf dengan diperbaharui dalam pelbagai bidang kemahiran. Namun begitu, tanpa pengurusan dan pentadbiran yang cekap, PTV tidak akan mencapai kemajuan seperti hari ini. Umpama pahat dengan penukul, tanpa pentadbiran dan pengurusan yang mantap maka tidak akan berkembanglah bidang PTV dalam negara ini. Pengurusan dan pentadbiran yang cemerlang sangat penting dalam menyusun isntitusi dan menggerakkan kakitangannya ke arah mencapai matlamat institusi.Organisasi dengan segala sumber yang ada padanya,sama ada sumber manusia atau sumber bukan manusia,menjadi perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pengurus yang mentadbir organisasi berkenaan.Pengurus yang dimaksudkan adalah menyeluruh termasuk pengurus dalam bidang pendidikan,bidang kejuteraan danlain-lain bidang kehidupan.Tanggungjawab utama pengurus ialah memastikan bahawa organisasi yang dipimpinnya bergerak menuju kepada matlamat yang telah ditetapkan dengan menggunakan sumber yang paling minimum tetapi mencapai matlamat secara menyeluruh.Hal ini dapat dicapai dengan mengamalkan pengurusan yang cekap dan menggunakan sumber yang sedia ada secaraoptimun dan berhemah.

Matlamat ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa kesefahaman yang mendalam pihak pengurusan tentang pengertian pengurusan organisasi yang dipimpin beliau.Pemimpin pengurusan juga perlu menguasai kemahiran komunikasi dan perhubungan bagi menyokong beliau mewujudkan perhubungan yang baik bukan sahaja antara anggota dalam sesuatu organisasi tetapi juga dengan organisasiorganisasi lain. Oleh itu,pengurusan ialah pencapaian objektif melalui orang yakni pengurus bertanggungjawab meghasilkan penilaian.Sebagai atas kerja definisi orang lain.Bush dan West-Burnham(1994) pengurusan yang satu tentang prinsip

meliputi,perancangan,pengambilan sumber,pengawalan,pengaturan,pimpinan dan intipati,pengurus memimpin,mengurus dan mentadbir.Amat penting bagi pengurus memastikan semua perkara terus berlaku,mengatasi masalah,memulakan aktiviti baru dan menyatukan aktiviti secara bersama.Secara khususnya,fungsi utama pengurusan Pendidikan Teknik dan vokasional ialah untuk menguruskan polisi,pembelajaran,pelajar dan sumber.Pentadbir mencipta,mengekal dan meningkatkan keadaan yang pembelajaran yang berkesan. organisasi mesti mewujudkan boleh

1.

Definisi Pengurusan Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan

yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringnya merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan, dan teknologi, serta juga sumber alam semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan.Pengurusan juga adalah melaksanakan sesuatu melalui manusia,satu proses sosial dibentuk, disusun untuk mengujudkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat dan melibatkan proses kemanusiaan.

2.Definisi pentadbiran Pentadbiran ialah sebuah istilah yang menghuraikan tingkah laku kerja dan fungsi atau yang pencapaian matlamat-matlamat organisasi. Disebabkan pentingnya tanggungjawab pentadbiran di dalam sesebuah pertubuhan, keadaan sistematik dan konsisten boleh diwujudkan oleh para pentadbir yang mahir.Ianya satu proses yang memusatkan kepada identifikasi, penyelenggaraan, pengawalan dan penyertaan penggunaan sumber-sumber sama ada berupa tenaga manusia mahupun bahan dalam satu sistem yang bersepadu dibentuk untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

3. Proses Pengurusan dan pentadbiran Pengurusan dan pentadbiran dalam sesuatu organisasi tentunya melalui satu proses tertentu. Proses pengurusan pentadbiran adalah langkah atau prosedur bagaimana seseorang pengurus pentadbir itu bertindak untuk mencapai objektif serta melaksanakan tanggungjawabnya.Senarai semak bagi satu proses pengurusan pentadbiran adalah seperti berikut:a)Menentukan matlamat dan objektif dengan jelas. b) Menentukan tenaga manusia - mengagih tanggungjawab, kewibawaan serta Penggunaan bahan sumber.

c) Menentukan dasar prosedur, tata cara kerja yang meliputi satu-satu tugas. d) Menentukan tugas, panduan tugas, keperluan kecekapan dan penggunaan jenis staf. e) Menentukan keperluan kewangan, kemudahan-kemudahan bahan serta kemudahan. f) Menentukan jangkawaktu dan urutan aktiviti yang dijalankan. g) Membuat penilaian dan menentukan standard serta kualiti kerja.

4.Tugas Pengurusan Fungsi/ tindakan utama Kenal pasti matlamat Tugas Rancang dan ambil keputusan Mengatur dan beri maklumat Jelaskan matlamat Tentukan jangka masa Kumpul maklumat Kenal pasti pilihan Semak keperluan Kenal pasti kriteria kejayaan Tentukan prosedur Beri taklimat dan rancangan tindakan Dengar dan respons kepada maklum balas Lapor kemajuan kepada yang berkenaan Baiki rancangan tindakan Tunjukkan contoh Nilai kejayaan matlamat Lapor tentang prestasi kejayaan Ambil kira tindakan masa depan Pasukan Pilih pasukan Jelaskan matlamat dan rasional Menjanakan komitmen Rujuk kepada pasukan Senarai cadangan Cambah fikiran Bentuk struktur yang sesuai Sebarkan rancangan yang dipersetujui Jawab soalan dan pertanyaan Memuktamadkan rancangan Selaraskan kerja dengan kumpulan kecil Semak sumber yang digunakan Beri maklum balas tentang tugas Tangani perselisihan Beri maklum balas tentang pencapaian Jemput pasukan membuat semak semula tentang keberkesanan tugas mereka Beri sokongan kepada individu Galakkan pendedahan masalah Hargai pencapaian individu Individu Memastikan individu faham tentang matlamat Respons kepada soalan Melibatkan setiap orang Dengar cadangan Bimbing untuk sesuatu kemahiran

Kawal, sokong dan awasi

Beri sokongan kepada individu Galakkan pendedahan masalah Hargai pencapaian individu Mententeramkan jika perlu Hargai perkembangan individu Beri setiap individu maklum balas tentang pencapaian matlamat

Penilaian/ kaji semula

5.Peringkat pengurusan dan pentadbiran Pengurusan merupakan satu proses sosial. Banyak percubaan digunakan untuk menganalisis peringkat-peringkat proses pengurusan ini dan didapati banyak perubahan. 5.1. Planning (merancang) Terdiri daripada: i. menentukan apa, bila, siapa dan bagaimana hendak dibuat. ii. mengenalpasti objektif dan menetapkan kaedah pencapaian keberkesanan yang paling maksimum melalui proses penetapan matlamat. iii. mengumpul serta menganalisis maklumat. iv. mencari alternatif atau pilihan. v. menyediakan atau menghubung perancangan dengan keputusan. 5.2. Organising (mengelola) i. mendapatkan peralatan, kelengkapan dan staf untuk mengwujudkan rangka dasar yang baik untuk menjalankan segala aktiviti perancangan yang telah dirancangkan. ii. mengumpulkan segala komponen pekerjaan ke dalam satu struktur yang baik. iii. membentuk struktur kuasa atau wibawa (authority) dan menyelaraskan jentera pelaksanaan. iv. menyusun dan menjelaskan kaedah dan prosedur. v. memilih, melatih dan memberitahu staf serta mendapatkan sumber-sumber lain yang perlu.

5.3. Directing (mengarah) i. terdiri daripada membentuk rangka kerja untuk masa dan perbelanjaan. ii. memperkenalkan dan memberi kepimpinan dalam pelaksanaan

perancangan dengan cara membuat keputusan. iii. mengeluarkan arahan-arahan tertentu. iv. memimpin, mengelola dan memberi motivasi.

5.4. Controlling (mengawal) i. menilai segala kerja yang dijalankan di peringkat perancangan. ii. melaporkan segala penyelewengan, kelemahan dengan segera supaya dapat dibetulkan. iii.Menunjukkan jalan mengikut langkah-langkah yang betul dengan cara membentuk matlamat dan taraf. iv. menetapkan pencapaian dan memperbaiki penyelewengan dan kelemahan.

6.Prinsip Pengurusan Terdapat berbagai prinsip tentang pengurusan. Henry Fayol mengemukakan 14 prinsip pengurusan yang wujud dalam organisasi iaitu:1. Pembahagian kerja. 2. Kewibawaan. 3. Disiplin. 4. Menerima arahan dari orang lain. 5. Seorang ketua bagi satu unit atau bahagian. 6. Mementingkan kehendak masyarakat daripada kehendak individu. 7. Gaji atau upah. 8. Pemusatan 9. Aliran Kewibawaan. 10. Mengikut arahan. 11. Persamaan. 12. Kestabilan kerja 13. Inisiatif atau daya usaha. 14. espirit de corp.

7.Elemen Pengurusan dan pentadbiran 7.1. Membuat Keputusan Amat penting kerana seseorang pengurus itu membuat keputusan atau untuk membuat tindakan alternatif selanjutnya. Elemen ini timbul di dalam semua peringkat proses pengurusan. 7.2. Menyelesai Masalah. Membuat keputusan yang lebih rumit ketika memilih alternatif bagi mengatasi halangan atau masalah yang akan membantu pencapaian matlamat organisasi. 7.3. Hubungan Manusia. Digunakan untuk mendapatkan kerjasama dan penyertaan pekerja, menggunakan motivasi dan daya kepimpinan yang baik. 7.4. Komunikasi. Satu kuasa penggerak dan proses dinamik dalam organisasi yang dapat membantu kerjasama dan kemajuan secara berkelompok ke arah pencapaian matlamat organisasi.

8.Pembahagian Tugas Pertimbangan yang terakhir dalam jadual ialah pembahagian yang perlu diuruskan.Dengan bertambahnya tanggungjawab dan jawatan dalam pengurusan kemajuan guru,terdapat juga kesan dari pembahagian tugas yang efisien.Waktu yang diagihkan mesti mencerminkan keperluan sesuatu tanggungjawab dan tugas.Pembahagian tugas untuk kerja pengurusan penting untuk pengurusan yang berkesan. Perincian dan keterangan tentang jawatan dapat membantu sesiapa yang membuat pembahagian tugas.Jika seseorang staf mempuyai peranan yang jelas dan khusus berkaitan dengan beberapa jam dalam jadual waktu,sudah pasti tiada masalah untuk membentuk jadual untuk peringkat individu.Jika terdapat ruang yang kurang jelas atau tidak dikenal pasti,ia akan menghalang proses pembentukan jadual dengan baik. Oleh itu,pengurus haruslah berusaha untuk terlibat sama dalam proses merancang pengurusan yang teratur.Keperluan individu dan pasukan perlu dikenal pasti untuk kepentingan perancangan yang berkesan.Salinan bagi surat menyurat mesti disimpan.Berunding dan bertolak ansur untuk tujuan menyelesaikan masalah.Pengurus harus mempunyai pengetahuan dan kefahaman dalam proses perancangan pengurusan.Dengan kemahiran dan kebolehan yang diperlukan,pengurus haruslah berada dalam kedudukan untuk merancang jauh ke hadapan.

Proses Perkembangan dan perlaksanaan tugas di sekolah

9. Standard (Piawaian) dalam PTV Walaupun terdapat banyak badan-badan yang membuat pemantauan standart di Malaysia,hanya dua elemen sahaja yang betul-betul terarah kepada PTV iaitu Majlis Latihan Vokasional Malaysia(MLVK) dan Standart Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan(NOSS).Kedua-dua elemen ini berkait rapat dengan Pendidikan dan Latihan Vokasional di Malaysia. 9.1.Pengenalan Sistem Standard di Malaysia Terdapat beberapa badan di Malaysia yang terlibat dalam menetapkan standart pendidikan dan latihan.Di peringkat pendidikan tinggi,lembaga Akreditasi Negara atau LAN yang ditubuhkan pada tahun 1996 berfungsi untuk merangka dasar,prosedur,standart dan memantau kualiti program yang ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi. Di peringkat sekolah pula,Jemaah Nazir Sekolah berperanan

memastikan kualiti program di sekolah.Untuk program-program professional pula terdapat badan-badan professional yang memantau kualiti dan standard seperti Instituon of Engineers Malaysia(kejuteraan),Malaysia Medical Assotiaon(perubatan) dan lain-lain. Di sektor industri,SIRIM berperanan untuk memantau kualiti industri termasuk menganugerahkan pengkitirafan ISO untuk syarikat-syarikat yang layak.Di sektor awam,Mampu ditugaskan untuk menganugerahkan pengiktirafan ISO kepada institusi dan pejabat awam yang mencapai tahap kualiti yang ditetapkan.

9.2.Definisi standard Standard bolehlah didefinisikan sebagai sesuatu peraturan,kriteria atau piawaian yang ditetapkan sesebuah badan yang mempunyai kuasa atau diberi kuasa. Standard biasanya digubal oleh badan profesional yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu badan. Contohnya, Amerika Syarikat, badan-badan profesional seperti National Council for Accrediation for Teacher Education (NCATE) memantau program pendidikan manakala Accrediation Board for Engineering Technology (ABET) memantau program Kejuruteraan dan Teknologi. 9.3.Kepentingan standard Standard atau piawai adalah penting kepada individu atau organisasi dalam menbuat keputusan tentang sesuatu perkara. Standard juga digunakan untuk menentukan dan memantau kualiti individu atau program.

10.Bahagian-bahagian dalam Majlis Latihan Vokasional (MLVK) adalah seperti berikut:

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

Bahagian Perancang an Penyelidik an dan Galakan

Bahagian Pengiktiraf an

6 bahagian penting dalam MLVK

Bahagian Persijilan

Bahagian Penyelarasan dan Khidmat Runding Bahagian kurikulum

10.1.Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Galakan Bahagian ini bertanggungjawab melaksanakan 3 tugas utama iaitu: Penyelidikan dan perancangan Promosi Pusat Sumber

10.2. Bahagian Penyelarasan dan Khidmat Runding Bahagian ini bertanggugjawab menyelaras jawatankuasa dan program berikut: Jawantankuasa Penasihat Kemahiran (JPK) Jawatankuasa (JTPAAL) Program pembangunan kemahiran pengajar (PKP), tenaga pengajar latihan vokasional Jawatankuasa kerjasama pengambilan pelatih secara bersepadu ke institusi kemahiran awam 10.3. Bahagian Kurikulum Bahagian ini bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berikut: Standard kemahiran pekerjaan kebangsaan (NOSS) Pembangunan panduan bahan pembelajaran Tetap Penyelarasan antara agensi latihan

10.4. Bahagian Pensijilan Bahagian ini bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berikut: Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pentauliahan Program Latihan Ujian Kemahiran Pentauliahan pencapaian terdahulu Pusat bertauliah Pertandingan antarabangsa) kemahiran (Peringkat kebangsaan dan

10.5. Bahagian Pengiktirafan Pengiktirafan persijilan kemahiran Malaysia melibatkan pihak-pihak seperti kerajaan sendiri, khususnya JPA dan Kementerian berkaitan, pihak industri dan majikan serta badan antarabangsa dan organisasi luar negara. Bahagian ini bertanggungjawab melaksanakan urusan penilaian dan kelulusan program latihan termasuk: Bidang-bidang yang belum ada NOSS Pentauliahan tahap 3,4 dan 5 Program yang dikendalikan oleh badan organisasi lain (awam dan swasta, dalam atau luar negara) 10.6. Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Bahagian ini bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berikut: Pentadbiran Penjawatan Kewangan Pembangunan Kakitangan

Kesimpulan Kefahaman tentang tujuan pengurusan dan pentadbiran dalam konteks PTV merupakan satu asas penting. Penyataan yang boleh didapati oleh semua memberi titik permulaan kepada semua aktiviti pengurusan dan pentadbiran PTV iaitu amalan dan polisi. Sebagai suatu organisasi, PTV harus melibatkan diri dalam perkembangan, pelaksanaan dan penilaian pernyataan visi dan misi. Seperti yang ditunjukkan, perkongsian dan pernyataan visi dan misi sangat penting untuk mengenal pasti objektif dan polisi utama yang akan menjadi rangka kerja pendidikan yang kursus kesesuaiannya untuk sesuatu masyarakat. Oleh itu, pengurusan dan pentadbiran ialah pencapaian objektif melalui orang yakni pengurus bertanggungjawab atas kerja orang lain. Sebagai intipati pengurusan dan pentadbiran memimpin, mengurus dan mentadbir. Amat penting bagi pengurusan dan pentadbiran memastikan semua perkara terus berlaku, mengatasi masalah, memulakan aktiviti baru dan mempelbagaikan aktiviti yang sedia ada.

Sumber rujukan

Hasmah Jalil(2007).Rancangan Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional. Yahya Emat al-Haj(2005).Buku Pendidikan Teknik dan Vokasional di

Malaysia,IBS BUKU sdn.bhd.


Sonia Blandford(1999).Bahariah Yusuf(penterjemah).Pengurusan Peringkat

Pertengahan di Sekolah,Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad,Kuala


Lumpur. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengurusan diakses pada 23 Febuari 2008 members.tripod.com/~ifah/pengurusan.htm diakses pada 24 Febuari 2008