Anda di halaman 1dari 8

1.0 1.

PENGENALAN LATAR BELAKANG AKTIVITI

Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang berbahaya disebarkan oleh nyamuk aedes betina yang terinfektif. Bagi mengelakkan penyakit ini dari terus merebak, Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah unit Kawalan Vektor telah menjalankan berbagai bagi aktiviti bagi menyekat dan mengawal penyakit ini dari terus merebak dan antara aktiviti yng telah dijalankan adalah seperti aktiviti fogging, Larvaciding, oiling, PPA dan lain lain lagi. Aktiviti Pemeriksaan Pembiakan Aedes (PPA) merupakan salah satu aktiviti utamayang dijalankan oleh unit vektor bagi menyekat dan mengawal penyakit demam denggi ini. Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencari tempat tempat pembiakan nyamuk aedes atau yang berpotensi bagi pembiakan vector ini dan seterusnya menghapuskan dalam usaha mengurangkan kejadian penyakit bawaan vektor khususnya Demam Denggi

1.2

KEPENTINGAN PEMERIKSAAN PEMBIAKAN AEDES

Pemeriksaan Pembiakan Aedes merupakan salah satu aktivit penting dalam menyekat atau menghalang berlaku penularan virus penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah dengan cara mencari dan memusnahkan tempat tempat pembiakan nyamuk aedes pada sesebuah lokaliti. Selain itu Pemeriksaan Premis Aedes ini juga bertujuan untuk membanci sesuatu lokaliti untuk mengesan kawasan pembiakan yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk Aedes. Melalui jumlah jentik dan takungan yang dijumpai ia akan dikira dengan menggunakan kaedah A.I (Aedes Index) dan B.I (Breatau Index). Kajian ini dapat memastikan samada perlunya langkah pengawalan dan pencegahan dilakukan pada sesebuah lokaliti tersebut. 2.0 2.1 OBJEKTIF PEMERIKSAAN OBJEKTIF SPESIFIK Menyekat dan memusnah tempat tempat pembiakan nyamuk aedes pada sesebuah lokaliti. Mencari dan mengenal pasti tempat tempat pembiakan nyamuk aedes pada sesebuah lokalti. Bagi mempelajari kaedah-kaedah dan prosuder dalam menjalankan aktiviti PPA(Pemeriksaan Pembiakan Aedes). 2.2 OBJEKTIF SPESIFIK Untuk menghapuskan tempat tempat pembiakan nyamuk aedes bagi mencegah penyakit denggi. Untuk menguatkuasakan peraturan Akta Serangga Pembawa Penyakit 1975. Mengetahui peralatan yang digunakan serta mempelajari cara penggunaanya ketika melakukan kajian Aedes. Untuk mengetahui cara-cara mengenalpasti dan melihat jentik jentik di bawah mikroskop dan cara mengawetnya. Memberikan Pendidikan kesihatan secara bersemuka dengan tuan rumah mengenai bahaya aedes dan demam denggi. Mengetahui borang borang, peralatan dan prosedur yang digunakan dalam aktiviti PPA ini.

3.0 3.1

KEPERLUAN PROSEDUR SENARAI SEMAK PERALATAN KAJIAN Kad kuasa atau surat perakuan kuasa. Kad pegenalan. Borang Kajian Aedes. Borang Pengumpulan Data Aktiviti Pemeriksaan Pembiakan Aedes. Pelan lokasi dan pelan lantai tempat pembiakan larva nyamuk. Borang Perakuan Pungutan Serangga Pembawa Penyakit Dari Premis. Borang Perakuan Mengambil Bekas / Barang Dari Premis. Risalah atau poster .Pipet Beg kajian Aedes A4 clipboard Lampu suluh Alat tulis Kamera dan filem Abate 1%SG LabelLak rasmi KKM Botol Spesimen

SENARAI SEMAK PERALATAN UNTUK PENGECAMAN LARVA DIBAWAH MIKROSKOP DAN MENGAWET LARVA Mikroskop Slaid Pipet Botol sampel Alcohol 70%

3.2 1. 2.

KAEDAH/PROSEDUR PEMERIKSAAN Semasa dipejabat (sebelum bergerak kelapangan) Mendengar taklimat dari PPKP bagi menetapkan kawasan kajian. Mengenalpasti lokaliti yang hendak di tuju. Menyemak segala peralatan untuk di bawa ke lapangan mengikut senarai semak Semasa dilapangan Membahagi kumpulan dengan seorang PKA menjadi ketua, bagi kawasan tertentu seperti kawasan industri,tapak,pembinaan atau instituti pengajian tinggi hendaklah diketuai oleh PPKP kanan dan begitu juga untuk melakukan operasi khas mestilah diketuai oleh PPKP kanan. Memberi salam dan memperkenalkan diri bersama pembantu denganmenunjukan kad kuasa kepada penduduk/pemunya rumah (mereka yang berumur 18 tahun keatas) yang berada di tempat lawatan/ premis. Meminta kebenaran untuk memasuki dan memeriksa premis. Menjalankan pemeriksaan bersama sama pembantu dan penduduk/pemunya rumah didalam dan diluar premis. Jika ada pembiakkan, tunjukan tempat yang ada pembiakkan kepada penduduk/pemunya premis. Memberi pendidikan kesihatan kepada penduduk/pemunya premis. Ambil gambar tempat pembiakan secara overview, focus dan zoom(pastikan kamera mempunyai tarikh dan masa yang betui) Tunjuk botol kosong dan pipet kepada penduduk/pemunya premis. Pungut sejumlah jentik-jentik(3-5) ekor dan masukkan ke dalam botol dantunjukan kepada penduduk/pemunya premis bersama pembantu. Tutup, lak botol menggunakan lak rasmi dan labelkan botol sepertiberikut: Nama Alamat Tarikh Masa

Mengisi borang perakuan pungutan jentik jentik dalam 3 salinan sebagai barang kes dan menyerahkan satu salinan kepada penduduk/pemunya premis.

Menyediakan peta lakar tempat pembiakan dan premis (pelan lantai).

Mengambil barang barang sebagai barang kes, jika sesuai dan mengisi borang perakuan mengambil barang barang kes dalam 2 salinan danm enyerahkan satu salinan kepada penduduk/pemunya premis.

Labelkan barang barang yang diambil seperti berikut : Nama penduduk/pemunya Alamat Tarikh Masa Nama barang

Mencatatkan butir butir kajian aedes dalam buku harian rasmi. Memberitahu penduduk/pemunya premis langkah langkah yang aka ndiambil seterusnya oleh pihak jabatan kesihatan.

CARTA ALIR PEMERIKSAAN PEMBIAKAN AEDES

4.0 4.1

KESIMPULAN KAWASAN KEUTAMAAN

Bagi mengurangkan lagi risiko penyakit demam denggi ini kaedah yang terbiak adalah menjalankan Pemeriksaan Pembiakan Aedes (PPA) pada kawasan utama yang mempunyai ramai orang, tempat yang kurang menjadi perhatian ataupun kawasan yang menjadi tumpuan manusia, hal ini kerana salah satu faktor bagi penyebaran virus denggi ini juga adalah disebabkan oleh kehadiran manusia, dan kawasan yang kurang menjadi perhatian manusia seperti rumah kosong/terbiar menyebabkan nyamuk aedes senang untuk membiak kerana tiada aktiviti pembersihan dan selain itu turut dapat mengelakan dari kemungkinan berlakunya wabak pada tempat tempa tberkenaan.Berikut adalah senarai kawasan keutamaan:Jika dilihat pada kawasan keutamaan di atas, kawasan seperi rumah kosong, tanah kosong dapat dilihat apabila kami menjalankan aktiviti PPA dan mendapati terdapatbanyak pembiakan di situ mungkin kerana faktor kurang aktiviti pembersihan dikawasantersebut. Rumah kedai Tapak pembinaan Kilang Sekolah Tempat pembuangan sampah Tanah kosong Taman rekreasi Tempat Ibadah Fasiliti Kesihatan Rumah terbengkalai Pejabat Kerajaan Tanah Perkuburan

4.2

KEBERKESANAN AKTIVITI KEPADA KESIHATAN AWAM

Antara keberkesanan yang dapat dilihat hasil dari aktiviti Pemeriksaan Pembiakan adalah penurunan jumlah index A.I dan B.I pada sesuatu kawasan kerana denganadanya aktiviti PPA ini sentiasa dijalankan dapat mengurangkan jumlah pembiakan larva aedes disamping dapat menghapuskan tempat tempat pembiakan nyamuk aedes dan dapat memupuk minda masyarakat tentang bahaya aedes disamping itu juga dapa tbekerjasama dalam menghapuskan tempat pembiakan aedes. Selain itu kesan dari kurangnya pembiakan nyamuk aedes akan turut mengurangkan risiko demam denggi kepada masyarakat dan mengelakan dari berlakunya wabak aedes. Kurangnya pembiakan nyamuk aedes turut mengurangkan risiko penyebaran penyakit lain bawaan nyamuk aedes seperti chikungunya dan demam kuning

Anda mungkin juga menyukai