Bab 3: Perniagaan Dalam Negeri Perdagangan Tingkatan 4
NOTA BERPANDU TOPIK 3.3b: Peruncit Kecil-kecilan
Peruncit Kecil-kecilan Peruncit Tanpa Kedai Penjaja Pegerai Peruncit Berkedai Kedai am Kedai khusus
Peruncit kecil-kecilan terdiri daripada peruncit berkedai dan tidak berkedai. Pernigaan ini dapat dikenal pasti melalui jumlah barang yang sedikit, premis perniagaan yang kecil dan bilangan pekerja yang sedikit. Peruncit Tanpa Kedai Penjaja Peniaga boleh menjaja secara berjalan kaki atau berkenderaan ke merata-rata tempat. Bermodal kecil dan berniaga sendiri atau dibantu oleh ahli keluarganya. Mudah dikelolakan dengan menggunakan kenderaan atau gerai bergerak di ruang yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan. Kuantiti barang yang dijual terhad setakat cukup untuk jualan sepanjang hari berjaja. Contoh: penjual aiskrim, roti, ikan, dan sayur. Pegerai Peniaga yang medirikan tempat niaga yang ringkas dan kecil. Gerai yang didirikan bersifat sementara. Sesetengah gerai disediakan oleh pihak berkuasa seperti di medan selera ada kalanya, pihak berkuasa hanya menyediakan tapak sahaja. Contoh: gerai di pasar tani, gerai ramadhan. Kebiasaanya pegerai menjual sayur-sayuran, buah-buahan, makanan, barang kraf tangan, pakaian, dan barang keperluan harian yang lain. Kedai Khusus Menjual satu jenis barangdan beberapa jenis barang lain yang berkaitan dengannnya. Contoh: kedai buku. Banyak terdapat di Bandar terutamanya di kompleks membeli-belah. Dibantu oleh ahli keluarga dan beberapa orang pekerja. Saiz pengeluaran tidak besar kerana modalnya terhad.
Peruncit Berkedai Kedai Am Menawarkan beraneka jenis barang keperluan harian pengguna di premis tetap. Contoh: pasar mini. Jenis barang yang dijual bergantung kepada permintaan pengguna di sekelilingnya. Antara barang yang dijual ialah barang keperluan dapur, alat tulis, makanan dalm tin dan barang kegunaan harian yang lain. Bagi pelanggan tetap, mereka dibenarkan berhutang.
Bab 3: Perniagaan Dalam Negeri Perdagangan Tingkatan 4
INFO BONUS
Kaedah mengingat ciri-ciri perniagaan runcit kecil-kecilan. (teknik Akrostik)
M P M M L L P K
Modal yang kecil Pemilikan Mudah dibentuk Mudah diurus Lokasi perniagaan Layanan peribadi Perkhidmatan selepas jualan Kos overhead yang rendah
Mona Pergi Muzium Munah Lompat Lari Pegang Kain
Bab 3: Perniagaan Dalam Negeri Perdagangan Tingkatan 4
LATIHAN LEMBARAN KERJA Soalan objektif: 1. Maklumat berikut berkaitan dengan peruncit kecl-kecilan. Apakah X? Peruncit Kecil-kecilan Peruncit Tanpa Kedai X Pegerai Peruncit Berkedai Kedai am Kedai khusus
Apakah X? A. B. C. D. Pelabur Penjaja Pengilang Kedai sejaras
2. Pernyataan berikut merupakan maklumat berkaitan peruncit kecil-kecilan kecuali A. B. C. D. Premis perniagaan yang kecil Bilangan peniaga yang sedikit Memerlukan modal yang besar Jumlah barang jualan yang sedikit
3. Antara berikut, manakah ciri-ciri perniagaan runcit kecil-kecilan? I. II. III. IV. A. B. C. D. Saiz perniagaan yang kecil Ditubuhkan secara milikan tunggal atau perkongsian Prose pendaftaran adalah ringkas Modal yang besar I, II, dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV
Bab 3: Perniagaan Dalam Negeri Perdagangan Tingkatan 4
Soalan Subjektif
Senaraikan kelebihan dan kekurangan peruncit kecil-kecilan. Kelebihan Pelanggan tetap dan jujur boleh diberi kredit bagi meningkatkan jualan. Pelanggan menikmati khidmat selepas jualan seperti penghantaran. Kekurangan Pembeli sukar membeli secara pukal kerana modal yang terhad. Mereka tidak mendapat diskaun niaga atau harga yang rendah. Ruangan niaga yang terhad tidak dapat menampung stok yang banyak. Oleh itu, stok peniaga adalah kecil dan jenis barang yang dijual juga tidak banyak. Saiz jualan adalah kecil. Tidak menyewa kedai yang mahal kerana kos yang tinggi.
Kegiatan promosi amat kurang dan biasanya melibatkan papan iklan, lampu neon ataupun poster sahaja.