Anda di halaman 1dari 19

PENGAJARAN NYANYIAN

TOPIK 4

TOPIK 4

PENGAJARAN NYANYIAN
Umran bin Samsudin

PENGENALAN
Sebagai pendidik muzik, anda perlu memahami bidang nyanyian dan menyampaikan kepada pelajar dengan cara yang berkesan dan bermakna kepada mereka. Dengan memasang rakaman audio seperti cd dan kaset, manakala murid menyanyi dengan seronok belum memadai. Sebenarnya banyak aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik di sekolah terutama nyanyian. Pengajaran dan pembelajaran nyanyian akan lebih terancang dan berkesan sekiranya anda sebagai pendidik muzik dapat mengenal pasti dan menguasai kaedah-kaedah yang akan digunakan serta konsep-konsep muzik yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah. Pendidik juga harus peka mengenai perubahan dan pembaharuan terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan.

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menerangkan beberapa kaedah pengajaran nyanyian dalam pendidikan muzik; 2. menyedari akan kepentingan pendekatan dan kaedah-kaedah pengajaran nyanyian dalam pendidikan muzik; 3. memahami, menguasai kemahiran dan mengaplikasikan konsep-konsep muzik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran nyanyian; dan 4. dapat mengendalikan kelas dengan aktiviti-aktiviti muzikal yang kreatif dan menarik.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK


Topik ini mengandungi tiga sub topik iaitu: 1. Kaedah pengajaran nyanyian. Di dalam bahagian ini, anda akan didedahkan dengan beberapa kaedah pengajaran nyanyian dan lagu yang perlu dilaksanakan mengikut urutan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. Pemilihan aktiviti dan lagu juga memainkan peranan yang penting sebelum pengajaran dan pembelajaran nyanyian dilaksanakan. Mengaplikasikan konsep muzik melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran nyanyian. Bab ini pula mendedahkan 7 konsep muzik yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran nyanyian. Pengendalian kelas.

2.

3.

36

OUM

TOPIK 4

PENGAJARAN NYANYIAN

4.1

KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN

Pengajaran dan pembelajaran muzik di hampir seluruh dunia pada masa sekarang boleh dikatakan banyak dipengaruhi dan berdasarkan kepada pendekatan-pendekatan yang telah diasaskan oleh beberapa pendidik muzik yang termasyhur di dunia. Pendidikpendidik muzik yang dimaksudkan adalah Johann Heinrich Pestalozzi (Swiss), Emile Jacques Dalcroze (Swiss), Carl Orff (Jerman), Shinuchi Suzuki (Jepun), Zoltan Kodaly (Hungary) dan Edwin Gordon (U.S.A). Walaupun jaguh-jaguh ini mempunyai latar belakang yang amat berbeza, setiap mereka telah banyak memberi perhatian yang teliti kepada bagaimana konsep-konsep muzik harus diperkenalkan kepada pelajar-pelajar muzik di peringkat sekolah rendah dan juga prasekolah. Konsep-konsep ini telah diteliti dengan lebih halus dan mendalam sebelum diubahsuaikan untuk kegunaan hinggalah ke peringkat sekolah menengah pada masa sekarang. Namun begitu, dalam pengajaran dan pembelajaran nyanyian, terdapat beberapa kaedah yang perlu diikuti mengikut urutan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kreatif serta menarik. Prinsip-prinsip Muzik Mengikut Sistem Pestalozzi 1. Mengajar BUNYI sebelum SIMBOL (isyarat). Pelajar mesti menjalani aktiviti nyanyian dahulu, kemudian baru belajar membaca dan menulis. (ROTE then NOTE) Mengajar pendengaran secara aktif bukan pasif. Contoh; - mendengar dan mengajuk balik bunyi:(i) yang sama, yang berbeza (berlainan) (ii) yang enak dan yang kurang enak. Mengajar sesuatu konsep atau sesuatu perkara mengikut urutan; - Irama - Melodi - Ekspresi Pelajar perlu mahir dalam sesuatu konsep kemudian baru beralih atau maju ke perkara baru. Selepas aktiviti amali barulah beri bahan-bahan teori dan prinsipnya. Menganalisis bunyi (sebarang bunyi), membuat latihan, mengaplikasikan kepada muzik dan bunyian muzik. Mengaitkan dan menyelaraskan not-not vokal dengan peralatan instrumental.

2.

3.

4.

5. 6.

7.

4.1.1

Kaedah Mengajar Nyanyian

Untuk mengajar menyanyi, anda perlulah mengambil kira beberapa perkara seperti berikut; (a) (b) Pilihan lagu-lagu yang sesuai dengan renj (julat) suara murid. Pilihan lagu-lagu yang menarik dari segi mud, tempo, bentuk, irama, ekspresi dan lirik lagu.

OUM

37

PENGAJARAN NYANYIAN

TOPIK 4

(c) (d)

Pilihan lagu yang mempunyai hubung kait dengan pelajaran yang hendak di ajar. Memastikan postur, pernafasan, penghasilan ton, ekspresi yang betul sewaktu menyanyi. Mengenal pasti konsep muzik yang ingin difokuskan (contoh: irama, melodi, ekspresi, dll) Mengenal pasti kaedah mengajar menyanyi yang akan digunakan. Penyediaan carta lagu. Carta lagu hendaklah sesuai. Guru perlu menggunakan gambar-gambar untuk menggantikan perkataan supaya mudah untuk pelajar mengingatinya.

(e)

(f) (g)

Pemilihan lagu Pemilihan lagu yang baik banyak bergantung kepada aspek-aspek usia, minat serta kebolehan pelajar. Antara garis panduan yang perlu di ikuti semasa memilih lagu ialah: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) Lagu sesuai dengan renj suara. Nadanya tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Irama yang mudah dan menarik. Senikata tentang kegembiraan. Berkaitan dengan sesuatu perayaan atau peristiwa. Mempunyai perkaitan tentang kehidupan harian mereka. Senikatanya berulang-ulang. Iramanya mudah, menarik dan berulang-ulang. Melodinya menarik. Mud lagu hendaklah riang dan pelbagai.

Jenis-jenis lagu (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) Lagu-lagu rasmi Lagu-lagu beraksi Lagu-lagu permainan anggota badan Lagu-lagu berdasarkan gambar/cerita Lagu-lagu patriotik Lagu-lagu tradisional Lagu-lagu jenaka Lagu-lagu nasihat Lagu-lagu mengenai persekitaran Lagu-lagu perayaan Lagu-lagu solfa do....so... (pic C sahaja)

4.1.2

Kaedah Mengajar Lagu

Ada beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar lagu. Kaedah-kaedah yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote learning). Melalui kaedah ini, murid mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk. Penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural (aural memory) murid.

38

OUM

TOPIK 4

PENGAJARAN NYANYIAN

Kaedah yang lazim digunakan untuk mengajar lagu adalah seperti berikut; 1. Kaedah keseluruhan lagu (sesuai untuk mengajar lagu yang pendek) Teknik ini adalah teknik yang berkesan kepada kelas yang baik. Langkah-langkah mengajarnya adalah seperti berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) Memperdengarkan lagu secara keseluruhan dengan muziknya (tiga/empat kali) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan dengan iringan dan tanpa iringan muzik. (guru mesti mempunyai kemahiran vokal yang baik). Membimbing pelajar membaca senikata lagu dengan sebutan yang betul. Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming atau sebutan vokal a, e, i, o, u, berulang-ulang. Pelajar menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik. Kaedah baris demi baris

Kaedah ini adalah yang biasa di gunakan, terutamanya pada kelas yang lemah. Sesuai untuk lagu yang panjang dan melibatkan pengajaran lagu secara bahagian demi bahagian atau frasa, kemudian diikuti dengan cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir dan menyanyi keseluruhan lagu. Langkah-langkah untuk menjalankannya adalah seperti berikut: (g) (h) (i) (j) (k) (l) Memperdengarkan lagu secara keseluruhan. Mendengar dan mengikut guru menyanyi secara humming baris demi baris. Mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming. Mengajar pelajar membaca senikata lagu. Membimbing pelajar menyanyi dengan senikata lagu sebaris-sebaris, berulangulang. Guru dan pelajar menyanyi lagu secara keseluruhan bersama-sama.

(m) Menyuruh pelajar menyanyi sendiri dengan iringan muzik dan tanpa iringan muzik. (n) Kaedah solfege dengan isyarat tangan (Curwen)

Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara hafalan rote dan bacaan notasi menggunakan silibel (d, r, m, f, s, l, t, d) digunakan sebagai pic, isyarat tangan dan gaya kodaly boleh digunakan untuk membantu pengajaran secara solfege. (Rujuk Lampiran).

OUM

39

PENGAJARAN NYANYIAN

TOPIK 4

Isyarat Tangan Curwen

Salah satu turutan dalam mempelajari solfa adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. (o) sm lsm lsmr lsmrd lsmrdl lsmrdls f t Kaedah menggunakan carta bola ping pong Kaedah ini adalah sesuai untuk lagu-lagu pendek dan mempunyai kontor melodi yang jelas. Langkah-langkah untuk menjalankannya adalah seperti berikut: (p) Memperdengarkan rakaman sambil membimbing pelajar mengecam naik turun rangkai lagu. Melatih pelajar menunjukkan naik turun rangkai lagu dengan berpandukan carta dan iringan muzik. Melatih pelajar menyanyi secara humming atau la. Membimbing pelajar membaca senikata lagu mengikut naik turun rangkai lagu. Membimbing pelajar ikut menyanyi dengan senikata.

(q)

(r) (s) (t)

40

OUM

TOPIK 4

PENGAJARAN NYANYIAN

(u)

Kaedah sebahagian-sebahagian (parth method or chime in method) Teknik ini melibatkan suatu jemputan kepada pelajar-pelajar untuk menyanyi dengan guru semasa guru menyanyi bahagian-bahagian lagu yang senang atau kerap di nyanyi seperti korus atau rangkailagu yang kerap diulang seperti perkataan trek tek tek pada lagunya. Teknik ini berguna apabila guru ingin mengajar lagu yang susah dari segi senikata, irama atau melodi. Jikalau guru ingin mengajar lagu yang mengandungi banyak perkataan kepada pelajar yang kurang maju, teknik ini amat berkesan. Sekiranya guru ingin mengajar lagu Inggeris kepada pelajar yang kurang maju dalam mata pelajaran itu, gunakanlah teknik ini. Penggunaan kaset / cd untuk teknik ini oleh guru adalah sangat baik, supaya guru tidak menjadi terlalu letih. Semasa kaset / cd dimainkan, guru mengajak pelajar menyanyi bahagian-bahagian yang mereka boleh nyanyi itu. Lagu diulangkan sehingga pelajar boleh menyanyi dengan tepat.

(v)

Kaedah solfa Teknik ini memerlukan banyak masa kerana pelajar mesti diberi banyak latihan dalam nyanyian solfa. Mereka mesti biasa dengan solfa dan dapat mengecam pic solfa dengan tepat tiap-tiap kali not solfa tersebut dinyanyikan. Guru pula mesti sangat mahir dalam nyanyian solfa dan dapat mengecam pic tiap-tiap not solfa itu dengan tepat setiap kali not itu dinyanyikan.

Langkah-langkah mengajar: (w) (x) Berlatih membunyikan tangganada mengikut solfa do do skel C. Berlatih membunyikan Arpegios do, me, so, do dan re, fa, la, te atau jeda do re, do me dan sebagainya. Mendengar lagu keseluruhan mengikut solfa. Lagu senang digunakan dahulu. Mengikut nyanyian lagu dengan bunyi solfa.

(y) (z)

(aa) Mengikut lagu dengan senikata.

Kelebihan; Pelajar dapat mengecam pic dengan tepat sekali. Disebabkan ini, pelajar dapat menyanyikan sebarang lagu yang dicatitkan dalam bentuk muzik atau solfa dengan serta merta. (bb) Kaedah melakar bertema Teknik ini amat sesuai digunakan untuk mengajar murid tahap satu, terutamanya pada peringkat awal selepas mereka masuk sekolah. (sebab besar kemungkinan pada masa itu, mereka masih tidak boleh membaca). Lagu yang sesuai untuk diajar mengikut cara ini mesti mempunyai tema yang menarik dan boleh membuat gambar, contohnya lagu Burung kakak Tua, Gerak Binatang. Langkah-langkah mengajar adalah seperti berikut:

OUM

41

PENGAJARAN NYANYIAN

TOPIK 4

(a) (b)

Guru bercerita mengenai isi lagu kepada murid. Guru menunjukkan carta yang telah diajar dengan gambar-gambar yang menarik dan tersusun mengikut cerita lagu. (satu rangkailagu satu gambar) Guru menanya soalan mengikut gambar sambil mengajar murid membaca lirik lagu secara gambar demi gambar atau baris demi baris. Guru memperdengarkan lagu kepada murid sambil menunjukkan kepada gambar-gambar di carta. Murid diajar menyanyi gambar demi gambar / rangkai demi rangkai. Murid menyanyi seluruh lagu dengan iringan muzik. Menggabungjalinkan nyanyian dengan gerakan dan genderang.

(c)

(d)

(e) (f) (g)

4.1.3
1.

Aspek-Aspek yang Harus Dipertimbangkan dalam Mengajar Nyanyian


Memilih tajuk dan objektif - guru mestilah memikirkan tajuk dan objektif aktiviti tersebut. Menyesuaikan lagu dengan tema atau tajuk mingguan. - aktiviti muzik yang dipilih sebaik-baiknya mempunyai kaitan dengan tema pelajaran mingguan berkenaan. Memilih lagu yang sesuai. - guru haruslah memilih lagu-lagu yang sesuai dengan pelajar. Fikirkan tajuk, senikata, renj atau peringkat kemampuan pelajar. Lagu yang dipilih perlulah yang mudah dan senang dinyanyikan oleh pelajar. Mempelbagaikan teknik. - sesuatu aktiviti boleh dijalankan berulang kali dengan pelbagai teknik penyampaian supaya pengajaran menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan. Misalnya aktiviti nyanyian dengan permainan anggota badan, beraksi dengan gambar dll.

2.

3.

4.

Latihan 4.1
Berdasarkan kaedah pengajaran nyanyian dan lagu, senaraikan 5 aktiviti nyanyian yang kreatif yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah.

42

OUM

TOPIK 4

PENGAJARAN NYANYIAN

4.2

MENGAPLIKASIKAN KONSEP MUZIK MELALUI AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam pendidikan muzik ada 7 unsur / konsep asas yang perlu diketahui dan difahami oleh seseorang pendidik muzik sebelum diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran muzik. Berikut diterangkan secara ringkas konsep-konsep muzik iaitu; 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Irama Melodi Harmoni Tekstur Warna Ton Bentuk; dan Ekspresi

4.2.1

Elemen Irama

Elemen irama termasuklah detik muzik, tempo dan not-not muzik. Detik ialah unit ukuran masa dalam muzik. Secara mudahnya detik muzik adalah sama dengan detik jam biasa. Detik muzik selalunya adalah sekata iaitu tidak semakin cepat atau semakin lambat. Tempo adalah istilah yang menunjukkan kelajuan detik. Tempo yang cepat mempunyai detik yang cepat. Tempo lambat pula mempunyai detik yang lambat. Panjang atau pendeknya sesuatu bunyi diukur menggunakan detik. Lambang yang menunjukkan panjang atau pendeknya bunyi itu dapat dikenali dengan merujuk kepada bentuk-bentuk not. Dalam sebuah lagu, kita menggunakan beratus atau mungkin beribu detik muzik. Oleh kerana itu tentulah sukar bagi ahli muzik mengira setiap detik satu persatu. Oleh itu meter dicipta. Meter ialah detik-detik yang dikumpulkan dengan bilangan tertentu. Meter duaan, tigaan dan empatan menunjukkan bilangan detik dalam setiap kumpulan. Kumpulankumpulan detik ini dinamakan bar.

OUM

43

PENGAJARAN NYANYIAN

TOPIK 4

Jadual Di bawah Menunjukkan Nilai Not yang Terdapat Dalam Irama

Jenis not Semibrif Minim Krocet Kuaver Semikuaver

Bentuk Not

Kiraan meter 4 2 1 1/2 1/4

Nilai not 1 1/2 1/4 1/8 1/16

Dalam setiap bar, terdapat tekanan bunyi yang berbeza-beza. Ini dapat dirasai secara muzikal. Dalam setiap bar, detik pertama dimainkan lebih kuat daripada detik-detik yang lain. Meter dikenali dengan melihat tanda masa. Tanda masa mempunyai dua nombor, satu di atas dan satu di bawah. Nombor di atas menunjukkan bilangan detik dalam setiap bar. Manakala nombor di bawah menunjukkan jenis not. Nombor 4 menunjukkan not krocet. Nombor 2 menunjukkan not minim.

Jadual di bawah menerangkan meter lazim dan meter tidak lazim

Meter Lazim (Meter Duaan) (Meter Tigaan) 2 2 2 4 2 8 3 3 3 4 2 8

Meter Tidak Lazim (Meter Duaan) 6 4 6 6 8 16 9 16 12 8 12 16

(Meter Tigaan) 9 9 4 8 (Meter Empatan)12 4

(Meter Empatan) 4 4 4 4 2 8

4.2.2

Elemen Melodi

Pic adalah unsur asas dalam elemen melodi. Pic adalah tinggi / rendah dalam muzik. Pic tinggi ialah bunyi yang kecil atau nyaring, manakala pic rendah ialah bunyi besar. Pic ditandakan dengan huruf-huruf ABCDEF dan G. Baluk ialah 5 garisan selari. Klef digunakan untuk menandakan pic yang ditunjukkan pada garisan-garisan atau ruangan-ruangan baluk. Klef yang digunakan dalam muzik ialah klef Trebel, klef Alto, klef Tenor dan klef Bes.

44

OUM

TOPIK 4

PENGAJARAN NYANYIAN

Pic dapat dikenali dengan melihat kedudukan kepala not di garisan atau ruangan baluk. Garisan lejer ditulis pada bahagian atas atau bahagian bawah baluk. Ia digunakan apabila perlu sahaja bagi menunjukkan pic yang terlalu tinggi atau terlalu rendah (yang tidak terdapat pada baluk). Not-not yang disusun dengan struktur tertentu dinamakan skel. Kadangkala ia juga disebut sebagai tangga nada. Contoh ciri-ciri skel major adalah seperti berikut 1. 2. 3. 4. Mempunyai turutan menaik atau menurun. Mempunyai 8 not yang disusun secara berturutan. Bermula dan berakhir dengan not yang sama dengan nama skel itu (misalnya skel C major mesti bermula dan berakhir dengan not C). Jarak antara not 3-4 dan juga 7-8 ialah satu langkah pada mata piano (1 langkah pada mata piano dipanggil semiton).

Ton dan semiton ialah unit ukuran (jeda) antara dua pic dalam muzik. Tanda kromat digunakan untuk menunjukkan suatu pic itu telah dinaikkan atau diturunkan. Tanda kromat SYAP (#) menunjukkan pic telah dinaikkan sebanyak satu semiton (1 langkah). Tanda kromat FLET (b) menunjukkan pic telah diturunkan sebanyak 1 langkah dari pic asal. Tanda kromat NEUTRAL digunakan untuk mengembalikan not yang telah diubah (samada telah dinaikkan atau diturunkan).

4.2.3

Harmoni

Harmoni ialah gabungan beberapa suara yang dibunyikan serentak. Kaden Kaden ialah pengakhiran atau penutup frasa yang menjadi penanda kepada setiap ayat dalam muzik. Kaden terbahagi kepada tiga kumpulan 1. 2. 3. Perfek Imperfek Plagal

Perfek dan Plagal kaden bertindak sebagai kaden penamat. Imperfek Kaden bertindak sebagai kaden pertengahan. Contoh:Perfek kaden diakhiri dengan kod V-I. Dalam sesebuah lagu dalam nada C Major ia mestilah diakhiri dengan kod G Major iaitu kod yang dominant kepada C. Contoh Imperfek Kaden:merupakan kaden yang tidak lengkap, ia diakhiri dengan kod I-V. Dalam lagu yang bernada C Major ia diakhiri dengan kod C Major dan G Major, kaden ini bertindak sebagai tanda koma dalam muzik. Contoh Plagal Kaden, ia diakhiri dengan kod IV-I. Dalam sesebuah lagu yang bernada D Major ia mestilah diakhiri dengan kod GMajor dan D Major kerana G ialah kod yang dominant kepada D Major.

OUM

45

PENGAJARAN NYANYIAN

TOPIK 4

4.2.4

Elemen Tekstur / Jalinan

Tekstur ialah bilangan jenis suara yang terdapat dalam suatu lagu. Misalnya, dalam sebuah lagu terdapat alat muzik gitar, piano, suara manusia dan dram. Tekstur lagu itu adalah dikatakan tebal. Lagu yang mempunyai satu suara sahaja disebut sebagai mempunyai tekstur yang nipis. Monofoni Muzik satu suara tanpa iringan Homofoni Sistem interpretasi yang berharmoni dalam siri muzik polifoni. Polifoni Berbilang suara. Heterofoni Gaya improvasi dalam siri muzik polifoni.

4.2.5

Elemen Warna Ton

Ciri-ciri bunyi dinamakan warna ton. Bunyi suara lelaki dewasa adalah lebih kasar dan garau, manakala bunyi suara wanita adalah nyaring dan lembut. Tentu anda dapat membezakan suara Siti Nurhaliza dan suara nyanyian Ziana Zain. Sifat-sifat suara mereka adalah berbeza perbezaan ini dinamakan warna ton. Vokal ialah nyanyian oleh suara manusia. Perkusi ialah alatan muzik yang dimainkan dengan cara mengetuk, memukul atau memalu. Contohnya tamborin, kerincing dan dram. Perkusi badan ialah bahagian badan manusia yang ditepuk atau pukul supaya menghasilkan bunyi. Misalnya bertepuk tangan, tepuk paha, hentak kaki, petik jari dan sebagainya. Perkusi vokal pula ialah bunyi perkusi tiruan yang dihasilkan dengan mulut. Misalnya bila anda menyebut Dum.., Bum, Cing Tak.. dan sebagainya.

4.2.6

Elemen Bentuk

Bentuk muzik merupakan satu esei atau lagu yang mempunyai pelan ataupun bagaimana corak melodi itu berubah. Jika sebuah lagu tidak mempunyai salah satu bentuk muzik,lagu yang dihasilkan itu akan menjadi tidak teratur dan kelam kabut. Bentuk adalah seksyen atau bahagian-bahagian lagu. Sebuah lagu biasanya mempunyai intro (permulaan), rangkai (verse) dan korus. Bahagian akhir lagu dinamakan Coda. Dalam muzik, seksyen ini ditandakan dengan huruf A B C dan seterusnya.

46

OUM

TOPIK 4

PENGAJARAN NYANYIAN

4.2.7
Dinamik

Elemen Ekspresi

Dinamik adalah volume sesuatu bunyi muzik. Ada muzik yang kuat dan ada muzik yang perlahan. Dalam muzik istilah perlahan tidak digunakan kerana ia boleh mengelirukan samada dinamik atau pun tempo. Bunyi yang perlahan disebut sebagai bunyi lembut. Bunyi yang kuat ditandakan dengan simbol f yang bermaksud forte. Bunyi yang lembut ditandakan dengan simbol p yang bermaksud piano. Tanda-tanda ini ditulis di bahagian bawah not pada baluk. Mud Deskripsi mud dalam muzik; riang,sedih, bersemangat, cemas, takut, tenang. Aplikasi konsep-konsep muzik dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dirujuk dalam Modul Pendekatan Kodaly, Dalcroze dan Orff di dalam bilik darjah.

Latihan 4.2
Cuba rancangkan satu aktiviti nyanyian dengan mengaplikasikan konsep irama, melodi dan ekspresi dalam pengajaran dan pembelajaran muzik.

4.3

PENGENDALIAN KELAS

Guru sangat berperanan dalam menentukan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Oleh itu, guru adalah pemudah cara, penggalak dan pembimbing dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik. Peranan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh guru yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja dalam bidang muzik tetapi juga mempunyai pengetahuan, kemahiran, dedikasi dan inovasi dalam pengendalian kelas supaya pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih kreatif dan mencapai objektif pelajaran. Sebelum seseorang guru mengajar, anda perlu memahami beberapa prinsip pembelajaran sebelum merancang sebarang pengajaran dan pembelajaran. Antara beberapa prinsip pembelajaran ialah; 1. Pertalian Pembelajaran mudah berlaku bagi perkara-perkara yang mempunyai pertalian antara satu sama lain. Misalnya, perkara-perkara yang seiras, sepadan, berlawan dan berlaku dalam jarak masa yang singkat.

OUM

47

PENGAJARAN NYANYIAN

TOPIK 4

2.

Pengulangan Perkara yang kerap diulang-ulang dapat membantu proses pembelajaran. Kepuasan Tindakan belajar yang menghasilkan ganjaran dan kepuasan akan mendorongkan pembelajaran dan kekal dalam ingatan. Pengalaman Pembelajaran dan kefahaman lebih mudah berlaku apabila pelajar pernah mengalami sendiri sesuatu aktiviti, misalnya aktiviti yang memerlukan pelajar menggunakan organ-organ derianya. Pelaziman Kebiasaan membuat sesuatu berulang kali dapat menghasilkan pembelajaran dengan lazimnya. Kesediaan Pembelajaran hanya boleh berlaku apabila seseorang itu mempunyai kesediaan untuk belajar. Paksaan tidak dapat menghasilkan pembelajaran berkesan. Penyertaan Pelajar yang melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran akan menghasilkan kefahaman yang berkesan dan apa yang dipelajari itu dapat diingat dengan lebih lama. Peniruan Pembelajaran boleh berlaku dengan meniru perbuatan orang lain, misalnya menyanyi, melakukan aktiviti fizikal dan tingkah laku. Minat Pembelajaran lebih mudah berlaku apabila seseorang itu berminat atau sanggup mempelajari sesuatu. Motivasi Seseorang yang digerakkan (mempunyai motivasi)) untuk belajar akan menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan. Motivasi ini boleh wujud dalam bentuk ekstrinsik (ganjaran luar) mahupun intrinsik (keinginan dalaman). Peneguhan Peneguhan yang sesuai dapat menambahkan pembelajaran dan pengekalannya. Peneguhan positif seperti pujian lebih berkesan untuk menggalakkan pembelajaran. Sebaliknya, peneguhan negatif seperti denda boleh menimbulkan perasaan kurang sihat dan melemahkan semangat pembelajaran. Pemeringkatan pembelajaran Isi pelajaran hendaklah disusun secara sistematik daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks untuk memudahkan pembelajaran. Contohnya, daripada mudah ke susah, maujud kepada mujarad, umum kepada khusus dan daripada fakta kepada penaakulan.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

48

OUM

TOPIK 4

PENGAJARAN NYANYIAN

13.

Kaedah pembelajaran Kaedah pengajaran guru yang baik dan kaedah pembelajaran pelajar yang sesuai dapat menambahkan keberkesanan pembelajaran. Maklum balas Guru dan pelajar perlu mendapatkan maklum balas berkaitan proses dan kemajuan dalam pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Ini membolehkan guru menyesuaikan kaedah pengajarannya, sementara pelajar pula dapat memperbaiki pembelajarannya. Pengalaman harian Pelajaran yang disampaikan hendaklah dihubungkaitkan dengan pengalaman seharian pelajar. Pelajaran seperti ini lebih bermakna dan berguna kepada pelakar untuk menguasai sesuatu pembelajaran.

14.

15.

Guru / Pendidik muzik harus mempunyai sifat positif dalam segala hal. Mereka perlu mempunyai kemahiran dan kreativiti yang tinggi terutamanya dalam penggunaan alat dan bahan bantu mengajar serta cara penyampaian isi pelajaran menggunakan pendekatan dan kaedah mengajar yang pelbagai mengambil kira gaya pembelajaran pelajar agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkesan dan menyeronokkan. Pemilihan bahan bantu mengajar yang akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran nyanyian haruslah berfungsi, menarik, mencukupi, berkesan dan boleh juga menggunakan sesuatu yang telah diimprovisasikan.

4.3.1 Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran


SET INDUKSI Definisi: Tindakan dan penyertaan guru yang bertujuan menggabungkan pengalaman murid dengan objektif-objektif dalam sesuatu pengajaran. Kemahiran menyediakan murid dan menarik perhatian awal merupakan permulaan sesuatu proses pengajaran. Bertujuan untuk membina aliran fikiran dan mencetuskan minat murid supaya mereka menumpukan segala perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan oleh guru. Tujuannya? 1. 2. Mendapatkan perhatian murid. Membolehkan murid memahami dengan mudah pelajaran yang akan diikuti nanti kerana maklumat awal yang berkaitan dengan pelajaran yang diajar telah diketahui mereka. Cuba melibatkan murid dan menambahkan minat untuk mengetahui dan mempelajari pelajaran tersebut. Menimbulkan rasa ingin tahu yang tinggi.

3.

4.

OUM

49

PENGAJARAN NYANYIAN

TOPIK 4

Bila Set Induksi Digunakan? 1. 2. 3. 4. 5. 6. Memulakan pelajaran baru. Memperkenalkan satu konsep atau prinsip. Memulakan aktiviti untuk mendapatkan kemahiran, cth. Kemahiran Penjarian Rekoder. Memulakan sesi soaljawab. Mengubah cara penyampaian bila murid kurang atau tidak faham. Memulakan kerja amali.

Bagaimanakah Caranya? 1. Guru bercerita. 2. Menjalankan aktiviti yang menarik seperti nyanyian, lakonan, simulasi dll. 3. Menggunakan alat bantu mengajar yang menarik seperti radio, gambar berwarna, objek-objek maujud, model-model dan carta serta lain-lain yang bersesuaian dengan tajuk yang diajar. 4. Bersoal jawab menyoal pengalaman harian murid atau murid bercerita. 5. Menggunakan teknik Memeranjatkan seperti menjatuhkan sesuatu secara tiba-tiba, mengeluarkan bunyi ganjil dan sebagainya. 6. Menggunakan isu-isu yang mencabar murid misalnya, Bagaimana mempopularkan lagu-lagu rakyat kepada masyarakat? 7. Tunjukcara, cth: mengajar satu teknik baru dalam nyanyian atau murid mengulang perbuatan yang telah diajarkan sebelumnya kepada mereka. PENYAMPAIAN Amalkan Strategi-strategi Berikut : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Segera memulakan pengajaran agar murid tidak ternanti-nanti, sedangkan mereka telah bersedia. Set induksi perlu menarik minat murid dan dapat memberi kesan. Kembangkan pelajaran langkah demi langkah tanpa gangguan. Mulakan dari prinsip mudah ke susah dan sebagainya. Percakapan guru (jelas, tidak terlalu cepat, boleh diikuti oleh semua murid). Elakkan gangguan manerisme (cth. Terlalu banyak berjalan, melambung pen/kapur atau penerangan tidak licin). Bahasa tertib, terang, sesuai dengan keadaan/situasi. Penyoalan baik taburannya dan berkaitan dengan objektif atau isi pelajaran. Teknik-teknik menyoal adalah dilakukan dengan betul.

50

OUM

TOPIK 4

PENGAJARAN NYANYIAN

9. 10. 11. 12. 13.

Memberikan bimbingan kepada murid-murid secara beransur-ansur hingga mereka akhirnya boleh berdikari. Berikan peneguhan seperti ganjaran (pujian, galakan dll.). Berikan latihan-latihan supaya kemahiran-kemahiran yang diberikan itu teguh dalam ingatan murid. Awasi segala latihan-latihan dengan teliti. Adakan VARIASI (berubah-ubah) dalam cara penyampaian :guru bergerak bebas tetapi tidak terlalu pantas dan mengganggu. Pusatkan perhatian murid secara lisan (beri arahan tertentu) atau bukan lisan (senyum, mengangguk kepala dan sebagainya). Pelbagaikan interaksi; Guru Kumpulan. Guru Murid Individu Murid murid Adakan HENTIAN sebentar untuk murid berfikir selepas penerangan. Pelbagaikan pengalaman (penerimaan) deria ; cth. dengar, lihat rasa dll.

Perkara-perkara yang harus dipertimbangkan semasa menjalankan aktiviti nyanyian; 1. Memilih lagu yang sesuai dan menarik minat murid. 2. Membuat aktiviti muzik dengan baik mengikut urutan dan betul. 3. Tidak mengulangi teknik atau pendekatan yang sama.

4.3.2
1.

Variasi Kaedah Latih Tubi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Nyanyian


Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan; A : menyanyi B : tepuk tangan / perkusi badan C : beraksi / melakukan gerakan. Menyanyi secara solo. Menyanyi rangkai lagu mengikut barisan murid yang berlainan. Mengurangkan bilangan murid semasa nyanyian mengikut arahan guru. Selang-seli nyanyian murid perempuan dengan lelaki. menyanyi mengikut dinamik - kuat dan lembut. Menyanyi secara humming dan senikata berselang-seli.

2. 3. 4. 5. 6. 7.

Dalam mengimplementasikan pengajaran dan pembelajaran, seseorang pendidik muzik haruslah menitikberatkan: 1. Pengajaran yang dilakukan mengikut langkah-langkah kecil adalah lebih berkesan daripada menjalankan satu langkah besar. Beri peluang kepada semua anggota kelas untuk menyelesaikan satu masalah yang dihadapi oleh rakan mereka.

2.

OUM

51

PENGAJARAN NYANYIAN

TOPIK 4

3.

Selain menjalankan ulangkaji, perhatikan juga sama ada terdapat peningkatan prestasi atau kemahiran murid. Berwaspada terhadap tanda-tanda yang menunjukkan murid bosan atau tertekan dengan sesuatu aktiviti. Jika ada, ambil segera langkah-langkah untuk mengatasinya. Periksa sama ada murid dapat menjalankan sesuatu aktiviti yang diarahkan. Ada kalanya sesuatu aktiviti yang nampaknya mudah, tidak dapat dijalankan dengan baik oleh murid. Latihan kemahiran patut dilakukan dalam pelbagai tempo dengan menetapkan frasa, agar murid dapat meningkatkan kefahaman konsep. Pilihlah tempo yang bersesuaian bagi menjalankan aktiviti. Selalulah menukar peraturan aktiviti. Sesuatu aktiviti jika ditukar peraturannya akan menghasilkan suatu aktiviti yang baru. Jika bercakap, gunakanlah konsep irama tetapi ingat bahawa demonstrasi akan menjimatkan masa dan lebih memudahkan murid menjalankan sesuatu.
(Aplikasi Pendekatan Dalcroze Dalam Pengajaran dan pembelajaran Muzik di Bilik Darjah)

4.

5.

6.

7. 8.

9.

Latihan 4.3
Tulis satu rancangan mengajar nyanyian tahap 2 selama 30 minit mengikut langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan di atas.

RUMUSAN
Kaedah-kaedah pengajaran dapat melatih guru membuat perancangan dan rancangan pelajaran muzik (nyanyian) berperingkat-peringkat mengikut perkembangan pelajar serat mengambil kira kebolehan mereka. Kepelbagaian kaedah mengajar, pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran menepati gaya pembelajaran pelajar yang berbeza dan unik untuk pembelajaran yang efektif, menarik dan bermakna. Semua pendidik muzik juga harus mengikut nasihat Dorothy McDonald yang pernah berkata bahawa; the success of any method depends upon the convicyion, euthusiasm and competency of the teacher using it dan kita juga harus menyedari bahawa few teacher remain with a method long without changing, adapting or refining it. Pendidik muzik di bilik darjah harus diberi kebebasan untuk memilih, menambah, menukar dan mengubahsuai kaedah-kaedah pengajaran mengikut keperluan murid-muridnya dalam situasi bilik darjah.

52

OUM

TOPIK 4

PENGAJARAN NYANYIAN

GLOSARI
Aural kebolehan untuk mengetahui ertinya bunyi muzik dan memahami organisasi corak muzik tinggi rendah sesuatu bunyi susunan nilai-nilai not mengikut meter tetapi tanpa pic julat / jarak susunan nilai not mengikut pic tinggi, tengah dan rendah gabungan pic untuk menimbulkan bunyi yang padu supaya memberi kepuasan pada pendengaran yang berdasarkan triad iaitu kombinasi ton yang berlaku pada masa yang sama.

Pic Irama Renj Melodi Harmoni

UJIAN 1
1.
Berikan beberapa contoh kaedah pengajaran nyanyian.

UJIAN 2
1. Senaraikan 7 konsep muzik yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagaimana anda merancang satu rancangan mengajar nyanyian? Apakah kaedah yang akan anda gunakan merancang pengajaran dan pembelajaran? Bincangkan.

2.

OUM

53

PENGAJARAN NYANYIAN

TOPIK 4

LAMPIRAN
ISYARAT TANGAN (CURWEN)

DO

RE

MI

FA

SO

LA

TI

DO

54

OUM

Anda mungkin juga menyukai