Anda di halaman 1dari 20

Pendahuluan

Pelbagai latihan yang dilakukan untuk meningkatkan kemahiran dalam permainan bola baling. Salah satu latihan yang boleh meningkatkan kemahiran dalam bola baling ialah latihan kemahiran pergerakan kaki. Latihan ini merupakan latihan yang sering dilakukan dalam mana-mana permainan sukan. Latihan kemahiran pergerakan kaki merujuk kepada pergerakan yang akan dilakukan secara berulang dan juga mmelibatkan peralatan sebagai alat bantu dalam latihan tersebut. Latihan tersebut akan diketuai oleh guru pembimbing dan telah dirancang berdasarkan kemahiran sedia ada guru tersebut. Latihan yang akan dilakukan mempunyai unsur yang boleh meningatkan ketangkasan, ketahanan, dan kemahiran. Setiap yang dilakukan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu yang boleh diaplikasikan dalam mana-mana permainan.

1.0 Rasional Dapat melahirkan sifat kepimpinan murid semasa bermain. Melahirkan murid yang berkemahiran dalam permainan Bola Baling. Membina kefahaman murid tentang konsep asas kemahiran Bola Baling. Melahirkan murid yang berdisiplin dan mahir berkomunikasi dengan murid lain.

2.0 Matlamat Memberikan peluang kepada murid untuk mempelajari teknik-teknik permainan Bola Baling dengan betul. Melaksanakan simulasi latihan kemahiran acahan yang berkesan kepada murid. Membantu murid memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pergerakan kaki dan tangan yang tepat dan betul.

3.0 Objektif Meningkatkan kemahiran acahan murid dalam sukan Bola Baling. Melatih murid mahir dalam teknik gerakan kaki. Memupuk semangat bekerjasama yang tinggi antara murid semasa aktiviti dijalankan. Meningkatkan kemahiran kognitif murid. Melicinkan kemahiran lokomotor murid. Membolehkan murid membangun dan mengekalkan kekuatan daya kardiavaskular semasa bermain.

Refleksi Oleh: Fanly Soh Swee Fong

Bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik dan tepat pada masanya. Sepanjang dua minggu melaksanakan tugasan kerja kursus pendek ini, banyak ilmu pengetahuan yang amat bermanfaat telah saya perolehi melalui proses pencarian rancangan aktiviti latihan kemahiran Bola Baling. Dalam tugasan ini saya telah mempelajari langkah dan cara melaksanakan pengelolaan program aktiviti dalam Bola Baling. Kumpulan kami telah memilih kemahiran acahan ini sebagai program latihan yang akan dilaksanakan dikalangan murid-murid sekolah rendah. Pelbagai rujukan internet dan buku-buku telah saya pilih untuk mendapatkan maklumat dan bahan mengenai format penulisan Rancangan Pengajaran Harian. Melalui rujukan ini, saya telah mengetahui bagaimana pelaksanaan program aktiviti kemahiran acahan dan aktiviti yang sesuai sebagai pengukuhan konsep murid. Secara amnya, tugasan ini telah memberikan saya peluang untuk

mengaplikasikan ilmu dan teori-teori hasil pembentangan yang telah dibentangkan oleh rakan-rakan semasa interaksi dalam kuliah. Ianya banyak membantu saya untuk menyediakan rancangan pengajaran yang memenuhi matlamat dan objektif P&P. Dalam tugasan ini, saya telah menggunakan prinsip-prinsip, teori, konsep dan prosedur-prosedur yang harus dijalankan sebelum bermulanya pengelolaan aktiviti. Ini sebagai satu kesedaran kepada saya untuk belajar membuat rancangan pengajaran

dan

cara

bagaimana

nak

mengelolakan

sesuatu

aktiviti

apabila

diberikan

tanggungjawab oleh pihak sekolah nanti. Peluang ini memberikan saya manfaat yang amat berguna apabila saya bergelar guru nanti, di mana saya perlu melaksanakan P&P berdasarkan rancangan pengajaran yang disediakan. Ini sebagai panduan

melaksanakan sesuatu aktiviti supaya tidak lari daripada skop pembelajaran yang diingini. Keseluruhannya, saya ingin berterima kasih kepada Pensyarah Gerko yang telah banyak memberikan penerangan dan membimbing mengenai kehendak soalan tugasan kerja kursus ini kepada kami. Selain itu, saya amat menghargai setiap kerjasama dan bantuan daripada ahli-ahli kumpulan yang sentiasa komited dengan pelaksanaan tugasan ini. Banyak idea dan pengetahuan yang telah kami kongsikan bersama semasa membuat perbincangan tugasan dan ini telah banyak membantu menyiapkan tugasan dengan sempurna.

PENGENALAN
Sejarah Bola Baling Permainan seakan-akan bola baling sudah ada sejak dahulu lagi seperti permainan Urania di zaman Greek kuno, Harpaston di zaman Rom, Fangballspiel pada abad pertengahan di Jerman dan sebagainya. Terdapat juga rekod tentang permainan seperti bola baling ini dalam abad pertengahan di Perancis dan juga di Inuit, Greenland pada zaman pertengahan lagi. Pada sekitar abad ke-19 pula, terdapat permainan yang agak serupa dengan bola baling dimainkan, iaitu Haandbold di Denmark, Hazena atau Czeska Hasenka di Bohemia dan Slovakia, serta Gandbol di Ukraine. Permainan bola baling yang ada sekarang dibentuk pada akhir abad ke-19 di Eropah Utara, iaitu di Denmark, Jerman, Norway dan Sweden. R.N. Ernst telah membuat satu peraturan baru bola baling pada tahun 1897. Dane Holger Nielsen juga membuat perkara yang sama pada tahun 1898 (tetapi hanya diperkenalkan pada tahun 1906). Satu lagi peraturan bola baling telah dibuat pada 29 Oktober 1917 oleh Max Heiser, Karl Schelenz dan Erich Konigh dari Jerman. Selepas tahun 1919, peraturan tersebut dipertingkatkan oleh Karl Schelenz. Pada tahun 1925 pula, pertandingan bola baling antarabangsa yang pertama telah diadakan menggunakan peraturan baru tersebut. Pertandingan yang dimaksudkan adalah di antara Jerman dan Belgium pada tahun 1925 dan seterusnya pertandingan bola baling wanita, iaitu di antara Jerman dan Austria pada tahun 1930.

Di Jerman, ia dikenali sebagai Raffbold pada mulanya. Tetapi, semasa Perang Dunia Kedua, permainan ini dikenali sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang. Pada tahun 1917, bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman. Permainan ini juga sama seperti versi permainan di Ireland dan Uruguay. Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatan kuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Pada tahun yang sama, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Pada tahun 1938, sekali lagi Jerman telah menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia yang disertai oleh 10 buah Negara. Pada tahun 1946, (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang dalam satu pasukan. Kejohanan Bola Baling Sedunia sekali lagi diadakan pada tahun 1956 oleh IHF. Di dalam kejohanan tersebut, Sweden telah menjadi juara. Pada tahun 1956, undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini. IHF juga telah mengadakan Kejohanan Wanita Dunia semenjak tahun 1957, dan Kejohanan Wanita dan Lelaki Remaja Dunia selepas itu. Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungury dan Poland merupakan pasukan yang hebat ketika itu. Manakala di Asia pula, Jepun, China dan Korea adalah di antara negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelakinya telah memenangi pingat perak. Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF. Sementara itu, Kesatuan Bola Baling Asia pula ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Teheran sedang berlangsung. Ibu pejabat kesatuan ini berada di Kuwait. Di Malaysia, permainan bola baling diperkenalkan oleh Lim Hock Han pada tahun 1976. Dan pada bulan Disember 2006, laporan IHF menyatakan bahawa ia

sudah mempunyai 159 keahlian yang terdiri daripada 1,130,000 kumpulan yang berjumlah 31 juta orang termasuk pemain, jurulatih, pegawai dan pengadil.

Sejarah Bola Baling di Malaysia Permainan bola baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 Sep. 1985. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden. Pada tahun 1986 persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Dis. 1985 dimana 11 pasukan telah mengambil bahagian. Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah diterima sebagai satu permainan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu di Kompleks TUDM, Lumut tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986 untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan. Di maktab perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985. Di Malaysia, permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, beliau bertugas sebagai pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di Universiti Malaya. Seterusnya satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari Unit Pendidikan Jasmani Dan Sukan, kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. sejak itu, kursus-kursus

bola baling untuk gurur-guru telah dijalankan untuk mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi lelaki dan wanita buat kali pertama telah diadakan pada 2 jun 1982. kejohanan ini telah disertai 12 buah pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan telah didaftarkan secara rasmi pada 11 september 1982. persekutuan Bola Baling Malaysia pula telah didafarkan secara rasmi pada 11 september 1982. Persekutuan Bola Baling Malaysia pula telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1985. di peringlat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling bagi melatih guru dalam aspek pengadilan dan kejurulatihan.

Peraturan dan Undang-Undang Bola

Sesetengah versi bola baling Amerika menggunakan bola yang digunakan dalam permainan bola tampar. Bersaiz lebih kecil berbanding bola sepak bagi memudahkan pemain memegang dan mengawalnya dengan sebelah tangan (walaupun kedua-dua tangan dibenarkan).

Gelanggang Berukuran 40 m panjang x 20 m lebar. Terdapat garisan pembahagi di tengah gelanggang dan satu gol di tengah salah satu penghujung. Gol dikelilingi garisan separa bulatan yang jarak umumnya berukuran 6 m dari gol. Satu lagi garisan separa bulatan pula adalah pada jarak 9 m dari gol.

Pengadil Ketua pengadil. Pembantu pengadil. o Setiap pengadil akan menjaga kawasan masing-masing. Pemain Dua pasukan berlawan dalam satu sama. Terdiri daripada 6 orang pemain dalam satu pasukan termasuk 1 penjaga gol. Pertukaran pemain boleh dilakukan secara bebas.

Tempoh Permainan Tempoh permainan bola baling ialah selama 30 minit dalam dua sesi. 10 minit masa tambahan diberikan jika kedudukan seri. 5 minit lagi akan diberikan sekiranya kedudukan pungutan gol masih sama. Jika kedudukan masih seri selepas masa tambahan, pemenang akan ditentukan dengan setiap pasukan akan diberikan 5 balingan bagi

setiap pemain kecuali penjaga gol. Balinga dilakukan pada jarak 7 meter dari gol. Formasi Permainan Formasi yang sering digunakan: o Formasi 6-0 (Formasi yang digunakan oleh pasukan Scandinavian dari Eropah) o Formasi 5-1 o Formasi 4-2 o Formasi 3-3 (Formasi yang digunakan oleh pasukan HC Motor Zaporyshe dari Ukraine. Ia juga sering digunakan oleh pasukan dari Eropah Timur.

Cara Permainan Pemain mesti menggunakan tangan untuk membaling bola. Pemain tidak boleh memegang bola lebih daripada 3 saat. Bola dibaling dari luar kawasan D (kawasan gol) dan pemain tidak dibenarkan masuk ke kawasan D. Para pemain berada di garisan tengah gelanggang sebelum permainan dimulakan. Pergerakan dribble dilakukan dengan sebelah tangan, tetapi apabila kedua-dua tangan memegang bola selepas membuat dribble, maka pemain lain pula akan membuat dribble seterusnya. Satu balingan percuma akan diberikan kepada pemain yang membuat satu double dribble.

Pemain akan kehilangan bola sekiranya melangkah lebih dari tiga langkah tanpa melakukan dribbleatau selepas memberhentikan dribble mereka. Pemain akan mengambil tiga langkah dan bola mesti dipukul ke bawah seperti dalam permainan bola keranjang.

Selepas kehilangan bola semasa menyerang, bola perlu diletakkan ke bawah. Cubaan untuk menjaringkan gol pula perlu dilakukan di luar kawasan D. Hanya penjaga gol dibenarkan berada di kawasan D. Selepas jaringan berjaya dibuat, para pemain bergerak ke garisan tengah gelanggang semula dan perlu berdiri sambil dapat mengawal bola, pengadil akan meniup wisel sebagai tanda permainan diteruskan.

Sekiranya pemenang tidak dapat ditentukan pada 10 jaringan pertama, pasukan akan diberikan balingan penalti sehingga terdapat pasukan yang gagal menjaringkannya. Pasukan yang memperoleh jaringan penalti yang terbanyak dikira sebagai pemenang.

Balingan penalti mesti dibuat pada kawasan perimeter yang ke-7 selepas wisel dibunyikan. Balingan penalti tu juga diberikan jika di dalam kawasan D, pemain pertahanan menghalang pergerakan pemain lawan yang ingin membuat jaringan.

Penalti akan diberikan kepada pemain jika terdapat perlakuan kasar di antara mereka. Pengadil mungkin memberikan balingan 9 meter percuma kepada pasukan yang menyerang, atau jika or if the infraction was during a clear scoring opportunity, balingan penalti pada jarak 7 meter dari gol diberikan. Dalam kes yang lebih ekstrem, pemain tersebut akan diberikan kad kuning (tanda amaran), 2 minit penalti, atau kad merah (disingkir dari permainan). Terdapat juga pemain yang terus diberikan kad merah kerana melakukan kekasaran terhadap pemain lain tanpa diberikan amaran (kad kuning).

Jika pemain mencela atau memprotes keputusan pengadil, sama ada menyentuh dengan tujuan menolak atau dengan bahasa kasar, atau

sekiranya pemain menendang atau memukul pemain lawan, pengadil boleh mengarahkannya keluar dari gelanggang.

KEMAHIRAN AKTIVITI-AKTIVITI DALAM BOLA BALING

(i) Kemahiran: Hantaran Menangkap/ menyambut Menggelecek Melantun Mengacah Menghadang Menjaring Menjaga gol

PENGENALAN RPH

Kumpulan kami telah sebulat suara untuk memilih jenis kemahiran iaitu kemahiran mengacah. Kami telah memilih tajuk ini dan merangka satu rancangan pengajaran harian yang akan digunakan di sekolah kelak. Kumpulan kami telah mencipta 3 jenis aktiviti untuk meningkatkan kemahiran mengelecek iaitu secara individu, berpasangan dan berkumpulan. Dalam aktiviti tersebut, pelajar akan belajar untuk mengawal diri bagaimana untuk melakukan acahan.

PERALATAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)


Mata Pelajaran Masa Kelas Bil Murid Tunjang Tajuk/Kemahiran : Pendidikan Jasmani : 8.00- 9.00 Pagi (1 Jam) : 4 Bestari : 21 Orang (lelaki:13 perempuan: 8 ) : Kemahiran dalam bola baling : Mengacah

Objektif

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat,:

I.

II.

III.

Psikomotor: murid dapat melakukan kemahiran asas pergerakan kaki dalam bola baling dengan teknik yang betul 5 kali dari 10 percubaan Kognitif : murid dapat menyatakan kesalahan dalam kemahiran pergerakan kaki dan kedudukan anggota badan yang baik semasa melakukan aktiviti pergerakan kaki bola baling. Afektif : memupuk semangat bekerjasama yang tinggi antara murid semasa aktiviti dijalankan.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah bermain bola baling di waktu pendidikan jasmani sebelum ini. Penggabungjalinan : Pendidikan Sivik dan Matematik KESEPADUAN : Koordinasasi Penerapan Nilai Murni Alatan
KOMPONEN

: Bekerjasama, dedikasi. : Bola baling (21) , kon(8) wisel (2), kayu( 3).

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi Masa :10 minit.

Doa Belajar Membuat regangan Pengenalan Kemahiran

Murid membaca doa belajar secara beramai-ramai

Murid diminta untuk membuat dua barisan secara mengadap dan melakuka berpasangan. Regangan dimulakan dengan kepala hingga hujung kaki dalam kiraan 8.

Guru menunjukkan dan menerangkan tentang kemahiran gerak kaki dalam bola

Langkah 1 Masa : 15 minit

Aktiviti secara individu 1. 2. Murid dipecahkan kepada empat kumpulan iaitu lima orang satu kumpulan.

Dalam barisan, murid dikehendaki berlari sambil membawa bola dengan k tangan.

3.

Semasa berlari sambil membawa bola, murid dikehendaki mengelak daripada kon sehingga melepasi semua kon tersebut.

4. 5.

Aktiviti diteruskan dengan berpatah balik mengikut giliran murid. Setiap aktiviti dibuat dalam lima kali ulangan dalam 10 set.

6. 7. 8.

Berseorangan bergerak ke kiri,kanan, depan dan belakang Mula tanpa bola kemudian dengan menggunakan bola. Ikut arah

Langkah 2 Masa : 15 minit

Aktiviti berpasangan

1.

Guru mendemonstrasi kemahiran gerakan kaki iaitu lay up. Pergerakan kaki tig berturut-turut dan dihalang oleh rakan.

2. 3. 4.

Mula tanpa menggunaka bola dan kemudian dengan bola dan dihalang oleh raka Aktiviti ini diulang sebanyak 5 kali dan ulangan sebanyak 3 set. Seterusnya murid diminta untuk membuat barisan dimana 2 orang murid berdiri satu sama lain.

5.

Seorang murid akan membaling bola ke arah kiri dan kanan tanpa bergerak dari asalnya.

6. 7.

Manakala, rakan di hadapannya akan menangkap bola tersebut.

Murid yang membaling bola bebas untuk menghantar bola tanpa memberikan isy kepada rakannya itu. A

Langkah 3 Masa : 10 minit

Aktiviti berkumpulan secara bertiga

1)

Aktiviti secara bertiga. Dua orang dari pasukan yang sama, manak seorang bertindak sebagai pihak lawan atau penghalang

un

menjaringkan gol. A dan B satu pasukan,manakala C pasukan lawan un menghalang. 2) A akan menghantar bola dari luar kawasan D ke dalam kepada

Seterusnya, C akan cuba menghalang B dari mendapatkan bola un

menjaring, dan B perlu mencari ruang untuk mengambil bola d menjaringkan bola. 3)

Seterusnya, kemahiran menjaring secara melompat dipraktikkan. A k

bertukar peranan pula dengan B. A akan menghantar bola kepada B, dan

akan mendapatkan bola untuk menjaring sambil melompat. C te berperanan sebagai penghalang untuk B menjaring. 4)

Aktiviti ini berulang sehingga murid-murid dapat mengusai kemahi mengelecek, menjaring dan menghadang.

C B

= A, B

=C

1)

Bahagikan murid kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Setiap kumpu terdiri daripada lima orang.

Kemuncak:

Permainan kecil Masa: 15 minit

2)

Setiap kumpulan dikehendaki menjaringkan gol di kawasan lawan sam

melakukan gelecek untk mengelakkan pihak lawan membuat jaring

Semua harus menggunakan teknik lay up dan terus menghantar a menjaringkan bola ke kawasan lawan. 3)

Kumpulan yang dapat menjaringkan paling banyak gol dalam masa 7 m permainan dikira menang.

4)

Setiap kumpulan harus mengatur strategi masing-masing.

Gol A

Gol B

Penutup Masa : 10 minit

Aktiviti menyejukkan badan Refleksi

Murid dalam satu bulatan dan duduk. Guru membuat diikuti oleh murid.

aktiviti menyejukkan badan salam keadaan duduk d

Guru memberikan ruang refleksi kepada murid tentang aktiviti yang te merka lakukan.

Anda mungkin juga menyukai