Anda di halaman 1dari 68

Cik Qwerty

Prolog
Tiga patah perkataan yang telah membuatkan mulut Adi Ashq dan Nia Saffiya terbuka luas, sampaikan kalau nak masukkan lesung ke dalam mulut mereka pun boleh. Kejutan sentiasa membuatkan berhenti berdegup sesaat. jantung

ULAN depan, kahwin.

Cheese

Bab 1
Tak boleh. Ini saya punya, jawab budak lelaki itu. Suka-suka dia je minta. Aku tak makan tau tadi kat sekolah semata-mata nak beli aiskrim ni. Saya nak aiskrim yang kat tangan awak tu. Awak nak bagi ke tak? minta budak perempuan itu lagi. Aku tak kira. Aku nak juga aiskrim kat tangan dia tu. Macam sedap je. Nia, ini saya punyalah. Kalau awak nak, awak belilah lain. Tak nak. Saya nak yang dekat tangan awak tu juga, bentak Nia lantas cuba mengambil aiskrim dari tangan Ashq. Eh, janganlah. Ni saya punyalah, ujar Ashq sambil cuba melarikan aiskrimnya. Aksi tarik-menarik berlaku di antara Ashq dan Nia. Dan akhirnya. Ha, kan dah jatuh, ujar Ashq sambil merenung aiskrim yang makin mencair di atas rumput dengan pandangan sedih.

AK sini aiskrim tu, minta budak perempuan itu. Kasar.

Cik Qwerty

Hah, padan muka. Saya nak, awak tak kasi. Bye, ujar Nia lalu dia melangkah pergi. Oit! sergah satu suara yang kuat tiba-tiba. Oh, mak kau aiskrim aku jatuh tergolek, latah Ashq. Langsung mematikan lamunan Ashq. Ye. Ashq seorang lelaki yang melatah ye. Suara perempuan yang gelak ala-ala mengilai membuatkan Ashq berpaling ke belakang. Bibir diketap geram. Eh Kak Aina ni, tak reti bagi salam dulu ke ha? Suka sangat bagi orang terkejut, ujar Ashq sambil mengurut dadanya. Nasib aku tak kena heart attack. Kalau tak, mau rebah menyembam bumi. Tak sempat kahwin, omel Ashq dalam hati. Budak kecik berangan apa ha? Dari tadi dok mengelamun. Tahulah lagi sebulan nak kahwin, sakat Aina dengan tawa yang semakin surut. Tumpang gembira yang adiknya ingin menamatkan zaman bujang. Walaupun bukan dengan pilihan sendiri. Kahwin-kahwin jangan sebut ha... perkataan paling digeruni sekarang ni. Lah... apa pasai apek? Sape apek? Lu pigi main jauh-jauh la amoi. Shuh... shuh... balas Ashq sambil mengibas-ngibaskan tangannya. Gaya menghalau. Aina yang melihat aksi Ashq pantas memulas telinga Ashq. Ha... ambik kau. Main-main lagi. Budak ni suka betul main-main. Orang tanya betulbetul tak mahu jawab. Ni dah cukup sweetlah seorang kakak ingin mengambil berat akan adik lelakinya. Cewah, bebel Aina dalam hati.

Cheese

Hoi, sakit la! Berbisa betul. Kalau tercabut telinga, macam mana nak kahwin nanti, ha? Jawab-jawab. Sakit betul. Ni kena pergi hospital ni. Mana tahu kut patah tulang telinga aku ni ha. Tak pasal-pasal turun saham aku nanti, omel Ashq dalam hati. Hah, tahu pun dah nak kahwin. So, cubalah serius sikit. Main-main aje tahu. Kalau tuk kadi tanya, kau kena jawab straight to the point tau. Tak boleh bengkang-bengkok. Mau kena luku dengan tuk kadi nanti, bebel Aina. Hambek! Cik Aina Dayana dah mula membebel. Baik lari cepat. Kalau tak, mahu dua jam aku tak boleh lepas. Agaknya sebab dia kuat membebellah dia tak kahwin-kahwin lagi. Semua lelaki lari. Ha ha ha! Ashq ketawa dalam hati. Ha, tu mengata aku dalam hatilah tu. Daulat tahu? Ha ha ha! Tak tahan la kau ni, kak. Aku agak dah. Kalau dah dok tertahan-tahan mulut dan terpegang-pegang perut, mengumpat akulah tu. Nak kena budak ni. Nantilah kau, bisik Aina dalam hati dengan geram. Ashq, Aina... masuk! Apa buat tengah-tengah malam duk berembun kat luar tu? jerit Puan Lia dari dalam rumah. Aisehmen. Mama ni kacau daun la... baru nak balas dendam kat Ashq ni, desis Aina dalam hati. Ashq tersengih sambil menaikkan ibu jari kanannya. Bukan dia tak tahu yang kakaknya baru merancang nak mengenakan dia balik. Siapa last, tutup pintu, ujar Ashq dan terus berlari masuk ke dalam rumah.

Cik Qwerty

Woi budak! Apa Ashq ingat ni zaman sekolah menengah ke nak main macam tu? Adi Ashq! Jerit Aina tak puas hati. Mana boleh. Mana aci!

MORNING ibu, morning ayah, sapa Nia di meja makan. Assalamualaikum anakanda, balas Encik Amar. Opsss... waalaikumussalam... jawab Nia sambil tersengih. Ha... lain kali bagi salam. Nia ingat Nia ni anak Brad Pitt ke yang Nia nak ucap morning-morning? bebel Puan Nor. Heee... sorry... sorry. Nia tersengih lagi. Hesy... macam mana boleh lupa ni? Assalamualaikum... sapa Nash yang baru tiba di meja makan. Waalaikumussalam. Serentak ketiga-tiga beranak itu menjawab salam. Tengah hari nanti balik makan kat rumah, pesan Puan Nor, mengingatkan anak-anaknya. Dalam fikiran sedang menimbang-nimbang lauk apa yang hendak disajikan pada tengah hari nanti. Erk, buuu... panggil Nia dengan suara meleret. Ha, ada la tu. Apa dia? Puan Nor dah dapat menangkap helah anak daranya. Jangan main-main. Sixth sense kuat ni. Hari ni Nia ada lunch appointment kat luarlah, bu... dengan klien, penting. Sorry... ujar Nia dengan suara manjanya. Fuh... fuh. Harap-haraplah ibu tak marah.

Cheese

Nia lupa ye apa yang ibu pesan? Setiap hari Rabu, kan kena makan tengah hari kat rumah? Yang Nia buat appointment kat luar tu kenapa? tanya Puan Nor dengan pandangannya tajam menikam mata Nia. Nia lupalah... sorry. Kali ni aje. Nia janji ni yang last... rayu Nia. Biarlah dia, Nor oi.... Dah ada appointment, nak buat macam mana? ujar Encik Amar yang cuba meleraikan keadaan. Yelah... yelah. Kali ni aje tau? Lain kali kalau Nia buat lagi, ibu denda Nia. Ni kenapa pakai baju kemeja? Mana baju kurung Nia? soal Puan Nor lagi. Erk... Nia... Nia tak selesa la pakai baju kurung, ibu. Nia, kan kerja lasak. Buatnya terkoyak time Nia kerja, tak ke ada free show nanti? jawab Nia. Ha ha ha! Opsss. Nash menahan gelak. Lawaklah adik aku yang seorang ni. Alasan. Kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Cik Nia oi... perli Puan Nor. Sudahlah... lepas kahwin nanti tahulah dia nak berubah Puan Nor, sayangku. Tak gitu Nia? ujar Encik Amar. Kesian pula dia tengok anak daranya yang seorang ni kena bebel di pagi hari dengan isteri tercinta. Hesy awak ni... ada aje nak menangkan Si Nia ni. Sepatutnya, sekarang ni pun Nia dah kena pakai pakaian yang elok-elok sikit. Yang feminin sikit. Senang lepas kahwin nanti, bebel Puan Nor lagi. Erk... Nia pergi kerja dululah ibu, ayah. Dah lambat ni. Assalamualaikum, ujar Nia lantas menghabiskan Nescafe di dalam cawan. Lari woi lari.

Cik Qwerty

Nak lari la tu. Hurmmm... yelah. Pergi elok-elok. Hati-hati. Ujar Puan Nor. Kahwin? Alahai. Bala, bala... omel Nia dalam hati. Whatever it is, family comes first.

Cheese

Bab 2
ELAMAT PAGI, doc, sapa Wani si kecil molek. Senyumannya melebar melihat penampilan Ashq. Baju kemeja yang terlekat kemas di tubuh berserta tali leher yang sepadan amat menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya. Huh, Wani! Ingat tunang kat Penang tu woi. Jaga mata... jaga mata. Selamat pagi, Wani. Sihat hari ni? tanya Ashq dengan mesra. Dengan pekerja wajiblah mesra, bukan? Barulah diri disenangi dan dihormati. Alhamdulillah.... Doktor pulak nampak happy aje hari ni. Ada apa-apa ke? Doktor nak kahwin ye? usik Wani. Eh, mana awak tau ni? Ha? Betul ke doktor nak kahwin? Betul? tanya Wani teruja. Kalau betul, alhamdulillah. Bukannya apa, Doktor Ashq ni nampak macam tak berminat dengan perempuan. Bukan sekali dua perempuan datang memikat, tapi semuanya dibuat endah tak endah aje. Tak tahu nak kesian kepada perempuan-perempuan tu atau kepada Ashq.

Cik Qwerty

Errr... yelah. Lagi sebulan. Tapi, kenapa awak nampak macam teruja sangat ni? soal Ashq. Pelik. Kenapa pulak dia yang excited bebenor dengar aku nak kahwin? Takde apa-apalah. Suka dengar doktor nak kahwin. Mana kadnya? tanya Wani. Gila. Takkan nak bagi tahu doktor ni yang aku ingat dia gay? Mahu kena inject ubat bius nanti. Kad? Errr... ada dekat rumah tu ha. Esok saya bagi awak. Okeylah, saya masuk bilik dulu. Ujar Ashq, pantas meminta diri. Tak mahu berlama-lamaan bersembang dengan Wani. Bukannya apa... kad kahwin pun aku lupa letak kat mana. Hari tu mama ada bagi. Bawah katil kut? Mampuslah kalau mama terjumpa. Harap-harap mama tak buat spotcheck mengejut di dalam bilik bujang aku tu. Amin.

BRO, apesal muka macam kucing hilang anak ni? tanya Faiz. Dari tadi sebenarnya dia memerhatikan Ashq. Masam macam tapai basi. Aku nak kahwin... ujar Ashq mendatar. Uhuk... uhuk... uhuk! Faiz tersedak kuat. Aku dengar perkataan kahwin ke tadi? Adoiii... sakit dada aku. Amboi, teruknya kau tersedak? perli Ashq. Jus tembikai milik Faiz dihulurkan. Kahwin? tanya Faiz selepas menyedut jus tembikainya. Yalah. Kahwin, nikah, tekan Ashq lagi. Buat-buat tak dengar pula aku cakap. Sekeh kang kepala tu, baru tahu. Serius? tanya Faiz lagi.

Cheese

Ya Allah... ya, kad pun dah siap. Cuma aku tak edarkan aje lagi, jawab Ashq. Kenapa macam susah sangat budak ni nak percaya yang aku nak kahwin? Musykil ni. Alhamdulillah. Tahniah bro, ucap Faiz. Dia tumpang bahagia. Lepas ni tak adalah orang akan cakap Si Ashq ni gay. Hurmmm... eh, aku nak tanyalah. Apesal kau nampak terkejut gila bila aku cakap aku nak kahwin? Tadi Wani, ni kau pula? Musykil aku. Errr... takde apa-apalah. Suka aje aku dengar kau nak kahwin. Cuma terkejut sikitlah. Tak pernah-pernah aku nampak kau keluar dengan perempuan. Ingatkan kau tak minat dengan perempuan. Tup-tup nak kahwin dah. Pandai kau simpan ye? ujar Faiz. Wait! Kau cakap aku apa? Tak minat dengan perempuan? Oh, sebab inilah kau terkejut ye? Eh, entahentah Wani pun fikir aku tak minat perempuan. Tu yang dia pun terkejut tadi? ujar Ashq tak puas hati. Tak boleh jadi ni. Aku yang maco ni dikatakan tak minat perempuan? Fitnah... fitnah. Eh, apa pulak? Tak adalah. Mana ada aku fikir macam tu. Takde... takde, ujar Faiz sungguh-sungguh sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Ah, kau. Macamlah aku nak percaya. Siapa pengantin perempuan kau? tanya Faiz, cuba menukar topik. Bukan dia tak tahu, Ashq akan terus bertanya selagi dia tidak mendapat jawapan yang memuaskan hatinya. Huh? Pengantin perempuan? Yelah... pengantin perempuan. Takkan kau nak kahwin dengan pengantin lelaki kut, usik Faiz lantas ketawa

10

Cik Qwerty

besar. Otak dah membayangkan macam Abon dan Os dalam Maharaja Lawak Mega tu ha. Yang diorang pakai baju pengantin. Adoi, lawak. Ceh, ada pula macam tu. Ni pilihan mama and papa aku. Member masa kecil aku dulu. Actually, bukan member. Tapi lebih kepada memsuh, balas Ashq. Memsuh? Apa tu? Kuih ke? soal Faiz dengan dahi yang berkerut. Banyaklah kau punya kuih! Member campur musuhlah. Uit? Musuh? Menarik ni. Macam mana boleh jadi musuh pula? tanya Faiz ingin tahu. Pinggan yang sudah licin ditolak ke tengah. Entah, balas Ashq sepatah. Entah? Macam mana boleh entah? Mesti ada sebab kenapa kau jadi memsuh dengan dia? Ah, malas aku nak cerita. Buat malu aje. Ha... aku macam dapat teka aje. Kalau tak kau yang buli dia, mesti dia yang buli kau, kan? Tapi aku rasa dia yang buli kau ni... serkap Faiz. Tengok pada gaya mamat ni, memang sah dia yang kena buli. Erk.... Ashq terkedu. Heh, mana pulak Si Faiz ni tau aku yang kena buli? Seingat aku, tak pernah pun cerita dekat dia. Ha ha ha! Faiz gelak sakan. Sahlah tu. Ashq yang kena buli. Dah tergagap-gagap, resah semacam. Ashq... Ashq. Dah... sudah. Baik kau diam sebelum aku ketuk kau dengan garpu ni, gertak Ashq. Mukanya dah terasa panas. Siaplah kau perempuan, aku buli kau balik lepas kahwin nanti, ujar Ashq dalam hati.

11

Cheese

Lawaklah kau, Ashq. By the way, apa nama minah tu? tanya Faiz, sedaya upaya dia menahan gelak. Sudah Faiz sudah. Kesian pulak tengok muka Ashq yang merah menahan malu. Tapi, sungguhlah... lelaki yang kena buli? Adoiii.... Apa ek nama dia? soal Ashq kembali. Hoi, nak aku ketuk kepala kau baru kau nak ingat ke? ujar Faiz dengan geram. Boleh pula dia tanya aku balik? Alah kau ni... janganlah marah. Kalau tak silap, nama dia, Nia... Nia Saff... Saff apa, ha? Saff apa? Kau ni nama bakal isteri sendiri pun tak lepas lagi. Macam mana nak akad ni? Sabarlah... aku nak ingat balik la ni. Saff apa ek? Saff... Saff.... Jenuh Ashq cuba mengingati nama minah itu. Alahai. Saff apa ha? Saff apa?! gertak Faiz. Budak ni kena kasi gertak sikit. Baru lancar percakapan dia. Saffrina! Saffrina? ulang Faiz. Eh, bukan rasanya... ujar Ashq ragu-ragu. Macam bukan Saffrina. Nama minah tu macam lembut aje. Tak padan langsung nama dengan perangai dia. Huh! Saff apa, ha? tanya Ashq lagi dengan dahi yang sudah berkerut seribu. Saff apa? Dari tadi Saff, Saff. Kau ingat ni nak merapatkan saf dalam masjid ke? bebel Faiz. Geram pula dengan Ashq ni. Dari tadi tak ingat nama bakal isteri sendiri. Nampak sangat terpaksanya. Aku lupalah, bro. Saffina? Eh, bukan, sangkal Ashq lagi. Sampai terpejam-pejam matanya mengingatkan nama si bakal isterinya.

12

Cik Qwerty

Nia Saffiya.... Ha... Nia Saffiya. Terima kasih, ucap Ashq lalu matanya terus terbuka. Terima kasih la Faiz sebab kau ingatkan aku nama bakal isteri aku tu ha. Eh, tapi kenapa lembut semacam aje suara Si Faiz ni? Takkan sebab tersedak nasi goreng cili api terus tertukar suara? Faiz pantas menjengukkan kepalanya di belakang Ashq sebaik sahaja terdengar suara lembut itu. Seorang perempuan berkemeja belang-belang itu menarik perhatiannya. Kalau tak silap, perempuan tu yang bersuara tadi... tapi macam mana dia boleh tahu nama bakal isteri Ashq pula? Eh Faiz, kau dah tahu nama dia, kau tanya aku lagi buat apa? Dan sejak bila suara kau ayu semacam aje ni? tanya Ashq sambil mengerutkan dahinya. Eh jap! Bukan Faiz ke tanya aku nama minah tu? Kalau Faiz dah tahu, takkan dia tanya aku. Dan bila masa pulak suara Faiz macam perempuan ni? Sakit tekak ke? Bukan akulah senget! Agak-agaklah suara aku nak bertukar macam tu sekali. That girl yang kat belakang kau yang bersuara tadi. Ujar Faiz sambil jari telunjuknya menunjuk ke belakang Ashq. Pantas Ashq menoleh. Terdapat dua orang perempuan berpakaian formal. Seorang berkemeja belangbelang dan seorang lagi berbaju kurung. Yang pasti, perempuan yang duduk membelakangi dirinya langsung tidak berpaling. Siapakah? Nikah itu sunnah dan indah.

13

Cheese

Bab 3
ATA Ashq mengecil memandang kedua-dua orang perempuan di belakangnya. Dalam fikiran menimbang-nimbang sama ada ingin menegur ataupun tidak. Akhirnya, Ashq mengambil keputusan untuk menegur. Nia? sapa Ashq pada perempuan yang berskirt hitam. Nope. Not me. She is Nia, jawab perempuan itu sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah Nia yang duduk di hadapannya. Nia tarik nafas dalam-dalam dan sejurus itu dia berpusing ke belakang. Memandang Ashq dengan muka tiada riak. Yes, anything? Errr... hai, ujar Ashq tergagap-gagap. Mana tak gagapnya? Dah berapa puluh tahun tak bertentang mata. Tiba-tiba terjumpa macam ni. Mahu tak ketar? Dalam masa yang sama, mulutnya dah ternganga melihat si gadis yang makin cantik di hadapannya.

14

Cik Qwerty

Kut ye pun, tutuplah mulut tu, bro, tegur Faiz. Terasa lucu melihat reaksi kawannya itu. Hurm... balas Nia lantas berpaling. Dia mengemas segala jenis fail di atas meja, bersedia untuk bergerak balik ke pejabat. Dah nak habis waktu lunch. Nia, wait! panggil Ashq. Malangnya, Nia sudah keluar dari pintu restoran. Hesy, sombongnya bakal isteri aku ni! Ha... itulah kau. Duk ternganga aje dari tadi. Kan dah terlopong... ujar Faiz. Ashq buat-buat tidak dengar dengan apa yang dicakapkan oleh Faiz. Otaknya hanya memikirkan gadis yang baru kejap tadi hilang daripada pandangan. Macam mana nak hidup dengan minah sombong macam tu? Tapi... dia makin cantik. Dia cantik... bisik Ashq tanpa sedar. Faiz tergelak kuat. Dah sudah. Ada potensi untuk angau Si Ashq ni. Itu baru sekejap jumpa bakal isteri. Tak sampai sepuluh minit pun. Apesal kau gelak kuat sangat ni? Nak ajak satu restoran ni join gelak sekali ke? sindir Ashq. Dalam masa yang sama matanya meliar melihat sekeliling restoran. Adalah juga dua tiga pasang mata duk pandang mejanya dan Faiz. Tak tahulah sama ada kerana gelak Si Faiz yang kuat ataupun ingin mencuci mata dengan ketampanan dirinya dan Faiz. Perasan! Boleh juga ajak diorang join aku gelakkan kau. Seorang bakal suami sudah angau dengan bakal isterinya sendiri, sakat Faiz. Banyaklah kau. Tapi rasanya tak salah pun kalau

15

Cheese

aku angau, kan? Bakal isteri aku juga. Bukan bakal isteri kau, bidas Ashq sambil tersengih. Dah, sudah. Tak payah nak angau dekat sini. Kau tak nak masuk klinik ke? Dah pukul dua ni. Tahulah klinik sendiri. Kalau ye pun, kesian dekat kawan kau ni, kerja makan gaji aje, kata Faiz dengan nada sedih yang sengaja dibuat-buat. Makan gaji dengan company atuk sendiri? Makan gajilah tu. Company atuk aku yang bayar gaji aku, ujar Faiz tak mahu kalah. Apa-apa ajelah Tuan Megat Faiz oi, balas Ashq lantas bangun daripada kerusi dan diikuti oleh Faiz. Sampai di hadapan kaunter, Ashq memandang Faiz. Faiz pandang Ashq. Bayarlah. Cik adik di kaunter dah tersengih-sengih. Aku pula? tanya Ashq. Awaklah. Saya kuli aje, balas Faiz mengusik lalu tangannya menyeluk poket belakang. Dompet jenama Gucci dibawa keluar. Baru aje nak hulur duit, dah kena tepis. Tak payah. Aku dah bayar. Lambat sangat kau keluar duit, ujar Ashq lantas berjalan keluar dari restoran menuju ke keretanya. Ceh... trimas, arigatou. Ucap Faiz lantas masuk ke dalam keretanya. Ashq mengangguk dan masuk ke dalam keretanya juga setelah mereka bersalaman. Enjin kereta dihidupkan. Hon dibunyi dan tangan diangkat tanda selamat tinggal kepada Faiz. NIA memberhentikan kereta di kotak parking yang memang

16

Cik Qwerty

telah disediakan untuknya. Fikiran melayang pada kejadian di restoran sekejap tadi. Macam mana boleh terjumpa pula dengan bakal suami hari ini? Boleh pula mamat tu seru-seru nama aku. Saff... Saff... Saff, ngomel Nia sendirian. Nak tergelak juga dia dengan aksi Ashq tadi. Nampak sangat berusaha nak ingat nama aku. Tapi tak juga ingat-ingat. Apa susah sangat ke nama Nia Saffiya tu? Itu pun susah benar nak ingat. Duk Saff, Saff, Saff... memang sikit aje lagi dia nak ketawa bila dengar kawan mamat tu cakap pasal rapatkan saf tu. Disebabkan dah tak tahan nak tergelak terus dia menyampuk, menyebut namanya. Nia Saffiya. Itu pun sebab Cik Fatin, kliennya macam tak senang dengar suara Ashq yang tergagap-gagap nak ingat nama Saffiya. Dahlah gagap, kuat pula tu. Orang nak bincang pun susah. Dah nampak berkarisma pula mamat tu, ucap Nia sendirian. Memang. Ashq nampak berkarisma dengan baju kemeja yang cukup sesuai terletak di badannya. Dengan lengan baju yang dilipat sampai ke siku, sungguh menarik gayanya. Hesy Nia... apa hal kau teringatkan mamat tu pula? Kerja woi kerja. Bebelnya sendirian dan pantas Nia menepuk perlahan pipinya. Beg tangan di tempat penumpang diambil dan terus dia keluar dari keretanya. Kerja di pejabat tak habis lagi, masalah lain tolak tepi dulu. Dari mata turun ke hati.

17

Cheese

Bab 4
AK suka! Tak suka! Tak suka! Ibu, kenapalah ibu pandai-pandai aturkan Nia keluar dengan mamat tu? Nia tak nak jumpa dialah! Cukuplah sekali hari tu terjumpa dekat restoran tu ha, bentak Nia dalam hati. Wei Nia, kau jangan nak mengada-ada, bisik sebelah hati kanannya yang menerima seadanya. Suka hatilah! Bantah sebelah hati kirinya yang masih memprotes keputusan itu. Ewah-ewah. Kau sedar tak, lagi sebulan dia nak jadi suami kau? Kenalah keluar beli cincin, kata hatinya yang masih berfikiran positif. Alah, dia beli cincin tikam pun aku tak kisah! Balas hati negatifnya. Betul ke kau tak kisah? Kau nak kahwin betulbetul... bukannya kahwin olok-olok macam masa kau budak-budak dulu tu ha, sebelah hati positifnya berbicara lagi. Eee... serabut betullah macam ni. Nia bermonolog

18

Cik Qwerty

sendirian. Hatinya masih bercelaru. Keliru untuk menerima kenyataan ini... huh! Nia meramas rambut lurusnya. Nia, apa cakap sorang-sorang tu? Puan Nor masuk ke dalam bilik anak daranya. Pelik melihat rambut Nia yang tak terurus. Dengan muka tak siapnya. Jangan meroyan sudah anak aku ni ha. Tak... takde apa-apalah, ibu. Nia menyanyi aje tadi, ujar Nia sambil tersengih-sengih. Jari-jemarinya pantas membetulkan rambut. Jangan risau ya, ibu. Anak ibu ni belum nak gila lagi walaupun hampir menjadi gila. Puan Nor cekak pinggang sambil menggeleng kepalanya. Bukan dia tak tahu yang Nia sedang protes pasal perkahwinan ni. Tapi saja aje dia buat tak tahu. Rasakan! Macam-macam. Cepat siap. Ashq dah tunggu kat bawah dah tu, ujar Puan Nor. Ibu, Nia tak nak pergi boleh tak? tanya Nia sambil buat muka meminta simpati. Jangan nak mengada. Cepat siap. Pakai baju elok sikit, arah Puan Nor. Dalam hati dia sedang mengira. Tunggu tiga saat. Mesti Nia akan buat alasan. Sixth sense kuat ni. Satu, dua, tiga.... Aduh, sakitnya perut Nia, ibu... sakit... adu Nia tiba-tiba. Ha... kan betul? Tak nak keluar dengan Ashq punya pasal, macam-macam alasan dia reka. Nia... Nia. Jangan harap ibu nak percaya, omel Puan Nor dalam hati. No, no, no... nehi. Nia sakit perut ke, sakit kaki ke, sakit tangan atau sakit kepala sekalipun, ibu tak peduli. Nia ingat ibu tak tahu yang Nia saja reka alasan? ujar Puan Nor sambil menjegilkan matanya.

19

Cheese

Erk, mana ibu tahu ni? tanya Nia sambil tersengih. Kantoi. Mana tak tahunya? Taktik lapuklah sayang oi. Dah, pergi siap cepat. Tak baik biar orang tunggu lama-lama, ujar Puan Nor seraya melangkah keluar dari bilik Nia. Ala... ibuuuu... rengek Nia. Sengaja suaranya dileretkan. Nope. Oh, ibuuuu.... Nia melagukan lagu Ibu dari kumpulan Exist. No means no. Cepat siap, arah Puan Nor dengan tegas lantas menutup pintu bilik Nia. Alahai... tak suka! Tak suka! Tak suka! Arghhh! bentak Nia. Habis bantal peluk kesayangannya ditumbuk berkali-kali. Melepaskan geram. Nia Saffiya! Apa lagi tu? jerit Puan Nor dari luar bilik. Pantas Nia bangun dan bersiap seperti lipas kudung. Dah tahu sangat dengan tune suara ibunya yang satu tu. Kalau dah terjerit macam tu, memang sungguhlah kena pantas bertindak. Kalau tak, wajiblah kena dengar pot pet pot pet daripada Puan Nor. Sebaik sahaja selesai merapikan diri, Nia terus melangkah dengan malas keluar dari bilik. Sampai aje di tingkat bawah, Nia pantas menjeling ke arah Ashq yang baru bangkit dari sofa. Kakinya pantas dibawa ke pintu rumah. Pergi dulu ye, Cik Nor, Cik Am, ujar Ashq meminta diri. Yelah. Hati-hati, balas Encik Amar.

20

Cik Qwerty

Jangan gaduh-gaduh. Sempat Puan Nor berpesan kepada Nia sebelum Nia masuk ke dalam kereta. Tengoklah, balas Nia sambil tersengih. Saja mengusik ibu tercinta. Dan rasanya usikannya menjadi tatkala melihat ibunya menjegilkan mata. Nak ke mana kita? tanya Ashq sebaik sahaja keretanya membelok keluar dari rumah Nia. Mana-mana ajelah. Nia membalas malas. Mana-mana? Saya bawa awak pergi Siam kang, usik Ashq. Berani buatlah, balas Nia sambil menjeling tajam. Beranilah dia nak bawa aku pergi Siam. Ni Nia, la. Anak buah Pendekar Mustar lagi. Dia bawa pergi Siam, aku buka kudakuda terus. Berani aje, balas Ashq, sengaja mengusik. Kalau rasa nak kena masuk ICU seminggu, trylah, ujar Nia garang. Lantas Ashq menggelengkan kepalanya. Senyuman terbit di bibir. Garang betul. Apa geleng-geleng? Nak kena tempeleng? Terus jadi teleng, ujar Nia dengan geram. Awaklah. Tak berubah-ubah dari dulu. Asyik angin satu badan. Apalah nasib saya kahwin dengan awak, jawab Ashq. Tapi, memperlahankan suaranya di ayat terakhir. Apa? Ingat saya nak sangat kahwin dengan awak ke? Nasib saya lagi malang tau kahwin dengan awak, bidas Nia dengan nada yang kuat. Sakit hati mendengar ayat terakhir Ashq. Ingat aku nak sangat kahwin dengan kau ke mamat? Sekali kau tak hingin, seribu kali aku tak sudi! Kita pergi KLCC ajelah, ujar Ashq, mengubah

21

Cheese

topik. Tak mahu memanjangkan topik itu dan menambahkan minyak di dalam bara api. Kalau berterusan macam ni, mau meletup atap kereta aku kejap lagi. Huh! Dengus Nia dengan kasar. Saja la tu tukar topik. Penakut! Everything happens for a reason =)

22

Cik Qwerty

Bab 5
URUJUAL di Habib Jewels menahan gelak melihat gelagat pasangan yang langsung tak serasi itu. Bosan pun ada juga. Lama betul mereka bertapa di dalam kedai ni. Nasib baik customer, takkan nak dihalau pula, kan? Customer means money. Cepatlah try, arah Ashq dengan muka bosan. Ikut hati nak tinggal aje minah ni dekat sini. Kenapa saya pula yang kena try? soal Nia dengan muka tak puas hati. Dah awak yang akan berkahwin dengan saya, awaklah yang kena try. Takkan mak cik sebelah ni pulak? jawab Ashq dengan geram. Ada yang kena sekeh dengan aku kang. Mencabar kesabaran dan keimanan betullah anak dara Cik Amar ni. Awak ajelah yang try. Nia menjawab endah tak endah. Malas, malas, malas! Beli tanpa cuba tak boleh ke? Ada pula saya nak kena try? Ni cincin perempuanlah Cik Nia, sayang. Makanya, awak sebagai

23

Cheese

perempuan wajiblah cuba cincin ni. Ashq menekan perkataan sayang tu. Sabar Ashq, sabar. Anak orang ni. Ada saya kisah? Susah betullah awak ni. Kahwin dengan lembu agaknya lagi senang kot? Tak payah nak beli cincin bagai. Awak nak try atau nak saya call ibu awak? ugut Ashq. Minah ni kena ugut sikit. Kalau tak, jangan haraplah nak dengar cakap. Calllah. Tak kisah pun, ujar Nia pantas berlalu ke bahagian perhiasan rantai leher. Ada hati nak call ibu. Macamlah berani? Gebang aje lebih tu, bebel Nia dalam hati. Sedang Nia mengomel entah apa-apa, dia terdengar suara lelaki di sebelahnya sedang bercakap dengan seseorang di talian telefon. Assalamualaikum Cik Nor. Ni, Nia tak nak try cincin... ujar Ashq dengan satu nafas. Matanya menjeling Nia. Padan muka! Ingat aku tak beranilah tu? What? Did he call my mum? Berani dia? Desis Nia dalam hati dengan geram. Nah, Cik Nor nak cakap. Ashq menghulurkan BlackBerry Torchnya kepada Nia. Rasakan, Nia. Kau ingat aku main-main ye? Pantas Nia merampas telefon milik Ashq dan berlalu ke tempat cincin tadi. Matanya tajam menjeling Ashq. Ye... ye.... Nia buatlah ni. Dah... dah pakai dah ni ha. Nia bercakap dengan Puan Nor sambil mengambil cincin dan menyarungkan terus ke jarinya. Semuanya sebab terpaksa. Cis! Mata Ashq meliar di jari manis Nia. Dalam hati mengagumi kecantikan cincin tersebut di jari runcing Nia. Simple, tapi menarik. Okeylah tu. Beres satu perkara.

24

Cik Qwerty

Okey... bye. Nah! Ambil balik handphone awak ni, ujar Nia lalu menghulurkan handphone canggih itu kepada lelaki itu. Kita ambil yang ni, putus Ashq sebaik sahaja menyambut huluran handphonenya daripada tangan Nia. Bak sini 4K, minta Ashq dengan muka tak bersalah. What? Nia terkejut. Dia mintak aku 4K ke tadi? Empat ribu Ringgit Malaysia, ujar Ashq selamba. For what? tanya Nia sambil menjongketkan kening ala-ala Akak Ziana kita. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba minta empat ribu? Suka-suka dia aje. Ingat aku bank ke apa? Ni. Cincin saya. Ashq menayangkan cincinnya. Maka? Bayarlah, ujar Ashq sepatah. Cincin awak, apesal pulak saya yang kena bayar? Awak bayar sendirilah. Nope. Saya bayar cincin awak. Jadi, awak kenalah bayar cincin saya. Fair and square. Biar saya bayar cincin saya sendiri. Nope. Awak bayar cincin saya. Saya bayar cincin awak. Full stop. Not a word in the air. Lagipun, cincin saya ni lagi murah daripada cincin awak, tau? Awak punya enam ribu, saya punya empat ribu. So? Saya dah offer nak bayarkan yang mahal ni tahu? tegas Ashq. Kalau macam tu, tak payah beli cincin nilah. Baik saya beli cincin tikam aje. Dua puluh sen aje, balas Nia dengan geram.

25

Cheese

Susah nak cari cincin tikam sekarang ni Cik Nia oi. So, better awak bayarkan cincin saya tu ye. Terima kasih. Mengada sungguhlah, ngomel Nia. Heard that. Like I care. Nia menjelirkan lidahnya. Jurujual yang melayan pasangan ini menghembus nafas lega yang teramat. Sejam melayan mereka ni ha. Macam bukan pasangan yang nak kahwin. Nasib baik jadi juga beli sepasang cincin. Kalau tak beli, memang rasa nak jadi Shrek aje lepas ni. Terima kasih. Datang lagi dan selamat pengantin baru, ucap jurujual itu dengan mesra. Erk... sama-sama. And thanks for the wish, ujar Nia bersama senyuman. Senyum plastik. Selamat pengantin baru? Seram! Lama mereka berdua berjalan. Yang lelaki di depan, yang perempuan di belakang. Kelihatan sungguh tidak serasi bersama. Tiba-tiba Ashq berhenti dan menoleh. Saya nak singgah Stadium kejap. Kalau macam tu, saya nak pergi Kinokuniya. Awak tunggu ajelah kat Stadium tu, beritahu Nia dan terus melangkah ke arah kedai buku Kinokuniya. Lama dah tak masuk kedai buku. Nak juga tengok buku apa yang terbaharu. Mana tahu ada yang berkenan di hati, boleh juga dibeli nanti. Rak buku pun dah lama tiada koleksi terbaharu. Puas membelek, tapi tiada satu pun yang berkenan di hati. Lantas, Nia melangkah keluar dan menuju ke Stadium. Dari jauh dapat dilihat Ashq sedang membelek kasut sukan.

26

Cik Qwerty

Aik? Melenggang aje? Tak ada beli apa-apa ke? soal Ashq. Pelik. Bukan orang perempuan suka beli novel ke? Suka hatilah, ujar Nia bosan. Sibuk aje mamat ni. Wahhh... lawa gila kasut ni. Mata Nia bersinarsinar melihat kasut Vans berwarna hijau di rak yang tertulis New Arrival. Memang dari dulu jenama Vans menjadi pilihan Nia. Kalau dulu, jenama Vans tidak ramai yang tahu dan boleh dikatakan indie. Tapi sekarang ni, pergi mana-mana dah boleh nampak ramai pakai kasut jenama Vans. Terutama yang jenis slip-on. Mudah, pantas, ringkas malah selesa untuk dipakai. Ewah, dah macam promoter dah gayanya. Nak kena beli ni, ujar Nia sendirian. Tangannya pantas melihat duit di dalam dompet. Ada tiga keping duit lima puluh. Yang lain semua dah buat bayar cincin mamat sengal tu. Alahai.... Mana cukup. Kena pergi ATM ni. Tapi sebelum tu, kita try dululah kasut ni, omel Nia sendirian dan pantas menyarung kasut itu di kakinya. Muat! Senyuman teruja terukir di muka Nia. Tanpa Nia sedari, mata Ashq tak henti-henti melihat perlakuan Nia dari jauh. Comel. Dahinya berkerut apabila memandang Nia keluar dari Stadium dan menuju ke ATM. Dan bertambah berkerut dahinya bila melihat Nia menepuk dahi dan berlalu dengan muka yang masam. Kenapa pula tu? Matanya masih galak memerhati Nia yang telah kembali ke rak kasut Vans. Perlahan Ashq menghampiri Nia. Nak beli ke? Pertanyaan Ashq menyentak Nia yang sedang khusyuk membelek kasut. Hurmmm... gumam Nia.

27

Cheese

Nak beli ke? soal Ashq sekali lagi. Tak pun, jawab Nia. Tapi dalam hati merontaronta kata nak! Namun bila memikirkan yang dirinya tiada duit yang mencukupi, dia tak jadi nak beli. Kad ATM pun dia boleh lupa nak bawa? Cis! Ye, ke? soal Ashq lagi untuk kepastian. Hurm.... Kalau nak sangat, beli ajelah. Hurm.... Nak beli pakai apa? Tak ada duit! Huaaa...! Nak pinjam dengan mamat ni? Jangan haraplah. Hurm aje? Eh, awak ni dah kenapa? Nia dah angin dengan Ashq. Mamat ni macam saja nak kasi aku makin bersedih. Takdelah, saya tengok awak macam berminat benar dengan kasut tu. Nak beli ke? Saya dah nak bayar kasut saya ni. Boleh kita bayar sekali nanti, ujar Ashq. Tak nak beli pun. Tak ada duit... opsss! Pantas Nia menutup mulutnya. Alahai. Terlepas cakaplah pula. Malunya! Cepatlah pergi bayar kasut awak tu. Saya tunggu dekat luar, arah Nia lantas berlalu keluar dengan pantas. Malu, malu, malu. Macam manalah boleh terlepas cakap ni? Ashq tercengang ditinggal sendirian. Oh, patutlah Nia masam aje tadi. Tak ada duit rupanya. Alahai. Kesian. Mata Ashq beralih pada kasut di rak yang menarik perhatian Nia. Kasut yang cool. Patutlah Nia suka. Tanpa berfikir panjang, Ashq bergerak ke arah kaunter dengan kasut di tangannya. Selesai sahaja membuat pembayaran, Ashq mendapatkan Nia yang sedang mengomel sendirian. Tak habis lagi?

28

Cik Qwerty

Ha, apesal lama sangat? Pergi mengurat dulu ke apa? sergah Nia. Terasa lama betul dia tercongok di luar ni. Haah. Cemburu ke? tanya Ashq sambil tersengih. Plastik di tangannya disorok ke belakang badan. Tak ada masa. Kalau ada yang awak berkenan, sila beritahu cepat-cepat. Boleh tukar pengantin perempuan, balas Nia dengan selamba dan terus berjalan ke eskalator. Hoi, ke situ pula dia. Ceh, protes Ashq. Nampak benar minah ni tak mahu kahwin dengan aku. La la la la.... Selamat tinggal kasut Vansku sayang. Usik Ashq. Dapat dilihat muka Nia memerah menahan rasa di hati. Marah dan geram yang teramat sangat mungkin. Sedaya upaya Nia menahan rasa untuk tidak menoleh ke arah Stadium. Bukan apa, rak kasut Vans betulbetul berada di pintu masuk Stadium. Kalau dia menoleh, ada yang patah balik masuk dalam Stadium kang. Apa yang boleh dilakukan hanyalah bersabar. Menahan hati yang memberontak inginkan kasut tersebut dan dengan perangai mamat senget sebelah ni. Sabar Nia, sabar. Mahu masuk front page, Seorang lelaki maut terjatuh eskalator esok kalau kau tak sabar. Meeting you was a life changing experience.

29

Cheese

Bab 6
Maaaaa.... Suara Ashq mendayu-dayu memanggil Puan Lia yang sedang menggubah hantaran. Hurm, jawab Puan Lia endah tak endah. Adalah benda yang budak ni nak minta. Dah mendayu-dayu aje bunyinya. Tak kahwin tak boleh ke, ma? soal Ashq bersahaja tanpa memikirkan soalannya boleh memberi impak yang besar kepada pesakit-pesakit jantung. Nasib baiklah mamanya bebas dari penyakit itu. Sebab tu dia berani tanya. Kalau tak, memang tak beranilah nak ambil risiko. Apa awak ni? Tak nampak mama dah gubah semua hantaran ni? Its a big no to that, sayang, tegas Puan Lia. Perkahwinan mesti diteruskan. Kad semua dah hantar. Saudara-mara semua dah call nak datang. Tapi... Tak ada tapi-tapi, Adi Ashq. Mama buat ni semua

SHQ merenung Puan Lia dengan pandangan mata penuh sayu. Minta perhatian dan simpati.

30

Cik Qwerty

untuk awak. Bukan untuk orang lain. Awak aje anak lelaki yang mama ada. Tak ada yang lain, potong Puan Lia sambil merenung mata anaknya. Erk? Alah, ma... suruhlah Kak Aina kahwin dulu. Kenapa Ashq? Suka hati mama, la. Mana boleh suka hati, ma. Hati Ashq tak suka macam mana? Lama-lama sukalah tu. Tapi ma... No tapi-tapi Adi Ashq. Dah. Tolong mama angkat hantaran ni masuk ke bilik awak, arah Puan Lia sekali gus mematikan niat Ashq untuk bersuara. Ashq mengeluh. Serabut otaknya. Lagi beberapa hari aje dah nak kahwin. Tak pasal-pasal hilang title bujang dalam dirinya. Hantaran yang berwarna maroon itu ditatap tanpa perasaan. Maroon adalah warna tema pihak lelaki. Tu pun puas dia dan Nia bergaduh pasal tema. Nasib baik kakaknya, Aina dan abang Nia, Nash yang tolong leraikan. Agaknya sampai tuk kadi datang pun tak habis-habis bergaduh. Menung apa lagi tu? Cepat hantar masuk bilik, tegur Puan Lia. Yelah... yelah. Ashq menapak perlahan-lahan menuju ke tangga. Takde semangat. Adi Ashq! Cuba semangat sikit buat kerja. Apa lemah-gemalai aje mama tengok awak ni? Lagi tiga hari aje tau awak nak kahwin? Puan Nor dah mula membebel. Budak nilah, kan... kena juga kejap lagi. Kena push sikit. Kalau tak, sampai depan tuk kadi macam ni.

31

Cheese

Hurm.... Ashq masih tak memberi respons. Masih dengan gaya tak semangatnya. Kaki pun diseret. Adi Ashq, kalau awak buat macam tu, malam ni juga mama panggil tuk kadi nikahkan awak, gertak Puan Lia menahan geram. Mana boleh macam tu, bidas Ashq. Terus dipalingkan kepalanya menghadap Puan Lia. Boleh aje. Mana boleh. Yang kena akad tu nanti Ashq. Boleh aje akad pakai wakil. Merepek aje mama ni.... Dah. Jangan banyak soal. Hantar semua ni masuk ke dalam bilik awak cepat. Semangat sikit, arah Puan Lia dengan tegas. Sebenarnya nak membendung kesalahan sendiri. Ada ke akad wakil? Adoiii... melalut aje aku ni, omel Puan Lia dalam hati. Ashq oh Ashq. Reda ajelah dengan apa yang jadi. Buat-buat berlakon bersemangat depan mama. Dalam bilik nanti kau nak menangis tertonggeng-tonggeng pun takpe, Ashq mengeluh dalam hati. Yes, bos! ujar Ashq dengan Berlakon. Semangat ni aku panjat tangga. Ahhh! jerit Ashq tiba-tiba. Ha, itulah. Buat kerja tak ikhlas. Kan dah dapat balasan. Nasib baik bukan esok awak kahwin. Kalau tak, senget sebelah aje awak jalan nanti, bebel Puan Lia sejurus melihat anaknya terduduk di atas tangga. Nasib baik hantaran yang dipegang tak terjatuh. Masih kukuh dalam pegangan Ashq. Mama ni, orang tengah sakit ni. Tolonglah dulu. bersemangat.

32

Cik Qwerty

Kejap lagi bebellah balik, ujar Ashq sedikit merajuk. Mama ni tak kesian ke kat anak dia ni? Ha, mulalah tu. Cakap sikit nak merajuk. Hesy... tunggu situ. Mama ambil first aid. Arah Puan Lia dan pantas berlalu mengambil first aid. Sayang juga mama kat aku rupanya. Hi hi hi! Adoi, sakitnya kaki. Ni mesti sebab malang kena kahwin dengan minah tu. Nasib... nasib, rungut Ashq dalam hati.

UHUK... uhuk! Nia tersedak. Adoi, peritnya tekak. Siapalah yang duk mengumpat aku time tengah makan ni ha? Air... air! Nia pantas mendapatkan air. Tersedak sambal sotong weh. Mahu tak merana tekak? Hah! sergah Nash tiba-tiba. Burrr. Malang lagi.... Makan, tersedak. Minum air, tersembur. Apa abang ni? Tak nampak ke orang tengah minum air ni? marah Nia sambil mengelap mukanya. Double malang aku malam ni. Nash tergelak. Lepas beberapa saat ketawa, dia masuk mood serius. Nia ni tak reti-reti nak menolong orang kat depan tu ke ha? Selamba aje dia duk melantak kat dapur sorangsorang. Nash dah masuk mood membebel. Haila... adik aku sorang ni. Nak kahwin lagi tiga hari, tapi boleh buat selamba badak dia aje. La la la.... Tak dengar, tak dengar, ujar Nia mainmain. Lantaklah. Bukan aku yang nak sangat kahwin. Ni pun

33

Cheese

terpaksa menjadi pelakon terhebat depan saudara-mara yang ramai kat depan tu. Kalau ya pun tak suka dengan perkahwinan ni, janganlah biar ibu buat sorang-sorang. Malu kat sedara yang datang. Hesy, Nia ni... trust me. Nia akan bahagia nanti, nasihat Nash dengan lembut. Nia ni kena main psycho sikit. Kalau tak, keras macam batu aje hati dia. Ha! Ha! Ha! Nia gelak sepatah-sepatah. Huh, bahagia konon. Dengan mamat si anak mak tu? Tak mungkin! Kenapa? Tak percaya? Tengoklah nanti... ujar Nash. Ini Nash, la. Sixth sense yang ibu turunkan kat aku kuat tau. Satu hari nanti Nia dengan Ashq akan bahagia punya. They just need to try. Tanpa mengendahkan kata-kata abangnya, Nia pantas melarikan diri keluar dari dapur. Cakap aje la apa-apa pun, abang. Tak nak dengar. Hah, tu nak ke mana pulak tu? Abang tak habis cakap lagi ni ha. Suka sangat mengelat, tanya Nash sejurus melihat Nia sudah menuju ke pintu dapur. Cakap sikit, mengelak. Keras hati betul adik aku yang sorang ni. La... tadi suruh orang tolong ibu. Orang nak pergi tolonglah ni. Banyak bunyi pulak pak cik ni. Sekeh, kang, jawab Nia dengan geram. Oh, ek? Sorry... sorry. Pergilah wahai dinda. Kanda izinkan, ujar Nash sambil tersengih. Lantas dia berlari-lari anak ke arah Nia. Sempat ditarik tocang Nia sebelum melarikan diri. Abang! jerit Nia. Puan Nor yang berada di ruang tamu bersama mak

34

Cik Qwerty

cik-mak cik Nia menjegilkan mata kepada anak-anaknya. Suka benar buat kecoh budak dua orang ni. Ha Nia, meh duduk sini. Tengok mak teh gubah cekelat ni. Panggil mak teh. Nia berjalan mendekati mak teh. Hantaranhantaran yang berwarna baby blue itu dipandang sepi. Warna kegemaran Nia. Hurm, hantaran dah nak siap. Esok kena pakai inai pula. Kalau tak pakai inai tak boleh ke? Ni kalau tanya ibu, mahu kena piat telinga. Hurmmm... keluh Nia dalam hati. Menyerah bukan bermakna kalah. Tapi hanya meneruskan hidup.

35

Cheese

Bab 7
EPAT pukul sembilan tujuh belas minit pagi Ashq dan Nia sah menjadi suami isteri. Sepatutnya pukul sembilan pagi dah sah. Tapi Ashq terlupa nama penuh Nia. Walaupun sehari sebelum nikah tu dia dah practise dengan perfect punya. Nak buek camno? Gelabah punya pasal, kan? Tapi, alhamdulillah. Nikah juga akhirnya! Ke tepi, ke tepi... pengantin lelaki nak lalu, ujar mak teh sambil tangannya duk melibas-libas insan yang mengerumuni Nia. Macam polis trafik dah gayanya. Mak teh telah diberi kepercayaan oleh Puan Nor untuk menjadi kepala dalam majlis Nia dan Ashq. Sebab Puan Nor tahu, kalau dia uruskan, tak terlayan dia nanti dengan perangai kedua-dua pengantin. Haru. Dengan mak teh, Nia takut sikit. Ashq pula confirm-confirm ikut cakap punya, kan? Mata Nia menjeling Ashq yang sedang melangkah ke arahnya. Dup dap... dup dap. Okey! Tak suka scene ni! Jerit hati Nia. Walaupun tak suka, tapi debaran tu tetap ada

36

Cik Qwerty

tahu? Like seriously, ini kahwin. Dah akad nikah dah pun. Bukan benda kecil. For sure ada rasa berdebar tahap nak pitam. Alahai... ramainya insan kat sini... ujar Ashq perlahan apabila melihat kaum-kaum Hawa yang mengerumuni Nia. Segan rasanya nak pergi mendapatkan Nia. Mata Ashq dan mata Nia bertemu. Apa pandang-pandang? Soal Nia hanya melalui isyarat mata. Gila nak bersuara? Mau kena pelangkung dengan mak teh. Siapa pandang awak? Saya pandang pelamin belakang tu ha, Ashq menjawab dalam hati. Seolah-olah faham dengan bahasa mata yang ditunjukkan oleh Nia. Ewah, telepati kuat ni. Amboi... amboi... amboi. Udah-udah ler tu. Jenuh dah orang tunggu kamu sarung cincin tu Ashq oi. Suara mak teh mematikan telepati Nia dan Ashq. Kata-kata mak teh pantas mengundang gelak tawa penonton di sekeliling Ashq dan Nia. Tanpa sedar, Ashq menepuk dahinya. Makin kuat gelak tawa kedengaran. Kalut. Lepas sarung cincin, ambil gambar ye, ujar jurugambar yang diupah oleh Nash. Kata Nash, segala bayaran untuk jurugambar ini, ditanggung beres. Sebagai hadiah perkahwinan katanya. Nak tak nak, terpaksa juga Nia bersetuju. Ikut hati tak payah ada jurugambar ni pun tak apa. Tak nak bergambar aje rasa. Tapi memandangkan abangnya nak sponsor, ikut ajelah. Klik! Klik! Flash dari jurugambar yang bertauliah

37

Cheese

dan tidak bertauliah terpancar di muka Ashq dan Nia. Bermacam-macam gaya jurugambar itu suruh Nia dan Ashq buat. Yang pasti, muka kedua-dua mempelai itu tertampal senyuman plastik. Terpaksa! Penonton yang ramai menyaksikan gelagat mereka sudah tersengih-sengih. Auch! Sakitlah, adu Nia perlahan. Awak ingat kaki saya ni kayu ke, ha? Suka-suka hati aje pijak. La... kaki awak ke? Sorry... tak perasan pulak, balas Ashq sambil tersengih. Tak perasan ke sengaja? Kalau sengaja macam mana? Nah. Hambek! Balas Nia dan terus memijak kaki Ashq dengan kasut tumit tingginya. Ashq terpaksalah cover kesakitan dengan merapatkan dirinya kepada Nia. Apa lagi, terus flash dari kiri kanan terpancar. Dan para jurugambar seronok merakam aksi-aksi manja mereka.

LAWANYA anak ibu. Jarang ibu dapat tengok Nia pakai macam ni, puji Puan Nor. Ibu ni, perli Nia eh? Panaslah baju ni, rungut Nia sambil melihat baju pengantin berwarna baby blue yang tersarung di tubuhnya. Apa kes baju kahwin berlapis-lapis ni? Panas gila. Ni mendera namanya ni. Hesy, bukan pakai dua hari berturut-turut pun. Tahanlah sekejap. Lawa dah ni ha. Nak lagi lawa, senyum bagi lebar sikit. Jangan nak monyok aje. Puan Nor dah start bagi tip-tip berguna. Makin panaslah Nia nampaknya.

38

Cik Qwerty

Pengantin lelaki dah sampai! jerit satu suara dari luar bilik. Nia diiring keluar oleh kaum-kaum Hawa untuk menyambut pengantin lelaki. Nia menjeling Ashq yang kacak berbaju baby blue. Memang padanlah dengan Ashq yang berkulit sawo matang. Eh Nia, did you just say, kacak? Ashq kacak? Sejak bila ni Nia? Dalam tak sedar Nia menggelenggelengkan kepalanya. Apesal awak tergeleng-geleng ni? tanya Ashq pelik. Minah ni ada epilepsy ke? Kot terkena sawan kat sini, harus huru-hara majlis aku. Tak... takde apa-apa, ujar Nia tergagap-gagap. Aduh, macam mana boleh tergeleng-geleng ni? Kacak? Mamat ni kacak? Nehi... nehi. Nehi tumse pyar kar tehu. Haaa... see? Tergeleng-geleng lagi. Kenalah saya bawa awak pergi klinik lepas ni. Buat check-up, bisik Ashq sambil mereka berdua jalan beriringan menuju ke pelamin. Apesal pulak? soal Nia pelik. Tetiba aje nak bawa aku pergi klinik ape kes? Ye la, kot awak ada sawan, ujar Ashq dengan selamba. Pap! Nia memukul kuat lengan Ashq. Tapi, tiada siapa pun yang perasan. Sebab Nia buat-buat peluk lengan Ashq. Senyuman tersungging di muka Nia saat melihat muka Ashq yang menahan sakit. Padan muka! Ganas betullah awak ni, bisik Ashq dengan geram. Siapa suruh awak cari pasal? Apa yang kamu berdua dok soksek-soksek dari tadi ni ha? Tunggulah majlis habis kot ye pun nak bersembang ke, menyanyi ke, berlakon ke, sergah Mak Teh.

39

Cheese

Tetamu-tetamu yang datang dah tersengih-sengih memandang kedua-dua mempelai. Awaklah ni. Kan dah kena marah, selar Ashq. Apa saya pulak? Siapa yang mula dulu, ha? bidas Nia. Awaklah. Yang duk tergeleng-geleng buat apa? Yang awak sibuk kenapa? Suka hati sayalah. Mes... Belum sempat Ashq menjawab, mak teh sudah menyampuk. Duduk betul-betul sikit, Ashq oi. Udah-udah le bercakap tu. Tunda dulu. Ujar mak teh seraya menampar paha Ashq. Dan Nia menunjukkan ibu jari kiri kepada Ashq. Padan muka! Perkahwinan. Manis.

40

Cik Qwerty

Bab 8
ELESAI sudah majlis di rumah Nia. Majlis di rumah Ashq pula akan berlangsung pada minggu hadapan. Saat ini, Nia dan Ashq bersama saudara-mara yang lain tengah buat sesi perkenalan sambil buka hadiah kahwin. Yeay! Dapat bed sheet! Comelnya, ujar Nia dengan riang. Nia memang suka mengumpul bed sheet. Lagilagi bed sheet yang dia baru dapat ni bercorak polka dots. Lagilah best. Oh, tapi part yang kureng best tu, dah kena share bed sheet dengan Ashq. Ngeri! Itu pun nak jerit beria... ujar Ashq perlahan tapi masih dapat didengar oleh Nia. Pelik, dapat bed sheet pun suka gila. Ada juga orang yang obses dengan bed sheet ye? Eh, saya punya sukalah. Ada awak susah ke saya suka bed sheet? tanya Nia tak puas hati. Ada aje benda yang mamat ni tak puas hati. Tak paham aku. Haah. Memanglah saya susah. Nanti sikit-sikit nak beli bed sheet. Duit saya jugak, balas Ashq. Huh, tak heranlah dengan duit awak. Saya boleh

41

Cheese

beli sendiri apa? balas Nia dengan bersemangat. Tangantangan sekali naik. Langsung lupa di mana mereka berada. Heh, apalah korang ni. Cuba berdamai sekejap. Sikit-sikit nak gaduh. Nasib baik mak teh tak perasan, tegur Nash. Apa nak jadilah dengan budak berdua ni. Asyik bergaduh aje. Nak dikahwinkan, memang dah kahwin. Macam budak-budak betul. Tiba-tiba mak teh datang menyergah Nia dari belakang. Oh, mak kau! Mak! Latah Nia dan Ashq serentak. Nia melatah sebab mak teh sergah. Ashq pula melatah sebab Nia terpeluk lengan dia. Ha ha ha! ketawa semua yang ada di situ. Gamat ruang tamu rumah Nia dengan gelagat pasangan pengantin baru tu. Wow... abang tak tahu pulak korang berdua ni ada persamaan. Dua-dua kuat melatah ye? usik Nash. Eh, mana ada! sangkal Nia sambil menjeling Ashq. Aku melatah, dia pun sibuk nak melatah sama, omelnya dalam hati. Ada aje, usik Nash lagi sambil mengenyitkan matanya. Ehem... ehem. Kut ya pun Nia, lepaskanlah lengan Ashq tu dulu. Nak sambung buka hadiah ni ha... tegur Puan Nor sambil tersengih. Hah? Nia terjerit kecil lalu memandang orang di sebelahnya. Matanya turun ke bawah. Melihat tangannya terpaut lengan Ashq, lantas Nia terus menolak Ashq. Patutlah mamat sebelah ni diam aje dari tadi. Aaaa... malu! Malu!

42

Cik Qwerty

Ashq yang baru tersedar cepat-cepat mencapai kotak hadiah yang besar berwarna merah di hadapan mereka. Nia yang nak cover malu juga mencapai hadiah yang sama. Sekali lagi, tangan bersentuhan. Masing-masing memandang satu sama lain. Ashq pandang Nia, Nia pandang Ashq. Dan.... Adoi! Serentak Ashq dan Nia bersuara. Dahi mereka terhantuk antara satu sama lain. Melihat aksi itu, ruang tamu Puan Nor gamat sekali lagi dengan gelak ketawa! Nia mahupun Ashq, masing-masing menahan malu. Sungguh ketara muka kedua-duanya... dah merah macam tomato.

AH... pusing. Buntu. Nia berulang-alik ke kiri ke kanan, ke depan ke belakang. Kalau aku suruh mamat tu tidur kat bilik abang boleh tak? ujar Nia sendirian. Eh, kau gila Nia? Mau gegar rumah Puan Nor dan Encik Amar ni kang. Masalah betullah. Dah la bilik tak ada sofa. Menyesal aku tolak tawaran ibu nak letak sofa dalam bilik dulu. Yelah, dulu sorang dan tak terfikir pun nak kahwin macam ni. Lagipun rimaslah bilik banyak barang ni. Ah, kusut-kusut, omel Nia dalam hati. Apa yang awak duk terkumat-kamit dari tadi tu? Jampi saya eh? tegur Ashq. Dari tadi dia tengok Nia duk terkumat-kamit. Kalau dia jampi aku, memang aku jampi dia balik.

43

Cheese

Eh, bila masa awak masuk? tanya Nia, pelik. Tak perasan pun. La, semalam lagi saya dah ada kat sini ha.... Ashq dah mula loyar buruk. Saya tanya elok-elok, awak main-main ek? Nia ketap gigi. Ada juga yang kena makan penumbuk kang. Dah awak asyik menjampi serapah saya, mana nak perasan. Dan awak tu tak reti-reti nak ketuk pintu? Bagi salam? Dah beribu kali dah saya buat.... Jangan nak tipu. Saya tak dengar pun. Hurm, keluh Ashq. Malas nak lawan cakap dah. Ashq bergerak ke almari baju. Diambil beg plastik yang berisi kotak lalu dihulur kepada Nia. Apa ni? soal Nia dengan dahi yang berkerut. Entah. Mendengar jawapan Ashq, pantas Nia mengeluarkan kotak tersebut. Hampir melompat Nia bila terpandangkan kotak kasut yang bertulis Vans di tangannya. Dikeluarkan isi dalam dan tara! Kasut yang ingin dimiliki kini berada di tangannya. Macam magik! Hari tu sehari selepas Nia keluar dengan Ashq, Nia pergi balik ke KLCC. Saiz kasut untuk dirinya kehabisan stok. Memang balik dengan hati yang penuh kehampaan. Nak pergi ke branch lain, entah bila. Tapi sekarang, dah ada depan mata. Memang betul saiz kakinya pula tu. Mahu tak magik? Macam mana ada dekat sini? tanya Nia kepada Ashq yang sedang duduk di birai katil. Magik, jawab Ashq sepatah.

44

Cik Qwerty

Tipu, balas Nia. Mesti mamat ni belikan. Aaaa... tiba-tiba rasa terharu. Suka hati awaklah nak percaya ke tidak. Saya dah mengantuk ni. Mahu tidur dong, ujar Ashq dengan slanga Indonesia yang dibuat-buat. Banyak sangat tengok sinetron petang-petang. Nak buat macam mana, dah cerita-cerita dari seberang aje banyak kat TV tu. Eh, jangan... jangan. Nia dah kelam-kabut tengok Ashq dah nak landing baik punya atas katil. Hilang terus perasaan terharu. Berganti dengan perasaan cemas. Kasut di tangan pantas diletak di atas meja solek. Apesal pulak? rungut Ashq. Dahlah penat ni.... Erk? Awak tidur bawah, ujar Nia teragak-agak. Apesal pulak saya? Sebab ni bilik saya. Dan secara rasminya, katil ni pun katil saya. So what? So, saya tidur atas katil, awak tidur bawah, okey? Tak okey! Saya nak tidur atas katil jugak. Mana boleh! Apesal tak boleh? Ashq dah bangun dari katil dan bercekak pinggang. Sebab ni katil saya. Kita ni siapa? Eh... eh, apa tukar topik pulak ni? Tak ada kenamengena langsung soalan awak dengan katil. Jawab ajelah. Kita ni siapa? Awak siapa dengan saya dan saya siapa dengan awak? tanya Ashq dengan tegas. Urmmm... errr....

45

Cheese

Ha, dok tergagap-gagap tu apa kes? Lembab betul. Biar saya yang jawab. Awak dan saya ialah husband and wife. Suami dan isteri dalam bahasa Melayunya. Bahasa Jepun pulak otto to tsuma. Mari et femme dalam bahasa Perancis. Mann und frau dalam bahasa Jerman. Ha, bahasa apa lagi awak nak? So, kepunyaan isteri dah officially jadi kepunyaan suami. Katil ni awak kata awak punya, kan? So, sekarang dah jadi katil saya jugak. Ni, bantal ni awak punya, dah jadi saya punya juga. Pendek kata, panjang kata, semua dalam bilik ni dah jadi saya punya, ujar Ashq dengan panjang lebarnya. What?! Nia terjerit kecil. Ye, sayang. Kepunyaan sayang dah jadi kepunyaan abang jugak. Any problem with that? soal Ashq dengan suara yang romantik sambil berjalan mendekati Nia. What?! Nia terjerit sekali lagi. Agaknya, hanya perkataan what aje yang Nia dapat cakap sekarang ni. Kenapa, sayang? Ada masalah lagi ke? Abang dah mengantuk ni.... Serentak dengan itu, Ashq menarik tudung di kepala Nia. Errr... awa... awak nak buat apa ni? tanya Nia resah. Beranilah dia nak buat tak senonoh. Kenapa? Takut? usik Ashq dengan nada yang alaala manja. Heh, ni Nia la. Tak mainlah takut-takut, ujar Nia dengan berlagak. Padahal dalam hati rasa macam nak pecah. Kalau dia buat tak senonoh, aku bagi flying kick aje. Betul tak takut? suara Ashq betul-betul di telinga Nia. Tangannya membelai rambut panjang lurus milik Nia. Errr.... Cup!

46

Cik Qwerty

Selamat malam, ucap Ashq dengan lembut seraya berjalan ke katil dan merebahkan badannya. What?! Did he just kiss me? Did he kiss me? Jemari Nia meraba pipi kanan yang telah dicium oleh Ashq tadi. Serentak dia terasa hangat di pipi. Eee, sengal kau Nia. Macam mana kau boleh kalah dengan dia? Dia buka tudung kau pun kau tak tahan dia. Dia cium pipi kau pun kau tak tahan dia. Sengal kau Nia. Memang sengal.... ujar Nia perlahan sambil menggelenggelengkan kepalanya. Dah. Tak payah nak geleng-geleng. Tidur. Saya tak buat apa-apa kat awak punya. Tak ada selera pun, ujar Ashq dari bawah lengan yang menutup mukanya. Arghhh! Benci! Bentak Nia lalu kakinya melangkah ke katil. Nak tak nak terpaksalah juga tidur atas katil. Tapi bantal golek wajib di tengah-tengah. Harap-harap aku tidur sopan hari ni. Amin. Tanpa Nia sedar, Ashq tarik senyum. Senang aje nak tewaskan minah ni rupanya. Psiko! Nasiblah... lepas ni kena buli selalu. Usik-mengusik kehidupan. penambah rasa dalam

47

Cheese

Bab 9
ZAN subuh kedengaran dari surau berdekatan rumah Nia. Tapi Nia tak rasa nak bangun lagi. Macam sedap pulak peluk bantal golek dan berselubung dalam selimut tebal. Nia, bangun, panggil Ashq perlahan. Uhmmm.... Nia, bangunlah. Dah subuh, panggil Ashq lagi. Uhmmm.... Eh, dari tadi uhmmm... uhmmm! Sabar Ashq sabar. Bangunlah awak... bangun, desak Ashq. Hesy, sibuklah awak. Nak bangun, bangun ajelah, dengus Nia. Kacau aje mamat ni. Aku tengah syok tidur ni, bebel Nia dalam hati. Macam mana saya nak bangun kalau awak atas badan saya? tanya Ashq dengan geram. Wahai hati, sabar... sabar. Alah, bangun ajelah, ujar Nia tanpa sedar. Betul?

48

Cik Qwerty

Yeee...! jawab Nia panjang. Pantas Ashq menolak tubuh Nia. Arghhh! jerit Nia tiba-tiba. Awak ni kenapa? Pagi-pagi dah cari pasal dengan saya? Yang awak tolak saya kenapa? tanya Nia dengan geram. Apa hal mamat ni? Tiba-tiba tolak aku? Masalah betul. Dah awak tak nak bangun, saya tolaklah, ujar Ashq yang telah berdiri di tepi katil. Apa kena-mengena pulak saya tak nak bangun dengan awak tolak saya? soal Nia yang masih blur. Sebab.... Ashq merapati Nia. Se... sebab? tanya Nia tersekat-sekat. Jangan nak buat kerja gila lagi mamat ni. Sebab awak peluk dan tidur atas badan saya. So, saya tak boleh bangun. Kalau awak tak bangun, macam mana saya nak bangun? ujar Ashq lalu merapatkan mukanya kepada Nia. Eh, mana ada saya tidur atas badan awak? Dan saya peluk bantal golek ye tadi. Bukan awak! sangkal Nia. Cuba awak tengok bantal golek awak tu kat mana sekarang? Atas katillah! Cuba tengok betul ke ada atas katil? Nia menjenguk ke atas katil. Kosong! Mana pulak bantal golek ni? Mata Nia melilau mencari bantal golek di sekitar katilnya. Akhirnya, jumpa juga bantal golek dia... tapi, depan bilik air. Memang sungguh bergoleklah bantal tu. Cis! Errr... errr.... Nia dah tergagap-gagap. Habis tu, aku peluk siapa tadi? Dia? Soal Nia dalam hati.

49

Cheese

Apa tergagap-gagap? Tahulah badan saya ni sedap. Kalau ye pun, janganlah sampai tindih saya. Semput dibuatnya, ujar Ashq sambil tersengih-sengih. Comel pula minah ni buat muka berkerut-kerut macam tu. Eh, mana ada! Ada aje. By the way, lepas ni kurangkan berat badan sikit ye. Awak beratlah. Sakit dada saya. Ujar Ashq sambil kenyit mata dan terus berlalu ke bilik air. Kurang asam keping betul! Nia membalas kuat. Berat aku baru lima puluh dua kilo tau. Normal okey BMI aku. Cis! Tapi, macam mana aku boleh terpeluk mamat tu? Eee... malunya! Kau, bantal golek! Kau derhaka pada aku ye? Nia bercakap sendiri dengan bantal golek itu. Siap tuding-tuding jari lagi. Macam mak marahkan anak. Ashq yang berada di dalam bilik air tergelak mendengar Nia memarahi bantal golek tu. Nasib kaulah bantal golek oi, dapat tuan macam minah tu. Dan, nasib aku jugak dapat isteri macam dia tu.

EH, celah mana pula datang darah ni? ujar Nia sendirian sambil membelek bibirnya di cermin. Ada darah beku kat bibirnya. Aduh, time-time ni la bibir ni nak buat hal. Woi, apa lama sangat dalam bilik air tu? Saya tak tahan ni, panggil Ashq sambil mengetuk pintu bilik air. Apalah yang minah ni buat lama-lama? Sembelit ke apa? Kejaplah, jawab Nia. Bila aku nak guna bilik air, dia pun nak guna jugak. Suka tiru-tiru. Nia membuka pintu

50

Cik Qwerty

bilik air dan terus dirempuh oleh Ashq. Tak tahan sangat agaknya. Nasib Nia tak tergolek jatuh. Imbangan badan masih kuat lagi. Nia meneruskan aktiviti yang tergendala iaitu membelek bibir. Kali ni di depan cermin solek. Aaaaa... tak suka. Takpe... takpe. Lip balm, kan ada. Kalau lip balm pun tak boleh cover, kita gunakan lipstick. Apa susah? Nia cuba menenangkan hatinya. Maunya tak tenang? Kat rumah ni ada seorang lelaki yang bernama Nash, dan sah-sah Nash tu akan mengusik Nia nanti. Kalau Nash dah usik, satu rumah akan mula join venture. Tak nak hilanglah pulak benda alah ni. Lipstick mana lipstick? Eh, celah mana pulak aku ada lipstick? Selama ni tak pernah pakai pun. Menyesal tak pernah beli satu. Nia dah mula mengomel seorang diri. Time-time nilah aku rasa yang lipstick tu sangat perlu. Kalau pinjam dengan ibu, agakagak ibu pengsan tak? Ashq yang baru keluar dari bilik air dengan perasaan lega yang teramat pelik melihat Nia membebel seorang diri di depan cermin. Tersampuk hantu cermin ke apa dia ni? Woi, apa cakap sorang-sorang depan cermin tu? tanya Asqh yang pelik. Takde apa. Ye ke takde apa? Meh sini nak tengok. Ashq menarik tangan Nia supaya berhadapan dengan dirinya. Apa yang pelik dengan minah ni ye? Hurmmm... baju okey, rambut okey, muka okey. Hidung ada. Lubang pun ada dua. Okey, normal. Dah tu? Apa yang tak okeynya? Apa hal tengok orang macam tu? Cucuk mata kang, sergah Nia tiba-tiba. Tak tahan direnung oleh Ashq. Macam nak makan orang aje gaya mamat ni.

51

Cheese

Ha... tu kenapa dengan bibir tu? Nak kata saya kiss, saya kiss pipi aje semalam. Awak bela vampire ke? tanya Ashq tiba-tiba selepas dapat mengenal pasti sesuatu yang pelik pada bibir Nia. Macam mana boleh tetiba luka pulak? Aneh ni. Aku tak buat apa-apa pun. Ke... aku buat dalam tidur? Soal Ashq dalam hati dengan musykil. Mana ada saya bela apa-apa. Awak ni, bibir saya memang macam nilah. Ada masa-masa, lepas bangun tidur jadi macam ni. So, nak bebel apa lagi kalau dah memang macam tu. Biar ajelah.... Masalahnya, kenapa mesti hari ni jadi macam ni? Kenapa pula? Ni dekat bibir tau, awak. Bibir. So what kalau kat bibir? Selama ni pun memang dekat bibir, kan? tanya Ashq. Tak fahamlah. Apa masalahnya minah ni? Luka aje pun. Dekat bibir. So? Hesy, takde apalah. Jom turun bawah. Ujar Nia. Lambat pick-up betul suami aku ni. Lantaklah. Nia meninggalkan Ashq yang masih terpinga-pinga di dalam bilik. Ashq yang masih blur lantas mengikut jejak Nia untuk turun ke bawah. Dah pukul lapan. Perut dah lapar. Apa lagi? Makanlah.

HA... turun dah pengantin baru? usik Nash yang berada di meja makan. Mulalah nak menyakat tu. Ashq dan Nia berjalan beriringan. Macam pasangan

52

Cik Qwerty

bahagia. Hebat berlakon. Dua-dua wajib dapat Anugerah Skrin ni. Ha, mehlah duduk makan, Nia, Ashq, ajak mak teh. Hanya mak teh dan pak teh sahaja yang masih ada di sini. Saudara-mara yang lain semua dah balik malam semalam. Masing-masing dah duduk kat meja makan. Eh Nia, letakkan Ashq nasi goreng ni ha. Tanya dia nak kopi ke Milo? suruh Puan Nor. Nia yang baru nak menyenduk nasi goreng ke pinggannya terpaksa mendahulukan pinggan Ashq. Macam tak reti nak ambil sendiri aje mamat ni. Nak air apa? tanya Nia lembut. Berlakon. Depan mak teh kena berlakon baik. Kalau tak, habis kena ceramah, bebel dan seangkatan dengannya. Milo. Thanks, ucap Ashq perlahan. Sibuk aje tiru orang, balas Nia perlahan. Aku minum Milo, dia pun nak minum Milo. Suka ikut orang. Apa dia? soal Ashq. Rasa macam minah ni ada cakap something. Tapi kurang jelaslah pula. Takde apa. Apa korang bisik-bisik ni? Tak puas berbisik dalam bilik semalam? sampuk Nash tiba-tiba. Dah keluar dah aura menyakat dia. Sibuk aje abang ni. Suka hati oranglah nak bisikbisik dengan suami orang. Jealous? Kalau jealous pergi carikan orang kakak ipar cepat. Giliran Nia pula mengusik abangnya. Eh, takde maknanya abang nak jealouslah. Takdenya abang kisah korang nak berbisik ke apa ke.... Ha...

53

Cheese

tu, kenapa pulak dengan bibir tu? Ada drakula ke semalam? tanya Nash dengan kening ala-ala Ziana Zain. Semua yang ada di meja berpaling melihat bibir Nia. Lepas tu semua tersengih-sengih. Nia dah rasa macam nak tutup muka dengan pinggan aje. Ashq masih blur. Dia berpaling ke arah Nia. Kenapa diorang sengih-sengih? Heh, lembab betul, gumam Nia. Taulah dah kahwin. Kalau ye pun Ashq, takkan sampai gigit bibir adik aku? sakat Nash lagi. Hah? Ashq masih tidak faham. Ashq pandang bibir Nia sambil otaknya memproses apa yang dicakap oleh abang iparnya. Takkanlah? Takkan diorang fikir luka kat bibir Nia tu aku yang buat? Diamlah, abang. Mana ada apa-apa ni. Jangan fikir lain okey? Ujar Nia dengan sedaya upaya buat muka selamba. Walaupun apa yang abangnya cakap tak betul, tapi still rasa malu. Errr... tu, bukan apa tu.... Ashq tergagap-gagap. Benda ni ke yang minah ni maksudkan dalam bilik tadi? Teringat dia akan kata-kata Nia tadi. Sebab kat bibir, semua fikir lain.... Aduh. Walaupun tak betul, malu tu tetap ada. Dah tergagap-gagap pulak. Kali ni Encik Amar pula bersuara. Ayahhh...! Nia meleretkan suaranya. Malulah! Cepatlah kamu dapat cucu ye Nor, Amar? Mak teh join sekaki menyakat. Muka Ashq dah macam buah tomato. Merah! Tapi still boleh tersengih-sengih lagi.

54

Cik Qwerty

Nia pula macam tomato masam. Sebab raut muka Nia masam dan merah. So, tomato masamlah, kan? Wherever there is family, it will feel like home.

55

Cheese

Bab 10
ALAM selepas majlis di rumah Ashq, keluarga Ashq dan keluarga Nia berkumpul bersama. Yang jadi topik utama tentulah pasal pengantin baru. Apa? Honeymoon? tanya Nia dengan nada yang kuat. Ahli keluarga yang lain mengangguk sambil tersenyum. Ashq dah garu-garu kepala. Nia melopong. Honeymoon? Masalah... masalah. Honeymoon maksudnya bulan madu. Bila bulan madu macam kena bahagia, happy-happy. Tak ada gaduh-gaduh. Dan itu semua macam mustahil aje bagi dia dan Ashq. Yup. Kami dah tempah hotel dan tiket untuk awak berdua, ujar Puan Lia. Wait, tiket? Ke mana? tanya Ashq terkejut. Semangat betul diorang ni. Sampai dah ada tiket bagai. Macam jauh aje nak honeymoon ni....

56

Cik Qwerty

Ke Australia! jawab mereka sekeluarga. Australia?! jerit Nia dan Ashq serentak. Terkejut. Tempat sejuk tu woi. Bahaya! Dekat-dekat tak boleh ke, ma? PD ke? tanya Ashq. Takut iman aku nipis aje kat sana. Hu hu hu.... Haah. Tak PD, Shangri-La yang kat tengah-tengah KL tu pun okey, tambah Nia. KL panas. Selamat sikit. Kalau pak cik sebelah ni nak buat apa-apa, aku boleh terus pecut naik Putra ke, bas ke. At least dah tahu selok-belok. Kalau Australia tu, memang harapan tinggal harapanlah jawabnya. Hesy, mengarut! Padanlah kamu berdua ni kahwin. Dua-dua kuat mengarut, ujar Puan Nor geram. Ada ke patut honeymoon di tengah-tengah KL? Tak romantik betul anak menantu aku ni. Entah korang ni. Honeymoon kenalah tempat yang romantik. Baru boleh manja-manja... usik Nash sambil tersengih-sengih. Serentak itu, dua biji bantal tepat mengena muka Nash. Satu daripada Nia dan satu lagi daripada Ashq. Mengada-ada sangat apesal? tanya Nia dengan garang. Mukanya sudah merah. Biarlah! Orang tak sabar nak dapat anak buah ni, sakat Nash lagi. Pergilah kahwin! Bukan setakat anak buah, anak sendiri pun boleh dapat, balas Nia dengan geram. Tak nak. Abang nak anak buah, okey? Bulan depan kena ada depan mata. Gila apa? Mengandung pun sembilan bulan sepuluh hari. Ni nak dalam tiga puluh hari? Nak Nia telefon Tanjung Rambutan ke? Tempah wad untuk abang? tanya Nia.

57

Cheese

Gila betul abang aku ni. Ingat anak tu boleh tempah kat kedai mamak ke? Suka-suka tetapkan bila orang nak ada anak. Dah... sudah. Malu aje korang ni. Ha... Nia, dengar tu. Bulan depan ayah pun nak ada baby, usik Encik Amar pula. Suruhlah ibu mengandung. Nia pun teringin nak ada adik, jawab Nia dengan selamba. Ashq di sebelahnya mengangguk-angguk. Pap! Paha Nia ditepuk kuat oleh Puan Nor. Main-main pula budak ni. Ada ke ibu yang disuruh mengandung? Nia tu ha, cepat-cepat dapat anak. Time umur muda-muda nilah senang dapat anak. Ashq tu pun memang suka sangat budak-budak, kan Ashq? Ha? Haah... memang Ashq suka budak-budak pun, bu, jawab Ashq sambil tersengih-sengih. So, apa tunggu lagi? Cepat-cepatlah dapatkan aku anak buah, ujar Nash. Aku okey aje, bang. Orang sebelah nilah... tak tahu. Sengaja Ashq mengenakan Nia. Saya pula? tanya Nia. Suka-suka aje petik nama aku pak cik ni. Yelah, bukan awak kata tak nak anak ke? balas Ashq. Bila masa saya cakap macam tu? Awak yang kata nak tumpu pada kerjalah, muda lagilah... bidas Nia. Mana ada. Awak yang kata nanti susah nak pergi sitelah... kena pakai baju mengandunglah... suara Ashq lagi. Awak jangan pandai-pandai buat cerita. Saya tak cakap macam tu pun. Awak yang cakap tak nak anak dulu.

58

Cik Qwerty

Mana ada! Awak yang cakap macam tu! Ashq dan Nia terus berbalah tanpa sedar diri mereka diperhatikan oleh semua ahli keluarga. Terlopong Nash mendengar perbalahan mereka. Makin lama makin hangat. Sampai tangan-tangan Nia naik menunjukkan betapa semangatnya dia berbalah. Stop! Stop! Stop! Encik Iz akhirnya bersuara. Budak-budak ni, cerita dalam bilik pun nak dibawa keluar. Serentak Nia dan Ashq terdiam. Tapi masih saling menjeling. Tak puas hati lagilah tu. Mana taknya, tak pernah pun diorang bincang pasal anak. Gaduh ni pun sebab masingmasing buat cerita dan menokok tambah. Mana tak perang? Memang patutlah anakanda berdua perlu ada anak. Asyik gaduh aje. Cepat ada anak, kuranglah sikit gaduhnya. Masing-masing tak payah nak salahkan siapa-siapa. Yang penting usaha dan jangan tolak rezeki, nasihat Encik Amar sambil mengenyitkan mata kepada Ashq. Hanya lelaki dan lelaki saja yang faham maksud kenyitan itu. Dah... dah. Pergi masuk bilik. Usaha. Halau Nash sambil tergelak dan disambut seisi keluarga. Kecuali Nia dan Ashq. Muka dah merah habis. Nasiblah dapat keluarga yang macam ni.... Ha, esok jangan lupa. Pukul tujuh setengah pagi kena keluar rumah. Flight korang pukul sembilan pagi. Jangan tidur balik lepas subuh. Pesan Puan Lia.

NIA mundar-mandir di dapur. Semua ahli rumah dah masuk tidur. Yelah, dah pukul satu pagi, haruslah tidur. Dia aje yang

59

Cheese

jadi burung hantu. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa takut nak masuk bilik. Masuk. Tak. Masuk. Tak... ujar Nia sendirian sambil ke hulu ke hilir memegang gelas. Masuk ni dah empat gelas air Nia teguk. Mau kembung perut kalau minum sampai pagi. Akhirnya Nia membuat keputusan untuk masuk ke dalam bilik. Niat di hati nak tidur kat sofa depan TV aje, tapi bergegar pulak rumah esok pagi. So, dibatalkan ajelah niat murni dia tu. Takpe... takpe. Kalau mamat tu buat tak senonoh, aku bagi flying kick aje, bebel Nia sendirian sambil mendaki tangga ke biliknya. Masuk aje ke dalam bilik, terasa meremang bulu romanya. Apa kes lampu romantik sangat ni? Nia mengintai dari balik pintu untuk mengetahui di mana suami terchenta berada. Aik, tak ada pun dia atas katil? Hurm, mana mamat ni pergi ye? Dalam bilik air pun tak ada. Entah-entah, tidur dengan abang. Ha, baguslah... senang hati aku. Nia mengomel perlahan. Oh, suka ye aku tak ada? Nantilah kau. Ashq memasang niat jahat. Nasib baik minah ni tak perasan aku kat belakang pintu. Okey, mari kita mula beraksi. Satu, dua, tiga. Serang! Mak! jerit Nia. Tapi separuh jalan aje sebab ada tangan sasa yang menutup kuat mulutnya. Syyy... diamlah. Jangan jerit, bisik Ashq di telinga Nia. Apa ni? Lepaslah, balas Nia sambil cuba melepaskan diri daripada pelukan Ashq. Mahu aku tak jerit, tiba-tiba aje ada orang peluk dari belakang. Kat pinggang

60

Cik Qwerty

pula tu. Bab-bab pinggang ni memang agak sensitif sikit. Eh, bukan sikit... banyak sebenarnya. Mamat ni pulak, sesedap oren aje main peluk-peluk orang. Tak nak, jawab Ashq sepatah. Sedap pula peluk minah ni. Bau strawberry. Eee... lepaslah. Tak nak jugak. Awak, saya nak tidur ni. Lepaslah. Sayang.... Erk! Sa... sayang? Hurmmm.... Ashq dah membalikkan badan Nia supaya berhadapan dengannya. Tangan kasar Ashq mengusapusap pipi Nia. Nia automatik terkaku seperti terkena kejutan elektrik. Ada debaran di dada. Macam baru lepas lari seratus meter dalam masa sepuluh saat. Ashq mendekatkan mukanya ke muka Nia. Mata hazel Ashq bertemu dengan mata hitam pekat Nia. Masingmasing terpaku dan tertawan. Muka makin dekat. Lima inci terus ke dua inci dan terus ke seinci dan akhirnya... tiba-tiba lagu Get Down kedengaran dan membuat mereka tersedar. Pantas Nia menolak dada bidang Ashq. Masing-masing terpaku. Muka Nia memang dah merah habis. Ashq pula masih merenung Nia. Kedua-duanya cuba menahan debar di dada. Ehem. Ashq berdeham. Tiba-tiba tekak terasa kering. Erk! Nia terkedu, tak tahu nak cakap apa. Awkward. Itulah yang dirasakannya sekarang.

61

Cheese

Tanpa menghiraukan Ashq, Nia mendapatkan handphonenya yang bingit dari tadi. Nasib baik handphone ni berbunyi. Siapalah yang hantar mesej pagi-pagi buta ni? Memang aku berterima kasihlah kepada penghantar mesej. Kalau tak ada mesej ni, entah ke mana aku hanyut dengan mamat tu. Malunya! Siapa hantar mesej? soal Ashq. Berani betul orang tu hantar mesej waktu-waktu macam ni. Celcom, ujar Nia. I love youlah Celcom. Muah! muah! Sebelum ni memang cukup menyampah bila Celcom hantar mesej pagi-pagi buta. Tapi kali ni tidak lagi. Celcomlah penyelamatku. Ashq berlalu ke bilik air dengan perasaan sebal. Durhaka betul kau Celcom. Cis! ujar Ashq dengan geram di depan cermin. Tapi dengan nada yang perlahan. Tak nak Nia dengar. Geram betul. Baru nak mula, dah ada yang kacau. Macam mana nak sahut seruan kerajaan untuk menambahkan rakyat kalau macam ni? Hesy... keluh Ashq sendirian sambil tergeleng-geleng. Dia kemudiannya tersengih mengingat kejadian tadi. Macam mana boleh sikit lagi nak terbabas ni? Ashq keluar dari bilik air dan melihat Nia yang berdiri tegak di depan katil. Kenapa? soal Ashq. Dah macam patung dah aku tengok. Nak tidur mana? soal Nia menunduk. Malu lagi dengan kejadian tadi. Atas katil. Saya? Atas katil jugaklah.

62

Cik Qwerty

Erk? Nia terkedu lagi. Bahaya ni... tadi sikit lagi nak accident. Tak mahu! Awak tidurlah bawah, usul Nia. Kenapa pulak? soal Ashq pelik. Ye la, takkan nak tidur sama-sama atas katil? Kenapa? Tak boleh? Selama ni elok aje tidur atas katil berdua kat rumah awak tu? Selama ni okey lagi sebab tak ada benda pelik-pelik berlaku melainkan asyik terpeluk aje time tidur. Tapi tadi lagi sikit aje benda luar alam berlaku, bebel Nia dalam hati. Malu kot nak cakap macam tu secara terang-terangan. Ala... saya tak nak tidur atas katil dengan awaklah, ujar Nia. Kenapa pulak? Sebab... sebab... errr.... Apa gagap-gagap? Oh, sebab tadi ye? soal Ashq dengan senyuman nakalnya. Tak ada masa nak fikir pasal tadi, balas Nia dengan muka yang kembali memerah. Ye ke tak ada? Ye la. Eh, awak jangan nak tukar topik ye. Awak tidur bawah. Muktamad. Tidak muktamad. Awak pilih, nak tidur berdua atas katil atau nak sambung yang tadi? Mana satu awak nak? soal Ashq sambil kenyit mata dan tersenyum nakal. Errr.... Tergagap-gagap Nia nak menjawab. Pilihan berat sebelah betul mamat ni. Cepatlah sayang, dah pukul dua pagi dah ni. Nak yang mana satu ye, yang? usik Ashq lagi.

63

Cheese

Baik aku keluar dari bilik ni. Pilihan tak best langsung, desis Nia dalam hati lalu memusingkan badannya melangkah menghala ke pintu bilik. Belum pun sempat tangannya mencecah tombol pintu, tiba-tiba dia terasa dirinya melayang-layang. Apa ni? Turunkan saya. Nia meronta-ronta. Sukasuka dia aje nak angkat-angkat aku. Ingat aku budak-budak ke nak main angkat-angkat? Susah sangat nak suruh tidur dia ni, ujar Ashq dengan geram. Errr... jangan! Nia dah terketar-ketar bila Ashq meletakkan tubuhnya di atas katil. Apa aku nak buat ni? Mati aku, mati aku! Takpe, Nia. Takpe. Ingat balik silat yang kau belajar kat sekolah dulu. Senang nak silatkan mamat ni kalau dia buat apa-apa. Ashq menutup lampu. Badan Nia ditarik rapat. Nia dah sedia dengan silat kalau Ashq buat apa-apa. Nia cuba melepaskan diri daripada pelukan Ashq. Tapi, manalah Nia nak terlawan dengan tangan sasa Ashq tu? Dah, tidur. Dari saya tak buat apa-apa, jadi saya buat apa-apa kat awak pulak kang. Tidur. Jangan nak banyak songeh lagi, ujar Ashq, saja-saja buat garang. Terus Nia terkaku mendengar ayat Ashq tu. Sedihnya kena buli macam ni. Tak aci betul... gumam Nia perlahan. Cup. Satu ciuman singgah di pipi kiri Nia. Good night kiss. Ucap Ashq dengan mata terpejam. Dan Nia? Terkaku dengan muka terkejut. Again? Urghhh!

64

Cik Qwerty

Kata orang, belum cuba belum tahu. Dah cuba baru tahu serasi atau tidak.

65

No. ISBN:- 978-967-0448-23-7 Jumlah muka surat:- 472 Harga Runcit:- S/M: RM19, S/S: RM22 Harga Ahli:- S/M: RM15, S/S: RM18 Sinopsis:Dia, Nia Saffiya. Anak kepada Encik Amar dan Puan Nor merangkap adik kepada Nash, sang penyakat dalam keluarga. Dia perempuan biasa. Tak ayu sangat dan tidaklah terlalu selamba. Asal dia selesa, okey saja. Tapi satu yang orang kata tentang dia, dia kurang berperasaan. Suka tapi macam tak teruja. Marah tapi macam okey. Pada dia itu bukan masalah. Tapi pada orang lain, itu memang masalah! Dia, Adi Ashq. Anak kepada Encik Izham dan Puan Lia merangkap adik manja kepada Aina Dayana, sang penyeri dalam keluarga. Dia lelaki tak berapa nak biasa. Dia kuat membebel macam mak cik-mak cik. Dan agak manja.

Tentang perasaan, dia agak mengada-ada. Nak orang luahkan, baru dia sengih tunjuk gigi tak sudah. Maka, bila mana si dia dan dia bersatu, orang sekeliling pening dan naik risau! Yang perempuan kononnya kuat macam batu dan yang lelaki kononnya normal tapi manja mengada-ada. Bila seorang jatuh cinta dan dengan mudah melafazkan cinta, yang lagi seorang memendam rasa dan buat tak tahu. Siapa tak geram? I love you. Hurm. Hurm aje?! Ini cerita bukan sekadar cerita tetang dia yang begini dan dia yang begitu. Ini cerita tentang kasih sayang antara dia dan dia serta mereka dan keluarga juga kawankawan sekepala! Ingat siapa? Makwe lama. Cemburu tak? Buat apa nak cemburu? Kita dah dapat awak pun. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan CHEESE di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedaikedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com.

Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196